MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday, 8 May 2009


Harini 08/05/2009



Cepatnya masa berlalu...Semalam...Awi & Kimi tak buat perangai..so aku aman sat..

Dua bradik tu asyik dengan melukis kartun ja..

aku bhagia tengok kemesraan dorang.

Kalau tak ari2 aku pendam amarah dalam jiwa..mau taknya..

Asal kat dalam bilik nak buat homework mesti depa bergaduh (lawan mulut).

Agaknya semalam aku try baca doa melembutkan hati anak-anak yang diberi oleh akak ipar kot.

Alhamdulillah berkat doa tu ..Awi & Kimi bagai belangkas.


Namun masih ada usikkan dan pertikaman lidah tapi tak la seganas dulu sampai tolak menolak dan tendang- menendang.Arghhhh..dlam kelegaan nie..aku tetiba ja tringat kat mak dikampung.


Sempena Hari Ibu 10/05/2009.


Jika dibandingkan aku dan mak dalam soal menjaga anak-anak..

rasanya aku memang tak sempurna.

Mak banyak memerah keringat dan membanting tulang dalam mencari rezki bersama bapa.

Sesudah subuh,mak dan bapa trus ke bendang.

Tengahari mak akan balik untuk masak dan bawa bekalan untuk bapa dibendang.S

eterusnya hingga 3-4petang baru mereka pulang.


Tentang penjagaan kami? Mak dan Bapa letak tggjawab tu kepada anak-anak yg lebih dewasa iaitu kakak dan abang-abang.

Pasal jaga menjaga nie aku tak pandai sangat sebab ...

aku anak 2nd bongsu.ahakss...yang aku tahu main..makan..tiduq dan kena paksa belajaq ngan p mengaji ja.hehehhee..

memang masa kecik aku kecapi nikmat kebebasan baik dalam pergaulan dan permainan.

Bab masak memasak dan kemas-mengemas ni smua aku wat slamba sbb kak Ngah & kak Tih dok ada.



Dalam aku seronok mengingati nostalgia main guli,wau,dam aji,dam ulaq , tuju kasut dan banyak lagi la...aku bandingkan dengan anak-anak aku sekarang.

Sedih sungguh,mana taknya...kebebasan mereka aku kontrol abis.mungkin keadaan sekeliling ..

ye la kat kampung pengaruh internet dan lepak-lepak ni tak merebak lagi.


Di Penang aku terpaksa kawal pergerakkan dan pergaulan anak-anak aku.

Dari pengalaman pembesaran anak-anak menakan sebelah suami, aku sedar...sebaik mana pun didikan diterapkan di rumah.


Pengaruh kengkawan kat sekolah juga mereka turutkan.

Adess..susahnya menjaga anak-anak.

Bukan aku mengeluh tentang tanggungjawab aku dan suami dalam membesarkan zuriat kurniaan Ilahi.

Aku bersyukur dengan kehadiran penyambung zuriat kami ini.

Orangtua mana yang mahukan masa depan anak-anak mereka gelap.

Namun dalam mendidik, kami pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Namun doa tetap kami iringi semoga masa depan anak-anak terjamin .AMIN.


Kadang-kadang timbul fikiran negatif pada anak-anak.

Bukan apa..dalam kampung kami ada 2 kumpulan sebaya dan segagan owang Penang kata yang sedikit kebaratan.Takkanla nak salahkan mereka kalau anak-anak terikut style depa... so.. baik "Mencengah Lebih Baik Dari Mengubati.."

"pada anakku...maap kan mak sayang...".


Dari pandangan aku banyak beza dari pelbagai sudut baik dari segi permainan dan corak pembelajaran .
Sekarang corak permainan dah bertukaq kepada Playstation, gamesBoys kalau ada persamaan pun main kad...
dah tak ada lagi..Happy Family, Donkeys ,Jutaria, dam ulaq dan banyak lagi ..
walaupun permainan tu lebih kurang serupa tapi kini brtukaq ada Football card, Naruto, Pokemon dan banyak lagi.
Dulu anak-anak lebih menghargai masa rasanya.
Ye la..pandai main pandai balik ikut time.La nie.. kalau tak p keloi jenuh ralit ke Magrib la.
Terfikir juga nak takutkan anak-anak dengan "antu" cam orang dulu-dulu takutkan anak2.
Tapi nanti jadi kot lain la pulak...jenuh nak kena temankan anak-anak...sbb depa jd takut.
Adess... tu kira ok lagi kalau depa takutla...buatnya depa gelakkan aku..lagi sakit jiwa..
yela budak-budak sekarang mana nak percaya sangat mendalah karut marut nie..
kalau depa terasa takut sat ja..hurmmmm...


Melalut la pulak arini..kalau nk karang pasal perbezaan dulu dan sekarang memang tak abis punya.
Sebenarnya...topik arini ialah sempena "HARI IBU" pada 10 Mei 2009 iaitu ari ahad nie. Tu saja..
soweyla yang mana dah ter'jemu dok baca apa yang aku tulis nie...ahakss...


Pada semua kaum ibu baik yang tunggal atau yang masih bersuami...
Anak pelengkap diri kita menjadi sesempurna sebagai seorang perempuan & seorang isteri
dan pada perempuan yang belum ada jodoh /belum dikurniakan zuriat...bersabarlah...
Kerana Allah Lebih Mengetahui Dengan Takdir perjalanan Hidup kita ini..."