MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Wednesday 27 April 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia-Bukit Merah 3.April.2011 ~

Cuti-cuti Malaysia...

erm..memandangkan kita hanya merancang dan Allah yang menentukan
macamtula..Geng Philips tak jadi konvoi ramai2 ke Bukit Merah.
aku seperti yang dijanjikan dan di takdirkan berpeluang bersantai bersama-sama keluarga..
Alhamdulillah...






Mula-mula  -Sesi check kereta



ni keta anak2 truna..




ops apapun kena isi perut dulu..
so singgah kat perhentian Juru..
pekena nasi lemak kukus...
ek anak sedara nie..capture pict mak menakan depa saja..
memerli la tuh..



lepas dah lapik perut..
kami bertolak ke sana..
cuaca Alhamdulillah...






dalam 45Mins dah sampai dah..

Jom ..


Anak truna 2 orang nie..
memang pantang jumpa air..


posing dulu sebelum main air..


dah penat memujuk mak joint main air..
huh...tak nak jugak...tak pela..

ni la akibatnya bila minta tolong orang amik gambar..huhuh
blur ar..


alamak..tak nampak la buaya tu..
kena krumun dengan anak cucu Pemaisuri Aisyah..hahaha



tringin nak berposing kat sini..hahhaa


woo..tak leh tahan nak gelak..
ingat senang ke nak berposing dalam gelung air


alamak..cam adik badik lak ngan gajah nie..
hahahha...



Selamat Tinggal...
Pepun..mandi kat Sunway Lagoon lagik best..

Jom jalan-jalan cari makan lak..

lajak ke Taiping ..

saja cari tempat yang kawan gtau kata Yong Tau Fu @ sotong kankung sedap bangat..

dekat Astaka Taman Tasek Taiping.


ni dia...sedap sungguh..yummy2...



tammat dah..
.tapi dalam perjalanan balik tu..
singgah beli durian Batu Kurau..
semerbak bau deyan dalam keta dari Taiping sampai ke Penang..
hahhaa..
pepun  Alhamdulillah..

Happy  sangat2

dah abiss dah..
tak banyak gambar kali nie..sebab semua asik main ayaq ja..
hahhaa

Kisah SuSu iBu

Haaa....ni kisah benar dan menarik nih ! Baik korang semua baca !











Citer dia camni .....









Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu


yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan.






Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut !


Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang


sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki


tersebut.






Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada


kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang


dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang


sama. Lagi rumit masalah tersebut!






Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni,


sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah


ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak,


doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang


ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya.






Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak,


apa yang dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh !





Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian


tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya!


Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula


dengan ulama tersebut.





So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.

Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda

bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.

Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan

2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut !



Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah

dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga

merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

Jadi dalam soal harta pusaka dan sebagainya,

Cik Zai Penang Giveaway


sempat ke lagik nie...
takpa joint jugak2..

 
 walaupun kebizian melampau..
nak jugak joint GA cik Zai nie..
kot2 ada luck dapat gak frame nak letak pict Alia nie..
( akak Zai...bagi ler mak Alia menang yerk...ahaks... )


 syarat2 yang di minta oleh cik Zai dan dijawab selamba oleh anak rusa nani...( anak Rosnah la nie..)
uiks sebijik la pulak...adess...

1-Warganegara Malaysia yg beralamat di Malaysia dan mesti mempunyai blog.
 Yes

2-Klau rajin follow la blog Cik Zai....tak paksa. ya ker nie??...
erm..rasanya org pertama follow blog cik zai nie...ahakss

3-Buat entry bertajuk Cik Zai Penang Giveaway..
. seperti yang diminta oleh Cik Zai ..walaupun kebizian yang terlampau dan melampau2 sejak 2 menjak nie...akak luangkan jugak wat entri nie...hahhahak..
bukan tak nak sokong...tapi besala..masa tak mengizinkan...uhuhuu..
 
6-Takyah tag kawan-kawan.Klau nak tag...dipersilakan.. fuh nasib baik tak payah tag....betui nie tak payah tag.?..bukan apa..follower akak pun cput ja..hhuuuuh...

 malunya




ok la Cik Zai..
pepun akak doakan moga2 anda ceria dan bahagia selalu...( ada can nak menang nie sebab mem'bodek' ahakss )

Thursday 14 April 2011

~LaGu CiNtA eps:31-34~

BaB 31


Aleya Putri

Izinkan Ku Pergi


"Idzham…"

Mata Aleya tajam memandang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya kini. Dia yakin lelaki yang berdiri di hadapan pintu McDonald's yang jaraknya lebih kurang dua meter dari tempat dia berdiri kini adalah Idzham Iskandar kekasih hatinya. Walaupun 45 hari dia tidak bersua muka, raut wajah nan satu itu masih kukuh dalam memorinya. Masakan dia boleh lupa wajah orang tersayang walaupun lelaki yang dilihatnya itu sedikit cengkung rupanya.

Ya Allah...benar kah apa yang dilihatnya ini? Idzham sedang tersenyum mesra kepada teman yang sedang berdiri di sebelahnya itu, iaitu wanita yang paling dicemburuinya sejak pertama kali mereka di perkenalkan lagi, si Shasha! Perbualan mereka berdua nampak agak rancak. Sudahlah tu, boleh pula mereka berdua tu berdiri di tengah dunia yang penuh dengan orang ramai yang sentiasa berlegar-legar di Mid Valley ini. Sudahlah tak perasan atau buat-buat tak perasan pada Aleya yang berdiri tidak jauh daripada mereka, berdiri betul-betul depan pintu McDonald's pula tu. Tak ada kesedaran sivik ke yang mereka berdua tu telah mengganggu laluan pelanggan Mc Donald's yang lain untuk keluar masuk?

Melihat keakraban si kekasih hati dengan wanita disebelahnya membuatkan Aleya merasa geram dan tergamam sekali gus. Tergamam melihat drama swasta di hadapan matanya kini dan geram kerana merasa dirinya ditipu hidup-hidup. Jadi, benarlah andaian yang pernah bermain-main di benaknya kebelakangan ini yang Idzham telah pun selamat kembali semula ke Kuala Lumpur tetapi sedang mengelakkan dirinya. Kalau tidak masakan panggilannya kepada Idzham tidak pernah berjawab. Berhenti kerja dari firmanya itu pun langsung tidak dikhabarkan pada Aleya. Dia tidak faham mengapa Idzham sanggup buatnya sebegitu sekali. Menyepi daripada dirinya sehingga melewati sepurnama lamanya. Adakah dia telah menyakiti hati lelaki itu dalam diam sehingga dia dihukum dengan 'silent treatment' oleh Idzham? Sekalipun dia ada melakukan kesalahan pada Idzham, mengapa lelaki itu perlu menyakiti hatinya pula?

Hati yang sakit seperti ditusuk dengan belati tajam melihat lakonan kekasih hati yang dirindukan separuh mati makin menyemarakkan semangatnya. Semangat untuk menyerang hendap pasangan di hadapannya itu. Walaupun dia bukanlah keturunan mana-mana pahlawan Melayu, apatah lagi keturunan Superman mahupun Kluangman dia tetap tahu yang menyerah sebelum berjuang adalah pegangan manusia yang lemah sahaja. Dia tahu yang dia tidak lemah. Dia pasti dia akan tabah menghadapi apa sahaja yang bakal diluahkan Idzham Iskandar sebentar lagi.

Lalu pantas sahaja kakinya melangkah mendekati pasangan merpati dua sejoli itu. Inilah satu-satunya cara dia dapat berhadapan dengan Idzham setelah lelaki itu seolah-olah melarikan diri daripadanya. Apa nak jadi pun, biarlah jadi asalkan dia dapat penjelasan daripada mulut Idzham sendiri di atas kehilangannya selama ini. Aleya tidak peduli lagi kalau-kalau seluruh pengunjung pusat membeli-belah itu akan menonton aksinya nanti bila kemarahannya tidak akan dapat dikawal lagi sehingga menarik tudung Shasha di tengah khalayak ramai sekalipun. Peduli apa dia pada segala kemungkinan yang bakal berlaku kelak. Paling penting, kini dia mahu berhadapan dengan Idzham Iskandarnya.

"Assalamualaikum..."

Sengaja dihulurkan salam sejahtera kepada pasangan tersebut di saat dia sudah berdiri betul-betul di hadapan mereka supaya kehadirannya di sisi mereka berdua itu disedari.

"Aleya? Ini Aleya kan?"

