MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday, 7 November 2008

~Tidak mampu aku memaafkanmu ::..~


Aku memandang wajah Farouq dalam-dalam.Aku mengeluh..mungkin inilah pertemuanku yang terakhir dengannya."Qis,jauhnya U mengelamun..fikir pasal apa?"soal Farouq."I kena kawin dgn sepupu I""What?!!are U kidding..Qis serius ok..Luculah lawak Qis hari ni"ujar Farouq sambil ketawa seolah-olah apa yang aku sampaikan sbntr td hanyalah satu lawak bodoh"far..I cakap betul-betul ni.Mak Long I yang meninggal minggu lepas wasiatkan supaya anak dia kawin dgn I""What?!!wasiat!!jadi U terima je lah..""I x boleh tolak..ini wasiat far..U kena faham""sampai hati U buat I macam ni..I ingat u mati-mati sygkn I..rupa-rupanya x.."ujar Farouq sedih.Aku tersentak"Qis nak buat macam mana..ni soal wasiat far..mana boleh x ikut..patutnya U kena kesiankan I sebab I yang kena pakasa akawin..seksa tau x..""U pujuklah parents U sekali lagi,ok..please honey.."pujuknya.Aku berfikir sejenak.Akhirnya aku mengalah"ok..ok.."Aku meraba-raba pipiku.Perit dan pedih bertandang.

Kali pertama aku ditampar walid kerana wasiat bodoh tu.."walid x pernah ajar Qis krg ajar macam 2.."jerkah walidku.Aku menangis dan terduduk.Aku memandang walid dengan linangan air mata"tp Qis x nak kawin dgn Naim..Qis x suke dia..Qis benci dia..""tolonglah Qis..jgn malukan bonda,jangan malukan keluarga kita..perkahwinan Qis dengan Naim 2 bulan je lagi..Qis kawin dgn Naim ok.."giliran bonda pula memujuk.Aku bingkas bangun."siapa suruh bonda pandai-pandai tetapkan perkahwinan 2..Qis x nak kawin dgn Naim bodoh 2..bonda tak faham ke??"jeritku..PANGG!!satu lagi tamparan hinggap di pipiku.Kali ini dari bonda pula.."Qis benci bonda..Qis benci walid..benci semuanya.."jeritku lagi.Aku berlari ke bilik tidur milikku..takut ditampar sekali lagi.Pintu bilik aku hempas dgn kuat.Aku menangis di birai katil..seminggu aku begitu..x makan..x minum..walid juga x membenarkan aku bekerja lagi.Susut badanku menangisi hubungan cintaku bersama Farouq yg tlh terkubur.2 tahun aku dan Farouq menyulam cinta..tiba-tiba sahaja musnah gara-gara kehadiran orang ketiga..Aku berbaring di atas katil..menangis dan menangis mengenangkan cintaku kepada Farouq.......................................................................................................................................

2 minggu aku sprt org x siuman.

Hari ini dgn penuh bersemangat aku menelifon Naim..aku mengajaknya berjumpa di Tasik Titiwangsa.Dia bersetuju.Pertemuan pertama aku sudah buat perangai.Aku sengaja dtg lewat 1 jam..namun Naim ttp menungguku di situ..tiada riak marah yg menghiasi wajahnya..hanya senyuman yang menyapa diriku.."kenapa lewat sampai?"soalnya lembut.Aku hanya berpeluk tubuh.Dia tersenyum."knp ajak sy jumpa dkt sini?"tanyanya lagi."sbb ni tempat aku dan Farouq selalu berjumpa..skrg aku dgn Farouq kena putus kau th x !Farouq bencikan aku pun gara-gara aku kena kawin dgn kau!"marahku"maafkan sy..sy x tau Qis dah berpunya"ujarnya lembut.Aku mencebik..loya dgn kata-kata yg terbit dr mulut peguam muda ini.."aku nak kau jujur..kenapa kau x tolak perkahwinan ni?""sbb sy cuba untk mengikut wasiat arwah mama..sy pun t'paksa berpisah dgn kekasih sy sbb perkahwinan ni..jgn fikir awk sorang je yg kena berkorban dan tersiksa""but the problem now is..aku bencikan kau..aku meluat tgk kau..aku x nk kawin dgn kau!siapa yg bodoh sgt smpai sggp buat wasiat yg bodoh macam ni??!!""Qistina..watch your mouth!org yg buat wasiat 2 arwah mama sy..mak long Qis..cubalah belajar untuk menerima dan merelakan suratan takdir ni..""aku xkan belajar dan xkan merelakan perkahwinan ni..".selepas itu aku pulang..x betah untuk terus bersamanya disitu..Tanggal 11 ogos 2003..aku dan Naim selamat diijabkabulkan..dgn sekali lafaz sahaja aku sdh sah menjadi milik Naim sepenuhnya..Air mataku menitis tatkala Naim menyarungkan cincin berlian di jari manisku..aku menangis bukan kerana t'haru..tp benci.Aku benci pernikahan ini!!Ramai yg memuji kesepadanan kami berdua..aku akui Naim memang baik dan jauh lebih kacak dr Farouq tp..entahlah"Qis cubalah senyum..x ada langsung seri pengantin pd wajah Qis""awk jgn nak menyibuk hal saya..ni muka saya so..ikut suka hati sayalah saya nak senyum ke x nak..xkan x reti-reti nk bersyukur lagi?"marahku.Panggilan 'kau dan kau' aku tukar menjadi 'saya dan awak'..walaupun hanya benci yang memenuhi hati ini namun masih ada sekelumit persaan hormat yg bersarang di hati..Naim terkebil-kebil memandangku.."apa tengok-tengok!!jgn tgk sy..sy x suka!"..sekali lagi dia menjadi mangsa amarahku"maafkan abg,Qis.."ucapnyaMalamnya sewaktu aku sdg menonton tv bersama bonda,Naim tiba-tiba dtg dan duduk disebelahku.."sayang..jom tidur.."..aku trsentak.Sayang!Aku jd geli tiba-tiba..Namun,di hadapan bonda terpaksalah aku berlagak mesra"kejapla yang..nk tgk tv kejap.."balasku lembut.dia memegang tanganku.aku tetap menggeleng..bonda merenungku.Aku aku..aku dan naim ke bilik tidur.."lain kali jgn panggil sy syg..and one more thing..don't you ever dare to touch me!!"..aku mengambil sebijik bantal dan meletakkannya di bawah.Naim t'kejut"knp ni syg..""how dare you call me syg..sy dah beritahu jgn pggl sym macam 2..i hate it!!sy nak tidur dkt bwh ni""tp kt bawah 2 sejuk..""sy rela mati kesejukan drpd kena tidur sekatil dgn awk..sy jijik tau x..lagipun sy tidur atas karpet bukan atas lantai""tp ni kan first night kita..jgnlah bt abg macam ni..""eh,sy kawin dgn awk pon dah kira baek tau!jgn nk lebih-lebih pulak""tp Qis..""x ada tapi-tapi lagi..tutup mulut bangkai awk 2..sy nak tidur".Aku berpura-pura tidur.Dia pula masih b'teleku di birai katil"Qis.."pgglnya lagi"hisy..apa lagi!!sy serabut tau x!!"jeritku"Qis tidur ats biar abg tidur dkt bwh.."ujarnya..ada nada sebak pada suaranya.Aku tanpa membantah terus nyenyak di ats katil..dia pula kesejukan di bawah.....................................................................................................................................

Genap sebulan p'khwinanku,

aku dan Naim b'pndah ke Bukit Antarabangsa.Baguslah..sekurang-kurangnya aku x p'lu lagi b'sndiwara di hdpn walid,bonda dan papa..Dan yg palig penting aku x p'lu lg tidur sebilik dgnnya walaupun bukan di atas katil yg sama..Di sini,aku boleh memarahinya..memaki-hamun dirinya sesedap rasa..dan yg bermakna bagiku ,bilikku dan biliknya b'asingan.Namun smkn lama aku tinggal di sini semakn kuat keinginanku untk kmbali bekerja."Naim sy nk kerja..boleh ke x.."soalku lembut.sekadar mengambil hatinya"knp..duit yg abg bg 2 ckp ke..kalau x ckp abg boleh tambah..""x..Rm 3000 2 dh lebih dari cukup..sy bkn apa Cuma boring la..'"x payah la..ek..duduk rumah je""hey awk ni siapa nk halang-halang saya,ha!sy x kira pokoknya sy tetap nak kerja""lain kali jgnlah tanya kalau dah buat kptsn sndiri..pergilah kau nk kerja apa pu..aku x nak ambik tahu..kau kerjelah kt mana pon..aku dh x kisah!!"jerkahnya.Pertama kali aku lihat dia marah..aku terpana seketikaGara-gara peristiwa itu..seminggu dia merajuk dgnku..smggu dia plg lewat..smggu dia x b'ckp..Argghh..biarlah..tanpa kelibat dan suaranya hidupku lbh aman dan sejahteraAku t'paksa akur dgn ketentuan takdir,aku x jadi bekerja apabila bonda dan walid turut menentang kptsnku..Naim,t'nyata gembira dgn kptsnku..Namun,aku tetap punya cara untk menyakitkan hatinya..aku sering keluar dan plg lewat malam..namun dia tetap sabar dan sering ketiduran di sofa kerana menunggu kepulanganku..Genap setahun p'khwnnku,Naim harus ke singapura untuk outstation slm 2 mggu..3 hari ketiadaannya,duniaku bosan..ada perasaan aneh yg hinggap di sarang hatiku..Mungkinkah ini rindu?x mgknlah..Hari ke-5 ketiadaannya aku ke Blue Moon Bar,tempat kegemaranku dan farouq swktu kami b'cinta dulu..Entah tuah apa yg dtg pd malam itu,aku t'jumpa Farouq.Badannya sdkt susut b'bndg dahulu.."Qis,U buat apa dkt sini..hubby U x mrh ke p'gi tmpt-tmpt macm ni"soal Farouq"hubby I x ada…dia outstation..so I jln-jln lah dkt sini.Lama I x dtg sini..U apa khabar?""I mcm yg U tgk lah..I rndu sgt dkt U. .jom p'gi tasik titiwangsa..kt sini bising la.."Sejak hari itu aku seinrg keluar b'sama Farouq..makan-makan,menonton wyg..sama mcm waktu aku dan dia sdg b'cinta dahulu..Malam ini malam t'akhir aku dan Farouq blh b'sama kerana esok Naim pulang.."cantik rumah U. .pandai U hias..""ada-ada je lah U ni..minum la air tu.."Malam ini aku sengaja memakai gaun paras paha tanpa lgn yg dihadiahkan oleh Farouq dahulu.."U look sexy baby..""thanks..well are you trying to seduce me Farouq.."soalku manja"yas I am .."balasnya romantis..Aku t'jaga saat mentari menerobos mask kedalam bilikku.Aku menggeliat.."Far..wake up honey..it's 10 p.m already""malaslah..I nk tidur lagilah.."Aku menuruti kemahuannya.Tiba-tiba handphoneku b'bunyi..nama Naim t'tera di skrin.Aku segera mnjwbnya"Far..U kena bgn skrg..hubby I on the way"jeritku.Farouq segera bgn.Sblm plg,dia smpt mghadiahi satu kucupan hangat ..Sejam kemudian,Naim tiba.Aku menunggunya di pintu..briefcasenya aku capai..pipinya aku cium..Kali pe'tama aku buat begitu.Aku lihat dia kaget.."amboi kenapa happy sgt ni.."soalnya"saja… x boleh".Hari itu aku baik t'hadapnya.Dia mghadiahiku seutas rantai berlian.Keesokan harinya,aku kmbali dingin dan melayannya sprti biasa....................................................................................................................................

Masuk hari ini sudah 3 hari aku terlantar di hospital akibat demam dan muntah-muntah..Aku jd takut dan cemas tiba-tiba..Naim setia menemaniku siang dan malam..sejurus plg dr kerja trs ke hospital utk menjagaku.Aku msh ingt hari ke-2 aku di hospital,aku lht dia sdg solat tahajjud..ada air mata bertakung di matanya.Dia b'doa shgga menangis.


Dia mendoakan kesihatanku..kebahagiaanku..kesejahteraanku..Hati aku t'sentuh dgn sikapnya.Betapa dia cinta padaku..tapi aku sdh mengkhianati cintanya.Rasa bersalah menghantuiku..air mataku tumpah juga..Lamunanku t'henti saat handphoneku menjerit"hello.."sapaku"Qis..aku ni Syeera.."Sheera ada apa?"soalku cemas apabila mendengar suara sheera yg cemas"abg aku..abg aku..""ya..knp dgn Farouq..""dia tgh nazak skrg ni..""knp?Dia skt apa??""Aids..dia suka tukar-tukar prmpuan..".Aku terpana.Aids!Aku b'samanya bulan lepas..aku mematikan talian..Pintu bilikku diketuk dan wajah Naim muncul.Aku t'jun dr katil dan memeluk kakinya.Dia t'kejut"maafkan Qis..Qis banyak buat dosa terhadap awk..Maafkan Qis.."ujarku dgn linangan air mata.Dia meleraikan pelukanku di kakinya."maafkan Qis..Qis b'dosa..dosa besar""kenapa ni"soalnya bingung"Qis..Qis curang..Qis dh t'lnjr dgn..dgn.."Naim trs meleraikan pelukannya.Wajahnya merah padam"dgn siapa Qis..beritahu abg"soalnya.Nada suaranya msh begitu..lembut dan tenang"Far..Farouq""Astagfirullahalazim.."dia b'istighfar."bila Qis?""bln lepas..hari t'akhr awk outstation".Aku lht dia duduk.Dia meraup wajahnya.Aku msh begitu..t'duduk di atas lantai smbil menangis terdedu-sedan."Qis jijik untk b'sama abg sedangkan abh ni halal unutk Qis..tp Qis blh b'sama Farouq yg bukan ada hubungan apa-apapun dgn Qis..B'dosa besar Qis!Qis x igt dosa ke?!!"bentaknya"maafkan Qis..tp Qis x mmpu tolak dia malam 2..""x mampu..x mampu Qis cakap!Qis mmpu dan sggup tolak abg tp untuk tlk Farouq Qis x mampu!Abg kecewa Qis..Dahla..Qis tidur dulu..Qis tgh skt ni..kita bincang lepas ni"Aku tiba-tiba t'jaga.Naim sdh tiada di sisiku..ada skpg surat di tangankuUntk isteri abg yg dicintai..Swktu Qis mmbaca surat ni abg mgkin dh x ada di m'sia..Maafkan abg tp abg x mmpu utnk mlht Qis..abg t'siksa..abg kecewa Qis..Qis sbnrnya sakit..HIV Positive ..maafkan abg sbb x mampu b'dpn dgn Qis..Bukan maksud abg untk tgglkan Qis swktu Qis skt tp hati abg dah hancur Qis..Abg x mampu untk memaafkan Qis..Abg dah cuba tp tetap x boleh nak maafkan Qis.Abg t'pksa melepaskan Qis..abg x mahu digelar dayus,Qis..Dgn lafaz Bismillah saya Naim Haiqal bin Zaim menceraikan Qistina binti Zaid dgn talak satu..maafkan abg syg,abg t'pksa p'gi dulu..maafkan abg sbb pggl Qis syg walaupun abg tahu Qis akan membencinya.Abg akn mendoakan kebahagiaan Qis b'sama Farouq..Suamimu yg t'luka..Aku menangis dan menjerit-jerit memanggilnya.Aku cuba menghubunginya.Nombornya sdh x ada dlm perkhidmatan"abg..abg p'gi mana..abg jgn tgglkan Qis"jeritku.2 org nurse dtg.Aku disuntik Ubat penenang.Aku t'lena…Aku berada di sebuah taman yg indah..aku lht Naim di situ,dia b'pakaian serba putih.Aku memanggilnya..dia menoleh dan t'senyum ke arahku..Dia melambai-lambaikan tangannya..dia akhirnya hilang..aku menjerit memanggilnya namun dia tetap hilang..2 hari kemudian,aku boleh keluar dr hospital.Aku kerumah walid dan bonda.2tamparan lg hggap di pipiku.Kedua-duanya dtg dr tgn bonda..Aku ke rumah papa pula..aku dihalau..aku kini dibuang keluarga.....................................................................................................................................


