MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday, 15 July 2010

~ TakDir buatMu ...Kak Nah...takziah dariku sekeluarga ~


'Jaga anak baik-baik'

Oleh Kasdi Ali dan Mohd Husni Mohd Nooram@hmetro.com.my2010/07/15

IPOH: “Ketika keluar dari rumah pagi semalam (kelmarin), arwah sempat berpesan supaya menjaga anak baik-baik. “Itu saja pesanan yang sentiasa dia beritahu kepada saya setiap kali keluar kursus atau tugasan di luar daerah.
“Sepanjang pengetahuan saya, tiada perilaku dan tabiat yang pelik ditunjukkan arwah. Sepatutnya dia dijangka pulang dari kursus berkenaan esok (hari ini),” kata Rosnah Mat, 44, isteri Allahyarham Sarjan Saidin Mohd Dom, 50, yang maut dalam kejadian letupan bom di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar petang semalam.
Katanya, dia menerima panggilan mengenai kecelakaan yang menimpa arwah kira-kira jam 5.45 petang sebelum menerima berita kematiannya kira-kira setengah jam kemudian. Rosnah berkata, arwah suaminya sudah berkhidmat di IPD Taiping lebih 10 tahun.
“Jenazah akan dikebumikan di Bandar Baru, Kulim, Kedah iaitu di kampung neneknya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.
Arwah meninggalkan enam orang anak iaitu empat perempuan dan dua lelaki iaitu Norhayati, 24, Mohd Nor Hafiz, 22, Mohd Shafiq, 19, Nor Amalina, 16, Nor Ashikin, 12 dan Nurul Syafikah, 8.
Tinjauan Harian Metro di perkarangan Bilik Forensik HRPB semalam, mendapati lebih 100 kenalan arwah termasuk anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh dan Taiping bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah. Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusuf.




salam...

arini aku dalam kemurungan lagi...

terkejut dengan sms yang aku dapat semalam...

tentang kakak sepupu belah mak....kak Nah ( Rosnah Mat ) yang kehilangan insan tersayang pada petang kemarin. Aku sendiri tidak pasti punca kematiaan suaminya.Namun sebagai saudara aku jua terasa . aku tak dapat nak menghadirkan diri untuk bersama-sama adik beradik di Bandar Baru .

Perbincangan dengan suami semalam..hujung minggu ini ..InsyaAllah kami akan menziarahi keluarga Kak Nah . Ini kerana hari ini dan esok anak-anak masih bersekolah dan suamiku terpaksa membuat lawatan tapak untuk tender barunya. Erm..

Tengahari tadi abg It telefon aku ditempat kerja dan beritahu tentang punca kematian suami Kak Nah. ( tengok catatan yang aku paste dari harian Metro.

Innalillah hiwainnahirojiun...

Semoga Rohnya dicucuri rahmat Allah serta di tempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh..AMIN...AL-Fatihah.

~Novel LaGu CiNtA -eps : 3 & 4~





Diakah Itu?



Di hujung minggu itu, Aleya mengikut teman serumahnyanya Arisa ke rumah anak yatim Raudah yang terletak di Gombak. Rumah Raudah merupakan tumpuan aktiviti mingguan Arisa yang merupakan salah seorang sukarelwan di Yayasan SALAM Malaysia.




Sebenarnya ini adalah kali ketiga dia mengikut Arisa bersukarela. Aleya saja-saja suka mengikut Arisa untuk memenuhi waktu cuti hujung minggunya. Aleya kan masih pelayar kategori solo lagi. Nak pergi dating, tak ada siapa nak mengajaknya. Calon-calonya masih belum ada lagi. Ye ka, calonnya belum ada lagi. Ke kamu yang tak laku Aleya? Dari dahulu lagi dia menunggu undangan yang tak sampai-sampai dari Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah mengajak dia dating. Entah kurun ke berapalah cita-cita murninya nak tercapai ya.

Arisa dah banyak kali ajak dia menyertai group sukarelawannya, tapi dia masih belum buat keputusan muktamad. Dulu, dia ingat nak bersukarela ni senang sahaja macam makan kacang. Kupas kulit dan telan. Rupanya susah juga. Macam makan ketam kat hotel berbintang- bintang. Kena bersopan santun nak mengorek segala isi ketam dengan cutlerynya yang macam rupa ketam juga. Hari ini dia ingin mencuba bergaul dengan kanak-kanak pula. Dia sememangnya suka melayan kanak-kanak. Walaupun dia sudah meniti usia dewasa, ada masanya dia masih berperangai macam kanak-kanak riang ria Ribena. Harapannya hari ini biarlah jiwanya sesuai dengan aktiviti bersama kanak-kanak. Barulah dia berani nak sign borang pendaftaran sukarelawan.

