MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday 27 May 2010

MENJALANI HARI HARI TUA Pictures, Images and Photos







Mak merenung jauh.
Melihat nasib tuanya.
Hatinya sungguh sayu.
Sekiranya aruah ayah masih hidup,
sudah pastilah bukan sekarang ini galur hidup mak.

Dari luar jendela, mak memandang jauh ke rumah Opah, rumah emak mentuanya.
Rumah yang dulu begitu usang akhirnya menjadi sebuah rumah idaman yang besar dan selesa. Mak membandingkan antara rumahnya dengan rumah opah.
Samakah situasinya?
Hatinya tertanya-tanya.
Apa bezanya.
Hatinya kian bercelaru.
Teringat mak akan dikala pinangan dari bakal suaminya.

Dia tidak pernah terlintas untuk merasakan bahawa hidupnya selesa dan mewah maklumlah aruah ayah adalah seorang guru.
Mak tak kenal langsung siapa bakal suaminya itu.
Apa yang dia tahu, pada waktu seusia begitu,
dia sudah boleh dicapkan sebagai anak dara tua.
Rakan-rakan sebaya dengannya semuanya sudah beranak pinak.

Kakaknya sendiri sudah tiga orang anaknya.
Jetun, kawan baiknya juga dah dua orang anaknya.
Mak? Baru sahaja mencecah usia 20 tahun barulah ada orang yang masuk meminang.

Bukannya apa sebabnya sebelum ini
Mak begitu sibuk dengan pelbagai kemahirannya sebelum disunting orang.
Bukan salah mak juga, aruah atuk juga yang berkeinginan menghantar mak untuk belajar memasaklah, belajar menjahitlah dan sebagainya.

Atuk hendak anak perempuan bongsunya ini jadi seorang wanita yang serba boleh.
Begitulah impian aruah atuk. Mak akhirnya disunting oleh bukannya orang lain.
Anak saudara Naib Tok Kadi Mukim ini juga.
Siapa tak kenal keturunan Tok Naib (gelarannya) di mukim ini.
Keturunan orang alim-alim dari Batu Bara.
Siapa tak kenal keturunan itu, alamat tak kahwinle sampai ke tua gayut.
Mak memerhatikan dari kejauhan ini, berbalam-balam rasanya kesepian hatinya.

Ayah telah lama pergi meninggalkan mak keseorangan untuk meneruskan hidup ini.
Mak tidak dapat membayangkan kesepian hidupnya biarpun selama 23 tahun mak belum pernah mengalaminya.

Kadang kala mak menangisi akan kesepian yang melanda hati kecil ini.
Pernah mak menyalahkan takdir yang memisahkan kasihnya dengan orang yang amat disayanginya itu.
Mak selalu merasakan kekosongan hidupnya tanpa ayah di sisi.
Kesepian itu benar-benar mengugat kesetiaannya kepada jiwa yang turut bersemadi di dasar tanah itu. Sekiranya dulu mak merelakan pemergian ayah tapi kini hati kecilnya seringkali tertanya-tanya kenapa ayah mesti meninggalkan dia keseorangan di dunia ini.
Keseorangan dengan dikelilingi oleh anak-anaknya yang tidak pernah ingin mencurahkan kasih sayang mereka kepadanya.

Mak benar-benar kesepian ibarat tunggul kayu di hutan belantara.
Ada anak seramai tujuh orang pun dia merasakan macam dia langsung tidak pernah melahirkan apa-apa zuriat ke atas muka bumi ini.
Adakah salah mak mendidik mereka?
Apakah mak selama ini telah tersalah menyuapkan mereka makanan yang tidak berkat ke dalam tembolok mereka?
Mak berkira-kira bahawa selama ini apa yang tidak cukup yang telah dia curahkan kepada anak-anaknya itu.

Habis segala harta pusaka bonda mak dipajak dan digadai semata-mata untuk melihat anak-anaknya hidup senang di kemudian hari.
Mengharap gaji ayah sebagai seorang pendidik yang tidak seberapa dalam menanggung anak yang seramai tujuh orang sememangnya tidak pernah mencukupi.
Maklumlah bukan sahaja anak yang seramai tujuh orang ini sahaja yang aruah ayah tanggung bahkan adik-adik tiri ayah yang seramai 10 orang lagi juga perlu ayah tanggung persekolahan mereka.

Menitis air mata mak ke bumi.
Mak segera menyeka air matanya dengan hujung tangan baju kurung kusamnya itu.
Sejurus itu mak rasakan bahawa mak tersalah memilih kehidupan ini.
Kenapa kehidupannya penuh dengan kesengsaraan.
Penderitaan dan kesedihan. Menitis lagi air mata mak.
Gugur dan jatuh ke bumi.
Berkata hati kecil mak kenapalah kehidupannya tidak seperti Hajah Gayah,
Makcik Besah dan jiran-jiran yang lain.

Sekurang-kurangnya ada juga anak-anak mereka yang masih sudi untuk mengetahui sakit pening orang tua mereka.
Tidaklah terasa terbuang dan terasing sungguh seperti dirinya ini.
Entahlah dalam sehari mak sukar untuk mengerti kenapa hati tuanya kian terusik.
Begitu mudah untuk tersentuh dan akhirnya air matalah menjadi temannya.
Anak-anak mak semuanya berjawatan besar.
Semuanya berpendidikan besar.
Semuanya kahwin dengan orang besar-besar dan apa yang mak tahu ialah sekarang ini semua anak-anak mak tu semuanya berhidung yang kekayaan.

Memandang mak bagaikan satu kehinaan.
Mak memang terasakan kehinaan diri tuanya ini amat dibenci oleh anak dan juga menantunya. Mak beranggapan bahawa tidak semua anak mak akan bertindak sedemikian.
Mak beranggapan bahawa Usu tidak mungkin sanggup membuang mak seperti mana dengan abang dan kakaknya yang lain.

