MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif
Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Sunday, 7 August 2011

~ Muhasabah Diri Di Bulan Mulia ~

Dunia...


ianya semakin hari semakin tua...

hanya menunggu saat binasa..

membawa segala isinya bertemu yang Esa...



kesunyian mula menyelubungi diri..

tatkala keinsafan mula menyelami diri..

disaat diri mula mengerti..

adakah sempat bertaubat pada ilahi...



bila malam mula menjelma..

akal di minda mula bersama..

untuk berjuang bersama kita..

dalam menempuh hidup di dunia..



bukalah mata bukalah hati..

fikirlah tentang kesilapan diri..

tatkala umur semakin mencemburui..

adakah sempat kita dimaafi...



berkata hati wahai manusia..

kembalilah kau pada yang Berkuasa..

di saat hidupmu yang masih bersisa..

sebelum semuanya akan binasa..



marilah semua saudara saudari..

mulalah kita menginsafi diri...

dikesempatan hidup yang masih berbaki...

bertaubatlah kita yang maha Mengasihi..

~Apa yang jadi pada akaun blogs kita selepas kita mati? o.o?

Apa yang jadi pada akaun Blogs kita selepas kita mati? o.o?




mari kita renung-renungkan bersama

fikir-fikirkan bersama

jika satu hari nanti kita mati,

...akaun blog ini hanya kita yang tahu password

hanya kita yang boleh access..



dan



selepas kita mati..

apa yang jadi pada akaun blog kita?

mungkin ada yang akan ucapkan takziah

mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..



sedarkah kita

gambar-gambar kita..

akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?

gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna

macam mana nanti?



lelaki ajnabi dan wanita ajnabi terus-terusan tengok

dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..

walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..

saham dosa terus meningkat..



macam mana?

pernah terfikir tak?

tudung singkat dan seluar pendek yang dipakai itu, diletak dan ditayang di blog,

akan selamatkan kita dalam kubur nanti?

legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?

baju yang membalut aurat itu, bagaimana?



mungkin kini

kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik

tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya



tapi di akhirnya nanti..

semua itu tidak akan membawa erti

semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup

di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita



cuba kita renung-renungkan,

saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan

kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan

peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~



jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimat

mati itu pasti

persiapkan diri untuk mati itu perlu

dan kepada mereka yang mempunyai gambar yang sudah lengkap ditutupi auratnya..

InsyaAllah tidak mendapat dosa..



moga Allah redha dengan perkongsian ini

Amin..

renung-renungkan dan selamat beramal.....

Monday, 16 August 2010

~Berpuasa bagi wanita hamil~

Dapat e mail nie dari kawan..thanks sebab prihatin tentang diri ini..

hamil

BULAN Ramadhan akan menjelma dalam masa berberapa hari lagi. Bagi wanita yang mengandung, tentulah mereka mempunyai banyak persoalan sama ada mengandung tidak sesuai berpuasa dan kesannya terhadap kesihatan ibu dan anak.

Sebagaimana yang diketahui, dalam Islam, mereka yang dikecualikan daripada berpuasa semasa bulan Ramadhan adalah:

1. Wanita yang kandungan mereka sudah mencapai trimester ketiga dan akan melahirkan anak bila-bila masa, atau mana-mana minggu di mana mengandung dan berpuasa membahayakan kesihatan, mengikut doktor yang merawat mereka.
2. Wanita yang menyusukan anak
3. Wanita yang sedang mengalami kehadiran haid
4. Wanita yang mengalami nifas
Kesihatan janin semasa ibu mengandung pula boleh dilihat daripada dua sudut iaitu pemakanan ibu dan gangguan metabolisme badan ibu. Sebelum puan melaksanakan puasa, berbincang terlebih dahulu dengan doktor peribadi antenatal kerana mereka lebih mengetahui akan sejarah kandungan dan kesihatan puan.

Pilihan
Berkemungkinan doktor menasihati puan supaya tidak berpuasa sekiranya puan menghidapi kencing manis yang memerlukan rawatan insulin, darah tinggi dan juga permasalahan dengan sistem pencernaan dan penghadaman, terutamanya sekira puan menghadapi loya-loya dan muntah-muntah semasa awal mengandung.

Prinsip pemakanan yang betul, penting semasa mengandung, tidak kira sama ada di bulan Ramadhan ataupun tidak.

Pola pemakanan puan sepatutnya membekalkan pemakanan optimum untuk dua individu, puan dan janin yang dikandung. Jangan keterlaluan dalam memakan semasa di bulan Ramadhan.

Penting diingatkan supaya meminum air dengan secukupnya, kerana negara kita berada di garisan Khatulistiwa, cuacanya panas sepanjang musim.
Ini dapat menghindar dehidrasi daripada berlaku. Puan dinasihatkan meminum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

Sekiranya berat badan ibu mencapai lebih kurang 11 hingga 15 kilogram sepanjang mengandung, lazimnya pemakanan ibu memadai dan berpuasa biasanya tidak mengancam kesihatan.

Kelahiran bayi yang kurang berat badan biasanya berlaku pada ibu yang tidak seimbang dari segi pemakanannya (malnutrisi).

Berat badan ibu juga mungkin berubah semasa bulan Ramadhan bergantung pada jumlah kalori yang diambil.