Aleya ni nak sign borang tu pun berpikir macam nak kena sign cek RM 10 juta.
Mana tidaknya, kali pertama dia mengikut Arisa dalam cubaan nak bersukarela, dia ke hari keluarga orang kurang upaya (OKU). Bila dia cuba bergaul dengan mereka-mereka yang mempunyai pelbagai jenis kecacatan ini, hatinya mula merasakan tiada keserasian dengan golongan ini. Dia memang kasihan dengan mereka-mereka ini, tetapi rasanya dia hanya dapat memberi simpati. Dia langsung tiada skil untuk menjadi mesra alam dengan warga OKU.

Kemudian dia cuba pula menghulurkan bakti ke pusat penempatan warga tua yang merempat di Rumah Berkat yang terletak di Hospital Besar Kuala Lumpur. Aduhai, yang ini pun payah sungguh dia nak sebatikan diri. Macam tiada chemistry seperti kata mat saleh jiran kepada datuk adik iparnya. Huh, nak layan mereka ini memang kena pand ai tilik emosi mereka. Agakanya pasal tuk neneknya semua meninggal masa dia kecil lagilah yang membuatkan dia sengal sikit nak lulus bab ini. Akibatnya terus dia potong lapan kepada minat bersukarela pada warga emas.

Pabila kakinya mula melangkah ke dalam kawasan rumah Raudah, dia terkejut tika terpandang seorang lelaki yang kelihatan seperti Encik Perasan Bagus. Tak kanlah mamat tu pun ada kat sini juga. Apa kes dia buat dekat sini. Lelaki tersebut sedang mengajar anak-anak yatim tersebut di dalam sebuah kelas. Tapi jarak yang agak jauh antara tempat Aleya berdiri dan kelas tersebut memungkinkan pandangan matanya salah. Tapi rasanya mata dia masih sihat walafiat untuk berpandangan jauh. Nak kata jerebu, tengok langit clear je. Betul ke matanya tidak tersilap pandang?

Sedang dia cuba buat kawat cam terhadap lelaki dalam kelas tersebut yang jaraknya agak-agak tiga relung sawah, Arisa menegurnya. "Leya, nanti aku kenalkan kau dengan salah seorang volunteer yang aktif dekat sini. Boleh kau dapat banyak lagi info. Kita orang kat sini panggil dia Abang Ijam. Dia tu baik tau. Muka handsome taraf Keanu Reeve, dah ada jawatan bagus, tapi rajin bersukarela. Plus...masih bujang."

'Ijam…Idzham…ada iras-iras sahaja bunyinya. Dia ke? Err… bukan kot…Arisa kata taraf Keanu Reeve, tapi Idzham tu taraf sampan canoe kat tasik Titiwangsa adalah gayanya. Dah lah kawanku sorang ni buat iklan bagus punya. Bila masa pula dia melebarkan sayap dia buat part time jadi agen pencari jodoh pula. Confuse aku.' Aleya masih cuba menafikan perasaan hati dia.
Aleya cuba buat-buat bodoh dengan lelaki yang dipandang menyerupai Idzham. Dia mengalihkan pandangan matanya ke arah lain. Pandangan tong sampah dekat hujung tu pun nampak menarik juga kan.

Sudah-sudahlah tu Aleya, jangan pandang lagi ke dalam kelas sana tu. Takut tersalah orang naya sahaja. Karang lelaki kat dalam tu perasan pula ingat ada orang nak minta autograph dari dia. Lagipun mana lah Idzham yang lebih dikenali sebagai Encik Perasan Bagus tu tahu buat kebajikan. Impossible. Dia hanya tahu perasan dia tu bagus sahaja. Mulut pun selalunya insurance expired.

Tapi pabila matanya sekali lagi gagal mengekalkan pandangan pada tempat lain dan nak menoleh juga pada lelaki yang dikatakan oleh hatinya kelihatan seperti Idzham, dia mula perasan sesuatu. Lelaki itu melemparkan senyumannya pada Aleya waalupun dari jarak jauh. Hatinya semakin was-was dengan fikirannya tadi. Macam pernah ku lihat senyumannya tu ya. Senyuman yang dihulurkan itu sebiji macam trademark senyuman yang selalu Idzham hadiahkan buat Aleya. Hanya bibir kirinya sedikit terangkat. Hatinya mula yakin bahawasanya pandangan matanya memang tidak silap. Matanya memang masih sihat. Masih score 6/6. Maka tak perlulah dia pergi Focus Point buat cermin mata. Duit tu boleh simpan buat beli ikan dekat pasar.