Tanpa disangka Shasha yang mula membuka mulut bertanya setelah menjawab salamnya tadi. Siap dengan senyuman manisnya pula tu. Tidak sangka pula wanita ini masih mengenalinya walaupun mereka hanya pernah berjumpa sekali sahaja iaitu selepas dia dilamar Idzham di Menara Kuala Lumpur dahulu. Manakala Idzham yang berdiri di sebelah Shasha hanya mendiamkan diri sahaja. Air mukanya begitu tenang dan beku sekali. Tiada langsung senyuman. Apa yang Aleya nampak adalah wajah yang biasa dipamerkan Idzham suatu ketika dahulu padanya. Wajah Encik Perasan Bagusnya yang selalu angkuh dan sinis. Namun Aleya sempat juga menangkap seketika tadi riak wajah Idzham yang sedikit berubah semasa dia memberi salam. Ada sekilas reaksi terkejut terpamer pada wajah itu. Namun hanya seketika sahaja.

"Ya, I Aleya dan kalau I tak silap you ni Shasha kan?"

Aleya menjawab setenang mungkin. Air mukanya masih dikawal supaya tidak terbias sebelum amarahnya benar-benar meletup. Dalam pada itu, matanya tetap menikam pandangan Idzham. Menghantar isyarat betapa lahar di dadanya ini bakal meletup pada bila-bila masa. Juga rasa sedih diperlakukan seperti dia langsung tidak berharga pada lelaki di hadapannya itu.

"Betullah tu. Tak sangka jumpa you semula di sini. Hari tu kita jumpa di lobi KL Tower kan? Masa tu malam pun dah makin larut. Nasib baik I masih ingat lagi rupa you."

Senyuman manis masih menguntum di bibir wanita bernama Shasha itu. Makin meluat Aleya dibuatnya. Bertambah menanah pabila Aleya melihat Shasha mula mengalihkan perbualannya dengan Idzham pula.

"Ijam mana kad jemputan yang I bagi pada you tadi? Yang untuk Aleya tu. Kebetulan dia dah ada sini, boleh kita bagi terus pada tuan empunya badannya sendiri."

Aleya kaku mendengar suara lemah lembut penuh gemalai wanita bernama Shasha itu meminta sesuatu daripada Idzhamnya. Shasha minta kad jemputan daripada Idzham? Kad apa? Semakin kaku dirinya apabila dia melihat Idzham mengeluarkan sekeping sampul berwarna kuning keemasan yang berkerawang di sekelilingnya dan bertinta emas daripada beg kertas di tangannya. Sampul yang sering diterimanya apabila ada jemputan perkahwinan. Sampul itu dihulurkan Idzham pada Shasha.

"Aleya, I nak jemput you ke majlis walimah I. Lagi dua minggu. Ini kadnya. Nanti you datang tengok I bersanding ya."

Seolah-olah tidak terasa langsung apabila kad itu sudah berpindah dari tangan Shasha ke tangannya. Saat itu dia terasa benar-benar mahu rebah ke bumi. Apa maksud semua ini? Shasha menjemputnya ke majlis perkahwinannya yang akan diadakan lagi dua minggu. Kad tersebut di ambil daripada simpanan Idzham. Adakah ini jawapan kepada semua persoalan yang sedang bermain di kepalanya sejak terpandangkan Idzham dan Shasha tadi? Apakah selama ini Idzham menyepi darinya kerana jemputan yang diterimanya ini? Betul kah andaiannya tika ini yang Idzham bakal berkahwin dengan Shasha? Apa semua ini?

Saat ini dapat dirasakan air matanya bakal gugur bila-bila masa sahaja. Tidak perlu ditatap lagi kad jemputan yang berada di tangannya kerana dia sudah ada jawapan di atas segala persoalannya pabila dia merenung mata Idzham. Mata Idzham seolah-olah mengiakan semua telahan yang terkandung di kepalanya. Air matanya semakin payah hendak ditahan lagi. Sampainya hati Idzham memperlakukan dia begini. Menghilang tanpa khabar berita sehingga dia ternanti-nanti dalam kerinduan. Muncul semula dengan berita yang bisa membunuh seluruh jiwa raganya.

Dia tidak tahu apa reaksi yang hendak dipamerkan di hadapan pasangan bakal mempelai di hadapannya ini. Sebelum air matanya terus tumpah dan akhirnya hanya menonjolkan kekalahan yang dialaminya di hadapan mereka berdua ini, ada baiknya dia mengundur diri secepat mungkin. Matanya di alihkan pada mata Idzham semula. Aleya merenung Idzham sedalam-dalamnya. Renungan terakhir yang bakal diabadikan sebagai kenangan terindah. Ingin dirakamkan wajah itu sepuas-puasnya dalam kotak memorinya. Wajah yang kelihatan beku tanpa sebarang perasaan. Sehingga saat ini, dia pelik bagaimana Idzham boleh begitu tenang merobekkan hati wanitanya.

"Tahniah Shasha... Idzham... Moga bahagia. I pergi dulu, I nak kena balik ofis. Sekejap lagi ada meeting."

Lantas kakinya melangkah pergi dari situ. Dia tidak sanggup lagi untuk terus berlama berhadapan dengan pasangan tersebut. Hatinya telah cukup parah dirobek-robek kenyataan yang Idzham telah meninggalkan dirinya dan memilih Shasha. Segala rancangan untuk menyumpah seranah dan bergusti dengan Shasha pada awalnya tadi sebelum dia menegur mereka berdua, terbang begitu sahaja setelah menerima perkhabaran duka daripada Idzham. Kad jemputan yang berada di tangannya itu dimasukkan ke dalam salah satu tong sampah yang begitu banyak disediakan untuk pengunjung Mid Valley. Tiada gunanya lagi untuk terus menyimpan virus yang hanya akan terus membuatkan dia menderita. Dia pun tiada keinginan untuk melihat lelaki yang pernah disayanginya sepenuh hati bersanding dengan orang lain. Biarlah di mana sekalipun mereka bakal bersanding. Andainya mereka nak bersanding di tengah-tengah kolam KLCC pun dia tidak akan peduli. Kalaulah perasaan cinta yang ada di hatinya ini untuk jejaka bernama Idzham Iskandar boleh di tong sampah kan seperti kad jemputan tadi, nescaya dia akan melakukannya walau banyak mana sekalipun kos pentadbiran yang akan dikenakan oleh Alam Flora padanya.









Masih di tempat tadi. Di hadapan pintu McDonald's Mid Valley, Shasha memerhatikan pemergian Aleya. Ada rasa bersalah terbit dalam hatinya secara tiba-tiba. Dia menoleh memandang Idzham yang masih tegak memerhati langkah Aleya yang sudah ditelan lautan manusia. Anak mata lelaki itu langsung tidak bergerak. Seolah-olah langkah Aleya masih dapat dilihatnya.

"Ijam, I rasa tak sedap hatilah. Kenapa you tak tahan Aleya tadi?"

Idzham yang tersedar daripada menungannya pada langkah Aleya tadi tersentak apabila mendengar soalan Shasha.

"Apa you cakap tadi?"

Suaranya kelihatan lemah sekali bertanya. Tadi dia agak khayal melihat Aleya membawa dirinya. Lalu kerana itu dia tidak dapat menangkap apa yang diperkatakan oleh Shasha padanya tadi.

"I kata, kenapa you tak kejar Aleya tadi? Dari cara dia tadi, I rasa mesti dia dah salah faham tentang kita. Dia nampak macam sedih sangat. Macam nak menangis sebelum pergi tadi."

"Biarlah Shasha. Tak ada gunanya I jelaskan apa-apa pada dia. Saat-saat macam ni, dia tak akan dapat terima apa-apa alasan pun. Lagipun lebih baik begini daripada dia tahu kenyataannya kelak. I rasa sekejap sahaja dia akan kecewa. I know that she is strong woman. She'll be fine."

"Ijam... mana boleh macam..."

"Let it be Shasha. Let be gone. Be by gone. It won't change the fact."

Hanya keluhan yang dapat dilepaskan. Sebenarnya Idzham sendiri tidak pasti sama ada Aleya akan kuat atau tidak. Kecewa apabila mengetahui papanya bermain kayu tiga sahaja sudah mampu membuatkan gadis itu separuh nanar sehingga tekad membunuh diri. Apatah lagi tika ini hatinya dikecewakan dengan kenyataan yang amat pahit. Kenyataan yang cinta mereka berakhir setakat ini sahaja. Mampu kah puteri hatinya itu menempuhi segalanya? Di saat ini Idzham hanya mampu berserah dan berdoa sahaja.