4 tahun kemudian..


Pagi ini aku bgn lg untk b'munajat kpd Allah.Memohon agar dosa-dosaku diampunkan oleh-Nya..Aku menangis..aku memandang kudis-kudis kotor yg hina yg ada pd bdnku ini.4 tahun dahulu aku mencari Naim di merata-rata tempat..aku turut ke London,tmpat tgglnya swktu dia kecil.5 bulan kemudia,pencarianku terhenti terhenti apabila sebuah peristiwa yg x mgkin aku lupakan berlaku.Naim terkorban dalam nahas udara.Kapal terbangnya terhempas sewaktu penerbangan dari Perancis ke Malaysia.Dia selamat dikebumikan di sebelah kubur mama..Aku bagaikan org gila..Setiap hari aku ke kuburnya dan menangis di situ.Aku x tahu sama ada dia sudah memaafkanku atau x..aku redha sekiranya dia x dpt memaafkanku krn aku mmg x layak untuk mendapat kemaafan dan kasih-sayang dr seorang lelaki berhati luhur sepertinya..ia memang setimpal dan balasan yg paling tepat bagi semua perbuatanku t'hadapnya..Aku takut..Aku hanyalah seorang anak yang derhaka terhadap kedua-dua ibu-bapaku..dan aku juga isteri yg nusyuz t'hdp suamiku..dan aku juga sdg membilang dan menantikan detik kematianku yg x aku ketahui bila kan t'jadi…Dosa-dosa..aku hanya mampu berserah kepada-Nya…

~siapalah aku~eps:2








BAB 2 :



Azan Maghrib mulai berkumandang sebaik dia pulang dari kerja petang itu. Seperti hari-hari yang lalu, ruang rumah itu sunyi, sepi dan kaku.
Di kondo yang mempunyai tiga bilik tidur itu Riana setia menunggu seseorang datang menceriakan harinya. Dia isteri tidak rasmi Zuraimi Ahmad Zaki. Ya, apa lagi yang boleh dikatakan. Dia memang diperlakukan bagai isteri. Dan dia sememangnya sentiasa menunggu kedatangan Remie.
Sangat bahagia kiranya Remie ada di sisinya sepanjang malam. Bukan dia hendakkan sangat layanan intim lelaki itu, dia cuma ingin memeluk dan merasai adanya seseorang di sisi.
Setahun lebih sudah dia mendiami kondo Remie itu. Remie yang meminta Riana tinggal di situ. Dia mahu rumahnya sentiasa terjaga, tidak mahu mendedahkan rumahnya kepada kerosakan-kerosakan yang mungkin dilakukan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab.
Petang tadi Remie menelefon, katanya malam ini akan datang ke kondo. Suka sungguh hati Riana. Sudah tiga hari Remie tidak datang berkunjung. Rindunya membuak-buak.
Remie. Belaiannya ajaib. Tak pernah Riana rasakan sebegini bahagia bersama seseorang. Antara ramai-ramai yang pernah berkasih, atau mengasihi, Remie saja yang betul-betul mengikat hatinya. Dahulu seseorang pernah bertapak kukuh di hati Riana, lama dulu. Entah di mana silapnya, kasih dibina musnah di pertengahan. Sejak itu Riana berhati kering. Cinta datang dan pergi bagai air pasang dan surut. Dia tak dapat lagi merasa keanehan bercinta sehinggalah Remie muncul membawa semula segala rasa cinta. Agaknya memang ditakdirkan dia mengasihi Remie, lelaki yang misteri....sukar dicungkil rahsia hatinya.
Yang nyata, Remie telah banyak mengubah sikap dan prinsip dirinya. Dahulu Riana sangat cengeng, dan pemarah juga. Seringkali dimarahi Remie kalau dia merengek meminta dimanja-manja. Pantang sungguh Remie kalau Riana tidak tahu membuat keputusan sendiri.
"Belajar tinggi-tinggi tapi benda kecil pun tak tahu fikir !"
Remie sukakan wanita yang tahu berdikari. Kerana itu Riana telah jauh berubah. Bukan berubah kerana Remie, tapi kerana rasa malu, selama ini begitu banyak sifat-sifatnya yang jelek. Selama ini dia begitu naif, tidak yakin diri dan selalu bergantung harap pada orang lain sedangkan sendiri boleh buat. Mengenali Remie, dia turut mengenali diri sendiri. Remie mendewasakan dirinya.
Suasana waktu Maghrib dirasakan semakin sunyi. Riana lantas menekan alat kawalan jauh radio. Berkumandang ayat-ayat suci daripada surah An-Nuur dibacakan begitu syahdu dan mengasyikkan sekali.
Hairan ! Siapa yang menukar saluran radio ini ? Biasanya dia mendengar ERA, atau kalau Remie datang dia akan memilih HITZ. Mungkin dia tertekan secara tak sengaja. Biarlah. Bagus juga mendengar bacaan al-Quran senja-senja begini. Hatinya terbuai. Dibacakan pula terjemahan ayat-ayat itu.
"(Ini adalah) satu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.
Laki-laki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik; dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin."
Riana terpaku di situ.
Remie ! Remielah laki-laki yang berzina, dan aku ! Akulah perempuan yang berzina !
Perasaannya jadi gelora, hatinya jadi luka. Betapa hinanya terasa dibidas ayat-ayat itu. Ayat-ayat yang diyakini, ayat-ayat yang termaktub, ayat-ayat yang sepatutnya dipegang kukuh oleh setiap umat manusia. Riana tidak menafikan apa pun, sememangnya dia hamba yang hina. Jadi dirinya tidak layak dinikahi melainkan oleh laki-laki yang berzina !
Riana meluru ke bilik mandi. Dibasahkan segenap inci tubuhnya, tubuh yang sekian lama terpalit noda-noda, dosa-dosa sebesar gunung. Malah mungkin besar lagi dosanya kalau dibandingkan dengan gunung. Bersatu air pili, air matanya merembas laju bagai air terjun di pergunungan. Sebak. Hiba. Berdosa.
Berada di rumah keseorangan di waktu-waktu begitu memang mengundang hiba yang hebat seolah-olah terasa ia memukul-mukul pantai hati sehingga bergelora.
Dijengah keinsafan yang bertandang itu, Riana segera menyucikan diri dan segera pula dia sujud kepada Tuhan Maha Pencipta. Namun sejenak itu terfikir pula dia apakah amal ibadat yang dilakukan dengan jasad yang kotor penuh dosa itu diterima Tuhan ?
Riana memang pasti dia ingin bertaubat, tetapi belum pasti apakah dia mampu menghidari dosa yang seterusnya pula ?
Kerana dugaan dan godaan itu masih melingkari garis hidupnya. Bagaimana harus dia lari ? Bagaimana harus menghentikan semua itu dengan segeranya bila mana sejurus itu pula Remie datang dengan membawa cinta yang didambanya ?
Apabila melihat Riana berlinangan air mata begitu Remie pun akan menjadi pelembut dan penyayang yang mana itulah pelemah benteng Riana yang paling nyata.
"Kenapa sedih-sedih ni emm, sayang ? Problem kat tempat kerja ? Sayang sakit ?" Dia memaut Riana rapat ke tubuhnya dan mengusap-usap rambut hitam Riana yang lurus panjang. Dan, itulah sebenarnya dugaan yang tidak mampu Riana tolak. Berada di dalam pelukan kasih sayang Remie yang pasti membuatnya rasa selamat dan selesa.
"Saya teringin sangat awak selalu ada di sisi saya." Tutur Riana perlahan.
Remie menguraikan pelukan lalu menyingkap telekung yang menyelimuti tubuh kecil itu.
" Kan saya selalu ada. Kalau saya tak datang bermakna saya sibuk, awak kenalah faham. Next time kalau perlukan saya just give me a call, saya akan datang jumpa awak." Dalam keadaan begitu bicaranya sungguh lembut dan menghayati keadaan.
"Bukan semata-mata datang Mie. Saya nak something for good. Saya nak awak."
" Yana ! Tolonglah faham. Saya banyak kerja. Saya tak boleh selalunya ada di sisi awak. Banyak lagi commitment saya nak kena jaga." Nada suaranya mula tinggi sedikit. Riana mengeluh dalam hati. Mie ! Tolonglah faham bukan itu yang saya maksudkan !
Riana mengempang air mata membiaskan rasa hati yang tidak mampu terluahkan, lantaran kata-kata disalaherti oleh Remie. Apakah kerja yang banyak yang perlu Remie bereskan setiap masa ? Apakah komitmen besar yang begitu menuntut perhatian Remie ? Mengapakah aku tidak diberi kepercayaan untuk mendengar permasalahan Remie, mengapa aku disisihkan untuk sama-sama memahami dan menyelesaikannya jika mampu ?
" Yana ... sayang.... Jangan nangis lagi, Mie ada ni."
"Saya tak nak hidup macam ni lagi. Saya nak kita kahwin Mie." Berterus-terang adalah senjata ampuh untuk mendepani Remie.
Wajah dibasahi air mata dan suara bergetar dilanda emosi memungkinkan hasratnya difahami Remie dalam erti kata yang sebenar. Kedengaran Remie mengeluh perlahan. Riana sudah menjangkakan itu, malah alasan yang sama juga mungkin diberikannya nanti.
"Kahwin. Bukan senang Yana . Besar tanggungjawabnya. Ia akan merubah diri dan cara hidup kita awak tahu." Suara Remie perlahan dan mendatar tetapi jelas.
"Saya tahu Mie. Tapi takkanlah sebab itu awak tak nak kahwin. Sampai bila kita nak hidup macam ini takde kesudahan ? Lagi pun kalau orang lain boleh buat, orang lain boleh pikul tanggungjawab dalam perkahwinan kenapa pula kita tak boleh ?"
"Jangan libatkan orang lain. Masalah sekarang awak dan saya. Saya belum sedia lagi Yana ."
"Apa sebenarnya masalah awak Mie ?"
"Tak payahlah awak tanya. Ada jodoh tak ke mana, besok-besok kahwinlah kita."
Dengan berakhirnya ucapan itu Remie melangkah keluar dari kondo bersama kunci keretanya meninggalkan Riana dengan persoalan di hati yang kian membengkak. Berbincang dengan Remie tidak memberi apa-apa penyelesaian sebaliknya meninggalkan lagi persoalan. Sudah sering begitu. Remie akan mengelak untuk berbicara tentang perkahwinan.
Apa sebenarnya yang dimahukan Remie. Sudikah dia hidup begini selama-lamanya ? Riana bingung. Dia mahu menyucikan diri dan hati. Dia mahu hidup normal berkeluarga seperti orang lain tetapi mahukah Remie ?
huhuhu....sambung lagi.....

~siapalah aku~epsd :1


BAB 1:

