"Peeewit…Hai cik adik..Nak pergi mana tu?Boleh saya temankan?" Hanya jelingan tajam dari si gadis sebagai balasan dari usikan nakal sang jejaka.Pantas si gadis berlalu dari situ meninggalkan sang jejaka yang masih tersenyum sipu."Amboi,sombongnya!Orang bergurau dia jeling pulak.." Sang jejaka mengomel sendirian.Rakan-rakannya hanya mentertawakan dirinya."Tu la,aku dah kata hang takkan boleh mengorat awek tu…" Bahu sang jejaka ditepuk perlahan."Alah,tengok la nanti,aku mesti dapat punya awek tu.Senang je nak mengayat awek ni." "Kalau betul la kata hang senang je nak mengayat awek,kenapa dah dua tahun hang dok ayat awek tu tak dapat- dapat pun.." Kata-kata rakan sang jejaka itu mengundang tawa yang panjang dari rakan-rakannya yang lain.Sang jejaka hanya tertunduk malu.Benar kata rakannya,bukan sehari dua dia cuba mendapatkan gadis tadi,tetapi hampir dua tahun dia menuggu balasan cinta dari gadis itu.Entah apa yang ada pada gadis itu hingga dia tak mampu memandang gadis lain.Di matanya hanya wajah gadis itu yang terbayang.Saban hari dia termimpi dia dan gadis itu berpacaran,membina mahligai bahagia namun sehingga kini impian itu hanya menjadi fantasi di kala ingin melelapkan mata.
Pelbagai cara dilakukan untuk menawan hati gadis pujaannya namun mahal benar harga cinta gadis itu untuk dibelinya."Eeee..benci betul la aku kat jantan tak malu tu.Harap muka je kacak tapi perangai macam beruk.Dah tak ada kerja lain agaknya selain dari megacau hidup aku…."
Di hempas beg plastik berisi buku yang dibelinya tadi di lantai.Merah padam mukanya menahan marah."Hang ni kenapa?Mengamuk tak tentu pasal? Rakannya yang baru keluar dari bilik bertanya.Dimasukkan semula buku yang berterabur ke dalam beg plastik."Huh!Mana aku tak mengamuk kalau hari-hari kena kacau.Jantan tak guna betul la mamat tu.Entah datang dari mana agaknya perangai macam beruk!" Rakannya yang mendengar hanya ketawa."Kalau aku cakap benda ni mesti hang kata aku saja nak usik hang tapi aku fikir la apa yang aku rasa tentang budak lelaki yang dok usik hang tu betul la." Tepat rakannya merenung mata si gadis.Air mukanya tenang.Dia memegang lembut tangan si gadis lalu megusap perlahan.
Cuba menenangkan hati si gadis yang penuh dengan perasaan marah."Hang cuba fikir berapa lama lelaki tadi dok kacau hang.." Rakan si gadis memulakan patah bicara setelah lama mendiamkan diri."Dari kita pindah dok sini,dah dekat dua tahun." Si gadis menjawab dengan yakin."Cuba hang fikir lagi apa motif lelaki tu dok kacau hang sampai dua tahun." Sekali lagi si gadis diminta untuk berfikir."Mana aku nak tau.Memang dia tak ada kerja tu sebab dok kacau aku." "Okey,selama dia dok kacau hang apa yang dia selalu kata?""Hmmm,dia selalu ajak aku bercinta dengan dia.Tak mau aku,perangai macam beruk ada hati nak jadi pakwe aku." Muka si gadis mmenunjukkan perasaan benci teramat sangat."Macam mana kalau dia bersungguh nak hang jadi awek dia?Tapi dia tak tau cara nak luahkan kat hang jadi dia ambil cara mudah dia kacau hang hari-hari.
Bagi dia tu mungkin cara terbaik untuk dia dekatkan diri dengan hang." Lembut rakan si gadis berbicara.Si gadis terdiam.Fikirannya cuba memproses segala maklumat yang sampai ke otaknya lalu mencari satu kesimpulan."Kalau betul apa yang hang kata kenapa dia tak pernah luahkan dekat aku?"Si gadis bertanya perlahan."Macam mana dia nak luahkan kalau hang tak pernah bagi peluang untuk dia luahkan isi hati dia kat hang.Setiap hari bila dia tegur hang,hang balas dengan jelingan tajam.Aku tau,hang bukan tak mau layan mamat tu tapi hang masih fikirkan Farid kan?Hang masih percaya kalau Farid akan kembali dalam hidup hang..Betul tak?" Rakan si gadis manjawab soalan si gadis panjang."Sudah la,lupakan Farid.Dia dak tak mau dekat hang.Kalau dia mau lagi dekat hang,kenapa dia hilangkan diri macam tu saja.
Dah dua tahun kita tak dapat kesan dia.Entah dia hidup atau mati kita pun tak tau.Hang bukalah hati hang untuk lelaki lain.Buang Farid dari hidup hang.Kalau hang masih harapkan Farid entah bila hang akan bahagia aku tak tau." Rakannya menepuk bahu si gadis lembut sebelum berlalu.Si gadis diam.Tiada sepatah kata keluar dari bibirnya.Air mata perlahan jatuh membasahi pipi.Matanya mengerling ke tempat selalu sang jejaka duduk berbual dengan rakan-rakannya.Namun hatinya hampa.Kelibat sang jejaka tidak kelihatan.Hanya rakan-rakan sang jejaka yang kelihatan.Dengan rasa kecewa,si gadis berlalu pulang.Otaknya melayang berfikir ke mana pergi lelaki yang sering mengusiknya.-Kenapa dengan aku ni.Baguslah mamat tu dah tak ada.Aman hidup aku.Dah tak ada orang nak kacau aku.Tapi kenapa aku asyik terfikirkan dia?Ish,takkan aku dah jatuh cinta dekat dia.Huh!Taknak aku….Si gadis berbicara sendiri.
Dia mempercepatkan langkahannya namun belum beberapa langkah kakinya menapak,satu suara menyapa gegendang telingaya.Suara yang tidak asing lagi baginya."Hai,awal balik hari ni?Kelas habis awal ke?" Sang jejaka cuba menyaingi langkah si gadis.Si gadis mengurut dadanya.Tersirap dadanya disergah sebegitu rupa.Langkahannya terhenti."Kenapa stop?" Sang jejaka turut berhenti mengejut."Boleh saya tanya?Kenapa awak suka sangat ganggu saya?Dah tak ada kerja lain ke?Awak ada masalah ke dengan saya?Saya tak kenal awak tapi kenapa awak selalu kacau saya.Bukan sehari dua awak dok kacau saya tapi dah dua tahun.Awak nak apa dari saya?" Si gadis menyoal sang jejaka dengan soalan yang bertubi-tubi."Eh,angin apa pulak hari ni tiba-tiba tanya soalan macam tu." Selamba sang jejaka berkata tanpa menjawab soalan si gadis."Saya tanya jawab la.." Si gadis berkata dengan nada yang tinggi.Rakan-rakan sang jejaka pantas mengalihkan perhatian pada mereka berdua.Sang jejaka kalut.Melihat wajah si gadis yang merah padam membuatkan dia menjadi kecut."Relax..Saya..saya bukan sengaja nak kacau awak..Sorry la.Saya tak tahu awak tak suka." Sang jejaka menjawab perlahan."Saya taknak awak ganggu saya lagi…." Si gadis berkata perlahan.Lantas dia meneruskan langkahannya tanpa memandang ke belakang lagi.Sang jejaka tetap berdiri di situ.Mencari kekuatan untuk melafazkan sesuatu.Dan sebelum bayang si gadis lenyap dari pandangan sang jejaka pantas mendapatkan si gadis…"Tolong bagi saya peluang untuk memiliki cinta awak yang sangat mahal tu" Sang jejaka merenung tepat ke dalam mata si gadis.Si gadis tergamam.Drama apa pulak mamat ni dok buat.Sempat si gadis berbisik pada dirinya sendiri."Saya tak buat drama.Saya serius nak miliki hati awak.Nak bahagiakan awak.Nak jadi peneman awak.Tolonglah bagi saya satu peluang." Sang jejaka lantas melutut di hadapan si gadis."Eh,apa awak buat ni?Malu la…." Si gadis panik.Kelakuan sang jejaka mengejutkannya."Selagi awak tak bagi jawapan saya tak akan bangun.." Sang jejaka mengugut."Okey,saya bagi peluang tu kat awak.Sekarang awak bangun." Tanpa sedar si gadis memberikan jawapan.Sang jejaka bangun lalu memegang bahu si gadis."Terima kasih awak.Saya tak akan melukakan hati awak." Sang jejaka membuat janji setia.Si gadis hanya tertunduk malu."Nama saya Hezri Irfizz.Awak?" Dihulur tangannya sebagai permulaan sebuah perhubungan."Saya Nur Heziqa Syaza.." Huluran tangan disambut.Digenggam mesra tangan sang jejaka lalu berjalan beriringan ke rumah si gadis."Nak panggil apa ek? Hezri bertanya lembut."Panggil je Ziqa.." Sebuah senyuman di hadiahkan pada Hezri."Awak panggil saya Fizz.." Tanpa di tanya Hezri memberitahu."Tak tanya pun" Selamba Heziqa membalas.Merah padam muka Hezri memandang Heziqa.Heziqa tersenyum manja."Saya bergurau la." Heziqa ketawa.Jari Hezri mencuit dagu Heziqa."Ni rumah saya." Heziqa membuka pintu pagar rumahnya.Hezri masih tercegat di situ.Memandang Heziqa."Eh,kenapa tercegat kat situ.Awak tak boleh masuk,ni rumah budak perempuan." Lembut Heziqa memberitahu.Dia memegang pintu pagar yang memisahkan dia dengan Hezri.Hezri hanya menggeleng."Bukan saya nak masuk tapi saya nak minta sesuatu." Hezri merenung wajah lembut Heziqa."Nak minta apa?" Heziqa memeluk failnya.Hezri mengeluarkan telefon bimbitnya lalu ditunjukkan pada Heziqa.Heziqa tersenyum tanda mengerti."0125634487.." Heziqa menyebut nombor telefon bimbitnya.Hezri mengangguk dan tersenyum."Terima kasih.Saya balik dulu.Assalammualaikum.."