Aleya berpura-pura lalu dihadapan kelas tersebut untuk ke tandas kononnya. Sambil itu matanya menjeling-jeling ke arah kelas tersebut. Tapi pabila dia berpatah semula seolah-olah baru keluar tandas, lelaki itu sudah sedia menanti dihadapan pintu kelasnya. Aleya mula yakin sememangnya lelaki itu adalah musuh tradisinya sejak zaman kesultanan melayu Melaka pabila mendengar sapaan dari lelaki itu. Sapaan sinisnya masih seperti biasa.
"Ehem…pergi tandas ke mengintai cik Aleya?" Mamat ni macam tahu-tahu sahaja dia sebenarnya nak mengintai mencari kesahihan.

Pabila mulut Aleya masih kaku untuk menjawab, lelaki tersebut mula menambah kata, "Tak sangka ya cik kak…tak kita sorang ni pun rajin bersukarela? Tak pernah nampak pun sebelum ini…" Huruf 'K' yang hujung tu dan perkataan Tak tu slow sahaja bunyinya.

Sah. Memang sah lah dia ni Encik Perasan Bagus. Senyuman yang telah menjadi trademarknya dan ucapan dia yang sememangnya berbisa macam sesengat yang suka masuk berkampung dalam lubang hidung dia masa kecil tu memang telah mengesahkan segala hipotesis dalam kepalanya tadi. Walaupun masa peperiksaan SPM dia hanya setakat lulus subjek fizik dan kimia kerana suka tidur dalam kelas, tetapi kali ini dia telah berjaya membuat satu hipotesis sendiri dengan jayanya. Tentu cikgu fiziknya dulu akan bangga dengan pencapaian muridnya ini yang hanya lulus cukup makan dalam SPM dan setelah hampir 10 tahun meninggalkan alam persekolahan mampu mengaplikasikan pelajaran fizik dalam kehidupannya
Hipotesisnya adalah 'senyuman condong sebelah kanan 45 darjah ke utara dan ayat-ayat sinis bergerak selari dengan manusia bernama Idzham Iskandar.' Brilliant idea kan? Boleh kalah hipotesis yang dibuat pemenang hadiah Nobel Laureates.


"What did you call me just now?" dia bertanya pada Encik Perasan Bagusnya apabila menyedari panggilan yang digunakan oleh lelaki dihadapannya itu bunyinya macam K.A.T.A.K. sahaja. Eh, encik Perasan Bagusnya? 'nya'? Bila masa pula dia anugerahkan gelaran tak terhormat tersebut pada mamat tu. Tak kuasa dia nak beri hatta menggunakan gelaran 'nya' untuk lelaki tersebut.
'Eee…geramnya!' hati Aleya mula menggelegak. Sudah lah hatinya masih hangat lagi dengan insiden 'caught in the act 'masa dia menyanyi dipejabatnya hari tu. Bertambah berbulu dibuatnya bila lelaki ini siap buat iklan pada orang lain. Dah tahu tu, senyap-senyap sahaja tak boleh ke?


Terkejut dia pabila Dania yang kembali bertugas selepas M.C hari itu bertanya padanya "Kak Leya, Nia dengar hari tu ada orang buat konsert Akademi Fantasia ya dalam ofis?"
Siapalah pula yang jadi radio karat pada Dania ni. Rasanya hari tu hanya dia dan Encik Perasan Bagus tu sahaja yang terlibat dalam konsert tersebut. Dia sebagai penyanyi dan mamat tu sebagai juri professional tak diundang. Mana ada penonton lain. Tak ada pula dia jual tiket untuk seat tambahan. Ni tidak lain tidak bukan mesti Encik Persan Bagus ni yang bagi tahu. Makin sakit hati dibuatnya. Tak boleh simpan rahsia langsung!
Dania ni pun satu. Seperti selalu katanya 'Saya ni natural tahu. Saya tak mahu sebelahkan siapa-siapa. Tak nak sokong Kak Leya mahupun Encik Idzham.'

Hmm…yalah naturalnya tu. Bukan boleh pakai sangat kata-katanya. Ada masa dia akan jadi penyokong Encik Perasan Bagus. Kadang pula, dia akan menyebelahi Aleya turut sama tumpang sesenduk mengutuk Encik Perasan Bagus. Memang dasar talam dua muka betul mak budak yang sorang ni. Two faces kata orang puteh. Dania ni dah kahwin dan ada seorang anak walaupun dia muda dari Aleya beberapa tahun. Katanya dulu, apa boleh buat bila cik abangnya dah gatal sangat nak kahwin dengan dia. Tak menyempat-nyempat nak tunggu keputusan SPMnya keluar dah di ajak kahwin. Aleya yang dah habis ijazah sarjana mudanya 2 tahun lalu, buah hati pun tak ada lagi. Jangan kata buah hati, buah pala, buah laici, ciku, durian langsat semua tak ada.