~Cantik-cantik bintang di langit
Hati teringin tangan tak sampai~
"Mie."
"Mie….."
"Apanya ?"
"Sampai bila kita nak macam ni ?"
"Macam mana ?"
"Macam inilah. Saya dah tak sanggup."
Rambut lurus lembut itu diusap-usapnya penuh kelembutan dan kasih-sayang. Suasana bilik tidur itu suram hanya dilimpahi cahaya lampu tidur yang malap di bahagian atas kepala katil.
"Selama ni kita selamat. Mana tahu satu hari nanti bala datang, habis kita Mie."
"Apa yang awak merepek ni ?" Remie menggeliat kemalasan.
"Dah pukul berapa ?" Sambungnya.
Riana menjangkau telefon bimbit di tepi katil. Apabila ditekan warna birunya menyilaukan mata di dalam keadaan suram itu.
"Dah dekat pukul dua pagi ni. Awak nak balik ?"
"Malaslah. Tak larat nak drive." Remie membetul baring agar selesa, mencapai sebiji bantal lalu dipeluknya sambil mengiring membelakangi Riana.
"Baju saya nak kerja esok ada tak sayang ?"
" Ada ."
Riana turut berbaring di sebelah Remie. Dia menarik selimut menutupi tubuh mereka berdua kemudian memeluk Remie dari belakang. Tangannya diletakkan di atas lengan Remie yang berbulu halus. Hasrat untuk berterus-terang malam ini tertangguh lagi. Remie sudah pun melelapkan mata, jika mengganggu dia bermakna sengaja ingin dimarah. Riana mengeluh perlahan sambil cuba melelapkan mata. Banyak perkara yang ingin dibincangkannya dengan Remie tetapi selalu saja tertangguh. Ada saja halangan. Dan kalau pun menemui masa yang sesuai, Remie selalu enggan mengambil bahagian.
"Sayang, malam ni kalau takde hal saya datang ." Kata Remie pagi itu ketika dia membelek wajah di cermin selepas mandi. Tabiatnya picit sana sini di muka kadang-kadang mengambil masa berbelas minit di depan cermin. Riana sedang menggosok baju mereka untuk dipakai ke pejabat.
"Saya rasa tak payahlah Mie...." katanya tanpa mengalihkan pandangan daripada blouse yang sedang digosok.
"Kenapa ? Ada orang lain nak datang ?" Tanya Remie spontan.
"Bukan macam tu…"
"Habis kenapa tak kasi saya datang. Bukan saya tak tahu awak.....tentu ada orang lain."
"Huh awak ni. Dengarlah dulu…."
Riana memandang Remie yang masih tegak di hadapan cermin besar.
"Bukannya ada orang lain nak datang. Saya takutlah Mie. Awak selalu datang tidur sini saya risau kalau jiran-jiran report pada jabatan agama. Mati kita Mie…."
"Hish awak ni suka fikir bukan-bukan. Hei ini kondolah, kondo! Kalau tidak buat apa saya beli rumah mahal-mahal ni." Nada suara Remie tinggi. Riana mengerti itu tanda dia tidak senang lalu dia terus mendiamkan diri. Susah mahu mengajak Remie berbincang. Apa yang penting baginya nampak tidak penting bagi Remie.
"Awak jangan buat hal kat rumah saya ni. Kalau saya dapat tahu awak bawak balik jantan lain siaplah awak. Saya halau terus awak dari rumah ni." Remie memberi amaran keras sebelum mereka keluar dari rumah pagi itu. Selepas menyarung kasut dia terus bergegas turun tanpa sempat Riana memberikan ciuman di pipinya seperti biasa. Riana tahu dia telah merosakkan mood lelaki itu.
Biarlah...sampai masa Remie akan mengerti apa yang difikirkannya.
Riana tidak kecil hati dengan amaran Remie itu kerana dia tahu Remie masih belum mempercayainya seratus peratus walaupun telah berkali-kali diterangkan dia tidak punya sesiapa lagi kecuali Remie seorang. Pandangan prejudis Remie terhadapnya masih menebal walaupun telah setahun lebih mereka berhubungan. Itulah yang Riana tidak faham. Kalau tidak percayakan aku kenapa masih bersama ?
Kereta Kancil yang baru dua bulan dibeli itu dipandu keluar dari kawasan kondo dengan perlahan-lahan. Perdana hitam Remie pula sudah menderum pergi meninggalkan debu-debu di belakang. Dahulu sebelum Riana membeli kereta sendiri Remie yang menghantar dan menjemputnya pulang dari kerja. Riana sedar selama mereka berhubungan Remie telah banyak membantunya. Malah jawatan yang disandangnya sekarang ini pun atas usaha Remie mencarikannya pekerjaan selepas dia tamat belajar di UPM. Saiful kawan Remie, pegawai senior di sebuah syarikat pengiklanan. Kerana itu Riana dapat menyandang jawatan penting dalam bahagian sumber manusia di syarikat itu.
Kondo yang didiaminya sekarang ini pun milik Remie. Sebelum ini rumah itu disewakan kepada orang sedangkan dia sendiri menyewa kondo lain yang lebih murah bersama kawan-kawannya. Selepas dua bulan mereka berkenalan Remie meminta Riana tinggal di kondo itu dengan bayaran ansuran rumah itu dikongsi bersama Riana separuh seorang. Kereta Riana yang baru dibeli itu, pun Remie yang menguruskan pembeliannya.
Tetapi bukanlah disebabkan pertolongan-pertolongan Remie yang membuatkan Riana terus terikat kepada lelaki itu.
Dia memang menyukai Remie sejak mereka berkenalan sebaik saja dia menamatkan semester terakhir di UPM. Kebetulan ketika itu Riana baru melepaskan hubungan-hubungannya dengan beberapa orang lelaki. Ketika itu dia merasakan sudah sampai masanya untuk membina perhubungan serius dengan seorang lelaki. Dan lelaki yang ditemuinya itu; Remie memang disukainya kerana sikap Remie yang tegas dan berpendirian. Remie tidak suka menunjukkan kasih sayang yang berlebihan.
Remie juga seorang yang komited dengan kerja membuatkan hati Riana terus tertambat dan ingin terus bersama walaupun Remie tidak pernah bersumpah setia. Kadang-kala dia agak ragu mengenangkan sikap Remie terhadap perhubungan mereka. Remie tidak pernah mengucapkan apa-apa yang boleh meyakinkannya yang dia benar-benar diperlukan dalam hidup lelaki itu.
Tetapi perhatian dan kunjungan Remie menyedapkan kembali hati Riana. Dalam kesibukan Remie menguruskan syarikatnya sendiri yang dikongsi bersama seorang teman itu, Remie tidak pernah mengabaikannya lebih daripada dua minggu. Setiap dua hari, atau kadang-kadang setiap hari Remie akan berkunjung dan bermalam di kondo itu. Saat itu memang ditunggu-tunggu Riana. Kalau boleh dia mahu setiap hari Remie berada di sampingnya, atau kalau Remie angkut kain baju terus tinggal di kondo itu pun tidak mengapa. Tetapi dia takut juga kalau-kalau disergah JAIS. Paling lama Remie mendiamkan diri seingat Riana ialah sembilan hari. Sepanjang tempoh itu Remie tidak pernah menelefon atau berkunjung ke kondo itu.
Dia pula sengaja tidak menghubungi Remie untuk melihat sejauh mana Remie memerlukan dirinya.
"Jadi tak, tidur rumah aku malam ni ?"
Mimi teman seuniversiti menelefon pada petang itu untuk kali yang kedua. Mimi meminta diteman tidur kerana suaminya bekerja di luar daerah. Riana agak cuak untuk meninggalkan rumah, bimbang Remie akan ke situ malam itu. Tetapi dia marah juga dengan lelaki itu, sudah seminggu lebih menghilang tanpa sebarang kata.
"Ummmm....okeylah. Kau datang ambil aku ya."
Tanpa Riana sangka malam itu Remie pulang ke kondo. Apa lagi mengamuk sakanlah lelaki itu mendapati Riana tiada di rumah. Riana ketika itu sedang enak bergosip di dapur Mimi apabila telefon tangannya berdering nada khas untuk Remie.
Baru saja butang menjawab ditekan dan telefon ditekap ke telinga, suara Remie yang berbaur cemburu menerjah pendengaran Riana.
"Di hotel mana awak ada sekarang awak cakap ! Saya pergi ambil awak sekarang juga." Keras suara Remie walaupun nadanya tidaklah tinggi mana. Dada Riana berdebar menahan gemuruh. Remie main serkap jarang sahaja.
"Saya bukan di hotel. Saya kat rumah kawan…"
"Kawan apa? Kawan jantan ? Awak bagi alamat rumah jantan awak tu sekarang juga saya pergi ajar awak."
Dalam ketakutan Riana hampir tersenyum. Dek kerana prejudisnya dia terhadap Riana apa saja tindakan Riana pun dia curiga. Riana sedar permintaan Remie mahu menjemputnya sekarang juga perlu dipenuhi, tidak perlu berdolak-dalik di saat dia mengamuk bagai lembu gila seperti waktu itu.
"Okeylah awak datang ambil saya sekarang. Nombor 23, Jalan Jati 12, Taman Putra Budiman…." Belum sempat Riana menyambung lagi Remie sudah pun memutuskan talian. Mentang-mentanglah dia biasa dengan kawasan ini.
"Apahal ?"
Mimi menjengah dari ruang dapur.
"Errr.….nampaknya kau kena tidur seorang jugaklah malam ni Mi. Aku kena baliklah, ada monster mengamuk."
"Laaa…monster kau datang rumah ke ?" Tanya Mimi hampir tergelak.
"Ya la….aku tak sangka pulak dia nak datang malam ni. Habislah aku dia marah gila tu…" Riana menuang air oren yang dibancuh Mimi tadi.
"Tu la engkau aku dah kata bagitau kat dia dulu. Kau tak nak pulak…." Bebel Mimi.
"Habis tu macam mana ?" Tanyanya pula.
"Huh macam mana apanya. Dia on the way datang nak ambil aku le tu. Sorry ye Mi tak dapat temankan kau malam ni."
Mimi tersenyum-senyum memandang temannya. Wani ta ini memang bersifat happy go lucky, apa–apa hal pun bagaikan kelakar baginya sedangkan Riana agak berdebar menanti reaksi Remie seterusnya.
"Tak apa la kalau macam tu. Sabar je la Yana kau dapat monster garang macam Remie tu. Eh ini yang buat aku takut nak pergi rumah kau." Ujarnya.
" Ala kau ni….kau nak datang rumah aku datang je la. Dia pun kadang-kadang je ada kat rumah, bukannya dua puluh empat jam dia ada kat rumah aku tu…"
"Eh mana la tahu kalau aku pergi rumah kau, dia halau aku balik pulak." Sela Mimi.
"Hish kau ni. Kalau macam tu aku pun tak nak duduk rumah tulah. Baik aku cari rumah sewa lain je."
"Dia datang ambil kau ni, jangan-jangan dia pukul kau bila sampai rumah nanti tak. Habislah member aku jadi mangsa dera. Kalau dia pukul kau cepat-cepat telefon aku tau nanti aku datang rumah kau bawak polis…" Repek Mimi sambil tergelak. Riana turut tergelak.
"Takdelah sampai pukul-pukul. Berani dia pukul aku. Sebelum dia pukul aku, aku pukul dia dulu ." Mereka ketawa diikuti lawak-lawak merapu yang lain. Satu sebab Riana suka berkawan dengan Mimi kerana sifatnya yang suka berjenaka dan berfikiran positif. Sering saja mereka bergurau senda seperti ketika di zaman universiti walaupun kini umur sudah berada di angka dua puluh lima .
Dua puluh lima minit kemudian Remie tiba di hadapan rumah teres dua tingkat bernombor dua puluh tiga itu. Loceng di sebelah pintu ditekannya. Syukurlah Remie masih tahu bersopan , sangka Riana dia akan menerjah sahaja pintu dek kerana kegilaannya. Riana pergi membukakan pintu. Di situ Remie tercegat dengan wajah masam mencuka.
"Mana jantan awak tu ? Tengok sikit muka dia."
Riana tersenyum sahaja.
"Jantan apanya. Ini rumah Mimi la…kawan saya di UPM dulu ."
Mimi muncul dari sebalik pintu.
"Hai. Sorrylah. Saya yang ajak Yana datang tidur sini. Ingatkan awak tak pergi rumah dia malam ni sebab tu saya ajak. Kesian dia…sorang-sorang kat rumah." Mimi cuba meredakan ketegangan.
Remie hanya diam. Agaknya malu dengan keterlanjurannya sendiri.
"Okeylah Mi. Aku balik dulu ya. Nanti bila-bila datanglah rumah aku kita borak-borak."
Riana bersalaman dengan Mimi. Mimi pula masih tersenyum-senyum.
"Boleh ke aku datang rumah kau?" Tanya Mimi sambil menjeling Remie.
"Boleh. Apa salahnya. Bukannya ada gergasi garang kat rumah aku tu, aku sorang-sorang je. Ha kau tu bawak-bawak biasakan diri tidur sorang kalau laki tak ada. Tak payah lagi menyusahkan member…"Sela Riana pula. Remie terus berpaling menuju ke kereta. Mereka berdua menahan ketawa sebelum Riana mengikut Remie.
Di dalam kereta, sebaik meninggalkan rumah pegawai perhubungan awam syarikat swasta itu Remie terus saja membuka mulut.
"Awak buat apa kat situ ? Dah takde rumah sendiri nak duduk ? Ke rumah saya tu tak standard untuk awak ? Rasa bosan, nak duduk rumah lain pulak ?" Soalan Remie yang bertubi-tubi itu membuatkan Riana tersenyum. Suka benar Remie menyoal begitu, kalau orang lain begitu pasti dikatanya suka berfikiran bukan-bukan. Bahagian diri sendiri dia tidak ingat pula.
"Laki dia takde kat rumah, outstation. Jadi dia ajak saya temankan dia malam ni, dia bukannya biasa tidur sorang." Jelas Riana dengan suara lembut. Jika Remie mengamuk tidak guna dia pun bertegang leher, dibiarkannya saja Remie merepek sesuka hatinya.
"Dah tahu takut duduk sorang jangan duduk sorang. Ajak saudara ramai-ramai duduk sekali baru tak menyusahkan orang." Bebel Remie.
"Yang awak ni pun dah tak reti nak call saya ke ? Nak ke mana-mana suka hati pergi, telefon saya bagitau pun tak boleh, susah ke ? Dah tak ingat nombor telefon saya ?" Sambungnya lagi. Kenderaan yang agak banyak tersusun di jalan raya membuatkan wajahnya bertambah keruh.
"Bukan saya tak ingat nombor telefon awak, awak tu yang dah lupa nombor telefon saya. Entah ke mana-mana dia pergi berhari-hari senyap je." Riana meluah isi hati. Itu pun dengan suara yang perlahan bimbang dia menyimbah api ke minyak Remie yang masih menggelegak.
"Lagi pun saya isteri awak ke ? Kenapa saya nak kena bagitau awak kalau saya nak pergi mana-mana ?" Duga Riana. Dia ingin mendengar pengakuan Remie.
Remie menjeling Riana di sebelah. Dia tiada jawapan untuk soalan itu.
"Saya tak call awak sebab sibuk. Banyak kerja lain saya nak kena buat, bukannya asyik nak menempel kat awak je. Sendiri fahamlah."
Remie diam seketika bagi memberi perhatian pada jalan raya.
"Habis kalau saya senyap awak pun senyap ? Apa guna awak ada telefon. Call jantan lain ?" Lagi sekali Remie menuduh melulu.
Riana tidak menjawab. Dibiarkan Remie membebel sekali-sekala berselang-seli dengan suasana diam antara mereka. Tidak perlu dia menjawab tuduhan Remie itu kerana bagi Riana dia tidak pernah menelefon atau berjumpa lelaki lain semenjak dia menetapkan hatinya untuk Remie.
"Awak dah makan ?" Tanya Riana selepas beberapa ketika Remie diam. Ketika itu kereta sudah menghampiri Taman Bukit Kenangan.
"Belum. Ingat nak ajak awak makan kat luar tapi awak pula hilang entah ke mana." Kata Remie masih dalam nada marah.
Riana tersenyum sambil tangan kanannya dilabuhkan di atas paha Remie.
" Kan dah jumpa saya ni. Jomlah makan, saya temankan awak emm ?"
Namun Remie terus memandu masuk ke tempat letak kereta di bawah bangunan kondo itu.
"Tak payahlah. Saya dah malas."
Mereka keluar dari kereta. Masuk ke dalam rumah, Remie terus membuang badannya ke atas sofa lembut sambil menekan remote Astro. TV besar 29 inci yang dibeli Riana terpasang dengan saluran yang dipilih dari Astro. Riana bersimpuh di atas permaidani di hadapan Remie.
"Takkan tak nak makan pulak. Tak lapar ke ?" Riana bersuara lembut. Wajah Remie masih mencuka. Dalam tegas dan egonya kadang-kala Remie bersifat seperti kanak-kanak. Semua kehendaknya perlu dituruti.
"Saya tengok apa-apa yang ada kat dapur ya, saya masakkan untuk awak…" Pujuk Riana sambil tangannya mengelus rambut Remie yang lembut. Remie yang terbaring di sofa diam membatu. Riana tahu dia memang lapar ketika itu. Riana menundukkan muka lalu mencium pipi Remie sambil tangannya menjalar ke punggung Remie dan dipicit-picitnya bahagian itu. Daripada serius Remie langsung tergelak. Dia memang alah jika Riana memegang punggungnya. Geli.
Tangannya menghalang tangan Riana daripada terus mengusik punggungnya. Dia sendiri memaut wajah Riana lebih dekat lalu mengucup bibir mekar Riana yang tidak bergincu. Mereka bertukar senyuman mesra. Sesaat kemudian Riana bangun menuju ke bilik untuk menukar pakaian sebelum ke dapur memasak apa yang ada buat hidangan Remie. Begitulah Remie, senang sekali marah dan senang pula sejuknya.
Dan malam itu menyaksikan kesenangan hati Riana kerana Remie ada di sisinya setelah lebih seminggu dia keresahan menunggu Remie.
Remie....nama yang semakin lama semakin bertapak kejap di hatinya.....
bersambung adanya.....

