Penghijrahanku
Walaupun aku pernah berjauhan dengan keluargaku.Tinggal diasrama “SONY” terasa janggal kerana ini bukannya asrama di alam persekolahan tapi alam pekerjaan.Dengan pengalaman yang sudah terbiasa dengan orang asing aku cepat diterima oleh kakak-kakak dan teman serumah.
Asrama kami diasingkan dari kelompok budak-budak dari Sabah.Asrama mereka terletak di lorong 9,Tmn Desa Murni…rumah teres setingkat manakala kami budak2 dari Semenanjung diberi kebebasan tinggal dirumah teres 2 tingkat Lorong 2,Tmn Desa Murni (dekat sangat dengan Titi Timbul,Sg.Dua- Mee Udang terkenal kat sini).satu rumah kami ada 12 orang..3bilik dan 1 bilik ada 2katil bertingkat dan 4almari..so ringkasannya…sebilik 4 orang.Alhamdulillah..”sebulu”-serasi kami semua.yang bestnya antara kami Cuma seorang saja yang berasal dari Perak.
Tentang kerja pulak aku seperti biasa sikap terlebey ramah dan ‘happy go lucky’ buat aku ada ramai teman.Aku ditempatkan di bahagian QCC (periksa tape dari Radio dalam keadaan baik –sound).Dengan permulaan gaji RM420/- dan kalau dcampur dengan OT dapatlah dalam RM800/-RM1000 lebih.Alhamdulillah itu sudah memadai untuk ku hulurkan buat keluarga dikampung..
Pengalaman manis.biasalah gadis baru mesti ada yang usik-usik.Tapi dengan adanya kakak-kakak yang sudah berumahtangga,aku rasa selamat kerana sering diberi nasihat dan ceramah percuma serta ada penangkis tak berbayar kalau aku diganggu. .Ahakss..Lagipun Chik Lie sudah memadai untuk aku pergi kemana-mana.Aku tidak perlu cari teman lelaki untuk bawa aku bersiar-siar.Yang lawaknya Cuma teman serumahku saya yang tahu Chik Lie adalah abang kandungku.Rasanya teman sekerja banyak yang katakan Chik Lie tu teman lelaki aku.mana tidaknya kadang-kadang Chik Lie akan datang ambil aku di kilang selepas habis kerja.Em kerana itu jugakla..aku tiada ‘jejaka berani nak rapat denganku.Baguskan.(aku memang penakut sebenarnya)
Teman serumah seperti Kak Latipah (asal Bukit Merah-kerja sebagai Juruteknik di SONY) ada kereta…so kami selalunya ,asal cuti saja berkelah (kalau aku tidak balik kampung)atau kalau Kak Pah sibuk kami akan naik bas beramai-ramai.Cerita yang paling lucu…kami ditipu pemandu van (kami sewa van dan pemandu untuk menghantar dan mengambil kami berkelah di Bukit Happise(Bt.Feringhi-hotel Bayview) –sekarang tempat tu dah ditutup).Selepas menghantar kami pemandu tu beritahu dia ada kenduri di Sg.Petani ,dia terpaksa pergi ..kami tak kesah sangat kerna kami berkelah mungkin sampai petang (tempat berkelah tutup pukul 7malam).Terlanjur kami pergi dengan van,segala persiapan makanan seperti nasi kami Cuma bawa dalam bekas rice cooker tanpa masukkan dalam tuppaware.ikan goreng,sayur campur dan sambal belacan termasuk ulam-ulam.memang best la…seronok sakan…
“Tak pernah ku alami
Tak mungkin ku hindari…
Dihimpit perasaan
.bayangan gurauan…
Didalam jaga ku tercari-cari
Didalam tidur siapakah gadis misteri” Bayangan Guraun_Mega
“
sayang… secebis kenangan..
cinta yg mengegar dada..
Sayang kiranya berakhir dengan titisan air mata..