Banyak kajian menunjukkan berpuasa di bulan Ramadhan tidak memudaratkan ibu sekiranya mereka mengambil kalori dan zat makanan yang mencukupi.

Lagipun, berpuasa untuk orang Islam, hanya makanan tengah hari dilupuskan. Pengambilan makanan pagi (sahur) serta malam (berbuka puasa) perlu diamalkan mengikut yang disyorkan oleh agama.

Amalan pemakanan
Wanita mengandung sebenarnya mudah mengalami komplikasi akibat dari kesalahan amalan pemakanan.

Kebuluran berlaku pantas semasa mengandung. Sekiranya kalori serta zat pemakanan tidak ditegaskan dengan betul, metabolisme badan ibu berubah daripada glikolisis ke lipolisis dan seterusnya pembentukkan bahan bahan ber'ketone'.

Puan dinasihatkan supaya jangan meninggalkan sahur sekiranya ingin berpuasa dan berat badan perlulah diamati supaya metabolisme badan tidak menjejaskan kesihatan puan serta janin.

Pakar Perbidanan biasanya tidak menggalakkan ibu mangandung untuk berpuasa pada trimester pertama (12 minggu pertama) dan juga pada trimester ketiga (terakhir).

Mengandung pada bulan keempat hingga keenam dibenarkan dengan syarat kesihatan badan serta mental puan bagus dan juga puan disahkan oleh pakar perbidanan yang puasa mungkin tidak memudaratkan.

Pemantauan puan serta kandungan akan dilakukan dengan lebih kerap. Dikhuatiri permasalahan yang timbul bukan daripada segi pemakanan tetapi daripada segi dehidrasi (kekeringan air daripada badan) akibat daripada pengurangan pengambilan air selama 10 hingga 14 jam.

Sekiranya pola pemakanan puan tidak betul, berkemungkinan puan akan mengalami:

Ketidakcernaan dan senak perut akibat daripada makan berlebihan, makanan berempah, berlemak serta bergoreng dan juga minuman bergas (berkarbonat).
Sembelit akibat daripada makanan yang diproses, kekurangan pengambilan air serta gentian. Untuk mengelakkannya, banyakkan makanan bijirin, buah-buahan serta sayur-sayuran.

Kelesuan serta keletihan. Ini disebabkan oleh makanan yang dimakan banyak kandungan kanji serta berkarbohidrat dan berlemak.
Sakit kepala daripada tidur yang tidak mencukupi.

Kekejangan otot-otot.
Tidur haruslah mencukupi supaya keseimbangan mental serta fizikal berlaku esoknya semasa puan ke tempat kerja, pengajian dan sebagainya. Kekurangan tidur menyebabkan kekeliruan, bercelaru, masalah pencernaan dan juga sakit kepala, yang turut membahayakan kandungan.

Berpuasa
Sekiranya puan berpuasa tanpa pengambilan sahur yang betul, puan mungkin mengalami gejala hipoglisemia (kekurangan gula badan). Hipoglisemia ini dibahagikan kepada dua:

Rungutan yang berkaitan dengan pengaktifan sistem autonomik serta rembesan epinefrin seperti berpeluh, terketar-ketar, berdebar-debar, denyutan nadi meningkat, rasa cemas, lemah loya dan rasa loya-loya serta muntah-muntah.

Kategori rungutan kedua bersabit dengan berkurangan penggunaan glukos oleh otak, lama kelamaan penurunan gula menjadi lebih teruk dan rendah. Biasanya mereka ini akan mengalami sakit kepala, penglihatan kabur, letih lesu, tidak bermaya, mudah terganggu serta sensitif, kurang fokus, hilang tumpuan, kekeliruan, mengantuk, hilang timbul kesedaran, kehilangan keupayaan intelek dan perubahan personaliti.

Ibu yang mengandung seboleh-bolehnya perlu elakkan daripada:
Pengambilan gula, garam dan lemak berlebihan. Kafein daripada kopi khasnya juga perlu dielakkan.

Dinasihatkan supaya mengamalkan pengambilan makanan yang segar dan bukannya makanan diproses.

Pemakanan rendah tahap garam, kurangkan makanan berminyak.
Pastikan buah-buahan serta sayur- sayuran sebagai menu utama makanan puan. Makanan tersebut lazimnya kurang kalori dan juga lazimnya sukar untuk memakan makanan tersebut secara berlebihan kerana mudah berasa kenyang!

Makanan sampingan seperti kuih muih contohnya Kuih Tanjung, Nekbat, Jala Mas boleh dimakan (nafsu di bulan Ramadhan mendorong), tetapi kurangkan, hanya sekadar untuk merasa sudah memadai.

Puan juga harus menjalani aktiviti bersenam secara aerobik di bulan puasa. Perlu diingat, ramai yang mempunyai kecenderungan untuk menurunkan berat badan di bulan puasa, tetapi, sebagai wanita yang mengandung, bersenam bukan untuk menurunkan berat badan!

Ia bertujuan untuk meningkatkan stamina serta menguatkan badan puan untuk proses kelahiran kelak.