Hezri berlalu pergi.Heziqa hanya memandang.Di dalam hatinya dia membuat janji akan cuba membahagiakan Hezri."Hang biar betul Iqa?Hang dah couple dengan mamat tu?" Shima tak percaya.Betul-betul kerja gila."Yeap..Aku tak main-main." Heziqa lantas menceritakan segala yang berlaku tadi pada Shima.Shima tekun mendengar."Hmm,apa-apa je la.Janji aku tak mau hang bersedih.So,bila hang nak kenalkan aku pada mamat tu? Shima bertanya sambil tersenyum."Nama dia Hezri Irfizz la." Heziqa berkata."Oooo…" Shima mengangguk-anggukkan kepalanya."Wei aku dah mengantuklah.Nanti kita bual lagi.Aku masuk bilik dulu.Good nite.." Shima lantas bangun dan berlalu ke biliknya. Heziqa juga lantas bangun masuk ke biliknya.
Malam itu Heziqa tidur lena dibuai mimpi indah.Mimpi dia membina mahligai indah bersama Hezri Irfizz…Tiga tahun berlalu…."Sayang,jom kahwin nak?" Hezri menggenggam tangan Heziqa erat.Tersentak Heziqa mendengar ajakan Hezri."Fizz ni demam ke?" Heziqa meletakkan tangannya di dahi Hezri.Hezri mengalihkan tangan Heziqa dari dahinya dan kembali menggenggam jari jemari Heziqa."Fizz serius.Fizz nak kahwin dengan Ziqa.Fizz taknak kehilangan Ziqa." Wajahnya serius.Dia merenung wajah Heziqa dengan penuh rasa cinta.Heziqa hanya menundukkan wajahnya.Tidak tahu jawapan apa yang patut diberi kepada Hezri."Hujung bulan ni,Fizz suruh mama dengan papa Fizz hantar rombongan meminang ke rumah Ziqa ye." Fizz menyuarakan hasratnya.Heziqa masih mendiamkan diri.lantas Hezri mencuit dagu Heziqa agar memandang wajahnya."Boleh tak sayang?"Hezri bertanya lagi.Kali ini Heziqa tersenyum lalu menganggukkan kepalanya tanda setuju.Hezri turut tersenyum.Terasa lega bila Heziqa menyatakan persetujuannya.
Majlis pertunangan Hezri dan Heziqa berlangsung dengan penuh meriah.Tinggal lagi dua bulan Hezri dan Heziqa bakal disatukan menjadi suami isteri.Hari-hari yang mereka lalui dihiasi dengan cahaya kebahagiaan.Masing-masing bagai tidak sabar menanti detik mereka disatukan.Persediaan untuk majlis pernikahan mereka hampir siap sepenuhnya.Baju pernikahan siap ditempah,kad undangan sudah di edarkan.Segalanya berjalan lancar.namun kita hanya merancang namun tuhan yang menentukan segalanya.
Dua minggu sebelum hari pernikahan mereka Heziqa pinta hubungan mereka diputuskan.Gelap dunia Hezri rasakan. "Gila!Semua ini gila!Segalanya sudah siap kenapa tiba-tiba Ziqa minta Fizz lepaskan Ziqa?" Hezri separuh menjerit.Digoncang tubuh kecil Heziqa.Heziqa hanya mendiamkan diri."Ziqa,tolong jangan buat Fizz macam ni.Apa salah Fizz?" Hezri melutut di depan Heziqa.Air mata lelakinya mengalir laju membasahi wajah."Maaf Fizz,Ziqa taknak kahwin dengan Fizz.Ziqa nak kembali kepada Farid." Hezri terpaku.Seperti kilat menyambar tangkai hatinya tatkala mendengar pengakuan Heziqa.Lemah segala sendinya.Dikuatkan semangatnya lalu bangun menghadap Heziqa. "Kalau itu yang Ziqa minta,Fizz turutkan.Tapi satu saja yang Fizz nak Ziqa tahu,Fizz tak pernah merestui kebahagiaan Ziqa.Fizz lepaskan Ziqa.Ziqa boleh pergi kepada jantan yang pernah meninggalkan Ziqa." Hezri menjerit.Dilemparnya cincin pertunangan mereka ke muka Heziqa sebelum berlalu pergi.Hezri memandu kereta tanpa arah tuju.Air mata tak henti mengalir.
Beberapa kali Hezri menjerit melepaskan geram.Bagai nak pecah kepalanya memikirkan salahnya pada Heziqa hingga Heziqa menghukumnya sebegitu kejam.Tanpa sedar Hezri memandu keretanya menuju kerumah Heziqa.Dibuang egonya sebagai seorang lelaki.Dia ingin merayu agar Heziqa kembali padanya.Dia tak mampu hidup tanpa Heziqa.Di luar hujan mencurah bagai turut menangisi kedukaan yang di laluinya.
Sebaik sampai di rumah Heziqa,darah Hezri tersirap.Kereta putih milik Farid diparkir di halaman rumah Heziqa.Dalam hujan lebat diselangi dengan guruh dan petir,Hezri meluru masuk kedalam rumah Heziqa.Terpaku Hezri melihat Heziqa di dalam pelukan Farid.Tanpa sedar Hezri mencapai sebatang besi yang kebetulan berada di depannya lalu dipukulnya sekuat hati kepala Heziqa dan Farid.Sekelip mata darah pekat membasahi ruang itu.Hezri tergamam.Dia terduduk disisi jasad Heziqa dan Farid.Dia menangis semahunya."Ya Allah..apa aku dah buat ni?" Hezri meraung.Hezri berlari keluar dan terus menghilangkan diri.
Seluruh Malaysia gempar dengan berita pembunuhan Heziqa dan Farid.Polis masih mencari Hezri,suspek utama kes ini.Dan setelah dua hari kejadian itu berlalu,Hezri muncul di balai polis menyerah diri dalam keadaan kusut masai.Baju yang dipakainya masih ada kesan darah kering.Hezri minta dihukum atas perbuatannya dan mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya.Sehari sebelum tarikh hukumanan dijalankan ke atasnya,Hezri membuat permintaan terakhir agar dia dipertemukan dengan rakan-rakannya.
"Shah,Riz,Man aku mintak maaf atas kesilapan aku yang lalu.Aku tak berniat nak bunuh Farid dengan Ziqa.Aku tak sedar waktu tu." Teresak-esak Hezri memohon ampun kepada rakan-rakanya."Hang tak salah Hezri.Kami tau hang tertekan.Kami tau kenapa hang buat macam tu.Semua orang tau siapa yang salah dalam hal ni." Air mata Man mengalir juga akhirnya.Sebak dadanya memikirkan ajal rakan baiknya akan tiba tak lama lagi."Tolong kirim salam aku kat mak ayah aku kat kampung.Cakap kat depa aku minta ampun dan halalkan makan minum selama aku jadi anak depa.Sampaikan salam aku kat mak ayah Ziqa jugak.Aku mintak ampun sebab ambik nyawa anak depa." Perlahan Hezri menyampaikan pesanannya kepada rakan-rakannya."Hampa jangan ikut jejak langkah aku.Aku dah kotor sekarang ni.Aku pembunuh.Hampa jangan jadi macam aku." Menggigil Hezri ketika bercakap dengan rakan-rakannya.Tangan Hezri digenggam erat oleh rakan-rakannya."Hang kuatkan semangat Hezri." Shah bersuara sambil menahan tangis."Kami balik dulu.Ingat hang tetap kawan kami walau siapa hang sekalipun.Hang tetap kawan baik kami.Bagi kami hang tetap Hezri Irfizz yang dulu." Riz berkata sambil menepuk bahu Hezri.Mereka saling berpelukan sebelum berpisah.
Seminggu telah berlalu.Hukuman keatas Hezri telah dijalankan dan jenazahnya selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Simpang Lima iaitu tempat kelahirannya.Segalanya bagai mimpi bagi keluarga dan rakan-rakannya.
Semua tidak menyangka riwayat hidup Hezri,pemuda yang dikenali seorang yang baik dan penyabar berakhir di tali gantung."Man,hang ingat waktu kita jumpa Hezri kat penjara sehari sebelum dia kena gantung?" Riz bertanya ketika dia dan rakan-rakannya duduk di tempat selalu mereka melepak."Ingatla.Tu kali terakhir aku tengok dia.Memang sedih gila.Sebab perempuan dia jadi macam tu.Lembik lutut aku bila dapat tau dia dah kena gantung." Man berkata.
Airmatanya bergenang mengingatkan rakannya itu."Sebelum kita balik dia ada bagi aku tape ni.Dia suruh kita dengar lepas dia kena gantung." Riz memberitahu rakan-rakannya."Pasang la…" Shah lantas mengambil kaset itu lalu memasangnya."Buat teman-teman….Jadikan kisah aku sebagai pengajaran berguna dalam kehidupan kalian…Aku tahu seluruh dunia pasti mengutuk aku tika ini atas perbuatanku,tapi siapa tahu perasaan aku yang terpaksa menanggung segalanya sendirian…Betapa lukanya hati aku kala melihat insan yang bakal dinikahi berada dalam pelukan lelaki lain.Hancurnya hati aku kala itu hanya Allah yang tahu..Aku mintak ampun andai aku banyak menyusahkan kalian semasa hayatku.Cuma aku ingin kalian dengar lagu ini dan fahami perasaan ku.._________________________________________________
Bertahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu
Tapi sayang..
kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan.......Aku terseksa..Ziqa permainkan perasaan aku kala aku benar-benar tak mampu hidup tanpa dirinya.Maafkan aku kerana bertindak tanpa berfikir.Doakan kesejahteraan aku…."
aKu iNGiN KeLuAr DaRi kEpOmPoNg CiPtAan kU SeNDiRi..mEnJaDi rErAmA cAnTiK mEnGHiaSi mAsJiD YaNg TeRmEtERi BeRsAmA iNsAn bErNaMa sUaMi...