~Kau Milik Ku~




Aduh! Sakitnya kepala aku…apalah yang tak kena dengan aku hari nie…yang boss aku ni pulak satu hal time aku dok tengah mengemas meja aku nie, time nielah nak panggil aku… kan dah terhantuk kepala aku kat meja. "Eh! Rina tak habis mengemas lagi ker…" kata En. Khusairi. "Emmm…dah boss" kataku sambil senyum kambing. "Ya, boss ada apa cari saya" kataku sambil mengosok-gosok kepala yang rasanya dah benjol sedikit."Pandai jugak awak mengemas ya…nie saya nak beri awak satu tugasan memandangkan awak pandai mengemas…saya nak awak kemaskan bilik untuk pengurus baru kita yang akan bertugas pada minggu hadapan" katanya. "Baiklah boss" kata ku menurut aje perintahnya.
Nie yang aku boring nie balik-balik muka aku jugak yang kena buat, macamlah dah tak ada orang lain. Suruh pengurus tu kemas bilik dia sendiri tak boleh ker… kalu ler aku ada kuasa untuk mengelakkan buat keje-keje tukan best… tapi nak buat camana kan dah arahan boss takan tak buat pulak…"Rina! Rina! apa hal boss jumpa kau tu" kata Farhana. Dia nie memang minah busybody semua hal orang dia nak tau dari A to Z… selagi tak puashati selagi tulah macam-macam soalan dia ajukan. "Boss kata dia nak ajak aku dating…kenapa mulut kau tu ternganga kenapa tak percaya ker...hahaha" kataku dengan selamba. Padan muka sesekali kenakan minah nie best gak..."tak adalah aku gurau jeee… dia bagi tau kat aku minggu depan ada pengurus baru nak masuk jadi dia suruh aku kemaskan bilik tu… puas hati dengan penjelasan aku tu". "Aku tak puas hati lagilah aku nak tanya lagi nie agak-agak hensem tak pengurus tu" kata Farhana dengan penuh harapan. "Kau nie pun satu manalah aku tau aku jumpa dia pun tak pernah …. lagi mau tanya aku ker….kita tunggu jelah minggu depan dengan debaran hahahahhaha" kata ku sambil berlalu.
Hari yang ditunggu-tungu pun dah tiba. Bukan aku aje yang menunggu tapi seluruh kakitangan Merpati Holding Berhad masing-masing dah sibuk citer pasal pengurus baru tu… ada jugak ler dua tiga orang kat sini berhajat nak mengorat pengurus tu…. Emmm macam-macamlah dia orang nie…. Dah pukul 10.00 nie batang hidungnya pun tak nampak-nampak lagi… pegurus apa cam nie baru start keje dah datang lambat… camana ler nak tunjuk tauladan kat anak buah semua…orang lain pun dah mula cam cacing kepanasan…Gelisah jee menunggu camanalah rupa pengurus baru tukan…."Rina camanalah rupa pengurus baru kita tu kan ...tak sabar rasanya aku nak tengok camanalah orangnya," kata Farhana. "Sibuk jelah kau ni Farhana tunggu jelah dia datang … buat apa kau nak susah hati pulak macamlah pengurus tu nak sangat kat kau…" celah Min dengan nada meluatnya. "Dahlah malas aku nak layan kau tu…kau tu sebenarnya jelous kat aku…" balas Farhana. "Dahlah korang berdua nie perkara cam nie pun nak bergaduh ker…" celah aku untuk menguraikan mereka berdua.
Pengurus apa cam nie! Masuk keje pun lambat… gerutu ku dalam hati…dahlah tu buat penat aje aku kemas bilik dia...takan dia tak datang hari ini plak….. Kataku dalam hati. "Kau tunggu jelah kejap lagi mesti dia sampai punya" sampuk Farhana. "Dia ingat kita nie apa nak tunggu dia lama-lama… dia kalu sampai aku kasi penumbuk cam nie" gerutuku sakit hati…sambil aku buat demo melayangkan penumbuk… tiba-tiba aku macam terasa penumbuk aku tu dah terkena satu sasaran yang padu dan aku dapat mendengar satu jeritan kecil… "Adoi! takan marah kat saya sampai nak tumbuk saya pulak" katanya bersahaja. Alamak! aku tumbukkan aku terkena tangan pengurus baru tulah…camana nie…nie yang buat aku lagi mengelabah.
Aku termangu seketika mata ku mengekori saja dia masuk ke bilik En. Kushairi untuk melaporkan diri…dan aku rasa muka aku pun dah tak berdarah lagi. Dan ketika itu juga aku terdengar suara En. Kushairi memangil aku masuk ke biliknya…cepat-cepat aku tersentap dari lamunan tadi dan terus masuk ke bilik boss aku tu...seperti biasa aku dengan muka selamba tanpa disuruh terus duduk di kerusi bersebelahan pengurus baru tadi… tapi dari ekor mataku … aku dapat melihat pengurus tu memerhatikan ku "Rina, nie En. Nazri Hazem dia akan bertugas di Bahagian Operasi syarikat kita… saya nak awak kenalkan dia kepada semua staff disini dan tunjukkan bilik dia yang awak kemaskan tu dan satu lagi mulai hari ini saya nak awak jadi setiausaha kepada En. Nazri Hazem." kata En. Kushairi. "Baiklah boss" kataku tanpa membantah.Aku pun bawaklah dia keliling satu pejabat kenalkan kat semua staff termasuk akak bancuh air… saja je aku nak buli dia hahaha… Meluat jugak aku tengok minah-minah gedik tu perkenalkan diri kat En. Hazem tu … nampak sangat nak tarik perhatian dia… Selepas aku dah kenalkan kat semua orang aku tunjukkanlah bilik dia kat mana. "Ini dia bilik En. Hazem", kata ku. Rasanya nak aje aku lari cepat-cepat dari dia dan tak nak tengok dah muka dia lagi…malu pasal insiden tadi tak habis lagi beb. "Terima kasih", katanya dengan penuh sopan-santun.
Selamat aku…nasib baiklah dia tak ingat insiden tadi tu lagi… aku pun duduk kat meja menyambung kerja-kerja rutin aku tu balik…sedang aku asyik buat kerja tu sempat jugaklah aku curi pandang kat bilik dia tu... aku tengok dia terjenguk-jenguk dari dalam bilik…apalah yang dia nak tu… kelakar pulak aku tengok telatah dia nie. "Rina masuk sekejap" katanya. Alamak! Rupanya dia cari aku... Eh! memanglah kan aku secretary dia mestilah di cari aku…kataku untuk menyedapkan hati. Takan pasal kejadian tadi tak habis lagi kot... dia nak panggil aku… aku pun dengan selamba masuk ke biliknya… tanpa disuruh aku pun terus duduk di kerusi depan mejanya…Dan dia pun tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan duduk di atas meja berdepan dengan aku…
Alamak! apahal pulak dia nie tetiba aje tenung aku semacam jeee… lepas tu duduk atas meja dekat sangat pulak dengan aku… dia kalu buat apa-apa yang tak senonoh kat aku taulah aku nak ajar dia camana.. terpaksalah aku tunjukkan skills karate yang aku belajar kat sekolah dulu tu kat dia…. Baru dia tahu siapa aku…bisik ku dalam hati.
"Cik Nurul Hazrina Imtiaz takan tak kenal ngan aku lagi sombong betullah kau nie" katanya. "Nurul Hazrina Imtiaz?" setahu aku hanya kawan aku sorang tu je yang tahu nama penuh aku tu… lagi pun tak ramai yang tau nama hujung aku tu… sekarang giliran aku pulak yang tenung dia bukan apa nak kenal pasti siapa dia nie… "Oooooit! kau rupanya Hazem camana aku boleh tak cam ngan kau… lama aku tak jumpa kau sejak lepas sekolahkan…." Kataku tanpa disangka orang depan aku nie rupanya kawan baik satu kelas aku dulu. "Betul tu aku rasa adalah dalam 13 tahun aku tak jumpa kau" katanya. "Yelah macam mana nak jumpa….. kau kan dapat tawaran belajar kat overseas lepas tu mana kita jumpa lagi hahahha….." Jawab aku dengan girang."Tapi macam mana kau bole kenal aku lagi…. Aku tengok kau sekarang dah banyak berubahlah tak macam dulu" kataku. "Memanglah kitakan makin dewasa berubahlah takan macam zaman budak-budak sekolah lagi…... macam manalah aku tak kenal kau lagi… kau tu dari dulu sampai sekarang tak berubah-berubah dengan mulut berdecit dan muka selamba kau tulah yang aku kenal sangat kau…. " katanya. "Okeylah Hazem lepas nie bolehlah kita berbual panjang lagi … aku pun banyak keje kat luar tu nanti kalau ada masa kita berbual lagi ya" kataku minta diri sambil berlalu keluar dari biliknya.
Keluar-keluar dari bilik Hazem, Min dah datang padaku sibuk tanya aku bermacam soalan. "Teruk ker kau kena marah dengan dia" Kata Min. "Teruklah… sampai aku nak menjawab balik pun tak ada peluang… sakit hati aku" kataku… saja jee aku berbohong pada Min aku tak nak dia orang tahu kejadian sebenarnya nanti macam-macam gossip pulak yang timbul. Hari-hari berlalu aku rasa begitu pantas… tanpa ku sedar dah 6 bulan aku bekerja dengan Hazem… sedang asyik aku sibuk menyiapkan tugasan Hazem melambai aku dari dalam biliknya biasalah isyarat macam tu maknanya nak suruh aku masuk ke biliknya… aku kalu berdua saja dengan dia aku lebih senang membahasakan aku dan kau jee… tapi kalau didepan orang lain barulah aku mengunakan bahasa rasmi aku panggil dia Encik Hazem lah...Masuk ke bilik dia aku terus duduk tanpa disuruh maklumlah aku dah biasa dengan dia jadi buat macam rumah sendiri jelah….
"Hujung minggu nie kau sibuk tak… kalu tak sibuk aku nak ajak kau keluar" kata Hazem…. "Dari aku keluar dengan kau baik aku duduk rumah tidur lagi best" kataku.. "tulah keje kau asyik tidur jeee… alah bolehlah temankan aku keluar dah lama aku tak jalan-jalan dengan kau dan aku naklah jugak tengok macamana Bandaraya Kuala Lumpur yang dah lama aku tinggalkan nie" katanya dalam nada merayu. "Okeylah pasal kau bolehlah… tapi kalau kau lambat seminit aku tinggalkan jeee..haha" kataku bergurau. 'Terima kasihlah! Rina' katanya dengan girang. Satu senyuman yang manis dihadiahkan untuk aku nie yang buat jantung aku cam nak jatuh aje ni.Hari yang dijanjikan dah tiba aku hanya berpakaian ringkas dengan mengenakan kemeja dan jeans saja dan rambut ku yang panjang ku uraikan saja tanpa mengikatnya dengan cara begini aku lebih selesa….
Dari jauh aku dah nampak Hazem menunggu ku sambil menyandarkan badannya di tiang lampu… hai! hensem jugak dia nie rupanya macam manalah aku tak perasan selama nie" kataku. "Sorrylah aku lambat… aku tertidur tadi… janganlah marah plak yek".."Tulah nak naik patah aku tunggu kau nasib baik tiang lampu nie kuat…. Aku ingatkan kau tak datang langsung… dah jangan buang masa jom kita jalan-jalan"… kami tak henti-henti ketawa bila terkenang balik kenangan-kenangan lama….seronok pulak rasanya macam nak pusing je masa nak balik ke zaman sekolah."Kita nie jalan-jalan jee ker?"aku bersuara. "Bila kita nak pegi makan nie.. perut aku dah nyanyi lagu keroncong nie…." Kataku. "Ooooo! dah lapar rupanya kenapa tak bagi tau siang-siang… emm… jomlah kita pergi makan… kami memilih restoran yang berdekatan… setelah mendapat tempat kami pun apa lagi tengoklah menu yang mana berkenan… aku memesan nasi goreng kampung dan Hazem memilih Mee goreng untuk mengisi perut kami yang dah lama kebulur nie…
Sedang kami asyik berborak sambil menunggu makanan kami sampai, kami dikejutkan dengan satu suara menegur kami. "Hai! Hazem lama kita tak jumpa yek…" suara tu menegur. "Aleeya! kau dari mana nie?"" jawab Hazem dengan terkejut dan matanya tak lepas memandang aku. "Aku baru saja balik dari shopping… lepas tu aku singgah kat restoran nie… ingat nak makan tapi tak sangka pulak terjumpa pulak kau, dah lama rasanya kita tak jumpakan Hazem" katanya sambil matanya tepat memandang aku. "Oh! Aku mintak maaflah tak perasan pulak Cik Rina pun ada disini" katanya. Aleeya rupanya padanlah pandang aku semacam aje dia nie makwe lama Hazem….sajalah tu buat-buat tak perasan aku. Dah tu muka tak tau malu orang tak jemput dah duduk satu meja dengan kami. Sambil tu otak aku dok ligat berputar cari jalan macam mana aku nak lari dari sini tinggalkan mereka berdua jee.
Tak sedap pulak aku nak kacau daun maklumlah dia orang nie pun dah lama tak jumpa dan mesti banyak memori yang dia orang nak kongsikan bersama maklumlah suatu masa dulu pernah menjadi pasangan kekasih yang paling popular di sekolah.Sambil aku berfikir tu…aku bersyukur sebab aku dah nampak siapa yang nak jadi mangsaku tu…dalam hati aku nekad lepaskan diri nie…"Eh! Min dari mana nie sorang-sorang ajee ker?" sergah ku kat Min. "Lah...kau rupanya! Rina aku ingatkan siapa tadi... memanglah aku sorang aje kau nampak ker aku berteman?" katanya sambil tersenyum. "Kau sorang jekan tak ada teman… kalu macam tu biar aku temankan kau pergi shoppinglah" kataku cepat-cepat tanpa sempat Min mengeluarkan sepatah kata pun… tapi aku nampak Hazem terperanjat dan dari sinar matanya aku tau dia marah kat aku… "Habis siapa nak makan nasi goreng kau nie" Hazem bersuara.. "Alah… Aleeya kan ada" kataku sambil bergegas mengikut Min.
Dalam perjalanan tu aku senyap jeee dan Min pun bersuara… "Apa sebenarnya hubungan kau dengan En. Hazem tu aku tengok dia lain macam ajee masa kau nak blah dari situ… baik kau cerita kat aku…aku nie bukanlah nak busybody " kata Min. Nak tak nak aku terpaksa jugalah bukak citer nie… Okeylah Min aku cerita nie kat kau sorang jee sebab kau kawan rapat aku… tapi janganlah kejadian malam nie kau ceritakan kat orang lain pulak. Aku sebenarnya dengan En. Hazem tu tak ada apa-apa kami keluar nie pun sebab dia kawan satu sekolah dengan aku dan dia merupakan kawan rapat aku jugak… perempuan yang tadi tu makwe lama dia tak sangka pulak kami terjumpa dia kat sini… "Betul ker kau dengan Hazem tu tak ada apa-apa…kau jangan nak bohong akulah Rina" kata Min dalam nada yang tak percaya. "Kenapa pulak kau tak percaya.. betullah tak ada apa-apa tapi aku tak tau lak perasan dia terhadap aku" kataku dengan tegas.
Tapi aku rasa Hazem tu ada hatilah kat kau sebab dari renungan matanya tadi aku dapat rasakan dia memang sukakan kau" kata Min. "Tahlah Min…tu aku tak tau pulak…dahlah tu kita tutup cerita pasal dia…sekarang nie jomlah kita pergi shopping lagi bagus" kataku sambil menarik tangan Min. Di pejabat aku buat keje macam biasa dan aku sering melarikan diri dari Hazem malas aku nak bertembung dengan dia…mesti dia nak tanya pasal kejadian malam tu. "Rina masuk kejap" Hazem memanggilku. Aku dah agak mesti dia panggil punya. "Rina…kenapa semalam kau buat aku macam tu kau tak sepatutnya tinggalkan aku dengan Aleeya macam tu ajee" katanya dalam nada marah. "Salah ke aku buat camana tu?" soalku."Kalau aku ada kat situ nanti kacau daun pulak" kataku dengan geram. "Dahlah Hazem aku tak nak bertengkar lagi… tambah-tambah pasal kau dengan Aleeya tu…sekarang nie kita kat pejabat kita citer pasal kerja saja okey aku tak nak bincang pasal peribadi kita kat sini.." kataku terus berlalu keluar dari biliknya.
Baru saja aku keluar Min memanggil aku "Rina ada panggilan telefon untuk kau" Siapalah yang telefon aku pagi-pagi nie…dahlah mood aku tengah panas nie. Kedengaran suara dari corong telefon itu aku dah kenal suara itu kepunyaan Aleeya. Alamak! Apalah yang dia hendak lagi nie. "Hello! Rina…aku nie Aleeya kau sibuk ker maaflah kalau aku menggangu" katanya. "Taklah.. eh! Tak pernah-pernah kau call aku…tetiba mimpi call aku nie mesti ada hal kan " jawab aku. "Memang aku ada hal penting sangat nak jumpa kau sebab tulah aku cari kau…boleh tak kita pergi lunch sama aku tunggu kau kat Caf� on The Tenth …jangan tak datang aku berharap sangat nie…" katanya. "Okeylah" kataku dalam nada terpaksa."Hai! Aleeya" sapaku. "Hai! Rina terima kasihlah sebab kau sudi luangkan masa untuk aku" katanya. "Hah! Perkara apa yang penting sangat kau nak jumpa aku ni" kataku. "Nie pasal Hazem…aku nak mintak tolong sikitlah, Rina. Aku tahu kau saja yang dapat menolongku dalam hal ini" Aleeya membuka bicara. "Tolong? Tolong apa… cuba kau berterus-terang ajelah tak payah nak panjangkan cerita" kataku. "Boleh tak kau tolong sampaikan kepada Hazem yang aku masih lagi menyintainya dan cinta aku padanya tak pernah padam" kata Aleeya dalam nada tersekat-sekat menahan tangisan. "Kau dah gila ker kau kan dah bertunang dan bulan depan kau akan berkahwinkan. Aku tak berani nak cakap macam tu dengan dia kalau kau nak kau bagi tahulah dia sendiri…" kataku dengan tegas."Perkahwinan aku ini pilihan keluarga bukannya kehendak aku. Aku tahu kau saja kawan paling rapat dia dan hanya cakap kau saja yang dia boleh dengar... tolonglah Rina sampaikan pesanan aku tu…tolonglah Rina" katanya merayu. "Dah! Aku katakan aku tak nak… keputusan aku muktamad" kataku tegas. "Tolonglah…aku masih cintakan dia" Aleeya masih lagi merayu. "Kalau kau cintakan dia kenapa kau terima lamaran tunang kau tu dan tinggalkan Hazem macam tu saja" kataku. "Kan aku dah terangkan Rina, aku bertunang dengan dia atas pilihan keluarga aku bukannya kehendak aku… tolonglah beritahu Hazem," Rayunya lagi. "Kau ingat aku nie apa… nak jadi orang tengah antara kau orang berdua… aku minta maaflah Aleeya aku tak dapat tolong kau pasal perkara nie" kataku terus beredar dari situ.
Semenjak kebelakangan nie hubungan aku dan Hazem semakin dingin saja aku nak menjauhi diri dari dia tambah-tambah lagi lepas kejadian aku jumpa dengan Aleeya kelmarin. Dari jauh lagi En. Kushairi melambai kat aku isyarat memanggil aku. Apabila aku masuk ke bilik En. Kushairi sempat jugaklah aku jeling dekat Hazem nak dari matanya aku dapat rasanya dia merenung tajam dekat aku. "Rina…tolong buatkan satu salinan proposal nie" katanya. Dan aku dikejutkan dengan satu soalan dari En. Kushairi "Bunga kalu kita tanam kita kena jaga dia elok-elok… betul tak Rina" katanya bersahaja. Aku ya kan aje dan terus berlalu tapi aku hairan jugak macam dia tahu-tahu aje hubungan aku dengan Hazem tu dingin kebelakangan ini.
Selesai sahaja buat satu salinan proposal tu aku terus masuk ke bilik En. Kushairi dan memberikan proposal itu kepadanya tanpa berkata sepatah pun dan aku dapati Hazem pun dah hilang dari bilik tu jugak. Keluar sahaja dari bilik En. Kushairi, Hazem memberi isyarat supaya berjumpa dengan dia aku pun dengan selamba terus sahaja duduk dikerusi di hadapannya tanpa disuruh. Tiba- tiba dia bersuara memecahkan kesunyian "Lepas ofis nie kau ada pergi mana-mana tak…" katanya ringkas. "Kenapa?" soal ku."Boleh tak kita keluar sebab aku ada hal peribadi nak cakap tak manis rasanya kalu nak bercerita dekat ofiskan…" katanya seperti menyindir aku aje. "Tak bolehlah aku ada hal…" jawab ku ringkas. "Kau jangan nak mengelak lagi… tolonglah aku nak bincang hal nie penting sangat. Hal ini antara hidup dan mati tau" katanya dengan nada merayu. Terkedu jugak aku dibuatnya apabila dia merayu sampai macam itu sekali. Aku pun tak sampai hati untuk menolak pelawaannya kali ini. Akhirnya aku mengangguk tanda setuju. "Terima kasih, Rina" katanya dengan wajah yang ceria dan dia menghadiahkan senyuman manis padaku.
Kami memasuki Melting Pot Caf� dan Hazem memilih tempat duduk yang agak sudut sedikit jauh dari pegunjung yang lalu-lalang di situ. Setelah memesan makanan Hazem pun memulakan bicaranya. "Kenapa semenjak akhir-akhir nie kau selalu nak lari dari aku" katanya. "Aku lari dari engkau, mana ada aku kan biasa jeee…tak ada siapalah yang nak larikan diri" kataku. "Jangan nak berbohonglah….aku tau mesti ada sesuatu yang kau sembunyi dari aku...baik kau ceritakan dekat aku kalau tak aku akan buat sesuatu" Katanya. "Eh! suka hati akulah nak bagi tau ker tak. Apa kau nak buat kalu aku tak nak cerita…jangan cuba nak ugut aku lah" kataku gementar. Panik jugak aku kalu dia buat sesuatu yang tak senonoh macam mana pulak aku nak larikan diri nanti.Sebaik saja aku berkata macam tu... Hazem terus merapatkan tubuhnya kepada aku, menggengam jari-jari tangan aku dan dia merapatkan mukanya ke muka aku hingga hampir nak tercium pipi aku rasanya. "So... sekarang macamana kau masih tak nak ceritakan lagi. Aku bilang sampai tiga kalu kau tak nak bagi tau jugak…taulah apa aku nak buat" katanya tegas. "Baiklah-baiklah aku ceritakan tapi boleh tak kau duduk jauh sikit dari aku sebab aku rasa tak selesalah kau buat kau macam ini" kataku panik.
Barulah dia merenggangkan sedikit badannya pada ku dan menjauhkan mukanya tetapi jari-jari ku masih kemas dalam gengamannya seperti tidak mahu dilepaskan…Dengan menarik nafas lega aku pun memulakan bicara. "Lepas kejadian kita jumpa Aleeya dekat restoran malam itu dia ada call aku. Dia mintak sangat nak jumpa aku…mula-mula aku malas nak layan tapi dia terus memujuk aku supaya keluar jugak dengan dia. Dia nak mintak aku jadi orang tengah untuk menyambung balik hubungan dia dengan kau…tapi aku tak nak" ceritaku panjang lebar. "Oooo begitu rupanya cerita dia…aku memang dah lama lupakan dia sejak dia tinggalkan aku dulu. Kasih sayang dia pun dah lama aku kuburkan jadi sekarang ini memang aku tak nak ada apa-apa hubungan pun dengan dia" katanya memberi penjelasan kepadaku. "Okeylah, kita lupakanlah kisah dia sekarang nie aku nak kita bincangkan pasal kita berdua" katanya. "Sudi tak kiranya kau jadi suri hidupku" katanya bersungguh-sungguh. Aku terkejut dan termangu seketika. "Biar betul kau nie, mimpi ker?" kataku terkejut. Dia tersenyum lantas menjawab "Aku tak bermimpilah dan kau pun tak bermimpi jugak...ini memang realiti tau tak. Sebenarnya dah lama aku suka dekat kau cuma kau saje yang tak perasan. Makin dipendam perasan aku nie makin hati aku terseksa jadi malam ini aku buat keputusan untuk melamar kau" katanya. "Tapi aku rasa tak cukuplah kau saje yang suka dekat aku macam mana pula dengan family kau…boleh ker mereka semua terima aku…" kataku memberi jawapan"Tu kau jangan risau mak dan bapak aku pun memang suka dekat kau dan mereka pun memang memberi sokongan aku pilih kau…sebab dia orang kata masa aku belajar dekat overseas dulu kau selalu jenguk mereka. Untuk pengetahuan engkau pakcik aku pun beri sokongan kepada aku untuk memilih kau" katanya. "Pakcik? aku kenal dia ker" tanyaku kehairanan. "Alah, takan kau tak kenal dengan En. Kushairi dialah pakcik aku. Dialah yang banyak membantu aku untuk perhatikan kau masa aku study dulu." jelasnya. Sekarang ini barulah aku perasan, padanlah boss aku tu macam tahu saje hubungan aku dengan Hazem nie dan selalu ambil berat pasal aku rupanya dia jadi spy anak buah dia. "Kalau macam tu bagilah aku waktu untuk berfikir dulu Hazem nanti baru aku boleh buat keputusanya" kataku. "Baiklah…tapi janganlah fikir lama-lama sangat aku dah lama menunggu ini nanti melepas pulak aku hahaha…" katanya. Sempat jugaklah dia buat lawak.
Kalau boleh memang aku nak jerit aje "Ya, saya terima awak" tapi maklumlah aku ini kan gadis bersopan-santun terpaksalah control perasaaan dan lindah aku pun dah kelu hanya aku mampu berbisik "Kau tercipta untuk ku" kataku dalam hati. Tapi sebenarnya dalam fikiran aku nie memang dah ada jawapannya tapi saja aje aku nak biarkan dia tertunggu-tunggu dengan jawapan aku tu….