Bayangkan rahim puan terpaksa mengalami berkontraksi berjam-jam lamanya untuk melahirkan bayi, seperti mana ahli sukan maraton di Sukan Olimpik!
Bersenam adalah pendorong utama untuk mengurangkan selera makan. Otak juga mengeluarkan bahan kimia tertentu yang mengurangkan selera dan nafsu makan, jadi bersenamlah secara aerobik untuk 20 hingga 30 minit sehari.
Islam mementingkan kesihatan badan puan! Ramai ulama bersependapat yang berpuasa tidak perlu dilaksanakan sekiranya puan takut dan khuatir akan kesihatan janin, dan juga sekiranya puan sedang menyusukan anak. Puasa boleh diganti pada hari-hari kemudiannya di bulan-bulan lain.

Bacalah buku-buku mengenai jenis-jenis makanan serta zat-zat mereka. Di bulan Ramadhan ini, puan boleh mengubah cara hidangan serta jenis diet-diet yang boleh mengubah gaya pemakanan sekeluarga.

Jayakan bulan Ramadhan sebagaimana yang sepatutnya. Utamakan makanan segar dalam diet seharian.

Thursday, 17 June 2010

~ JuJuRkAh iNsAn bErNaMa sUaMi ~




Bak kata pepatah Melayu dah terhantuk barutengadah''


''Begitulah dengan saya suatu ketika dulu.

Sekarang saya ingin jadikan diri saya sebagai contoh supaya anda jangan jadi macam saya,jadikan kesilapan masa lalu saya sebagai teladan.''


Demikian cerita Noralisa dalam e-melnya kepada penulis.


''Saya mahu tanamkan dalam minda pembaca semua jangan percayaseratus peratus sumpah apalagi janji manis suami.

Mereka bolehbersumpah beratus malah beribu kali,

tetapi satu pun tidak akandikotakan.

''Apa yang mereka lakukan hanya untuk mententeramkan jiwa anda seketika supaya anda tidak histeria, mengamuk dan merajuk.

Biarlah sayabuka tirai kehidupan saya yang sudah lebih 20 tahun berkahwin dan ada empat anak untuk anda tatap.


''Siapa sangka setelah lama berkahwin,

baru dua tahun lalu baru sayadapat tangkap aktiviti curang suami saya.

Dia menjalin hubungan denganramai wanita.'

'Hancur lulur hati saya, sebab selama ini saya terlalu percayakan dia,

saya tidak sangka dia curang terhadap saya.


Kerana daripada apayang digambarkan kepada saya selama ini seolah-olah dia suami yangbaik. Tapi itu semua pura-pura dia mempunyai kehidupan yang amatberbeza di belakang saya,

yang tidak saya ketahui.

''Bila dapat tahu saya tak percaya juga,

tapi saya selidik tanpapengetahuannya, dalam diam saya dapat kumpul banyak bukti tanpa diasedar.

''Satu hari saya tanya dia benarkah dia hubungan dengan perempuan lain.

Dia nafikan malah menempelak saya balik konon dia begitu setia mengapa saya tuduh sembarangan.

Terkejut dia bila saya tunjukkan bukti.

Ada kondom dan ubat kuat yang dia tidak gunakan kepada saya.

Saya sebutkan sekali nama teman wanitanya.

Hubungan mereka bukan sekadarkawan biasa, malah lebih daripada itu.

''Akhirnya baru dia mengaku, tetapi tetap mendakwa mereka hanyakawan biasa.

Takkan saya tak boleh bezakan antara kawan biasa dengan kekasih.

Kemudian dia bersumpah tidak akan menjalin hubungan lagi,

diamengaku masih sayangkan kami.

''Tapi Allah tunjukkan bukti kecurangannya lagi.

Sumpah jadi mainannya.

Dia lebih sedia dengan wanita lain daripada saya.

''Saya amat sedih pengorbanan saya selama ini sia-sia, banyak wang ringgit saya lebur kerana percayakan suami.

Dia suka buat bisnes,sayalah tempat dia mengadu pinjam duit.

Simpanan saya habis, barangkemas lesap.

''Bila ada duit bukan dia bayar hutang saya atau tebus barang kemas,

sebaliknya dia habiskan dengan wanita lain, siapa tak sakit hati.


Macammana bisnes nak maju kalau keuntungan dia buat maksiat.

Jalan terakhir saya memohon cerai secara tuntutan fasakh.

''Bayangkan selama ini semua perbelanjaan makan minum dan urusan rumah tangga terletak ke atas bahu saya.

Perangai''Tapi dengan perempuan lain dia sentiasa ada duit.

Sanggup belikandan bayar bil telefon.

Bagi duit beribu ringgit.

Kalau dengan anak-anakminta duit memanjang dia jawab tiada duit.

''Berbalik pada cerita permohonan cerai saya,

bila dia tahu dia marah dan mengamuk.

Tapi saya telah tetapkan hati.

Kerana sakit hati dia tabur fitnah kepada ibu dan mertua saya kononnya saya minta cerai sebab ada jantan lain.

''Kepada anak-anak dia beritahu saya dah gila nak minta cerai.

Sebenarnya anak-anak lebih dulu tahu perangai buruk ayahnya daripada saya,

cuma mereka tak sampai hati nak bagi tahu saya.


Mereka selalu tanya kenapa saya tak marah ayahnya balik subuh,

takkan buat bisnes sampai subuh.

Saya saja yang bodoh tak faham.