Sangkaan mak benar-benar meleset.
Usu langsung membuang mak bagaikan sampah selepas dia berkahwin dengan adik sepupu Menteri Kabinet.

Malu katanya dengan mak.
Malu dengan pembawaan mak.
Malu dengan pemakaian mak.
Malu segala-galanya dengan apa yang ada pada mak.
Mak adalah satu kehinaan bagi Usu untuk ditonjolkan kepada keluarga iparnya.
Malu bermakkan seorang perempuan tua yang sudah berkedut seribu dimamah usia ini.
Malu sebab semua pakaian mak lusuh dan tidak sedap dipandang mata.S

ejak dari kecil mak tatang semua anak-anak mak bagaikan menatang minyak yang penuh.
Sakit pening anak-anak mak adalah sakit pening mak juga.
Mak mahu melihat anak-anaknya menjadi orang yang berjaya dan ternama.
Hajat mak itu memang kesampaian tetapi sekiranya kini mak menutup mata,
mungkin hatinya akan tersengkang dengan kesedihan yang teramat sangat kerana anak-anaknya memang berjaya.

Anak-anaknya memang menjadi orang ternama tetapi anak-anaknya juga malu mengakui mak sebagai mak mereka kerana mak bukanlah dari golongan orang yang ternama.
Air mata mak menitis lagi.
Kesedihan mak memang tidak dapat dibayangkan lagi.
Alangkah bahagianya jika mak dapat mencontohi opah yang kini hidup senang lenang walaupun hanya membesarkan anak-anak tiri dan anaknya sendiri yang seramai 11 orang.
Tiada seorang pun daripada mereka yang melupakan opah.
Tidak pernah rumah opah sepi dari gelak tawa cucu-cucunya.

Rumah mak terus sepi. Sepi bagaikan berada dihujung dunia.
Sepi bagaikan langsung tiada berpenghuni.
Sepi dengan segala-galanya.Mak sangkakan bahawa anak-anak mak akan mencontohi jejak langkah pakcik dan makciknya (adik beradik aruah ayah),
malangnya air mata mak mengalir lagi. Lesu hatinya memikirkan kesuraman hidupnya.
Hanya air mata terus mengalir menemani mak."Opah! Opah!" "Assalamualaikum!" "Opah! Opah!" Hati mak tersentak.
Sudah meninggi matahari rupanya.
Segera mak menyeka air matanya daripada terus mengalir.
"Hah..Kamarul masuklah"Mak melihat dengan sayu kedatangan cucunya yang rajin menziarahnya itu.
Ditangannya dibawanya bekas makanan yang dibawa dari rumah Halimah,
anak sulungnya yang duduk jauhnya 3 lorong dari rumahnya itu.

"Apa khabar opah, ni ada mak buatkan lauk gulai masam tempoyak yang opah hendakkan semalam tu,"
Kamarul dengan segera menyalinkan bekas-bekas makanan yang dibawanya ke dalam pinggan.
"Kenapa mata opah merah? Opah menangis ke?"
Kamarul mula merapati mak.Hati mak tersentuh lagi.
Air matanya terus mengalir. Kalau tidak kerana Halimah,
anak sulungnya, sudah lama dia mati kelaparan di sini.
Tapi apa boleh buat, Halimah kini milik Bakar, suaminya.
Mak masih ingat lagi kerana maklah nyaris Halimah dan Bakar berbalah sampai nak jatuh talak. Mujurlah mak segera ambil tindakan segera balik semula ke rumahnya.
Apakah malang nasibnya.
Ada anak yang mengambil berat tentangnya,
menantunya pula tak suka. Hiba.
Mak memandang jauh keluar jendela rumah.

Entahlah kenapa sejak kebelakangan ini hatinya begitu mudah terusik.
Kenapa sekarang memori kenangan silam begitu ligat berputar di dalam lingkaran otaknya. Kenapa sekarang barulah mak benar-benar mengalami kesunyian itu.
Kerisauan mak semakin ketara bila Kamarul memberitahunya bahawa Usu akan melahirkan anaknya bila-bila masa sahaja.
Hati mak begitu teringin melihat cucunya.
Cucu yang mungkin akan ditatapnya buat kali terakhir.
Kali terakhir sebelum nafasnya terhenti.
Hati mak meronta-ronta untuk menghubungi Usu.
Bagaikan diseru, anak mak Angah Kamariah singgah ke rumah hari ini.
Mak gembira bukan kepalang. Hatinya meminta agar Angah Kamariah dapat menelefon Usu. Mak teringin sangat untuk bercakap dengan Usu.
Mak teringin untuk melihat cucu mak yang bakal lahir itu.
Mak benar-benar kepingin.

"Mak jangan buat tabiat! Duduk ajelah kat rumah ni.
Janganle nak gatal nak berjalan ke rumah Usu," bentak Kamariah.
Mak tergamam. Air mata mak mengalir lagi.
"Aku bukan apa, aku teringin sangat jumpa Usu, s
ekurang-kurangnya kau tolonglah tekankan nombor telefon dia.biar aku yang cakap dengan dia.."rayu mak pada Angah Kamariah.
"Hish.menyusah aje orang tua ni..tak faham-faham ke.orang kata tak nak! Tak nak le!
Jangan pandai-pandai nak telefon Usu, karang menyusahkan dia aje.

Malu orang tengok mak nanti," Hati mak semakin hiba.
Terguris pilu yang tiada berdarah tetapi kepedihan itu amat memeritkan.
Adakah semua anak-anaknya malu sebab beribukan seorang perempuan kampung sepertinya.
Hati mak semakin diruntuh dengan sebak yang amat mendalam.