Tanpa menjawab soalan dari dia tadi, dengan muka poyonya lelaki tersebut tiba-tiba bertanya "Hari ini tak buat lagi ke 'apple pie bersepai' awak tu?"
'Erk… apple pie? Bersepai?' Hampas kelapa sawit betul mamat ni. Sebut pasal apple pie, mengingatkan dia pada peristiwa minggu lepas pula.

Hari itu, menghampiri waktu makan tengah hari. Dia mengeluarkan sebuah Tupperware yang berisi apple pie yang dibuatnya malam tadi. Entah mengapa, tiba-tiba malam tadi dia rasa rajin untuk mencuba resepi yang didapati melalui internet. Lagipun bahannya senang sahaja. Setakat buah epal 2 biji, gula dan sedikit serbuk kayu manis. Tidak lupa juga kulit pastry yang sudah siap di uli dan boleh didapati di pasaraya besar seperti Carefour, Giant dan sebagainya. Diunjukkan bekas tersebut pada Dania untuk merasa hasil air tangannya.


"Sedapnya Kak Leya, rasanya sebiji macam apple pie dekat Mc' Donalds." Dania bab puji-memuji memang nombor wahid. Memang kepakaran budak ni. Tiada siapa mampu challenge dia dalam bab mengampu atau bahasa yang lebih sedap sikit cubaan mengambil hati.
Entah bagaimana, tiba-tiba ada satu tangan yang entah dari mana menyauk potongan apple pie dia dan masukkan ke dalam mulut. Pabila dilihat gerangan orangnya, memang dia tidak sangka. Encik Perasan Bagus rupanya. Sudahlah main ambil je apple pie dia tanpa kebenaran, siap bagi komentar lagi, " Ishh…manisnya,gula tumpah ke? Banyak sangat rasa kayu manisnya, isi dengan kulit puff ni bersepai pula tu…siapalah punya anak dara yang masak macam ni. Fail buat bini."


"Amboi…amboi..sedapnya cakap. Insuran mulut dah renew belum? Dah lah orang tak pelawa makan, dia self-service main ambil apple pie kita. Dah tu, siap bagi komen lagi. Excuse me Encik Perasan Bagus, sekalipun saya fail bab masak, awak sibuk buat apa? Biarlah sekalipun ditakdirkan dunia ini keputusan kaum lelaki dan hanya tinggal seorang sahaja lelaki iaitu awak, tak inginnya saya nak jadi isteri awak, faham? Kalau tak faham saya boleh translatekan ke bahasa urdu jika sudi. Ni yang datang sini buat apa?"

Tu dia, jawapan dari Aleya. Dah alang-alang lelaki itu dah tahu panggilan hormat Aleya untuk lelaki tersebut, biarlah dia cakap depan-depan. Kurang dosa mengumpat. He…he…sebenarnya hanya tinggal Dania dan dia sahaja dalam pejabat tika ini. Bos dah keluar. Sebab itu dia berani menjawab sebegini. Kalu ada bos, tentu Puan Sharina dah menjeling padanya sebagai amaran dalam diam padanya. 'Be professional with our customer Aleya …Always bear in mind. ' Itulah selalu sepa tah dua nasihatnya yang sudah dihafal oleh Aleya. Si Dania pula, bila tengok Aleya menjawab begitu, bersoal jawab dengan lelaki tersebut seperti dalam mahkamah, mukanya sudah mula pucat. Agaknya takut pejabat ini jadi medan perang dunia ketiga pula. Habis melayang pula mesin fax, mesin fotastat, kerusi meja dan seangkatan tentera dengannya.
Encik Perasan Bagus tu pula dengan muka konon macam bagus dan tak ada perasaan bersalahnya menjawab " Saya datang nak ambil dokumen."


"Hah, ambil dokumen? Despetch firma awak tu dah pencen ke sampai awak pula yang kena datang ambil sendiri ?" Alasan tak masuk akal betul. Setakat nak mabil dokumen, sanggup datang sini. Dia ni dah lama tak gaduh dengan Aleya agaknya. Sebab itu sanggup datang melawat dengan alasan nak ambil dokumen.
Tiba-tiba Dania menyampuk, "Encik Idzham datang sebab rindu kat Kak Leya ya?" Ha…rindu? Uwekk…Nak muntah Aleya dengar. Si Perasan Bagus tu pula boleh tersengih sahaja sampai ke telinga dengar cakap si Dania tu. Lantas Aleya terus senyap dan membawa diri ke tandas. Tak mahu komen dah. Ada pula tukang soraknya hari ini.


