MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Monday, 9 August 2010

~Lagu Cinta Epd:11-13

BaB 12

Aleya –Idzham

YOU HURT ME

Hatinya Masih Luka…


“Idzham!” Suara Aleya kedengaran terjerit kecil pabila matanya menangkap objek yang berdiri di hadapannya sebaik pintu rumahnya itu dibuka. Matanya melolot memandang seakan tidak percaya akan kehadiran Idzham dihadapan pintu rumahnya. Tiba-tiba rasa gugupnya datang. Dia tidak begitu bersedia nak berhadapan dengan Idzham lagi sebenarnya. Dia masih belum habis fikirkan ayat yang sesuai untuk diluahkan pada Idzham.

Idzham pula berdiri tegak di hadapan pintu rumah Aleya deengan muka yang serius sekali. Tanpa sebarang riak. Mukanya kelihatan beku, seolah-olah baru baru dikeluarkan dari icebox. Namun matanya sempat menangkap pemakaian Aleya yang menyeksakan pandangan matanya.

‘Dah lah reject aku, boleh pula bukak pintu tayang body macam ni. Dah tak nak kat aku tu janganlah buat posing maut dan seksa iman aku macam ni sekali.’ Hati Idzham mengomel melihat Aleya dihadapan matanya. Memang sah tak boleh bawa balik kampung jumpa umi macam ni. Mahu buta macam Kasim Selamat dibuatnya mata umi kalau tengok calon menantu ‘seksis’ macam ni. Tapi mata lelakinya tetap tidak dapat menafikan Aleya mempunyai bentuk tubuh yang cantik. Mampu mengiurkan alur nafsu lelakinya.

Aleya tiba-tiba menyedari yang pakaiannya amat tidak sesuai dibuat tatapan umum. Apatah lagi Idzham. Lebih-lebih lagi pabila dilihatnya tumpuan mata Idzham tidak pada mukanya, tetapi pada bahunya yang terdedah.

“Err…kejap!” Begitu laju ayat tersebut meluncur dibibir Aleya. Selari dengan itu Aleya berlari masuk kedalam rumah dan pintu rumahnya itu dihempas agak kuat. Idzham yang masih berdiri dihadapan pintu terkedu melihat tingkah Aleya. Hampir sahaja pintu rumah tersebut kena pada batang hidungnya.

Beberapa saat kemudian dilihatnya Aleya membuka semula pintu rumahnya. Bahunya yang terdedah seksi tadi telah ditutup dengan kain bewarna putih yang ada motif bunga-bungaan berkait pada kain tersebut. Idzham yang melihat pada kain yang diletakkan pada bahu Aleya, mula terdetik dihati…’Eh, kain ni macam kain…kain … alas me- meja? Biar benar si Aleya ni?’

Aleya yang sebentar tadi telah menyedari pakaiannya itu tidak sesuai untuk berhadapan dengan Idzham telah masuk semula ke rumah dan mencapai kain yang paling hampir terletak dengan pintu rumahnya itu untuk menutup bahunya yang terdedah. Kebetulan ada pula alas meja bulat kecil yang terdampar di sofa berhampiran pintu rumahnya. Kain alas meja tersebut pada mulanya dibiarkannya di atas sofa tadi sebelum acara mengemas bermula dengan niat untuk menukar alas yang telah lama tidak berganti. Oleh kerana itulah kain paling hampir, dicapainya sahaja tanpa memikirkan apakah jenis fesyen yang bakal ditayangkan depan Idzham nanti. Lagipun bukannya pakaiannya itu nak diambil gambar untuk menghiasi cover majalah Vogue atau Elle pun kan?

Pabila dia berhadapan semula dengan Idzham, rasa gugupnya tadi muncul kembali. Teragak-agak dia nak memulakan mukadimah menegur Idzham. Abang Encik Perasan Bagus pula boleh je berdiam diri begitu je, buat menambahkan lagi frekuensi dub…dap...dub…dap…dihatinya.

“Er…er… ken- kena- kenapa datang sini?” Tergagap-gagap Aleya memulakan mukadimahnya. Dia masih dalam mode tidak percaya yang Idzham boleh muncul dihadapannya tika ini. Adakah dia muncul sebab dapat mendengar deru hati Aleya yang mula merindui akan kehadiran lelaki itu? Ada rasa debar dan bunga-bunga cinta mula berputik di hati Aleya memikirkan kemungkinannya.

“Saya datang nak jumpa Arisa, nak ambil barang dari dia. Dia ada?” Rasa yang baru sahaja berbunga dihati Aleya tadi terus menjadi layu pabila mendengar suara yang dirindui itu menyatakan tujuan sebenar kedatangannya. ‘Dia bukan datang nak jumpa aku rupanya…’ Hati Aleya meluahkan rasa kecewanya.

Dahlah kata ganti diri nama Abang Perasan Bagusnya pun dah bertukar pada ‘saya’. Bukannya lagi ‘Am’ seperti selalu. Nampaknya memang mamat bernama Idzham Iskandar ini dah berpatah arang berkerat rotan dengannya. Tetapi bukankah Aleya juga yang memulakan segalanya? Aleyalah yang memberi kata dua kepada Idzham untuk melupakan segala kemesraan yang pernah tercipta antara mereka kan? Sememangnya saat ini Aleya benar-benar menyesali kelancangan mulutnya memutuskan hubungan mereka yang baru sahaja hendak bermula.

“Arisa tak ada di rumah. Dia dah keluar pagi-pagi lagi ke PD. Dia ada kata barang apa yang nak diberi pada Am tu? Mungkin Leya boleh tolon tengokkan di bilik dia.” Aleya menerangkan ketiadaan Arisa. Lembut sekali suaranya.

‘Aleya kenapa kamu ni? Di saat lelaki itu sudah tak sukakan kamu, baru nak terhegeh-hegeh guna nama Am-Leya. Kalau dulu asyik bersaya dan berawak dengan Idzham. Tak malu betul kamu ya Aleya.’ Ada suara yang seolah-olah bermain di kepalanya menegur perlakuannya itu.

‘Apa salahnya mencuba. Mana tahu lelaki itu bisa lembut hatinya semula melihat perubahan pada diri Aleya.’ Ada satu lagi suara bertingkah cuba mempertahankan perlakuan Aleya.

“Oh, dia tak ada. Tak apalah kalau begitu. Pagi tadi dia ada SMS saya beritahu ada barang yang nak diserahkan untuk anak-anak yatim di Rumah Raudah. Dia minta pertolongan saya untuk hantarkan. Tak ada pula Arisa kata dia nak keluar sampai ke PD.” Idzham menerangkan hal sebenar. Ekspresi wajahnya masih beku seperti tadi. Meluatnya hati Aleya lihat muka beku itu. Ingat bagus buat muka macam tu wahai Abang Encik Perasan Bagus. Eeeee…geramlah!

Selepas itu suasana kembali senyap diantara mereka. Dengan keadaan sekeliling di sekitar tingkat Kajang View Apartment Aleya yang juga hening, menjadikan seolah-olah hanya mereka berdua sahaja penduduk bumi yang wujud di seluruh alam cakerawala tika itu. Seolah-olah makhluk lain sudah pupus dibaham Godzilla. Masing-masing diam. Tidak tahu apa yang hendak diperkatakan lagi. Aleya menunduk tidak sanggup menentang pandangan mata Idzham. Idzham pula dalam cubaan untuk tetap mempamerkan wajah bekunya dihadapan Aleya, mengambil kesempatan yang ada mencuri-curi merenung wajah Aleya yang masih dirinduinya.

Dalam keadaan sedikit tertunduk, tiba-tiba Aleya perasan akan kehadiran makhluk yang dipanggil Cik Li atau nama betulnya Lipas membuat lintas hormat betul-betul dihadapan pintu rumahnya itu dan cuba melalui permukaan kakinya. Secara spontan Aleya terjerit kecil kerana terperanjat akan kehadiran makhluk yang digelinya itu sejak azali. Pada masa yang sama dengan tindakan refleksnya yang diluar kawalan juga, dia terlompat akibat kegeliannya. Dia memang tidak dapat nak fikir apa-apa saat itu. Apa yang disedarinya beberapa saat selepas itu, dia kini telah berada dalam pelukan Idzham dengan tangannya yang melingkar erat pada leher Idzham dan kedua kakinya sedikit terangkat!

Segera dilepaskan pelukannya itu dan berpijak di lantai yang nyata semula pabila tersedar dari situasi yang tak terjangka dan memalukan itu. Mukanya ditundukkan dan rasa seperti hendak saja disorokkan kepalanya macam kura-kura kalau boleh kerana malu. Sambil itu matanya tajam memerhatikan lantai memastikan tiada lagi Cik Li buat lintasan dihadapannya. Ini mesti kes sebab dia mengemas rumah tadi. Lalu Cik Li pun sibuk keluar nak mengemas sama rumahnya. Benci betul dia!

“Errr..Ma- maaf…Leya tak sengaja. Terkejut tengok lipas tadi.” Pipinya dirasakan begitu memerah sekali menahan rasa malu akan kejadian tadi. ‘Kain alas’ bahunya yang terlurut jatuh di lantai akibat aksi lompatannya tadi segera dikutip semula dan dialas kembali dibahunya.

Idzham yang juga terkejut akan aksi spontan Aleya tadi juga tergamam. Lebih-lebih lagi ketika Aleya memeluknya tadi, kain alas bahunya telah terjatuh lalu membuatkan Idzham dapat melihat dengan jelas kulit bahu Aleya yang terdedah itu. Memang cantik sekali, bersih kulitnya. Terasa ada gelora yang menggegarkan naluri lelakinya tika itu. Kulit tangan Aleya yang melingkar dilehernya terasa begitu hangat sekali.

‘Astarghfirrullah al-azim Idzham. Mengucap Idzham. Jangan tergoda dengan hasutan syaitan. Anak dara orang tu. Bukannya muhrim kamu!‘ Hatinya berdetik kuat, cuba menghambat tepi hasutan nafsu lelakinya. Namun ada rasa ingin tergelak juga mengenangkan wanita yang pernah dipujanya selama ini rupanya takut dengan lipas. Oleh kerana dia masih berkonfrontasi dengan Aleya, maka gelaknya itu disimpan sahaja dalam hatinya. Mukanya tetap diseriuskan seperti tadi.

Aleya semakin gugup melihat muka Idzham yang semakin tegang. ‘Aduh, mesti dia ingat Aleya ni anak dara gatal. Suka-suka hati je nak peluk anak teruna orang. Semua ni salah kamu wahai Cik Lipas. Tak apa, nanti kalau Aleya jumpa lagi lipas dirumahnya itu, dia akan spray dengan Ridsect satu botol. Tak pun dia akan spray dengan sebotol pewangi Pleasure by Lancôme biar Cik Li tu pening sampai arwah. Baru padan muka kamu Cik Li. Tapi kalau pakai Lancôme, pastinya dia hanya akan guna Pleasure yang dibeli di pasar malam dengan harga RM10 tu je lah. Kalau yang original kopaklah Aleya jawabnya. Dia bukan anak tokey minyak wangi pun.’ Ngomel hati Aleya.

Dividers, Animated Dividers, Keefers

Setelah bosan dengan episod kesunyian yang wujud di antara mereka sejak tadi, Idzham mula meminta diri. Rasanya makin lama dia di sini. Menghadap wajah yang telah melukakan hatinya berdiri dengan gaya seksi begini makin menggoyahkan dan menyeksakan hati lelakinya sahaja. Lagipun orang yang dicarinya pula tak ada. Entah apasal lah Arisa beria-ria tinggalkan pesan suruh dia ambil dan hantar barang untuk rumah Raudah hari ini juga sedangkan dia sejak pagi telah keluar bersuka ria cuti-cuti Malaysia di Port Dickson. Dia pula tidak tahu yang Arisa kenalan pasukan sukarelawannya itu rakan serumah Aleya. Sungguh kalau dia tahu dari awal tidak sanggup dia menawarkan khidmat bakti hendak mengambil barang-barang tersebut.

“Saya minta diri dululah. Kalau Arisa balik sampaikan pesan pada dia saya dah datang tapi dia tak ada pula. Nanti saya telefon dia semula.” Akhirnya Idzham memecahkan kesunyian antara mereka untuk meminta diri.

Aleya yang bagaikan kehilangan suara kerana masih malu akan kejadian tadi, hanya menganggukkan kepalanya mengiakan sahaja pamitan Idzham. Ada rasa sayu yang mula menapak di hatinya kerana hubungannya dengan Idzham masih lagi dingin. Rasanya pasti Kajang View Apartment ni akan banjir sebentar lagi oleh air mata Aleya yang mula kelihatannya hendak keluar pabila melihat pemergian Idzham.

