MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Saturday, 7 June 2008

~Tidak baik menuding jari ke arah insan lain..~


Just to remind myself and others...



ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ


Kita seringkali menghukum mereka yang berada didalam "zaman kegelapan" seolah-olah "tiadak ada lagi harapan" untuk berubah.

Kadangkala setiap kali kita melintasi mereka, berbagai kata-kata, sumpahan, hinaan dan kejian yang kita lontarkan kepada mereka.

"Kompom masuk neraka nih!""Macam S**al, dia ingat dia bagus ke? "

Tetapi kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya kita sendiri pernah melalui "zaman kegelapan" yang tersendiri.

Ada yang pernah melalui zaman yenkees, zaman hippies, zaman pop yeh-yeh, zaman rock kapak, zaman kaki judi, zaman kaki botol, zaman kaki perempuan dan zaman-zaman yang pastinya bukannya mengikut acuan Islam.

Tetapi setelah kita berubah, Insaf, Bertaubat kita melihat dan menghukum orang lain (mereka yang sedang dalam zaman kegelapan) seolah-olah kita ni tak pernah buat salah, tak pernah melalui zaman-zaman kegelapan.


Jangan lupa, sebenarnya kita belum lagi di uji dengan sebenar-benar ujian. Entah kalau kita diuji sedemikian, bahkan mungkin kita lagi teruk dari apa yang kita perkatakan


.أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن


يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-Ankabut:


2 Sepatutnya, kita hanya membenci perbuatan seseorang tersebut tetapi bukan orangnya. Kerana siapa tahu, suatu hari nanti dia berubah, boleh jadi dia lebih baik, lebih alim, lebih soleh/solehah daripada anda? Pasti saja boleh berlaku. Ana percaya ramai pernah dengar mengenai cerita artis berubahkan? Yang dahulunya.. isk isk isk .. payah nak cerita.. tetapi sekarang? Antaranya; Akil Hayy (ex-Vocalist The Riyadh )

No comments:

Post a Comment