Kalaulah apa yang terjadi padanya semasa di Singapura hari itu hanyalah sepotong mimpi, pastinya kini sudah ditunaikan segala janjinya pada Aleya. Janjinya untuk menghantar rombongan peminangan buat gadis itu. Tetapi kerana takdir yang telah tersurat untuknya semasa dia berada di Singapura, dia terpaksa memungkiri janjinya sendiri. 'Maafkan Am, sayang...' Hanya itu yang mampu diluahkannya. Itu pun hanya mampu dilafazkan di dalam hatinya sahaja.

Kemudian sekilas pandangannya di halakan pada Shasha yang masih setia berdiri di sisinya. Dia tidak mahu menyusahkan lagi gadis ini. Biarlah dia sahaja seorang yang berhadapan dengan takdirnya. Shasha sudah cukup banyak membantu dirinya semenjak di Singapura lagi. Tika ini dia hanya berserah pada Allah akan takdirnya. Dia sendiri sudah lelah untuk melawan takdir. Namun di sudut hatinya Aleya masih dan tetap akan jadi ratu hatinya. Cintanya itu telah dikhaskan hanya untuk Aleya Puteri sahaja. Selamanya-lamanya.



Sunday, September 23, 2007

BaB 32

Nur Arisa Syuhada

Tiada Lagi…



Daripada sofa yang di dudukinya itu, Arisa memandang pintu rumahnya sekali lagi. Rasanya kali ini sudah lebih sepuluh kali dia merenung pintu rumahnya itu dengan harapan ada orang yang akan muncul masuk dari sebalik pintu itu dan minta-minta biarlah orang itu adalah Aleya. Hatinya sedang resah memikirkan kehilangan Aleya tika itu. Hari ini, dia terjaga lambat daripada tidurnya. Memandangkan hari ini hari Sabtu yang juga merupakan hari tidak bekerjanya dan kebetulan pula dia sedang mengangkat bendera jepun bulanannya, maka dia dengan senang hati melanjutkan waktu tidurnya sementelah dia tidak perlu bangun bersembahyang subuh seperti biasa. Sememangnya terasa begitu nikmat sekali menjadi seorang wanita di saat-saat begini. Tetapi tidak sangka pula, bila dia bangun pagi itu ketika jam menunjukkan angka 8.45 pagi. dia dikejutkan dengan kehilangan Aleya daripada rumah sewaan mereka tanpa dapat di kesan.

'Kemanalah Aleya ni menghilang?' Hati Arisa dari tadi mengomel sendirian. Dompet, telefon bimbit dan kunci keretanya tidak pula di bawa bersama. Arisa cuba memikirkan yang baik-baik sahaja. Mungkin Aleya keluar pergi beli sarapan. Mungkin Aleya pergi ke pasar membeli bahan masakan. Mungkin Aleya… Namun segala kemungkinan yang baik-baik itu menjadi bagaikan tidak mungkin pula padanya apabila dia melihat angka pada jam dinding menunjukkan sekarang ini sudah jam 11.30 pagi! Ada ke manusia yang masih membeli-belah di pasar pada waktu-waktu begini? Atau ada ke orang yang masih mencari sarapan pada waktu yang hampir masuk fasa makan tengah hari? Kerisauan di hatinya semakin berganda apabila kini sudah hampir tiga jam dia menunggu kepulangan Aleya.

Arisa cuma takut Aleya buat perkara yang bodoh sahaja. Lebih-lebih lagi di kala hatinya yang sedang bersedih lara ditinggalkan kekasih. Dia sendiri tidak percaya yang Idzham sanggup meninggalkan Aleya macam itu sahaja. Tanpa sebarang kata dan hanya hulurkan kad jemputan perkahwinannya dengan wanita lain. Kejam betul lelaki yang bergelar peguam itu. Padan benar dengan gelaran nama yang Aleya pernah beri padanya dulu, Encik Perasan Bagus. Ada juga dia cuba menghubungi telefon bimbit lelaki itu untuk mendapatkan sendiri kepastian daripada Idzham tentang apa yang telah berlaku. Namun nombor yang didailnya itu telahpun ditamatkan perkhidmatannya.

Tadi semasa mula-mula Arisa menyedari kehilangan Aleya, ada juga dia mengintai di balkoni rumah itu dan tingkap bilik Aleya. Yalah, mana tahu kalau-kalau Aleya yang sudah tiga hari tiga malam berkabung dalam biliknya sehingga tidak menghiraukan makan minumnya langsung tiba-tiba mengambil keputusan untuk terjun daripada rumah mereka yang terletak di tingkat sembilan itu pula. Namun Alhamdulillah kerana tak ada pula tanda-tanda berlaku sebarang kejadian bunuh diri pagi itu kecoh kedengaran di kawasan kondo mereka ini.

Sebagai sahabat baik Aleya, pastinya dia risau sekiranya Aleya mengambil jalan singkat dengan membuat perkara-perkara yang bodoh seperti terjun daripada balkoni atau terjun ke atas rel LRT sebagai cara membunuh diri setelah kecewa bercinta. Lebih-lebih lagi bila hari tu Aleya yang tengah dalam keadaan sarat dengan kekecewaan ada bertanya padanya apa rasanya kalau kita berdiri di tengah-tengah landasan keretapi.

Sudah tiga hari Aleya duduk mengurung dirinya dalam bilik sehingga tidak keluar-keluar langsung kerana berendam air mata mengenang cintanya yang tidak kesampaian. Tiga hari itu juga Aleya memonteng kerjanya sehingga Arisa terpaksa menelefon pejabatnya dan mereka alasan yang Aleya tidak sihat. Mendengar cerita pilu Aleya dan menyaksikan sendiri kekecewaan Aleya membuatkan Arisa turut bersedih sama. Dia sendiri turut sama mengalir air mata melihat Aleya menangis tidak sudah-sudah. Nasib baik Aleya tidak menangis sampai buta. Kalau tidak sia-sialah sahaja RTM asyik ulang tayang berkali-kali filem Ibu Mertuaku saban tahun. Yalah, buat habis duit sahaja RTM bayar gaji pekerjanya supaya mengulang siarkan cerita itu, kalau orang yang terlalu kecewa seperti Aleya tidak langsung mengambil pengajaran daripada cara Kasim Selamat yang bodoh meledani kekecewaannya.

Di saat-saat begini dia masih teringat lagi bagaimana teruknya Aleya menanggung rasa kecewanya tiga hari yang lalu
"Arrr…Arri…Arisa… kau tol – tolong datang ambil a – aku boleh tak?"

Tanpa salam dan tanpa sebarang intro itulah ayat pertama yang kedengaran lewat panggilan telefon daripada Aleya kepada Arisa. Suara Aleya kedengaran tersekat-sekat dan ada bunyi esakan dihujung kata-katanya itu.

"Kau dekat mana ni Leya? Kenapa suara kau semacam je ni? Kau menangis ke Leya?"

"Ak – Aku tak pasti aku dekat mana ni. Kau tolonglah Risa. Aku rasa aku dah tak larat nak memandu lagi ni. Kaki aku macam dah tak mampu nak tekan minyak lagi. Kenapa dia sanggup buat aku macam ni Risa? Kenapa Risa? Apa salah aku pada dia?"

Esakan pada suara Aleya semakin jelas kedengaran di telinga Arisa.

"Aleya, kenapa ni? Dia tu siapa? Apa dia dah buat pada kau Leya? Kalau kau tak beritahu kau dekat mana, macam mana aku nak cari kau Leya? Kalau kau tak tahu kau dekat jalan mana sekalipun, at least kau bagitahu apa bangunan terdekat yang kau boleh nampak dekat situ untuk aku buat petunjuk. Kalau ada tanda, senang sedikit aku nak cari kau."

"Aku tak tahu aku dekat jalan apa sekarang ni Risa. Keluar dari Mid Valley tadi, aku tak tahu jalan mana yang aku dah lalu. Aku main jalan je Risa. Aku pandu ikut hati je tadi. Tadi aku cuma fikir nak cepat-cepat tinggalkan Mid Valley tu je. Aku dah tak saggup nak tengok dia dengan perempuan tu lebih lama lagi."

"Leya, cuba bawa bertenang. Kau tarik nafas dalam-dalam…tahan… kemudian kau lepaskan. Dah tenang kau cerita satu-satu dengan aku apa yang dah terjadi sebenarnya. Tak ada ke apa-apa bangunan yang boleh kau bagi sebagai tanda dekat mana aku nak cari kau dekat situ?"

"Dekat depan sana tu aku nampak macam ada dua bangunan besar yang rupanya macam exhibition centre atas bukit. Errr… lepas tu ada signboard tulis Sri Hartamas - lima kilometer dekat sini."

