MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday, 26 February 2009

~Cerita Motivasi~

Ada seorang ayah yang menjelang ajalnya di hadapan sang Isteri berpesan DUA hal kepada 2 anak laki-lakinya :-
Pertama : Jangan pernah menagih hutang kepada orang yg berhutang kepadamu.-
Kedua : Jika pergi ke kedai berniaga jangan sampai mukanya terkena sinar matahari.

Waktu berjalan terus. Dan kenyataan terjadi, bahawa beberapa tahun setelah ayahnya meninggal anak yang sulung bertambah kaya sedang yang bongsu menjadi semakin miskin.


Pada suatu hari sang Ibu menanyakan hal itu kepada mereka.

Jawab anak yang bongsu :"Ini kerana saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan bahwa saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadaku, akibatnya modalku susut karena orang yang berhutang kepadaku tidak membayar sementara aku tidak boleh menagih".

"Juga Ayah berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari rumah ke kedai dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari. Akibatnya saya harus naik teksi, padahal sebetulnya saya boleh berjalan kaki saja, tetapi karena pesan ayah itu, akibatnya penggunaan wangku bertambah banyak".

Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya, sang Ibu pun bertanya hal yang sama.Jawab anak sulung :"Ini semua adalah kerana saya mentaati pesan ayah. Kerana Ayah berpesan supaya saya tidak menagih kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak pernah memberi hutang sehingga dengan demikian modal tidak susut".

"Juga Ayah berpesan agar supaya jika saya berangkat ke kedai atau pulang dari kedai tidak boleh terkena sinar matahari, maka saya pergi ke kedai sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam.Kerananya kedai saya buka sebelum kedai lain buka, dan tutup jauh sesudah kedai yang lain tutup."

"Sehingga kerana kebiasaan itu, orang menjadi tahu dan kedaiku menjadi laris, kerana mempunyai jam kerja lebih lama".

MORAL CERITA :
Kisah diatas menunjukkan bagaimana sebuah kalimat di tanggapi dengan presepsi yang berbeda.
Jika kita melihat dengan positive attitude maka segala kesulitan sebenarnya adalah sebuah perjalanan membuat kita sukses tetapi kita boleh juga terhanyut dengan adanya kesulitan kerana hal rutin kita… pilihan ada di tangan anda.

'Berusahalah melakukan hal biasa dengan cara yang luar biasa'

~Di sebuah kampung ada 3..~

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak.
Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dng niat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.
Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam.
"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."

Tok imam punundur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"
Lalu batal lah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni...

Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
"He he he, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang.
He he he he..."
Tok imam pun terkedu & terpana

~Teka-teki Ikan~


Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling sedih?
Jawapan: Ikan Haruan..... pasal dia sentiasa terharu

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa yang suka tipu orang?
Jawapan: Ikan goreng...kalau dah kena goreng, kekadang sampai hangit

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa tak tahu malu?
Jawapan: Ikan sardin...sebab buat muka sardin je memanjang

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling miskin?
Jawapan: Ikan Kering...sebab poket selalu kering.

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling ¿havoc¿?
Jawapan: Pati Ikan Haruan Polleney...pasal dia asik pegi pati (Party)

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa sambut Thaipusam?
Jawapan: Ikan Paus (whale). Whale whale...whale whale...whale...whale...

~Harimau yang beriman~

Alkisah...Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat.

Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh keatas batu danKRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. inibukanlah berita buruk ok. Ada lagi ..


Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya,sedangka dia dah tak boleh bergerak lagi.


'Ya Allah,' doa lelaki tersebut,'Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..
Ampunilah aku ya Allah..makbulkan hajat ku ini ..jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman..tolong ya Allah!
Aminnn..'


Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.
Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.
Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, 'Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Aminn..'

~Doa bersama..ajaibnya..~

Keajaiban Berdoa Bersama

By: agussyafii

Pekerjaan jika dilaksanakan sendiri dengan bersama tentunya berbeda. sama seperti halnya dengan berdoa. Berdoa sendiri dan berdoa bersama dengan istri dan anak-anak akan memiliki keajaiban. Apa lagi jika berdoa bersama dengan orang-orang sekampung atau seanak-anak pengajian.
Ketika bertemu dengan teman yang memiliki masalah, saya selalu menyarankan untuk sholat tahajud atau membaca yasin bersama keluarga. Pernah juga ada seorang ibu dengan tiga putra yang bertutur bahwa rumah tangganya diambang kehancuran. Saya menganjurkan padanya agar sholat tahajud atau membaca yasin sehabis sholat maghrib bersama anak-anak untuk solusi masalahnya.
"Apakah itu menyelesaikan masalah saya?" tanyanya.
"Yakinlah pada Alloh SWT. Insya alloh solusinya hadir dengan melakukanlah sholat tahajud atau membaca surat yasin bersama anak-anak, memohon pada Alloh SWT. Saya juga membantu ibu untuk membaca yasin bersama anak-anak pengajian dirumah" Jawab saya. Sebulan kemudian, ibu itu bertutur bahwa rumah tangganya rukun kembali, anak-anak bisa sekolah dengan baik, dengan wajah berseri-seri ibu itu mengatakan "Karena saya yakin, Alloh mengabulkan doa kami.."

~pEnYaKiT MaNuSiA~

Tahukah anda, kita sebagai manusia punya 10 penyakit yang sering menyerang kita? Antaranya :



1. MENYALAHKAN ORANG LAIN
Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan. Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang Dipikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu"siapa" Bukan"apa" penyebabnya. Bidang kedoktoran modern selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif. Kekanak-kanakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh," Adik itu yang salah", atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.



2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI
Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong."Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh". Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa "inferior", kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap Wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.



3. TIDAK PUNYA GOAL / CITA-CITA
Kita sering terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau "GOAL" kita hanya untuk "FUN", bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.



4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA
Biasanya dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.



5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT
Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.



6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI
Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.



7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL
Dia mahunya yang besar-besar, yang hebar, tetapi ha-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.



8. TERLALU CEPAT MENYERAH
Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.



9. BAYANG-BAYANG MASA LALU
Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. "Waktu" itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.


10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN
Biasa disebut "Pseudo Success Syndrome". Kita dihipnotis dengan itu. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar". Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.



Silakan direnungkan mengenai benar atau tidaknya, semua terpulang pada pendapat masing2.