MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Wednesday, 11 June 2008

~Hati Zana~oleh: Noor Suraya epsd :8(TAMAT)

Annas terkesima dengan gelengan Zana. Sukar untuknya melahirkan perasaannya pada saat itu.“Annas yang tak bahagia jadikan Zana... isteri, kan?”“Kenapa pula Zana rasa saya ada perasaan mMatanya membulat memandang isterinya yang sedang malu-malu.“Pembetulan... perkahwinan kita tak ada kaitan dengan tok. Saya bukannya kena kahwin paksa macam Zana!”Zana terasa telinganya tersumbat lagi... dia seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar.“Kita sudah saling kenal sebelum ni... dah lebih dua tahun Zana.”Mata Zana terbeliak kerana terkejut. Dua tahun? Tapi Zana tidak pernah tahu pun.acam tu?”“Naluri. Mata dan tingkah laku tidak pernah berbohong, Annas.”

Mereka bertukar sepi semula.“Annas, boleh Zana bertanya sesuatu.” Kata Zana kemudiannya.Annas mengangguk. Dikesatnya air mata Zana yang menjurai di pipi dengan hujung jari.“Eh, Zana pakai celak ya!”Zana tersenyum malu. Annas tidak ingin menunggu jawapan fasal celak tu lagi.

Annas jadi rasa hati. Tak pernah sayang? Tidak sayang ke saya padamu, Zana... kalau setiap petang saya menunggu keretamu berlalu. Tak sayangkah saya padamu, Zana kalau saban malam saya merenung gambarmu lebih lama daripada memandang gambar tok. Betapa saya rindukan saat untuk mendengar suaramu... memerhati tingkahmu dan mendengar bila pianomu berbunyi lagi. Zana, Zana... kamu tidak pernah tahu hati ‘abangmu’ ini.
“Tapi....”“Tapi Zana yang sering menyisihkan hidup Zana daripada saya.” Tegas Annas.“Zana... datang dekat sini.” Kata Annas sambil membuka butang lengan kiri kemejanya. Sejak tadi Annas masih memakai pakaian pejabat.Zana masih tidak faham. Dilihatnya ada parut luas hampir tiga inci dekat situ... dan parut tu hodoh sangat di tangan Annas, jika dibandingkan dengan muka Annas yang kacak. Zana masih tidak bergerak.

“Oh, dah buat orang jadi cacat macam ni... lari dari tanggungjawab untuk berkahwin dengan orang, ya.” Jerit Annas sambil tersenyum sehingga kelihatan gigi siungnya yang kecil manis itu menambah seri wajahnya.Zana masih tercenggang-cenggang.“Macam ni siapa yang nak lagi kat saya, Zana?” Kata Annas sambil ketawa kecil, seperti dia sedang berbual dengan ‘Rinnya’.Zana menggeleng. Tak ingat, katanya kemudian.

“Macam mana boleh lulus ujian jadi ‘lawyer’ ni... sahlah beri rasuah pada pemeriksa. Benda-benda bukti macam ni pun boleh lupa, boleh tak ingat. Sekarang ni saya nak dakwa Zanariyah Zainordin atas kes cinta... saya nak tuntut insurans hati ni untuk seumur hidup....”

Lalu Annas menceritakan apa yang berlaku. Dua tahun yang lalu, seorang gadis telah menumpahkan asid di makmal semasa pameran sempena Pesta Konvokesyen UM. Dia masih ingat lagi, gadis yang pemalu tu... cepat-cepat membasuh tangannya dan kemudian menyapu ubat. Setelah semuanya selesai, gadis tu meminta maaf kepadanya berkali-kali dan hilang di celah-celah orang ramai. Sejak tu dia selalu saja singgah di fakulti perubatan... mencari ‘pengantinnya’ yang hilang. Dua tahun dia mencari-cari... tetapi Zana tidak pernah ada. Kata sepupunya, Zana bukannya budak ‘medic’... mungkin sekadar pengunjung di pameran tu. Tetapi hatinya belum mahu mengalah....

Haah, sekarang Zana betul-betul ingat akan peristiwa tu. Dia menunggu Munna yang bertugas. Dia duduk di bangku makmal melihat pameran di situ sampai jemu. Lalu berlakulah peristiwa tangannya tertolak asid dan tumpah di lengan pemuda malang tu. Mujurlah, tak pekat... kalau tak harus bagaimana kalau Annas terpaksa dipotong tangan? Ngerinya tiba-tiba datang.

“Kenapa berlari sebelum kita saling berkenalan,” tanya Annas.Zana enggan menjawab. Dia jadi malu kerana hatinya berdegup kencang dengan renungan si pemilik tangan. Dia jatuh hati pada pemuda malang tu... tetapi tatkala sedar akan kekurangan diri... dia mengunci hatinya kuat-kuat. Dia akan kunci cerita memalukan ini rapat-rapat. Biarlah, Annas tidak tahu hatinya pernah berdetik irama yang sama....




“Apa yang Zana nak tanya tadi?”“Kenapa Annas ikut kata-kata tok... pilih Zana, padahal di dalam hati Annas, Zana tidak pernah wujud? Annas tidak pernah sayang pun pada Zana.”“Sekali lagi?”Dengan malu-malu Zana mengulangi soalannya.

Lalu kini Tuhan telah menemukan jodoh mereka semula, ketika Nenek Hendon bertemu dengan ibu di depan One Utama. Itulah teka silang katanya.... dia sudah berjaya menemui sepotong wajah yang tenang. Wajah yang dijanjikan Tuhan untuknya. Hidup ini terlalu banyak kebetulan.

“Saya mencari Zana di mana-mana, tak sangka rupanya... kita duduk dekat sangat. Keluarga kita pula pernah kenal rapat sangat. Bila Zana lari dari pertemuan di restoran hari tu, saya rasa... saya tidak mungkin lagi memiliki hati Zana lagi.”

Janganlah berkata begitu Annas. Ambillah hati Zana semuanya. Zana tidak pernah memberi hati ini pada sesiapa sebelum ini dan juga selepas ini, insya-Allah.

“Zana kenapa menangis lagi. Nanti... terhidrat tau.”Beritahulah Zana, apa yang di hatimu... supaya dia tidak mengingati Rin lagi. Milikilah sepenuh hatinya.“Zana takjub dengan janji Allah.”“Ya, tok pun terkejut apabila saya memintanya, meminang anak Doktor Zainordin dalam perjalanan pulang petang tu. Usik tok... saya dah kena minyak senyonyong.” Sambung Annas.Ya, sudah lama saya derita, mana mungkin saya melepaskan Zana pergi lagi dalam hidup ini.

“Zana. Lepas makan malam nanti boleh tak mainkan lagu, Layarkan!”“Layarkan? Yang Ramli Sarip tu ya.”“Rin suka lagu tu.”“Annas suka muzik?”Annas menggeleng. “Tidak suka sangat. Tidak asyik seperti, Zana.”Mereka saling melayan rasa.

Ah, kerana Rin suka... aku mesti main juga lagu tu. Tapi Zana tidak nafikan, dia juga menyenangi lagu tu.“Rin datang pukul berapa?” kata Zana tiba-tiba, dia ingin penjelasan.“Sekejap lagi...””Rin tu siapa, saudara kita ke?” Zana ada cara yang cemerlang untuk bertanya, supaya api cemburu yang sedang berhembus tidak terasa pijarnya di luar.

Annas seperti takjub dengan nada suara Zana.“Doktor Baharin tu, sepupu saya, sebelah arwah ayah.”“Ingatkan perempuan, yalah bila sebut muka Annas bercahaya senang.” Kata Zana semula, seperti sedang mengusik, tetapi sebenarnya dia sedang melahirkan penyesalan kerana menuduh Annas bukan-bukan.“Aikh, bunyi macam lega... oh, selama ini salah sangka ya?”“Taklah.” Muka Zana sudah merona malu.

Annas dapat menerka apa yang ada di dalam hati Zana.“Ya, dialah yang menemukan kita... dia yang ajak saya ke pameran tu. Dan di situ hati saya tersimpul mati untuk Zana.”Zana tersenyum bahagia....

“Annas, lepas ni Zana masih diberi izin main muzik?”“Asalkan tidak melekakan dan tidak bercanggah....”