‘Aleya lontarkanlah suara mu itu. Buka mulut tu. Tahanlah langkahnya Aleya. Luahkanlah apa yang ada dihati kamu sekarang juga atau kau mungkin akan kehilangan dia terus selepas ini. Mugkin ini sahaja peluang yang kau ada.’ Batin Aleya menjerit menyuruh dirinya mengambil tindakan sewajarnya. Sepantas itu juga dia teringat akan kata-kata Arisa padanya semalam…

“Apa yang kau perlu fikir sekarang, macam mana kau nak pujuk balik
hati dia yang dah kecewa direject oleh kau. Kau kena terangkan kat
dia perasaan sebenar kau.”

‘Luahkanlah Aleya. Kuatkanlah semangatmu itu. Jangan biarkan lelaki itu terus menyalahkan dirimu.‘ Seru hati Aleya lagi.

“Itu kau jangan risau. Aku akan tolong fikirkan macam mana nak aturkan supaya kau boleh jumpa dia dan pujuk dia semula. Tapi kau janganlahpula bila dia dah ada depan mata kau, kau jadi bisu pula.”

‘Mungkin inilah dia perancangan yang dijanjikan Arisa. Atau satu kebetulan yang telah ditetapkan Yang Maha Esa untuk aku membetulkan semula keadaan.’ Monolog hati Aleya berlegar dimindanya lagi.

Aleya memejamkan matanya erat-erat. Nafasnya disedut sedalam mungkin dan diluahkannya nafas itu semula beserta dengan kekuatan semangat yang telah dikumpulnya tadi. Dia tekad. Dia perlu luahkan rasa hatinya itu pada Idzham.

“Idzham, tunggu!” Jerit Aleya pada Idzham yang mula melangkah. Suaranya kedengaran agak serak akibat rasa hiba yang masih bermukim dihatinya.

Idzham yang baru sahaja beberapa langkah melewati pintu rumah Aleya terhenti langkahnya mendengar panggilan Aleya itu. Dipusingkan badannya semula menghadap Aleya. Matanya menyoroti muka Aleya dengan pandangan pelik meminta kepastian kenapa namanya dipanggil.

Aleya yang melihat langkah Idzham terhenti mendengar panggilannya tadi menjadi berdebar semula. Lebih mendebarkan lagi pabila mata Idzham tajam menikam matanya seolah-olah meminta kepastian dan sebab-musabab akan panggilannya tadi. Rasa gugupnya datang lagi. ‘Aleya kuatkan hati mu!’ Aleya cuba meningkatkan lagi jurus kekuatan hatinya itu.

“Leya perlu jelaskan sesuatu dengan Am.” Suara Aleya kedengaran lemah sekali namun masih dapat ditangkap telinga Idzham.

Idzham memandang muka Aleya pelik mendengarkan kenyataannya yang keluar dari mulut comel wanita yang pernah dipujanya itu. ‘Apa lagi yang hendak diperkatakan? Hatiku ini dah terluka dirobek kamu Leya. Kamu juga yang telah mengwujudkan jurang antara kita ini.’ Hati Idzham bertingkah cuba menahan keinginan dirinya untuk mendengar penjelasan Aleya.

Akhirnya badannya dipusingkan semula dan kakinya mula menapak meninggalkan rumah Aleya. Rasa kecewa mula berputik kembali di hati Aleya melihat Idzham meneruskan langkhnya semula. Terasa ada air mata mula berkira-kira untuk membanjiri pipinya.

‘Aku gagal memujuknya…’ Hati Aleya berlagu sedih.


BaB 13

Aleya - Idzham

secret lover

Rahsia Rasa Hati


Aleya menebarkan pandangannya pada hamparan menghijau dihadapannya. Akhirnya di sini mereka berdua duduk berhadapan di antara satu sama lain. Aleya Puteri dan Idzham Iskandar. Di tingkat dua Kedai Sate Haji Samuri Kajang yang betul-betul mengahadap padang Dewan Dato Nazir.

Memang dia tidak menyangka yang Idzham sudi meluangkan masanya untuk mendengar Aleya memberikan penjelasan. Aleya teringat kembali peristiwa di apartmentnya lebih kurang sejam yang lalu. Saat dia menyatakan pada Idzham ada sesuatu yang ingin disampaikan pada jejaka tersebut dan Idzham tetap meneruskan langkahnya tanpa berkata apa-apa.

Saat itu dia telah mula merasa kecewa dan merasa putus sudah harapannya untuk memujuk Idzham. Air matanya hampir-hampir sahaja gugur. Namun tanpa diduga beberapa langkah selepas itu Idzham berpaling semula ke arahnya dan berkata sesuatu yang tidak disangka-sangkanya sebelum meneruskan langkahnya semula.



"Pergi tukar baju, saya tunggu awak di bawah."



Saat itu tidak dapat digambarkan betapa gembiranya perasaan dia pabila Idzham sudi meluangkan masa untuk mendengar penjelasan dia. Walaupun roman muka Idzham masih begitu serious seolah-olah memikirkan masalah Negara, hatinya tetap berasa lega dengan kesudian Idzham. Dengan sepantas yang mungkin terus dia masuk ke rumah dan menukar pakaiannya sebelum Idzham berubah fikiran. Tanpa berfikir panjang, dia terus mencapai sepasang baju kurung kain kapas jepun yang tergantung elok dalam almari pakaiannya. Setelah mengambil beg tangannya dan mengunci pintu, dia berkejaran selaju mungkin seperti pelari pecut sukan Olympic mendapatkan Idzham yang sedang menunggu di keretanya.

Sememangnya Idzham kelihatan terkejut kerana sebegitu cepat Aleya bersiap dan yang paling memeranjatkannya Aleya memakai baju kurung! Tadi dah seseksi alam berposing, menayang body dan mengujakan naluri lelakinya kini gadis itu mengayukan diri dengan memakai baju kurung pula. Sempat dia melemparkan perliannya kepada gadis yang duduk disisinya itu.



"Aik, pakai baju kurung pula? Sekarang bukan musim Raya Puasalah, sekarang orang tengah sambut Gong Xi Fa Chai la cik adik. Dah insaf ke?" Aleya hanya mencerutkan mukanya mendengar perlian Idzham. Malas nak menjawab dan bergaduh dengan Idzham di saat ini.



Pabila Aleya telah selamat duduk di dalam keretanya, tanpa memberitahu ke mana arah tujuan mereka dia terus memandu keretanya menuju ke pekan Kajang. Aleya pula hanya diam sepanjang perjalanan, merelakan kemana sahaja Idzham membawanya. Oleh kerana kebetulan waktu itu sudah tengah hari, dia terus membawa Aleya ke kedai makan untuk makan sambil mendengar apa yang hendak disampaikan oleh Aleya. Takkan nak bawa Aleya ke taman bunga tengah hari buta begitu. Lagipun dekat Kajang tu bukannya ada taman bunga pun.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



"Cakaplah apa awak nak cakap sangat tadi. Dah kenyangkan? Bolehlah bercakap sekarang. Ke tak cukup nasi paprik dengan sate 20 cucuk tu? Nak tambah saya boleh order lagi." Luah Idzham setelah mereka menghabiskan hidangan tengah hari mereka tadi. Semenjak mereka sampai di kedai ini, tiada sepatah kata pun keluar dari mulut mereka kecuali semasa menyebut makanan yang hendak dipesan di hadapan pelayan kedai tersebut sahaja.



Aleya memandang meja dihadapannya sekilas sebelum memandang ke arah Idzham. Dia melihat Idzham yang enak menayangkan muka selambanya. 'Dia yang melantak nasi goreng patayanya dengan sate sampai 19 cucuk, dikatanya aku. Serasa aku tadi, aku makan sate tu satu cucuk je.' Aleya mengomel geram sebab asyik diperli Idzham. Namun hanya dalam hati sahaja. Sedangkan mulutnya masih terasa berat nak meluahkan perasaannya pada Idzham.



"Cakaplah… Nak tunggu berapa lama lagi ni? " Idzham mendesak lagi, bila dilihat Aleya masih berdiam.



"Leya minta maaf." Akhirnya berjaya juga Aleya mengeluarkan suaranya.



"Minta maaf? Itu je yang awak nak kata dari tadi?" Idzham memandang Aleya dengan pandangan yang jengkel. Punyalah jauh dia bawa Aleya, siap belanja makan lagi, itu sahaja yang nak dicakapkannya.



"Itu baru mukadimahnyalah. Menyampuk je." Aleya mengumam geram. Idzham dilihatnya sudah berbalik semula kepada perangai lamanya semasa mereka baru berkenalan dulu. Asyik nak memerli dan cari gaduh sahaja kerjanya.



"Oh, okay…Kalau macam tu teruskan dengan isi tersurat dan tersiratnya." Idzham menjawab dengan selamba pabila mendengar rungutan Aleya itu.



"Leya tahu Leya bersalah sebab marah Am hari tu. Leya tak patut marah Am sampai macam tu sekali hanya sebab Am simpan gambar Leya dan luahkan perasaan pada Leya hari tu." Suara Aleya kedengaran begitu perlahan. Aleya menggigit-gigit bibirnya selepas berkata begitu. Sememangnya begitulah Aleya bila rasa gementar menguasainya.



"Tak apalah. Memang salah saya pun sebab pandai-pandai simpan gambar anak dara orang dan suka-suka hati je nak jatuh hati dengan Aleya." Idzham menjawab lirih.



"Idzham, boleh tak kalau jangan cakap begitu! Am buat Leya lagi rasa makin bersalah je. Sebenarnya Am tak salah manapun." Suara Aleya agak meninggi kerana geram pabila Idzham dirasakan kerap bersuara gaya begitu. Suara merajuk. Dia tak tahu ke buruk benar rupa seorang lelaki kalau merajuk. Merajuk tu hanya sinonim dengan wanita je. Sedangkan lelaki dan merajuk sememangnya antonim sejak zaman purbakala lagi.



Idzham terdiam mendengar kata-kata Aleya yang bernada amarah itu.



"Salah Am tak besar manapun. Sekadar simpan gambar zaman tok kaduk dulu je. Am jatuh cinta pada Leya pun bukannya satu kesalahan. Cinta sesuatu yang unpredictable. Bukannya kita boleh tentukan pada siapa kita nak jatuh cinta. Leya faham semua tu. Once again, I'm so sorry Idzham. I'm truly sorry. It just that I'm not being myself that day."

love


Idzham rasa nak ternganga mendengar kata-kata Aleya tersebut yang dirasakan cukup berbeza dengan apa yang didengarinya hari tu. Namun dia dapat merasakan ketulusan Aleya dalam kata-katanya itu.



"Leya tak pernah bercinta selama ini. Terpulanglah sama ada Am nak percaya atau tidak. Dulu Leya bersekolah di sekolah perempuan. Kawan lelaki pun boleh bilang dengan jari je. Bukannya Leya penyokong kumpulan anti-lelaki pun. Tapi Leya tak biasa sangat kawan rapat dengan lelaki. Leya boleh bercakap dengan mereka. Berdebat dengan mereka. Macam Leya selalu bertekak dengan Am dulu. Cuma bila masuk bab perasaan dan hubungan intim antara lelaki dan perempuan je Leya failed. Rasa macam something wrong bila ada orang jatuh cinta dengan Leya. Boleh rasa nak demam tiba-tiba.



Bukanlah Leya tak pernah rasa jatuh cinta. Dah banyak kali Leya jatuh cinta. Leya pernah jatuh cinta bila tengok Keanu Reeve yang tiba-tiba terlebih handsome masa berlakon John Constantine. Itu belum lagi masuk jatuh cinta kat Tom Cruise, Brad Pit, Ashton Kutcher, Anuar Zain, Richard Gere, Pak Lah, Raja Nazrin, err…banyak lagilah." Aleya tersengih malu menyenaraikan lelaki yang pernah dia jatuh cinta.

animated,animated kawaii,love animated,heart,red,red in love,shy,kawaii,kawaii girl,kawaii girls,girls,sparkle

Mata Idzham hampir terbeliak mendengar senarai lelaki yang Aleya pernah jatuh cinta. Kepalanya tergelang-geleng memikirkan betapa perempuan-perempuan di dunia ini yang mudah benar jatuh cinta pada selebriti. Tapi lelaki pun apa kurangnya kan? Berapa ramai yang berangan nak kahwin dengan Siti Nurhaliza dulu walaupun tahu kesan tapak kaki dia pun Siti Nurhaliza tak sudi nak pandang?



"Seriuslah Cik Aleya oii…" Idzham berkata geram. Dia yang dah mula rasa seronok mendengar sesi meluahkan perasaan oleh Aleya Puteri, ada pula selingan iklan makcik ni buat.



"Yalah, Leya seriuslah ni." Nafasnya disedut dan dilepaskan sekali lalu seolah-olah mengambil semangat sebelum menyambung semula ceritanya.



"Bukanlah tak pernah jatuh cinta pada lelaki biasa. Pernah. Paling Leya ingat sekali, masa Leya di matrikulasi dulu Leya pernah jatuh cinta pada rakan sekuliah. Cuma rasa tu Leya pendamkan. Tak berani nak luahkan. Sampai akhirnya dia sambung pengajian dia di oversea pun Leya tetap pendamkan perasaan Leya pada dia. Rasanya sampai akhirnya pun dia tak pernah tahu yang Leya suka pada dia."