Dalam hati kecilnya terselit seribu penyesalan yang teramat sangat.
Menyesal kerana melahirkan anak-anaknya selama ini.
Menyesal mengandungkan kesemua anak-anaknya selama 9 bulan 2 minggu selama ini.
Air mata mak mengalir lagi.
Sebak di dadanya tiada ubatnya.
Keruan hatinya semakin melarat.
Kekecewaan bergelinang di lubuk hatinya.Hati tuanya kian terusik.
Pusara ayah diziarahinya.
Batu sungai yang menjadi nisan persemadian ayah, mak dakap, mak peluk.
Air matanya mengalir.
Empangan air matanya sendiri tidak dapat menahan rasa sebak di hati ini.
Air mata itu semakin deras mengalir. Pada siapa lagi yang boleh mak luahkan.

Pada pusara ayahlah tempat mak mengadu segala rasa sebak di dadanya.
Mak berharap agar roh ayah dapat melihat betapa deritanya hidup mak kini.
Mak harap roh ayah dapat merasakan kelukaan di hati tuanya kini.
Itulah harapan mak. Walaupun mak tahu apa yang mak buatkan ini seolah-olah menyalahkan takdir yang menentukan tapi mak terpaksa meluahkan kekusutan hati tuanya itu.
Sebak dalam dadanya yang kian bersarang. Semakin deras air mata mak melepasi empangannya. Semakin lama semakin deras.

Kesyahduan petang ini berhiaskan kesuraman ufuk kirmizi bagaikan berkabung dengan penderitaan yang mak alami.
Kemerahan suasana suram ini bagaikan bermurung dengan semua kesayuan yang mak pendamkan di hati tuanya.
"Mak ke mana tadi?" jerkah Angah Kamariah sebaik sahaja mak menjejakkan kakinya di ambang pintu.Hati mak semakin merekah kesedihan.
"Mak tak dengar ke apa yang saya tanya ni?" semakin kuat jerkahan Angah Kamariah.
"Kau tak boleh tanya aku dengan baik ke Angah? Kau ingat aku ni pekak ke?
Kau tak tahu aku ni siapa yang kau nak jerkah-jerkah? Aku ni kan mak kau!"
dalam hiba mak melepaskan segala yang terpendam di dalam dadanya.

Perasaan ini tidak dapat ditahannya lagi.
"Angah tanya mak tu dari mana? Mak bukannya sihat lagi.
Kalau berlaku apa-apa siapa yang susah. Angah juga yang susah.
Cubalah dah tua-tua tu duduk kat rumah. Janganle gatal nak berjalan ke sana sini.
Nanti siapa yang susah!""Apa yang kamu susahkan.

Kalau aku mati lagi kamu suka. Bukan begitu?"
Luahan mak bagaikan gunung berapi yang meletus.
"Apa yang mak cakapkan ni?" pintas Angah.
"Kamu dulu masa kecil aku jaga, aku tatang tapi kamu layan aku macam aku ni orang gaji.
Kamu ndak herdik ke? Ndak marah ke? Kamu ingat aku ni tak ada perasaan ke? Kamu ingat aku ni orang tua tumpul ke?"
Air mata mak semakin tidak boleh disekat.

Jelas di raut mukanya mak ingin melepaskan segala-galanya.
Melepaskan apa yang terbuku di dalam sanubarinya selama ini.

Biarlah Angah mengatakannya sebagai mengungkit segala kisah silam tapi itulah yang ingin dilafazkan oleh mak.
Mak inginkan ketenangan dulu maka biarlah mak meluahkan kebukuan dihati tuanya ini.
"Mak.. Angah tak kata begitu, mak jangan salah sangka!"
Angah bagaikan terpana dengan hirisan hati mak.
Cetusan yang mak sampaikan bagaikan halilintar yang menyentak keperibadian Angah Kamariah.
Angah Kamariah bagaikan cuba berselindung di balik tirai yang jarang.
Menipu keadaan memaksa perasaan.

"Selama ini aku bersusah payah membesarkan kamu semua.
Pernah kamu berterima kasih dengan segala apa yang aku berikan!" cetusan mak semakin menyala.
"Pernah kamu bertanya tentang perasaan aku?
Kesepian aku selepas ayah kamu pergi? Pernah kamu kisahkan semua itu?"
Air mata mak tidak dapat dikekang lagi.
Mengalir sekali lagi.

Harapannya untuk kali yang terakhir untuk tumpah menimpa bumi.
Melepaskan perasaan yang terbukam sepi dalam sendu hatinya.
"Kau buat aku macam abdi sahaja dalam rumah ni. dan semua anak-anak yang aku lahirkan semuanya sama.

Mentang-mentanglah aku ni hanya perempuan kampung.
Selama ini aku bangga dengan semua anak-anak aku.
Semasa kecil aku tatang bagaikan minyak yang penuh.
Habis barang kemas aku gadaikan demi pelajaran anak-anak aku.
Tapi aku silap... aku sebenarnya telah melahirkan tuan kepada aku.
Tuan besar yang menganggap aku ni hamba abdi mereka.
Seolah aku ni tidak layak dipanggil mak.
Aku tidak layak menyatakan syurga itu di bawah telapak kakiku,
"Ketenangan hati mak yang tergugat akhirnya goyah.
Kesetian hati tuanya pada kesuraman jiwa dan perasaan akhirnya meledakkan sebuah perasaan yang menggentaskan sanubari.

Mak rebah selepas itu. Angah Kamariah tergopoh gapah. Air mata Angah Kamariah jelas mengalir. Jelas dalam kesamaran. Antara kesedaran dan keinsafan.
Angah Kamariah bagaikan terpukul melihatkan dalam rebah mak yang dilinangi air mata tuanya, riak mukanya bagaikan tersenyum.
Tersenyum kerana semuanya telah berakhir.

"Mak!!!!!!!"