Friday, 18 July 2008
Setulus Hati Isya
"Isya,bangun sayang..Jangan tinggalkan abang..Abang minta maaf sayang..Abang janji takkan pernah tinggalkan sayang lagi..Sayang bangun la..Sayang..Sayang…." Arif mengoncang tubuh kaku Isya.Air mata yang jatuh dibiarkan menitis di wajah Isya.Arif memeluk erat tubuh Isya.Dikucupnya dahi Isya yang dingin bertalu-talu.Esakan Arif meruntun hati setiap yang mendengar."Sayang,bangun la…Abang tak boleh hidup tanpa sayang.Sayang,abang berdosa sebab lukakan hati sayang.Sayang bangun la,bagi peluang abang rawat luka di hati sayang.Sayang……"
***MASA LEPAS*****
"Ibu,Isya keluar…" Isya memberitahu ibunya lantas berlari mendapatkan Diana.Helmet MS88 disarung ke kepala dan enjin motosikal Honda 125 Wave segera dipanaskan.Sebelum sempat ibu Isya mendapatkan Isya untuk bertanya ke mana dia ingin pergi,Diana pantas memecut motosikal ke jalan besar.Isya memeluk erat pinggang Diana.Terasa seram bila Diana memecut begitu laju motosikal yang diboncengnya." Yana ,slow sikit..Aku seram la hang bawa laju-laju macam ni.." Isya menjerit di telinga Diana agar rakannya itu dengar apa yang dikatakan." Ala ,relax la sis..Baru macam ni,takkan dah kecut.." Diana ketawa sinis sambil memandang wajah Isya di cermin sisi.Jelas wajah rakannya itu pucat.Diana tahu Isya gerun naik motosikal yang dipecut laju."Suka hati hang la.." Isya mengalah bila menyedari yang Diana tidak akan memperlahankan kelajuan motosikal.Diana membelok motosikal ke kiri,kanan,kiri dan akhirnya mereka sampai di pusat membeli belah Sunway Carnival Mall.Mereka beriringan masuk ke dalam dan lantas menuju ke Starbuck Café,tempat pertemuan mereka dan rakan-rakan yang lain.Dari jauh,kelihatan Mira,Zali,Kerry dan Yuni sedang berbual rancak.
Sebaik sampai Isya segera menarik kerusi di sebelah Zali."Wei,apahal lambat sampai?" Kerry lantas menyoal."Isya la,aku sampai rumah dia,baru nak masuk toilet lah,nak iron baju la.." Diana menjawab lantas menyedut air oren di depannya." Ala ,sorry la,Aku terlupa la hari ni kita nak jumpa." Isya tersengih-sengih mengakui kesilapannya.Tangan Zali cepat meluku kepala Isya."Oi,sakit la.." Jeritan kecil Isya membuatkan semua ketawa.Dia mencubit paha Zali."Eh,Syam dengan Khai mana?" Isya menyoal pabila menyedari dua lagi sahabatnya tiada di situ."Syam teman Khai beli tiket wayang.Hari ni,Khai belanja kita semua tengok movie." Pantas Mira bersuara.Sebaik dia menghabiskan percakapannya,telefon bimbitnya menjerit-jerit minta dijawab segera."Hello…Syam,kenapa lambat sangat.Ada kat mana ni?Oooo..okey,Mira ajak dia orang semua pergi sana .." Mira memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar dan bangun."Jom wei,Syam suruh pergi kat pawagam,movie dah nak start." Mira lantas berjalan beriringan dengan Isya.
Sepanjang perjalanan ke pawagam,mereka berenam bergurau senda.Tampak begitu mesra hubungan mereka berenam."Best juga movie tadi.." Diana bersuara sebaik keluar dari pawagam.Rakannya yang lain hanya mengangguk setuju."Jom Isya.." Khai menarik tangan Isya pantas sebelum sempat Isya berkata apa-apa."Hoi,takkan bawa Isya je,kami semua macam mana?" Zali menjerit sedikit apabila menyoal Khai kerana Khai dan Isya berada agak jauh."Jom la…Aku nak bawa Isya pergi makan..Nak ikut jom la..Aku lapar ni.." Tangannya diisyaratkan agar rakan-rakannya yang lain mengikutinya dan Isya.Isya hanya tersenyum.
Kedengaran Kerry merungut-rungut marahkan Khai yang pentingkan diri."Kalau ye pun lapar,bagitau la.Ni tak,blah macam tu je.Dah tu ajak Isya sorang je lak tu,ajak la aku sekali.Aku pun lapar gak." Kerry merengus marah."Relax la bro.Macam hang tak tau perangai Khai.Lagipun,mesti la dia ajak Isya,sebab Isya tu kan rapat dengan dia,hang laki,boleh cari makan sendiri." Yuni memepuk-nepuk bahu Kerry.Yang lain hanya tersenyum.Mereka semua tahu,Kerry bukan marah sebab Khai tak ajak dia sama pergi makan,dia marah sebab cemburu Khai pegang tangan Isya.Semua sudah maklum,Kerry dah lama ada hati kat Isya cuma Isya tak layan.Dan semua tahu prinsip Isya,dia takkan bercinta dengan member sendiri.
Sebaik sampai di Starbuck Café,semuanya telah siap terhidang.Khai dan Isya hanya tersengih melihat muka cemburut Kerry.Sebaik semua duduk,mereka mula menikmati hidangan yang dipesan Khai dan Isya."Cun la minah tadi.Hang tau tak budak mana minah tadi?" Arif menyoal Is di sebelah.Is hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu."Tolong aku cari nombor handphone dia Is.." Arif bersuara lagi dan kali ini mengundang reaksi terkejut Is."Hang gila!Nama dia pun tak tau,macam mana nak cari nombor phone dia?" Is menyedut perlahan jus tembikainya.Dahinya berkerut.Dia tahu,masalah bakal menimpanya.Bukan dia tak tahu perangai Arif,jika dia inginkan sesuatu,dia sanggup lakukan apa saja dan orang pertama yang akan diminta pertolongan pastinya dia.
Aduh,masalah…Is menggeleng kepalanya berulang kali."Is,minah tadi la.." Arif menepuk bahu Is,hampir tersembur jus tembikai yang disedut Is apabila disergah begitu.Matanya lantas terarah kearah gadis yang dimaksudkan Arif.Memang cantik.Walaupun agak rendah tapi wajahnya bisa mencairkan hati mana-mana lelaki." Rif ,hang tengok sebelah dia..Aku rasa hang tak dak harapan la nak mengurat dia.Tu,baik punya bermesra dengan mamat sebelah.." Is berkata membuatkan Arif tersentak.Dia merengus geram."Is,aku tak kira..Aku tetap akan dapatkan minah tu.." kata-kata Arif membuatkan Is menggeleng kepalanya berkali-kali."Jangan Rif,jangan dok tempah bala.." Is menasihati Arif.Dia tak mahu rakannya jadi perampas.Lagipun,jika Arif tekad mendapatkan gadis tu,apa akan jadi dengan Iza,awek Arif."Aku tau apa yang aku buat.Jom blah Is.." Arif lantas bangun meninggalkan Is di belakang."Wei,tunggu la…." Is berlari anak mendapatkan Arif.Dalam hatinya menyumpah-nyumpah sikap pentingkan diri rakannya itu..
Arif tekun menghadap komputer di dalam biliknya.Tangannya ligat menaip sesuatu di atas papan kekunci.Beberapa detik kemudian,skrin computer mula memaparkan apa yang dicari.Arif menclick pada perkataan Friendster.Dia masih mencari sesuatu.Dan akhirnya.."Yes,dah jumpa..Yehaa…" Lebar senyuman Arif kala itu.Di skrin terpapar sekeping foto seorang gadis.Di bawah foto itu,segala butiran tentang gadis itu tertulis.Dari situ Arif tahu gadis itu bersekolah di Sekolah Tunku Ibrahim...Lalu di print foto gadis itu dan foto gadis itu di letak di atas katil.Lantas di capai telefon bimbit di atas meja."Is,sok kita pi skolah.Da hal pntng aku nak buat…Aku ambik hang pukul 1 tghhari…"
Beberapa tika kemudian,Arif mendapat balasan jawapan dari Is.Jawapan Is membuat Arif menghela nafas lega."Is,hang kenal dengan minah tu?" Arif menyoal rakannya sebaik kelibat seorang gadis muncul di antara ratusan pelajar yang keluar dari kawasan Sekolah Tunku Ibrahim."Tu budak kita jumpa kat Sunway Mall tu kan ?" Is menyoal balik.Arif hanya mengangguk.Barulah Is tahu hal yang dimaksudkan Arif petang semalam.Tak sangka gadis itu bersekolah di sekolah lama mereka."Mana hang tau dia sekolah sini?" Is menyoal Arif lagi."Friendster..Zaman sekarang segala maklumat di hujung jari.." Arif menjawab sambil memetik jarinya."Hang tolong pi minta nombor phone di Is.Aku malu la…" Arif menyambung percakapannya bila is hanya diamkan diri."Amboi,waktu nak cari pandai bila dah jumpa nak minta nombor phone pun malu." Is mengomel sebaik Arif meminta pertolongannya.Bila dilihat wajah Arif monyok,perlahan dia melangkah kearah gadis itu.