~Kekasih...hanya kau yang mampu ::..~


Aku mendegus geram bila terserempak wajah lelaki yang amat aku kenali dihadapan food court tempat biasa aku lunch ni. Terbantut selera aku sebaik tengok muka dia. Aku tak tahu ape agaknya masalah mental yang dia alami sehingga terus-terusan menganggu hidup aku. Semuanya gara-gara aku terlanggar kereta dia masa nak keluar parking tempoh hari. Dan sungguh la pulak baik hati tak minta sesen pun ganti rugi dari aku. Nampak sangat yang dia sengaja nak aku langgar kereta dia. Dan kebetulan yang tak betulnya tiba-tiba syarikat dia selang beberapa blok je dari syariakt aku. Adakah itu tektik-tektik untuk mengorat aku? Hish Muka macam tengkorak hidup. Loya aku tengok. Dia sengaja menghadang jalan aku untuk membayar harga makanan. Melampau sungguh ni.


"Asal awak suka cari gaduh dengan saya ni hah? Dah puas hidup ke?", marahku padanya. Tapi memang dasar tak makan dek saman betul mamat ni. Lagi tersengih kambing ada la.


"Marah la.. saya suka orang marah kat saya. Terutamanya orang macam awak", jawabnya makin menaikkan suhu kemarahan aku. Tolong la..kenapa aku bole jumpa orang gila macam ni. Arghh!"Kot yer pun nk jadik sewel..boleh tak jangan jebakkan saya sekali?" kataku geram.


Nak aje aku hempuk kepala dia dengan handbag yang aku pegang ni."Kenapa awak suka marah-marah ni? Tak penat ke? Bukan ke berlemah-lembut tu lebih elok. Muka pun tak cepat kedut. Bahasa mencerminkan bangsa..", jawabnya dengan muka bersahaja. Langsung takde riak nak berambus dari depan mata aku.


"Woi…sekedut-kedut muka aku ni pun ada orang nak. Daripada kau tu.. muka macam sayur layu kat pasar malam", bentakku geram. Suka-suka jer nak bagi ceramah kat aku. Ingat aku hadap sangat ke dengan muka dia tu."Eh..bila saya kata muka awak kedut? Awak terasa sendiri yer…bagus la kalo awak sedar", dia tersenyum sinis.


Aku mengetap bibir menahan sabar. Sabar tu sebahagian daripada iman. Terus aku berlalu dari situ."Malam ni ada pasar malam kat depan apartment saya. Kalau nak beli sayur layu pesan la kat saya. Boleh saya belikan untuk hilangkan kedut muka awak.."laungnya makin membingitkan telingan aku. Sakit hati, sakit mata, sakit telinga..semuanya sakit bila aku jumpa mamat sewel ni.