Datang kepada muzik: dia harus pandai memikat hati Zana, dia harus pandai mengasing keasyikan hati Zana! Dia harus menunjukkan dosa dan pahala kepada isterinya yang berhati polos. Itu yang telah dijanjikan dengan Doktor Zainordin... dia harus menjadi pembimbing Zana untuk jalan akhirat....

Layarkan bahtera ini
Ke tengah samudera penuh ke lurah
Layarkan bahtera ini
Ke tengah lautan
Menyahut cabaran
Layarkan bahtera ini
Timbul tenggelam kita bersama
T A M A T

~Hati Zana~oleh: Noor Suraya epsd :7

seri dewi malam
tabir gerbang alam
jika kawanku yang setia
simpankanlah rahsia janjiku dan dia

Zana menghabiskan alunan Seri Dewi Malam, sebelum telefon menjerit minta diangkat.“Assalamualaikum, Zana.” Suara Annas kedengaran mendatar di hujung sana.Zana membalas salam tu.“Buat apa?” Soalan yang sama seperti hari-hari sebelumnya. Tukarlah skrip sikit, bisik hati kecil Zana. Amboi kalau dengan Rin, kamu siap bergelak ketawa ya!“Tak ada apa-apa. rehat-rehat saja.” Balas Zana.“Dah makan tengah hari?” “Alhamdulillah, masih kenyang.”Masing-masing bertukar sepi. Dah lupa skrip lah tu? Bisik hati Zana, sambil ketawa kecil.
“Zana, malam nanti masak lebih sikit ya. Saya nak kenalkan Zana dengan tetamu istimewa. Zana belum pernah kenal, Rin kan? Hari tu, dia datang kenduri... tapi terpaksa balik awal... ada ‘on call’. Jangan lupa ya. Dah lama sangat Rin nak jumpa Zana.” Ceria aja bunyi suara Annas.
Zana rasa sesak nafas. Oh, si Rin tu pun rupa-rupanya doktor dan kerja sama-sama dengan Annas. Tak cukup bercinta di hospital, balik bersambung di rumah lagi, sampai setiap malam. Air mata Zana menitis setitik-setitik. Oh, jadi inilah akhirnya hubungan mereka. Annas sudah berani membawa si Rin untuk bertemu dengannya. Dan si Rin ingin rebut Annas dari Zana? Hei, Zana, pernahkah kamu memiliki Annas selama ini! Zana jadi malu tiba-tiba....
Rasa cinta... berhentilah dari terus bersemi!
* * * * *
Petang itu Zana berhias cantik-cantik, dia mahu Annas memandangnya... kalau boleh biarlah Annas jatuh hati kepadanya. Bibirnya ditambah secoret gincu. Matanya disapu celak. Pembayang warna biru keabu-abuan disapu sedikit, sedondon dengan baju kurungnya. Rambutnya yang pendek tu, disangkutnya cekak. Ditenung wajah di cermin... terasa semakin hodoh. Dicucinya semula muka, dialas bedak seperti biasa. Tetapi celak di mata tu macam susah sangat nak hilang. Terasa matanya terbeliak macam burung hantu!
Mendengar bunyi kereta berhenti di ‘porch’ dia segera berlari ke depan. Menghadiahkan sebuah senyuman paling manis buat suaminya. Dengan tertib, menghulur tangan mengucup tangan suaminya seperti selalu; meniru gaya ibu dan abah setiap petang. Annas melepaskan senyum, hatinya berbunga bahagia. Masih ke ada senyuman setenang itu, jika Rin datang malam ini?
“Dah solat?” Tanya Annas sebaik sahaja menekan ‘remote’ untuk menutup pintu pagar yang sedang ternganga.Zana mengangguk. Annas telah berlalu ke dalam, untuk solat.
Zana segera ke dapur. Sejak tadi dia sudah masak macam-macam untuk malam ni. Dia mahu mengingati malam ini! Dia mahu menunjukkan dia lebih pandai masak daripada Rin, di depan Annas. Perempuan yang hanya pandai memegang jarum suntik tu, tentu tidak pandai ke dapur. Itulah telahannya sejak awal. Zana menghela nafas. Malam nanti dia hanya perlu menanak nasi, memanaskan lauk serta membuat sayur campur saja. Dia telah menyediakan segala-galanya, termasuk juga hatinya....
Zana menyanyi-nyanyi kecil di depan kuali. Cuba menghiburkan diri sendiri. Tetapi tiada irama yang bisa menghibur hatinya yang sedang pilu. Pada saat ini dia tidak ingin buat apa-apa kecuali; berteleku di atas sejadah sambil mengingati Allah. Kenapa ya tatkala sedih aja, perasaan itu datang. Tatkala hatinya berlagu senang... perasaan untuk berteleku lebih lama tidak segera datang. Tuhan, aku bergantung harap kepada-Mu.
Zana mengangkat karipap yang sudah keperang-perangan ke dalam penapis yang sudah berlapik kertas serap minyak. Teh kurang gula sudah terhidang di meja dapur. Berlapik indah dan masih panas. Tujuh biji karipap berinti daging dengan rempah bercampur lada hitam sudah berkumpul penuh santun dalam piring. Diletakkan pula, ‘chutney’ pudina yang bercampur tairu sebagai pencecah. Annas suka makan samosa atau karipap dengan chutney pudina – seperti kebiasaan orang-orang Arab. Wah, baru beberapa hari kenal Annas, dia sudah tahu apa-apa saja makanan kesukaan Annas! Hebat ya kamu, Zana!
“Sedapnya.” Kata Annas yang tiba-tiba sudah duduk di kerusi.Zana betul-betul terkejut. Mentang-mentanglah hari ni ‘Rin’ dia nak datang, dia cuba nak memuji-muji Zana pula.“Duduklah Zana, kita makan sama-sama.”
Zana menutup api... perlahan-lahan berjalan ke singki lalu membasuh tangan dan duduk di depan Annas. Dicuri-curinya memandang sepotong wajah yang tenang tu semula, ada sebuah rindu yang terkumpul di wajah itu. Di mana ya aku pernah berjumpa dia? Di Alor Setar? Tak mungkin. Mereka jarang balik ke Alor Setar sejak tok dan tok wan meninggal.
“Dah masak untuk malam ni? Atau kalau Zana letih, kita ajak Rin makan kat luar aja?” kata Annas lagi.”Dah. Biar Rin makan di sini saja.” Dengan susah payah, dilafazkan juga nama ‘Rin’ - setelah diisytiharkan sebagai musuh ketatnya sejak tadi – dia jadi sukar untuk menyebut sepotong nama itu. Zana menelan air liur. Kerongkong terasa kering tiba-tiba.
Annas menuang chutney pudina ke dalam piringnya. Dipatahnya karipap menjadi dua... dan dicecahnya dengan chutney tu. Zana pula seperti sudah hilang selera untuk memamah. Keramahan Annas yang tiba-tiba itu betul-betul mencurigakannya. Sampaikan di sini sajakah ikatan perkahwinan ini? Kenapa Annas tiba-tiba terlebih gembira.
“Sebelum Rin datang, ada hal yang saya nak cakap dengan Zana terlebih dahulu.”Zana menatap wajah Annas, kenapa rasa cinta ini terus bersemi. Dia menghela nafas perlahan.“Cakaplah.” Ujar Zana lembut.“Dah lama kita tinggal sama-sama... dan saya rasa... kita patut....””Kita tak bahagia? Dan Annas dah tak suka kat Zana lagi? Annas nak tarik diri dari janji ini? DAN... Kita patut berpisah saja?” tenang aja Zana menuturkan segala-galanya di depan Annas. Zana terasa seperti sedang ‘present mock-court’ di depan pensyarah aja, begitu mudah. Sejak tadi Zana sudah mengumpul seluruh kekuatan untuk melontarkan kata-kata itu.
“Ia? Betul, ka?”“Zana tidak cantik macam perempuan lain. Annas ada banyak peluang untuk memilih.”Lama Annas memandang Zana. Zana menunduk. “Saya lihat Zana dengan mata hati. Dalam hati saya, Zana lah yang paling cantik untuk saya. Saya tidak pandang yang lain dan saya kisah apa kata orang pada isteri saya. Cantik tu, kita lihat dari sudut mata kita... bukannya mata orang lain, Zana. Masih ke tidak memadai... apabila kita cantik di mata suami sendiri?”Mata Zana berlinang. Terharu dengan kata-kata Annas. Tetapi dia tidak mahu bersorak dulu, hal Rin masih mengganggunya.
“Betullah Zana tak ikhlas menerima saya, sejak mula.” tanya Annas tiba-tiba.Zana mengangguk. Tapi itu dulu, Annas... sekarang tidak lagi... jerit hatinya, tetapi kata-kata itu tidak terlepas keluar dari bibirnya. Kata-kata itu masih terikat jauh di dalam hatinya.
“Zana!” Annas terus-terus menunggu Zana bersuara.“Pada mulanya.” Jawab Zana, dia tidak perlu malu kalau dia ingin meneruskan kata hatinya. Lebih baik malu sekarang, daripada menyesal seumur hidup kerana tidak pernah meluahkan segala-galanya.
”Sekarang ni?” Kata Annas sambil tersenyum lagi.
Zana menggeleng. Dia jadi malu tiba-tiba. Ah, biarkan. Biarlah Annas tuduh dia perempuan tak tahu malu. Salahkan seorang isteri meluahkan rasa hatinya kepada suaminya sendiri. Tak salah dan tidak berdosa, kan! Ibu dan abah selalu saja melafazkan ikrar cinta mereka bila-bila masa saja... tak kira waktu.