Hanya itu sahajalah yang mampu Angah Kamariah lafazkan.


#p.s - berbaiklah dengan kedua orang tuamu sebelum mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ingatlah bahawa jasa mereka dalam melahirkan dan membesarkan kita semua terlalu berharga dan jangan disesalkan akan pemergian mereka ke pangkuan Ilahi.
Satu cerita untuk renungan bersama.
NyiuR Melambai di sepanjang pantai Pictures, Images and Photos
KELAPA TUA:
Coconut Pictures, Images and Photos
Semua orang kenal dan tahu pula gunanya.
Sangat penting dan sangat berguna
Kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan dan kelapa tua tak pernah jadi topik perbincangan,
tak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah.
Kalau kelapa tua ada emosi,
tidak ramai yang dapat merasai dan menyelam perasaannya.
Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak pedulikannya.
Dirinya terbuai-buai di atas pokok,
bila ditiup angin terasa nyaman sekali.
Elok-elok kelapa tergantung di pokoknya sambil menikmati keindahan buana,
datang orang menjoloknya dengan galah panjang.
Bukan selesa kena jolok macam tu.
Bila tangkainya menjadi lemah setelah dijolok beberapa kali,
maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-berpusing ke bumi.
Gugur itu pula bukannya rendah,
bukan setakat 5-10 kaki tapi sehingga 40-50 kaki.
Bunyinya berdentum sampai ketanah.
Kalau calang-calang buah, boleh berkecai.
Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.
Masalah kelapa tua bukan setakat ini sahaja.
Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.
Proses ini bukan sekadar sekali tetak.
Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk kedalam kulit sabutnya.
Seksanya tak boleh nak cerita.
Mula-mula sakit tusukan, lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat dan ini berterusan sehingga tinggal tempurung.
Dah tinggal tempurung, maka tak apalah.
Cantik juga rupanya, keras dan bulat.
Tetapi manusia bukan tahu nak menilai seni seperti ini.
Tempurung bulat yang cantik ditetak dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua, di tengah-tengahnya.
Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sampai tahap ini maka selesailah riwayat hidupnya.
Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan.
Baru muqaddimah. Banyak lagi seksaan yang menanti.
Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih diparut dan dikukur pula hingga lumat.
Tempurungnya pula dibuang.
Kadang-kadang dibakar.
Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi.
Yang tinggal hanyalah isinya yang lumat dikukur dan diparut.
Untuk menambah seksanya lagi , dituang pula air kedalam isi parut, kemudian diramas-ramas dan diperah-perah.
Kalau hendak dikirakan ini sudah terkeluar dari batas-batas keperimanusiaan.
Kemudian ditapis menjadi santan.
Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.
Setelah itu minyak dipanaskan dalam belanga.
Bawang merah, rempah dan rencah-rencah lain ditumis.
Bila dah cukup kuning dituanglah santan tadi dalam belanga.
Maka berpanasanlah santan hingga pecah minyaknya.
Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah,
maka orang pun bertanya:
"Gulai apa tu?
Sedap sangat baunya?
Orang di dapur hanya menjawab,
"Kari ikan bawal."
Kari dapat nama.
Ikan bawal dapat nama.
Orang kata,"Oh! sedap kari ni."
"Oh! sedap ikan bawal ni."
Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja.
Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang,
tidak ada siapa ambil kira atau ambil peduli.
Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini.
Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja tetapi ta'abud kepada ALLAH.
Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang,
tetapi ada dalam perhatian Tuhan!
Valentine Heart Roses Rose Pink Love Valentines Valentine's Day Sweetheart Romance Garland icon icons emoticon emoticons animated animation animations gif Pictures, Images and Photos
kasih..
dalam mencari cintamu
aku sering terlupa ..
aku sering terlalai
pada diriku sendiri..
apakah mampu aku miliki cintamu
kasih..
dalam mencarimu ..
aku lupa mencari diriku sendiri ..
apakah layak aku memiliki mu..

kasih..
dalam mengharap kasihmu ..
aku sering lupa pada kemampuan diri..
apakah aku mampu memiliki kasihmu..
kekasih..
cintaku..
rinduku..
sayangku..

diriku milikmu yang abadi..
yang pastinya ..

suatu saat yang dijanjikan ..
aku akan bertemumu..

bertemu kekasih hatiku..
yang setiap nafasku
setiap darahku yang mengalir..

terseru namanya...YA ALLAH...YA ALLAH..

terimalah aku dengan kasih mu yang tiada dua nya...

heart Pictures, Images and Photos
Ibu?
bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?
Ibu?
kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu?
kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

~KeMaTiAn ~


Bila Ajal Telah TibaHadith :Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.”
Caterpillar Pictures, Images and Photos

Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi,
rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745

Huraian:-
Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit.
Dengan perkataan lain, walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan,
ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan,
namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia.

Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan ketika.
Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui ajal.





Aku berlabuh di pelantar hati
Ada sekeping hati terlantar
Ia pernah dilukai
Darah belum mengering
Masih ada serpihan pilu
Bersama gurindam kepedihan
Kemulusan dicemari
Sisa air mata masih terpalit
Aku cuba padam kedukaan
Jiwanya diselimuti kekeciwaan
Senyuman tersapu kepahitan
Ketampanan masih terlihat
Walau pun jiwa terguris
Meratapi ruang kosong
Aku ingin membalut luka
Mendekati hati yang sepi
Rupanya parut terlihat
Lantas ku berlalu
Meneruskan jalanan ini
Aku panjatkan doa
Duka mu berlalu
Dibawa bersama bayu
Nukilan rasa;
shania 10 September 2009
p/s Usah mengikut hati,
sekali gagal bukan penamatnya,
insan yang berani gagal adalah yang berjaya dalam mengharungi hidup ini.