Dari jauh Arif nampak Is berbual rancak dengan gadis itu dan seketika kemudian Is kembali padanya.Is mengajak Arif ke warung berdekatan.Sebaik air yang dipesan tiba,Arif membuka mulutnya."Dapat tak nombor dia?" Is hanya menggeleng.Muka Arif merah."Wei,cakap la betul-betul.Dapat tak?" Is buat muka selamba.Dia sedut perlahan air teh aisnya.Arif bengang dan….."Wei sakit la…Ni,dapat la..Tu pun nak bengang.Kecoh la lu…" Is berkata keras lalu melempar sehelai kertas pada Arif.Tertera nombor telefon di atas kertas itu.."Thanks.." Arif berkata kemudian dia meminta maaf sebab terkasar pada Is.Is hanya mengangguk tapi di hatinya,dia menyumpah-nyumpah Arif.Sebaik menghabiskan minuman,mereka segera berlalu.
Selepas solat Isyak,Arif mencapai handphonenya.Dia berbaring di atas katilnya sambil membelek foto gadis itu.Hatinya berdebar.Dia lantas mengambil kertas yang tertulis nombor telefon.01749696742 lalu disimpan nombor itu di handphonenya.Arif menaip mesej dan setelah selesai lantas ditekan butang send..Dia menunggu balasan mesej.Seminit,dua minit,tiga minit dan akhirnya hampir setengah jam,langsung tiada balasan.Dan ketika Arif hampir terlena,tiba-tiba handphonenya berbunyi dan tertera 1 New Message di skrin.Arif menekan butang Read dan membaca isi kandungan mesej tersebut.Lebar senyuman Arif bila huluran salam perkenalannya disambut mesra..Dan malam itu,Arif dan gadis itu saling berbalas mesej.
Tiga bulan berhubung melalui telefon,Arif bersedia untuk bertemu gadis itu.Tempatnya pastilah di tempat pertama Arif bertemu gadis itu tiga bulan lepas.Arif menyisir kemas rambutnya.Dengan hanya memakai baju-T hitam dan seluar jeans Levi's,Arif nampak begitu tampan.Kali ini,Arif ke sana seorang diri.tanpa Is atau rakannya yang lain.Dari jauh,Arif nampak gadis itu sedang asyik merenung orang yang lalu lalang di hadapan Starbuck Café.Arif pantas mendapatkan gadis itu.Arif berdehem kecil apabila kehadirannya tidak disedari dan sedetik kemudian gadis itu berpaling ke arahnya.Sebuah senyuman di hadiahkan pada Arif.Arif juga tersenyum.Walaupun gadis itu hanya mengenakan solekan tipis,namun keayuannya masih terselah.Ditambah dengan blaus hitam,gadis itu nampak begitu cantik."Hai,lama tunggu?" Soalan standard di setiap first dating diajukan Arif.Gadis itu hanya menggeleng."Hmm,dalam telefon bukan main pandai cakap,bila jumpa diam je…Betul ke ni Nur Isya Nadira?" Perlahan Arif bersuara bila gadis itu hanya mendiamkan diri."Betul la ni Nur Isya Nadira.Awak tak salah orang Arif Ifrizal Haikal.Nice to meet you.." Isya membalas sambil menghulurkan tangannya.Pantas Arif menyambut huluran itu.
Terasa seperti sesuatu mengalir apabila tangan mereka bersentuhan.Isya dapat rasakan jantungnya berdegup laju.Hanya senyuman manis di beri untuk menutup getaran di hatinya.Pertemuan kali pertama Isya dan Arif berjalan lancar.Mereka berbual mesra dan bergurau senda seperti sering dilakukan sewaktu berhubung melalui telefon.Hubungan Arif dan Isya semakin intim.Mereka sering bertemu jika ada kelapangan. Ibu dan ayah Isya turut mengenali Arif.Begitu juga ibu bapa Arif.
Hari itu genap setahun Arif mengenali Isya.Arif ingin membuat kejutan untuk Isya.Dia dan Isya berjanji untuk bertemu di tepi pantai berhampiran Hentian Rehat&Rawat Butterworth.Pukul empat petang,Arif sudah sedia menanti Isya.Arif duduk di atas motosikal Yamaha 135LCnya menghadap laut.Dia berdoa agar segala rancangannya hari ini berjalan lancar.Dia memegang seutas rantai perak yang di belinya semalam.Loket berbentuk hati berkilau apabila terkena pancaran mentari petang itu.Diatas loket itu tertulis Arif&Isya.Arif tersenyum.Ditarik nafasnya berkali-kali agar dia tidak getar apabila berdepan dengan Isya nanti.Arif ingin menyuarakan isi hatinya pada Isya dengan lancar.
Sejam menanti,Isya tiba dihantar oleh ayahnya.Arif hanya memberikan senyuman mesra pada ayah Isya."Arif,take care of my daughter.Have a nice day.." Ayah Isya berkata sebelum berlalu.Isya tersenyum manja pada Arif.Arif menepuk perlahan seat motosikalnya tanda meminta Isya duduk d sebelahnya."Sorry lambat.Ayah la,punya liat nak bangun tidur." Isya menerangkan sebab kelewatannya tanpa disoal.Arif hanya menggeleng."Tak apa..Kenapa tak call Arif .Boleh Arif pergi ambik Isya.Dah lama kita tak 'menarik'…" Arif berkata sambil tersengih.Isya menepuk paha Arif lembut."Bila kita pernah 'menarik'..?Eee,gatal la Arif ni.." Manja Isya bersuara."Arif nak jumpa Isya buat apa?" Soalan Isya membuatkan Arif terdiam.Tawanya hilang bersama angin yang menghembus petang itu.Wajahnya muram.Isya kaget.Terkejut dia dengan perubahan wajah Arif yang mendadak."Arif,kenapa…" Belum sempat Isya menghabiskan soalannya pada Arif,Arif pantas berjalan menuju ke tepi laut.Arif duduk mencangkung sambil menulis sesuatu di atas pasir pantai.Isya hanya memerhati kelakuan Arif."Isya.sini.." Arif melaung memanggil Isya.Perlahan Isya mendapatkan Arif.Wajahnya monyok.Arif tahu Isya marahkannya.Ditahan tawanya dari meletus."Isya,tengok kat situ." Tangan Arif di hala ke arah tempat Arif duduk mencangkung tadi.Isya hanya memandang sekilas sebelum berpaling melihat laut kembali namun sesaat kemudian,dia berlari ke arah tempat yang ditunjukkan Arif.Sebaris ayat di pasir pantai itu membuatkan setitis air jernih jatuh dari kelopak mata Isya.Arif mendapatkan Isya dan menyapu airmata Isya yang gugur ke pipi.Di keluarkan rantai perak dari kocek seluarnya dan dikalungkan ke leher Isya.Isya memeluk erat Arif.
Senja itu,laut dan pantai menjadi saksi dua hati bertaut menjadi satu.Arif dan Isya berlalu pergi meninggalkan kenangan indah petang itu.Sebaris ayat telah berjaya membuatkan Isya menjadi milik Arif.Jelas kelihatan sebaris ayat yang ditulis Arif sebelum terpadam disapu ombak yang menghempas pantai..I LOVE YOU,ISYA……Air mata Isya jatuh lagi.
Lima bulan Isya kelemasan dengan air mata yang kini menjadi teman setianya.Wajahnya tampak lesu.Sejak kehilangan Arif,Isya jadi tidak menentu.Bibirnya tidak lagi mengukir senyuman manis,mata bundarnya tidak lagi galak memancarkan sinar keriangan dan suara manjanya seakan hilang bersama Arif."Abang,di mana abang berada?Sayang rindu……" Jeritan Isya bergema di sekeliling ruang.Ruang hatinya yang kini kosong.Isya buntu.
Tanpa penjelasan,Arif sepikan diri.Beratus mesej dihantar tanpa balasan,berpuluh panggilan dibuat tidak di jawab."Kenapa dia buat macam ni kat aku?Apa salah aku?Kenapa dia tinggalkan aku?" Isya menyembam wajahnya di bahu Diana.Diana menepuk belakangnya perlahan.Masing-masing mendiamkan diri.Tiada sepatah kata muncul dari bibir teman-teman Isya.Semuanya sedih melihat perubahan Isya.Semuanya marah dengan Arif,penyebab Isya murung."Aku akan cari Arif.Aku takkan biarkan dia buat Isya macam ni…" Is pantas berlalu pergi tanpa sempat di tahan.Sebagai kawan baik Arif.Is tertekan bila melihat Arif bersifat kejam pada Isya.Menyesal Is menolong Arif mendapatkan Isya.
Tapi segalanya dah berlaku.Mengalir air mata Is bila melihat wajah pucat Isya.Dia tahu Isya terseksa kerana sahabatnya.Dan Is berjanji,walau apa terjadi,Arif akan dibawa pada Isya.Dia mahu sahabatnya kembalikan pada semua Isya yang dulu.Arif merenung lautan luas di depannya.Angin yang bertiup tidak mampu membuatkan hatinya tenang.Wajahnya cengkung.Arif buntu.Kepalanya berserabut dengan pelbagai masalah yang tidak pernah selesai.Setiap malamnya dibayangi wajah Isya.Dia rindu akan Isya tapi setiap kali dia cuba hubungi Isya,di matanya terbayang kejadian malam itu.Dia benci pada dirinya."Isya,maafkan abang.Abang tak layak untuk sayang." Hati Arif berbisik sendu.Air mata mengalir sepi di wajahnya.Terasa ingin saja dia kelar urat sendinya,biar putus nyawanya saat itu.Tapi,dia tak mahu ada lagi yang bersedih kerananya.Cukuplah dia lukakan hati Isya,dia tak mahu buat mama dan papanya bersedih.Dia anak harapan mereka,tak mungkin dia tega menghancurkan harapan yang mereka bina padanya.
