MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Tuesday, 22 July 2008

Malam Pertama,Bersedialah kita?


Kita pasti dirisik..Pertunangan sejak azali..Di hujung hidup nanti..Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..

Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..Wangian gaharu dan cendana..Keranda jadi pelaminan..Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..Berkompangkan azan dan kalimah kudus..Akad nikahnya bacaan talkin..Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..Siraman air mawar..Keluarga terdekat menepung tawar..Tiba masa pengantin..Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..Di kamar bertilamkan tanah..Dan Dia menuntut janji..Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..Atau terkubur bersama dosa-dosa…Dan Dia Kekasih itu..Menetapkanmu ke syurga..Atau melemparkan dirimu ke neraka..

Bagaimana? Terasa hendak menjadi ‘pengantin’ tersebut? Marilah bersama muhasabah diri. Kita hanya insan, mudah terleka dek godaan syaitan… Wallahualam

Al-Qur'an : Teman di dalam kubur ( Santapan Pagi )



Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".


Melalui hadis di atas, kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.

Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah temanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!".

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat".
"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi"

Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran..
.... Abah, bagi balik tangan Ita..........
Sepasang suami isteri, seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah s ema sa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluanny a sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat a yahhh.. cantik kan ?!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong dan menangis kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, memba wan ya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah m ema ndikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terk ena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita d ema m... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.
Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor m ema nggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk."Ia sudah bernanah, demi nya wan ya kedua-dua tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan selepas diberi penerangan terperinci tentang keadaan sebenar anaknya.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak N arti.." katanya m ema ndang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? N ak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Kehilangan akakjb dtangisi..

Pertemuan terakhir dengan wanita yang tabah melawan penyakit kanser payudara (berbaju merah-hari raya 2007)


Petang sabtu..19/July/2008..
Berkocak lagi mindaku dan berderai lagi empangan air mataku...
Berita kehilangan Kakak Marini atau nickname dalam Kedahonline akakjb mengundang satu perasaan yang sukar aku gambarkan.

Hampir 3tahun perkenalan kami...dan disusuli dengan 2 pertemuan di rumahnya di Kuala Kedah.Dari daerah yang sama membuatkan aku dan akakjb cepat mesra walaupun kami jarang berjumpa dan bersembang.Cuma sekali-sekala kami bersua dalam Yahoo Masengger (YM)..gurauan dan cara dia memberi nasihat tidak seperti insan yang menanggung penderitaan akibat kanser payudara yang dihadapinya.

Ya Allah ...sebagai seorang insan yang baru mengenalinya berita kehilangannya seperti tertusuk duri bisa..payah untuk aku gambarkan perasaanku...mungkin kerana aku juga sepertinya ada anak-anak yang masih kecil....Bagaimana pula perasaan suami serta anak-anaknya selepas kehilangan insan tersayang ..sepertinya....Ya Allah..hebatnya dugaanmu ini ....

Sejenak aku teringat tentang satu ayat yang pernah aku terima dari seorang insan yang perihatin selepas aku kehilangan orang yang tersayang 13/1/2006 (aruah bapa)

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." " Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Semoga arwah tenang bersama dengan orang-orang yang beriman.
Amin.