~Hati Zana~oleh: Noor Suraya epsd :6

* * * * *
Sejak menjadi isteri orang, dia betul-betul tidak mengenali dirinya sendiri. Bahagia ke? Menderita ke? Entahlah... perasaannya sentiasa bercampur baur. Ada sesuatu yang menarik tentang Annas.

Ada rindu yang pernah tertahan, ada kasih yang pernah terhalang. Dia tu seperti lelaki yang pernah bertakhta di hati... tetapi Zana tidak pernah tahu, di mana sepotong wajah itu pernah hadir dalam hidupnya? Zana melihat kalendar di dinding, sudah 39 hari dia menjadi isteri Annas. Ditenung gambar di atas piano. Annas tersenyum di situ, berpakaian serba putih dengan samping putih berbenang perak. Songkok tinggi itu mengubah perawakannya tiba-tiba. Zana berdiri di sebelahnya, dan rasa gementar terpancar dalam gambar yang tidak pandai berbohong tu; Zana kelihatan pucat betul-betul. Seorang berbaju putih, seorang berbaju merah jambu... mereka betul-betul berbeza... tidak ada apa-apa yang mengikat mereka kecuali sehelai surat nikah.Selepas majlisnya berlangsung, Annas sibuk betul dengan kajian pemakanannya tu. Dia sedang membuat penyelidikan mengenai pemakanan kanak-kanak di beberapa buah kawasan di Pantai Timur. Seminggu sekali baru dia balik ke rumah. T

etapi Zana tidak pernah tahu, dia sedang buat ‘research’ tentang apa? Kerana mereka tidak pernah berkongsi apa-apa. Cuma yang dia tahu, Annas bekerja di wad kanak-kanak. Apabila mereka keluar ke mana-mana berdua, Annas hanya akan memperkenalkannya sebagai ‘orang rumah saya’. Tidak isteri saya? Begitu sajakah pandangan Annas kepadanya... sekadar, ‘orang rumah’ atau... yang lebih tepat lagi orang gaji saya? Hadi selalu memperkenalkan Aliya sebagai, ‘my another half’... cemburunya. Zana, jangan nak bersedih tak tentu arah, jerit hatinya. Zana mendekati piano semula. Annas sudah lama ke tempat kerja. Rumah sudah dikemas rapi, apa lagi yang tersisa untuknya pagi ini? Sunyinya. Sejak abah dan ibu melancong ke Eropah. Annas sudah tidak keluar-keluar lagi ke Pahang, Terengganu dan Kelantan. Setakat hari ini, Annas tu baik sangat... tidak banyak kerenah. Dia juga bertanggungjawab... sejak abah dan ibu tak ada, dia akan menelefon Zana dua tiga kali untuk memastikan Zana selamat di rumah. Mereka jarang berbual, setakat menyapa ada lah... bercakap bila-bila perlu... terutamanya apabila Annas memerlukan apa-apa. Yalah, rumah ni masih asing baginya. Dia meninggalkan rumah bujangnya, untuk berkongsi kasih dengan keluarga Zana.

Itulah yang Nenek Hendon beritahu kepada abah. Cara Nenek Hendon bercakap tu... seolah-olah nak hantar anak ke rumah kebajikan pula. Dan Zana ni siapa bagi Annas? Pengasuhnya, mungkin!Pernah juga Zana terasa nak bertanya lebih lanjut fasal keluarga Annas, tetapi dia tak berani. Annas pun tak pernah bertanya apa-apa fasal keluarga Zana. Annas macam tak suka berbual dengannya kalau tak ada sebab yang betul-betul penting.

Tetapi dengan kawan-kawannya meriah pula suaranya. Pernah sekali Zana terdengar dia sedang bercakap... berbisik-bisik di telefon... macam bercakap dengan kekasih pula:“Maaflah, tak beranilah... Rin... tak kan pula nak tinggal ‘anak orang’ sorang-sorang waktu malam kat rumah. Kalau Doktor Zainordin buat ‘spot check’... matilah abang.”Oh, dia takut kat abah ya! Jadi sepanjang abah tak ada kat sini... dia kerja jadi ‘jaga’ aku ke? Itu sajakah perjanjian abah dengan Annas? Tapi siapa pula si Rin ni? Siapa ya perempuan tu... kenapa nak berbisik-bisik macam tu pula.

Oh, dengan Rin guna ganti diri 'abang'! Romantisnya... Tentulah Rin ni seorang yang istimewa di hatinya....kanda suka bergembirakanda senang berketawariang namun hatiku bingungsebagai burung di dalam sangkar terkurungAliya sudah memulakan ‘chambering’ kat Langkawi. Hadi mahu dia cepat-cepat habiskan semuanya dan mulakan syarikat penerbitan kad ucapan. Lepas Aliya ‘call to the bar’ dia tidak perlu kerja sebagai peguam, kalau dia lebih berminat dalam lukisan. ‘Sporting’-nya Hadi. Aliya boleh tumpukan kepada aktiviti melukisnya sepenuh masa. Lagipun tidak lama lagi, dia akan jadi seorang ibu, tentu dia sibuk sangat. Menjadi peguam bertauliah sekadar menunaikan hajat ayah saja, itulah kata Aliya minggu lalu.

Marissa telah jadi ‘legal adviser’ di Kota Baharu dan dia sudah malas nak buat ‘chambering’. Aku nak kahwin dan punya anak-anak aja. Itu saja ke cita-cita Marrisa, menjadi ibu dan menjaga anak-anak? Kata Marissa, biarlah orang kata aku mengaji tak habis pun... asalkan Adli sayangkan aku sudah lebih daripada mencukupi. Yang paling menyedihkan tentulah Jade. Kekasih hatinya, Sulaiman, telah berkahwin dengan gadis Jepun! Kesian Jade... sejak itu, dia sudah tidak mahu menggunakan nama timang-timangan kesayangan pemberian Sulaiman tu. Aku bukan lagi... si Jade kesayangan dia! Panggilah aku Junaidah semula, Zana!

Dan Zana? Zana tidak tahu dia nak buat apa. Terasa seperti nak sambung belajar: sebab duduk di rumah pun tidak tahu nak buat apa. Zana belum bersedia untuk pergi ‘chambering’ lagi. Zana ... terasa hendak mengajar, tetapi masih tidak pasti. Lalu Zana tidak tahu nak buat apa-apa.... Tapi Annas tak pernah kata apa-apa. Dia tidak bertanya apa-apa pun. Mereka macam main sembunyi-sembunyi dalam rumah ni. Menyembunyikan hati dan perasaan juga. Dia tidak pernah tahu, kalau-kalau Annas menyukainya atau tidak!Setiap hari Zana hanya menyediakan makan minum Annas. Menyeterika pakaian Annas lendit-lendit... supaya orang tahu, Annas sudah beristeri. Entah kenapa, dia selalu mengaitkan kekemasan seorang lelaki sangat bergantung pada kerajinan isterinya.