"Mama,papa..tolong Arif……" Arif menangis semahunya petang itu....."Iza,apa awak buat ni?Kita ada kat mana ni?" Arif meraup wajahnya.Dia merenung tajam Iza yang sedang tersenyum sinis padanya.Jijik dia melihat Iza yang beraksi menggoda tanpa seurat benang di atas katil."Arif yang memaksa Iza buat semua ini.Arif tinggalkan Iza sebab perempuan tu.Iza tak boleh terima..Iza sayangkan Arif,kenapa Arif tinggalkan Iza?" Iza membalut tubuhnya dengan sehelai tuala.Dia cuba memeluk Arif namun pantas Arif menolaknya jatuh ke atas katil.Iza merengus geram."Hang tak layak dengan aku.Dah berapa ramai lelaki ratah tubuh hang,tak mungkin aku nak terima hang.Hang perempuan keji Iza.Aku takkan pernah maafkan hang." Arif berlalu dari bilik itu.
Air matanya jatuh.Wajah Isya,mama,papa silih berganti.Dia terasa bersalah pada mereka.Dia malu nak berhadapan dengan mereka.Tubuhnya kotor kini.Dia benci pada dirinya.Dalam keadaan yang tidak tentu arah,Arif memandu keretanya tanpa destinasi sehingga membawanya ke suatu tempat.Laut yang terbentang membuatkan dirinya terasa lega.
Dan di situlah dia sembunyikan diri dari semua orang selama hampir lima bulan.Arif tersentak dari lamunan.Telefon bimbitnya menjerit-jerit minta dijawab.Arif biarkan sahaja deringan itu terhenti.Seminit kemudian telefonnya kembali berbunyi.Kali ini,satu mesej diterimanya.Lambat dia mengambil telefon bimbitnya lalu dibaca mesej yang diterima.Arif tergamam.Lututnya bergoyang.Dia jatuh terjelepuk di lantai.Pak Cik Musa dan Mak Cik Hasni diam di kerusi.Masing-masing berdebar menanti di hadapan bilik itu.Lampu menyala.Seorang wanita keluar.Wajahnya keruh.Pak Cik Musa pantas mendapatkan wanita itu."Macam mana anak saya doctor?" Pak Cik Musa bertanya penuh pengharapan.harapan agar anak tunggal kesayangannya selamat.
Ya Allah,jangan Kau ambil nyawa anakku.Bisik hati Pak Cik Musa memohon kepada Yang Maha Esa."Kami telah cuba sedaya upaya,tapi kecederaan yang dialami anak encik terlalu parah.Sekarang kita hanya perlu berserah pada Allah agar anak encik selamat.Mungkin keajaiban akan berlaku.Siapa tahu.Hanya Allah yang mengetahui.Bersabarlah." Doktor wanita itu segera berlalu.Pak Cik Musa kaku.Air mata gugur lagi.Ya Allah,dugaan apakah yang Kau turunkan pada aku sekeluarga?Perlahan matanya dibuka.Dia tersenyum saat melihat ibu,ayah dan rakan-rakannya berada di depan mata.namun senyuman itu hanya seketika,wajahnya kembali muram bila wajah iu tidak juga kelihatan."Ibu,abang Arif mana?Dia..dia tak datang jenguk Sya ke?" Air matanya megalir di wajah lesunya.Ibunya hanya mampu meggeleng."Mira, Yana …Arif dah tak sayang aku ke?""Is.Arif pergi mana?Dia tak nak tengok aku ke?""Khai,tolong bawa Arif datang sini.Aku nak tengok dia…" Isya cuba bangun namun dia jatuh kembali.Keadaannya terlalu lemah."Isya,jangan macam ni sayang.Nanti Arif datang.Ayah janji,ayah akan bawa Arif datang tengok Isya." Perlahan Pak Cik Musa bisikan harapan pada anaknya.Isya menyembam wajahnya di dada Pak Cik Musa.Mak Cik Hasni kaku.
Seperti mimpi ngeri yang menjadi realiti,puteri tunggal kesayangannya yang dulu sentiasa riang kini lemah tidak bermaya terbaring di katil.Air mata yang suatu ketika dahulu mahal harganya untuk ditumpahkan kini menjadi begitu murah.Ya Allah,kenapa anakku di beri dugaan sebegini rupa?
Mira,Khai,Syam,Zali,Kerry,Yuni,Diana,Is diam.Sedihnya mereka hanya Allah yang tahu bila melihat sahabat yang suatu ketika dulu menjadi penyeri saat berkumpul bersama kini seperti patung tak bernyawa.Semuanya hanya kerana cinta seorang lelaki.Rapuhnya hati sahabat mereka yang disangka tabah bila tertewas di medan cinta.Semua tahu,Isya tak mungkin dapat diselamatkan lagi.Hanya takdir yang mampu mengubah segalanya. Kemalangan pagi itu membuatkan keadaan Isya semakin parah.Motosikal Isya remuk dirempuh lori tanah.Namun Allah masih mahu Isya hidup di muka bumiNya namun keadaannya begitu memilukan.Wayar menjadi penyambung nyawanya.Hati mereka sebagai sahabat seakan di hiris belati tajam bila bibir Isya tak henti menyebut nama Arif walau keadaannya begitu lemah.Sucinya cinta Isya pada Arif."Isya,abang datang sayang.Bangun sayang…"Tubuh Isya di pegang lembut.Arif mengetap bibir menahan tangis.Ya Allah berdosanya aku pada Isya.Kerana aku,hidupnya musnah.Ya Allah,jangan Kau tambah penderitaan Isya lagi.Arif memegang erat tangan Isya."Abang…." Isya tersenyum melihat Arif di depannya.Terima kasih ya Allah kerana kembalikan Arif padaku.
Jika hari ini Engkau ingin menarik nyawaku,aku reda Ya Allah kerana hatiku sudah puas bila Engkau memberi peluang aku menatap wajah Arif sekali lagi.Air mata Isya mengalir lagi tapi kali ini air mata gembira.Arif menyapu air mata Isya yang gugur.Dia memeluk erat tubuh Isya.Bibirnya tak henti memohon maaf.Air mata lelakinya gugur menjadi tanda betapa dia rasa berdosa pada Isya."Abang jangan menangis.Sayang okey..Tak perlu minta maaf,abang tak buat salah pada sayang." Isya menyentuh pipi Arif yang basah dengan air mata."Isya rindu abang.." Perlahan Isya berkata.Arif mengangguk lemah."Abang juga rindukan Isya.." Isya tersenyum lagi.Dan sesaat kemudian,keadaan Isya semakin lemah.Isya menarik nafas beberapa kali dan melepaskannya tenang walaupun payah.Keadaan menjadi kalut.Ibu dan ayah Isya menerpa kearah Isya,membisikkan kalimah syahadah di telinganya.Arif memanggil perlahan nama Isya.Tubuh Isya di goncang lembut.Air matanya semakin lebat membasahi pipi.Dan,disaksikan semua,Isya pergi menghadap Yang Maha Esa.Wajahnya tenang seakan orang yang sedang tidur.Bibirnya mengukir senyuman.Isya pergi dalam keadaan yang begitu tenang tanda segala penderitaannya telah berakhir.
Abang,sayang puas dapat menatap wajah abang sebelum sayang tidur untuk selamanya.Terima kasih sebab beri peluang sekali lagi untuk sayang melihat wajah abang.Sayang tetap sayang abang selamanya……..
Luangkan masa bersama zuriatmu..
Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmatihidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yangakan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri.Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikapterlalu manja.
"Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nakdengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Bukubaru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan.Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi."Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "BolehlahPapa?.! ..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah."Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa?bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya kelantai. Nyata dia tidak mahu mengalah."BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkahpermata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikitberkaca, lalu dia beredar sayu.Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menolehke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"Saya hanya memandang tajam ke arahnya.Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk.
Masa terus berlalu, seminggu,dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang,Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannyatak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapanbersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya."Mama! dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya.Saya mengangguk.Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena.
Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma tergangguseketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiranmengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isterisebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ! ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya."Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidaksambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut.
Di hospital,Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkandiri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah.
Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-s! ekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata.Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidakdapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.
Keesokanharinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat.Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.
Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terimakasih kerana membacakan cerita itu padanya."Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kataSerena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini,walau setahun berlalu.
Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yangdiperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seoranglelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah
Hajat Tidak Kesampaian
Setelah punyai rumah besar, jawatan tinggi dan kenderaan, hati Zamil masih belum puas lagi. Zamil dapat rasai yang hidup ini kekosongan kalau tiada anak. Zamil dahagakan zuriatnya sendiri. Setiap kali dia melihat ibubapa memimpin anak anak mereka, teringin dihatinya mempunyai anak yang boleh menghiburkannya.
Sebelum berkahwin dahulu, Zamil adalah seorang pemuda yang hidupnya penuh dengan berpoya poya. Hampir setiap malam, dia akan ziarahi kelab kelab malam di semerata kota metropolitan Singapura untuk melepaskan nafsu buasnya. Minuman arak dan wanita wanita menjadi teman sepanjang malam.
Tapi segala gala berubah setelah dia berumahtangga dengan isterinya Aisyah. Dialah wanita yang terbaik sekali yang pernah Zamil kenali. Sudah 8 tahun mereka berumahtangga. Zamil begitu bahagia dan tenang sekali hidup bersama Aisyah. Zamil dapat rasai, Aisyahlah isteri terbaik yang pernah dia miliki. Namun sekian lama mereka bersama, sehingga saat ini, mereka masih lagi belum dikurniakan zuriat.
Hingga sekarang, Zamil tidak pasti siapakah puncanya sama ada dia atau Aisyah yang mandul. Sudah dia usaha pergi ke doktor memeriksa, tapi nyata mereka berdua diistiharkan sihat belaka. Hairan juga untuk Zamil memikirkan. Zamil selalunya menekankan aspek aspek kesihatan dalam kehidupannya sehari hari. Jadi mana mungkin Zamil mandul?
Zamil sudah mulai rasa bosan dengan kehidupannya yang dia lalui. Ada juga dia merasa malu dengan adik beradinya dan juga iparnya. Yang lebih memalukannya lagi ialah pada ibunya sendiri.