--
Jangan menampal duniadengan mengoyakkan akhirat.
Janganlah menjadi begitu masin..sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlakuterlampau manis,
sehingga mereka menelan dirimubegitu saja...
"Be a Rose which gives fragrance even to those who crash it"

~Secebis rentetan crita dari seorang guru ~



Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah.
Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur .
Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.
Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya saya hanya memberi nasihat.
Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan .
Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi.
Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya.
Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.
Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah.
Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu.
Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.
Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan.
Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.
Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada.
Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” ” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang.
Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya.
Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras.
Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Wednesday 19 May 2010

~Cerpen - Jika Itu Takdirnya~

Love Quote Pictures, Images and Photos

“Tut tut! Tut tut!” Tertera 1 message received di skrin handsetku.
“Keluar kejap. Ada hal nak cakap.”
Begitu bunyinya message dari buah hatiku, Nazmi;
merangkap jiran sebelah rumahku.“Kita berpisah,” ucap Nazmi selamba.
Tiada langsung riak rasa bersalah.Gulp! Aku menelan liur..Ya Tuhan! Ujian apakah ini?! Terasa seakan jantung ini berhenti berdegup.“Tapi, kenapa? Apa salah Lia?!” gementar suaraku menahan sebak di dada.Masakan tidak, tiada ribut.. tiada taufan, tiba-tiba perpisahan yang dipinta!“Mie dah bosan dengan Lia.
Lagi pun Farah nak balik dengan Mie semula,” lancar sekali kata-katanya.Dari riak wajahnya, langsung tiada rasa kesal dengan apa yang dilafazkan.“Tak bermaknakah tiga tahun perhubungan kita? Tiga tahun bersama, apakah semuanya sandiwara, Mie?” empangan mataku mula pecah bersama esak tangis yang di luar kawalanku.“Ahh… kita baru tiga tahun, tapi Mie dengan Farah dah tujuh tahun. Sejak di bangku sekolah lagi. Mie harap Lia faham.
Antara kita memang takde jodoh,” mudahnya dia berkata-kata.“Maafkan Mie.. Mie harap Lia akan berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari Mie,” Nazmi terus berlalu tanpa menghiraukan aku yang masih dalam esak tangis yang menggila. Terasa murahnya air mataku tatkala itu.Aku melangkah longlai ke bilik. Di bilik, aku terkenang kembali kisah kami. Nazmi adalah cinta hatiku yang pertama.
Bermula sebagai jiran yang selalu bersengketa, akhirnya kami menjadi pasangan yang tidak dapat dipisahkan lagi.
Dulu aku, Tini dan Piah sering meng‘hadiah’kan sumpah-seranah untuk dia dan rakan-rakan rumah sewanya. Apa tidaknya, saban pagi dan malam asyik di‘prong-prengkan’kan motor dia orang. Langsung tak dihiraukan perasaan jiran-jiran sebelah ; apatah lagi yang ada anak kecil. Masa tu, bila kami ‘sembur’ dia orang, di‘sembur’nya kami balik.
Ada ke patut?Ada satu masa tu.. masa kami gaduh, aku kelentong kat dia orang yang kononnya kami dah collect satu petisyen. Petisyen tu untuk halau dia orang dari taman perumahan ni, kalau dia orang masih tak reti nak hormatkan kami, jiran-jirannya.
Aku tau, aku punya kelentong memang over. Mesti dia orang tak caye.. Tapi tekaanku meleset. Dia orang percaya rupa-rupanya! Haha…misi berjaya!Besoknya dah takde lagi bunyi ekzos yang macam meriam buluh pecah tu. Nah, amik kau! Tau takut, hehe…! Sebenarnya dia orang takde la jahat sangat.
Aku perasan, bila ada gotong-royong atau kenduri-kendara, biasa jugak aku tengok kelibat dia orang. Bila nak masuk waktu Maghrib atau Isyak pulak, selalu jugak aku tengok dia orang berjalan ke surau. Kiranya dalam bab hormatkan jiran je la yang fail! Sejak dari perang besar hari tu, dia orang macam dah pandai ambil hati kita orang dan jiran-jiran yang lain.
Dah pandai dah bersembang, bertanya khabar. Kalau dulu, haram..Antara dia orang berlima, aku paling suka tengok Nazmi dan Razlan. Nampak kamceng sangat, macam adik-beradik.
Pergi mana-mana pun berdua. Pergi kerja berdua, pergi surau berdua, pergi jogging berdua- macam kembar lak aku tengok. Dengan Meon, Zali dan Man pula, aku tengok dia orang takde la serapat tu.Sejak dah berbaik, kita orang rajin bersembang dengan dia orang berlima terutamanya dengan Nazmi dan Razlan.Nazmi ni banyak mulut dan suka buat lawak, tapi Razlan ni pendiam sikit.
Walaupun pendiam, aku tengok dia suka dengar kami bercerita.Pada awalnya, aku akui ada menaruh minat pada si Razlan ni. Ye la, sifatnya yang tak banyak cakap tu macam menjadi satu tarikan untuk aku lebih mengenalinya. Macam lelaki misteri pulak, hehe…Namun, luahan hati Nazmi pada suatu hari membuatkan aku terkedu.
Apa tidaknya, dalam diam-diam.. rupa-rupanya dia menaruh perasaan padaku. Tak aku nafikan, sebelum ini aku memang ada menaruh perasaan pada Nazmi; tapi aku takde la berharap sangat- sebabnya aku tau, aku serba kekurangan. Jika nak dibandingkan dengan Tini dan Piah, aku ni takde la secantik atau seayu dia orang. Aku biasa-biasa je. Kulit tak berapa nak cerah lak tu.
Tang mana yang Nazmi berkenan, tak tau la aku.. (Tang hati kot, hehe…)
Dia syok kat aku rupa-rupanya. Patut la bila nak pergi kerja pagi-pagi, kadang-kadang aku rasa macam ada orang duk mengintai dari balik langsir tingkat atas rumah sebelah.
Ni mesti kerja Nazmi.. Luahan hati Nazmi ku sambut riang. Hari-hari yang berlalu selepas itu bagaikan milik kami berdua.Hidup terasa begitu indah dan cukup bermakna. Pelbagai janji dipateri, seolah-olah sudah pasti kami bersatu nanti. Namun takdir Tuhan.. siapalah kita untuk melawan.
Hari ini, kami berpisah jua akhirnya..Aku pasrah, namun setiap kenangan indah sepanjang tiga tahun bersamanya bagaikan suatu tayangan gambar dalam benakku ketika ini. Ya Tuhan! Kuatkanlah semangat hambaMu ini! Sesungguhnya aku tahu, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya!Malam itu, aku lena bertemankan air mata yang masih bersisa di pipi. Kasihan Tini, dan Piah, turut terlentok di kiri kananku.
Dari petang, mereka asyik meneman dan menenangkan perasanku. Terima kasih kawan!Esoknya aku ambil cuti. Saja mahu menenangkan hati yang gundah-gulana. Pada mulanya, Tini dan Piah turut mahu ambil cuti. Bimbang agaknya kalau-kalau aku buat perkara yang bukan-bukan.
Tapi selepas aku tegaskan yang aku masih waras dan masih punya iman, mereka beralah. Sebenarnya aku tak mahu masalah aku menjadi beban untuk mereka pula. Masalah aku, biarlah aku seorang yang menggalasnya.Pagi itu, aku keluar membeli-belah. Ye la, sebagai salah satu cara untuk aku lepaskan rasa tension dan bengang di hati.