Ape yang aku berhutang dengan dia ye sampai dia kacau hidup aku agaknya? Arghh…mental aku dibuatnya.


++++++Sakit kepala campur blur di tambah dengan rasa tak puas hati dengan keputusan yang baru aku dengar. Macam mana la ayah aku boleh upah tendar renovate Office ni dengan mamat sewel tu sebagai arkiteknya? What?? Dah takde orang lain ke yang tercalon. Dah pupus ke arkitek handal dalam Malaysia ni."betul ke ayah ambik dia tu jadi arkitek nak ubahsuai opis ni?", Soalku sebaik saja melihat mamat sewel tu keluar dengan senyuman meluat dari bilik ayah aku. Nyampah aku."Dah kebetulan dia jer yang memenuhi spesifikasi kita. Ayah pun dah tengok hasil-hasil kerja dia sebelum ni. So Adorable", jawapan ayah menjengkelkan aku. Iyer la tuh kebetulan konon.Ntah yer ntah tidak hasil kerja mamat tu. Ntah-ntah dia curi idea orang lain, sape tau. Bebelku dalam hati. Aku memuncungkan bibir tanda protes."Ayah tak nak masalah peribadi Aya dengan dia merosakkan prestasi kerja Aya.

Jangan terlalu prejudis. Seorang yang professional takkan menilai orang lain dengan hanya melihat penampilan luaran je. Aya faham kan .." kata-kata ayah aku seakan-akan menyedarkan aku tentang sesuatu perkara. Ye tak ye jugak..sejak bila aku jadi macam ni. Terlalu berkira pada sesuatu. Im a professional thinker!"ok!" jawabku ringkas lantas keluar menuju ke mejaku. Dalam hati… terselit ingatan pada senyuman lelaki itu. Macam aku pernah jumpa dia. Kat mana ek?


++++++Aku mencuri-curi pandang pada ketekunan dia membuat kerja. Sepatutnya hari ni cuti, tapi aku terajin sedikit untuk datang pejabat menyiapkan kerja yang tak berapa penting. Atau bahasa lainya aku saje jer datang pejabat hari ni tanpa berbuat apa-apa. Kerja-kerja mengubahsuai pejabat hampir siap. Mungkin dalam 3 atau 4 hari lagi bahagian-bahagian yang diubahsuai dah boleh digunakan sepenuhnya. Nampaknya aku tak dapat tengok dia lagi. Dan nampaknya jugak sampai sekarang aku masih gagal mengecam mamat tu. Betul aku rasa macam pernah jumpa dia. Aku tak tipu. Tapi sape? Kat mana?"Tak baik curi-curi pandang. Curik tu kan berdosa. Kalo nak pandang tu, pandang jer terus. Takyah curik-curik", tiba-tiba satu suara mengejutkan aku. Aku menoleh."Eh..ape plak. Mata saya..suka hati la saya nak pandang ape pun..", balasku spontan. Malu pun yer jugak. Asal tiba-tiba dia boleh terjongol kat depan aku ni pulak. Bila masa dia berdiri kat situ. hishh.."Oh ye tak yer jugak ye. Sory la tersyok sendiri pulak saya. Ingat Cik Maria pandang saya tadi. Atau mungkin Cik Maria pandang pada salah sorang pekerja-pekeja indon saya tu tak? Kalo Cik suka, bole saya pinangkan.."berasap telinga aku dengar. Ada je ayat nak kenakan aku. Aku cegilkan mata memandangnya geram. Dasar mulut takde insuran betul la. "Awak keluar!!" herdikku tersangat la geram."eh..kedut dah bertambah.." sempat dia menjawab sebelum mencicit keluar. Leretan gelaknyer semakin kuat di cuping telinga aku. Tapi ajaib, gelak dia tak membuatkan aku marah. Seakan-akan ada kemesraan antara gelak tu dengan telinga aku. Ape kena dengan aku ni.


++++++"Ayah dah bagi ke bayaran pada arkitek tu?" soalku disuatu pagi sebaik saje sampai di opis. Dahi ayah berkerut."Dah..semalam dia datang ambik. Kenapa?" soal ayah hairan. Aku pun hairan jugak sebab ape aku tiba-tiba tanya. Dan jugak kenapa aku berminat nak tanya."Saje tanya.." balasku terus keluar dari bilik ayah. Aku mimpi ke? Kenapa aku tanya ni? Aku menggaru-garu tudung yang tak gatal."Shila..tolong dapatkan saya nombor telefon arkitek yang ubahsuai opis kita ni. Sekarang yer.." pintaku diluar jangkaan. "Baik Cik.." dengan segera sekretari ayah aku tu mencari. Bagus! Dan dengan segera dia menghulur sekeping business card padaku. Lantas tanpa menunggu lama aku mendail nombor telefon yang tertera di atasnya. Belum sempat aku mendail, mataku terpaku pada nama si pemilik kad tersebut yang cukup-cukup aku kenal dan amat-amat sinonim dengan hidup aku.


Amir Azrie bin Kamil Hafiz

ArchitectM&A Sdn Bhd,

No 17 Jalan Seksyen 7,

47300 Shah Alam. Selangor


"Ayie!!!" jeritku membuatkan staf lain memandang. Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, aku berlari selaju mungkin untuk menuju ke alamat yang tertera. Terasa ada genangan air meluncur deras dari kelopak mata. Ayie….


++++++"Boleh saya jumpa Encik Amir?" soalku pada penyambut tetamu yang senyum menyambut kedatanganku. Aku melihat sekeliling. Memang cantik pengubahsuaian pejabat ni. Memang dia seorang arkitek yang berbakat. Kenapa aku tak pernah perasan dulu? Kenapa aku tak pernah nak ambil tahu pasal arkitek yang ayah pilih."Maaf Cik,En Amir cuti hari ni. Ada apa-apa pesanan ke nak saya sampaikan pada dia?" jawapan yang diberikan amat menghampakan. Hilang keterujaan aku sebentar tadi. Cuti la pulak. Asal la masa ni dia nak cuti. Cuti la hari lain ke..esok ke..lusa ke."Bole saya tau alamat tempat tinggal dia?" pintaku."Err maaf cik. Cik ni sape ye?" banyak tanya pulak dia ni."Saya dari Syarikat yang dia buat ubahsuai pejabat sebelum ni.Ada perkara yang saya perlu berbincang dengan dia", eh, laju pulak aku memberi jawapan. Tiba-tiba aku terbohong sunat. Bijak jugak aku cipta skrip spontan."Maaf, setahu saya pengubahsuaian tu dah selesai. Bayaran pun kami dah terima, jadi saya kira tak ada apa-apa masalah lagi", nak aje aku sumbat mulut gadis ni dengan pen. Dia ni penyambut tetamu ke atau wartawan kat syarikat ni. Banyak bunyik pulak." Ada sedikit masalah pada pengubahsuaian tu. Jadi saya nak berbincang sediri dengan En Amir", jawabku lagi. Lepas ni dah takde alasan dah aku nak buat kalo gadis tu masih banyak tanya lagi."Kalau macam tu, Cik cuba telefon dia dulu buat appointment. Ni bisnes kad dia, Cik bole dail nombor yang tertera kat situ", dia menghulur sekeping kad pada aku. Ye tak yer jugak, apasal la aku tak terfikir untuk terus jer contanct handphone dia tadi. Aku tersenyum sendiri. Gelojoh betul."Terima kasih.." ucapku terus berlalu. Rasa termalu sendiri pulak dengan sikap aku tadi.


++++++"Haraf maaf. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi buat masa ini. Sila cuba lagi bla3.."Ceh, operator pulak yang jawab. Mana dia ni. Tak tau ke dia yang aku keresahan kat sini. Oh Ayie.. Sudahnya, aku nekad untuk menghantar mesej je pada dia.Saya nak jumpa awak segera, sila hubungi saya secepat mungkin. Urgent!Macam terdesak aje bunyiknya. Tapi aku terpaksa dan perlu jumpa dia.


++++++Aku pergi lagi ke pejabat dia. Masuk kali ni dah kali yang ke tigabelas aku tercongok di depan pintu pejabat ni setelah berpuluh-puluh mesej aku tak berbalas. Memang saje nak mencabar kewibawaan aku agaknya lelaki ni."Tolong la..saya perlu jumpa dia. Ada perkara mustahak saya nak bercakap dengan dia. Bagitau la saya alamat or anything yang membolehkan saya jumpa dia", rayu ku untuk kesekian kalinya pada budak penyambut tetamu tu. Dia pun dah jemu gaknyer tengok muka aku. Lantak la."Maaf cik..", tuturnya seakan buntu. Mungkin dah takde alasan lain lagi dia nak beri pada aku selepas alasan Ayie cuti, Ayie balik kampung, Ayie outstation, Ayie kursus, Ayie bla3 tak di terima pakai oleh aku. Aku tak kira, aku nak juga tau mana Ayie berada."Tolong la..awak jer yang bole tolong saya. Jasa awak akan saya kenang sampai mati", rayu ku lagi. Serba salah dibuatnya gadis tu diperlakukan oleh aku."Cik..sebenarnya En Amir dah lama berhenti. Sejak 3 bulan lepas..", kata-kata gadis tu umpama bom atom bergelodak dalam badan aku. What??"Berhenti?", soalku terkejut. Dia mengangguk. "Kenapa?" sambungku lagi dengan hairan. Dia mengetap bibir."Sekarang En Amir sedang jalani rawatan kat hospital. Dia sakit…", aku lihat ada nada sebak disebalik suara gadis tu. "Sakit ape?", aku inginkan kepastian. Terkejut dengan berita yang disampaikan. Rasa tak percaya pun ya. Ntah-ntah gadis ni nak main-mainkan aku gaknyer. Mungkin Ayie suruh."Cik pergi la jumpa dia sendiri. Mungkin kalo bernasib baik, dia nak jumpa cik", gadis tersebut akhirnya memberitahu juga di mana Ayie berada. Tapi benarkah? Seakan-akan tidak percaya denga napa yangaku dengar, segera aku pegi ketempat yang diberitahu.


++++++Dari jauh aku melihat susuk tubuh seseorang sedang duduk dibangku taman hospital. Rasa jantung aku berdegup kencang. Perlahan-lahan aku mendekatinya."Assalamualaikum…" ucapku padanya. Dia mendongak. Hampir menitis air mata sebaik sahaja melihat dia."Ayie..", rintihku sayu"Waalaikumussalam..", jawabnya perlahan. Dia senyum. "Betul ke awak Ayie? Apasal lain?" tanyaku inginkan kepastian. Dia senyum dalam kepayahan. Luruh jantungku melihat senyuman tu. Senyuman yang lebih sedekad tak pernah aku lihat. "Dapat jugak awak carik saya..penat saya nyorok. Ingat nak ajak gaduh tadi", dia masih sempat bergurau lagi dalam keadaan macam tu. Aku memerhatikan kepalanya berserkup dengan cap. Rambutnya yang 5 bulan lalu lebat kini tiada lagi. Aku menahan air mata dari gugur. Aku duduk di sebelahnya. Dia tak pula mengesot malah membiarkan saja aku duduk dekat dengan dirinya."Awak jahat…", aku memukul lengannya perlahan. "Saya dah agak dah..awak mesti tak dapat cam saya.." jawabnya masih mempamerkan senyuman. "Sumpah..saya tak sengaja. Awak memang lain. Dulu awak lain..", hanya itu yang aku mampu jawab.


Memang betul..12 tahun dulu, aku kenal dia, dia agak berisi. Tapi tetap macho dan sweet. Tetap mampu membuatkan aku jatuh cinta pada dia berkali-kali. Bukan cinta monyet, tapi cinta yang sebenar-benar cinta seorang manusia kepada manusia lain. Walaupun masa tu kami masih bersekolah, tapi perasaan tu bukan perasaan biasa. Atau mungkin masa tu gaya dan ramabut dia lain kot. Rambut sentiasa gondol. "Masa tu kita sekolah lagi, makan kuat.. bersukan.. memang la lain. Awak pun lain. Makin lawa..", pujinya ikhlas. Aku menunduk. "Maaf..saya tak dapat cam awak.." ,tuturku lagi menukilkan rasa bersalah yang bersarang di hati."Takpe… Erm, awak hidup gembira sekarang. Lega la saya.. ", luahnya membuatkan aku agak terkedu. Terbantut segala pertanyaan aku tentang persoalan kenapa dia tinggalkan aku dulu."Dapat jumpa awak… lagi saya gembira", jawabku ikhlas.


Sebenarnya terlalu-lalu banyak perkara aku nak bagitau dia. Terlalu banyak benda aku nak bincangkan dengan dia. Banyak lagi yang aku nak sampaikan dan bercerita pada dia. Tapi bila tengok je wajah dia, bila lihat penderitaan dia, aku terasa nak larut sama dalam diri dia. Nak menyelami keadaan dan kesakitan dia."Saya dah lama nak jumpa awak, tapi keadaan selalu membataskan pergerakakan saya. Saya bimbang kalo-kalo awak dah ada teman hidup masa tu. Tapi mungkin tuhan nak menemukan kita lagi. Saya ingat awak dah kawen. Atau sekurang-kurangnya dah ada pakwe..kenapa awak masih single Aya?", soalnya membuat aku tergamam. Dia memandang aku seolah-olah inginkan satu jawapan yang aku sendiri tak mampu beri."Hari dah gelap. Yok saya bawak awak ke dalam", aku membiarkan soalannya berlalu tanpa jawapan.


Dalam keadaan sekarang, tak de mood aku nak bercerita soal kekasih atau pakwe. Melihatkan keadaan dia saje aku dah cukup tersiksa jiwa raga.Aku menangis semahu-mahunya di dalam tandas setelah mendapat kesahihan tentang penyakit Ayie dari doktor yang merawatnya. Ya Allah..kenapa dugaan ini yang harus aku terima .Setelah 12 tahun kami terpisah, dan berjumpa semula dalam keadaan dia yang akan meninggalkan aku. Kenapa kami dipertemukan andai dia sekali lagi akan hilang dari hidup aku. Hilang untuk selama-lamanya."dia menghidap penyakit leukemia tahap kritikal.. keadaannya sangat lemah.." masih terngiang-ngiang suara doktor tu dalam cuping telinga aku. Tak terdaya nak menahan air mata dari keluar.