Sejak dulu, abah sentiasa saja kemas... kerana ibu seorang yang sangat rajin. Kalau ibu demam tidak dapat menyeterika pakaian abah... abah jadi tidak kemas. Dan kawan-kawan abah sering dapat teka, Dewi sakit ya?Kini Zana rasa tidak sebebas dulu lagi. Tetapi dia tidak pula pernah rasa ingin ‘dibebaskan’. Dia suka 'dikurung' oleh Annas di dalam rumah begini. Sebenarnya, dia betul-betul sudah jatuh hati pada Annas. Itulah masalahnya. Namun yang lebih menambah masalahnya, dia tidak pernah tahu apa yang tersimpan di hati Annas untuknya. Dia juga jadi bimbang pada si Rin yang sering-sering menelefon Annas saban malam. Kalau si Rin menggunakan telefon rumah, tentu saja dia ingin bertanya... siapa Rin di dalam hidup Annas.

Tetapi mereka saling berbual melalui telefon bimbit. Zana jadi sebal. Sudah dikorek telinganya berkali-kali, sudah dibuka deria dengarnya seluas-luas... tetapi perbualan Annas – Rin tak pernah ditangkap semuanya, kecuali ketawa-ketawa kecil mereka. Mereka berbual lebih kurang lima minit setiap malam lepas waktu makan malam, kadang-kadang bercampur sikit-sikit dalam bahasa Arab. Tentu kawannya semasa di Mesir? Zana mula cemburu. Semuanya itu membuat Zana betul-betul rasa terpanggang berjam-jam kemudiannya.

Ya, Annas memang tak pernah suka kepadaku! Dia lebih menyukai Rin, mereka masih saling berhubungan. Kekasih lama? Kekasih selama-lamanya?

Rasanya, hidup ini seperti teka silang kata... dan Zana harus menyelesaikannya. Alangkah baiknya, kalau Annas tidak menuruti kata Nenek Hendon sedari awal, dan dia terus berkahwin dengan Rin sedari mula. Bagaimana ya, rasanya kalau tiba-tiba, Annas memberitahunya tentang Rin? Cinta berhentilah dari terus bertunas. Zana jadi takut, tiba-tiba!

Hidup ini tentu saja tidak sama seperti dulu. Wah, mudahnya dia jatuh hati pada Annas... baru 39 hari dia sudah jatuh hati. Boleh pecah rekod begini! Tetapi ada sesuatu tentang Annas yang membuat perasaannya beralih untuk menyukai Annas dengan pantas. Setiap kali dia berdiri solat di belakang Annas dia rasa begitu hampir dengan Annas. Suara Annas yang fasih dan sedap melagukan surah-surah Allah... membuat dia menjadi khusyuk berjemaah dengan Annas. Tetapi perasaan itu akan hilang, apabila solat selesai dan mereka menjadi dua insan yang berbeza semula.

Semalam ibu telefon, Kak Fadlina sudah selamat melahirkan anak lelaki. Wah, Dian dah jadi kakaklah ni. Alhamdulillah. Ibu bertanya sama ada Zana bahagia. Zana sendiri tidak ada jawapan untuk itu. Zana tidak tahu bagaimana rasa bahagia tu. Kata ibu, mereka akan balik bulan depan. Mereka belum menjelajah seluruh Eropah... abah dan ibu ingin menikmati musim bunga. Ibu, ibu... Zana yang kahwin... ibu pula yang pergi ‘honeymoon’.

~Hati Zana~oleh: Noor Suraya epsd :5


Zana jadi sebak tiba-tiba. Ibu sahaja kesian pada Zana sedangkan Zana sedikit pun tak jaga hati ibu. Ibu sudah banyak berkorban untuk Zana. Tetapi apa yang Zana buat untuk menggembirakan hati ibunya?

“Amboi, kita yang bertunang… Jade yang berkasih… dia pula yang akan kahwin dulu,” kata Nik Marissa, ketika Zana menghulurkan kad undangan.“Patutlah kawan kita yang sorang ni jadi ‘pelik’ tiba-tiba.” Pintas Jade pula.

Mereka baru sahaja selesai menjawab kertas terakhir, dan ini bermakna mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada ‘bangku kuliah’.Awal-awal lagi Aliya sudah berjanji nak belanja mereka semua makan Nando’s dekat Midvalley.Zana cuba tersenyum.“Yalah, orang ada buah hati.” Usik Marissa lagi.“Kau ni dengan Aliya sama saja. Hujan tak, ribut tak... tiba-tiba kahwin. Kami yang dah lama ada buah hati pun tak kahwin-kahwin lagi... kamu ni yang lebih-lebih pula lah.” Kata Jade, yang sudah bertahun-tahun berkawan dengan budak ‘engineering’ yang belajar di Nogaya tu.Zana memerhati Jade yang jelita dan sentiasa jadi perhatian ramai sejak dulu.

Namun begitu, setianya pada Sulaiman tidak pernah berbelah bahagi. Kami kenal dari sekolah rendah lagi, katanya selalu. Tak jemu ke kawan lama-lama macam tu, usik Munna setiap kali mendengar Jade mempertahankan hubungannya dengan Sulaiman yang tiada berkesudahan tu. Zana tiba-tiba jadi serba salah. Ceritanya akan berkahwin tentu saja menggores hati Jade. Kesian Jade. Sampai bila dia harus setia? Dengar cerita Sulaiman nak bekerja di Jepun pula.

Kalau padi katalah padi, jangan biar Jade tu ternanti-nanti. Betulkah kata orang, bukan semua orang cantik... akan berbahagia dengan sebuah perkahwinan? betulkah cantik tidak pernah menjanjikan apa-apa? Tapi ibu sangat cantik, dan dia sangat berbahagia!Aliya sekadar tersenyum di sebelah Zana. Sejak jadi isteri orang ini, dia lebih banyak mendengar daripada masuk campur dengan urusan usik-mengusik kawan-kawannya tu.
Dia jadi kesian melihat muka Zana yang masam-masam manis tu pabila diusik kawan-kawan mereka. Awal-awal lagi, Aliya sudah berjanji akan datang ke majlis tu dengan Hadi serta keluarganya. Hah, kesian Zana teruklah dia kena buli dengan Jade dan Nik Marissa nanti. “Semua orang nak kahwin, tinggallah Munna sorang-sorang kat sini, kamu jangan lupa Munna tau. Sesekali mesti berkumpul dan kita makan-makan kat mana-mana, ya.” Munna pura-pura buat muka sedih.“Munna, dah berapa kali Liya nak kenalkan kamu dengan Fahem tapi Munna memilih sangat.” Usik Aliya sambil mengerdip mata ke arah Zana.Dia masih mengharap Fahem dapat isteri yang baik seperti Munna. Munna menjelirkan lidahnya. “Kamu ingat Munna ni ‘recycle bin’... apa-apa kamu tak mahu nak ‘pass’ kat Munna!”“Wah, dalam diam-diam simpan buah hati ya... nampak macam alim aja. Sampaikan Fauzi nak melirik senyum pun tak berani.” Sampuk Munna, pelajar tahun empat ‘medic’ tu semula.

Semua kawan-kawan sekelas Zana dia kenal. Buah hati? Bercakap pun tak pernah, menelefon pun tidak. Berjumpa jauh sekali lah. Dia baru memandang Annas tiga kali; pertama kali sewaktu Annas menghantar mereka pulang membeli belah hari tu. Kemudian dia nampak Annas sekali lagi - jauh-jauh - di restoran... juga pada majlis pertunangan baru-baru ni. Pada hari bertunang tu, Annas langsung tidak memandang ke arahnya. Dia pun kena paksa juga ke? Yalah, dia ‘lelaki yang bukan untuk dipilih’!

Lelaki: peluangmu untuk memilih lebih mudah berbanding perempuan, kan!Zana melentikkan jarinya... ditenungnya cincin belah rotan tu sekali lagi. Sepatutnya, mengikut adatnya... Annas tak datang pada hari pertunangan tu.

Memandangkan dialah yang ‘tukang’ menunjukkan jalan pada saudara maranya dari Kedah tu, dia pun kena menunjukkan muka... dan abah dengan senang hati pelawa dia masuk juga. Mereka ramai-ramai bergambar kenang-kenangan di ruang tamu. Ketika itu Zana tidak pasti dengan perasaannya sendiri; dia mengikut saja kata-kata emak seperti orang kena pukau. Bila tadi kawan-kawan Zana nak lihat muka Annas. Gambar itulah yang ditunjukkannya. Nik Marissa ketawa besar. Orang kena ada gambar buah hati secara solo, lepas tu simpan dalam ‘purse’ macam ni, kata Marissa sambil menunjukkan gambar Muhammad Adli kepada Zana.Sekejap saja, Marissa dan Jade sudah sibuk berbincang nak pakai baju apa dan rancangan mereka nak ke rumah Zana. Majlis tu dah tak lama lagi.