Masih terngiang ngiang perkataan ibunya" Hai....Mil, mak tengok dah lapan tahun kau kawin, kau tak nak anak kee..? Kau mandul kee..? Atau Aisyah yang mandul? Setiap kali dia pulang kerumah ibunya, kedengaran kememelan suara ibunya bak menjadi trauma pada dirinya.
Mulalah fikiran jahat berligar di fikiran Zamil dan timbul hasutan nafsu mula merasuk disegenap dirinya. Perasaan Zamil mula benci kepada Aisyah isterinya. Semua kata katanya yang keluar dari mulutnya menumpahkan muntahan rasa mual. Semakin hari berlalu, semakin dia rasai kebencian membuak buak dalam hatinya.
Zamil mula balik kezaman bujangnya yang hampir tiap tiap malam dia ke kelab malam berpoya poya dengan bermacam macam wanita. Pulangnya mabuk hampir setiap malam. Kini nafsu Zamil beralih kepada seorang gadis kelabmalam yang bernama Rita. Rita sangat pandai dan bijak melayan nafsu Zamil hingga dia berjanji pada Rita segala hartanya dan wangnya akan ditaburkan pada Rita.
"Heii.... kau dengar sini baik baik perempuan. Aku nak kahwin dengan Rita sekarang jugak. Aku dah bosan hidup macam ini. Bosan dengan muka kau yang tak ada anak. Hari hari tengok muka kau boosaaaannn...........!!! Aku nak kau tandatangan borang ini sekarang jugak" suara Zamil begitu lantang sekali sambil mencampakkan borang putih dihadapan Aisyah. Dia tergamam. Dengan perlahan lahan dicapainya borang itu.
"Apa salah Aisyah, bang?" suara Aisyah bergetar getar menahan pilu dengan kata kata kesat Zamil itu."Sebab kau mandul....mandul!! Kau tak dapat beri apa yang aku mau!.... Aku nak anak, kau faham tak...?" kedengaran semakin lantang suara siZamil.
"Mungkin kita belum ada rezki lagi, bang....sabarlah. Barangkali dugaan kita bang. Allah mahu menguji kita bang, percayalah bang" Aisyah merayu dengan rayuan pilu pada Zamil.
"Aaahhhh!!.....Aku tak perduli itu semua. Kau tahu tak, dah lapan tahun kita kahwin. Kau suruh aku sabar. Kau gila ke. Sekarang jugak kau tandatangan borang ni.....sekarang jugak!!" desak Zamil berkobar kobar.
"Aisyah tak boleh bang. Kalau dengan orang lain, mungkin Aisyah boleh bang. Tapi kalau dengan siRita tu..... Aisyah tak sanggup hidup bermadu dan berkongsi kasih dengannya bang."
"Kenapa bukan dengan Rita?" tanya Zamil penuh saru. "Kau fikir kau tu baik sangat ke?"
"Okay...baik, kalau kau tak nak tandatangan borang ini..... aku akan ambil jalan mudah. Mulai hari ini, aku ceraikan kau, Aisyah bte Abubakar dengan talak tiga!!!" Bergegar Arasy dilangit ketika mulut Zamil lantang melafazkan kata kata keramat itu. Zamil begitu puas sekali dengan ungkapannya.
Aisyah hanya tergamam kaku. Airmatanya terjurai mengalir laju. Beliau seolah olah tidak percaya akan kata kata suaminya yang tersayang itu. Segala impian mahligai yang dia bina selam lapan tahun lamanya berderai bak kaca jatuh kelantai berkecai. Pulanglah Aisyah balik kepangkuan keluarganya.
Bagi Zamil pula, dia berasa bebas sekarang. Dia boleh buat sesuka hatinya. Dia merasai bahwa dunia ini begitu luas seluasnya. Tiada siapa yang boleh menghalang pergerakannya lagi.
Hubungan Zamil dan Rita semakin hari begitu intim sekali. Nafsu mereka berdua semakin menjadi seumpama suami isteri walaupun mereka belum bernikah. Semenjak perceraiannya dengan Aisyah, hati Zamil sudah tertutup dan tawar sekali dengan ikatan pernikahan. Dia rasai ikatan seperti begitu hanya menyusahkan dirinya. Biarkanlah dirinya begitu dengan tanpa sebarang ikatan. Buat apa menyusahkan diri memikul tanggungjawab, sedangkan apa yang diperlukan boleh diperolehi dengan percuma saja.
Bagi diri Zamil, anak bukan lagi bermain difikirannya. Yang hanya tinggal berpoya poya dengan Rita. Zamil bahgia dengan jalan sesat yang dia pilih itu.
Hampir selama bertahun tahun lamanya Zamil alpa dengan dunianya. Bayangan dan ingatan Aisyah pada dirinya sudah hampir jauh tenggelam. Zamil umpama musafir yang kehilangan arah panduan. Datanglah diingatannya dan nalurinya untuk kembali menyucikan dirinya yang jijik lagi najis untuk kembali kejalan lurus. Keinginannya untuk mengikat Rita dengan ikatan yang sah sebagai isteri ditolak bulat bulat.
"I belum ready nak kahwinla Mil. Buat apa kita kahwin, kan best bebas cam gini"dengan selamba saja Rita mengeluarkan kata kata yang mengguris hati Zamil.
"Lagi pun I nak beritahu you yang I dah ada sugar daddy yang lebih best dari kau Mil. Dia kaya, handsome, macho dan ada kereta besar. Bukan macam kau, asyik asyik naik teksi bosanlah. You pergilah balik dengan bekas isteri kampung you tu. Lagipun, isteri kampong you tu memang secocok dengan you Mil." dengan segera Rita capai beg tangannya hendak meninggalkan tempat itu lalu Zamil genggam lengan Rita dengan pantas menghalang dia pergi dari situ.
Dengan wajah yang marah lagi merah padam Zamil menjawab"Oooo.....lepas harta aku kau habiskan, kau nak tinggalkan aku bulat bulat ajer yeee. Kau ingat kau boleh lepas dari aku Rita. Perempuan macam kau lebih baik mati daripada hidup." terbeliak mata Zamil kemerahan memandang Rita.
Rita pun memetik jarinya memberi insyarat kepada bodyguard disitu. Selang beberapa minit, muncul beberapa orang lelaki yang berbadan besar lagi tegap berdiri bersebelahan Rita.
"Ohhooo....panggil bodyguard!! Kau ingat aku takut dengan bodyguard kau tu haa..? Dasar betina jalang, perempuan sundal......" Buk...bedebuk..buk..buk...buk.....!!! Pergaduhan berlaku antara Zamil dan bodyguard bodyguard itu. Zamil rasakan mulutnya begitu pedih dan matanya berpinar pinar. Zamil rasakan tiba tiba dunia ini gelap gelita tanpa cahaya. Dia terlentang dilantai pengsan berlumuran darah dek dibelasahi oleh bodyguard bodyguard Rita. Tiada siapa yang perdulikan Zamil.
Apabila Zamil membuka matanya. Segala galanya putih terang benderang. Tertanya tanya Zamil " Dimanakah aku......? Dimanakah aku........?
"Abang....Abang.....Abang dah sedar? Syukurlah pada Tuhan." Kedengaran suara lembut menegur Zamil dengan perlahan. Rupa rupanya Aisyah yang berada disisi Zamil. Begitu sejuk sekali Zamil melihat wajah bekas isterinya itu. Betapa rindunya Zamil dengan belaiannya.
Tiba tiba suara keluar dari mulut Zamil " Aisyah........ abang rindukan kau Aisyah. Abang dekat mana ni, sayang?" Zamil mengerut gerut dahinya. Dia cuba bangun namu terasa kesakitan diperutnya kuat mencengkam.
"Abang di hospital. Abang pengsan semalam. Luka banyak dikepala dan badan Abang. Ambulance datang angkat abang ke hospital. Nurse yang talipon Aisyah. Mereka kata dalam dompet Abang ada nombor talipon Aisyah." dengan wajah yang lembut, Aisyah terangkan kedudukan perkara yang sebenar.
"Terimakasih Aisyah....... sudi kau jaga Abang yeeer" Zamil cuba mencapai tangan Aisyah, lalu ditepis oleh Aisyah dengan lembut sekali. "Aisyah bukan lagi isteri Abang. Kita bukan muhrim lagi. Aisyah jaga Abang atas dasar keikhlasan hati Aisyah sendiri dan menolong seorang insan yang sangat memerlukan" kata kata lembut yang keluar dari mulut Aisyah membuat hati Zamil tersentuh pilu. Betapa suci lagi leluhurnya hati Aisyah.
"Aisyah..........abang begitu bodoh sekali melepas kau Aisyah. Abang terlalu mengikut perasaan nafsu abang ajer. Abang terburu buru buat keputusan. Aisyah.......berilah abang kesempatan selaki lagi, sayang? Terasa segala perasaan Zamil terhadap Aisyah tiba tiba menjelma kembali. Segala kenangan manis mereka berdua bermain difikiran Zamil. Zamil teramatlah rindu pada bekas isterinya itu.
"Abang.........abang dah lupa ke yang abang telah ceraikan talak tiga terhadap Aisyah? Talak tiga tidak boleh dirujuk lagi bang...." suara Aisyah perlahan sekali. Zamil terpana dengan kata kata itu. Barulah Zamil teringat akan lancangnya mulutnya melafazkan talak tiga. Zamil sungguh menyesal sekali. Talak tiga tidak boleh dirujuk. Kecuali cari cina buta.
"Abang rehatlah. Aisyah nak keluar sekejap. Nanti Aisyah datang lagi" Aisyah dengan tergesa gesa menuju pintu. Suara Zamil tersekat sekat. Dia hanya mamapu melihat bayagan Aisyah hilang dari pandangannya. Airmata Zamil menitis kerinduan.
Timbul keinginan Zamil untuk kembali kepada Aisyah. Tapi apa kan daya, nasi sudah menjadi bubur."Abang nak Aisyah. Abang nak Aisyah kahwin dengan abang." Zamil seolah olah mendesak Aisyah supaya menerimanya kembali.