Orang pompuan, biasa la kan?! Mak aih! Banyaknya aku bershopping! Mahunya lari budget aku bulan ni.. Tapi takpe, nasib baiklah ada Abang Long. Penyelamat aku setiap kali hujung bulan, hehe…!Sampai je rumah, aku nampak Nazmi tengah mengangkut beg besar ke dalam teksi. Pindah la tu. Ahh..biarkan. Aku dah takde apa-apa hubungan lagi dengan dia.
Kalau aku pergi tegur dia, jatuh la maruah aku. Ingat aku murah sangat ke…Sejak hari tu, dah takde khabar berita ku terima dari Nazmi. Dia menghilang begitu saja. Razlan pernah beritahu aku, Nazmi dah balik ke kampungnya di Terengganu. La, mamat ni..buat apa la bagitau aku. Takde maknanya!Dah enam bulan masa berlalu. Sesekali ,memoriku bersama Nazmi menjengah kotak ingatan.
Mana taknya, dialah cinta pertama kau. Memang betullah kata orang, cinta pertama memang susah nak lupa..Esok, aku dan beberapa rakan sejawat akan ke Terengganu. Ada seminar di sana. “Agak-agaknya, ada harapan tak aku terserempak dengan dia?” hati nakalku bertanya. Tapi fikiranku cepat menyedarkanku; aku dan dia dah takde apa-apa hubungan lagi. Kot-kotnya dia dah kahwin pun dengan si Farah. Ye la, Farah tu kan lawa.
Lambat-lambat kahwin, karang disambar orang lain pulak minah tu. Aku akui, Farah memang lawa. Kalau tak lawa, takkan boleh jadi stewardess MAS. Dia bukan setakat lawa, malahan seorang yang bijak, kaya dan berbudi pekerti tinggi. Jeles aku dengan minah ni..Dulu, Nazmi pernah kenalkan aku dengan Farah. Katanya, Farah bestfriendnya. Akhirnya aku tau jugak, Farah tu bekas makwenya.
Masa tu bimbang jugak, takut-takut la buah hati aku ni berpaling, balik semula kat awek dia dulu. Ye la, awek datang lengkap dalam satu pakej. Mana tau, tak sampai hati nak lepas.. Bimbang aku. Tup, tup..apa yang aku bimbangkan jadi nyata! Kan betul gerak hati aku. Akhirnya dia balik semula kat awek lama dia. Hai Mie..Mie.
Apa khabar agaknya kau sekarang?Jumaat, 10.45 pagi..aku dan beberapa rakan sejawat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. First time, jejak bumi Terengganu ni. Kita orang rasa excited sangat sebab dah terbayang-bayang bestnya keropok lekor dan enaknya nasi dagang ikan tongkol.
Tambah best kalau boleh round Pasar Besar Kedai Payang. Uii..syoknya! Semua orang sibuk plan nak jalan-jalan ke mana kat Terengganu ni. Semua macam dah tak ingat, yang kita orang datang untuk seminar.. bukan untuk cuti-cuti Malaysia! Nasib baik ada big boss, Encik Nazri yang tolong ingatkan.
Kalau tidak, mahunya kami lupa daratan, hehe…Baru nak melangkah naik tangga hotel, tiba-tiba je dengar macam ada orang panggil nama aku. Ai, ada orang kenal aku ke kat sini? Aku berpaling. Farah?“Hey Alia! What are you doing here?” excitednya dia menegur aku.
Siap senyum sampai ke telinga lagi.“Eh Farah! Tak sangka jumpa you kat sini. I ada seminar kat sini.
You pulak buat apa kat sini?” aku cuba berbasa-basi dan berlagak tenang; walaupun dalam hati Tuhan je yang tahu!“I datang makan angin dengan husband dan anak kami.
Dia orang dah naik atas dah.”“Husband dan anak? Uihh..cepatnya dapat anak!” hatiku berdetik.“So, camne you dengan Nazmi? Bila nak makan nasi minyaknya? Takkan tak puas lagi bercinta, kot? Dah tiga tahun lebih dah.. Sambung lepas kahwin la pulak. Lagi best, tau! Eh, lupa nak tanya.. camne dia sekarang? Dah makin sembuh dah? Lama tak contact dia”.Aku terkebil-kebil kehairanan.
“What do you mean? He supposed with you, right?” terluah kebuntuan yang melanda fikiranku.
“Apa ke halnya pulak dengan I?” Farah pula kehairanan. “Tell me what happened, dear,” desak Farah.
“Mie dah clash dengan I six month ago. Dia cakap, nak balik dengan you,” aku meluahkan cerita sebenarnya.
“I dah kahwin la. Dia pun tahu..” Farah menunjukkan riak keliru.
“I know, mesti dia nak sembunyikan penyakit dia dari pengetahuan you..
Mesti you tak tau yang dia sakit, kan?” tokoknya.Aku terkesima.“Dia ada brain tumor. Six month ago, he told me.
Tapi, dia cakap toksah risau pasal baru peringkat awal. So, I ingat takde apa la.”Ya Tuhan! Terasa mahu runtuh langit tempat aku berdiri…Mie..!!! Seakan mahu saja aku laungkan namanya di situ..
Rupa-rupanya dia pergi bukan kerana mengkhianati janji, tapi pergi membawa derita penyakit yang ditanggung! Ahh..! Betapa bodohnya aku dulu.. Begitu mudah merelakan perpisahan antara kami. Aku sepatutnya tahu, takkan semudah itu dia akan melafazkan perpisahan.
Lupakah aku janjinya; “Sekali Mie lafazkan sayang, selamanya hati Mie akan menyayangi!” hatiku sebak tiba-tiba.Apa aku patut buat sekarang? Razlan!
“Ya telefon Razlan..tanya dia, kata mana kampung Nazmi,” usul mindaku. Belum sempat aku mendail nombor Razlan, dia lebih dulu menelefonku… “Lia, you kat mana? I dengan kawan-kawan ada kat airport Kuala Terengganu ni. Mie tenat!” Terasa melayang terbang semangatku!
Dalam kereta, Razlan, Meon, Zali dan Man tak henti-henti memohon maaf dariku. Bukan niat mereka merahsiakan penyakit Nazmi, tapi itu adalah kerana permintaan Nazmi sendiri. Sebenarnya dalam enam bulan kebelakangan ini, mereka sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu; melawat Nazmi.
Cuma aku je yang tak tau. Sepanjang jalan, aku hanya membisu…menambahkan lagi rasa bersalah mereka berempat!Sesampai di rumah Nazmi, ku lihat sudah ramai orang berpusu-pusu.
Tenat sangat ke Nazmi, ni? Tiba-tiba langkahku longlai..bila mana melihat sekujur jenazah diusung keluar dari perkarangan rumah! Serta-merta mataku berkaca, pandanganku kabur.
Rasa sebak menggunung di dada! Nazmi..! Nama itu bergema di setiap urat sarafku..
Aku tak pasti bila aku terjelepok di tanah.Sedar-sedar, aku dikipas dan dikelilingi wajah-wajah yang tak aku kenali.
Saudara-mara Nazmi barangkali. “Kak, Abang Mie suruh kasi kakak!” sepucuk surat dihulurkan. Aku teragak-agak menyambutnya dari tangan si gadis kecil yang comel.
“Akak ni, Kak Lia kan? Abang pesan, suruh kasi kat akak!” Si comel berusaha meyakinkan aku mengambil surat yang dihulurkan.
Ke hadapan insan yang amat Mie kasihi…Maafkan Mie atas segala apa yang berlaku.
Mie tau, Mie telah melukakan hati dan perasaan Lia, tapi percayalah Mie lakukan semua ini kerana terlalu sayangkan Lia.Mie tak mahu Lia tersiksa melihat Mie menanggung derita... Mie tak sanggup melihat Lia menderita bersama Mie!
Doakanlah kesejahteraan Mie di sana dan relakanlah pemergian ini..
Jika sudi, selalulah hadiahkan Fatihah untuk Mie di sana…Lia,
Yang pergi tetap pergi,
tapi yang hidup tetap harus meneruskan kehidupan selagi bumi masih berputar.
Tahukah Lia, tiga tahun bersama..ada hati yang terluka.
Siapa.. Razlan orangnya.
Tapi mengapa pula.. Lia sendiri ada jawapannya, bukan?Mie sedar, saban pagi dia ‘menghantar’ Lia melalui jendela; tatkala kami masih diulit mimpi.
Ketara, bukan? Belajarlah menyintainya.
Mie doakan kebahagiaan kalian. Berdoalah jua untuk kebahagiaan Mie di sana!
Salam teramat sayang,
Ahmad Nazmi Hakimi
“Nazmi…”
Aku merintih hiba bersama air mata yang masih setia mengalir.
Dan dari kejauhan, ku lihat ada sepasang mata redup memandang sayu ke arahku...
-Tamat-