"Hmmm..aku rasa kau dekat kawasan Bukit Kiara tu. Tak apa. Kau tunggu dekat situ, park kereta kau tepi jalan dan duduk dalam kereta diam-diam. Kunci semua pintu. Tunggu sampai aku datang. Insyaallah kejap lagi aku sampai. Aku pun kebetulan baru keluar daripada Federal Highway ni. Kau tunggu ya Leya."

Lebih kurang 15 minit kemudian Arisa sampai di kawasan itu dan dia terus memakir keretanya di belakang kereta Aleya. Dengan kadar segera dia keluar daripada keretanya dan mengetuk cermin kereta Aleya. Dia masih tidak pasti apa yang telah terjadi tetapi apa yang dia pasti, dia perlu mententeramkan sahabatnya itu yang sudah dianggap seperti saudara sendiri. Aleya yang sedang menelangkup mukanya pada stereng kereta pantas membuka kunci pintu keretanya, keluar daripada kereta dan terus memeluk tubuh Arisa.

Arisa yang agak terkejut dengan reaksi Aleya hanya membiarkan sahaja sahabatnya itu terus memeluk tubuhnya kerana dia dapat melihat betapa Aleya amat memerlukannya saat ini. Wajah Aleya yang sempat ditatapnya di saat gadis itu keluar dari keretanya tadi nampak sangat terluka. Muka Aleya nampak sungguh sugul dan kulit mukanya sudah kemerahan akibat tangisan yang tidak henti-henti sejak tadi agaknya. Setelah agak lama membiarkan Aleya menangis di bahunya, dia mula memujuk Aleya. Dia tidak mahu terus-terusan menjadi perhatian pemandu lain yang melaui jalan itu melihat drama swasta yang tidak berpengarah walaupun jalan ini tidak terlalu banyak kereta yang lalu-lalang pada waktu-waktu begini.

"Aleya…sudahlah tu. Cuba kau ceritakan dekat aku apa sebenarnya yang terjadi?"

Aleya yang sudah mula meleraikan pelukannya pada Arisa, menyandarkan badannya pada kereta pula. Tangisannya masih tidak dapat dihentikan lagi tapi tidak lagi selebat tadi. Terhinggut-hinggut badannya cuba menahan tangisan.

"D – di – dia da – dah ting – tinggalkan aku Risa…"

Suara Aleya masih tersangkut-sangkut.

"Siapa yang tinggalkan kau ni?"

"Id – Idz – Idzham. Di – dia nak kahwin dengan orang lain."

"Apa? Idzham nak kahwin dengan orang lain? Kau biar betul?"

"Betullah. Aku terserempak dia dengan perempuan tu dekat Mid valley tadi. Perempuan tu bagi aku kad kahwin dia orang pada aku. Lagi dua minggu mereka dah nak kahwin."

Mulut Arisa terlongo mendengar cerita Aleya. Kejam sungguh si Idzham tu buat kawan baiknya sampai macam ni sekali. Padan benarlah temannya yang seorang ni nampak sangat terluka. Menangis tak henti-henti sampaikan kemana keretanya dipandu pun dia boleh tak pasti. Nasib baiklah Aleya tak tersesat sampai ke sempadan Malaysia – Thailand. Tiba-tiba Arisa jadi sakit hati. Sakit hati pada Idzham Iskandar. Dulu masa nak mengurat Aleya bukan main lagi. Sampai merajuk-rajuk bila Aleya tolak cinta dia pada mulanya. Bila Aleya pula yang merajuk, diajaknya dia untuk menjadi partner-in-crime untuk memujuk Aleya. Bila dah tak nak, main hulur kad kahwin dengan perempuan laim macam tu je.

"Siapa perempuan tu? Mana kad dia? Mari sini aku tengok."

"Nama dia Shasha. Kau tak kenal perempuan tu tapi aku pernah cerita dekat kau dulu pasal dia. Dulu, Am kata Shasha tu setakat kawan sekolah dia je. Kad kahwin tu aku dah buang dekat tong sampah Mid valley tadi. Buat apa aku nak simpan? Kau nak aku bingkaikan kad yang dah hancurkan hati aku lumat-lumat tu dan gantung dekat Balai Seni Negara? Tulis tajuk dekat situ, 'tenda kuning keemasan yang telah membunuh hati seorang Aleya'? "

Terbeliak mata Arisa melihat Aleya yang masih sempat lagi buat lawak tepi lebuhraya dalam keadaan tengah bersedih lara begini. Rasa macam nak tergelak pun ada mendengar ayat Aleya yang terkahir tadi tetapi dia tidak sanggup pula nak sakitkan lagi hati Aleya yang sudah sedia sakit dek penangan Idzham Iskandar. Tangisan Aleya sudah mula reda namun masih ada sedu yang kedengaran pada halwa telinganya.

"Jom kita balik dululah Leya. Nanti dekat rumah kau boleh cerita dekat aku dengan lebih terperinci lagi apa yang sebenarnya terjadi. Lagi lama dekat sini karang, lagi banyak pula penonton percuma tengok drama hari ni."

Arisa mula mengajak Aleya pulang setelah tidak tahan lagi mendengar bunyi hon hampir setiap kali ada kereta yang lalu. Dia tak faham langsung kenapalah manusia yang terutamanya lelaki ketika tiada penumpang perempuan dalam kereta mereka amatlah suka membunyikan hon kereta mereka bila ada perempuan muda yang sedang berhenti di tepi jalanraya. Daripada main hon, bukankah lebih baik kalau mereka berhentikan kereta mereka dan tolong apa yang patut. Kalau setakat tolong hon, kereta dia pun ada hon juga.

"Kau baliklah dulu, aku rasa tak larat nak memandu lagi. Biarlah aku dekat sini dulu. Aku rasa aku kena tenangkan diri aku dulu sebelum boleh drive semula."

"Kau jangan nak mengada-ngada. Kau ingat aku nak benarkan kau duduk sini seorang diri layan perasaan? Kalau jadi apa-apa pada kau, aku yang susah nanti. Silap-silap nanti aku dapat call dari kau lagi, kata kau dah tersesat sampai Australia. Biar aku bawa kereta kau. Kau duduk je diam-diam jadi co-pilot sebelah aku. Bagi sini kunci kereta kau dekat aku."

"Kau ni nak buat lawak antarabangsa pun biarlah logik sikit. Mana boleh sampai Australia naik kereta. Lagipun kalau kau bawa kereta aku, kereta kau tu macam mana pula? Tak kan nak tinggalkan je dekat sini? Silap-silap hilang pula tayar kau."

"Aku Cuma nak kasi kau senyum sikit je. Kereta aku tu jangan dibimbangkan. Kawan aku ada dekat dalam tu. Nanti dia akan tolong bawakkan kereta aku tu balik."

"Okaylah kalau macam tu. Kunci aku ada dekat tempat dia tepi stereng tu. Aku tak cabut pun tadi."

"Kau masuk dulu, aku nak jumpa kawan kau kejap. Nak suruh dia bawak balik kereta aku tu."

Selepas melihat Aleya selamat duduk di dalam keretanya, Arisa bergerak ke keretanya semula untuk menyampaikan pesanan pada si kawan yang berada dalam keretanya pula. Harap-harapnya janganlah Aleya nampak siapa teman yang sedang duduk dalam keretanya itu.


Tiada lagi (Amy Search Pheeewitt)

sia-sia sudah
kita jalin cinta
bila hati selalu berbeda
sampai kapan lagi
kuharus menahan

rasa kecewa didalam dada
seandainya kita masih bersatu
tak mungkin kan menyatu
walau masih ada sisa cinta

biarkan saja berakhir sampai di sini
tiada lagi yang ku harapkan
tiada lagi yang ku impikan
biar aku sendiri tanpa dirimu

tiada lagi kata cintaku
takkan lagi ku bersamamu
biar ku simpankan semua
kenanganku bersama mu...

Wednesday, September 26, 2007

BaB 33

Aleya Putri

I will survive...



Imbauan peristiwa semalam Arisa akhirnya terhenti tatkala dia terdengar pintu rumahnya seperti sedang cuba dibuka daripada luar. Pantas sahaja dia bangun dan bergerak ke pintu tersebut dan membuka pintu tersebut daripada dalam.

"Lah… aku baru nak buka pintu ni, kau dah buka dulu. Aku ingat kau tak ada dekat rumah tadi. Aku tekan loceng, tak ada dengar balasan pun."

"Ya Allah… Aleya! Syukur kau selamat."

