MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Tuesday 1 July 2008

~Kasihnya Ibu Sepanjang Zaman~




~"Mama, Ain nak roti lagi."

"Kan Ain dah makan banyak, nantilah dulu ya.

"Ahh.. Ain, berat badannya telah melampaui batas normal untuk kanak-kanak seusianya.


Keadaan ini adakalanya membuatkan Ain termengah-mengah.Semenjak disahkan penyakitnya telah sampai ke tahap serius dua bulan lalu,aku berusaha untuk menjadi ibu yang paling tabah. Semuanya demi untukmelihat Ain gembira. Kesal rasanya telah memuntahkan kemarahan sebelumini. Kesal yang tak mungkin akan terubat lagi.Segalanya bermula lima tahun lalu. Ain selalu demam, ada waktunya hanya berselang minggu. Telah berbagai jenis ubat yang ditelannya. Namun sembuhnya hanya sementara. Ain akhirnya ku bawa merujuk kepada pakar kanak-kanak. Tangisan Ain bergema sewaktu contoh darahnya diambil. Masakan tidak. Ain baru berusia tujuh bulan saat itu. Gelap rasanya pandanganku apabila doktor mengesahkan Ain leukemia. Ubat-ubatan yang diberikan sekadar untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Tiada lagi penawar bagi penyakitnya di saat itu.


Ohh.. tidak mungkin.Waktu itu aku hamil dua bulan. Bercelaru rasanya, bimbang ia akan menerima nasib yang sama. Aku harus menjalani ujian lagi. "Leukemia bukanlah penyakit berjangkit atau keturunan. Peluang untuk kandungan puan seterusnya mengidapnya adalah tipis. Tapi puan perlu menjalani ujian untuk itu. Jangan bimbang, puan pasti selamat, bersabarsahaja."Kata-kata doktor muda itu ku sambut sepi.


Aku tenggelam dalam seribu kebimbangan dan kemungkinan. Bagaimana kalau nanti dia juga menerima nasib yang sama. Bagaimana kalau di saat aku melahirkannya, Ain kesakitan. Adam hanya mengeluh sewaktu ku luahkan kebimbangan yang bersarang. Sebagai anaksulung, Ain menjadi kesayangan kami. Tambahan pula Adam dalam proses kenaikan pangkat. Oleh itu beliau perlu menghadiri kursus demi kursus.Demi untuk Ain, aku akhirnya menyerahkan surat permohonan cuti tanpa gaji.Selepas itu Ain harus sering ku bawa bertemu doktor. Berbagai ujian dan rawatan harus dilaluinya. Ada waktunya ingin sahaja aku mengalah dengan corak rawatan tersebut. Ain tidak menggemari ubat, oleh itu bagai penyiksaan harus dilaluinya setiap kali ubat diberikan.


"Pada tahap yang dialami Noraishah sekarang, peluang untuknya masih cerah.Tapi bukan untuk sembuh sepenuhnya. Puan perlu bersabar, memang ia menyakitkan. Kalau nasibnya baik, dia mungkin sembuh."Ayat terakhir dari doktor itu bagai satu hukuman bagiku. Bagaimana kalau nasib tidak menyebelahinya.


Ohh, aku akan kehilangan Ain. Kesakitan sewaktu melahirkannya masih terasa, mana mungkin aku harus kehilangannya.Berhadapan dengan seribu kemungkinan itu aku semakin tertekan. Apatah lagi setiap kali ku khabarkan penyakit Ain, hanya berita kematian yang kutelan. Setiap orang bagai menanti saat kematiannya. Mereka bagaikan hairan apabila setiap kali berhari raya, Ain ada bersama kami. Ada waktunya aku ingin menyisihkan sahaja keluarga kami dari mereka.


"Perasaan Idah saja tu, abang tak nampak pun mereka buat macam tu. Dah lahtu, sabar saja, mereka tu simpati dengan kita.""Macam mana Idah nak sabar, bila nampak Ain, dia orang cakap apa tau, eh..eh.. Ain sihatnya, apa maknanya tu?""Baguslah kalau mereka kata Ain sihat, kalau dikatanya Ain sakit macammana?"Pertanyaan Adam ku biarkan tergantung di situ. Sikap penyabar Adam ada waktunya mematikan patah perkataan yang ingin ku lontarkan.