::JiMAN::

Cowboy Pictures, Images and Photos
Jiman tersengih- sengih macam kerang busuk.
Air liunya berjejer- jejer di tepi mulut.
Baginya itulah senyuman paling manis yang di hulurkan buat Shidah, anak Mak Ngah Kiah. Shidah membalas senyuman Jiman, ikhlas dan sopan.
Terkinja- kinja Jiman kesukaan.
Bagi Jiman, itu sudah memadai.
Dia tidak perlukan apa- apa dari Shidah, cukup dengan senyuman ikhlas.
Jiman akan kenang sampai pagi esok sebelum melihat Shidah buat kesekian kalinya.
"Hoi Bangang! Dah tak ada lagi ke bumi Tuhan ni kau nak bawa lembu kau tu jalan?
Apa di tengah dunia ini juga kau nak heret?
" Herdikan Siah dari dalam kereta Wira kelabu itu menghentikan tawa Jiman.
Namun senyuman masih lekat di bibirnya.
"Hoi Bangang, ke tepila.. aku nak jalan!" Jerit Siah lagi.
"A.. aku bu.. bukan b..ba..bangang, n..na..nama aku Jiman" Jiman menjawab lurus.
Lembunya di tarik ke tepi.
Siah mengerling tajam kegeraman.
"Dahlah gagap, bodoh, ada hati nak menjawab lagi tu!
Woi.. lain kali tarik lembu kau ikut denai sana.
Ini jalan untuk kereta, bukan untuk lembu" Siah menjawab laju.