++++++"Awak…kita kawen..", pintaku padanya disuatu petang. Mungkin nampak gila ape yang aku sampaikan. Nampak tak senunuh pun yer jugak sebab dalam keadaan sekarang aku boleh bangkitkan soal kawen. Tapi aku terlalu ingin sangat bersama dia. Terlalu ingin.."Aya..mustahil.." jawabnya lemah. Dah agak jawapan dia. Tak kira. Aku dah tekad."Ayie..saya memang betul-betul maksudkannya. Saya nak jaga awak..nak bahagiakan awak.. saya.." dia meletakkan jari telunjuknya ke bibir aku. Dia menggeleng."Saya tak nak awak musnahkan kebahagiaan awak dengan mengingati saya bila saya dah tak ada nanti. Saya tak nak jadi orang yang zalim dengan meninggalkan awak dalam keadaan kenangan kita bersama sentiasa bermain dalam memori awak.


Saya minta maaf..awak carilah kebahagiaan dengan orang yang betul-betul boleh membahagiakan awak" dengan payah dia menuturkan ayat. Ya Allah..berilah aku kekuatan untuk menghadapinya. Aku tahan sebak di dada. "Sebab nak kejar kebahgiaan la saya tunggu awak selama 12 tahun Ayie. Dah cukup banyak kenangan awak yang saya bawak sepanjang saya hidup sampai sekarang. Awak rasa, mampu ke saya lupakan awak walau kemana sekalipun awak pergi? Sekali dua mungkin saya bole buat-buat tak kisah, tapi untuk kali yang seterusnya, saya bukan la setabah itu nak hadapinya tanpa sempat hidup bersama awak", jawabku menahan esak. Tolong la faham Ayie..rintihku."Saya tak mampu nak bahagiakan awak.." setitik air jernih jatuh dari kelopak matanya. Dia menangis syahdu. Air mata yang aku tahan akhirnya merembes juga keluar. Aku terdorong untuk memeluknya erat. Meredakan tangisnya.

Tak sampai hati aku melihatkan dia dalam kepayahan menahan sebak dan melawan kesakitan. "Sekali ini je…tolong jangan menolak permintaan saya.." pintaku yang terakhir padanya. Sorotan mata yang dipamerkan seolah-olah mengiyakan. Aku tersenyum."Saya cintakan awak Aya… sejak dulu", tuturnya perlahan tapi masih jelas di pendengaran aku. Aku memejam mata, berharap agar waktu terhenti seketika dan membiarkan kami dalam keadaan yang membahagiakan ini.


++++++Upacara pernikahan yang sederhana dan ringkas berlangsung di hospital. Bersaksikan kaum keluarga yang terdekat, aku sah menjadi isteri Ayie. Jejaka yang aku cintai sejak lebih sedekad lalu. Bermula dari cinta alam persekolahan, aku bawa cinta aku hingga ke alam dewasa. Kami terpisah kerana masing-masing mengejar impian hidup yang lebih bermakna. Lagenda cinta aku tak pernah terpadam. Aku mengucapkan syukur yang tak terhingga diatas persetujuan kedua belah pihak keluarga dengan keputusan aku. Restu mereka adalah kekuatan aku untuk bersama Ayie mengharungi saat-saat terakhir dia. Kekuatan dan ketabahan yang bukan sedikit untuk aku hadapi.


Dan aku tak pernah menyesal dengan keputusan ini. Terima kasih Ayah, Mak.. Ummi dan abah. Untuk sedikit waktu ini, akan Aya peruntuk dan manfaatkan masa yang ada untuk membahagiakan Ayie."Sayang.."panggilku perlahan dicuping telinganya. Perlahan-lahan dia membuka kelopak mata. Aku mencium dahinya. Sejuk."Selamat pagi.."ucapnya perahan. Dia cuba untuk senyum. Setelah kami diijabkabulkan, aku nekad untuk menyimpan air mata dan hanya ingin mempamerkan wajah gembira saja depan dia. Sekarang bukan waktu untuk bersedih. Sedangkan dia tak pernah bersedih, malah sentiasa cuba untuk mengembirakan aku lewat waktu ini. Jadi, mengapa aku harus berduka di hadapannya bukan? Kami banyak menghabiskan masa bersama. Malah, wad ni dah jadi seperti rumah aku jugak. Makan pakai semua di sini. Seolah-olah ini adalah bilik pengantin kami. Soal kerja dah lama aku tinggalkan.


Nasib baik jugak ayah memahami. Maaf ayah, untuk jangka waktu ni, Aya tak dapat tolong ayah kat pejabat. Adakalanya kami bertadarus bersama. Agak terkilan jugak sebab tak dapat berjemaah bersama dia."Aya ku sayang.." panggilnya manja. Sejuk telinga aku mendengar. Kalau la masa boleh terhenti..aku nak dia memanggil aku sebegitu selama-lamanya. "Awak ingat lagi tak masa zaman kita sekolah dulu", perlahan-lahan di menuturkan kata. Ingat sayang. Terlalu ingat. Tak satu pun yang Aya lupa."Ingat tak masa kita study sama-sama dulu, pastu awak tertido. Saya tak kejut sampai la petang. Awak merajuk lepas tu buat-buat tak kenal saya.. " ujarnya lagi . Aku mengangguk. Aku cuba menyembunyikan sebak."Masa awak tanya kenapa saya takde makwe....saya jawab saya gay. Awak gelak. Saya berharap sangat awak jawab yang awak nak jadi makwe saya bila saya tanya awak nak jadi makwe saya ke? .."dia cuba lagi untuk menyambung kata.


Terasa hati semakin pedih setiap kali melihat keadaan dia untuk cuba bercakap. Aku pilu. "A'ah..pastu ingat tak awak lupa besday saya..awak buat-buat tak tau. Rupanya petang tu awak dah pakat ngan kawan-kawan lain buat surprise kat hostel kan ..awak memang jahat.." sambung ku untuk mengelakkan dia terus bersuara. Tapi dia tetap juga nak bercakap. Akhirnya aku mengalah. Ntah selama mana lagi aku mampu dengar suara dia. Kami sama-sama ketawa. Kami mula bercerita tentang kisah silam dan tentang pertemuan semula kami 6 bulan yang lalu. Katanya, aku terlalu ego semasa mula-mula berjumpa dulu. Mana taknya, dia asyik kenakan aku je. Mau tak melenting. Katanya lagi, dalam diam-diam dia selalu perhatikan aku. Menjadi arkitek untuk mengubahsuai pejabat aku adalah peluang yang amat berharga baginya.


Nama Syarikatnya M&A adalah sempena nama kami, Maria dan Amir. Sungguh dia jugak tak pernah lupakan aku. Dia dapat mendekati aku walaupun aku tak pernah perasan kewujudannya. Kalaula aku tau waktu itu..tak hingin walau sedetik pun aku nak menyakiti dia. Aku seolah-olah lupa bahawa dia akan pergi meninggalkan aku. Aku terlalu berharap waktu itu boleh berputar. Moga Allah beri peluang untuk aku hidup bersama dia dengan kembalikan kesihatan dia seperti sediakala, dan aku berjanji tak kan sakitkan hati dia lagi. Tapi sebagai seorang hamba, aku redha di atas Qada' dan Qadar yang telah tertulis untuk aku. Hidup mesti terus.Sehingga la hari terakhir dia menutup mata..aku menjadi teman yang setia berada di sisi. Tangisan aku dah lama kering. Sekering hati aku yang dibawanya pergi. Maafkan Aya..Aya tak mampu nak tunaikan janji pada Ayie agar mencari kebahagiaan lain selepas ini. Cukup la satu kebahagiaan ni je yang Aya rasa. Terima kasih sebab menjadi suami yang baik. Terima kasih keran mencintai Aya. Dan terima kasih kerana menjadikan Aya kekasih awal dan akhir Ayie.


++++++Semasa mengemas barang-barangnya di rumah sewa yang pernah dia diami, satu persatu gambar kenangan kami aku temui. Sekali lagi air mata ini tak berhenti mengalir. Ingin sekali aku kembali ke masa dulu andai aku termampu. Masa mula-mula aku mengenal cinta. Tapi apakan daya, hanya kenangan saja yang tercipta untuk aku..........."Hai…bleh dok sebelah awak tak?" soal ku bersahaja sambil menggenyeh hidung yg gatal dan penuh berhingus. Aku nampak wajahnya berkerut. Memandang penuh kejelikkan. Aku masih berdiri dan berharap dia memberi ruang untuk aku duduk di sebelahnya. Nak tak nak dia mengesot sedikit punggung dan memberikan ruang untuk aku duduk."Awak sokong pasukan mane?" tanyaku lagi. Dia merengus. Ku hembus hingus yang sarat dalam hidung pada sapu tangan yang aku bawa. Alahai..masa ni plak nak kena selesema. Aku pura-pura tak nampak mata-mata pelajar lain yang mengerling geli."Lupa la..mestila la awak sokong pasukan sekolah kita ye tak? Hahaha…" aku mengekek lucu. Orang sekeliling menjeling.."Diam bole tak? Tengok jer la.." balasnya tegas. Aku senyum. Ntah kenapa aku senyum walaupun dia marah. Aku menggigit kuku sambil memandangnya. Dia menjeling sinis. Aku sengih. "Yeah!!! Merah! Merah! Merah memang terror! Merah berani! Merah mesti menang!!", sorakku tanpa memperdulikan orang sekeliling yang memandang sinis kearahku. Aku mesti bagi sokongan pada pasukan aku sendiri iaitu pasukan Merah. Pasukan yang seringkali menjadi juara bagi bola jaring setiap kali diadakan perlawanan antara sekolah-sekolah. Dan sekarang sedang berlangsung perlawanan bola jaring antara sekolah aku dengan sekolah kampong sebelah. Tiba-tiba aku nampak dia melambai ke arah sesuatu. Aku kaget. Eh…sape yang dia lambai tu? Aaaa? Tu bukan gadis idaman sekolah ke? Aku mengetap bibir. Itulah satu-satunya pesaing aku yang paling bahaya di sekolah ni. Aku menggosok-gosok hidung yang tak gatal. Tunggu kau! Aku bakar rambut rebonding ko tu!


+++++"Hai Ayie!!!", aku melambai ke arahnya tanpa segan silu. Nama Dia Amir Azrie. Pelajar form 5 selaku ketua pengawas sekolah, ketua rumah sukan, ketua Kelab Agama Islam, ketua pelajar, ketua pidato, ketua pengakap, ketua bola baling, dan bermacam-macam ketua la yang dia sandang. Termaksuklah ketua yang dah mendapat tempat di hati aku. Hebat bukan. Dan dia la buah hati pengarang jantung aku. Walaupun dia langsung tak kenal aku, tapi tak pe. Sebab aku kenal dia. Aku mengekorinya."Awak ni sape?", soalnya pelik. Melilau matanya memandang aku atas bawah. Aku terbersin. Dia menutup hidung. Aku sengih. Dah agak dah, dia mesti tak kenal aku. Almaklum la, aku pelajar dari kelas tercorot sekali. Bukan top studet, bukan jugak gadis idaman sekolah. Aku biasa-biasa je. Sejak aku berpindah kat sekolah ni hampir setengah tahun yang lepas, aku cuma curi-curi kenal dia dari jauh je.


Kini tiba la masanya untuk aku menonjolkan diri depan dia. "Saya peminat awak. Nama saya Maria. Panggil Aya jer. Form 4.." Aku menghulur tangan untuk bersalam. Dia terpaku bak patung lilin yang ada kat negara US nun. Salamku yang ikhlas tak bersambut. Tak pe..lagipun bersentuhan antara lelaki pompuan tu haram. Aku sengih. Dia berlalu dengan muka bersahaja. "Woi Aya… lupa jalan nak masuk kelas ke?" tiba-tiba seseorang melaung kearahku. Eh… aku kat sekolah ke? Larr..ingat dlm filem tadi. Aku sengih pada Shasha. Aku memandang Ayie dengan ekor mata sehingga kelibatnya hilang dari pandangan. Segera aku berlari masuk ke kelas sebelum cikgu misai tebal datang.


++++++"Lupa kan la hajat ko nak ber'pakwe' kan Ayie tu mak cik oii" bebelan shasha tak aku pedulikkan. Aku berangan-angan sedang dating dengan Abg Ayie. Wah..indahnya kalu dapat keluar jalan-jalan sambil pegang tangan dengan dia. Mesti terpaku mata-mata bebudak pompuan sekolah ni kalo nampak. Aku sengih dalam bahagia."Woii..gila ke? Sengih sorang-sorang. Dah la Aya..mati berangan la ko nak dekat dengan abg senior tu..", shasha menonjol dahiku kuat. "Ape ni…", aku menggosok dahi yang terasa sakit. Jeles la tu sebab aku dapat berborak dengan Ayie. Tapi dia tak dapat. Aku menjuih bibir."Kalo ko dapat dia pun… ko kena langkah mayat si minah perasan tu dulu..", aku nampak shasha memuncungkan bibir ke arah sesuatu. Aku berpaling. Aaa? Bibir ku terjuih sama. Dia ke? Kenapa ye setiap kali babak heroin suka pada hero, mesti ada pengacau atau penggoda yang interprem.


Macam jugak kisah aku dengan Ayie ni. Dan penggoda nya adalah Maya. Eleh..petik jari jer dah tersungkur. Aku segera berjalan ke arah minah yang dimaksudkan. Aku membengkes kakinya yang sedang berjalan bak merak masuk hutan. Lenggang lenggok dan liuk lentuk badan yang konon-konon macam model tu jatuh terjelepuk ke lantai kaki lima sekolah. Hahahahaha..sebijik macam tenuk jatuh. Pelajar lain turut mengilai sama. Puas hati aku. Hahahaha!!Pukk!!! Terasa bahuku di pukul kuat dengan buku. Adoii..ape ni!"Dah puas berangan?", aku mendongak memandang shasha yang sedang bercekak pinggang. Aku menggigit kuku. Sengih. Kelibat Maya si minah perasan hilang tanpa sempat aku merealisasikan rancangan jahat aku tadi. Ciss!!


++++++"Macam mane ni. Duit saya tak cukup. Tolong la pakcik..hantar saya. Hutang dulu..esok lusa saya bayar..", aku merayu pada pakcik teksi yang tanpa belas kasihan tak membenarkan aku naik teksinya sebab tak cukup duit nak bayar tambang. Abih la aku. Dah la tertinggal bas. Nak naik teksi pun tak cukup duit. Tadi rasanya duit aku ada dalam beg ni.Aku menggaru-garu tudung. "Awak tunggu la teksi lain. Takde duit tapi nak naik teksi..", aku dengar pakcik tu membebel. Aku menggaru kepala mencari ikhtiar. "Tolong la pakcik..saya ada pekse ni..tolong laa..", rayu ku lagi campur bohong sunat. Mana ada peksa, aku tipu. Dah rayu tahap leleh air mata dah ni. Tapi pakcik tu memang tak de perasaan ku kira. Muka nya tak ada simpati langsung. Aku rasa macam nak bakar jer teksi dia nih."Tunggu.!!.", satu suara melaung. Aku menoleh. Terpaku. Dia senyum. Rasa nak pengsan."Pakcik..tolong hantarkan kitaorg ye. Saya bayar tambang dia..", Aku terpaku. Ya Allah...saat-saat ni kau hantar seorang hero untuk menyelamatkan aku. Syukur. Rasa nak peluk-peluk pelajar lelaki tu. Yeah..yeah..!!!Sejak tu…aku la peminat rahsia dia. Walaupun dia tak pernah tau. Aku sengih lagi mengingatkan detik-detik perkenalan aku dengan Ayie. Kih3..Macam sewel pun yer."Aku rasa tahap miang dan angau kau makin menjadi-jadi la Aya. Baik ko pegi check otak ko yang terputus satu wayar tu…", aku tak menghiraukan ngomelan shasha. Nasihat tak membangun langsung.


