MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Tuesday, 24 November 2009

~KeHuRu-HaRaAn DaLaM KeHiDuPaN aKu..huhuhu~



Assalammualaikum...




tup..tap..tup tap..


pejam..celik..pejam celik..


dah nak abis bulan November dah kan..


cepatnya masa berlalu..




persahabatan..


dah lama xjengok geng KedahOnLine...KOL.,


apa la crita2 yang jadi isu hangat la nie..


rasa cam katak bawah tempurung la pulak.


pepun...korang tetap dalam hati sEpAt_rOnGgEnG






persaudaraan...




Pemergian aruah Pak Ngah diganti dengan kehadiran orang baru iaitu cucu menakan.


Mak sekarang dirumah Kak Shun kat Pendang.Alhamdulillah..tapi aku takut nak talifon


Abang Sulung.Ye la..dia kan tak suka aku bawa mak tinggal dengan Kak Shun.Tapi aku sedikit pun tak terasa andai abang Man marah padaku.




Bagi aku abang sulung aku tu EGO ..dia takut dengan percakapan orang sekeliling kalau tak dapat jaga mak.Sedangkan dia banyak tanggungjawab lain lagi.Mana nak handle anak sulungnya yang sakit dan musim menanam padi sekarang.Aku takut mak nanti sarapan pulul sebelas makan tengahari pukul empat petang.HUHUUuuu..biarlah ...apa yang aku buat nie semata-mata nak ringankan tanggungjawabnya sahaja.Apa guna adikbadik kalau tak saling tolong menolang.Moga-moga abang akan sedar juga niat adiknya yang 'jahat' nie.InsyaAllah.




Untuk Kak Kiah pula..tahniah dengan kehadiran cucu lelaki.Waris kuat anak lelakinya.


Berdosakah aku pada kak kiah kerana ingkar dengan janjiku untuk tidak membawa mak tinggal dengan kak Shun?Rasanya apa yang aku buat itu dah betul.InsyaAllah raya nanti aku nak p rumah dia minta maaf.Aku ada alasan kukuh kenapa aku boleh tinggal mak dengan Kak Shun.Dulu Kak Kiah kata suami kak Shun jaga mak kerana nak harta.Sekarang mereka tak boleh kata lagi sebab aku dah bagi semua harta peninggalan aruah bapa iaitu bendang untuk mereka.Aku bukan nak pisahkan adikbadik tapi dosa kerana abaikan emak nanti semua anak-anak akan tanggung.Beratnya dosa jika setitis air mata ibu menitis kan..kan.




Baik ka aku nie?


aku rasa aku berhak untuk bersuara kerana dah lebih setahun aku lihat macam-macam ragam anak-anak mak yang lain jaga.




Kak Kiah..


dia pun sibuk juga nak jaga cucunya.Aisyah ustazah kat Maktab Mahmud so ari jumaat n sabtu ja cuti.Dan 2 hari tersebut ja Kak Kiah bertandang dan jaga mak.erm...kak kiah lupa agaknya nasihat mak masa kami kecik2 dulu.Anak perempuan kena beratkan sebelah keluarga suami.




Abang Man..


Anak Mak yang sulung.Bertanggungjawab.Tapi sayang dapat bini yang akak 'kemalasan'.


-Nak kena jaga anak kat Hospital


-mandi mak dan makan mak...(dlm koi 8pg-mandi mak dlm koi 2ptg-mkn tghari mak-2.3-3ptg)


-malam p jaga anak kat Hospital..mak tinggal sorang-sorang kat umah.




bab kak ipar malaih campur.nak marah pun bukan budak-budak.kalau kencing mak pun dia mai amik paper pedap saja pastuh tinggal abang balik keja baru buang dan mop lantai.Apa lagi aku cakapkan.erm...sian kat mak.tapi demi maruah abang aku tetap tinggalkan mak dlm jagaannya selama 4 bulan.Mak yang sebelum nie dalam jagaan kak Shun berisi tinggal kulit ngan tulang.Huhuhu..berdosanya aku yang hanya membisu kerana tak mahu huru-harakan hubungan kekeluargaan.






Kasihan kat abang kan.Punya tak mahu orang kata dia lepas tanggungjawab jaga mak sebab anak sulung dia paksakan diri pikul tanggungjawab tu sorang-sorang.




Abang Lie + Pak Su dan Aku,


Erm..aku ,abang Lie dan Pak Su..adalah anak mak yang bekerja.Abg Lie dan Pak Su kat Kelantan.Mak tak mahu duduk jauh dari rumah dia.Kami bertiga saja yang sering pendam perasaan bila isu penjagaan mak.Kerana tak mahu biadap dengan kakak dan abang, kami turut tanggung dosa kerana pengabaian dlm membalas jasa mak.






Kak Shun,


dengan 9 orang anak dan tanpa bekerja.Dia selalu menangis minta aku bawakan mak ke rumahnya.Dia selalu ingatkan aku tentang dosa bila mak menitiskan air mata.Huhuhuu..


tak mengapalah kak..nanti satu hari aku akan bawa mak juga ke rumahmu.




Abang It,


Suami kak Shun,menantu yang susah nak dicari kerana dia tahu menghargai kasih sayang.Abang Man dan Kak Kiah selalu menuduh abg it sebagai perampas harta keluarga kerana abang It dapat kerjakan sawah bendang aruah bapa.(sedangkan mereka pun sama juga,buat bendang aruah bapa juga..dimana silapnya nie.)Abang It dah kecik hati dia dah tak kejakan sawah aruah lagi sekarang.




Dari aruah bapa sampai mak dia amik berat.Dia selalu marahkan aku kerana biarkan mak dalam jagaan abg Man.Aku serba salah.Tunggulah.Biarkan anak-anak mak yang lain jaga mak baru aku buat keputusan.




Sekarang...




Aku dah mula bersuara.Mak aku hantar ke rumah abg It.


Aku ,abang Lie dan Pak SU..senang hati kerana mak tidak kesunyiaan lagi.Alhamdulillah.


Raya Haji nie,aku akan pergi ke rumah kak kiah dan abg man.Aku akan terangkan,sekarang abang dan akak dah tak perlu risau kerana harta aruah bapa tak tersentuh pun oleh abg It.Cuma abang It nak minta mak sahaja bukan harta.aku harap aku dapat kembalikan suasana gembira macam dahulu.




Ya Allah.berikanlah aku kekuatan.AMIN.