MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday, 17 June 2010

~~ HATI YG KAU SAKITI...~~

Animated

jangan pernah katakan bahwa


cintamu hanya untukku


karna kini kau telah membaginya



* maafkan bila memang kini


harus kutinggalkan dirimu


karna hatiku selalu kau lukai



** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu


ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa



ku menangis membayangkan


betapa kejamnya dirimu atas diriku


kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya


ku menangis melepaskan


kepergian dirimu dari sisi hidupku


harus selalu kau tahu


aku lah hati yang telah kau sakiti


~ JuJuRkAh iNsAn bErNaMa sUaMi ~




Bak kata pepatah Melayu dah terhantuk barutengadah''


''Begitulah dengan saya suatu ketika dulu.

Sekarang saya ingin jadikan diri saya sebagai contoh supaya anda jangan jadi macam saya,jadikan kesilapan masa lalu saya sebagai teladan.''


Demikian cerita Noralisa dalam e-melnya kepada penulis.


''Saya mahu tanamkan dalam minda pembaca semua jangan percayaseratus peratus sumpah apalagi janji manis suami.

Mereka bolehbersumpah beratus malah beribu kali,

tetapi satu pun tidak akandikotakan.

''Apa yang mereka lakukan hanya untuk mententeramkan jiwa anda seketika supaya anda tidak histeria, mengamuk dan merajuk.

Biarlah sayabuka tirai kehidupan saya yang sudah lebih 20 tahun berkahwin dan ada empat anak untuk anda tatap.


''Siapa sangka setelah lama berkahwin,

baru dua tahun lalu baru sayadapat tangkap aktiviti curang suami saya.

Dia menjalin hubungan denganramai wanita.'

'Hancur lulur hati saya, sebab selama ini saya terlalu percayakan dia,

saya tidak sangka dia curang terhadap saya.


Kerana daripada apayang digambarkan kepada saya selama ini seolah-olah dia suami yangbaik. Tapi itu semua pura-pura dia mempunyai kehidupan yang amatberbeza di belakang saya,

yang tidak saya ketahui.

''Bila dapat tahu saya tak percaya juga,

tapi saya selidik tanpapengetahuannya, dalam diam saya dapat kumpul banyak bukti tanpa diasedar.

''Satu hari saya tanya dia benarkah dia hubungan dengan perempuan lain.

Dia nafikan malah menempelak saya balik konon dia begitu setia mengapa saya tuduh sembarangan.

Terkejut dia bila saya tunjukkan bukti.

Ada kondom dan ubat kuat yang dia tidak gunakan kepada saya.

Saya sebutkan sekali nama teman wanitanya.

Hubungan mereka bukan sekadarkawan biasa, malah lebih daripada itu.

''Akhirnya baru dia mengaku, tetapi tetap mendakwa mereka hanyakawan biasa.

Takkan saya tak boleh bezakan antara kawan biasa dengan kekasih.

Kemudian dia bersumpah tidak akan menjalin hubungan lagi,

diamengaku masih sayangkan kami.

''Tapi Allah tunjukkan bukti kecurangannya lagi.

Sumpah jadi mainannya.

Dia lebih sedia dengan wanita lain daripada saya.

''Saya amat sedih pengorbanan saya selama ini sia-sia, banyak wang ringgit saya lebur kerana percayakan suami.

Dia suka buat bisnes,sayalah tempat dia mengadu pinjam duit.

Simpanan saya habis, barangkemas lesap.

''Bila ada duit bukan dia bayar hutang saya atau tebus barang kemas,

sebaliknya dia habiskan dengan wanita lain, siapa tak sakit hati.


Macammana bisnes nak maju kalau keuntungan dia buat maksiat.

Jalan terakhir saya memohon cerai secara tuntutan fasakh.

''Bayangkan selama ini semua perbelanjaan makan minum dan urusan rumah tangga terletak ke atas bahu saya.

Perangai''Tapi dengan perempuan lain dia sentiasa ada duit.

Sanggup belikandan bayar bil telefon.

Bagi duit beribu ringgit.

Kalau dengan anak-anakminta duit memanjang dia jawab tiada duit.

''Berbalik pada cerita permohonan cerai saya,

bila dia tahu dia marah dan mengamuk.

Tapi saya telah tetapkan hati.

Kerana sakit hati dia tabur fitnah kepada ibu dan mertua saya kononnya saya minta cerai sebab ada jantan lain.

''Kepada anak-anak dia beritahu saya dah gila nak minta cerai.

Sebenarnya anak-anak lebih dulu tahu perangai buruk ayahnya daripada saya,

cuma mereka tak sampai hati nak bagi tahu saya.


Mereka selalu tanya kenapa saya tak marah ayahnya balik subuh,

takkan buat bisnes sampai subuh.

Saya saja yang bodoh tak faham.

''Bila nak bercerai suami saya mula jalankan taktik memujuk,

dia berjanji dengan peguam saya tidak akan mengulangi perbuatan terdahulu.


Akhirnya peguam saya mencadangkan saya tarik balik dengan syarat suamisaya bersumpah depan hakim secara suluk.

''Saya ikut cadangan peguam dengan syarat jika dia langgar syaratyang ditetapkan saya tidak akan bertolak ansur.

Lagipun emak mertua saya mohon saya maafkan anak dia.

''Lepas saya tarik balik permohonan fasakh, suami saya bukan mainbaik lagi.

Tapi sekejap saja.


Baru-baru ini saya dapat tangkap dia buathubungan dengan wanita lain.

Jadi salahkan saya bertindak minta cerai?

''Saya bersyukur kepada Allah kerana kini rezeki saya semakin dilebarkan oleh-Nya.

Sementara rezeki suami semakin sempit.


Sebenarnyaselama ini pendapatan suami hanya untuk dirinya sahaja,

bukan untuk keluarga, dan inilah pembalasan Allah kepadanya.


''Jadi saya ingin mengingatkan kaum wanita janganlah percaya suami 100 peratus.


''Sebenarnya kalau siapa pun lihat muka suami saya tak akan percaya dia buat kerja terkutuk itu.

Baiknya muka dan tingkah laku dia di mata orang macam orang alim ulamak bak kata orang sekarang muka syurga tapi hati neraka.


Demikian cerita Noralisa yang masih bersabar menunggu.

Harapannya pengorbanannya selama ini membawa keberkatan kepada anak-anaknya dunia dan di akhirat.