Ada rasa cemburu yang mula bermukim dihati Idzham mendengar pengakuan Aleya itu. Betapa beruntungnya jejaka tersebut kerana berjaya mencuri hati Aleyanya walaupun jejaka itu sendiri tidak pernah tahu. Sedangkan dia…



"Tapi bila lama dah tak jumpa dia, rasa tu hilang dengan sendirinya. Mungkin rasa cinta tu hanya sedikit, tidak begitu kuat. Cinta monyet kata sesetengah orang. Mungkin rasa itu sebenarnya hanyalah rasa suka je. Bukan rasa cinta yang sebenar. Selepas itu, banyak kali juga jatuh cinta atau rasanya lebih sesuai disebut ter – suka kepada beberapa orang lelaki. Tapi macam yang pertama tadi, perasaan itu terbatas. Tak ada yang sampai peringkat serius sangat. Lagipun bila makin dewasa, Leya makin bijak dan yakin dah boleh nak bezakan antara jatuh cinta suka-suka dan jatuh cinta yang real punya. Setakat ini Leya rasa tak pernah lagi jatuh cinta yang real punya. Mungkin belum jodoh lagi agaknya."



"I guess that is Philophobia." Sambung Aleya.



"Apa tu? Philopopia?" Idzham berkerut muka mendengar perkataan yang begitu asing padanya itu.



"Philo – pho – bia lah…bukannya Philo – popia. Popia tu makanan." Aleya membetulkan sebutan Idzham.



"Err..okay apa-apalah. Tak kisahlah philo apa pun. Philo Allied Bank ke, Megan Phileo Avenue sekali pun Am tak kisah. Apa benda yang Leya sebutkan tu?"



"Maksud philophobia ialah takut jatuh cinta."



"Oh, ye ke? Mana Leya belajar perkataan macam tu? Apa kena mengenanya perkataan tu dengan perbincangan kita sekarang ni?"



"Leya baca dalam novel 5tahun 5bulan. Ada perkataan tu. Tu medical terms. Leya rasa perkataan tu mungkin ada sangkut paut dengan Leya sikit-sikit."



"Kenapa pula?"



"Yalah, Leya hanyalah wanita biasa. Yang diciptakan dari salah satu tulang rusuk sang Adam. Yang diciptakan untuk dilindungi dan disayangi seorang Adam. Leya tetap sama dengan perempuan lain. Leya juga ingin disayangi dan menyayangi seseorang yang berlainan jantina. Cuma mungkin Leya belum berjumpa dengan sang Adam yang telah tercipta untuk Leya lagi. Orang kata jodoh kena dicari. Tak boleh duduk diam dan berpeluk tubuh menunggu pasangan kita jatuh dari langit.



Leya memang cuba mencari cinta sejati yang telah dijanjikan untuk setiap wanita, cuma Leya tak tahu kenapa setiap kali ada orang nak merapatkan diri mereka dengan Leya atau nak mengurat Leya, Leya jadi takut. Leya sendiri tak tahu apa yang Leya takutkan sebenarnya. Leya tahu Leya dah besar. Dah dewasa. Tak salah dah untuk Leya jatuh cinta. Tapi itulah yang berlaku bila ada lelaki yang nak merapatkan diri dengan Leya. Leya rasa takut pada sesuatu yang Leya tak pasti hingga akhirnya Leya menolak kehadiran cinta yang baru nak berputik tu. Leya tahu Leya sepatutnya mencuba dahulu. Barulah tahu ada keserasiannya atau tak. Bukannya terus menolak.




Itulah yang sebenarnya terjadi bila Am luahkan perasaan Am pada Leya hari tu. Bukannya Leya tak suka pada Am. Leya suka pada Am. Tapi bila Leya tengok gambar Leya dalam simpanan Am, Leya dah mula rasa takut. Tambahan bila Am luahkan perasaan Am pada Leya, rasa takut itu makin bertambah. Entahlah… Leya pun tak tahu apa yang tak kena dengan Leya ni. Mungkin itulah philophobia."



Aleya hanya menunduk selepas meluahkan segalanya. Idzham pula terasa semakin nak ternganga mendengar pengakuan berani mati Leya.



"Ada juga medical terms macam tu ya? Am pun tak pernah tahu. Kalau 'nemo judex in causa sua' tu Am tahulah." Idzham hanya tersengeh.



Aleya mengangkat pandangannya pada Idzham. Matanya dicerunkan pada Idzham dengan pandangan pelik.



"Apa bintang tu?"



"Bukan binatanglah cik adik. 'Nemo judex in causa sua' tu maksudnya no man shall be judge in his own cause. Itu law terms lah. Apa ni graduate Law pun tak tahu?"



Giliran Aleya pula tersengih malu mendengar teguran Idzham. "Leya bukannya bagus sangat pun masa amik course law kat UM dulu. Selalu dapat markah cukup-cukup lulus je."



Seketika suasana di antara mereka menjadi sunyi sepi. Tiada siapa diantara mereka yang nak bercakap. Seolah-olah sudah habis segala kata-kata untuk diluahkan.



"Leya…" tiba-tiba cukup lembut sekali Am memanggil nama Aleya.



"Hmmm…." Itu sahaja yang dijawab Aleya. Namun irama dalam hatinya berdendang sakan pabila dia mula menyedari yang Am tidak lagi bersaya – awak dengannya. Dah ber- Am – Leya semula. Mungkinkah ini petanda hati lelaki ini sudah mula terpujuk?



"Tadi Leya ada kata yang Leya suka Am kan?" Idzham bertanya ragu. Malu pula kalau dia tersalah dengar. Tapi rasanya dia dah korek telinga dia pagi tadi.



"Errr…lebih kurang macam tulah." Aleya segera menundukkan mukanya. Pipinya kelihatan mula memerah menahan malu.



"Apa yang Leya suka pada Am? " Tanya Idzham straight forward.



"Apa ye??? Hmmm...Leya suka Am dah lama jugaklah, sejak di UM. Yalah kan Am antara jejaka terhebat masa di UM dulu. Ada rupa, setiap semester keputusan kekal four pointers, popular dan segala perkataan yang seangkatan dengannya lah. Manalah tak jadi pujaan budak-budak perempuan UM terutamanya student fakulti undang-undang masa tu. So, Leya termasuk salah satunya lah. Tapi yalah masa tu ada orang tu sombong. Tak nak layan peminat. Yalah budak pandai mana nak layan cinta-cintun masa belajar kan? Perasan bagus sangat." Aleya sengaja memulangkan paku buah keras pada Idzham.



"Ohhh, kenakan orang balik ya? Pandai ya. Dah tau suka dekat Am dan Am sendiri pun dah mengaku suka pada Leya. Kenapa pergi reject Am hari tu?" Seraya dengan itu hidung Aleya dicuitnya.



"Hishhh…apa main cuit hidung anak dara orang ni? Ada lessen ke nak main cuit-cuit?" Aleya merungut bila hidungnya dicuit Idzham.



"Ada. Lesen 'L'. Tak gitu cik Leya sayang?" Idzham mengangkat-ngangkat keningnya memandang Aleya.



"Mengada-ngada. Pandai sangatlah tu. Entah siapalah pandai-pandai issue lesen 'L' pada dia. Kata orang je tahu ya. Dia tu lagilah lebih. Leya reject sebab ada orang tu gelojoh sangat buat pengakuan berani mati dia hari tu. Dah la kepala tengah serabut fikir apa motif orang tu simpan gambar kita senyap-senyap. Manalah tak kena reject. Terkejut tahu tak?



Dahlah tu, bila kena reject terus merajuk, bawa diri. Tak mahu bercakap dengan kita ni dah. Lain kali kalau nak mengurat anak dara orang yang ada philophobia ni kena slow and steady. Mana boleh main terjah begitu sahaja."



Idzham tergelak mendengar kata-kata Aleya tu. Sedar akan kegelojohan dia hari tu.



"Yalah mana Am tahu dia ada penyakit 'phia-phia' dia masa tu. Tapi ada orang tu bila kita merajuk, tak nak tegur dia, dia rindu juga dekat kita kan?" giat Idzham pada Aleya pula.



"Eleh…mengada-ngada. Tak kuasa nak rindu-rindulah."



Akhirnya kedua mereka ketawa bersama dengan usikan masing-masing.



"So, lepas ni Am boleh sambung mengurat Leya semulalah ya?" Idzham mengenyit matanya pada Aleya.



"Idzhammm….." Aleya menjerit halus mendengar kata-kata Idzham tersebut. Bukannya marah pun. Sekadar jerit serak-serak manja. Pipi Aleya kelihatan semakin memerah.

shy love

Akhirnya Aleya menunduk menahan rasa malu.

~Nota Ringkas: Mengapa Ramadhan Tidak Berkesan?~

SaLaM rAmAdHaN buat sEmUa Umat IsLaM..
erm..dapat forwarding e mail dari kawan..
menarik terus hapdet dalam blogs...moga2 sama2 kita dapat manfaatnya.
AMIN.

ramadhan

Oleh : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah.

Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat.
Mengapa?

Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah memberikan friendly reminder, bahawa puasa sebagai proses menjana Taqwa adalah satu proses yang rumit. Kalimah La’alla yang dijadikan sendi firman-Nya di Surah al-Baqarah ayat 183 itu sudah sedia melontarkan konotasi ‘mudah-mudahan’, tanda tidak semua berhasil mencapai Taqwa di hujung Ramadhan.

Justeru jangan sambil lewa. Usaha mengisi Ramadhan mesti penuh kesungguhan.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah memberi peringatan tentang betapa ramai yang gagal memperolehi tawaran-tawaran hebat Ramadhan, kecuali lapar dan dahaga yang sia-sia. Justeru ketidak sempurnaan hasil Taqwa setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mungkin berpunca daripada masalah INPUT bersangkutan dengan iman dan hal-hal dalaman manusia, atau mungkin berpunca daripada PROSES, iaitu soal ilmu pengetahuan dalam menggerakkan puasa mengikut manual Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Andaikata masalah INPUT itu bersangkutan dengan AQIDAH, di sinilah timbulnya keganjilan terhadap kelompok yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Bagaimana mungkin seorang itu berpuasa, tetapi meninggalkan rukun Islam yang lebih tinggi iaitu solat? Ia bukan masalah hukum atau masalah fiqh, sebaliknya ia bersangkutan dengan kecacatan serius pada aqidah pelaku ganjil ini.
Kerosakan yang membabitkan MINDSET dan WORLDVIEW ini mungkin diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan puasa yang salah motif. Melihat puasa sebagai mekanisma kesihatan diri semata-mata, tanpa ada hubungkaitnya dengan manifestasi kehambaan diri kepada Allah, justeru puasa kosong daripada roh Tarbiyyah, dan sekadar memberikan manfaat material atau duniawi semata-mata

MASALAH INPUT


Ada pun kecacatan berkaitan dengan sistem nilai, ia akan terserlah pada ketidak sungguhan atau tiadanya rasa ghairah terhadap segala tawaran Allah berkaitan Ramadhan.

Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.

Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.

Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka.
Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah.

MASALAH PROSES


Ketidakberkesanan puasa dalam membentuk ketaqwaan diri, mungkin juga berpunca bukan daripada masalah INPUT, sebaliknya datang daripada kecacatan PROSES. Cara puasa itu dilaksanakan, sejauh manakah ia menepati kehendak Allah Subhanahu wa Ta’aala dan didikan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam?

Asasnya adalah ILMU. Inilah salah satu keistimewaan terpenting Islam, bahawa segala perlakuan ibadah terbina di atas dasar ilmu. Bukan ikut-ikutan, bukan teka-tekaan. Harus ada asas kefahaman yang membolehkan puasa dengan segala ibadah lain, berlangsung seperti yang sepatutnya.

Belajar tidak pernah habis.

Amat malang sekali seorang yang sudah berusia 40 tahun, masih berpuasa dengan ilmu puasa yang dipelajarinya semasa berusia 15 tahun.

Ilmu mesti sentiasa ditingkatkan sesuai dengan pengalaman diri, cabaran yang bertambah serta pendedahan yang pelbagai.


Jika di usia 15 tahun, kita belajar bahawa musafir diharuskan berbuka puasa, mungkin di usia 21 tahun kita perlu memperincikan ilmu itu apabila buat kali pertamanya kita menaiki kapal terbang di bulan Ramadhan. Rukhsah yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala ada kalanya jelas dari segi fiqh, tetapi terhalang daripada perlaksanaan akibat daripada sentimen bahawa rukhsah itu ‘mengurangkan nilai’ ibadah, atau rukhsah itu menukar kebiasaan.

Sebagai contoh, andaikata seorang yang bermusafir ke London pada bulan September 2009 mahu terus berpuasa tanpa mengambil rukhsah, beliau bebas berbuat demikian. Namun lihatlah kepada ilustrasi di bawah, untuk jelas di mindanya, berapakah tempoh puasanya?

21 jam!



