MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday, 30 April 2009

Kisah mak cik penjual kerepek


Kisah mak cik penjual kerepek SABTU lalu saya singgah untuk berurusan di sebuah bank di Taman Melawati Kuala Lumpur. Seperti biasa kawasan tersebut sesak dengan kereta disebabkan ada pasar tani yang memang mendapat sambutan ramai dari penduduk sekitar kawasan itu, malah dari tempat lain juga.


Setelah meletak kereta di parkir lebih kurang 500 meter dari bank tersebut, saya keluar untuk memenuhi urusan saya itu. Di kaki lima bank itu saya melihat orang ramai berkerumun. Tertanya-tanya juga hati saya apa yang berlaku, mungkinkah ada orang pengsan? Atau berlaku rompakan? Mungkin juga kemalangan.

Menghampiri kawasan itu segala pertanyaan terjawab. Rupanya orang ramai yang berhimpun di situ sedang menunggu giliran membeli produk makanan ringan yang dijual oleh seorang warga emas wanita. Dalam pada mengatur langkah ke arah bank, mata saya melihat keadaan itu dengan lebih jelas. Terlihat oleh pandangan saya Mak cik warga emas itu sedang sibuk melayani pelanggannya. Saya perhatikan kebanyakan yang singgah, membeli sekurang-kurangnya dua paket kerepek yang dijual dengan harga RM2.00 hingga RM10.00. Setiap paket kerepek itu dibungkus kemas.

Makcik itu yang agak saya berumur lebih kurang 80 tahun duduk bersila di atas simen berlapikkan sehelai kain. Di hadapannya ada beg-beg plastik dipenuhi pelbagai jenis kerepek. Saya melihat kesayuan pada wajah makcik itu. Sekalipun saya tidak nampak dia tersenyum. Tapi tidak siapa peduli. Bagi mereka bukan senyum mak cik itu yang mendorong mereka berhenti membeli tetapi wajah sayunya. Mungkin semula jadi wajahnya begitu atau kerana keadaan. Tidak siapa tahu apa sebenarnya! Pun begitu, naluri saya dapat membaca apa yang tersirat di dalam hati makcik itu.

Setiap orang yang berhenti bertanya produk jualannya pasti dilayan dengan baik. Semua yang bertanya saya lihat membeli sekurang-kurangnya satu paket kerepek. Namun apabila makcik itu mengembalikan wang baki, kesemuanya menolak. Saya dapat mendengar salah seorang pelanggan berkata, “Makcik simpanlah baki wang itu, buat belanja.” Sambil memandang orang yang memberinya, makcik itu mengangguk-anggukkan kepalanya lalu memasukkan duit itu ke dalam sebuah bekas yang ada di atas ribanya. Sebaik selesai urusan dan melintasi makcik itu saya turut berhenti di hadapannya. Selepas memberi salam dan bertanya khabar, saya bertanya berapa harga satu paket kerepek yang dijualnya. “Ada RM2.00 ringgit, ada RM5.00 ada juga RM10.00 bergantung kepada besarnya. Nak ke...’’ tanya makcik itu. Suaranya agak gementar.

Saya melihat kedua-dua tangannya berkerut, urat-urat jelas timbul gambaran usianya yang sudah lanjut. Namun dia punya kecekalan. Tubuhnya pada saya masih sihat. Namun kudrat mungkin terbatas. Memandang wajahnya saya mengangguk. Kemudian memilih dua paket kerepek pisang dan ubi. Seperti orang lain, saya juga tidak mengambil wang baki kerana sesiapa pun yang terpandang akan wajah makcik itu pastinya tidak akan tergamak mengambil semula wang bakinya.

Serentak dengan itu hati saya berperang dengan pelbagai perasaan yang bertukar ganti. Lebih-lebih lagi apabila memikirkan perihal makcik tersebut. Seorang warga emas yang kecil tubuhnya duduk bersila di atas simen menjual makanan ringan sedangkan sepatutnya dia berehat di rumah. Dalam hati tertanya-tanya lagi, ke mana pergi anak cucu mahupun saudara maranya?

Menyedari tidak ada yang menunggu giliran untuk membeli di belakang, saya meluangkan masa berbual singkat dengan makcik itu. Katanya, dia tidak tinggal di kawasan itu tetapi datang dari kawasan lain yang tidak mampu disebutnya. Mungkin tidak ingat atau dia enggan berterus terang. Saya bertanya tidakkah dia merasa penat menunggu di situ sepanjang hari. Jawapannya, “Makcik sudah biasa... kalau tidak jual ini, macam mana nak cari duit untuk hidup?” Jawapannya menjadikan saya termenung seketika. Satu jawapan yang bernas. Sayangnya ia lahir dari bibir seorang warga emas yang sepatutnya sedang bersenang lenang di rumah melayani cucu dan cicit.