Tapi tak sangka ya, ada perasaan juga mamat tu. Rajin juga dia membantu anak-anak yatim yang kurang bernasib baik disini. Agaknya dengan Aleya saja dia tu suka buat hal. Dalam hati Aleya yang sudah sarat seperti mengandung 9 bulan dengan senarai keburukan lelaki yang digelar Encik Perasan Bagus, entah bagaimana boleh muncul satu markah untuk kebaikan pula. Alah, baru je satu kebaikan yang dibuatnya. Menolong anak-anak yatim. Senarai keburukan dia lagi panjang dari senarai kebaikan. Perasan bagus, cakap lepas, mulut tak renew insurance, berlagak, bla…dan bla… Kalau ditimbang pun masih tak balance lagi tahu. Kecualilah kalau penimbang tu rosak.


Bagi Aleya, Encik Perasan Bagus tetap akan kekal sebagai Encik Perasan Bagus padanya. Tidak mungkin dia akan suka pada lelaki itu. Nehi…No Way…Nay-nay…Em-Tak…dan bahasa seangkatan dengannya yang bermaksud T.I.D.A.K. Rasanya mahu terbalik dunia ini dibuatnya andai mereka ditakdirkan jatuh cinta. Tapi Dania dan teman serumahnya Arisa yang tahu betapa 'akrab' nya dia dengan Encik Perasan Bagus, selalu berkata, " Kalau dah asyik gaduh sahaja, lama-lama mesti kau orang berdua akan saling jatuh cinta. Percayalah…"
Err...ya ke boleh jadi macam ni? Tak mahulah Aleya dengan Encik Perasan Bagus tu…Nanti mesti Aleya lagi teruk kena buli dengan mamat tu…..

Mungkinkah Nanti
(Amy Mastura)

Terlalu sukar untuk ku singkirkan cinta
Pabila kasih menggamit rasa
Dan malam resah semakin gelisah
Kata pujangga sukar dimengerti cinta
Semakin membenci semakin kasih
Dan luruhlah hati pada kekasih
Bagaimana mungkin aku menghindari
Sebuah kerinduan mula berputik di hati
Mungkinkah nanti hati ku akan disakiti
Oh.. bila aku berkasih denganmu
Mungkinkah nanti hati ku akan dilukai
Oh.. ketika cinta hanyalah padamu
Biarkanlg takdir nanti akan menentukannya
Kukan berdoa agar dirahmatiNya

BaB 4

Aleya

Aleya amat sibuk kebelakangan ini. Tidak lama lagi mesyuarat lembaga pengarah akan diadakan. Kemudiannya bakal menyusul pula mesyuarat agung tahunan. Bayang Encik Perasan Bagus tu pun dah lama tak nampak muncul dipejabatnya. Sibuk agaknya. Tapi bagus juga kalau mamat tu menyepi. Aman dunia dia. Kerjanya pun tengah bertimbun. Tak menang tangan dibuatnya. Tapi bila Idzham tu tak muncul, macam sepi pula dunia Aleya. Monotone sahaja. Bukan polyphonic mahupun truetone. Kurang ceria. Hatinya seolah-olah sebuah negeri yang dilanggar sang garuda seperti cerita dolu-dolu l agaknya. Tak kan lah Aleya rindu kat Encik Perasan Bagus pula? Apa dah jadi ni? Mahunya Tom Crusie ajak Nicole Kidman rujuk kiranya Aleya tiba-tiba rindukan mamat seorang tu. Yalah dari benci tahap gaban boleh rindu.
Mesyuarat lembaga pengarah adalah perkara normal baginya setiap tiga bulan. Kerjanya pun tidak banyak mana. Cuma kali ini sedikit berbeza. Ada salah seorang pengarah yang ingin bersara kerana usianya dah menghampiri limit yang dibenarkan iaitu 75 tahun. Jadi kerjanya kali ini jadi berganda. Baguslah tu Dato’ sorang tu bersara, cukup-cukuplah kumpul harta dunia. Lepas ni boleh apply jadi shareholder masjid pula. Sahamnya telah ditukar milik kepada seorang pengarah baru. Oleh kerana Aleya yang bertanggungjawab diatas urusan pertukaran saham ini, dia dapat mengintai maklumat pengarah baru syarikat ini.

Orangnya masih muda. Usianya disekitar awal 30-an. Maklumat paling penting, pengarah tersebut ialah seorang lelaki yang masih bujang. Syed Akasyah Bin Syed Akil. Lulusan Sarjana Pengurusan Risiko. Hebat kelulusannya. Bukan calang-calang orang boleh jadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dalam usia muda. Walaupun syarikat tempat Aleya bertugas ni dalam senarai di papan kedua sekurang-kurangnya lebih bagus dari setakat tersenarai di papan hitam. Aleya masih belum sempat bertentang mata dengan jejaka tersebut. Tapi gambarnya untuk kegunaan rekod pejabat, sudah ditatap Aleya. Memang kacak. Ada iras Ari Wibowo. Susuk badannya nampak sungguh ganteng sekali. Pada mukanya memang terserlah karisma sebagai bakal pengarah yang berwibawa. Boleh jatuh cinta dibuatnya.