Begitu juga dengan kaum wanita yang hamil atau menyusukan bayi, perlu baginya memahami aspek-aspek bersangkutan dengan pengurusan puasanya, bila keharusan berbuka berlaku dan apa kesannya dari segi Qadha’ dan Fidyah. Seorang muslimah, tatkala masuk ke alam perkahwinan dan mula menimang cahaya mata, perlu menyediakan diri dengan ilmu berkaitan hal ini.
Suami pula, tatkala menyedari bahawa sang isteri mempunyai sebab yang pelbagai untuk tidak berpuasa, dan perlu melakukan qadha’ selepas Ramadhan nanti, hulurkanlah bantuan dengan berpuasa sunat meneman isteri yang berpuasa.

Ada pun panduan menyusukan bayi bagi wanita yang berpuasa, artikel yang disiarkan di UMMUSAIF.COM boleh membantu.

Ia langkah proaktif agar pilihan berbuka puasa untuk menyusukan anak, boleh diminumkan.


Manakala persoalan membabitkan qadha’ puasa dan fidyah yang berkaitan, harus juga diberikan perhatian. Adakalanya, soal qadha’ dan fidyah bersifat teknikal dan tidak sulit untuk ia dilaksanakan. Namun, perbuatan menangguhkan qadha’ puasa tanpa sebarang sebab dan keuzuran hingga masuk Ramadhan yang berikutnya, ia adalah dosa. Bukan sahaja qadha’ dan fidyah yang perlu dilangsaikan, pelaku itu juga mestilah bertaubat dan menyesali kecuaiannya itu.

Fidyah berbayar, puasa diqadha’, tetapi datangkah rasa sesal pada diri atas perlakuan itu?


Di tahun awal pensyariatan ibadah puasa ini (Tahun kedua Hijrah), umat Islam hanya dibenarkan makan dan minum bermula daripada waktu Maghrib hingga solat Isyak. Selepas Isyak, tidak boleh lagi makan dan minum sehinggalah waktu Maghrib hari yang berikutnya. Jika ada yang tertidur sebelum Isyak, beliau juga berpuasa bermula daripada tidurnya itu sehinggalah Maghrib keesokan harinya. Hal ini amat membebankan sahabat dan hukum ini kemudiannya dimansukhkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Sebagai gantinya, Syariat Islam menghendaki setiap orang yang berpuasa menjaga urusan sahurnya. Sahur dituntut agar ia diambil, biar pun dengan hanya seteguk air, pada waktu hujung malam menjelang waktu subuh.

Perbuatan makan siap-siap pada waktu tengah malam dan kemudian tidur hingga masuk ke waktu solat Subuh, tidaklah menghasilkan fadhilat sahur. Malah ia disinonimkan dengan amalan Ahli Kitab, termasuk dari aspek menyengajakan pemanjangan tempoh berpuasa selepas ia sudah dipendekkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.

Hindarkan perbuatan ini.

Demikian juga halnya dengan soal menyegerakan berbuka puasa. Isunya sama iaitu larangan meniru sikap Ahli Kitab yang berpuasa, serta larangan memanjangkan tempoh puasa lebih daripada apa yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala. Bagi mereka yang menjangkakan dirinya akan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas ketika masuknya waktu berbuka puasa, hendaklah bertindak proaktif menyediakan tamar atau air minuman di dalam kereta masing-masing.

Jangan pula ada yang ‘bergeliga’ mahu membuka puasa dengan mengorek hidung!

Semoga dengan sedikit muhasabah ini, kita boleh sama-sama membuat penilaian agar Ramadhan yang masih seputik jagung ini dapat dioptimumkan menuju TAQWA.

Salam Ramadhan.

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
http://saifulislam.com/68000 AMPANG

~ Lagu Cinta Eps: 9-11 ~


BaB 9 (Refine)
Aleya

Dalam Sebuah Pelarian...

hart

"Puan Sharina, Encik Idzham dalam perjalanan ke sini untuk membincangkan draf kontrak pembelian saham dengan Teraju Makmur. Tadi setiausahanya telefon saya." Aleya memberitahu bosnya akan kedatangan Idzham ke pejabatnya itu. Memandangkan Puan Sharina tak ada setiausahanya sendiri, maka Aleyalah yang kena jadi setiausaha kuasa dua. Kiranya hebat juga jawatan tak bertauliah Aleya di pejabat ni, setiausaha kepada setiausaha syarikat.

"Baiklah Aleya, you tolong sediakan prospektus Teraju Makmur tu untuk saya ya."

"Sebentar lagi saya hantar. Puan, saya nak minta kebenaran keluar sekejap, saya nak pergi ke bank depan tu."

"Okay, sebelum pergi jangan lupa bawa masuk prospektus tu."

"Ya…." Yes! Nasib Puan Sharina benarkan Aleya keluar. Dia perlu keluar sebelum Idzham sampai ke ofis ni. Sebenarnya dia bukannya nak pergi bank pun, tengah bulan begini siapa je yang nak pergi berurusan dengan bank. Mana taknya, kebanyakan akaun pun dah kategori rawatan kecemasan. Termasuklah Aleya sendiri. Dia cuma nak lari dari Idzham. Dia masih tak sanggup nak bertentang mata dengan Idzham. Tidak… semenjak dia mengetahui isi sub folder yang bertajuk 'My_Princess' dalam komputer riba Idzham hari tu.

Saat dia mengambil dompet dan telefon bimbitnya sebelum melangkah keluar dari ofis…

"Kak Leya nak pergi mana?" Alahai, cik kak Dania ni menyibuk pula bertanya. Mana boleh beritahu dia ni. Kalau diberitahu karang, mesti Idzham pun tahu. Dia ni memang ada kemahiran dalam bidang radio karat. Siapa lagi sifunya kalau tak Idzham.

Dania dan Idzham. Aleya tak boleh percaya pada kedua-duanya walaupun si Dania ni selalu melaung-laungkan prinsip negara Switzerlandnya yang natural konon. Kalau Dania kata, dia tu Finland ke, Iceland ke hatta Greenland sekalipun Aleya tak akan percaya paksi naturalnya tu. Rasanya jarum natural Dania tu memang dah rosak. Mana taknya, asyik menyebelahi Idzham sahaja. Dia ni dengan Idzham tu macam ada komplot. Nak cakap ada affair macam tak logik. Dania kan dah kahwin? Tapi orang yang dah kahwin zaman sekarang ni pun memang banyak juga yang ada affair kan?

"Kak Leya nak ke… errr…klinik. Rasa macam sakit kepalalah." Bagi sahajalah apa-apa alasan Aleya. Asalkan boleh lari dari tali barut Idzham ni.

"Akak pergi dulu ya. Dah lambat ni." terus dia melangkah keluar secepat mungkin.

'Nak pergi klinik pun ada terms lambat atau cepat ke? Bukannya dia nak bersalin pun. Cuma sakit kepala je kan? Rupa Kak Leya tu macam nak larikan diri je? Tapi dia nak mengelak dari siapa?' Dania melihat pemergian Aleya dengan muka pelik.

Dalam asyik Dania cuba merungkai persoalan negara yang memberat di kepalanya, dia terpandangkan seseorang lelaki masuk ke pejabat itu.

Idzham! Tahulah dia kini jawapan kepada persoalannya tadi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Aleya bukannya ke bank mahupun klinik seperti yang diberitahunya kepada Puan Sharina dan Dania tadi. Dia melangkah ke sebuah kedai buku berhampiran ofisnya. Dia bercadang mahu duduk di situ membaca sambil menunggu Idzham habis berurusan di syarikatnya. Dia tidak mahu terserempak dengan Idzham. Nasib dia dah kenal mesra dengan pekerja-pekerja kedai buku tersebut. Jadi tidak menjadi masalah jika dia duduk berkelah di kedai itu untuk membaca.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Mesej dari Idzham!

'Leya kat mana? Am nak jumpa Leya. Why x reply my msg n call?'

'Dah habis ke dia berbincang dengan Puan Sharina?' Seperti mesej-mesej dari Idzham yang sebelum ini (selepas Aleya pulang dari Penang) dia hanya membiarkannya tanpa membalas walau sebarang huruf sekalipun. Malahan panggilan Idzham ke telefon bimbitnya sengaja tidak dijawab. Dia tak mahu jumpa Idzham. Dia tak mahu bercakap dengan Idzham. Semuanya kerana apa yang dilihatnya dalam computer Encik Abang Perasan Bagus tu lah. Apa dia ingat, dia tu bagus sangat ke buat macam tu?

Huh, tapi sampai bilalah dia mampu mengelak dari Idzham? Itupun nasib Encik Abang Perasan Bagus tu tak telefon direct ke meja ofisnya. Kalau dia telefon dan Aleya yang jawab, mahunya dia rendam telefon ofisnya tu dalam toilet bowl supaya tak ada lagi call dari Idzham. Nak direndam handphonenya tu, dia sayang dengan cik Norkiahnya tu. Aleya pun tak pasti sama ada mamat tu tak tahu nombor ofisnya atau dia tidak mahu bercakap hal peribadi menggunakan telefon ofis. Kalaulah pilihan kedua tu, sememangnya lah dia tu lawyer yang dedikasi.

Aleya pantas menelefon penyambut tetamu ofisnya untuk mengesahkan sama ada Idzham sudah keluar dari bangunan pejabatnya atau belum. Nak telefon Dania, dia tak percaya dengan mak budak tu. Mahu ditanya Puan Sharina, nanti apa pula kata bosnya tu. Tak pasal-pasal dia dapat tahu yang Aleya ada perang urat saraf dengan Idzham.

Melalui cik peyambut tetamu syarikatnya, dia dapat tahu Idzham dah balik. Jadi bolehlah dia balik ke ofis semula. Pada dia mahu melangkah keluar dari pintu ofisnya, dia disapa seseorang.

"Aleya!"


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Ya Allah, macam mana pula boleh terserempak dengan Syed Akashah ni?

"Eh, err… Tttu…Tuan Syed? Buat apa kat sini?" Apa pula balanya ni? Apa dia buat kat sini ni? Apa Aleya nak buat ni? Kalaulah Buaya Jadian ni beritahu bosnya Puan Sharina yang dia melepak di kedai buku ni masa pejabat macam mana? Karang dituduhnya dia ponteng kerja pula. Aleya dah mula merasa gelisah.

"Its Syah, Aleya. I told you before right? Kalau you tak benarkan I panggil you Leya, you kena panggil I Syah. Not Tuan Syed okay my dear? I feel like we are in colonial era when you call me like that."

Erk, zaman kolonial? Mamat ni biar benar? Rasanya Aleya tak boleh nak terbayangkan kalau benar mereka di zaman kolonial. Si Buaya Jadian ni dengan topi mengkuang bulat dan baju serta seluar pendek warna coklat macam Sir Arthur Conan Doyle yang merentas hutan dengan senapang patahnya mencari harta karun. Aleya pula pakai gaun kembang bertingkat dan kelihatan tonggek di bahagian belakangnya macam Jane dalam kartun Tarzan tu. Siap dengan aksesori kipas dan sarung tangannya lagi. Aduh, kritikal punya fesyen. Kalau disuruh mama Aleya pakai pun, confirm dia tak mahu punya walau dibayar.

"By the way, I yang patut tanya you buat apa kat sini. Its office times now my dear. You ponteng ye?"

Ishh… suka benar dia panggil Aleya my dear. Saya bukan rusa awaklah Encik Buaya Jadian. Saya seorang manusia berdarah panas yang masih dimiliki Encik Azrul dan Puan Parizah. Lagipun tak kuasa Aleya nak bersayang-sayang dengan spesis buaya yang berdarah sejuk. Tak match langsung dengan DNAnya.

"Eh, taklah. Mana ada saya ponteng. Puan Sharina suruh saya beli kertas A4 tadi. Tu yang saya datang sini. Tapi tak jual pula kat sini." Reka sahajalah apa-apa alasan Aleya. Asalkan dia dapat lepaskan dirinya dari dituduh memonteng waktu kerja. Kalau dia dituduh juga, dia akan jawab yang semua ni berpunca dari Encik Abang Perasan Bagus tu. Kalau dia tak buat hal, tak adalah Aleya perlu lari dari ofisnya sendiri. Kerana Idzhamlah dia dituduh pekerja yang tidak belajar pendidikan moral.

"Tak ada jual kertas A4? Tu yang berlambak tersusun tu apa?" Syed Akashah memandang Aleya dengan pandangan pelik. Tangannya ditunjuk ke arah bahagian hadapan kedai yang penuh dengan susunan pelbagai jenis ream kertas A4.

"Errr…tu jenama lain. Puan Sharina nak jenama lain. Dia tak boleh pakai jenama yang bukan-bukan. Nanti dia allergic."

"Allergic? Tak pernah pula I dengar ada orang allergic dengan kertas. Eh, admin tak sediakan kertas ke? Kenapa tak minta pada mereka je?"