Bara yg menyentuh rasa
Bahang yg masih terasa
Sayang yg ku impikan kini ditelan debu sepi..” SAYANG-Menara
“haruskah..haruskah ..
Aku terus merayu padamu…
Haruskah..haruskah
aku teburi janji beribu..
Untuk menembusi tembok hati sanubarimu
ataupun aku hanya penanti..
Mengapa dikau meragui keikhlasan…”SERA-Badai Asmara
“tiada apa yang dapat ku rasakan..
selain dari cintaku padamu..
Tiada lafaz sendu yang indah
yang dapat ku gambarkan padamu…”
Lagu dari Olan.. Cinta bandar tasek selatan
>>>lagu yang dinyanyikan oleh Zamri semasa perkelahan kami di Lata Bayu..nostalgia tu datang lagi.berbaloi rasanya aku dengan perkelahan ini.
Lagu dari petikan gitar oleh seorang pemuda buat kami terleka sambil mandi manda.Erm..yela suara diapun ok..dengan iringan petikan gitar darinya membangkitkan nostalgia aku.Wajah Zamri terbayang..ek..adess..kesitu pulak angan aku.
Kata orang terlalu suka membawa duka..begitulah keasyikkan dan keseronokkan aku diganti dengan sebak dan seram.
Sebenarnya cerita sadis kami dan mungkin kenangan pahit dan lucu ini buat aku dan teman-teman serumah serik untuk sandarkan harapan pada orang yang tidak dikenali.Rasanya hampir pukul 6.30petang kelibat pemandu van tu belum lagi muncul.adess.Nak tak nak kami usung segala bekas makanan tu keluar dari tempat perkelahan..dah la tempat tu kena redah jalan sempit tepi belukar baru jumpa jalan besar…dan Hotel Bayview.Rasanya berguni-guni sumpah seranah kami pada pemandu van tu.Yang paling best antara kami seorang pun tidak bekalkan duit ..Cuma ada RM0.80sen ja.Itupun hasil dari saki-baki poket kami…lawak ada nak menangis pun ada.Sebak dada..sudahla kami smua masih single dan anak-anak dara.Adess.Nak naik bas dengan apa nie.Selepas sampai ke perhentian bas…public phone lak rosak..terpaksalah aku dan Kak Pah pergi ke Hotel Bayview untuk telefon Polis buat aduan.Hak..hak..geram punya pasai..rasa segan dan malu hilang…tapi kami tak jadi telefon kerana huluran duit RM50/- dari guard hotel yang kami jumpa sambil ceritakan kisah tragis ditipu pemandu van tu…buat aku dan Kak Pah tekad untuk tunggu bas ke Jeti.Bas free tak payah bayar tambang kerana simpati dengan nasib kami.agaknya (tapi heran kerna pemadu bas tu gelak-gelak…lawak ler tu..huh..tapi gasak ler janji free.)
Bayangan nostalgia masa naik bas sambil usung rice cooker dan mangkuk berisi sambal belacan betul-betul lucu.dalam sebak kami masih terkekeh ketawa.Peristiwa sambal belacan tumpah atas Feri menambahkan gula kemanisan…dalam kenangan ini.Keputusannya kami bertengkar dengan pemandu van (tinggal selang 2buah rumah dari asrama kami) dengan ketegasan warden asrama kami tak payah bayar untuk sewaan van tu..Hak..hak..hak…Duit RM50/- tu kami buat tengok wayang kat Komtar-Sembilu.Kenangan inilah yang aku tidak boleh lupa semasa bersama dengan teman serumah.Sukar aku cari teman yang masih setia dalam suka dan duka seperti mereka.
Nama teman serumah aku..kak Pah,kak Maznah,Kak Odah,Liza,Kak Salmah,Kak Fifi,kak Harison,dan entah aku dah lupa nama-nama mereka.yang lain rindu sangat aku dengan akak smua…muahss.
Ngantuk ar…nak tdo dulu…nantikan sambungan cerita benar..tentang rentetan hidupku..
.