Tanpa menjawab teguran Aleya, pantas sahaja Arisa memeluk tubuh Aleya. Alhamdulillah akhirnya Aleya sudah balik ke rumah mereka semula dengan selamat. Arisa dah terfikir yang sesuatu yang buruk je telah terjadi pada Aleya tadi setelah beberapa jam dia menunggu kepulangan Aleya yang tidak kunjung tiba.

"Kau ni kenapa Risa? Are you wake up from the wrong side of the bed today?"

Aleya pelik melihat Arisa yang tiba-tiba sahaja menyerbu dan memeluk dirinya yang sedang terkial-kial hendak membuka pintu rumah daripada luar. Mengigau ke apa teman serumahnya ni? Tapi ada lagi ke orang yang mengingau waktu tengah hari buta macam ni?

"Aku mengigau kau kata? Kau tu yang buat aku risau tahu tak?"

"Aku? Ni apa hal tiba-tiba salahkan aku pula? Apa benda yang aku dah buat? Kalau ya pun, cuba bagi aku masuk dalam dulu. Tak baik tahu anak dara bersembang depan pintu rumah. Nanti tak laku. Aku ni dahlah baru kena reject. Nanti tak ada chance aku nak ngurat lelaki lain pula."

"Yalah, silakan masuk dahulu wahai tuan puteri intan payung…"

"Kau ni demam ya?"

Muka Arisa hanya kelat melihat Aleya yang mempamerkan senyuman seperti mengejek padanya sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Setelah dilihatnya Aleya selamat duduk di sofa, terus di ajukan soalannya bertalu-talu pada si teman.

"Kau pergi mana tadi? Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa? Kenapa tak bagitahu aku kau nak kemana-mana tadi? Kau tahu tak aku risau?"

"Apa masalah kau sebenarnya ni Arisa? Sudahlah tadi tiba-tiba je peluk aku depan pintu macam aku ni baru sahaja bebas daripada tebusan penjenayah. Sekarang ni pula tanya soalan pada aku macam machinegun yang tengah muntahkan peluru?"

"Kau jawab je soalan-soalan aku tadi boleh tak? Aku risau bukan main lagi bila aku bangun tadi kau tak ada dalam rumah tahu tak? Sudahlah tak tinggal apa-apa mesej, telefon pun kau tak reti nak bawa sama ke?"

"Lahh… aku bukannya pergi mana-mana pun. Aku pergi jalan-jalan je tadi. Yang kau ni risau bukan main kenapa?"

"Kau boleh tanya aku risau kenapa? Aku ni kawan kau. Kawan suka-duka kau. Kita pun dah kenal dari zaman kita baru nak kenal sifir lagi. Dah tiga hari kau bertapa dalam bilik, tak hirau makan – minum, duduk menangis tak henti-henti dan kemudian bila kau tiba-tiba hilang tanpa pesan pagi ni, kau ingat aku tak risau? Aku dah hampir nak buat report polis tahu tak? Aku takut kau buat benda bodoh je tadi."

Suara Arisa sudah separuh melengking memarahi Aleya. Namun begitu Aleya tidak ambil hati bila Arisa sedang meninggikan suara padanya. Tidak sekali-kali. Malah Aleya bersyukur kerana dia dikurniakan sahabat seperti Arisa. Sahabat yang begitu mengambil berat padanya selama ini.

"I'm sorry Risa sebab buat kau risau sampai macam ni sekali. Aku hargai sangat-sangat segala pertolongan kau selama beberapa hari ni, infact selama ini sebenarnya. Aku dah tak apa-apa. Aku dah okay sekarang. Aku dah boleh terima kenyataan yang dia dah tinggalkan aku. Kenyataan yang aku dengan dia tu dah tak ada apa-apa lagi. Mulai hari ni, aku nak belajar lupakan dia. Biarlah dia nak bahagia dengan wanita lain. Mungkin dia tak bahagia dengan aku selama ini agaknya."

Arisa memandang Aleya dengan pandangan tajam. Diperhatikan wajah Aleya sedalam-dalamnya. Cuba mengintai kebenaran kata-kata Aleya tadi. Wajah Aleya hari ini nampak lebih bercahaya sedikit berbanding tiga hari lalu. Tiada lagi tangisan walaupun matanya masih kelihatan sembab.

"Betul kau dah okay ni?"

"Yup. Mungkin bukan seratus peratus. Aku rasa adalah dalam lima puluh peratus agaknya. Tipulah kalau aku kata dalam tiga hari ni aku dah pulih sepenuhnya kan? Lagipun aku tak akan sekali-kali buat benda bodoh kerana dia. Kerana dia aku nak bunuh diri, buang masa sahaja. Banyak lagi benda berfaedah yang aku boleh buat. Banyak lagi lelaki lain dalam dunia ni selain dia."

"Kalau macam tu, baguslah. Dah tahu buang masa ingat dekat lelaki tu, buat apa menangis sampai tiga hari, tiga malam? Sampai tak ingat makan – minum."

"Mana ada aku nangis tiga hari tiga malam? Pandai-pandai je kau ni. Aku nangis-nangis tu ada break juga ek. Kau je yang tak tahu. Orang tengah kecewa mestilah menangis. Kau pernah ke tengok orang yang kecewa, ketawa riang? Bohong lah kalau ada mereka yang kata putus cinta dan tidak merasa walau sedikit luka darinya. Lagipun aku menangis bukanlah sebab aku sedih sangat dia tinggalkan aku. Sedih tu adalah juga. Sebab utama aku menangis kelmarin lebih kepada mengenangkan betapa bodohnya aku selama ni kerana percaya pada cinta dia."



Sehabis berkata begitu, Aleya tersenyum pahit. Memang terasa bodoh bila mengenangkan betapa dia terlalu sayangkan Idzham, terlalu taksub pada cinta Idzham sehinggakan bila tiba-tiba dia dihadiahkan kekecewaan, dia seperti hilang separuh daripada nyawanya. Astarghafirullah. Bukankah sebagai manusia, dia seharusnya mencintai Allah lebih dari segalanya? Betapa selama ini dia telah lama sesat dalam hidupnya. Selama ini dia terlalu hanyut dengan cinta pada seorang lelaki dan cinta pada duniawi. Saat itu dia teringat akan sebahagian tazkirah yang diterimanya melalui e-mel daripada adiknya Zaza semalam. Adiknya yang sedang menuntut di luar negeri itu memang rajin menghantar tazkirah padanya selama ini. Cuma selama ini dia hanya akan membaca tazkirah yang dikirimkan sepintas lalu sahaja. Dia tidak pernah terfikir untuk mengambil sebarang iktibar daripada tazkirah-tazkirah yang dibacanya itu. Tetapi entah mengapa tazkirah yang dibacanya semalam agak terkesan di hati kecilnya.



Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodoh mu, ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruah kamu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh mu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan itu, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.



Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.



"Dah tu kau pergi mana tadi?"

Lamunan panjang Aleya tersentak mendengar pertanyaan daripada Arisa.

"Hah, apa kau tanya aku tadi?"

"Aku tanya kau pergi mana tadi? Dari pagi menghilang sampai aku naik risau."

"Oh… aku pergi jalan-jalan je tadi untuk tenangkan fikiran. Dah tiga hari terperap dalam bilik, kepala aku dah macam kurang oksigen je. Niat hati nak pergi jogging tapi dah lama sangat tak buat exercise, kaki ni rasa macam berat je nak diangkat untuk berlari. Jadi aku jalan je lah dekat bawah tu dan pusing-pusing dekat kawasan sini ambil angin. Entah sampai mana aku jalan tadi, tu yang lama sangat tu. Tapi rasanya lepas berjalan-jalan tadi aku dah boleh berfikir degan lebih baik lagi."

Selepas itu Arisa dan Aleya hanya berdiam sahaja. Agak lama antara mereka berkeadaan begitu. Dalam pada itu, Arisa cuba mengintai-intai lagi wajah Aleya untuk memastikan yang teman disebelahnya ini memang benar-benar telah pulih dan tenang seperti yang yang dinyatakannya tadi.

"Ermm… Arisa aku nak minta tolong kau sedikit boleh?"

Akhirnya Aleya memecahkan kesunyian yang beraja antara mereka.

"Minta tolong? Tolong apa?"

"Aku nak buat 'detoxin' process rumah hari ni. Boleh tak kau keluar pergi mana-mana hari ni? Aku nak bersendirian je kalau boleh."

" 'Detoxin' process? Apa benda tu?"

"Aku cuma nak bersihkan rumah ni daripada sisa-sisa dia. Lagipun rasanya macam dah lama sangat aku tak mengemas rumah ni, kemas bilik..."