Mesyuarat agung tahunan pula akan diadakan tiga bulan selepas itu. Kalau diikut logic akal memanglah jarak masa antara keduanya agak panjang. Nak buat majlis kahwin pun sempat lagi. Tapi kerjanya untuk prsedian mesyuarat agung tahunan lebih banyak mengalahkan kerja kahwin. Boleh tidak tidur malam dibuatnya. Dia kena pastikan, akaun syarikat sudah siap di audit dan sedia dibentangkan, laporan tahunan telah disiapkan dan dicetak, dewan hotel untuk acara berlangsung siap ditempah, notis telah dihantar dan sebagainya.

Sedang dia sibuk menyemak draf buku laporan tahunan untuk dicetak, dia disapa seseorang. Dia yang sedang asyik menumpukan perhatian pada tugasnya, tersedar dari keksyukkannya menyiapkan kerja yang mengalahkan rasa kushyuk ketika makan apabila terdengar deheman.
“Ehem…”
‘Errr…siapa pula yang mengganggu ketenteraman awamnya ni?’ Desis hati kecilnya. Memang nak kena back-hand betul. Orang ni mesti tak tau Aleya ada tali pinggang putih taekwando. Pantang tok neneknya jika ada yang berani mengganggu di saat dia tengah khusyuk. Saat kepalanya diangkat untuk melihat gerangan manusia tersebut, dia tergamam. Dia….
“Eh, Encik Syed Akasyah?” Tak disangka, baru tadi dia memikirkan jejaka ini tadi, boleh pulak si dia muncul. Ada kuasa magic ke lelaki ni? Bila diseru-seru, boleh terus muncul.

Dia yang masih dalam mode terkejut, tiba-tiba menjadi agak gelabah. “ Na… nak jumpa Tuan…eh…Puan Sharina ke? Suaranya kedengaran agak tersekat-sekat. Terkejut tengok jejaka ni secara live in person sampai rasanya nak bertanya perkara mudah pun boleh jadi lupa. Heh, bila masa pula dia menjadi gagap ni? Malunya Aleya…Aduh, rupanya jejaka lebih handsome pabila berhadapan daripada gambar pasportnya.

Sebagai jawapan, dia hanya mendengar bunyi ketawa jejaka tersebut. Dan ketawanya kedengaran sungguh romantis. Aleya, kamu ni gila ya. Orang ketawakan kamu pun, kamu masih boleh komen bunyinya romantis?

“You are Aleya Putri right?” ayat pertama yang didengarnya dari peti suara sang jejaka tersebut kedengaran sungguh romantis. ‘Eh, mana dia tahu nama aku ya? Siap nama penuh pulak tu.’
“Saya kan bakal menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat? Tentulah saya kena ambil tahu, siapa pekerja yang akan berada di bawah saya. Right?”

Dia ni macam tahu-tahu sahaja apa dalam fikiran aku ni. Dia ni ada ilmu boleh baca fikiran orang ke? Dia pernah dengar memang ada orang yang tengok wajah seseorang pun boleh tahu sifat-sifat seseorang itu. Apa ya nama ilmu tu? Ilmu alam kot. Wallahhualam. Tapi itukan tengok sifat. Ini dia tahu apa aku fikir. Matanya pakai mikroskop 88,000 kuasa kuda kot. Boleh teropong fikiran dia. Hebat!

Tapikan ayat dia tadi, macam ayat buaya jadian sahaja. Konon kena kenal semua pekerjanya. Kak As cleaner tu dia dah berkenal-kenalan ke? Bukan boleh percaya lelaki zaman sekarang ni. Lagipun dia cuma assistant company secretary. Tak ada kepentingannya mamat ni perlu tahu kewujudan dia di muka bumi ni.

“Saya datang ni nak semak register book syarikat ini. Hari itu, Puan Sharina ada beritahu saya boleh datang untuk tengok. Katanya minta sahaja pada pembantunya cik Aleya.” sambung mamat tu apabila Aleya diam tidak membalas kata-katanya tadi.
“Boleh, tapi rekod yang mana satu? Ada banyak jenis rekod daftar di sini.” Akhirnya mampu juga Aleya bersuara secara normal semula.

“Saya nak tengok semua yang ada? Boleh? Nak kena bayar ke?” ‘What! dia nak tengok semua??? Matilah Aleya nak mengeluarkan setiap satu. Larat ke mamat ni nak semak semua dalam satu hari?

“Err.. Encik Syed tak perlu bayar. The register is open to inspection by any members of the company without charge. Non-members je kena bayar untuk view the register. Tapi kalau Encik Syed nak simpan salinan untuk diri sendiri kenalah bayar.”