"Apa pula tak ada orang macam tu. Dalam 24 juta orang hanya ada satu je yang kena penyakit allergic kertas ni. Admin pula tak boleh bagi dah kertas A4. Department saya dah over budget yang diberi." Satu dalam 24 juta tu maksudnya seorang je lah dalam Malaysia ni. Jadi tak payahlah Syed Akashah ni nak pergi cari kes yang sama dalam Malaysia ni. Takkanlah Si Buaya Jadian ni nak pergi check statistik dekat negara lain pula.

'Ampun Puan Sharina sebab Aleya buat cerita macam ni.' Pinta hati kecil Aleya. Dia tak mahu Si Buaya Jadian ni tahu yang dia sebenarnya melarikan diri dari Idzham. Dah tertangkap macam ni, terpaksalah Aleya reka alasan yang munasabah. Lagipun dah alang-alang menipu sampai macam ni, kenalah Aleya teruskan supaya nampak benar. Sebab itu lah agaknya orang-orang tua selalu pesan jangan menipu. Tengoklah sekarang, bila dah menipu, terpaksa menipu lagi. Menipu diatas menipu.

"Over budget? You all buat apa sampai over budget? Sekarang baru second quarter."

"Ohh…hari tu kita orang buat pesta kapal terbang kertas. Tu yang habis cepat tu. Lagipun board luluskan budget untuk stationeries sikit sangatlah." Ha, ambik kau jawapannya Syed Akashah. Banyak pula tanya mamat ni.

Berapa lama lagi saya nak kena layan sesi interview di depan pintu kedai ni Encik Buaya Jadian? Sudah-sudahlahlah tu. Janganlah tanya soalan lagi. Kita ni berdiri betul-betul depan pintu kedai tahu tak? Mengganggu lalu lintas orang ramai nak keluar masuk. Aleya dah makin rimas dengan soalan-soalan Syed Akashah. Boleh pula tanya apa mereka buat dengan kertas-kertas A4 tu. Mestilah digunakan untuk sediakan dokumen syarikat. Tak ada mananya Aleya nak rembat kertas-kertas tu dari ofis dan pergi jual dekat pasaran gelap. Bukannya boleh laku pun.

"Hai sempat tu you kenakan your board of director ya? Okaylah nanti next board meeting I akan propose resolution pada board untuk increase budget for kertas. Mana tahu kalau-kalau board nak luluskan sekali penajaan kertas A4 untuk pesta kapal terbang kertas you tu. I thought you all guna untuk Photocopy resepi." Ayat yang keluar dari mulut Syed Akashah siap dengan kening yang diangkat sebelah pada Aleya yang kononnya macam Ziana Zain. Eleh, tak jadi pun…

"Zaman sekarang kaum hawa tak main Photocopy resepi dah. Resepi semuanya we all save in thumb drive je. Tuan Sy…err…Syah, I nak balik ofis semula ya. Kalau I lama-lama hilang dari ofis, risau pula Puan Sharina. Silap-silap dia report polis pula. Nanti tak pasal-pasal you pula yang akan dikenakan charge menculik anak dara orang. Lagipun kita ni bersoal jawab di depan pintu. Tak berapa elok untuk masa depan I yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Nanti tak ada orang nak pinang I, siapa yang susah? You juga kan yang susah sebab dapat company secretary 'andartu'."

Syed Akashah tergelak mendengar kata-kata Aleya. Ada sahaja alasannya. Tapi bagi Aleya dia dah boleh control perasaannya dah. Ketawa Syed Akashah alias Sang Buaya Jadian tidak lagi membuatkanya seriau lagi. Tak kedengaran romantis dah pada dia. Mana taknya, dalam hati Aleya, ketawa Encik Abang Perasan Bagus lagi romantis dari Buaya Jadian. Tiba-tiba dia jadi rindu pula pada Idzham. Tapi….

"Okaylah, pergilah balik ofis. I tak nak nanti I kena tangkap pula sebab dituduh menculik you. Kalau I kena penjara, siapa nak pinang you pula kan." Syed Akashah menghadiahkan senyuman buat Aleya sebagai tanda perpisahan dan Aleya membalas senyuman itu walau dia terkedu dengan ayat terakhir sang Buaya Jadian tu. Dia nak pinang Aleya? Biar benar mamat ni.

Tanpa disedari oleh mereka, di seberang jalan sana, ada mata yang menyaksikan acara membalas senyuman mereka dengan hati yang berbuku dengan adunan perasaan sakit hati, geram, kecewa dan…



angry tinkerbell tink clochette Glöckchen zornig böse Campanilla furoso furious faery fairy Fee hada fata animated gif




Can't Fight the Moonlight
(Leann Rimes)
Under a lover's sky
Gonna be with you
And no one's gonna be around
If you think that you won't fall
We'll just wait until
Till the sun goes down
Underneath the starlight, starlight
There's a magical feeling so right
It'll steal your heart tonight
You can try to resistTry to hide from my kiss
But you know, but you know that you
Can't fight the moonlight
Deep in the dark
You'll surrender your heart
But you know, but you know that you
Can't fight the moonlight, no
You can't fight itIt's gonna get to your heart
There's no escape from love
Once a gentle breeze
Sweeps its spell upon your heart
No matter what you thinkIt won't be too long
Till you're in my arms
Underneath the starlight, starlight
We'll be lost in the rhythm so right
Feel it steal your heart tonight
BaB 10
Idzham

Hatinya yang terluka…

broken heart Pictures, Images and Photos



Idzham terlentang di sofa menghadap televisyen yang terpasang dihadapannya. Namun fikirannya tidak tertumpu ke rancangan UP 2 U yang sedang ke udara di channel 16 saluran Astro iaitu Hitz.TV. Fikirannya sedang merayau entah kemana dan membiarkan televisyen dihadapan mata yang menontonnya. Membiarkan bil elektriknya semakin tinggi sekaligus mengkayakan lagi TNB.

Hari-hari minggu begini, teman serumahnya Nik pastinya mengambil kesempatan keluar berlibur bersama tunangannya. Begitu juga rasanya dengan pasangan-pasangan yang sedang berbahagia bersama cinta mereka di luar sana. Tetapi tidak bagi dia. Tiada siapa yang hendak diajaknya untuk keluar berlibur. Yalah dia mana ada orang yang hendak dicintai seperti jejaka lain di luar sana.

Tetapi, suatu ketika dahulu ada satu nama dihatinya. Satu-satunya wanita yang telah ditakhtakan di hatinya selepas uminya. Sememangnya wanita itu telah lama mengetuk pintu hatinya. Aleya Puteri. Ya, dialah wanita yang telah terpahat namanya sejak sekian lama di hati lelakinya. Bukannya baru beberapa minggu atau bulan. Tetapi bertahun lamanya. Semuanya berlaku di luar kesedarannya. Juga di luar kesedaran Aleya. Satu demi satu insiden yang menemukan dan merapatkan mereka mungkin petanda bahawa Tuhan telah menulis nama mereka di Loh Mahfuz untuk di satukan dalam sebuah ikatan cinta yang kudus.

Perhubungannya dengan Aleya yang sentiasa ada turun naiknya, disulami dengan pertengkaran dan kemesraan telah menyedarkannya akan kehadiran perasaan yang semakin kejap bermukim dihatinya. Perasaan yang dinamakan cinta. Cintanya pada Aleya. Cinta yang hadir dihatinya tanpa dipaksa. Malah kehadirannya tidak mampu ditolak oleh Idzham.

Bukannya dia yang sengaja mencari dan menjemput perasaan yang indah itu di hatinya. Dia tak ada dan tak pernah pun hantar kad jemputan walimatulurus buat sang cinta. Tetapi rasa cinta buat seorang Aleya Puteri itu yang datang sendiri mengetuk pintu hatinya. Entah bas no. berapa sang cinta naik untuk sampai ke hatinya pun dia tidak tahu. Jadi mengapa harus disalahkannya? Mengapa Aleya tidak memahaminya? Mengapa Aleya menuduhnya yang mengada-ngada nak jatuh cinta?

Dan… fikirannya melayang mengingati pertemuannya dengan Aleya lewat dua bulan yang lalu…


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Hari itu dia benar-benar nekad. Dia akan berjumpa dengan Aleya. Sama ada gadis itu mahu atau tidak, Idzham tidak peduli lagi. Dia mesti berjumpa dengan Aleya hari itu juga. Telah beberapa minggu dia cuba menghubungi dan menghantar mesej kepada Aleya melalui telefon bimbitnya. Namun usahanya itu tidak mendapat sebarang respon yang positif dari Aleya. Panggilannya dibiarkan tidak berjawab. SMSnya tidak dibalas. Jika dia menelefon Aleya menggunakan nombor telefon lain, gadis itu pasti akan meletakkan telefonnya secepat mungkin pabila mendengar suaranya. Pabila dia datang ke pejabat gadis itu, pasti Aleya akan berusaha melarikan diri daripadanya. Segalanya membuatkan dia merasa pelik akan Aleya. Pelik kenapa gadis itu berkelakuan sebegitu sekali. Mengelakkan dirinya.

Serasanya semua itu berlaku semenjak mereka kembali dari Penang. Aleya tiba-tiba berubah laku. Malah malam terakhir di Penang ketika dia menghantar Aleya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, gadis itu tidak banyak bercakap. Diajak makan sebelum Aleya check in ke balai berlepas pun gadis itu enggan. Seperti ada sesuatu yang termengkelan di hati Aleya. Sedangkan sebelum itu hubungan mereka baik-baik sahaja. Hubungan mereka yang dahulunya dingin telah menjadi semakin mesra. Kesenyapan Aleya malam itu rupanya berpanjangan hingga kini. Telah berkali-kali dicubanya menghubugi Aleya. Ingin ditahunya apa yang berlaku. Adakah dia ada melakukan kesalahan kepada Aleya? Adakah gadis itu merajuk dengannya?

Lalu hari itu, dia menunggu dengan sabar di kawasan parkir pejabat Aleya semenjak jam 4.00 petang lagi. Lebih tepat lagi di sisi kereta Kelisa Aleya. Dia akan menunggu sehingga Aleya datang ke parkir tersebut untuk mendapatkan keretanya selepas waktu pejabatnya tamat pada jam 5.30 petang nanti. Kalau Aleya overtime sehingga jam 12.00 tengah malam sekalipun dia akan setia menunggu di situ. Kalau perlu pasang khemah dan bentang sleeping bags di situ pun dia sanggup. Dia perlu berjumpa Aleya. Hanya cara ini sahaja yang mampu difikirnya. Malah kalau Aleya kena heart attack melihat dia di sini pun, dia sanggup tanggung segala risikonya. Dia tahu kali ini Aleya tidak akan dapat mengelat lagi dari bertemu dengannya.

Begitu sekali tekadnya. Lebih-lebih lagi bila teringat akan kemesraan Aleya dengan Syed Akashah di hadapan kedai buku yang terletak berhampiran dengan pejabat Aleya. Bukanya dia tidak kenal Syed Akashah tu. Bukankah dia peguam syarikat Aleya? Maka pastinya dia tahu kewujudan pengarah syarikat yang masih muda itu. Malah dia cukup arif dengan mata helang lelaki hidung belang seperti Syed Akashah yang sentiasa tidak lepas mencari mangsa untuk dibahamnya. Lagipun sudah banyak cerita yang didengarnya tentang lelaki tersebut. Lelaki yang masih muda dan segak, lahirnya dari golongan aristocrat, hebat dalam meneroka peluang perniagaan, hebat memikat gdis-gadis cantik dan juga hebat dalam mengecewakan perasaan mereka. Definasi wanita bagi lelaki seperti Syed Akashah tidak lebih daripada sekadar barang mainan sahaja. Maka sebab itu, dia tidak akan membiarkan lelaki itu merapati Aleya dan mempermainkannya. Tidak sekali-kali. Titik.

Dari kejauhan dia dapat memerhatikan kedatangan Aleya ke tempat parkir tersebut. Sengaja disorokkan sedikit badannya supaya Aleya tidak akan sedar akan kehadirannya di situ dari kejauhan. Lalu pabila Aleya mendekati pintu keretanya, dia memunculkan tubuhnya di hadapan Aleya. Tepat seperti tekaannya yang Aleya pastinya akan terkejut…dan tidak dapat mengelakkan dirinya lagi.

“I- Idz- Idzham?” Suara Aleya kedengaran bergetar. Air mukanya kelihatan sungguh terperanjat. Seolah-olah melihat hantu.

“Yes. It’s me. Idzham Iskandar. Kenapa dah lupa rupa muka Am ke?”

“Apa awak buat kat sini?” Tanya Aleya tanpa menjawab soalan Idzham.

“Saja-saja duduk sini berkhemah. Tak nampak ke Am pasang unggu api tu?”

“Kalau awak nak berkhemah ke, buat rumah sekalipun saya peduli apa. Tak ada masa saya nak tolong awak pasang khemah. Saya nak balik dah. Excuse me.” Aleya malas nak layan loyar buruk Idzham.

“Kenapa Leya lari dari Am?” Idzham terus bertanya tujuan asalnya bila dilihat Aleya tidak berminat untuk melayan gurauannya seperti biasa.