"Bersihkan rumah dari sisa-siasa dia? Sisa apanya? Bukannya dia pernah masuk rumah ni pun kan?"

"Aku nak mansuhkan segala barang-barang yang ada kaitan dengan dia je. Aku tak nak simpan apa-apa yang boleh buat aku terkenangkan dia lagi. Aku nak lupakan segala-galanya. Kalau boleh aku nak lupakan yang aku pernah kenal dia."

"Kau halau aku keluar ni pasal takut nanti aku nampak kau menangis masa mengemas ya?"

"Pandai-pandai je kau kata aku nak menangis. Tak ada mana aku nak menangis lagi. Dah kering-kontang air mata aku ni."

"Lepas tu barang-barang tu kau nak buat apa?"

"Aku dah hantar e-mail pada Zaza. Aku nak pos je barang-barang tu dan suruh dia jual je dekat car boot sale dekat universiti dia tu. Aku nak hantar jauh-jauh daripada Malaysia ni. Aku tak nak tengok sebarang kesan dia lagi dekat bumi Malaysia ni kalau boleh."

"Siapa suruh kau buang kad jemputan dia hari tu? Kalau tak boleh kau hantar barang-barang tu sebagai hadiah dekat majlis kahwin dia. Kau letak sekali bom jangka. Kau set masa bom tu agak-agak cukup timing sampai waktu malam. Selalu orang buka hadiah waktu malam kan?"

"Amboi, kejam tahap zionis dah idea kau tu. Aku sendiri tak pernah fikir sampai macam tu sekali. Tak pasal-pasal nanti aku jadi tajuk buletin utama. 'Bekas kekasih dalang utama pasangan pengantin baru dibom.' Mestilah aku ni yang akan jadi suspek utama pasal aku ni kan bekas kekasih dia?"

"Hehehe… okay apa. Senang-senang je kau dapat jadi glamour. Lepas ni mesti semua lelaki lain dalam dunia tak berani nak tinggalkan kekasih mereka untuk perempuan lain sebab takut mati sia-sia kena bom sebelum malam pertama dengan isteri baru. Dah lah tu, aku melawak je tadi. Bukan suruh kau buat betul-betul pun. Aku sayangkan kau lagi. Kau nak suruh aku keluar kan? Tapi mana aku nak pergi? Aku ingat hari ni nak melepak dekat rumah je."

"Kau ajaklah buah hati kau keluar."

"Mana aku ada buah hati? Kau ni pandai-pandai je?"

"Tuan pada Johnny sebelah rumah tu apa cerita? Kau ingat aku tak perasan masa kau ambil aku dekat Bukit Kiara hari tu? Mamat Korea tu kan yang temankan kau dan tolong bawa balik kereta kau? Si Eric Mun Jung Hyuk sebelah rumah tu kan? Cuma hari tu aku tak ada mood nak usik kau je. Hmmm… Sejak bila pula kau ada internal affair berdua ni?"

"Kita orang kawan jelah. Kebetulan hari tu kita orang terjumpa masa makan tengah hari. Kau kan tahu ofis aku kan dekat dengan ofis dia."

"Boleh percaya ke ni? Kau ni bukan aku tak tahu. Dalam diam, tiba-tiba je aku dapat jemputan esok lusa."

"Aku dengan dia memanglah rapat sedikit sekarang ni. Apa yang terjadi esok lusa, aku serahkan pada takdir je. Lagipun kami jarang keluar bersama. Selalunya kita orang bercakap dekat telefon je. Aku keluar dengan dia pun kalau ada orang lain temankan. Kau bukannya tak tahu yang aku ni kan kolot sedikit bab bercinta ni. Lagipun dia okay je cara macam ni."

"Aku doakan yang tebaik untuk kau. Kalau dapat kahwin dengan dia, mesti comel anak-anak kau nanti kan?. Aku rasa lagi baik bercinta cara kolot begini. Tak adalah buat dosa macam aku sampai lupa hukum-hakam. Jauh dari keredhaan Allah. Sebab tu agaknya kena campak sesuka hati je dek lelaki tu."

"Sudahlah tu Leya. Mungkin dahulu kau khilaf. Sekurang-kurangnya sekarang kau dah insaf. Alhamdulillah. Allah jadikan setiap benda berpasang-pasangan. Setiap orang dah ditentukan pasangannya sejak di loh mahfuz lagi. Mungkin dia bukan pasangan yang ditentukan untuk kau."

Arisa memang perasan yang Aleya kini lebih suka merujuk Idzham Iskandar bekas kekasihnya itu sebagai 'lelaki itu' sahaja sejak dikecewakan tiga hari lalu.

"Dahlah tu Risa. Asyik borak je, pukul berapa kau nak keluar ni? Pukul berapa pula aku nak mulakan kerja-kerja pembersihan aku?"

"Yalah-yalah aku pergilah ni. Aku nak pergi UKM je lah ajak adik aku tu keluar. Kau tu kalau tak cukup tisu masa menangis nanti, dalam bilik aku ada stok."

"Hampeh kau Risa. Tapi sebelum kau keluar tu jangan lupa mandi. Dari tadi pakai baju tidur. Ni dah tengah hari dah ni. Habis merebak bau hamis kau tu ke serata rumah ni. Atas meja tu ada aku belikan kau roti telur untuk sarapan. Kau ni mesti tak makan apa-apa lagi dari tadi. Tu ada rendang sekali atas meja tu. Boleh buat cicah roti telur kau tu. Jiran sebelah kita yang baru tu, Kak Sue bagi dekat aku tadi. Aku jumpa dia dengan anak dia masa keluar dari lif tadi."

"Uishhh… sedapnya."

Aleya hanya memerhatikan Arisa yang laju sahaja langkahnya bila dia menyebut rendang tadi. Dia juga turut mula melangkah ke arah bilik tidurnya.

Masuk kedalam bilik, dia mencapai telefon bimbit yang sengaja ditinggalkannya tadi. Dilihatnya ada satu panggilan tidak berjawab. Nombor yang tertera agak panjang. Biasanya nombor panjang-panjang macam ni adalah panggilan yang diterima daripada luar negeri. Zaza agaknya yang menelefon dia tadi. Tak apalah, malam karang dia boleh telefon Zaza semula. Nak telefon siang-siang begini, agak mahal bil panggilannya nanti. Buat masa ini, dia ada kerja yang perlu diutamakan dahulu. Dia mahu telefon seseorang. Demi kepentingan masa depannya.





I Will Survive (Gloria Gaynor)
At first I was afraid, I was petrified
Kept thinkin' I could never live,

without you by my side.
*But then I spent so many nights just thinkin' how
you did me wrong. And I grew strong,
and I learned how to get along*

So now you're back, from outer space
I just walked in to find you here with
that sad look upon your face.

I should've changed that stupid lock, I should've
made you leave your key!
If I had known for just one second you'd
be back to bother me,
Go on now go, walk out the door
Just turn around now, cause
you're not welcome anymore

Weren't you the one who tried
to hurt me with goodbye
Did you think I'd crumble, did you
think I'd lay down and die

Oh no not I, I will survive
Oh, as long as I know how

to love, I know I'll stay alive
& I've got all my life to live
& I've got all my love to give
I'll survive, I will survive

Hey, Hey!!!

It took all the strength i had,
not to fall apart.
*just tryin hard to mend the pieces of
my broken heart*

And I spent so many nights just feelin'
sorry for myself, I used to cry
But now I hold my head up high

And you see me, somebody new
I'm not that chained up little
person still in love with you

And so you felt like droppin' in, and
just expect me to be free
But now I'm savin' all my lovin' for
someone who's lovin' me

Go on now go, walk out the door
Just turn around now, cause
you're not welcome anymore

Weren't you the one who tried
to break me with goodbye
Did you think I'd crumble, did you
think I'd lay down and die
Oh no not I, I will survive
Oh, as long as I know how to love

I know I'll stay alive, I've got all
my life to live, I've got all my
love to give
I'll survive, I will survive
I will survive!!!


Friday, September 28, 2007


BaB 34

Aleya Putri

Akhir Rasa Ini

Aleya menanti kedatangan Puan Sharina pagi itu. Ditangannya ada surat perletakkan jawatan yang telah di karangnya semalam beserta cek yang berjumlah dua bulan gajinya. Pagi ini dia akan menghantar notis perletakkan jawatannya. Notis 24 jam. Itu keputusan muktamadnya. Dia telah fikirkan semasak-masaknya. Dia tahu yang dia perlu berhenti serta-merta daripada syarikat ini. Dia tidak mahu kenangan lalu merantai hidupnya lagi. Di sini terlalu banyak kenangan pada dirinya bersama Idzham Iskandar. Dia tidak mahu mengingati lelaki itu lagi. Hatinya sudah benar-benar tertutup pada lelaki itu. Walau apa pun alasan yang diberikan Idzham kerana meninggalknnya, dia tidak akan sekali-kali menerimanya. Baginya kisah mereka telah tamat. Buku mereka telah ditutup. Titik.