''Bila nak bercerai suami saya mula jalankan taktik memujuk,

dia berjanji dengan peguam saya tidak akan mengulangi perbuatan terdahulu.


Akhirnya peguam saya mencadangkan saya tarik balik dengan syarat suamisaya bersumpah depan hakim secara suluk.

''Saya ikut cadangan peguam dengan syarat jika dia langgar syaratyang ditetapkan saya tidak akan bertolak ansur.

Lagipun emak mertua saya mohon saya maafkan anak dia.

''Lepas saya tarik balik permohonan fasakh, suami saya bukan mainbaik lagi.

Tapi sekejap saja.


Baru-baru ini saya dapat tangkap dia buathubungan dengan wanita lain.

Jadi salahkan saya bertindak minta cerai?

''Saya bersyukur kepada Allah kerana kini rezeki saya semakin dilebarkan oleh-Nya.

Sementara rezeki suami semakin sempit.


Sebenarnyaselama ini pendapatan suami hanya untuk dirinya sahaja,

bukan untuk keluarga, dan inilah pembalasan Allah kepadanya.


''Jadi saya ingin mengingatkan kaum wanita janganlah percaya suami 100 peratus.


''Sebenarnya kalau siapa pun lihat muka suami saya tak akan percaya dia buat kerja terkutuk itu.

Baiknya muka dan tingkah laku dia di mata orang macam orang alim ulamak bak kata orang sekarang muka syurga tapi hati neraka.


Demikian cerita Noralisa yang masih bersabar menunggu.

Harapannya pengorbanannya selama ini membawa keberkatan kepada anak-anaknya dunia dan di akhirat.


Monday, 4 May 2009

~ Datuk Dr. Fadilah Kamsah ...jom kongsi apa katanya...~


" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa"
dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja,
sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungkan lah....
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'
8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,
selagi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja
(report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)
dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),
kita sebenarnya patut terima hakikat
betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renung lah diri,
kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...
tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum,
ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
Renungi lah,
berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."


Thursday, 30 April 2009

Sikap Pemaaf Dalam Persahabatan



Seringkali dalam persahabatan,

akan ada perselisihan faham,

ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan.

Kesannya,

timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.

Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf.

Andai kedua-duanya panas baran,

ego dan hanya mahu menang,

persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.


Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf,

sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka.

Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati.


Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf.
Bagaimana dengan Anda?

Adakah Anda juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain?

Jika begitu,

Anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi,

susah nak jadi bersemangat sebab di hati

Anda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif.

Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya.


Contohi sikap Rasulullah s.a.w. yang pemaaf,

walaupun dia pernah luka di lempar batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.

Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda.


Latih diri Anda menjadi pemaaf,

kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati.


Kesannya,

Anda senang di dekati oleh sesiapa saja,

even complete strangers.

Sesiapa saja akan melihat Anda unik

lalu tertarik untuk mengenali Anda dengan lebih lanjut lagi.


Dalam perhubungan,

ia akan membuat rakan Anda menyenangi Anda

dan bersemangat bila bersama Anda.


Hargailah kawan,

kerana tanpa sokongan darinya,

Anda keseorangan lalu membuat diri jauh dari kejayaan.



Be a good friend.

Usahlah Terlalu Menyukai, Usahlah Terlalu Membenci......

Jika Anda menyukai seseorang,
janganlah terlalu menyukai,
kelak Anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi.
Jika Anda membenci seseorang,
janganlah Anda terlalu membenci,
kelak Anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.
Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai,
terlalu meminati dan terlalu mengagumi.
Anda menyukai seseorang,
Anda akan terpegun dengam kata-katanya,
Anda menyintai sesuatu Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha Anda itu menempuh sejuta bahaya.
Anda mengagumi ,
buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.
Bersederhanalah dalam menyukai, menyintai dan mengagumi.
Kelak Anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah,
tatkala Anda membuat keputusan dan tatkala menyintai.
Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu,
rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.
Jika Anda terlalu mengharap,
Anda akan terlalu kecewa apabila gagal.
Mengharap itu boleh,
tapi usah terlalu hingga Anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal.
Setiap kegagalan menyimpan kejayaan,
setiap masalah membuka peluang.
Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.
Moga Anda sentiasa bahagia hendaknya.........

Wednesday, 29 April 2009

~PaNtUn best & LeLaKi vs pOmPuAn (1)~







Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,

Kalau tak ikut gunalah rotan,

Demi melaksanakan perintah Tuhan.




Aurat ditutup mestilah lengkap,

Tudung litup termasuk skap,

Mini telekong pun orang cakap,

Elok dipandang tak payahpun 'make up'.




Sekurang-kurangnya berbaju kurung,

Lebih elok jubah mengurung,

Kaki pula mesti bersarung,

Ditumit kaki syaitan bertarung.




Kalau wanita menutup aurat,

Orang jahat tak berani ngorat,

Bahkan boleh menjadi ubat,

Orang memandang boleh bertaubat.




Pakaian modern(?) memanglah hebat,

Harganya mahal walaupun ketat,

Walaupun cantik tetapi singkat,

Orang memakaipun nampak pusat.




Berseluar ketat bajupun ketat,

Jarangnya pulak boleh dilihat,

Orang yang memakai terus dilaknat,

Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.