Kedua-dua mereka yang lebih-lebih sangat sehingga mengalahkan bakal pengganti baru tu sendiri. Si Munna telah berlalu pergi, setiap kali Aliya membangkitkan hal Fahem dia akan pura-pura merajuk macam tu. Aliya duduk semakin dekat dengan Zana. Dicubanya tidak menarik perhatian Jade dan Marrisa yang sedang rancang berbual.“Sudah siap semuanya, Zana. Kalau nak minta tolong apa-apa cakaplah.” Kata Aliya, setelah dilihatnya Zana tidak pun bergembira dengan berita perkahwinannya tu. “Semua ibu urus, Zana tak perlu buat apa-apa... Zana hanya perlu sediakan mental yang cukup kuat aja.” Bisik Zana.“Kenapa? Ada apa-apa yang Zana nak berkongsi dengan Liya?”Zana menggeleng.“Dia tu saudara abah, perkahwinan yang diatur, Liya.” Bisiknya semulaZana pernah memberitahu hal tu pada Aliya baru-baru ni.“Insya-Allah nanti kami buat solat hajat... biar Allah limpahkan kasih sayang-Nya untuk hati kamu berdua, Zana.” Aliya meramas tangan Zana.

Air mata Zana menitis setitik-setitik. Aliya mendakapnya erat-erat. Rasa sedih Zana ditelannya sekuat degup jantung sahabatnya itu. “Eh, buat drama Korea apa pula kat sini.” Usik Jade tiba-tiba.Mereka berdua saling menyapu air mata dan cepat-cepat meleraikan pelukan.Ya, Zana bukannya perlu bersedia apa-apa pun.
Abang Zahar mengirimkan baju sutera bersalut dengan mutiara-mutiara halus untuk majlis tu. Warna merah jambu lembut. Abang Zahar sekeluarga tidak dapat pulang. Kak Fadlina sudah sarat sangat. Kalau ‘terberanak’ atas ‘flight’ macam mana, seloroh Abang Zahar... apabila Zana merenggek sedih Abang Zahar tidak turut menyaksikan majlis tu.
Ibu pula menghadiahkan Zana selendang panjang – warna seroja - warisan daripada neneknya. Semua barang-barang tu terlalu indah untuknya... dan perkahwinan itu juga terlalu indah untuknya.

Aku impi menjadi isteri yang baik-baik untuk Annas. Aku ingin sekali berbahagia seperti Aliya. Tetapi adakah Annas juga akan menyukai aku? Boleh kita bahagia kalau kahwin tanpa rasa cinta? Mungkinkan ada cinta dalam perkahwinan yang diatur? Tuhan Yang Maha Penyayang, semailah sedikit rasa cinta itu di hati kami!

~Hati Zana~oleh: Noor Suraya epsd :4

Hari-hari terasa lambatnya jarum berdetik. Tak sabar menanti saatnya abah dan ibu akhirnya letih menunggu, lalu tiba-tiba memberi jawapan 'tidak' kepada Nenek Hendon. Kadang-kadang dia jadi bimbang juga kalau-kalau akhirnya dia bertukar fikiran.

Apa tidaknya, semua orang macam asyik ‘torture’ dia saja akhir-akhir ni.Minggu lalu Zana ke rumah Kak Zuraini... ingatkan dapatlah mengadu, alih-alih Kak Zura pula menyebelahi keputusan abah dan ibu. Abang Zainal pun sudah beri ‘kuliah’ panjang... mentang-mentanglah dia tu pensyarah... dirasakannya dia memang pandai bersyarah sangat. Tidak terfikirkah dia, syarahannya itu enak didengar atau tak! Abang dan kakak iparnya itu bersependapat: Zana, jangan memilih sangat! Sekarang ni perempuan lebih ramai daripada lelaki. Wah, mereka tu bercakap siap dengan statistik-statistiknya terus. Betullah mereka berdua tu ajar 'paper' Pembangunan Penduduk. Tapi tak payahlah nak menunjukkan sangat. Mereka ingat Zana sendiri tidak tahu tanda-tanda akhir zaman; perempuan akan lebih ramai daripada lelaki! Kak Zura lagilah mengada-ngada; siap beri ‘statement’: abah dan ibu dah tua, Zana. Zana mesti jaga hati mereka. Wah, bukan main ya mereka semua ni.

Selama ini Zanalah yang paling menurut kata. Zanalah dengar segala ‘titah perintah’ abah dan ibu; TIDAK Abang Zainal, tidak Kak Zura dan tidak juga Abang Zahar! Lalu kini abah seperti orang yang telah berputus asa: kata banah, kalau Zana tolak tuah seperti ni, peluang yang baik tu tak akan datang lagi. Macamlah Zana ni teruk sangat, sampai tak ada sesiapa pun yang sudi. Sedihnya. Semua orang pandang Zana macam tu. Orang ingat kalau Zana menolak Annas, Zana akan jadi anak dara tak laku sampai bila-bila. Tapi, mungkinkah begitu untukku, Tuhan? Ah, Zana sendiri tak kisah... kalau Zana tak kahwin dengan sesiapapun, sampai bila-bila! Kata hatinya semula.

Semalam Abang Zahar menelefon dari Negara Red-Indian tu... tak sangka cerita remeh macam ni sudah sampai ke New York.“Dia baik Zana, abang kenal dia!” Bohong Zahar.Macamlah Zana tidak tahu, itulah kali pertama Abang Zahar dengar nama Annas. Sebab Annas tu sudah bertahun-tahun duduk di Mesir. Dia doktor lulusan Universiti Kaherah.“Zana tak teringin ke ada keluarga sendiri... tak kan sampai tua nak duduk bawah ketiak ibu?”“Tapi Zana tak kenal dia langsung. ‘Totally zero’.”“Haah, yang minggu sudah abah ajak berkenalan... kenapa pula Zana lari balik dengan teksi.” Kata Zahar sambil ketawa besar.“Siapa cakap?”“Eleh, abang memang pasang CC TV kat rumah kita bersambung di New York ni.” Abang Zahar ketawa seenaknya. Zana jadi sebal.Zana malu betul hari tu.

Abah buat janji dengan Annas tanpa minta pendapatnya dulu. Tiba saja di restoran... dilihatnya Annas ada juga. Dia pura-pura ke bilik air dan telefon teksi... dia lari balik macam tu. Abah tak bercakap dengannya sampai dua hari... ibu pula mujurlah ada hobi berleter; jadi awal-awal lagi ibu dah ‘berkawan’ dengan Zana... lalu Zana terpaksa membiarkan cuping telinganya menerima segala ‘kata-kata’ ibu sebagai ‘harga sebuah persahabatan’ itu!“Zana, abang dulu pun kahwin diatur... tetapi bahagia juga.” Sambung Abang Zahar semula.“Diatur? Abang, betullah Kak Fadlina tu dua pupu kita, tapi perkahwinan ‘diatur’? Jangan mengarutlah, abang memang dah lama jatuh hati dekat dia, kan. Bukan abang yang suruh Zana kenen-kenen dekat ibu. Diatur konon....” Perli Zana.Zahar yang bertugas dengan kedutaan Malaysia di sana, terpukul dengan kata-kata adik bongsunya tu.

Sejak kecil mereka memang rapat. Isteri Zahar tu kini sedang sarat mengandung anak kedua. Setelah hidupnya berbahagia, kini abangnya tu cuba nak atur hidupnya pula.“Zana... arr.”“Abang dahlah, telefon ni walaupun tak pakai elektrik bukannya ‘free’... dah la buat ‘reverse charge’, tak tahu malu... kesian kat abah. Abang asyik mengena abah aja. Konon-konon Dian nak cakap dengan tok wan dia... alih-alih abang yang cakap banyak sekali. Tak senonoh... dah tua-tua pun masih bergantung kepada abah.” Zana memulangkan paku buah keras kepada abangnya. Zana cepat-cepat meletakkan telefon, abang Zahar ni boleh tahan juga pandai memujuk.Hari sudah beransur petang.