++++++Laparnya perut. Ramai pulak la pelajar yang beratur. Aku lapar sangat ni. Aku gosok perut yang sememangnya lapar dan sejak tadi berirama keroncong dan berdondang sayang. Mataku terpaku pada satu susuk tubuh. Wow!! Ayie. Mataku terkebil-kebil memandangnya. Umpama magnet tiba-tiba je aku berjalan ke arahnya."Hai Ay…", belum sempat ayat aku habis untuk memanggilnya, aku dah pun tersembam ke lantai betul-betul depan Ayie.. Ayark!!! Terasa bergegar segala sendi dan tulang-temulang badan aku. Bermandi mi dengan air sirap aku hari ni. Rasa macam tak nak bangun pun yer. Aku pandang Ayie, mukanya penuh perasaan terkejut. Aisey..kenapa la terjadik kejadian tak diingini time nih. Perlahan-lahan aku bangun dan mengutip mi yang bertaburan. Aku memandang pada si pemilik mi tadi. "Woii…ko ni mata letak kat kaki ke?", pekik budak tu geram. Mane tak nya, makanan dia dah aku dermakan kat lantai dan baju aku ni.Err…"Maaf..maaf..saya tak sengaja… ", aku terkulat-kulat memadang budak tu. Ape aku nak buat ni? Takkan nak ganti kot. Duit aku pun cukup-cukup je nak makan.Aku paling kearah Ayie. Dia berjalan di iringi teman-temannya tanpa memperdulikkan aku. Sedih dan berdukacita aku rasa."Aku rasa budak pompuan tu gila la..angau kat ko kot..", dari jauh terngiang-ngiang ayat yang keluar dari mulut salah seorang member dia. What??!!Aku gila?!! Ayie menoleh kearah aku. Mata kami bertembung. Pandangan sinis dilemparkan pada aku..

Macam menyampah jer caranya. Berkecai jiwa raga aku. Sampai hati… Aku rasa macam aku sorang je ada kat kantin tu. Walhal ramai umat yang lain hanya memandang sambil berbisik-bisik tengok aku. Rasa macam tengah menang award plak.


++++++Semua tertanya-tanya siapa gerangan pengirim 10 biji epal sempena friendship day yang diterima Ayie. Aku tersenyum bangga. Akula pengirim misteri tu. Shasha kata aku gila sebab membazir duit je beli epal tu. Aku senyum je. Mazli kata aku sewel sebab suka pada orang yang tak suka aku. Aku senyum jugak. Mira pulak kata aku suka bermimpi di siang hari dan tunjuk kaya walaupun tak kaya untuk beli banyak epal.Pun Aku senyum jugak. Makin tembam pipi aku ni asyik senyum je. Tak pe la..walau ape orang kata, yang penting aku suka. Hidup jangan putus asa. Itu pesan mak aku.


++++++Aku berkejar keluar kelas untuk memastikan tidak ketinggalan bas sekolah. Ni cikgu misai tebal punya pasal la ni, tak pasal-pasal aku keluar lambat. Sebenarnya aku kena denda sebab tak buat keje sekolah. Subjek geografi paling la aku kureng. Sorry la cikgu. Aku memecut laju berlari keluar perkarangan sekolah. Tapi satu bas pun takde. Uwaaa!!! Bas tinggal aku. Aku sorang je ke. Aku pandang kiri kanan. Eh..macam kenal. Senyum miang sampai ke telinga. "Hai..lambat jugak ke?", soal ku lembut. Dia menoleh. Dahi berkerut. Dilemparkan senyum walaupun aku tau senyum tu tak ikhlas."hrmm…", jawabnya acuh tak acuh. Mata nya tertumpu pada buku yang sedang di baca. Aik..subjek geografi la."Awak minat subjek ni ke? Wah..same la kita. Saya pun minat sangat subjek ni..", aku tipu! Aku paling benci subjek Geog."hrmm…", balasnya lagi. Dia ni bisu dah ke. Aku menggigit kuku. Tanpa segan silu aku duduk di sebelahnya. Dia mengesot sedikit punggung. Aku terus memerhatikan dia sambil tersengih-sengih. "Awak ni ok ke tak? Macam tak betul jer…", soalnya serius memandang aku. Haa..ada pun suara."Ok..", jawab ku sepatah dan terus memandang buku nota geografi yang di baca. Dia mengalih tempat duduk jauh sedikit dari ku. Sombong. Aku memintal-mintal hujung anak tudung yang aku pakai.


Tiba-tiba sebuah kereta berhenti betul-betul berhadapan tempat kitaorang duduk. Aku terkejut. Macam ganas jer bunyiknya."Woiii..ko la kan yang cuba nak ngurat awek aku!!!", laung seorang lelaki tanpa memberi salam pada kami. Aaa? Aku nak ngurat awek dia ? gila ape? Segera dia meluru ke arah Ayie lantas memberikan satu tumbukkan padu pada mukanya. Eh..ape yang berlaku ni?"weh..ape hal ni?!! ", aku yg tak tau ape-ape cuba meleraikan ape yang berlaku. Macam dalam drama tamil pulak dah ni. "Ko diam! Ko nasihat kat pakwe ko ni, jgn sesekali rapat dengan Maya. My girlfriend! Paham", aku di herdik. Badigol punya budak. Suka-suka jer tengking aku. Dah lama hidup ke.. Tapi aku suka la ayat 'pakwe ko' tu. "Kurang asam..apesal ko pukul 'pakwe aku' hah?!", aku memberanikan diri menendang celah kelengkang mamat tu. Abik ko! Haha..dia tertunduk jatuh ke tanah. "Tolong!! Tolong!!!", laungku sekuat hati. Aku nampak Ayie dah tertuduk menahan sakit sebab kena pukul tadi. Alalala..kesiannyer dia. "Woi bro! bla bla..ada orang dtg.." ,datang seorang mamat lagi menghampiri kitaorang. Segera dia menarik lelaki yang dah aku tendang kelengkangnya tadi masuk kedalam kereta. Ha..tau takut!! Ada ke patut siang-siang buta serang orang mcm ni. Kat budak sekolah pulaktut .Hlang akal ape! Kompem masuk jel la tuh. Aku segera mendapatkan Ayie untuk meredakan kesakitannya. Alahai…"Kenapa awak tak balas dia pukul tadi", soalku padanya."Ganaz jugak awak ni yer..Pakai kain pun sempat menendang lagi. "sempat dia mengkritik aku tuh.


++++++Sejak dari hari yang bersejarah dalam hidup aku tu berlaku, Ayie semakin rapat dengan aku. Maka gegak gempitala satu sekolah dengan termetrainya gossip aku ni makwe Ayie..Aww…suka gila. Si beauty and the beast versi terbalik berlaku kat sekolah. Walaupun kadang-kadang dia tu seolah-olah tak de perasaan tapi layanan dia agak baik pada aku. Kalau angin dia elok, dia akan belanja aku makan kat kantin. Kalau angin dia tak elok, jangan kata belanja makan kat kantin.. aku yang nak belanja pun dia tak nak. Tak pe la..yang penting aku dah jadi kawan dia.


++++++"Awak nak ape lagi..kita kan kawan je..", aku hanya jadi pemerhati dalam perjumpaan antara Ayie dgn Maya. Dia ajak aku teman untuk jumpa minah tu. Rasa kemenangan berpihak pada aku. Nak je aku gelak kuat-kuat kat cuping telinga minah tu. Biar dia pekak."Ayie… kitaorg memang takde ape2. Dia tu jer yang perasan. I tak sangka dia boleh pukul you..sampai jadik kes polis. Sorry.. Memamg dia layak. Padan muka. But..im so sorry Ayie..", Rayu Maya umpama nyanyian sumbang kat telinga aku. Geli aku dengar. dia melemparkan pandangan kurang selesa pada aku. Aku buat muka toya."Asal you bawak budak ni sekali. Dia takde kena mengena dengan kita. Sape dia ni??", sinisnya sambil memandang aku atas bawah. Aku membalas pandangannya. Lagi sinis. Please lah!!"Bagusla kalo awak tade ape-apa dgn budak tu. Budak tu samseng. Pelajar bermasalah. Perangai macam tu tak elok di buat kawan. Kalau kawan buat cara kawan, kenapa perlu jumpa pastu pegang-pegang tanagan. Mesra sangat. Awak kena berhati-hati dengan dia Maya. Saya taknak awak pun terjebak dalam perangai bermasalah dia", Perlahan sura Ayie kedengaran. Eh eh..tak kan dia dah cair dengan ayat minah ni. Oh tidak!"Betul u risaukan i? Jadi kita bole kapel balik la ek? Betul u tak marah?", Maya tersenyum manja. Ya Allah..menyampah aku tau tak."Kawan je…mmg kita kawan pon sebelum ni. Tapi setakat kawan jer la..Tak yah la awak fikir bukan-bukan. Exam dah nak dekat. Kita tumpukan pada exam lagi baik daripada soal bercinta. Kan?", jawab Ayie lantas bangun meninggalkan Maya terkebil-kebil hairan. Aku mengekorinya dari belakang. "What? Ayie..tunggu! Ayie!!", dari jauh terdengar Maya terjerit-jerit. Ish..tak malu betul la dia tu. Aku memandang wajah Ayie. Serius. Kecewa kah dia?


++++++Aku menemaninya menelaah pelajaran. Ada jugak la satu dua subjek aku minta dia ajar. Adakalanya yang aku tau pun aku buat-buat tak tau. Saje nak dekat-dekat dengan dia. Rasa bahagia menyelinap dalam hati. Shasha nak ikut aku , tapi terpaksa aku melarang keras sebab aku tak nak dia kacau daun. Sekali fikir, macam lokek ilmu la pulak. Tapi bila dua kali fikir, aku rasa tak pe sebab ni la pelung aku nak berdua-duan dengan Ayie."Pandang buku..bukan pandang saya!", tegurnya tiba-tiba dengan mata tak lekang mencatit nota."Eh..saya pandang buku la ni..", jawabku selamba tapi mata aku masih pandang dia."Saya tak rabun lagi… lain la kalo mata awak yang juling. Nak pandang bawah tapi tengok atas", perlinya membuat aku termalu sendiri.


Cepat-cepat aku menghadapkan buku ke muka. Tapi tak sampai 2 minit aku memandangnya semula."Kenapa awak takde makwe?" soalku tiba-tiba. Macam bodoh pulak soalan tu."Sebab saya gay.." jawabnya lantas membuatkan aku terus mengekek dan mengilai-ngilai ketawa tak ingat dunia. Rasa nak gelak guling-guling atas tanah. Mata-mata lain yang memandang tak aku hiraukan. Lawak sangat ni. Pandai jugak dia buat lawak Mr bean. Ingatkan selalu serius je."Tak caya?", soalnya membuat kan aku terhenti terus daripada ketawa. Macam serius je jawapannya."Eh betul ke?", soalku kaget. "Acah jer…", dia senyum. Terkesima aku melihat senyuman yang ala-ala nak senyum tapi tak nak senyum tu. Kalu senyum betul-betul..dan di tambah lagi dengan keikhlasan, dah lama aku mati terkejung kat sini. Kus semangat."Lega? Asal tanya? Nk jadi makwe saya ke?",soalnya memandang tepat ke muka aku. Nak nak! aku meloncat-loncat dalam hati."Tak de la..tanya jer", terus aku pura-pura menulis sesuatu di buku nota. Dalam hati tuhan jer yang tau..Ntah ape yang aku tulis pun aku tak tau. Aku rasa semua darah naik kemuka. Jangan pengsan dah la.


++++++"Saya suka awak..cara awak..sikap awak. Moga kita kekal berkawan sampai bila-bila. Tapi kita masih ada matlamat dan tujuan yang penting selain terus berhubungan. Moga jumpa lagi..", ucapnya di suatu petang tatakala habis sesi persekolahan. Juga merupakan hari terakhir dia berada di sekolah ini. Kedatangannya unuk mengambil result SPM. Aku gembira dengan keputusan peperiksaan SPMnya yang cemerlang. Cita-cita untuk menjadi arkitek terkenal dan berjaya pasti akan kesampaian. Aku pun boleh jugak jadi kekasih yang berjaya untuk dia kalau dia nak."Errr… ada sesuatu saya nak cakap.." belum sempat aku habiskan ayat, dia terus berlalu menuju semula ke tempat kawan-kawannya yang lain. Aku memuncungkan bibir. Hampa.


Aku nekad menulis surat kepadanya saje untuk meluahkan isi hati. Dan itula surat pertama dan terakhir yang aku beri selepas dia menyepikan diri sehingga la aku lalui masa dewasa dengan menyimpan dia sebagai kenangan yang tak pernah terlupakan. Sehinggala aku bahagia saat diijabkabulkan menjadi isterinya yang sah. Dan sehingga dia pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Sesudah itu aku tersedar, tak mungkin ada peluang untuk aku berjumpa dengan dia lagi. Mengenang manisnya masa lalu membuatkan aku tertawa sendiri. Mungkin itu saja cara yang boleh menghidupkan keceriaan dalam hati aku sejak ketiadaan dia.


++++++Aku tak mampu mengusir setiap kenangan dia yang ada dalam kotak ingatan. Sumpah. Aku terlalu merinduinya. Mungkin dengan kenangan itu dapat memberikan aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang. Atau esok lusa siapa tahu, aku juga akan mengikut jejak langkahnya. Selagi nyawa dan jasad aku masih bersatu, dia akan kekal di hati dan ingatan. Sehingga la waktu dan masa menetukan andainya hati ini mampu dicintai dan mencintai lagi. Aku redha menerima. Sungguh. Setiap detik aku mendoakan agar dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Mendapat tempat yang paling istimewa disisi-Nya. Untuk suamiku yang tercinta, aman la engkau di sana.……….


Ku cuba redakan relung hati

Bayangmu yang berlalu pergi

Terlukis di dalam kenangan

Bebas bermain di hatiku


Cerita tentang masa lalu

Cerita tentang kau dan aku

Kini tinggal hanya kenangan

Kau abadi di dalam hatiku


Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi

Membuat ku terpuruk rasa ingin mati

Derita yang mendera kapan akan berakhir

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooo…Aku cinta oooooooo