"Tak boleh.....tak boleh..!!! Abang tak faham ke?"
Aisyah terdiam seketika. Tiba tiba muncul seorang kanak kanak perempuan comel."Mama...Mama..siapa nie?" Wajahnya saling tak tumpah seiras Aisyah. "Aisyah dah kahwin bang. Aisyah bahgia sekali dengan hidup Aisyah sekarang. Aisyah tidak boleh mengecewakan suami Aisyah bang." Terpegun dibuatnya. Wajah Zamil berubah apabila mendengar kata kata Aisyah itu. Tak sangka dia...... Aisyah boleh menghasilkan zuriat, yang mana dulu disangkakan mandul.
"Bang......ini suami Aisyah..Doktor Azman. Kami dah 5 tahun kahwin. Dan ini anak kami Fitri" Tangannya membelai lembut rambut Fitri. Betapa lukanya hati Zamil hancur bederai bak gelas jatuh bederai dilantai. Terlalu pedih untuk Zamil menelannya. Tidak sangka selama ini yang merawat dia adalah suami Aisyah.
"Abang....Aisyah balik dulu. Halalkan makan minum Aisyah selama bersama abang. Aisyah berdoa agar abang bahagia selalu. Zamil hanya menganguk lemah longlai. Wajah Aisyah yang lembut lagi ayu itu ditatap tajam.
"Fitri....mari sini, salam uncle Zamil" Aisyah mencapai tangan kecil Fitri dan menghulurkan pada Zamil. Zamil hanya tersenyum lalu menyambut tangan halus Fitri. Pipi gebunya dicium Zamil. Gadis kecil itu tersenyum. Tanpa disedari, airmata Zamil menitis berlinangan.
"Kalaulah ini anakku.......Aisyah...!!!Abang menyesal lepaskan kau Aisyah...Ooohhh..Aisyah. Hati Zamil menjerit pedih kepiluan.
TAMAT
Seorang Lelaki dan Sebuah Laut
Karya : S.M. Zakir
Irfan berdiri tercegat sambil memeluk tubuh. Matanya yang masih terkatup dibungkus kantuk semalam diam menatap ombak. Pagi masih suram-suram. Ombak yang digusar oleh pasang menghempaskan deburan yang kasar ke dada pantai. Riak-riak buihnya menggerumut di pantai ... berlalu ... dan meninggalkan sisa-sisa yang terbawa dari laut terdampar di dada pantai dan isinya. Angin laut yang beralun bersama ombak kudus menyapa pantai dan isinya, pohon-pohon ru, pasir, samun, belukar, bukit dan chaletchalet yang dip agar dalam suatu kawasan luas ini.
Angin, benarkah ini hembusanmu? Begitu segar dan nyaman sekali. Irfan menunduk, melihat pasir, melihat pantai, melihat laut. Jauh ... laut kelihatan semakin bermanikmanik dikilau matahari yang perlahan-lahan bangkit dari garis horizontal menuju garis vertikalnya. Mandala yang sunyi dan senyap - terasing dan terpinggir. Kedamaian dan kerutinan mandala ini ialah kesemulajadian yang tidak terusik oleh kelorah manusiawi.
Menghirup udara segar dan kenyamanan rasa di sini bagai mewujudkan dirinya dalam satu dunia asing yang misteri. Terasa keluasan laut itu telah perlahan-lahan membuka fikirannya. Sesuatu yang begitu lama terbenam dalam dirinya terasa bangun perlahan-lahan - segar dan gagah - mengalirkan suatu daya hidup merewak ke serata diri. Di sini jauh dari bising dan rimas kota. Tiada hambatan dan tiada yang perlu dikejarkan. Kesibukan dan beban kerja, kelicikan dan kekorupan, kepalsuan dan lakonan, keangkuhan dan penindasan: Semuanya itu tidak kelihatan di sini. Mungkin hanyut dalam debur ombak yang tidak pernah lelah itu. Mandala asing yang bermisteri ini terus membekam sejuta rahsianya yang tidak terungkap di dalam butiran-butiran pasirnya, rengus ombaknya dan desir anginnya. Mandiri dalam kesendiriannya. Membina keutuhan rahsianya dalam simbol-simbol yang tercitra, jelas dan kabur.
Di hujung sana, di tanjung yang berbukit dan berbelukar itu, dalam samar-samar kabus dia melihat satu objek manusia di pesisir pantainya. Tentu lelaki tua itu. Lelaki tua yang dilihatnya setiap pagi di pesisir pantai itu sejak dia tiba di sini. Tiada yang aneh dan ganjil atau apa-apa yang menarik pada lelaki tua itu. Lelaki tua yang cuma suatu kewujudan yang tidak dipedulikan dan terpinggir di hujung dunia. Tetapi hari ini entah mengapa, terasuk oleh kebodohan apa, dia terasa begitu ingin untuk mendekati lelaki tua itu. Mungkin luang-luang masa yang banyak ini mula menjadikannya seorang yang dungu. Ah, peduli apa dia! Kebebasan di sini tidak harus disekat oleh tanggapantanggapan dahulu. Ini bukan hidup dahulu. Ini mandala barn. Mandala yang tidak punya protokol, kasta dan ego. Di sini bebas daripada keterikatan itu. Semua di sini sama. Bersatu dan saling membantu menghidup dan memakmurkan. Begitu harmoni.
Jejak-jejaknya di pasir semakin jauh meninggalkan kawasan chalet penginapannya menuju ke tanjung yang menganjur menentang laut. Puput angin lemah dan langsam. Barangkali masih dingin dan malas lalu menjadikan suasana pagi ini cukup tenang. Laut, sernakin hampir semakin terasa keluasannya. Semakin terkagum dengan kejadiannya. Benarkah laut yang sebegini luas masih tidak cukup untuk meninta seluruh ilmu pengetahuan?
Semakin lama semakin hampir Irfan dengan tanjung itu. Ketika langkahnya sampai di sebuah banir ru - dengan sedikit lelah - dia mengambil keputusan berhenti di situ, melabuhkan duduknya. Tenang dia beristirahat. Di sini rupa tanjung jelas dan nyata. Juga lelaki tua itu. Lelaki tua itu berjalan di gigi air, menunduk mengutip sesuatu, terkadangnya mencangkung agak lama mengorek-ngorek sesuatu di dalam pasir basah yang sedikit berlumpur itu, memasukkan hasil usahanya yang entah apa itu ke dalam kantung yang tersangkut di bahu, berjalan lagi dan kadang-kadangnya berdiri lama memerhati tunak ke laut lepas.
Kelakuan dan perwatakan lelaki tua ini semakin lama semakin menarik perhatian Irfan. Terasa benar ingin mendekati lelaki tua itu. Sekurang-kurangnya bertanya khabar, mungkin sepatah perkataan melahirkan sesuatu yang bermakna, setidaknya sekelumit kebajikan. Bukankah perjalanan yang beribu batu itu bermula dengan langkah yang satu. Itu kata-kata Lao Tze. Entah bagaimana pula dia teringat kata-kata falsafah itu. Mungkin suasana di sini mula menjadikannya seorang perenung. Ya, mandala ini menjadikan fikirannya segar dan luas terbuka berbeza daripada di kota yang menjadikan fikirannya penuh komplikasi dan terhimpit oleh hukum dunia kebendaan. Benar-benar keterasingan di sini telah melahirkan sesuatu yang baru kepada dirinya. Benar-benar.
"Selamat pagi " Ketika langkahnya hampir di sisi lelaki tua itu, suaranya terlepas mesra.
Lelaki tua itu berpaling. Matanya melemparkan pandangan sedikit aneh. Mungkin kaget oleh teguran yang tiba-tiba itu. Bibirnya kemudian menyungging senyum dan membalas ucapan Irfan dengan perlahan dan mesra.
"Pak cik cari apa? Maafkan saya bertanya." Irfan bertanya selembut mungkin.
Lelaki tua itu tersenyum dan menyatakan bahawa dia mencari ulat laut untuk dibuat umpan pancing. Sambil itu dia juga mengutip anak-anak ketam dan kapar-kapar yang terkadangnya masih memberi guna yang banyak. Kotoran, tidak semestinya keburukan semata.
Irfan mengangguk mengiakan kata-kata lelaki tua itu. Mereka sama-sama berdiri menghadap laut lepas. Membiar angin menampar-nampar tubuh mereka dan membiar laut menjilat-jilat kaki mereka.
"Saya menginap di chalet sana. Berehat menghabiskan cuti tahunan." Irfan menjelaskan kepada lelaki tua itu.
Lelaki tua itu mengangguk sambil bertanyakan kerja Irfan.
"Saya bekerja sebagai pegawai tinggi di sebuah organisasi separa kerajaan." ]awapan itu bukan suatu jawapan yang angkuh atau bangga tetapi suatu jawapan yang tulus dan jujur.
Lelaki tua itu terangguk-angguk lagi. Mereka berbual-bual memesrakan perkenalan. Tidak lama kemudian Irfan meminta diri untuk kembali ke chaletnya, sambil berjanji akan bertemu lagi jika ada kelapangan. Lelaki tua itu menyambut salam Irfan dengan mesra dan berharap begitu juga. Mereka pun berpisah; menuju rutin masing-masing, menuju dunia masing-masing. Irfan dengan chalet dan percutiannya. Lelaki tua dengan laut dan kapar-kaparnya.
Besoknya Irfan berjalan lagi ke tanjung itu. Melihat anakanak ketam yang timbul dari pasir berlari menyerong dan tenggelam tiba-tiba di dalam pasir. Timbul lagi, hilang lagi dan tiba-tiba lelaki tua itu muncul. Entah dari mana tidak disedari langsung oleh Irfan. Mungkin dari belukar sana kerana kelihatan seperti suatu lorong dari belukar menghala ke pantai - atau juga dari arah darat itu. Irfan tidak pasti.