Esok keluarga Nenek Hendon akan datang meminang dan hantar cincin tanda, secara rasmi. Sebelum mereka datang lagi, Zana sudah ada jawapan. Kalau diberi kekuatan esok, dia sendiri yang akan kata: TIDAK. Biarlah mereka datang bersusah payah dari jauh dengan segala jenis baulu ikan emas dan arnab ke, pulut kacau, dodol ke atau kacang pol ke!

Zana peduli apa!Zana menggesek biola semula. Lagu Seri Dewi Malam memenuhi seluruh ruang biliknya.

seri dewi malam
tabir gerbang alam
jika kawanku yang setia
simpankanlah rahsia
janjiku dan dia

Janji? Dengan siapa ya? Kata abah semalam, kalau Zana dah janji dengan orang lain tentu aja ada sebab Zana menolak. Dan abah sendiri tidak akan ada halangan untuk itu. Ini Zana tak ada siapa-siapa. Ya betul tu, bah... Zana memang tak ada siapa-siapa... dan ini bukannya bererti abah boleh paksa Zana berkahwin dengan siapa-siapa saja!Annas tu kerja elok. Budak baik. Orang yang jaga agama. Bukannya hodoh pun. Abah mula bercerita fasal bagaimana Rasulullah memujuk anaknya Fatimah untuk menerima Sayidina Ali. Kita memilih pasangan biarlah kerana agamanya. Supaya dia dapat pula memimpin kita ke jalan akhirat, Zana. Abah sudah lelah memujuk.

Esok keluarga Annas akan datang. Zana masih membantah. Kalau dia lari tak balik esok, apa yang hendak diceritakan kepada Nenek Hendon dan saudara maranya tu. “Kita nak beri alasan apa, Zana.” Tanya abah semalam. Berilah alasan apa saja... Zana nak sambung belajar ke! Zana nak pergi ‘migrate’ mana-mana ke! Pokoknya apa saja, asalkan mereka tak mendesak! Jerit hati Zana ketika itu. Akhirnya abah bersuara: “Zana, abah tahu... Zana ni bukannya tidak mahu... pura-pura jual mahal!”

inilah cubaan inilah dugaan
kasih yang sejati disimpan
yang palsu dilahirkan
semoga berjaya
kanda suka bergembira
kanda senang berketawa riang
namun hatiku luka
istana besar sebagai sangkarbahagia....

Lagu Seri Dewi Malam tu tidak dapat dihabiskan apabila tiba-tiba Zana mendengar suara ibu menangis di bilik depan.Zana berjalan perlahan-lahan menghampiri bilik bacaan kecil dekat dengan kamar tamu tu.“Tak apalah kalau Zana tak mahu pun, tapi janganlah buat Dewi macam ni.”Zana jadi sesak nafas, mendengar ibu seperti sedang berbicara halnya dengan abah di situ.“Sabarlah Dewi, nanti tekanan darah tinggi tu naik lagi.”“Hari tu, kita yang pandai-pandai kata 'ya' pada Makcik Hendon, tanpa minta pendapatnya. Kita yang salah, abang. Habis di mana kita nak letakkan muka... nak pulangkan balik janji tu.”“Biarlah Dewi, biar abang yang cakap... tahulah abang nak atur bahasa.” Abah memujuk.“Esok mereka dah nak datang, ni.”“Nanti lepas maghrib abang sendiri cakap dengan Annas dulu.”Suara ibu masih parau kerana sudah lama menangis.

Kuatkan hati, Zana. Kamu dah nak memang tu. Esok saja... lepas tu kamu akan jadi Zana yang dulu lagi, pujuk hatinya berkali-kali. Ingat tak dulu, tangisan ibu yang menghalang kamu ke Lincoln’s Inn. Kesayuan ibu menghentikan langkah kamu ke kolej idaman di Seremban. Zana tidak tahu dia harus tersenyum atau menangis pada saat ini. Dia betul-betul sedang di simpang dilema. Cukuplah... biarlah Zana memilih haluan Zana sendiri. Hati Zana digoda lagi. Ibu nyaris saja maut kerana melahirkan Zana, kerana songsang. Tak boleh ke kamu berkorban sikit Zana? Pujuk hatinya tiba-tiba.

Padahal selama ini hati itu yang mengajaknya untuk ‘berpiket’! Susah ke, untuk menggembirakan hati seorang ibu, Zana? “Dewi jadi bimbang tengok Zana bang, makan pun dah kurang... belajar pun tidak... siang malam asyik main piano dan biola aja.... kita sudah terlampau memaksa dia, bang. Kalau dia tak bahagia kesiannya... Mujurlah kita sedar sebelum terlambat.” Dari bilik yang renggang Zana melihat abah sedang mengesat air mata ibu.

~Hati Zana~oleh: Noor Suraya epsd :3

Itulah yang membuat dia jadi rendah diri.
Dia ni tergolong dalam kumpulan anak dara tak laku.
Sedihnya.

Bukan dia nak degil dengan pilihan orang tua, tetapi Annas tu tak sepadan dengan dia.“Malam ni kita makan luar,” kata abah sebaik sahaja terpandang muka Zana di pintu.Zana mengangguk. Pagi tadi kan ibu dah beritahu. Zana mengendeng fail dan beg kuliah ke biliknya setelah bersalaman dengan abah. M
alasnya untuk menolong emak di taman, sejak beberapa hari ini dia jadi malas untuk berbicara apa-apa. Sudah berkali-kali Aliya tanya kenapa dia berubah tiba-tiba, tetapi dibiarkannya jawapan itu tidak berjawab.Lalu Aliya menambah, “Liya rasa, Zana diserang sindrom nak kahwin.”“Kenapa Liya kata macam tu,” kata Zana menyembunyikan rasa terkejut. Diperhatikan wajah temannya yang sedang berseri-seri mengandung anak sulung tu sebentar.“Tahulah... sindrom tu sekarang dah menyerang Zana pula.” Usik Aliya sebelum meninggalkannya tadi tatkala Hadi sudah lama menunggunya di tempat letak kereta.

Zana membuka kotak biola kesayangannya. Biola tu kepunyaan arwah Anjang Syahid. Adik abah! Pak Anjang dulunya penggesek biola untuk pertunjukan bangsawan. Dia dibuang keluarga kerana tu. Arwah tok wan tak suka anaknya terlibat dengan muzik terutamanya biola. Arwah tok wan tu bilal, penglibatan Anjang Syahid dalam seni begini memang memalukannya. Apa lagi bila perkara ini melibatkan tentang dosa pahala. Sesetengah ulama kata, permainan muzik bertali tak dibenarkan dalam Islam. Itulah yang membuat abah melarang Zana menggesek biola ni.Tetapi kadang-kadang Zana ingkar juga larangan abah.

Pabila dia tiba-tiba rindu akan Anjang Syahid, itulah yang dilakukannya... menggesek biola pusaka itu sepanjang hari. Anjang Syahid baik orangnya. Dia sayangkan Zana. Banyak lagu-lagu yang diajarnya kepada Zana. Malah biola pusaka itu pun diserahkan kepada Zana sebagai kenang-kenangan. Yalah siapa lagi yang berhak, kerana dalam keluarga mereka hanya Zana yang minat muzik. Sejak kecil abah dan anjang rapat sangat. Malah setelah anjang dibuang keluarga, abahlah tempat anjang mengadu. Malah anjang juga meninggal dunia di rumah ni - diserang batuk kering – kerana tiada siapa yang sanggup menerimanya yang terlantar sakit.Zana melihat jam di meja tulis sekali lagi; usai solat asar. Baru jam lima tiga puluh dua. Direnungnya biola tu dan kemudian didakapnya perlahan-lahan.

Tadi adik-adik kelab seni pelawa dia bermain dua buah lagu untuk malam kesenian minggu depan. Dia sudah berjanji dengan Azizi, dia akan hadiahkan dua buah lagu. Satunya, lagu Tudung Periuk. Sementara lagu keduanya, dia masih belum buat keputusan: Bengawan Solo, Pasir Roboh ataupun Seri Dewi Malam? Tetapi hatinya lebih memberatkan pada lagu Seri Dewi Malam. Lagu Pasir Roboh tu dia tak mahir-mahir lagi... dia baru aja dapat not yang betul. Selama ini dia main ‘taram’* aja. Sumbang betul!Tadi pagi Azizi sudah senyum melebar. Bukan senang, Kak Zana nak tawar khidmat begini. Setiap kali Zana akan memberi alasan, Uncle Zainordin tak benarkan 'akak' menggesek biola di khalayak ramai. Kalau piano oke lagi, kalau biola ‘no way’.