Tidak lama lagi dia akan memulakan kerja barunya sebagai setiausaha syarikat di Kasyah Empire Berhad serta anak-anak syarikatnya. Dua hari lalu dia telah memberi kata persetujuan kepada tawaran Syed Akashah untuk bekerja dengannya yang telah diberikan padanya semenjak lebih sebulan yang lalu. Di saat itu, perbualan dia dengan jejaka tersebut dua hari lalu bermain-main semula di kepalanya.

Aleya menanti dengan sabar panggilannya kepada telefon bimbit Syed Akashah dijawab. Dia berasa lega yang amat apabila mendengar panggilannya dijawab lelaki itu.

"Aleya is it you? I'm in a meeting right now. Give me 30 minutes to finish up my discussion and I'll call you back later okay?"

Belum sempat Aleya memberi salam dan mengenalkannya dirinya pada orang yang dihubunginya itu, Syed Akashah terus menyatakan situasinya ketika itu. Suaranya kedengaran seperti berbisik.

"Err..okaylah kalau macam tu."

"Thanks, I'll call you back soon."

Aleya hanya termangu apabila talian diputuskan Syed Akashah. Tidak sangka pula dia telah menelefon lelaki itu pada waktu yang salah. Dia ingat lelaki itu tidak akan sibuk pada hari Sabtu begini.

Tepat setengah jam selepas itu, telefonnya berdering. Panggilan daripada Syed Akashah. Punctual betul mamat ni.

"What's up Aleya? Tiba-tiba je you call I? You mimpi menang loteri ke?"

Ya Allah, mamat ni tak reti nak bagi salam dahulu ke? Tidak ada ke orang yang ajar dia cara menjawab telefon yang betul? Nama sahaja lulusan Harvard Business School.

"Assalamualaikum, Shah. Sorry kalau I kacau you masa tengah meeting tadi."

"Waalaikumsalam.Tak apa. Meeting biasa-biasa sahaja tadi. Anything that I could help you Aleya?"

"Err…I nak tanya pasal…err..berkenaan…"

"Berkenaan apa Aleya? Cakap je. I'm listening. I jauh daripada you. Jadi you tak perlu takut kalau-kalau I nak makan you ke atau marah you sekali pun. Tapi yang pasti I tak akan marah dengan gadis cantik macam you ni"

Hati Aleya menggerutu sendirian apabila mendengar Syed Akashah awal-awal lagi sudah memulakan ayat buaya jadiannya. Tak boleh lepaskan peluang nak cucuk jarum langsung mamat seorang ni.

"Err… I nak tahu sama ada tawaran you yang dulu tu masih terbuka atau tidak?"

Akhirnya dengan rasa takut-takut yang bercampur dengan rasa segan Aleya bertanya pada Syed Akasyah. Lebih sebulan yang lalu dia telah menolak tawaran Syed Akashah untuk menjadi setiausaha syarikatnya walaupun lelaki itu meminta dia mengambil masa yang lebih lama lagi untuk berfikir. Lelaki itu benar-benar mahu dia menjadi setiausaha syarikatnya. Alasannya kerana dia percayakan Aleya. Itu sahaja.

Kini, bila telah kecewa dengan Idzham, dia amat-amat berharap yang jawatan itu masih kosong. Dia benar-benar memerlukan tempat kerja yang baru supaya dia tidak perlu menghadap sisa kenangan dia dan Idzham di pejabatnya sekarang ini. Kenangan tentang segala pertelingkahan mereka semasa di awal perkenalan dan semua saat-saat manis yang telah dilalui. Dia juga tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan Dania apabila gadis itu kembali daripada cuti bersalinnya kelak. Yalah, dia tu kan saudara-mara Idzham juga.

"Tawaran sebagai setiausaha syarikat I tu ke? Kalu tawaran tu, its all yours. Jawatan tu memang I reserve untuk you seorang dari dulu lagi. I tetap yakin yang you akan terima tawaran I suatu hari nanti."

Terkejut Aleya mendengar kenyataan daripada mulut Syed Akashah. Mengapa dia terlalu yakin? Dia tahu ke yang Aleya akan melalui saat kecewa ini dan memerlukan tempat kerja yang baru untuk lari dari segala kenangan lalu?

"Err..macam mana you tahu?"

"Emmm..Tahu apa Aleya? Eh, by the way when are you going to start the job?"

Suara Ssyed Akashah kedengaran teragak-agak apabila mendengar pertanyaan Aleya tadi. Dia tahu ke apa yang Aleya tengah alami? Entah mengapa tiba-tiba terlintas rasa ragu di hati Aleya tentang ketulusan hati Syed Akashah.

"Cadangnya hari Isnin ni, I nak hantar 24 hours notice resign letter to Puan Sharina. Then I may need a week or two to completely rest my mind before I can start with the new job. Is it okay with you?"

"Yeah it will be fine. You can start it at any time. Jangan tiba-tiba tak jadi pula sudahlah."

Ada tawa kecil dihujung kata-katanya. Ceria sahaja suaranya mendengarkan Aleya akan bekerja secepat mungkin dengan dia. Itu baru persetujuan untuk bekerja. Belum lagi persetujuan nak kahwin. Agaknya kalau Aleya kata dia sudi kahwin dengan Syed Akashah mahunya dia menjerit sepuluh oktaf dalam telefon tu. Huh, macam iya-iya je Aleya ni. Nak ke Syed Akashah tu kahwin dengan Aleya? Si buaya Jadian tu kan banyak lagi calon-calon yang lebih berkelayakan daripada Aleya.

"Insyaallah I tak akan ubah fikiran lagi. Terima kasih Syah sebab masih boleh terima I."

"It's not a big deal. Hari Isnin nanti I suruh my dispatch send a check for you. Berapa bulan you nak kena bayar untuk notis tu? Sebulan atau dua?"

"Cek apa yang you cakap ni? Cek untuk bayaran notis berhenti I tu ke? Kalau untuk tu tak apalah, I yang akan bayar sendiri."

"No Aleya. I insist. I yang nak curi you daripada syarikat tu, jadi I yang bertanggungjawab untuk selesaikan bayaran notis tu."

Terkedu Aleya mendengar penjelasan Syed Akashah. Rasanya seumur hidupnya dia tidak pernah dengar ada bakal majikan nak bayarkan notis berhenti bakal pekerjanya yang nak berhenti daripada syarikat yang pekerja itu sedang berkhidmat sekarang ini. Pada Aleya, Syed Akashah ni betul-betul sudah gila. Nasiblah dia bakal dapat bakal majikan yang gila macam ni.

"Aleya? Kenapa berdiri depan pintu ni?"

Lamunan Aleya terganggu dengan teguran daripada Puan Sharina. Pantas sahaja dia bergerak ke tepi apabila dia sedar yang dia telah menghalang laluan Puan Sharina. Terasa malau pula dia apabila menyedari yang dari tadi dia telah berdiri tercongok betul-betul depan pintu bilik Puan Sharina macam pengawal peribadi artis yang mengawal pintu bilik artis daripada dicerobohi peminat. Dia rasa dia dah kritikal sangat nak berhenti agaknya.

"Err..Puan baru sampai ya? Saya nak jumpa puan sebentar boleh?"

"Ya, saya ada hal sedikit dekat rumah tadi. Masuklah Aleya. Macam awak tak biasa pula."

Setelah hampir sepuluh minit dia selamat duduk dihadapan Puan Sharina, dia masih lagi kelu untuk berkata-kata."

"Aleya, kenapa awak nak jumpa saya ni? Tak sabar-sabar nampak sampai siap berkawal depan pintu bilik saya tadi?"

"Errm… Saya nak… Err.."

"Aleya? Ada apa-apa yang tak kena ke ni? Cakaplah, mood saya okay hari ni."

Aleya hanya tersenyum pahit mendegar ayat terakhir Puan Sharina. Dia tahu yang Puan Sharina tidak pernah akan sama sekali melenting dalam apa jua mood yang dialaminya. Pada Aleya Puan Sharina yang telah dikenalinya sejak tiga tahun yang lalu memang jenis yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Namun begitu dia tetap merasa begitu berat hendak menyatakan hajatnya hendak berhenti daripada syarikat ini dengan notis 24 jam. Lalu dihulurkannya sahaja surat dan cek yang berada di tangannya tanpa sepatah kata.