Apa yang aneh ! bila dipandang,

Lengan pendek tapi bertudung,

Nampak seperti orang yang kudung,

Mata terpandang kaki tersandung




Lagilah aneh bila di fikir,

Baju kebaya tudung berukir,

Nampak dada iman terjungkir,

Kain terbelah peha terukir.




Bila ditanya kenapa begitu,

Dia kata fesyennya dah macam tu,

Di dalam hati niat tertentu,

Menggoda jantan sudahlah tentu.




Menutup aurat boleh berfesyen,

Tetapi jangan menunjuk eksyen,

Sesuaikan diri ikut profesyen,

Kalau dilaknat tak guna sesen.




Kalau nak "Make Up" biarlah padan,

Jangan terlebih bila berdandan,

Minyak wangi cuba elakkan,

Bedak dan gincu sekadar keperluan.




Kasut tinggi cuba jauhi,

Kerana ia melahirkan bunyi,

Boleh menarik perhatian lelaki,

Perbuatan ini dibenci Ilahi.





Apatah lagi menghentakkan kaki,

Menarik perhatian orang laki-laki,

Melenggok punggung menggoda hati,

Ustaz melihat pun separuh mati.




Buat apa nak tayang jambul,

Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,

Mahkota disimpan tak jadi bisol,

Memakai tudung Islam tersimbol.




Selokaku ini bukanlah jahat,

Cuma saja mahu peringat,

Kepada semua para sahabat,

Terutama sekali rakan sejawat.




Kalau nak ikut nasihat ini,

Jangan bertangguh ubahlah diri,

Benda yang baik tak payah diuji,

Akan terserlah akhlak terpuji


Kepada semua kawan lelaki,

Jangan tergelak wanita diperli,

Keluarga kita tak terkecuali,

Terutama sekali anak dan bini.




Sudahkah kita tanamkan iman,

Menutup aurat sepanjang badan,

Ke sana sini dilindungi Tuhan,

Keluarga menjadi contoh teladan.




Setakat ini seloka kami,

Harap dapat menghibur hati,

Yang baik bolehlah anda ikuti,

Kalau boleh besok mulai.




Lelaki vs Pompuan (sekadar lawak jenaka sahaja tiada niat utk membuat provokasi)


Bila gambar keluarga terletak di atas mejalelaki,Ah..

bagusnya laki nih, orang yangbertanggungjawab.




Bila gambar keluarga terletak di atas mejawanita,

Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.




Bila meja lelaki bersepah-sepah,

Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.




Bila meja wanita bersepah-sepah,

Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.




Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,

Mesti dia tu tengah berbincang mengenaiperjanjiandengan syarikat ABC.




Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,

Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.




Bila lelaki tidak berada di mejanya,

Mesti dia tu tengah pergi meeting,




Bila wanita tidak bera! da di mejanya,

Mesti dia berada kat dalam tandas tengahbersolek,




Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,

Mesti dia pergi berjumpa dengan customer danclientnya.




Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,

Mesti dia pergi keluar bershopping.




Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,

Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.




Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,

Nampaknya dia mempunyai hu bunga n sulit denganBOSS.




Bila BOSS mengkritik lelaki,

Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.




Bila BOSS mengkritik wanita,

Selepas ini mesti dia merajuk.




Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,

Adakah dia marah?




Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,

Adakah dia menangis?




Bila lelaki akan berkahwin,

Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.




Bila wanita akan berkahwin,

Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.




Bila lelaki mempunyai anak,

Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.




Bila wanita mempunyai anak,

Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.




Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,

Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untukmembina kerjayanya.




Bila wainta keluar untuk urusan perniagaan,

Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?




Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru,

Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.




Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,

Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian




=====Tingkatkan taqwa..Cekalkan semangat..Tabahkan hati...Jalan yang engkau lalui ini..bukanlah setenang air di kali.....

~Sangat Menarik lagi benar!!~

nasihat Pictures, Images and Photos

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!!
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.


Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.



Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.


Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

maksiat no Pictures, Images and Photos

Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.


Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.


Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.


Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.


Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.


Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.


Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat ,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
sembahyang tau Pictures, Images and Photos
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)
upin & ipin Pictures, Images and Photos

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai........
welcum Pictures, Images and Photos


Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.
Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri. Selamat mencuba......

bestkan jadi seorang ibu.... Hello Kitty wink animated Pictures, Images and Photos
Star Border Star Border Star Border



Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.

Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.

Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.

Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.

Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.

Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.

Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.

Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.

Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.

Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.

"Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.

Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!

Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!

Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.

Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.

Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.

Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.

Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.

Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.

Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.

Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.

Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.

Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.

Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA
DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.

Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.

Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.

Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.

Terseradung bukannya terjatuh.

Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.

Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.

Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.

Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.

Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.

Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.

Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.

Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.

Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.

Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.

Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.

Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.

Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.

Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.

Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.

Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.

Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.


PERINGATAN!!!
INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA,APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!.

2birds Pictures, Images and Photos 2birds Pictures, Images and Photos 2birds Pictures, Images and Photos


Thursday, 19 March 2009

~SePuLuH rAhSiA CiNtA~






1. Kekuatan berfikir



Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.









2. Kekuatan untuk menghormati




Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku hormati dalam diri mereka?".







3. Kekuatan untuk memberi



Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?"dan bukan Apa yang akan aku dapat?".







4. Kekuatan persahabatan




Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.






5. Kekuatan dari sentuhan




Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan.. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..