Keluarga mereka saling kenal sejak dari dulu lagi. Awal-awal lagi, Zana sudah berpesan kepada Azizi, biar pecah di perut tapi jangan pecah kepada Uncle Zainordin, ya! Azizi mengangkat jari ibu, dan tersenyum kepadanya. Beres, kak!Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini... tiba-tiba Zana terasa ingin buat apa-apa saja yang dilarang oleh abahnya selama ini. Apalah guna jadi anak yang taat kalau setiap kali abah dan ibu menjadikan dia ‘korban’.

Kak Zuraini boleh apa saja yang dia suka. Abah tak benarkan dia jadi pramugari, dia mohon juga.Di situlah dia berjumpa dengan Abang Malik dan kemudian mereka berkahwin dalam usia muda. Abang Malik yang bekerja sebagai juruterbang tu, jatuh cinta pandang pertama pada Kak Zura yang jelita. Bercinta di awan biru lagi.

Kadang-kadang dia terfikir mungkinkah ada cinta pandang pertama?“Cinta itu untuk Allah,” kata-kata Ustazah Radiah semasa dia masih di sekolah menengah dulu bergetar di telinganya.“Cinta untuk-Nya, atau cinta untuknya?” Soal Ana baru-baru ini, bila dilihatnya muda-mudi masih berkeliaran pada waktu maghrib berpasang-pasangan tanpa segan silu berpimpin tangan.Cinta untuk-Nya, tegas Zana di dalam hati. Tetapi aku tidak menunjukkan ciri-ciri cinta untuk-Nya pun!Hati Zana bergolak lagi. Ditelannya rasa sedih sendiri. Dia tidak tahu apa yang disedihkan sangat. Dia sendiri tidak pasti apa yang membuat dia rasa rendah diri dengan perkahwinan yang diatur.

Kalau si Nanas tu tidak tampan, mungkin rasa begitu berkurangan sikit... ni, dia memang tak sepadan. Sudah berkali-kali dia menolak... tetapi ibu tetap menyuruhnya berfikir dulu. Rasanya dia ingin sekali telefon pada Nenek Hendon tentang tu, tetapi dia tidak berani campur tangan urusan orang tua. Habis, semua orang boleh pilih jalan sendiri kenapa tidak aku? Zana sandarkan biola di bahu. Lagu Seroja mengalun indah. Ini lagu kesayangan pak anjang.

mari menyusun seroja bunga seroja,
hiasan sanggul remaja puteri remaja,
rupa yang elok dimanja jangan dimanja,
pujalah ia oh saja sekadar saja

....Abang Zahar suka juga muzik daripada biola, tetapi bukannya lagu asli. Kata abang kalau di Eropah orang yang pandai main biola ni dianggap berbudaya tinggi. Apa lagi kalau pandai main ‘cello’. Kalau Zana duduk di Amerika ni tentu boleh buat nama, macam Vanessa Mai... pemain biola kelahiran Vietnam tu, usik Abang Zahar melalui telefon baru-baru ni. Gesekan biola Zana yang sumbang tu pun dipujinya berkali-kali. Betullah Abang Zahar ni buta muzik, kata Zana di dalam hati. Tapi bila dipuji-puji begitu macam seronok pula. Habis, lepas Zana terkenal macam tu, Zana kena halau oleh abah pula... macam mana abang, tanya Zana. Lalu Abang Zahar tidak jadi menyambung ceritanya. Cerita fasal Anjang Syahid selalu membuat mereka menjadi serba salah.

mengapa kau bermenung oh adik berhati bingung,
janganlah engkau percaya dengan asmara,
sekarang bukan bermenung zaman termenung,
mari bersama oh sayang memetik bunga.

“Eh, belum siap lagi. Dah solat Maghrib?”Zana memandang jam di meja tulis... hah dah pukul tujuh setengah malam.“Itulah, abah dah kata... benda-benda begini melekakan. Cepat, abah pantang orang tak tepati masa.” Kata ibu sambil membetulkan kebayanya.Ibu, suka benar pakai kebaya. Badannya masih langsing. Mukanya juga awet muda.

Yalah, setiap hari berteman segala jenis jamu. Bila dipandang lama-lama... wajah Bandungnya jelas sangat. Tetapi lenggok bahasa Indonesianya sudah lama luntur. “Oh, ya Zana... kita tak lihat lagi cucu Auntie Bibi.” Kata ibu tiba-tiba. Dihulur tuala kepada Zana, supaya Zana dapat menyegerakan langkah ke bilik air.“Dua tiga hari ini tak dapatlah ibu, banyak kerja.” Kata Zana menyambut tuala merah jambu tu setelah menyimpan biola kesayangannya dalam kotaknya semula.“Cepatlah, asal basuh badan dah.”Zana tersenyum, ibu kalau nak berjalan mana-mana bukan main suka.“Nak pakai baju mana, Zana? Biar ibu yang seterika.”“Tak payah lah ibu, Zana pakai baju tadi aja... masih elok.” Kata Zana, sebelum melangkah ke bilik air.“Pakai baju kuning ni biar cantik sikit.”Zana tidak jadi melangkah.“Orang tak cantik, pakai apa pun tetap tak cantik, ibu.”“Tak baik cakap macam tu. Bunyinya macam orang tak tahu bersyukur dengan nikmat Allah.”Zana beristighfar di dalam hati.“Zana cakap yang betullah, ibu.” Dia bukan tak tahu bersyukur, matanya tetap sepasang macam orang lain. Dia ada hidung dan mulut juga seperti orang lain juga.

Cuma dia ingin menyedar ibu, jangan puji macam tu... dia ni jenis perempuan yang sedar diri! Melihat kekurangan diri bukannya bermakna dia merungut dengan anugerah Pencipta....”Kalau tak cantik, kenapa pula Nenek Hendon jadi berkenan nak bagi dekat cucu dia.” Usik ibu. Muka Zana pucat tiba-tiba.Dua tiga hari ni cerita fasal Annas sudah tidak dibincangkan di meja makan.Zana tidak jadi menyambung senyum.
Cerita ni mengekorinya ke mana-mana.“Pakai yang ni, nanti ada orang yang akan makan dengan kita juga... nanti buat malu aja. Busuk-busuk peluh.” Kata ibu sambil tersenyum.“Masih wangi... Zana duduk dalam 'aircon' sepanjang hari tadi.”“Zana boleh tak dengar kata ibu, untuk kali ni!”“Ya.” “Makan dengan siapa, seganlah. Ingatkan kita-kita aja.” Sambung Zana lagi.Hati Zana sudah berdebar tidak menentu... entah-entah dengan si Nanas. Abah dan ibu nak buat ‘blind date’ untuk dia. Hei, Zana pertemuan macam tu orang tak kata ‘blind date’ tau... Ibu sudah lama keluar dari biliknya. Hatinya sudah tidak enak.

~Hati Zana~oleh: Noor Suraya epsd :2

Itulah segala punca permasalahannya.
Itulah puncanya.
Tiba-tiba nenek tu cuba nak jodohkan kami berdua.

Malam kian larut, hujan masih rintik-rintik di luar. Zana masih mengelamun di meja studi. Sepi mencengkam hati. Lama betul Abang Zainal dan Kak Long tak datang. Rindunya Zana pada anak-anak buahnya: Pipah, Mayra dan Dwan. Dulu kalau Abang Zainal dan Kak Long 'out-station' budak-budak tu ditinggalkan di sini, sekarang mereka sudah ada pembantu rumah Indonesia.

Zana mendekati piano di ruang tamu. Sudah lama jari-jemarinya tidak menari-menari di atas gigi piano ini. Lagu ‘Tudung Periuk’ dialunkannya lembut dan sayu. Tenang dan damai rasanya ....

Sejak dia kecil, dia gemar sekali memainkan lagu Tudung Periuk.Tudung periuk pandai menari, Menari lagu putera mahkota.Indahnya irama si Tudung Periuk, bisik hati Zana semula. Dia sendiri tidak tahu sama ada harus tersenyum atau menangis. Kain yang buruk berikan kami,Buat menyapu si air mata.Sedihnya ceritamu si Tudung Periuk, bisik hati Zana lagi.