Naluri saya terus tertanya-tanya mengapa makcik itu dibiarkan melakukan kerja tersebut seorang diri? Adakah kerana dia sendiri rela hati untuk berjual atau sebab terpaksa. Lama mencari jawapan tapi tidak ada yang pasti. Hakikatnya saya yakin makcik itu terpaksa bekerja untuk menyara hidupnya. Itu saja kerja yang mampu dilakukannya bagi menjana kelangsungan hidupnya. Biarpun urusan di bank telah selesai dan anak-anak juga semakin resah kerana saya masih enggan berganjak dari tempat itu. Berat rasa hati hendak meninggalkan makcik itu. Entah kenapa saya sering terperangkap dalam keadaan begitu. Hati mudah tersentuh terutama apabila melihat warga emas, wanita dan kanak-kanak yang menjalani kehidupan yang meletihkan (hati tisu).

Namun saya bersyukur kerana masyarakat kita amat penyayang dan prihatin. Contohnya seperti yang saya ceritakan, tidak henti-henti orang berhenti membeli. Saya tidak tahu berapa lama makcik itu sudah berniaga di situ tetapi saya yakin tempat itu bukanlah lokasi baru makcik itu mencari rezeki. Mungkin juga dia telah pergi ke merata tempat yang difikirnya sesuai untuk dia mencari rezeki. Kawasan sekitar bank itu mungkin antara tempat dia singgah untuk menjual hasil produk jualannya kerana ramai orang lalu lalang. Apa pun, siapa pun makcik itu, dari mana asalnya, sebagai manusia saya benar-benar tersentuh hati dengan kegigihannya. Saya pasti makcik itu punya semangat dan kekuatan yang hebat untuk melawan kepayahan hidupnya.

Kegigihan makcik itu patut menjadi contoh kepada warga emas lain yang hanya mengharapkan simpati dan belas ihsan untuk terus hidup. Pada masa yang sama, saya mendoakan kesejahteraan makcik itu dan berharap dalam usia yang semakin meningkat dia tidak akan terus dibelenggu kepayahan untuk mencari rezeki dengan kudrat yang semakin lemah dan kesihatan yang entah sampai bila mampu bertahan.

Saya juga mengharapkan agar satu hari nanti, dalam masa yang terdekat ini, akan ada darah daging makcik itu yang menjenguk dan bertanya khabarnya dan seterusnya membawa dia ke dalam kehidupan yang lebih ceria dan sempurna bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya. Menutup kata, pesanan saya untuk renungan kita bersama. Hidup ini adalah satu perjuangan yang tidak pernah ada penamatnya. Ia akan berhenti dengan sendiri apabila sampai saat kita di jemput Ilahi. Wallahualam. Salam

Sikap Pemaaf Dalam Persahabatan



Seringkali dalam persahabatan,

akan ada perselisihan faham,

ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan.

Kesannya,

timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.

Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf.

Andai kedua-duanya panas baran,

ego dan hanya mahu menang,

persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.


Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf,

sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka.

Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati.


Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf.
Bagaimana dengan Anda?

Adakah Anda juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain?

Jika begitu,

Anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi,

susah nak jadi bersemangat sebab di hati

Anda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif.

Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya.


Contohi sikap Rasulullah s.a.w. yang pemaaf,

walaupun dia pernah luka di lempar batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.

Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda.


Latih diri Anda menjadi pemaaf,

kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati.


Kesannya,

Anda senang di dekati oleh sesiapa saja,

even complete strangers.

Sesiapa saja akan melihat Anda unik

lalu tertarik untuk mengenali Anda dengan lebih lanjut lagi.


Dalam perhubungan,

ia akan membuat rakan Anda menyenangi Anda

dan bersemangat bila bersama Anda.


Hargailah kawan,

kerana tanpa sokongan darinya,

Anda keseorangan lalu membuat diri jauh dari kejayaan.



Be a good friend.

Usahlah Terlalu Menyukai, Usahlah Terlalu Membenci......

Jika Anda menyukai seseorang,
janganlah terlalu menyukai,
kelak Anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi.
Jika Anda membenci seseorang,
janganlah Anda terlalu membenci,
kelak Anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.
Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai,
terlalu meminati dan terlalu mengagumi.
Anda menyukai seseorang,
Anda akan terpegun dengam kata-katanya,
Anda menyintai sesuatu Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha Anda itu menempuh sejuta bahaya.
Anda mengagumi ,
buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.
Bersederhanalah dalam menyukai, menyintai dan mengagumi.
Kelak Anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah,
tatkala Anda membuat keputusan dan tatkala menyintai.
Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu,
rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.
Jika Anda terlalu mengharap,
Anda akan terlalu kecewa apabila gagal.
Mengharap itu boleh,
tapi usah terlalu hingga Anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal.
Setiap kegagalan menyimpan kejayaan,
setiap masalah membuka peluang.
Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.
Moga Anda sentiasa bahagia hendaknya.........