Aleya menyandarkan tubuhnya pada pintu kereta Kelisanya sambil berpeluk tubuh. Matanya tajam merenung Idzham. “Mana ada saya lari dari awak?”

“Kalau tak jawab panggilan Am, tak reply SMS Am, malah bila Am datang ofis ni, Leya mengelat, mencari alasan untuk tidak berjumpa dengan Am, apa benda tu? Bukan lari namanya?” Idzham meluahkan segala yang terbuku dihatinya.

“I just don’t feel like I want to see you.” Mata Aleya masih tajam memandang Idzham. Sinar matanya kelihatan seolah-olah berapi. Ada rasa marah yang terbuku di situ.

“Why?” Mata Idzham juga galak merenung muka Aleya. Ingat dia seorang boleh tenung mukanya macam tu? Idzham pun bolehlah.

“Saja. Hobi…” Saja diulang kata Idzham satu ketika dahulu. Ingat dia sahaja yang tahu nak berloyar buruk? Aleya pun pandai juga tahu.

“Oh, hobi? Macam pernah dengar je ayat tu? Tapi di mana ya?” Sengaja ditiru ayat yang selalu diajuk oleh Yasin Senario untuk menghangatkan lagi perbualan mereka yang sememangnya dingin.

“Sudahlah Idzham. Saya nak balik. Tak kuasa dah saya nak layan loyar buruk awak. Jadi, dengan segala hormatnya, boleh Encik Idzham ketepi sedikit? Tolong beri laluan, saya nak masuk ke dalam kereta saya.”

“No-no-no. Am tak akan benarkan Leya balik selagi segala persoalan tidak dijawab. Kalau kita kena berdiri di sini sampai esok pagi pun, Am tak kisah.”

“Soalan apa lagi ni? Saya rasa saya tak ada hutang apa-apa jawapan dengan awak.”

“Kenapa Leya lari dari Am? Kenapa mengelat dari Am? Kenapa tak jawab panggilan Am? Am dah macam orang gila cuba contact Leya tahu tak?” Matanya sayu merenung Aleya seolah-olah cuba menggambarkan keperitan hatinya pabila Aleya tiba-tiba menyepi daripadanya.

“Awak nak tahu kenapa saya lari dari awak? Kenapa saya tak balas panggilan awak?” Idzham hanya mengangguk mendengar pertanyaan Aleya. Dia tanya Aleya, Aleya pergi tanya dia balik semula pula. Soalan yang sama pula. Tak paham arahan betul minah ni. Orang minta jawapan. Dia bagi soalan pula. Macam mana boleh lulus periksa entah.

“Semuanya kerana awak!” Ringkas sahaja jawapannya. Tiga suku kata untuk tiga soalan yang diberinya.

“Me?” Idzham menunding jarinya ke arah diri sendiri. Mukanya kelihatan pelik dengan jawapan yang di beri Aleya.

“Yes. Its you Mr. Idzham Iskandar a.k.a Encik Perasan Bagus.” Jawab Aleya dengan suara yang penuh keyakinan.

“Kenapa Am pula? As far as my concern, bukannya Am yang buat hal. Leya yang mengelat dari Am.” Idzham mula geram. Aleya yang mulakan dulu, dia pula di salahkan.

“Apa motif awak simpan gambar saya?”

“Gambar apa pula ni?” Idzham makin tidak faham dengan kata-kata Aleya.

“Gambar dalam folder my_princess dalam notebook awak tu?”

“Errkkk…ma- man- mana Leya tahu pasal ni?” Idzham terkedu mendengar penerangan Aleya.

‘Aduh, macam mana pula boleh kantoi ni?’ Idzham mula merungut dalam hatinya bila mengetahui Aleya sudah tahu rahsianya.

“Sebab saya tengok dalam fail pada komputer riba awak tu lah saya tahu. Agaknya kalau saya tak pernah tergerak nak tengok apa isi fail tu, entah bilalah saya akan tahu perangai awak yang tak senonoh ni!” Aleya berkata garang. Pandangan matanyanya semakin dicerunkan terhadap Idzham.

‘Tak senonoh? Simpan gambar dia pun dikira tak senonoh ke? Carilah suku kata yang sesuai sikit selain perkataan tak senonoh tu kalau ya pun nak menuduh dia.’ Ngomel hati Idzham.

“You switch on my notebook without my consent and look on my files? How could you interrupt in my private life? Sekarang ni siapa yang tak senonoh sebenarnya? ” Balas Idzham dengan nada tidak percaya. Dia perlu membela dirinya dari dituduh sesuka hati oleh mahkamah hati Aleya.

“Itu namanya bukan menceroboh hak privasi awak kalau gambar saya boleh berada dalam simpanan awak. Saya betul-betul tak percaya yang awak sanggup buat macam tu. Dahlah tu, bukannya satu gambar saya yang awak simpan. Berpuluh-puluh. Silap-silap beratus dalam tu. How could you do such thing to me? Apa motif awak Idzham?” Suara Aleya kedengaran begitu lirih sekali.

Aleya benar-benar terkejut apabila membuka fail my_princess itu dan mendapati dalamnya dipenuhi gambar dia semasa di uiversiti sama ada berseorangan atau bersama orang lain. Dia merasakan seolah-olah hak peribadi dirinya dicerobohi. Kebanyakan aksinya dipotretkan dan disimpan oleh seorang lelaki yang pernah bergelar musuhnya. Mereka baru sahaja hendak mula berbaik-baik semasa dia menjumpai gambar tersebut. Dia baru sahaja hendak menerima kebaikan diri Idzham. Melembutkan hatinya buat lelaki tersebut. Tetapi kenapa ini yang berlaku?

“Am tak ada niat apa-apa pun. Gambar tu gambar biasa sahaja, Gambar masa kat UM dulu. Bukannya Am pergi buat superimpose pada gambar Leya tu dan sebarkan kat Internet pun kan?”

“Huh, tak ada niat? Nonsense. Siapa beri keizinan pada awak untuk simpan gambar saya tu?

“Memang Am tak ada niat apa-apa. Am tak ada niat nak buat jahat pun. Bukannya Am buat apa. Am cuma simpan dan menatap gambar tu sekali-sekala. Bila Am rindu...” Suara Idzham kedengaran cukup perlahan di kala dia menyebut ‘Bila Am rindu.’

“Am tahu Am tak pernah minta izin dari tuan punya badan nak simpan gambar tersebut. Tapi Am dapat gambar tu pun dari kawan-kawan masa kat universiti. Gambar-gambar tu semuanya gambar yang di ambil secara rambang masa acara-acara yang dijalankan di UM. Bukannya Am saja-saja suruh orang focus ambil gambar Leya seorang sahaja. Dah kamera yang digunakan tu kebetulan merakamkan gambar Leya. May be because you are photogenic and I like that entire photo. You look so…mesmerize in each captured. That’s why I keep the entire photo of yours in my notebook.” Idzham cuba memahamkan Aleya tujuannya menyimpan gambar-gambar tersebut.

“But you still don’t have the right! Buat apa awak nak simpan gambar-gambar tersebut?” Aleya masih tidak puas hati dengan jawapan Idzham. Suka-suka dia je nak simpan gambar anak dara orang.

“Ya memang Am tak ada hak nak simpan gambar Leya. Tapi tak salahkan seorang lelaki menyimpan gambar seeorang yang disayanginya?” Biarlah. Biarlah sekarang juga Aleya tahu perasaan sebenarnya pada Aleya yang dipendam selama ini.

“Sayang? Are you nuts? Kita baru je berbaik tak sampai seminggu dan awak cakap awak simpan gambar tu kerana saya orang yang awak sayang? Saya cukup pasti yang gambar tu dah wujud berkurun lamanya dalam simpanan awak. Kita pula berbaik rasanya baru seminggu sebelum saya tahu segalanya. Jadi macam mana awak boleh kata yang awak simpan gambar tu kerana awak sayang saya?” Aleya semakin keliru dengan jawapan yang diberi Idzham. Idzham sayang Aleya? Gila apa Encik Perasan Bagus ni?

“Ya, Am sayangkan Leya. Lebih tepat lagi Am cintakan Leya. Sejak dulu lagi. Masa kita masih di UM lagi Am dah ada hati pada Leya!” Tegas Idzham. Dia perlu bertegas dengan perasaannya itu. Biarlah Aleya nak kata apa. Idzham tidak akan peduli. Aleya nak ketawa terguling-guling mendengar pengakuannya pun dia tidak peduli. Bagi dia, cintanya itu terlalu suci, bukan main-main. Telah lama dipendamnya perasaan nan satu itu.

“Hahaha…Awak cintakan saya? Sejak di UM lagi? Jangan nak mengarutlah Idzham.” Aleya tergelak kecil mendengar pengakuan Idzham. Entah cerita dongeng mana yang dia korek untuk melindungi kesalahnnya menyimpan gambar Aleya. Huh, Aleya tak akan percaya dengan pengakuan Idzham itu!

“Sama ada Leya nak percaya atau tidak, terpulang. Am memang ada hati pada Leya sejak dulu lagi. Sejak kita di UM. Cuma dulu Am pendamkan sahaja perasaan Am sebab kita masih belajar. Am takut semuanya ini hanya mainan hati remaja. Rasa yang tak akan kekal lama. Sekadar cinta monyet. Tapi Am tak dapat nak nafikan yang Am mula sukakan Leya sejak minggu orentasi. Masa tu Am suka tengok Leya sebab bibir Leya yang sentiasa tersenyum manis walaupun didera dengan macam-macam aktiviti yang berat dan tak munasabah oleh senior. Bagi Am, senyuman Leya tu yang telah berjaya menambat hati Am untuk menyukai Leya.

Sebelum ini, Am tak pernah terfikir nak jatuh cinta dengan mana-mana perempuan. Tetapi bila Am jumpa Leya, Am tahu hati Am dah dicuri hanya melalui senyuman Leya yang manis tu. Am pernah cuba nafikan perasaan tu. Sebab Am takut andai diri Am sendiri tersasar dari tujuan asal Am berada di UM iaitu untuk mendapatkan segulung ijazah. Lagipun Am takut Leya akan terganggu atau Leya tak suka jika Am ajak Leya bercouple masa tu. Sebab tu lah Am pendamkan segalanya. Bagi Am cukuplah Am dapat simpan gambar Leya je. Itupun Am minta dari rakan Am yang selalu terlibat sebagai photographer dalam kebanyakan acara untuk fakulti. Kebetulan dalam kebanyakan gambar yang diambil itu, ada sahaja muka Leya dalam tu.

Bila Am dah habis belajar, Am hanya simpan gambar-gambar tu sebagai kenangan. Kenangan buat seorang wanita yang dah berjaya mengetuk pintu hati Am. Am tak pernah terfikir yang kita akan berjumpa semula. Am cuba kuburkan perasaan yang ada buat Leya jauh-jauh. Namun rasa itu tak pernah pergi Leya…” Panjang lebar penjelasan yang diberi Idzham akan perasaan tulusnya buat seorang Aleya Puteri. Setelah mengambil nafasnya semula, dia menyambung kembali…

Bila kita ditakdirkan berjumpa semula di pejabat Leya, Am rasa perasaan itu mekar semula setelah sekian lama. Walaupun Am pernah rasa marah dan geram bila Leya hilangkan buku perpustakaan yang Am pinjam dulu, Am masih tak mampu membenci Leya. Am cuba sakitkan hati Leya masa kita mula-mula berhubungan atas urusan pejabat dengan harapan rasa itu akan pergi. Namun Am kalah. Am tak dapat buang rasa cinta itu. Malah rasa itu semakin mekar dari hari ke hari. Sebab tu, Am mula ubah pendekatan dan cuba berbaik dengan Leya dengan harapan hubungan kita akan bisa terus mekar. Lagipun sekarang ni kita berdua pun dah habis belajar dan semakin dewasa. Am pun tak perlu lagi nak bimbang jika rasa cinta tu akan mengganggu cita-cita Am dan Leya.” Akhirnya berjaya juga dia meluahkan segala rasa yang bermukim sekian lama di hatinya. Dia mahu Aleya jelas akan perasaan yang telah sekian lama bermaharaja-lela di hatinya. Sesungguhya perasaan itu tulus dan bukannya sekadar sebuah dongengan.

Aleya yang mendengar penjelasan Idzham yang panjang lebar tersebut terkedu seketika jadinya. Nafasnya rasa tersekat mendengar pengakuan berani mati Idzham. Rasanya bagaikan sukar sekali dia nak percaya yang Idzham ada hati pada dia. Tapi muka air muka Idzham, sinar matanya, nada suaranya kelihatan dan kedengaran begitu tulus…ikhlas… Boleh percaya ke Idzham ni? Hati Aleya mula merasa berbelah bagi. Sebahagiannya rasa hendak percaya, namun sebahagian lagi hatinya cuba menolak kenyataan yang terbentang. Kenyataan bahawa ada lelaki yang telah jatuh cinta padanya sejak sekian lama. Lelaki yang bernama Idzham Iskandar!