6. Kekuatan untuk melepaskan



"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".







7. Kekuatan dalam komunikasi




Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu?











8. Kekuatan dari komitmen



Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu.. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.





9. Kekuatan semangat.



Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat.






10. Kekuatan dari rasa percaya


Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan.. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Wednesday, 18 March 2009

~Ceritera Batu delima yang retak(motivasi)~

Alkisah, di sebuah kerajaan, raja memiliki sebuah batu delima yang sangat indah. Raja sangat menyayangi, mengaguminya, dan berpuas hati kerana merasa memiliki sesuatu yang indah dan berharga. Saat permaisuri akan melangsungkan ulang tahunnya, raja ingin memberikan hadiah batu rubi itu kepada isteri tercintanya. Tetapi saat batu itu dikeluarkan dari tempat penyimpanan, terjadi kecelakaan sehingga batu itu terjatuh dan tergores retak cukup dalam.

Raja sangat kecewa dan bersedih. Dipanggillah para ahli batu-batu berharga untuk memperbaiki kerosakan tersebut. Beberapa ahli permata telah datang ke kerajaan, tetapi mereka menyatakan tidak sanggup memperbaiki batu berharga tersebut.
"Mohon ampun, Baginda. Goresan retak di batu ini tidak mungkin boleh diperbaiki. Kami tidak sanggup mengembalikannya seperti keadaan asalnya."

Kemudian sang baginda memutuskan mengadakan perjumpaan, mengundang seluruh ahli permata di negeri itu yang ada.
Tidak lama kemudian datanglah ke istana seorang setengah tua berbadan bongkok dan berbaju lusuh, mengaku sebagai ahli permata. Melihat penampilannya yang tidak meyakinkan, para perajurit mentertawakan dia dan berusaha mengusirnya. Mendengar keributan, sang raja memerintahkan untuk menghadap.

"Ampun Tuanku. Mendengar kesedihan Tuanku kerana kerosakan batu delima kesayangan Tuanku, perkenankanlah patik untuk melihat dan mencuba memperbaikinya. "
"Baiklah, niat baikmu aku kabulkan," kata baginda sambil memberikan batu tersebut.
Setelah melihat dengan saksama, sambil menghela nafas, si tamu berkata, "Saya tidak bisa mengembalikan batu ini seperti keadaansemula, tetapi bila diperkenankan, saya akan membuat batu delima retak ini menjadi lebih indah."

Walaupun sang raja meragukan, tetapi kerana putus asa tidak ada yang boleh dilakukan lagi dengan batu delima itu, raja akhirnya setuju. Maka, ahli permata itupun mulai memotong dan menggosok.
Beberapa hari kemudian, dia menghadap raja. Dan ternyata batu permata delima yang retak telah dia pahat menjadi bunga mawar yang sangat indah. Baginda sangat gembira, "Terima kasih rakyatku. Bunga mawar adalah bunga kesukaan permaisuri, sungguh cocok sebagai hadiah."
Si ahli permata pun pulang dengan gembira. Bukan kerana besarnya hadiah yang dia terima, tetapi lebih dari itu. Kerana dia telahmembuat raja yang dicintainya berbahagia.

Moral:
Kawan-kawan semua…. Di tangan seorang yang ahli, benda cacat bisa diubah menjadi lebih indah dengan cara menambah nilai lebih yang diciptakannya. Apalagi mengerjakannya dengan penuh ketulusan dan perasaan cinta untuk membahagiakan orang lain.
TIDAK ADA MANUSIA YANG SEMPURNA DI DUNIA INI

"Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia KERUH. Jika HATI seputih AWAN, jangan biar ia MENDUNG. Senyum-senyumlah selalu kerana senyuman itu satu sedekah""Kalimah yang bijaksana bagaikan barang yang hilang oleh seseorang yang bijaksana. Dimana dia mendapatinya, maka dialah yang lebih berhak untuk memilikinya"

~Cerita seram : Bahana mulut celupar~


Panggilan telefon di tengah malam itu memang mengejutkan aku. Tanpa berlengah lagi aku terus bergegas menuju ke rumah Dinie, iaitu kawan karibku.
Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam itu langsung tidak memenatkan diriku. Malah rasa mengantukku serta-merta hilang sebaik sahaja aku teringatkan keadaaan yang menimpa Dinie. Aku mahu segera sampai ke rumah Dinie.
Setibanya di sana, aku melihat banyak kereta memenuhi perkarangan rumah Dinie. Aku bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh ibu Dinie sebentar tadi. Menurut ibunya, sejak balik dari Gua Musang seminggu yang lalu keadaan Dinie agak berlainan. Aku menjadi tidak tentu arah, seolah-olah ada sesuatu yang menghantui fikirannya.
Ada kalanya Dinie meracau-racau tidak menentu hala. Kata ibu Dinie lagi, tiga hari selepas itu, rambut Dinie tiba-tiba gugur seperti licinnya tempurung kelapa yang dimesin. Bulu kening dan bulu mata Dinie juga luruh sepeti gugurnya daun getah semasa musim kemarau. Dalam keadaan dirinya yang tidak terurus itu, Dinie juga meracau dan mengamuk tidak keruan.
Semakin hari keadaan Dinie semakin parah. Wajahnya juga tidak secantik dulu. Pipinya cengkung sehingga menampakkan tulang pipi, dagu, rahang, dan dahi. Matanya bulat menonjol dan asyik meliar memandang ke kiri dan kanan. Apabila ditinggalkan keseorangan Dinie akan menjerit-jerit meminta ditemani. Dinie berasa seram sejuk apabila keseorangan. Tubuhnya serta-merta menggeletar. Dia bukan sahaja terbayang-bayang lembaga hodoh yanng cuba mencekiknya, bahkan terngiang-ngiang di telinganya apa yang telah di ucapkan ketika berada di dalam gua tersebut.
Sebelum memulakan pendakian, aku sudah berpesan supaya dia menjaga setiap tutur katanya. Tambahan pula, gua tersebut dikatakan 'keras' kerana didiami oleh penunggu rimba. Namun, dia berdegil dan menganggap perkara tersebut karut. Sepanjang pendakian, mulut Dinie tidak henti-henti mengomel serta mencela setiap objek yang terdapat di dalam gua itu. Sudah puas aku menasihatinya, namun semakin dilarang semakin menjadi-jadi pula.