~KATAKANLAH KITA NI..renungkan~

Katalah kita ni polis,
sedang duduk dalam kereta peronda Kita sambil minum kopi.
Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya.
Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.
Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit.
Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.
Kes mana yang kita kejarkan dulu?
Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak?
I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke?
Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:
Dalam kes pertama,
duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah,
dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?
Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?
Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.
Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit.
Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.
Stephen Covey, dalam bukunya "Seven Habits of Highly Effective People" menceritakan pula begini:
Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman.
Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita.
Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati.
Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.
Kita pun lama-lama semakin bengang.
Setan sungguh budak ni!
Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni?
Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu.
Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam,
saya tengah nak makan sandwic ni!
Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit.
"Maafkan saya," kata lelaki itu. "Dan maafkan anak-anak saya tu.
Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini."
Kemudian dia sambung : "Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.
" Apa rasa kita masa itu?
Sebab itulah bila teringat ayat Qur'an mengatakan,
beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa,
saya sering berasa menyesal.
Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!
Bagaimana dengan anda?
Wallahualam


Boleh tak kau jangan lembut sangat hati ooi??

aku tau la engkau tu sensitif ke ape, tapi cube kau kuat sikit.siapa lagi nak jaga kau, kalau bukan kau sendiri.

orang lain tak kisah pun pasal kau.takkan kau tak sedar lagi.bangun lah weih.

bukak mata kau besar2.siapa yang jaga kau selama nie??

keluarga kau??adik-adik kau?? kawan-kawan kau??

jangan harap la weihkau nak nangis sekarang??

silakan.lepas kau nangis agaknya baru kau sedar.usaha la kau sendiri.

kau pun dah nampak kan.sapa kawan, sapa lawan.sapa cinta, sapa sampah.

Allah itu Ada weih.kau mintak je kat dia ape kau nak.

Dia tu Segalanya.

Maha Pemberi dan Maha Mengetahui.

kau tak cakap pun dia tau.dah la tu weih.

mulai hari ni, kau tau kan kau nak buat ape.

tak guna kau sedih2 sebab dia.dia pernah ke pikir pasal kau.

die care ke pasal kau??

dia dah punya sengalanya, siapa kau??

kalau macam nie cara dia, kau tak rase ke bile die...??

dah..aku tak nak cakap..kau bole pikir sendiri...

kau dah cukup besar dan tua dah ade otak sendiri.kau doa banyak2 supaya

Dia bagi kau kekuatan.pasal yang hal itu, kau jangan lah nak harap lagi..

*aku pun tak harap dah*

haa..tau pun.biar la die k??

kau ada aku. kau ada Dia.

kau ada keluarga, adik beradik kau.

kau lupekan je la die. die tak hargai kau.

dah..baik kau hilangkan diri.kau banyak tanggungjawap lain lagi.

jangan pikir pasal die lagi.


Kalau orang nak pandang serong kat kau...kau buat dek jer...
Orang tak kenal kau...dia nak buat judgement apa pun kau jangan peduli...
Kau kaki ayat ker....kau kaki ngorat ker....fikiran cetek semua tu....
Biarkan dia "Judge the book base on the cover"...

Relax yer hati....dan lebih berhati-hati hehehehehe


Terima lah sengalanya

P/S Sori yer kekawan....

nak buat novel atau cerpen lambat...

buat cerita spontan jer hehehehe

~Cerita untuk tauladan : Dompet berisi emas~


Seorang pengemis menjumpai sebuah dompet yang diperbuat dari kulit yang telah tercicir oleh seseorang. Dia mendapati ada 100 keping syiling emas di dalamnya.

Kemudian ia mendengar jeritan dari seorang peniaga, “ Hadiah! Hadiah akan diberikan kepada sesiapa yang menjumpai dompet kulit saya!”Pengemis yang jujur itu datang ke hadapan dan menyerahkan dompet kulit tersebut kepada peniaga sambil berkata ”Ini dompet awak. Bolehkah saya mendapat hadiah sekarang?”
“Hadiah?” rengus peniaga sambil mengira syiling emasnya.”Dompet yang aku cicir ada 200 syiling emas di dalamnya.Engkau telah mencuri lebih dari hadiah yang ditawarkan. Pergi dari sini atau aku akan memanggil polis.”“Aku seorang yang jujur,” kata pengemis dengan rendah diri. “Oleh itu,mari kita bawa perkara ini ke muka pengadilan.” desak peniaga.
Di mahkamah , hakim dengan sabar mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak.

Kemudian hakim pun berkata,”Saya percaya kepada kedua-dua kamu. Keadilan boleh ditegakkan! Peniaga, anda mengatakan bahawa di dalam dompet anda mempunyai 200 keping syiling emas. Itu adalah sesuatu yang mahaldan banyak. Tetapi dompet yang pengemis jumpa mengandungi hanya 100 keping syiling emas. Oleh itu, ia bukanlah kepunyaan anda yang telah anda cicirkan”
Dengan itu, hakim pun menyerahkan dompet dan semua syiling emas itu kepada pengemis