Menjelang usiaAin tiga tahun, Ain menunjukkan tanda positif. Pertumbuhannya bagaikanak-kanak lain. Sangkaku pastinya penyakit Ain telah sembuh. Berbayar rasanya segala pengorbanan selama ini. Kenakalan Ain dan Adib ada waktunya menguji kesabaranku. Seharian di pejabat dengan berbagai tugasan.Keletihan itu adakalanya membuatkan aku hilang pertimbangan wajar.Seringkali aku meninggikan suara pada mereka.Namun selepas itu, kekesalan akan bersarang di benakku. Tatkala melihatAin dan Adib nyenyak di katil mereka aku rasa bersalah. Tidak adil akumelepaskan kemarahan di atas kesalahan yang kecil. Apalah lagi yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusia mereka selain bermain dan bergaduh.Ain sebenarnya amat rajin membantu. Dalam usia sebegitu, dia ingin melakukan tugas yang aku lakukan. Kalau aku membersih rumah, Ain akan turut serta.Meskipun hanya menambahkan tugas yang ada, sekurang-kurangnya Ain berusahauntuk itu. Pertanyaan Ain adakalanya membuatkan aku kehabisan idea untukmenjawab. Kadang-kadang aku risau bila Ain memulakan persoalan. Perkataan'kenapa' darinya pasti akan memerlukan penghuraian yang panjang lebar. Aku sendiri tidak pasti apakah keterangan yang diberikan benar-benar difahaminya atau sekadar ingin berkomunikasi dua hala.Menginjak ke usia lima tahun, Ain menunjukkan perubahan ketara.Perkembangan berat badannya mula merisaukan aku. Selera makannya mengalahkan orang dewasa.Paling digemarinya makan di restoran segera. Tidak menjadi masalah bagi Ain untuk menghabiskan nugget dan kentang gorengnya. Selera makannya ada waktu membuat kesabaranku hilang. Masakan tidak, dalam kesesakan jalanraya, Ain boleh menjerit minta ayam goreng, hanya kerana terlihat papan iklan ayam goreng.


"Sudahlah Idah, budak-budak macam tulah." Itulah kata-kata Adam setiapkali aku memarahi Ain. Kadang-kadang aku rasakan disebabkan Adam selalu menurut katanya Ain jadi sedemikian. Apa sahaja yang dipinta Ain akandipenuhinya. "Mama, nanti jahitkan telekung baru untuk Ain ya.""Kan telekung Ain tu elok lagi, buat apa yang baru.""Ala mama, Ain nak yang ada renda macam baju Cinderella ni. Nanti bila Ainikut mama sembahyang, Ain cantik macam Cinderella.""Ain tau tak, Cinderella tak makan banyak macam Ain.""Okeylah mama, nanti Ain makan sikit aja ya, tapi mama buatlah dulu."Pelbagai karenah Ain yang tak mungkin luput dari ingatan rinduku.


PernahAin suarakan aku buatkan renda pada telekung itu untuk menjadi penawar rindu.Kononnya ia seperti apa yang dilakukan papanya. Adam yang selalu menghadiri tugas keluar daerah telah membelikan patung Cinderella.Menurut Adam, Cinderella itu adalah wakilnya setiap kali Ain rindu pada papanya. Ianya benar-benar berkesan. Ain akan berbual dengan patung tersebut setiap kali sebelum tidur sekiranya Adam tiada.


Aku dalam kegembiraan kerana disahkan mengandung lagi. Ain kepenatansewaktu dalam perjalanan untuk meraikan berita gembira itu. Lantas kamimembatalkan niat itu dan membawa Ain ke doktor. Bagai ada halilintar yangmemanah, apabila diberitahu penyakit Ain telah sampai ke tahap serius. Ain perlu ditahan di wad untuk rawatan lanjut. Menurut doktor, saraf yang mengawal nafsu Ain telah rosak. Itulah sebabnya Ain tidak merasa kenyang,meskipun telah makan dengan banyak. Mengapalah tidak aku fahami keadaanitu sebelumnya. Sangkaku keadaan itu bukan kerana penyakit. Kenapalah aku tidak boleh peka dengan itu semua.


Betapa pilu hatiku melihat pelbagai wayar disambungkan ke badan Ain. Ada waktunya Ain tidur seperti pengsan. Apapun berlaku, tak akan ku biarkanAin sendirian. Semoga Ain sedar betapa kasihku yang sentiasa melimpah untuknya. Tidak putus doa ku panjatkan agar Ain sembuh semula. Namun kepiluan tidak dapat ku hindarkan apabila doktor membenarkan apa saja yang dipinta anakku. Ain seperti tidak perlu lagi berpantang meskipun keadaannya amat tenat. Terasa benar Ain bagai pesalah yang menanti hukuman mati.


Petang itu sebagaimana biasa Adam tiba untuk giliran menjaga Ain. Akuperlu rehat demi kandunganku. Tambahan pula Adib lebih rapat dengankuberbanding Adam. Menginap di hotel memerlukan perbelanjaan yang bukansedikit. Segalanya perlu dibayar, makanan, dobi dan sebagainya. Tidak sanggup rasanya menyusahkan saudara yang ada. Telah hampir seminggu kami di sini. Keadaan Ain tidak menampakkan tanda-tanda akan sembuh. Kunjungan saudara mara juga silih berganti.Semuanya seperti tidak memberikan harapan pada Ain. Entah kenapa airmatakutidak mampu tumpah kali ini. Mungkin keadaan tersebut telah menjadikan akusemakin tabah. Biasanya setiap kali Ain dimasukkan ke hospital airmata ku akan mengalir sehinggalah saat Ain dibenarkan pulang.