Aku tarik nafas dan sambung lagi kata-kataku, “Encik Syed tunggu di bilik mesyuarat di sebelah bilik ini dulu. Nanti saya akan hantarkan rekod-rekod tersebut ya. Rekod-rekod tu terlampau banyak sebenarnya. Jadi saya bagi pada Encik Syed three most recent register of minutes book dulu ya? Dah petang ni, nanti tak sempat Encik Syed nak semak semua.”

Dia tergelak lagi. Ishhh…gelak lagi. Seriau dibuatnya Aleya dengar gelak romantis macam tu.
“Leya ni, cakap macam itik. Comel sungguh. Laju sungguh, non-stop punya penerangan. Ni express rakyat ke express senandung malam ? Kalau semua dah bagi tahu, apa yang saya nak tanya lagi. By the way, call me Syah. That’s enough. Tak perlu formal sangat nak berencik-encik Syed dengan saya. I hate formalities you know< color="#0000FF" face="Georgia">.”
Alamak…belum apa-apa dah panggil dia Leya. Tu panggilan orang terdekat dengan dia je tau. Sempat buat lawak lagi. Lagipun dia baru mula cakap dengan lelaki ni beberapa ayat je. Pandai-pandai je lelaki sorang ni panggil dia Leya. Lepas tu, boleh dikatanya dia ni macam ITIK? Ada ke patut tuan-tuan dan puan-puan? Hari tu Encik Perasan Bagus dah panggil dia KATAK. Kenapa semua orang suka labelkan dia dengan binatang? Ada ke rupa dia yang seayu wakil Miss Universe dari Ulu Bendul, Negeri Sembilan dibandingkan dengan rupa binatang? Tidak berpatutan sungguh. Boleh saman di mahkamah ni. Lepas tu lantik Encik Perasan Bagus jadi peguambelanya. Okay tak? Tapi lelaki tu kata dia comel. Seronoknya ada orang puji. Riaklah pulak dia karang.

Hmmm…Lelaki ni suruh panggil dia Syah sahaja . Lagi sekali ayatnya kedengaran macam ayat-ayat mengurat sang buaya jadian je. Ni memang sah ahli seumur hidup kumpulan Buaya Jadian. Dia ingat boleh gula-gulakan Aleya dengan ayat-ayat manis dia tu ya. Eh, ni Aleya tahu. Tak mainlah pakai gula-gula ayat buaya tu. Nak mengurat dia, paling kurang pun kena guna ayat-ayat bangsawan.
Aleya tersengeh je sebagai balasan. Tak tahu apa dan malas nak menjawab. Kalau dijawab karang lagi lama pulak buaya jadian ni duduk berkelah di sini.
“Saya tunggu Leya dibilik saya ya? Before that, tolong buatkan saya ice coffee boleh? Please dear, I’m parched. I’ll appreciate that so much. ”
Hah, bab ni memang dia pantang sikit. Apa kes Aleya pula yang kena buat kopi. Rasanya job scope dia tak termasuk buat kopi. Hello, mind please, I’m company secretary, not that typical secretary who makes coffee. Siap panggil aku sayang pula tu. Dear tu kan maksudnya sayang. Takkanlah Encik Buaya Jadian tu sebut D.E.E.R yang sekelas dengan anak rusa nani tu? Tak kuasa Aleya nak buatkan kopi walaupun dirayu sebegitu rupa. Lagipun dia memang kurang pengetahuan sikit nak buat kopi, terutamanya untuk santapan orang lain. Tak pasal-pasal karang ada yang campur racun tikus. Apa susah, telefon je tea lady syarikat ni. Apa gunanya diwujudkan jawatan sepenting itu dalam sesebuah organisasi?

Dengan pantas Aleya, mendail extension Cik Teh, tea lady of the office. Eh, Aleya bukan pandai-pandai bagi gelaran pada tea leady tu ya. Memang pun nama singkatannya begitu. Dah takdir bapanya register nama penuhnya dalam surat beranak Puteh binti Sitam dan kerjanya jadi pembuat teh. Ish…mana pula Cik Teh ni pergi tak angkat-angkat telefon dari tadi.

Lalu Aleya bergerak pantas ke pantry mencari Cik Teh nak suruh buat kopi ais buat Encik Buaya Jadian tu. Tapi bila dia menghampiri pantry, dia dapat tahu hari ni Cik Teh emergency leaves. Hendak atau tidak kenalah Aleya sendiri sediakan kopi ais buat Encik Buaya Jadian. Dia cukup gembira bila buka peti ais, dia nampak ada satu tin kopi jenama Poka. Siapa punya ya? Tak apalah, Aleya pinjam dahulu. Nanti balik, Aleya boleh beli yang lain untuk diganti semula. Dituangnya kopi tesebut dalam sebuah mug yang cantik, dan dicampurkan ais supaya lebih real. Hehehe…bijak-bijak.