Aleya memejam matanya. Cuba menenangkan gelora di jiwanya pabila mendengar pengakuan Idzham. Setelah mengumpul segala sisa kekuatan yang ada, Aleya mula meluahkan kata-katanya…

“Saya tak tahu nak cakap apa Idzham. Memang mengharukan rasanya bila ada seorang lelaki yang cukup sifatnya meluahkan perasaan pada saya. Saya sendiri tak pasti sama ada mahu percaya atau tidak kata-kata awak tadi. Memang cukup berat rasanya hati saya nak mengakui kebenaran pengakuan awak tu.” Nafasnya dihela barat sebelum menyambung semula katanya.

“Saya hargai perasaan awak pada saya Idzham. Tapi maafkan saya sebab saya tak dapat nak terima hati awak. Sama seperti saya tidak dapat nak menerima perlakuan awak yang menyimpan gambar saya secara senyap-senyap. Saya tidak pernah ada hati pada awak dan tak mungkin ada hati pada awak. Bagi saya, dalam hati saya ni tak pernah sekalipun wujud rasa cinta mahupun sekadar rasa sayang buat awak.” Matanya dipejam rapat sehabis dilontarkan bicara tersebut. Namun hanya buat seketika sebelum dia kembali merenung tepat anak mata Idzham. Merenung dengan pandangan yang cukup tajam.

“Mulai dari hari ini, saat ini, saya nak awak lupakan bahawasanya kita pernah berbaik. Saya tak mahu lagi terima sebarang panggilan atau SMS dari awak! Saya juga tak mahu lagi jumpa awak!… kecuali atas urusan pejabat sahaja.” Aleya menyampaikan amarannya keras sekali. Kata-kata Aleya itu benar-benar membuatkan Idzham terkedu.

“Ta-Tat-Tapi….” Idzham cuba membantah amaran Aleya sebelum kata-katanya dipotong Aleya.

“Tak ada tapi-tapinya lagi Idzham. I mean it! Every word that I said.” Aleya bersuara tegas. Idzham terpaku tidak percaya dengan permintaan Aleya yang dirasakan tidak masuk akal itu.

“Kenapa Leya? Is it because you have your Syed Akashah? I saw both of you that day. Seems like a happy couple.” Idzham cuba meneka dalam samar akan kewajaran permintaan Aleya itu. Lebih-lebih lagi bila dia teringat yang dia pernah ternampak Aleya dan Syed Akashah berbual mesra.

“It has nothing to do with that guy. Saya tak ada apa-apa hubungan istimewa dengan dia pun. Hubungan saya dengan dia tidak lebih antara majikan dan pekerja. After all, he is not the subject of this case. Seperti yang saya katakan tadi, saya tak ada perasaan pada awak… dan saya tak suka awak ada perasaan pada saya. Saya tak boleh terima semua ni!”

Kali ini Idzham benar-benar tak mampu nak membidas kata-kata Aleya lagi. Aleya telah memberi kata putusnya. Saat itu hati Idzham benar-benar terluka. Terasa darahnya bagaikan membuak-buak keluar tanpa mahu berhenti. Jasadnya terasa seolah-olah hancur seperti digilis PUTRA LRT yang sedang meluncur dengan kelajuan 250 km/jam.

“Saya minta diri dahulu…” Aleya terus membuka pintu keretanya, menghidupkan enjin dan berlalu dari situ membiarkan Idzham yang masih terpaku di situ dengan hatinya yang luka.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Itulah kali terakhir Idzham dan Aleya berbual. Hubungan mereka berdua selepas itu memang benar-benar formal. Hanya urusan pejabat semata-mata. Malah kalau boleh Idzham mahu memilih untuk menyelesaikan urusannya dengan pejabat Aleya tanpa melibatkan gadis itu langsung. Tanpa disedarinya telah dua bulan peristiwa tersebut berlalu. Namun untuk mengharungi dua bulan itu dirasanya seperti melewati dua ratus tahun dan kelukaan di hatinya masih tetap belum sembuh.

Hati Idzham benar-benar terluka dengan permintaan Aleya. Dia tidak faham mengapa Aleya tidak mahu cuba memahami perasaan cintanya pada Aleya dan menolak dirinya mentah-mentah. Bagi Idzham, Aleya terlalu kejam ke atasnya. Lebih kejam dari Hitler rasanya.

Dipandangnya siaran televisyen dihadapannya yang menayangkan video clip kumpulan Blue bersama Sir Elton John yang menyanyikan lagu ‘Sorry Seems To Be The Hardest Word.’ Hatinya terasa sayu mendengar lirik lagu tersebut. Rasanya macam nak menyanyikan je lagu tersebut depan Aleya supaya gadis itu dapat mendengar luahan hatinya sendiri pada Aleya Puterinya. Tapi, buat apalah nak disibukkan lagi dengan orang yang dah terang-terang tak sudi pada dia kan?
BaB 11

Aleya

Hatinya Resah





Hurt
(Christina Aguilera)

Seems like it was yesterday
When I saw your face
You told me how proud you were,
But I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I wanna call you
But I know you won't be there

Oh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Some days I feel broke inside
But I won't admit
Sometimes I just wanna hide
'Cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye
When it comes to this, ooh

Would you tell me I was wrong?
Would you help understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?

There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes
And see you looking back

Oh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself, oh

If I had just one more day
I would tell you how much that I've missed you
Since you've been away
Ooh, it's dangerous
It's so out of line
To try and turn back time


"Risa! Kau tutup TV tu boleh tak? Memekak je aku dengar Christina 'arr geli lah' tu menyanyi." Aleya berkata geram saat lagu 'Hurt' mula kedengaran di TV yang terletak di hadapannya.

Aleya membaling kusyen kecil di tangannya ke arah Arisa teman serumahnya. Namun balingannya tersasar kerana Arisa sempat mengelak. Hatinya yang sedia bergolak dengan seribu satu rasa yang tak menentu semakin panas mendengar lagu 'Hurt' yang sedang ditayangkan di Channel MTV di hadapannya. Siapalah yang gatal-gatal pergi request lagu begini ni dekat Vj Utt tu. Vj Utt yang handsome tu pun nampak macam tapir je bila hatinya tengah tak tenteram macam ni. Macam sengaja nak mengejek perasaannya yang sememangnya sudah sedia tidak tenteram.

"Lah, apa hal pula ni? Apa dosa Christina Aguilera tu pada kau sampai kau menyampah sangat dengar dia nyanyi tu?" Kusyen kecil yang dibaling Aleya tadi dilemparkan semula pada sahabatnya itu.

Arisa pelik melihat teman serumahnya juga merangkap kawan baiknya sejak sekolah lagi, tiba-tiba naik angin melihat video clips lagu yang sedang ditayangkan di televisyen di hadapan mereka. Sudahlah muka sahabatnya tu semenjak-dua kebelakangan ni monyok semacam. Bila ditanya, katanya tak ada apa-apa. Cuma penat sebab banyak kerja sahaja.

"Memanglah dia tak ada buat salah kat aku. Dia tu dengar nama aku pun tak pernah. Tapi lagu dia tu… make me feel hurt deep down inside to listen it. Hurt as its title 'Hurt'."

"Dah tajuknya 'Hurt', nak buat macam mana?"

"Entahlah…" Nafas Aleya dihela berat. Kenapa dia boleh jadi macam ni? Memang betul kata Arisa. Lagu tu tak bersalah pun. Hatinya yang bermasalah sebenarnya. Ada rasa bersalah yang bermukim di hatinya. Rasa kesepian dan rasa ditinggalkan. Kenapa dia boleh jadi begini? Dia pun keliru dengan dirinya sendiri.

"Mengeluh nampak? Cuba kau storytelling kat aku apa yang kau simpan dalam hati tu. Aku tengok kau monyok je kebelakangan ni macam orang mati laki. Sampai Christina Aguilera nyanyi lagu 'Hurt" pun kau boleh naik angin. Aku kan best friend kau. You know my function as your best friend right? Press zero for assistant. Anytime." Arisa cuba berdiplomasi dengan Aleya. Dengan harapan Aleya bersedia berkongsi masalah dengannya.

"Kalau macam tu meh sini aku tekan belly button kau tu untuk assistant. Cause you said press zero if I need an assistant right? Nak tekan serombong asap kepala dua cap lombong bijih kau, aku geli." Aleya cuba bergurau dengan Arisa walaupun hatinya sendiri rasa tak mahu gelak langsung dengan lawak yang dibuatnya. Dirinya, hatinya telah lama hilang senyumnya semenjak peristiwa hari tu…

Perasaannya sendiri tidak perah tenteram sejak hari itu…Rasa bersalah begitu mengcengkam nalurinya. Dia masih tertanya sama ada apa yang dibuatnya hari itu adalah betul atau tidak. Tapi kalaulah apa yang dibuatnya itu betul, mengapa hatinya masih berasa walang?

Arisa tergelak mendengar kata-kata Aleya. "Tengok tu, muka monyok macam orang tak dapat tiket bas balik raya pun sempat lagi buat lawak? Wei, belly button aku jangan sentuh ya! Kawasan larangan tu. No entry. For authorize personal only. Amaran keras kerajaan."

"Ceh!" Aleya menayangkan mimik muka menyampah mendengar jawapan Arisa. Namun hanya seketika sahaja kerana air mukanya mula berubah keruh semula pabila mengenangkan bebanan perasaan yang berselirat dipundaknya.

"Sudah-sudahlah tu tayang muka macam rumah tak siap kau tu…." Arisa menegur bila dilihat muka Aleya mula sayu kembali.

Aleya hanya senyap tidak lagi membalas kata-kata Arisa. Temannya itu hanya membiarkan sahaja Aleya mengelamun semula. Biarkanlah dia melayan perasaan bluesnya itu dulu. Kerana Arisa cukup yakin bila Aleya tidak mampu menanggungnya lagi, pasti dirinya akan dicari sebagai tempat bercerita.

"Rissa…" Terdengar suara gemersik Aleya memecah keheningan diantara mereka berdua.

"Kenapa?" Arisa bertanya sambil memandang tepat ke arah Aleya. Mungkin suda tiba masanya untuk Aleya meluahkan perasaannya. Sebagai sahabat, dia sentiasa bersedia mendengar.

"Kejam sangat ke tindakan aku hari tu?" Aleya memulakan sesi meluah perasaannya dengan sebuah pertanyaannya. Dia sedar, dia tak sepatutnya memendam perasaannya seorang diri. Jika dipendam sampai bila-bila pun dia tidak akan punya jawapan.

"Kejam? Huh, dahsyat perbendaharaan kata kau? Tak tahu pula aku kau ni pandai guna perkataan-perkataan macam ni. Such pathetic! Cuba kau terangkan pada aku latarbelakang kes sebenar yang buat kau jadi sampai macam ni? Senang sikit aku nak merangka pelan-pelan tindakan bersepadu untuk menolong kau." Arisa masih cuba berlawak dengan Aleya. Dengan harapan sahabatnya itu akan lebih selesa untuk meluahkan perasaannya.

Sebenarnya dia bukan tidak tahu kisah Aleya dan Idzham. Sejak dulu lagi dari zaman dia orang dua dok asyik bertekak setiap kali jumpa, Idzham curi makan apple pie bersepai Aleya, hikayat tayar pancit, kisah mereka di Penang sehinggalah perasaan marah Aleya pada Idzham bila tahu mamat tu simpan gambarnya senyap-senyap. Dia juga tahu apa yang telah terjadi pada mereka sejak dua bulan yang lalu dimana Aleya telah mengreject Idzham. Sebagai teman serumah merangkumi sahabat baik, apa sahaja peristiwa penting yang berlaku pada Aleya pasti diketahuinya. Dia juga telah mengenali Idzham dalam tempoh yang agak lama. Semenjak dia menceburi bidang kesukarelawanan lagi. Cuma masa dulu, dia tak dapat nak tangkap yang Encik Perasan Bagus yang selalu diceritakan oleh Aleya adalah orang yang sama yang dikenalinya sebgai Abang Ijam di kalangan volunteer.

"Entahlah… Aku pun tak berapa pasti…." Nafasnya dihela berat sekali sebelum menyambung bicaranya.

"Yang aku tahu, sejak hari tu, sejak dua bulan lepas semuanya berubah. Dia langsung tak bertegur sapa dengan aku. Kalau jumpa pun, dia buat bodoh je dengan aku. Kalau ada orang lain, dia lebih rela sampaikan pesan kat orang tu untuk pass pada aku instead of talk to me directly. Dia datang pejabat aku tu dan buat macam aku ni tak wujud. Besar sangat ke kesalahan aku tu?" Aleya bersuara perlahan meluahkan kegusaran hatinya. Dihatinya ada rasa rindu yang bertandang…

"Eh – eh, chop dulu… Sekarang ni siapa subjek penceritaan kita ni? Dia yang kau sebut tu siapa aik?"

"Siapa lagi? Idzham Iskandar yang dikenali juga sebagai Encik Perasan Bagus. Jejaka yang kau panggil abang Ijam dan kau dok puji melangit tu lah. Macamlah aku ni banyak sangat koleksi kawan lelaki sampai kau tak tahu yang mana satu."