"Selamat pagi pak cik. Banyak dapat ikan kelmarin?" Irfan memulakan perbualan.
Lelaki tua itu mengangkat keningnya, tersenyum dan menyatakan cukuplah untuk makannya seorang. Kemudian dia bertanya tentang keselesaan Irfan di tempat ini.
"Laut dan mandala ini cukup menenteramkan saya. Namun ketenteraman menimbulkan misteri yang bukan ini kepalang kepada saya. Saya kurang pasti apa yang melekap di kepala saya tetapi... " Kata-kata Irfan terhenti. Irfan merenung lelaki tua itu. "Apakah pak cik punya jawapan?"
Lelaki tua itu mendongak memandang Irfan kemudian mengalih pandang ke laut lepas. Kemudian dia berkata: Laut sentiasa menaburkan rahsia-rahsianya yang tidak terungkap. Perasaan kita terhadap laut mencerminkan satu pertalian azali tentang bibit-bibit asal usul. Air mewujudkan kehidupan yang punya nyawa, punya roh, punya jasad. Kita sememangnya mempunyai pertalian yang rapat dengan air.
Irfan terpaku, terpendap ke dalam kehairanan.
Ketika jejari angin datang mengusap-usap pantai, lelaki tua itu berkata lagi; apabila dipandang dari darat, laut kelihatan dekat dan biasa, tetapi adalah sesuatu yang menakutkan apabila berada di tengahnya dan melihat sekelilingnya yang tiada apa-apa selain daripada air yang keluasannya merentang dari ufuk ke ufuk. Bebas daripada dominasi maujud dan hanya tertakluk kepada kekuasaan yang melampaui batasan baik dan jahat, batasan masa dan ruang, batasan nasib dan takdir. Kesunyian di sini seperti kesunyian di rahim ibu. Dampratan ombak-ombak di pantai adalah dampratan nasib kita yang terarca di tangan kita sendiri. Ketidaktentuan ombak ... itulah kehidupan.
Irfan diam bagai terpukau. Merenung lelaki tua itu merenung laut. Dua kewujudan berbeza yang lahir daripada prinsip yang satu. "Pak cik mungkin mempunyai banyak pengalaman tentang laut." Kata-kata Irfan mati di situ.
Lelaki tua itu tersenyum tetapi tiba-tiba senyum itu mati dan wajahnya bertukar serius. Serius sekali. Laut itu ialah kehidupan dan kematian, kebaikan dan kejahatan. Matahari di sini membakar tanpa hadangan. Ketika badai dan taufan menggempur hingga awan-awan tergulung dan kegelapan di laut hingga tidak dapat melihat tangan sendiri, kuasa apakah yang dapat menyelamatkan? Ketika laut tenang dan aman, sewaktu permastautin-pemastautinnya mengungkapkan keceriaan - camar putih yang melayap, lompatan paus yang menerjah muka .laut, penyu besar menjengulkan kepalanya dari wajah laut - kuasa apakah yang mengatur keharmonian ini? Sesuatu yang dekat kita rasakan jauh dan sesuatu yang jauh kita rasakan de kat. Itulah kuasa yang menggerakkan ombak dan seluruh kewujudan laut ini. Kekuasaan dan kemisterian laut adalah rahsia-rahsia penciptaan dan kewujudan. Langit dan bumi terjadi daripada air. Pernahkah didengar kata-kata ini? Dengarlah. Kewujudan dikatakan bermula daripada air atau apa yang bersifat air dan ia dinamakan al ma. Daripada al' ma ini dialirkan kewujudan dan kemaujudan. Membentuk alam semesta dan mempunyai sifat semesta. Al' ma ini bersifat terbatas dan boleh tercacat cela dan sifat ini diwariskan kepada setiap kewujudan semesta. Lantaran itu pertalian kita didapati begitu rapat dengan laut. Bahkan komposisi garam dalam darah yang mengalir dalam tubuh kita adalah sama dengan komposisi garam dalam air laut. Dan keluasan laut di sini membawa kita dekat dengan asal usul. Dekat dan rapat.
Mengertilah tentang laut, tentang ombaknya; suatu imej bagi bahaya yang paling besar; ketidakseimbangan, pergolakan, kegelisahan, kekacauan dan keributan. Tentang pantainya yang sering menerima dan pasrah pada kegelojohan ombak. Kehidupan adalah lautan dan segala yang berkait dengannya. Tetapi kita tidak semestinya menjadi pantai untuk terlalu pasrah dan menerima. Pernah didengar kata-kata ini, jika takdir membuatmu merana, pohon kepada Tuhan agar Dia mengurniaimu takdir yang lain! Tidak terlarang bagimu untuk meminta takdir yang lain, kerana takdir yang ada dalam perbendaharaan Tuhan tidak terbilang banyaknya. Itu kata-kata pujangga Iqbal! Terlalu malang untuk hidup sepanjang hayat menjadi pantai. Laut sentiasa memerlukan pelayar-pelayar yang gagah dan tegar untuk rneregat keluasan dan ketidaktentuannya. Tetapi sedar, laut tidak pernah memberikan apa-apa jaminan! Itulah laut, dan itulah kehidupan.
Lelaki tua dan Irfan, masing-masing diam di depan laut. Ombak menggumpal buih dan riaknya bergiliran. Kilau matahari yang terbias di rabung ombak bersinar bagai kelemayar. Sepi bertangkup.
Dua hari lamanya selepas itu, Irfan tidak bertemu dengan lelaki itu. Hujan yang turun berturutan mengurung Irfan di dalam chaletnya. Hari ketiga, cuaca baik. Irfan bergegas ke tanjung untuk bertemu dengan lelaki tua itu, tetapi tiada seorang pun di sana. Sehari suntuk Irfan di situ. Besok begitu juga, dan lusa pun begitu juga. Lelaki tua itu tidak muncul-muncul lagi. Dia cuba bertanya kepada kakitangan chalet dan orang tempatan yang ditemuinya. Tidak seorang pun yang tahu tentang lelaki tua itu. Bahkan mereka tidak tahu pun tentang kewujudannya di tanjung itu.
Siapakah lelaki tua itu? Penghuni laut? Atau kapar-kapar yang tersingkir daripada kehidupan? Atau makhluk laut yang datang membawa suatu alamat? Irfan pernah mendengar sebuah kisah purba ahli-ahli pelayaran Arab tentang orang kerdil yang keluar dari laut, memanjat kapal, bermalam di situ dan kemudian pergi tanpa berkata atau berbuat apa-apa. Bagi pelayar zaman itu, ia bererti akan berlaku tiupan angin laut yang paling buruk, iaitu 'Khub'; awan putih yang terkenal yang apabila bertembung dengan ombak akan menyebabkan ombak itu meluap dan meraung bagaikan taufan. Lubang dalam laut yang dikenali sebagai 'durdur' menarik kapal ke dalam jurangnya dan gunung bermagnet di dalam laut menarik bot-bot ke arahnya dan menghancurkannya hingga berkecai. Apakah lelaki tua itu juga adalah makhluk laut seperti orang kerdil yang membawa petanda buruk itu? (Atau baik?). Laut ... semakin dalam kemisteriannya.
Hari-hari terakhir Irfan di mandala ini diisi dengan menyusur pantai dan tercatuk di banir ru, menyeru angin, pasang, ombak, karang, pantai dan siput-siput. Laut semakin akrab dan mesra. Perasaan itu juga sedang tumbuh di dada Irfan - halus dan prihatin - di dalam roh di tubuhnya.
Beberapa lama dia di sini telah menyedarkannya tentang sesuatu. Sesuatu yang selama ini tenggelam di dalam arus dan idealogi sains moden yang membendung pemikirannya dari bangku sekolah hingga menjadi seorang ahli ilmiah yang unggul. Idealogi yang memisahkan agama daripada kehidupan, memisahkan proses daripada prinsip dan memisahkan roh dari tubuh. Pemisahan yang membawa diri semakin renggang dengan wujud yang hakiki. Kini dia sedar bahawa kedua-dua ini tidak boleh dipisahkan dan tidak mungkin dipisahkan. Dan kehadiran lelaki tua itu telah menyedarkannya tentang hakikat ini. Walau mungkin lelaki tua itu hanya senandikanya....
Ketika matahari merah mencantumkan langit dan laut seperti seulas bibir, Irfan berlalu meninggalkan laut dan lelaki tua yang tidak pernah wujud itu.

Kisah Belimbing
Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya "Siapa lagi diantara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku".
Dikalangan buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata durian itu berkatalah belimbing kepada durian "Kalau kau setuju aku akan membawa saudaraku untuk bertarung dengan kamu" mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sembil berkata "Ha.. Ha.. ha.. aku tau kau nak membawa belimbing besi untuk bertarung dengan aku kan,.. silakan bawalah berapa ramai sekali pun mereka kemari aku sedia menerima cabaran mereka"
Buah-buah lain yang hadir di pertandingan itu menasihatkan belimbing agar membatalkan saja niatnya untuk membawa saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap berkeras hendak membawa saudaranya bertarung.
Belimbing merasa geram dengan sikap durian yang semakin sombong dan angkuh. Maka belimbing pun membawa saudaranya masuk ke dalam gelangang dan pertandingan pun bermula.
Durian dengan angkuhnya baring sambil meniarap di gelangang dan berkata "Aku beri peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita akan lihat nanti siapa yang merasa sakit pula ha..ha..ha.." kata durian dengan sombongnya.
Maka dihempap lah durian oleh saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah dan terbelah dua.
Durian yang agaak terkejut dan merasa sakit lantas bangun dan menoleh kepada saudara belimbing tadi.
Durian merasa terkejut melihatkan saudara belimbing tadi lalu berteriak dan mengadu kepada Cempedak yang mengadili pertandingan tersebut
"Hoiii... mana aci macam ni, ini dah kira tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku..."
Subscribe to:
Posts (Atom)