Seorang pengemis menjumpai sebuah dompet yang diperbuat dari kulit yang telah tercicir oleh seseorang. Dia mendapati ada 100 keping syiling emas di dalamnya.
Kemudian ia mendengar jeritan dari seorang peniaga, “ Hadiah! Hadiah akan diberikan kepada sesiapa yang menjumpai dompet kulit saya!”Pengemis yang jujur itu datang ke hadapan dan menyerahkan dompet kulit tersebut kepada peniaga sambil berkata ”Ini dompet awak. Bolehkah saya mendapat hadiah sekarang?”
“Hadiah?” rengus peniaga sambil mengira syiling emasnya.”Dompet yang aku cicir ada 200 syiling emas di dalamnya.Engkau telah mencuri lebih dari hadiah yang ditawarkan. Pergi dari sini atau aku akan memanggil polis.”“Aku seorang yang jujur,” kata pengemis dengan rendah diri. “Oleh itu,mari kita bawa perkara ini ke muka pengadilan.” desak peniaga.
Di mahkamah , hakim dengan sabar mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak.
Kemudian hakim pun berkata,”Saya percaya kepada kedua-dua kamu. Keadilan boleh ditegakkan! Peniaga, anda mengatakan bahawa di dalam dompet anda mempunyai 200 keping syiling emas. Itu adalah sesuatu yang mahaldan banyak. Tetapi dompet yang pengemis jumpa mengandungi hanya 100 keping syiling emas. Oleh itu, ia bukanlah kepunyaan anda yang telah anda cicirkan”
Dengan itu, hakim pun menyerahkan dompet dan semua syiling emas itu kepada pengemis
No comments:
Post a Comment