Namun sebaliknya Adam kelihatan lebih emosi kali ini. Matanya sentiasa berkaca kala membaca surah Yassin di sisi Ain. Sebagai seorang lelaki airmata amat mahal baginya. Dan yang mahal itu kini tertumpah untuk Ain kesayangannya. Bagiku mungkin dugaan kali ini terlalu berat untukmeninggalkan Ain. Meskipun Adam telah lama tiba, aku seakan terpanggiluntuk terus di sisi Ain."Idah pergilah sebelum Adib menangis dan mengejutkan Ain.""Hati Idah tak sedap benar rasanya, nantilah sekejap lagi.""Tak baik macam tu Idah, anak kita akan sembuh, pergilah."Seketika itu ibu dan adikku tiba untuk melawat Ain. Mata tua itu kiranyalebih memahami keadaan."Dah tenat nampaknya budak ni, kau tunggu sajalah Idah, biar mak jagaAdib."Benar bagai dikata ibu. Hanya seketika itu Ain terjaga dan memanggilnamaku. Patah bicara Ain tidak menentu lagi. Air mata Adam kelihatanmengalir lagi. "Mama, jangan berdiri dekat pintu tu, Ain tak nampak pintu."Pintu apa yang kau lihat anakku, sedang perbaringanmu menghadap dindingbatu sahaja. Telah terbukakah pintu langit untukmu, anakku. Janganlahpergi dulu Ain, belum puas rasanya mama bersamamu. Bicaraku hanya tersekatdi kerongkong."Mama, sakit mama."Ain mula meronta. Sudah tentu keadaan itu membahayakan dirinya. Wayar yangmengalirkan darah dan air itu seakan mengganggu pergerakan Ain. Sepantas itu suaraku dan Adam memanggil jururawat."Papa, tolong pa, Ain nak bangun, Ain nak pergi ikut pintu tu."Adam bagai hilang pertimbangan. Airmata kami berbaur dengan tangis Ain.Suntikan yang diberikan menyebabkan Ain tertidur kembali. Ain terpaksadipindahkan ke unit rawatan rapi.Ibu dan adikku pulang bersama Adib setelah Ain ditempatkan dalam sebuah bilik khas.


Keadaan Ain yang kritikal itu membuatkan aku lebih relamelihat tangisan Adib yang enggan pergi bersama neneknya. Sepanjang malamitu Ain langsung tidak bangun. Hanya jejarinya terasa terus hangatmemegang jariku. Aku sendiri tidak pasti telah berapa kali aku dan Adam menghabiskan surah Yasin untuknya. Malam itu tidur kami hanya beberapa minit di atas kerusi di kiri dan kanan Ain. Tidak lagi kufikirkan rehat dan makan saat itu.


Sewaktu azan Subuh sayup-sayup kedengaran, aku tersedar bila genggaman tangan Ain terasa longgar. Adam yang tertidur di sebelah tersentak bila aku seakan menjerit memanggilnya. Mesin denyutan jantung Ain menunjukkansatu garisan yang memanjang sewaktu Adam menghembuskan dua kalimahsyahadah di telinganya. Air mataku gugur sewaktu doktor meluahkan ungkapanyang tidak mampu diterima oleh setiap yang bergelar ibu."Puan, kami telah melakukan yang termampu, Tuhan lebih menyayanginya.Relakanlah dia pergi."Apalah lagi yang mampu aku lakukan. Tak mungkin aku boleh mengembalikanAin yang telah pergi.


Segalanya harus ku terima dengan redha. Maha suciAllah yang telah menganugerahkan Ain, biarpun sebentar di dalam hidupku.Kini, meskipun telah enam bulan berlalu, Ain seakan masih ada dimana-mana.


Beberapa kali aku terpanggil namanya bila merasakan ada yangmengekori setiap yang aku lakukan. Ain pasti akan mengekori kalau akusedang menyapu sampah di dalam dan luar rumah. Sukar untuk menerimahakikat aku kini melakukannya sendirian.Telekung renda yang dipintanya hanya digunakan beberapa kali sahaja.


Sewaktu Ain dimasukkan ke hospital tempohari dia masih meminta telekungbarunya itu. Telekung itu kini sebahagian dari diriku. Ia ku tempatkan disudut yang istimewa agar boleh untukku melihat selalu. Walaupun kinipermergian Ain telah digantikan dengan Anis, kerinduan pada anugerahsulung itu tetap terpahat di hati. Doaku setiap detik agar Ain tenang dandamai sentiasa.

Doa Harian