"Ohh…okay…I get it now. Susulan kes hari tu la ni ye?" Arisa masih ingat lagi yang hari tu Aleya ada bercerita dengan dia pasal pertengkaran Aleya dengan Idzham yang mana akhirnya Idzham meluahkan perasaannya pada Aleya dan Aleya memberi kata dua pada Idzham untuk melupakannya.

"Hmmm…aku rasalah." Gumam Aleya.

"Salah ke apa yang aku buat hari tu?" mata Aleya merenung penuh kesayuan pada Arisa meminta pandangan sahabatnya itu. Bantal yang dibaling Arisa padanya tadi dipeluk erat.

Oh, I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself, oh


"Bagi aku, apa yang kau buat tu pada dasarnya memanglah tak salah sebab hak kau lah nak terima seseorang itu atau tak, tapi aku rasa tindakan kau tu pada dia agak kurang patut juga." Berhati-hati Arisa memberi komen. Dia tidak mahu Aleya terluka dengan pandangannya yang selama ini hanya menjadi pendengar. Dia tidak mahu berat sebelah dalam memberi pandangannya. Aleya sahabat baiknya. Idzham juga telah dikenalinya sebagai seorang lelaki yang baik selama ini.

"Kurang patut? Macam mana tu? Apa maksud kau Risa?" Aleya memberi pandangan peliknya pada Arisa pabila mendengar komen sahabatnya itu.

"Ye lah Leya, memanglah dia tu bersalah sebab simpan gambar kau, tapi kau tak bolehlah cakap sampai macam tu sekali pada dia bila dia luahkan perasaan dia pada kau. Cinta tu sesuatu yang subjektif. Tak ada definisi yang tepat. Jadi kau tak bolehlah nak salahkan dia kalau dah ditakdirkan dia jatuh cinta pada kau. At least patutnya kau hargai perasaan dia tu, sekalipun kau tak boleh terima dia as a lover. Kalau kau nak reject dia tu pun slow-slow lah.

Ni tidak, kau siap bagi warning kat dia yang kau tak mahu jumpa di lagi, tak mahu SMS dah. Ganas sungguhlah kau ni. Manalah tak frust menonggeng mamat tu. Kalau aku kat tempat abang Ijam tu pun aku malas dah nak tegur-tegur kau. Silap-silap aku mintak lawyer lain untuk ganti uruskan hal syarikat kau tu. Apa salahnya kau cuba dengar penjelasan dia, cuba fahami diri dia dulu. Mana tahu kalau-kalau kau ditakdirkan boleh jatuh cinta dengan dia someday bila dah kenal dia dengan lebih mendalam. Lagipun tak rugi apa pun. Kau kena ingat yang kita ni bukannya Miss Universe atau Angelina Jolie yang boleh dapat orang nak jatuh cinta dengan kita tiap-tiap hari." Panjang lebar Arisa menerangkan pandangannya.

"Aku tahu aku tak patut cakap sampai macam tu sekali. Tapi masa hari tu, aku tengah menggelegak sangat dengan dia pasal gambar-gambar yang disimpannya dalam notebook dia tu. Hati dah tengah panas, tak ada mananya aku nak susun ayat cantik-cantik nak cakap pada dia." Aleya menjelaskan.

"Ni lagi satu hal, pasal gambar kau yang dia simpan tu. Kau nak mengamuk semata-mata pasal tu buat apa? Bukannya dia pergi buat superimpose gambar kau jadi 'bolen' atau buat jampi serapah pada gambar kau tu supaya kau syok pada dia pun." Arisa cuba menegur sikap Aleya pada Idzham yang dirasakannya agak keterlalauan.

"Kau tak ingat ke yang dia dah banyak kali tolong kau, dah selamatkan kau dari malapetaka. Asal kau ada masalah je, dia yang jadi hero kau. Can't you feel that he may be destined to be your guardian angel my dear? Tak kan kau tak ada sedikit pun perasaan pada dia? He's not that bad after all." Sekarang Arisa cuba mencucuk jarum pada Aleya supaya sahabatnya itu menilik hatinya sendiri.

Pada hemat Arisa, dari cara Aleya selalu bercerita padanya, dia dapat rasakan yang Aleya juga mempunyai perasaan pada Idzham selama ini. Cuma mungkin perasaan itu masih hijau lagi. Tidak terlalu nyata pada mata kasar orang lain. Namun sebagai orang yang rapat dengan Aleya, dia dapat lihat dari sinar mata Aleya yang bersinar-sinar setiap kali bercerita tentang Idzham. Tidak kira sama ada cerita Idzham yang membuli dia atau Idzham yang menolong dia. Kini pabila Idzham mula dingin dengan Aleya, sinar matanya juga kelihatan kian malap. Setahu dia, seseorang perempuan itu tidak akan bercerita dengan sahabatnya cerita remeh–temeh tentang seorang jejaka jika hatinya tidak tercuit dengan kehadiran jejaka tersebut dalam dirinya.

Aleya memandang Arisa dengan matanya yang melolot, tidak percaya yang dia akan mendengar pandangan sebegitu daripada sahabatnya sendiri.

"Nonsense, mana kau pungut teori macam tu sekali? Aku tak ada perasaan pada dia langsung okay." Aleya cuba menafikan kenyataan sahabatnya itu.

"Tak payah nak pakai teori-teorinya. Kau macam tak tahu aku dari dulu lagi memanjang failed subjek fizik. Cuba kau terangkan pada aku, kalaulah betul kau tak ada perasaan pada dia kenapa kau harus rasa bersalah bila kau dah reject dia dan dia tu tak bertegur-sapa dengan kau? Kalau betul kau memang tak suka pada dia langsung buat apa kau nak pening-pening kepala fikir pasal hal ni. Biar jelah. Benda yang dah berlalu buat apa kau nak susah hati lagi fikir sama ada tindakan kau betul atau tak." Arisa berkata keras. Perkataan 'dia' yang disebutnya ditekankan sedikit. Susah benar nak menyedarkan orang yang tak faham hati sendiri.

Aleya termangu mendengar kata-kata Arisa. Bila difikir-fikir sedalamnya, ada betul juga kata Arisa tu. Ya lah, buat apa dia nak susah hati dengan apa yang berlaku kalau dia tak ada perasaan pada Idzham. Segala peristiwa yang berlaku kepadanya yang melibatkan Idzham bagaikan dimainkan semula dimindanya. Dia mula menilik-nilik semula apa yang berlaku. Selama ini, bila dia ada masalah, Idzhamlah penyelamat tetapnya. Walaupun Idzham suka menyakitkan hatinya dengan kata-katanya, dia masih boleh rasa senang dengan apa yang berlaku. Semasa di Gurney Drive dan Bukit Bendera dia benar-benar teruja dengan kemesraan yang terbina di antara mereka berdua. Lalu apakah itu tidak cukup lagi baginya tanda-tanda bahawa perasaan halus itu juga wujud dihatinya? Namun masih adakah lagi ruang untuknya di hati Idzham?

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I wanna call you
But I know you won't be there


Setelah agak lama mendiamkan diri berfikir dan menilai perasaannya sendiri, terdengar Aleya mengeluh.

"Entahlah…aku pun tak tahu nak cakap macam mana…"

"Mengeluh lagi? Tak baik mengeluh banyak-banyak Leya." Arisa menegur pabila mendengar keluhan Aleya lagi.

"Kalau benar aku memang suka dia pun, apa aku boleh buat lagi? Aku dah reject dia awal-awal. Mesti dia tak nak kat aku dah." Suara Aleya kedengaran begitu lirih sekali.

Would you tell me I was wrong?
Would you help understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?

"Kalau benar kau pun suka dia, tak ada masalah. Kau masih boleh duduk berbincang dengan dia. Berbincang dari hati ke hati. Leraikan segala salah faham antara kau orang berdua. Kalau benar dia cintakan kau tulus seperti yang dia kata hari tu, pastinya dia tak akan putus asa walaupun kau dah reject dia. Cuma sekarang ni mungkin dia perlu mengumpulkan segala kekuatan perasaannya semula. Lagipun bukannya kau tak jumpa dia lagi kan? Tapi sebelum apa-apa, kau mesti tetapkan dalam hati kau sama ada betul atau tidak kau sukakan dia." Arisa cuba memberi semangat pada sahabatnya itu.

There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes
And see you looking back


"Dulu…masa kat UM, aku pernah juga admire dia. Yalah, masa tu siapa budak fakulti Law yang tak kenal great senior Idzham? Pelajar pintar, setiap semester score 4 flat, aktif dalam aktiviti kampus, ada rupa, baik hati, semuanyalah dia je yang conquer. Aku pun termasuk dalam bilangan gadis-gadis yang syok kat dia masa tu. Tapi dia tak minat nak layan peminat-peminat dia masa tu. Frust juga aku bila dapat tahu. Hmmm...betul juga kata dia hari tu ya, dia tak mahu bercinta selagi belum habis belajar. Patutlah pun dia tak layan perempuan-perempuan yang suka kat dia dulu." Suara Aleya begitu perlahan sekali meluahkan rahsia rasa hatinya.

"Sebab tu bila aku jumpa dia dalam dunia kerja, aku rasa menyampah dengan dia. Mungkin sebab rasa kecewa tak dapat respon dari dia dulu yang buat aku rasa dia tu perasan bagus sampai aku bagi gelaran Encik Perasan Bagus pada dia. Macam tak percaya yang dia sebenarnya sukakan aku sejak dulu lagi. Aku pula dalam tak sedar, lupa pada rasa yang pernah wujud suatu ketika dulu dah mula berkembang semula. Tapi Risa, aku masih tak yakin yang perasaan yang wujud dalam diri aku ni benar-benar cinta atau hanya sekadar suka je." Aleya menyuarakan kegusarannya.

"Dah lah tu Leya, sekurang-kurangnya kau dah sedar akhirnya yang kau pun ada perasaan pada dia. Tak kisahlah sama ada perasaan itu benar-benar cinta atau sekadar rasa suka. Kalau pun ka hanya ada rasa suka je, slow-slow bersama masa rasa itu pasti akan berkembang menjadi cinta juga. Aku yakin yang kau akan bahagia dengan dia. Aku kenal dia sebagai lelaki yang baik. Apa yang kau perlu fikir sekarang, macam mana kau nak pujuk balik hati dia yang dah kecewa direject oleh kau. Kau kena terangkan kat dia perasaan sebenar kau." Pujuk Arisa pada Aleya.

"Nak ke lagi dia bercakap dengan aku?" Aleya bertanya ragu.

"Itu kau jangan risau. Aku akan tolong fikirkan macam mana nak aturkan supaya kau boleh jumpa dia dan pujuk dia semula. Tapi kau janganlah pula bila dia dah ada depan mata kau, kau jadi bisu pula." Jaminan yang diberi Arisa menakutkan hati kecil Aleya. Dia hanya tersenyum kelat mendengar janji sahabatnya itu.

"Dahlah tu, cik kak oii…Aku nak tidur ni. Esok aku dah janji dengan adik aku kat UKM tu, si Nina sibuk nak pergi PD." Arisa menguap sambil meminta diri dari Aleya untuk masuk tidur.

"Pergilah tidur. Thanks for your advice. Aku akan fikirkannya. Good nite Risa..."

Kerana sibuk memikirkan ayat-ayat yang sesuai utuk memujuk pabila dia berjumpa Idzham kelak, tidur malamnya itu tidak begitu lena. Dia leka merangka ayat yang terbaik untuk diucapkan pada Idzham kelak sehingga terbawa-bawa kedalam mimpinya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Keesokannya dia bangun agak lewat. Semasa dia bangun, didapatinya Arisa sudah bertolak ke tempat perkelahannya. Sehingga pagi ini pun dia masih berfikir cara terbaik untuk menjelaskan perasaannya pada Idzham nanti.

Selepas mandi dan mengenakan sleeveless shirt yang dipadankan dengan seluar Capri separas lutut dan bercerut dihujungnya, dia memulakan aktiviti mengemas rumahnya. Sememangnya dia kelihatan agak seksi dengan pakaian sebegitu. Namun disebabkan dia hanya berada di rumah seorang diri dan hanya ingin membuat kerja rumah sahaja, dia selesa begitu. Dia sudah penat berfikir dan menimbang semula perasaannya. Namun dia masih samar-samar dengan keputusan yang hendak di ambilnya. Dengan menyibukkan diri membuat kerja mengemas rumah, rasanya boleh menjadi terapi untuk dirinya menenangkankan perasaannya yang sentiasa berkecamuk sejak kebelakangan ini.

Dalam kelekaan dia mengemas rumah, dia tidak sedar bahawasanya waktu telah menganjak ke tengah hari.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi loceng rumahnya ditekan. Tanpa mengintai dulu siapa yang berada di sebalik pintu dengan melihat melalui peephole pada pintu rumahnya, dia telah membuka pintu tersebut. Aleya juga terlupa akan etika pakaiannya ketika itu yang amat tidak sesuai untuk menyambut tetamu.