Eh, Encik Buaya Jadian tu tadi minta kopi susu ais ke, kopi O’ ais? Tak apalah, kalau dia kata yang dia nak kopi O’ ais, jawab je, gula habis. Susu sahaja yang tinggal dalam fridge tu. Suka hatilah dia kalau nak minum atau tidak, siapa suruh dia pandai-pandai minta Aleya buatkan air. Ini nasib baik Aleya jumpa air kopi dalam tin. Kalau tak ada tadi, Aleya dah berkira-kira nak pergi order kat Starbucks je. Lagilah lama dia kena tunggu kopi ais dia. Starbucks yang paling dekat pun 5km dari sini.

Air yang sudah siap disediakan dibawanya ke bilik mesyuarat di sebelah ruang kerjanya bersama-sama dengan register book yang diminta oleh Encik Buaya Jadian tadi. Ketika dia masuk ke bilik tersebut, mamat tu tengah berbual di telefon bimbitnya. Sebuah senyuman dihadiahkan pabila ternampak Aleya menapak masuk membawa buku yang dimintanya tadi tapi perbualannya di telefon masih lagi diteruskan. Bunyi suaranya sunggh perlahan dan hampir tidak kedengaran. Mesti tengah bergayut dengan girlfriend tu. Takkanlah dia bercakap dengan mak atau neneknya dengan suara macam tu. Bertambah tersumbat salur gegendang telinga orang tua tu dibuatnya nanti kalau dengar suara berbisik-bisik begitu.

Aleya terus meletakkan air dan buku-buku tersebut dia atas meja yang berhampiran dengan tempat lelaki tersebut duduk. Kemudian Aleya terus bergerak menuju ke pintu untuk keluar. Tak mahu berlama-lama di situ, nanti tak pasal-pasal dapat kahwin free dengan buaya jadian. Tak mahu Aleya kahwin dengan buaya jadian, kalau dengan Encik Perasan Bagus bolehlah. Encik Perasan Bagus lagi! Memang sah Aleya sebenarnya dah rindu kat musuh rasmi dia tu.
Namun lagi selangkah kakinya ingin keluar dari bilik tersebut, dia terdengar namanya dipanggil. “Aleya, tunggu dulu.” ‘Apa lagilah buaya jadian ni hendak,’ ngomel hati Aleya sambil memusingkan badannya semula memandang kearah lelaki buaya darat tersebut.

“Thanks for this coffee. Sedap betul rasanya. Lain kali boleh saya minta lagi ya?” Ujar lelaki tersebut sambil menghirup kopi yang dihidangkan oleh Aleya. Aleya terkesima dengan kata-kata lelaki tersebut. Dia ni puji ke perli? Dia rasa, dia dah modified rasa kopi tersebut supaya tak terasa sangat seperti rasa kopi segera dari tin. Nak minta lagi Aleya sediakan kopi untuk dia? Ingat aku bini dia ke? Jawabnya selepas ni, dia kena beli kopi Poka tu bercarton-carton buat stok.

“Aleya….?” ‘Apa lagilah mahunya mamat ni?’ Hati Aleya semakin berdongkol dengan rasa geram terhadap Encik Buaya Jadian.

“Sudi temankan saya untuk makan malam?” What? Makan malam, memang dasar buaya betul mamat ni. Sesuai dengan gelaran yang Aleya bagi tadi. Encik Buaya Jadian. Kalau nak mengurat Aleya tu cakap sahajalah. Tak payah nak berkias-kias konon ajak makan malam pula. Lagipun apa relevannya nak ajak Aleya dinner? Mereka baru sahaja jumpa hari ni, tak sampai satu jam dan baru hanya beberapa patah perkataan yang tersenarai dalam dialog mereka.

Tapi Aleya mengelengkan kepala tanda dia tidak dapat menemani lelaki tersebut makan malam. “Nenek saya ajak saya shopping dekat Starhill malam ni,” selamba sahaja Aleya menjawab. Biarlah mamat nu pun buka tahu nenek dia ada lagi atau tak. Tak mahu dia keluar makan dengan lelaki tersebut. Dahlah malam pula tu. Diakan buaya jadian. Biasanya jadian-jadian macam dia ni, lagi malam, lagilah dia makin menjadi-jadi perangai dia.

Walaupun, Aleya perasan muka berkerut si buaya jadian tu dengan alasannya yang tak munasabah, Aleya terus melangkah keluar. Malas dah nak layan mamat tu. Lebih-lebih lagi dia terdengar bunyi telefon di mejanya. Minta-minta Encik Perasan Bagus telefon
Rose Butterfly Alphabet flower animated alphabet alpha glitter letter