Kenapa tak pakai tisu? Hatinya yang nakal sedang menggoda semula. Yalah, betul tu. Zana tersenyum tiba-tiba. Itu yang Aliya sering kata, guna lah tisu. Sejak Aliya berkahwin dia rasa kesepian pula.“Ada apa Zana?” Suara abah yang tiba-tiba muncul di muka pintu mengejutkannya.“Oh, abah. Zana ganggu tidur abah ke?” Katanya dengan nada bersalah sangat.“Tak!”Zana segera menarik jari-jemarinya dari gigi piano.
Lantas dia membuka lampu ruang tamu sambil menyembunyikan matanya yang basah.“Abah nak kopi?”“Boleh juga.”Zana bangun dari kerusi di piano berjalan ke arah dapur.“Ceritalah apa masalahnya,” kata Doktor Zainordin sambil mengikut Zana ke dapur.“Tak ada apa-apa.” Kata Zana sambil tersenyum.Zana meletakkan kopi panas di sebelah abahnya.
Air panas memang sudah tersedia sejak tadi.“Cakaplah yang sebenarnya, Zana.” Pujuk abahnya semula, dengan penuh diplomasi.Zanariyah memandang abahnya. Wajah abah bersih dan tenang aja. Uban yang memenuhi kepala menjadikan dia tampak lebih matang dan berwibawa. Dia sangat mengasihi abahnya lebih daripada dirinya sendiri.

Tetapi rancangan abahnya yang tiba-tiba membuatnya jadi jauh hati. Mereka buat macam Zana tak ada peluang untuk memilih sendiri kerana dia tidak secantik orang lain. “Saja bah, Zana tak dapat siapkan kes studi.”“Kan elok tenangkan diri dengan solat, dari biarkan piano terjerit-jerit macam tu malam-malam buta” pintas abah.“Bunyinya macam orang sedih aja.” Sambung abahnya semula apabila dilihatnya air muka Zana berubah dengan kata-katanya.“Fasal Annas ke?”Zana menggeleng. Macam mana Zana ada masalah dengannya kalau Zana tidak pun kenal dia. “Cepat-cepat buat kes studi tu dan tidur, esok ada kelas pagi kan?”Zana mengangguk.Abah cepat-cepat menghirup kopi O dan berlalu ke bilik.

Abah dalam usia yang begini masih boleh minum dua cawan kopi setiap hari. Kata abah, Alhamdulillah jantungnya tidak pernah berdegup kencang apabila minuman berkafeina. Tapi cerita yang abah bawa tentang Annas membuat jantungku berdegup kencang dua tiga hari ni mengalahkan orang yang terlebih kafeina.Semalaman Zana berjaga. Sempat tidur seketika sebelum ibu mengejutkannya untuk solat subuh.“Jam loceng kuat macam tu pun Zana tak sedar, ya?” kata ibu apabila dia masih tidak dapat membuka matanya dengan sempurna di meja makan. “Habis nak memandu macam mana?” Usik ibu.“Nanti oke lah, ibu.”Zana mencapai sudu dan menyenduk kuah dal ke piringnya. Di koyak roti Benggali dan dicecahnya dengan berselera sekali. Munna selalu menasihatinya, agar tidak makan kulit keras pada atas roti tu, tapi itulah kegemarannya sejak dulu. Munna tu suka nasihat orang macam-macam fasal makanan, padahal dia lah ketua makan serba-serbi... ntah, macam mana dia jadi budak ‘medic’ kami pun tak tahu.“Hari ni balik pukul berapa?”“Empat.”“Balik terus ya, malam ni abah dan ibu nak bawa Zana keluar.”“Ke mana?”“Adalah...”“Insya-Allah,” kata Zana sambil menghirup kopi secawan. Kata Pipah, patutlah Achu Zana hitam, achu suka minum kopi.

Tiba-tiba dia terkenang pada Pipah lagi. Rasanya macam nak pergi rumah Kak Zura minggu ni. Pura-pura merajuk, tentu abah dan ibu akan panik sikit. “Zana pergi ibu,” kata Zana sambil mengucup tangan ibu dan mencium pipinya yang mulus tu.“Baik-baik di jalan.”Zanariyah menyanyi-nyanyi kecil.
Mujurlah ibu tak berleter panjang pagi-pagi ni. Kereta kepunyaan Abang Zahar tu di beloknya ke kiri. Marissa dan Junaidah (Jade), sudah sedia menunggu di tepi jalan kondominium mereka.“Mana Aliya?” Tanya Jade selepas memberi salam.“Hari ni cik abang dia hantar.” Kadang-kadang Aliya memandu sendiri kadang-kadang dia menumpang mereka. Tetapi kalau Hadi ada di Kuala Lumpur ni, dia akan ada acaranya sendiri.
Mereka hanya nampak mata dia waktu kuliah aja, lepas tu ghaib!“Dah siap kes studi?”“Yup.”“Bagus, bagus nanti aku boleh kerling-kerling.” Kata Marissa, sambil menyelongkar fail Zana.“Mana boleh Marissa... kat kampus tentu dah ada yang menunggu nak ‘xerox’.” Kata Jade“Apa ni, orang bercakap pun tak ada respons,” renggek Jade lagi.Zana jadi sedar diri.

Dia hanya dikerumuni oleh sang Kumbang bila mereka hendak menciplak ‘assignment’, lepas tu dia dilupakan macam tu. Dia sepatutnya bersyukur nenek si Nanas tu sanggup jadikan dia cucu menantu. Abah dan ibu dah nampak potensinya bakal jadi andartu sampai bila-bila... sebab tu mereka cuba nak menjodohkan dia.

~Petua Jika Tersedak time makan~

Pagi ni saya tergelak sorang sorang depan pc sbb baca petua ni..
------------ ------ ------------ --------- ---
Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'".
..maka adalah yg tak kena sana sini...oh..
Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz).
Lalu ada yg sound: "Apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"Tak baik lutut tinggi pada makanan.."
"Ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...
Aku pun basuh tangan.
Nota untuk mua'alaf : Sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. Hutang kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu.
Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi.
Nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matelic ke cooper? Kan susah tu!!!
Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja.. bentuk bulat ke bentuk heksagon?, Oktagon?, Nanagon? Nak kena pergi kedai perabot buat ansuran mudah! Jimat ! Hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!!

Oh... Lepas tu makanlah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian,
ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"
Aku kata : "Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!!"
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...
Oh..tepuk dada tanya iman..
Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur : "Essh.. pengotor betullah".
Aku kata : "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!" (tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman).
"Nie, apahal jilat2 jari nie? Lucah betul!!"- tanya diorang pada aku...
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi heheheh"- kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan...

Aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya : "Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?"
Abang aku kata sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata : "Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
Aku menyambung : "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer.
Namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka dikira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..
hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah.

" Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjay
a.. Kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku).
Aku kata : "Senang sajer... Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.." Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "Lurus mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)
Aku kata : "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa.. sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!! He he he...
Selamat mencuba, ni bukan hadith, *** pengalaman

~Suamiku...~



Esok Harijadimu sayang....
12.06.2008
SELAMAT HARI JADI...
SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZKI...
DAN SEMOGA IKATAN PERKAHWINAN KITA KEKAL HINGGA UJUNG NYAWA...AMIN..

Zuriat Kedua ~ Muhammad Hakimi B.Azman


Assalammualaikum..
Erm...inilah zuriat kedua kurniaan Ilahi pada aku dan suami.Kelahirannya diluar dugaan kerana aku hamil juga walaupun aku dan suami merancang untuk menjarakkan antara anak pertama dan anak kedua kami.
Namun sudah rezeki dari Ilahi.Kelahirannya kami nanti.Sekurang-kurangnya menjadi peneman abangnya nanti.
Muhammad Hakimi Bin Azman nama diberi sendiri oleh abahnya.Tarikh 6hb.March.2000 maka kelahirannya diizin Ilahi.Ternyata kehadiran Kimie(nama manjanya) menambahkan lagi seri masjid yang terbina.Aku Bersyukur padamu Allah.Alhamdulillah.
Semoga kedua-duanya berjaya menempuhi ranjau duri dalam menjalani takdir perjalanan di bumi yang sementara cuma.Ya Allah..tetapkanlah iman serta permudahkanlah setiap dugaan yang bakal ditempuhi zuriat kurniaanmu ini.Amin.