"Alahai... kelakarnya rupa dia. Kalau jadi boyfriend aku, aku lari tengah malam ni. Kalah rupa Jim Carey dalam cerita The Mask. Kah.. kah.. kah.. Bapak aku dua puluh kali ganda lagi 'handsome' !" Kata Dinie sambil ketawa.

"Eh..kau ni jangan celupar sangat. Jaga-jaga sikit mulut kau tu, kita ni kat tempat orang, " nasihat aku. "Alah .. tak ada bendanya, kau tu percaya sangat dengan karut-marut ni. Lagipun benda ni bukannya hidup. Tak ada maknanya kita takut," tambah Dinie lagi. "Engkau ni kalau cakap biar berlapik, nanti sebab mulut badan binasa. Aku tak campur...", balas aku pada Dinie sambil mengelengkan kepala. "Ye lah tu.. cakap biar berlapik, sebab dek mulut badan binasa. Aku tak campur.... he.. he..he..", jawab Dinie sambil mengejek-ejek cakapku.
Sehari selepas pulang dari gua tersebut, Dinie mula berasa keanehan. Setiap kali dia cuba melelapkan mata, dia akan terbayang wajah lelaki yang melatari dinding gua tersebut. Wajah lelaki yang dikatakan hodoh seperti Jim carey dalam The Mask sentiasa bermain-main di kelopak matanya.Adakalanya dia seakan terbayangkan wajah itu berada di sampingnya.
Sejak itu tidur malamnya sering terganggu. Mimpinya sering di datangi wajah yang serupa dan berlumuran darah. Dinie menjadi fobia dengan keadaan itu. kadangkala hanya dengan bayangan wajah itu sahaja sudah cukup membuatkan dia menangis dan menjerit. Selain itu, Dinie juga menderita akibat sakit kepala yang kronik sehingga dia tidak mampu untuk melakukan apa sahaja. Kepalanya bagaikan mahu pecah dan mahu sahaja dia menghantukkan kepalanya di dinding.
Doktor yang merawat Dinie juga gagal untuk mengesan puncanya. Akhirnya keluarga Dinie mengambil keputusan memilih untuk berubat secara tradisional. Kebanyakkan bomoh yang ditemui rata-rata mengatakan Dinie menderita akibat terkena sumpahan penunggu Gua Musang. Kononnya penunggu itu marah dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Dinie semasa pendakian itu. Bomoh itu menjangkakan kesakitan yang ditanggung oleh Dinie itu akan sembuh sebaik sahaja penunggu gua itu memaafkan dirinya.
Dengan izin Allah, kini Dinie telah kembali pulih seperti sediakala hasil ikhtiar secara tradisional. Ini kerana keluarganya tidak jemu-jemu mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit Dinie. Pengalaman tersebut memberi pengajaran kepada Dinie supaya berhati-hati dalam menyatakan sesuatu jika berada di tempat yang orang.
Kadangkala, walaupun sesuatu benda itu tidak dimiliki oleh sesiapa, kita juga perlu menghormati semangat dan asal usulnya. Ini kerana sesuatu itu boleh terjadi dengan keizinan Yang Maha Esa. Kisah yang dialami oleh Dinie ini boleh dijadikan teladan kepada kita semua.

Thursday, 26 February 2009

~Doa bersama..ajaibnya..~

Keajaiban Berdoa Bersama

By: agussyafii

Pekerjaan jika dilaksanakan sendiri dengan bersama tentunya berbeda. sama seperti halnya dengan berdoa. Berdoa sendiri dan berdoa bersama dengan istri dan anak-anak akan memiliki keajaiban. Apa lagi jika berdoa bersama dengan orang-orang sekampung atau seanak-anak pengajian.
Ketika bertemu dengan teman yang memiliki masalah, saya selalu menyarankan untuk sholat tahajud atau membaca yasin bersama keluarga. Pernah juga ada seorang ibu dengan tiga putra yang bertutur bahwa rumah tangganya diambang kehancuran. Saya menganjurkan padanya agar sholat tahajud atau membaca yasin sehabis sholat maghrib bersama anak-anak untuk solusi masalahnya.
"Apakah itu menyelesaikan masalah saya?" tanyanya.
"Yakinlah pada Alloh SWT. Insya alloh solusinya hadir dengan melakukanlah sholat tahajud atau membaca surat yasin bersama anak-anak, memohon pada Alloh SWT. Saya juga membantu ibu untuk membaca yasin bersama anak-anak pengajian dirumah" Jawab saya. Sebulan kemudian, ibu itu bertutur bahwa rumah tangganya rukun kembali, anak-anak bisa sekolah dengan baik, dengan wajah berseri-seri ibu itu mengatakan "Karena saya yakin, Alloh mengabulkan doa kami.."