Puan Sharina nampak agak ragu-ragu menyambut surat yang dihulurkan Aleya. Namun disambutnya juga dan surat tersebut dibaca sekali lalu. Air mukanya kelihatan agak keruh setelah mengahabiskan bacaannya.

"Awak nak berhenti Aleya? Kenapa tiba-tiba sahaja ni? Awak pasti dengan keputusan awak?"

Aleya hanya mampu mengangguk terhadap semua persoalan yang dilemparkan oleh Puan Sharina. Selepas itu dia hanya menunduk sahaja. Tidak sanggup lagi rasanya hendak terus-terusan menatap wajah Puan Sharina. Dia benar-benar rasa bersalah kerana terpkasa mengejutkan Puan Sharina dengan keputusannya yang terburu-buru ini. Dia tahu yang dia telah menghampakan wanita dihadapannya itu. Puan Sharina terlalu baik dengannya selama ini. Sudah terlalu banyak tunjuk ajar yang telah Puan Sharina berikan padanya selama ini.

"Kenapa Aleya? Ada sesuatu yang telah terjadi ke? Selasa minggu lepas awak tiba-tiba menghilang selepas waktu rehat. Kemudian tiga hari berturut-turut awak tidak datang ke pejabat. Kata kawan serumah awak, awak tak sihat. Hari ni pula tiba-tiba awak datang dengan notis berhenti. Awak ada masalah dengan pejabat ini ke Aleya? Atau awak ada apa-apa yang awak tak puas hati dengan saya ke Aleya? "

"Tak Puan Sharina. Saya tak ada apa-apa masalah dengan Puan mahupun degan ofis ini. Saya minta maaf sebab mengejutkan Puan dengan notis saya ini. Kalau ikutkan hati saya memang sayang sangat nak tinggalkan ofis ini Puan. Banyak yang saya telah belajar daripada ofis ini, daripada Puan. Tak terbalas rasanya jasa-jasa Puan pada saya selama ini. Saya nak berhenti kerana saya perlu cari tempat baru. Saya perlukan sebuah tempat yang saya boleh tenangkan fikiran saya."

"Awak ada masalah Aleya?"

"Masalah saya lebih kepada masalah peribadi puan. Rasanya tak perlulah saya ceritakan pada puan dengan lebih lanjut. Biarlah saya seorang sahaja yang menyelesaikannya Puan.:

"Awak nak bekerja dengan Syed Akashah ke?"

Aleya terkejut mendengarkan pertanyaan yang keluar daripada mulut Puan Sharina itu. Macam mana dia tahu? Syed Akashah yang beritahu ke?

"Ma – mac – macam mana Puan boleh tahu? Dia beritahu Puan ke?"

"Tak adalah. Saya main agak sahaja berdasarkan tandatangan pada cek ni. Kalau tak silap saya, tandatangan ni milik dia kan? Atau awak berhenti kerana nak kahwin dengan dia?"

"Err.. ya. Cek tu daripada dia. Saya akan bekerja dengan dia tidak lama lagi. Dia tawarkan saya untuk bekerja dengan dia. Kerja dengan dia sahaja Puan dan bukannya nak kahwin dengan dia. Saya rasa senarai calon yang lebih layak untuk dia lebih panjang lagi daripada ukuran ketinggian saya. Lambat lagi untuk saya fikirkan pasal kahwin Puan. Jodoh saya tak sampai lagi. Mungkin tak akan kahwin langsung agaknya."

"Jangan cakap macam tu Aleya. Jodoh dan ajal maut kerja Allah. Saya sentiasa doakan kamu akan bertemu dengan seseorang yang baik suatu hari nanti. Insyaallah jodoh kamu akan tiba jua satu hari nanti. Mana tahu kamu keluar sahaja daripada pintu ofis ni terus berjumpa dengan jodoh kamu?

Apa pun saya gembira kamu akan bekerja dengan Syed Akashah. Dia seorang lelaki yang baik. Paling penting kamu mesti ingat yang dia tu masih bujang. Macam mana begitu panjang sekalipun senarai calon-calon dia, kamu kena ingat yang kamu pun masih ada peluang untuk disenaraikan juga. Semuanya terpulang pada kemahuan kamu. Nak atau tak nak.

Dia memang pernah cerita pada saya rancangan dia hendak buka rangkaian syarikat dia sendiri. Dia ada juga sebut yang dia nak tawarkan kamu jadi setiausaha syarikat dia. Saya ingat hari tu dia main-main sahaja. Tapi tak sangka pula dia serius dan secepat ini dia nak curi kamu daripada saya. Nasib baik kita baru lantik seorang lagi assistant company secretary. Ingatkan perlantikan itu untuk bantu kamu yang dah semakin banyak kerjanya. Nampaknya dialah yang kena ganti kamu nanti.

Apa yang saya boleh buat kalau kamu dah betul-betul tekad nak berhenti. Saya doakan kamu akan berjaya di mana jua kamu berkhidmat. Saya minta maaf kalau selama ini saya ada buat salah silap terhadap kamu. Kalau ada tersalah kata ke, harapnya kamu tak ambil hati dengan saya ya. Kalau kahwin nanti jangan lupa jemput saya. All the best to you Aleya."

Aleya benar-benar terharu mendengar penerimaan dan nasihat Puan Sharina itu. Memang dia berat hati nak tinggalkan Puan Sharina begitu sahaja. Namun apa daya, luka di hatinya perlu dirawat segera dan rawatan yang paling mujarab ialah menjauhi segala kenangan yang menyakitkan hatinya.

Sememangnya seperti Puan Sharina juga, dia tidak begitu ralat kerana dua bulan lalu syarikat ini telah menambah seorang lagi penolong setiausaha syarikat untuk membantu jabatan mereka ini. Kehadiran Nureyta iaitu graduan daripada Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat Universiti Teknologi Mara sememangnya amat berguna pada hari ini. Sekurang-kurangnya gadis itu boleh membantu Puan Sharina selepas ini. Tidaklah Puan sharina tinggal seorang diri sahaja di jabatan ini apabila dia melangkah keluar untuk selamanya daripada pejabat ini. Tempat Dania pula telah digantikan oleh seorang kerani daripada jabatan lain untuk buat sementara waktu dia cuti bersalin.

"Terima kasih Puan. Insyaallah ada jodoh kita berjumpa lagi. Kalau saya kahwin nanti saya pasti tak akan lupa letak nama Puan dalam senarai jemputan. Saya minta diri dulu Puan. Saya nak kemas barang-barang saya. Segala fail yang ada pada saya, saya akan beri pada Nureyta untuk disimpan."

Dengan senyuman leganya, Aleya bangun daripada tempat duduknya. Aleya berlalu ke pintu bilik Puan Sharina dan bersedia menarik pintu untuk melangkah keluar. Tanpa disamgka dia terlanggar seseorang yang juga sedang menolak pintu kedalam dan mahu melangkah masuk ke bilik Puan Sharina. Nasib baik pelanggaran tersebut tidak terlalu kuat. Cuma kepalanya sahaja tanpa sengaja tercium dada pemilik tubuh tinggi dan tegap di hadapannya itu. Rasa malunya usah diatanya. Sememangnya dia malu dengan insiden yang tidak disengajakan itu. Saat dia mendongak melihat wajah pemilik tubuh itu untuk meminta maaf, dia terpana.

"Aleya? Are you okay? Maaf terlanggar you tadi. Dah selesai dah urusan you?"
"I'm sorry. I yang salah main serbu sahaja tadi. Urusan I dah selesai. I pergi dulu."

Dengan pantas dia mencelah sisi tubuh tegap itu untuk berlalu. Mukanya sudah kemerah-merahan rasanya kerana menahan malu. Saat ini dia teringat kata-kata Puan Sharina tadi.
'Mana tahu kamu keluar sahaja daripada pintu ofis ni terus berjumpa dengan jodoh kamu?'
Hmmm…Syed Akashah ke jodohnya? Huhuhu, tak mahulah dia… Minta-minta di jauhkanlah daripada betul-betul terjadi.



Akhir Rasa Ini (Samsons)

terlarut aku dalam kesendirian
saat aku menyadari tiada lagi dirimu kini
sampai kapankah aku mampu bertahan
tetapi aku jalani semua kisah hidupku ini

tak akan terganti setiap kenangan yang telah terukir
namun terendap indah dan melekat di hati
akankah berakhir semua rasa yang telah tercipta
di dalam benakku dan di dalam asaku
terlarut aku dalam kesendirian saat aku menyadari
tiada lagi dirimu kini