Tuesday, 23 September 2008

~KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI~


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.
Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Friday, 20 June 2008

~Jangan Berkuku Panjang~


DOSA KUKU PANJANG

Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.....
bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut....
potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yangdi ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah.

Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yangsentiasa berkuku pendek. Insya-Allah..

Additional info Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli... Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun..

Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah2] jari telunjuk Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat olehAllah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw... memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw.. senang je kita dapat kita pahala.

~Berfikirlah Sejenak~

Kehidupan bersama keriangan....

mesti baca … buat pengajaran…

Dari kejauhan,lampu lalulintas disatu persimpangan itu masih menyala hijau.Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lenggang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang,haruskah ia berhenti atau terus saja.'Ah, aku tak sempat untuk memijak pedal break mendadak,' fikirnya sambil terus memandu laju.

Prit!

Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati.

Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya takterlalu asing baginya.
Hey,itu kanUsof, teman sepermainannya semasa di sekolah menengah duhulu. Hati Harun agak lega. Ia melompat keluar sambil membuka kedua lengannya.'Hai, Usof. Gembira sekali saya bertemu kau...............' 'Hai, Harun.

' Tanpa senyum.

'Aduh, saya ni sebenarnya nak cepat sangat nih.Saya memang agak terburu-buru.Isteri saya sedang menunggu di rumah.'Oh ye ke?' Nampaknya Usof agak ragu. ' Ye la Sof,hari ini isteriku menyambut ulang tahun kelahiran. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu ''Saya faham.

Tapi,sebenarnya kami sering memperhatikanmu melintasi lampu merah di persimpangan ini.'

Ooo, sepertinya tidak sesuai dengan harapan. Harun mesti ganti strategi. 'Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi sebenarnya tadi aku tidak melanggar lampu merah.Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala.' berdustasedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.'Ok Run. Sebenarnya i melihatnya dengan jelas.Tolong keluarkan lesen dankad pengenalan.Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dankad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya.

Sementara itu Usof menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Usof mengetuk kaca keretanya.Harun memandang wajah Usof dengan penuh kecewa. Dibukanya kaca jendela itu sedikit.'Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman.'

Tanpa berkata-kata Usof terus kembali ke tempat dia bertugas Harun mengambil surat saman yang diselipkan Usof di sela-sela kaca kenderaan. Tapi,hei apa ini. Ternyata lesenmemandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Usof.

'Run, Tahukah bahawa aku dulu mempunyai seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Maafkan aku Run.

Doakan agar aku memperoleh ganti semuanya.Berhati-hatilah ketika memandu Run' - Usof

Harun terhenyak. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Usof.Namun, Usof sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan. Tak selamanya pengertian kita harus sama dengan pengertian orang lain.Boleh jadi suka kita tak lebih dari duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa

Saturday, 7 June 2008

~Tidak baik menuding jari ke arah insan lain..~


Just to remind myself and others...



ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ


Kita seringkali menghukum mereka yang berada didalam "zaman kegelapan" seolah-olah "tiadak ada lagi harapan" untuk berubah.

Kadangkala setiap kali kita melintasi mereka, berbagai kata-kata, sumpahan, hinaan dan kejian yang kita lontarkan kepada mereka.

"Kompom masuk neraka nih!""Macam S**al, dia ingat dia bagus ke? "

Tetapi kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya kita sendiri pernah melalui "zaman kegelapan" yang tersendiri.

Ada yang pernah melalui zaman yenkees, zaman hippies, zaman pop yeh-yeh, zaman rock kapak, zaman kaki judi, zaman kaki botol, zaman kaki perempuan dan zaman-zaman yang pastinya bukannya mengikut acuan Islam.

Tetapi setelah kita berubah, Insaf, Bertaubat kita melihat dan menghukum orang lain (mereka yang sedang dalam zaman kegelapan) seolah-olah kita ni tak pernah buat salah, tak pernah melalui zaman-zaman kegelapan.


Jangan lupa, sebenarnya kita belum lagi di uji dengan sebenar-benar ujian. Entah kalau kita diuji sedemikian, bahkan mungkin kita lagi teruk dari apa yang kita perkatakan


.أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن


يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-Ankabut:


2 Sepatutnya, kita hanya membenci perbuatan seseorang tersebut tetapi bukan orangnya. Kerana siapa tahu, suatu hari nanti dia berubah, boleh jadi dia lebih baik, lebih alim, lebih soleh/solehah daripada anda? Pasti saja boleh berlaku. Ana percaya ramai pernah dengar mengenai cerita artis berubahkan? Yang dahulunya.. isk isk isk .. payah nak cerita.. tetapi sekarang? Antaranya; Akil Hayy (ex-Vocalist The Riyadh )