Keras suaranya. Jiman mengangguk faham. Tersengih- sengih melihat kereta Siah berlalu. Bilakah agaknya Jiman merasa bersandar di dalamnya sepereti Siah?
"Vroom….. vrrrooommm…."
Jiman menggayakan lagak Siah.
Air liurnya di seka keras. Jiman tidak peduli Siah.
Jiman lebih suka pada Shidah. Shidah baik, selalu senyum. Tidak macam Siah, tidak macam Melah. Melah cantik juga. Lagi cantik dari Shidah.
Tapi Melah jahat. Dulu Melah pernah siram Jiman dengan air panas.
Jiman ingat lagi.
Hampir seminggu Jiman terlantar di atas tikar mengkuang.
Habis melecur pipi dan badan Jeman.
Tiap- tiap hari mak lap badan Jiman, sapukan ubat. Jiman sakit.
Menangis, merayu pada mak, tapi mak tak peduli, mak lap juga, mak sapu ubat juga. Emak nangis, Jiman pun nagis juga.
Lagi kuat. Atan, Jiman sudah tambat di kandang.
Jiman menuju ke tangga. Air di tempayan sudah kontang.
Lekas- lekas Jiman capai baldi menuju ke perigi.
Jiman tahu, nanti balik, emak akan basuh kaki di tempayan.
Terkial-kial Jiman menggunakan tangannya yang bengkok untuk menceduk air.
Tapi itu bukan lagi masalah buat Jiman. Alah bisa tegal biasa.
Selesai kerja, Jiman duduk di tangga. Langkah mak yang pendek- pendek di perhatikan Jiman. Semput- semput mak berjalan. Amat perlahan.
Hari ini mak tak bawa beban atas kepala.
Maknanya esok Jiman tak perlu tolong mak memberus kain di perigi.
Jiman amat seronok. Tidak perlu kerja. Tidak perlu bangun pagi.
Seronoknya Jiman. Timah memerhatikan Jiman penuh sayu.
26 tahun lamanya dia membela Jiman.
Bukan suatu jangka masa yang singkat.
Setengah usianya di habiskan bersama Jiman.
Kepala Jiman yang terlentok di pehanya di usap perlahan.
Air liur Jiman membasahi kain batiknya.
Tapi Timah tidak geli. Tidak jijik.
Dulu Jiman tidak begitu.
Jiman macam kanak kanak lain, sihat. Ramai kawan-kawan.
Segala- galanya berpunca dari demam panas. Jiman hilang zaman ceria kanak- kanak. Kawan-kawannya menghilangkan diri.
Jiman dikatakan bebal, dungu, bengap.
Melah yang dahulu baik dengan Jiman juga mengusir Jiman.
Ingat sangat dalam otaknya bagaimana Melah memukul Jiman dengan penyapu lidi.
Berbirat belakang Jiman, bengkak kepalanya di baling pangkal penyapu.
Melah itu nama sahaja perempuan, jahatnya pada Jiman mengalahkan anak jantan.
Masih jelas dalam kepala tua Timah bangaimana Siah menolak Jiman masuk ke dalam parit dalam.
Terkapai- kapai Jiman dalam selut. Orang lain tidak membantu.
Malah mentertawakannya. Jiman meraung- raung di dalam tidak siapa peduli. Jiman pula di katakan bodoh. Kalau mereka pandai kenapa Jiman tidak di selamatkan.
Timah menyeka air mata. Bukan sekali, malah beribu, berjuta kali kolam matanya banjir mengenangkan Jiman. Timah takut sendiri.
Usianya bukan muda lagi.
Entah esok- entah lusa, nyawanya di panggil Ilahi. Bagaimana dengan Jiman?
Siapa yang akan menjaga makan pakai Jiman? Sekarang, dia masih ada, esok lusa? Kebimbangan itulah yang menghantui hari- hari tuanya.
"Abang Jiman, jangan bawak lembu tengah jalan, nanti kereta langgar anaknya" tegur Shidah lembut. Jiman ketawa senang hati. Kepalanya di angguk perlahan.
"Bawak ikut jalan sana tu" tambah Shidah lagi. Jiman mengangguk lagi.
Atan, dan Minah, jiman tarik kuat- kuat.
Biar cepat sampai denai. Jiman, kalau Shidah yang suruh, cepat sungguh dia bergerak. Jiman senang hati kalau yang bekata itu Shidah.
Walau Shidah masih anak , Jiman tetap turut.
Jiman menghantar lembunya di tepi sawah.
Biar mudah Atan dan Minah nak makan.
Jiman pandang Atan, pandang Minah. Pandang Piah. Jiman cukup seronok.
Jjiman seronok tengok Piah. Piah ada keluarga. Piah ada Atan, ada Minah. Jiman Cuma ade mak. Jiman tak ada ayah macam Piah. Jiman rasa Piah lagi untung darinya. Sesekali Piah menggesel- gesel kepalanya di leher Atan.
Bertuahnya Piah. Piah boleh bermanja dengan mak dan ayah.
Tapi Jiman tidak. Air mata Jiman tiba- tiba tumpah. Jiman seka dengan hujung lengan baju. Jiman pun ada perasaan. Jiman sedar dirinya bodoh. Bengal.
Tapi Jiman tahu nilai kasih sayang. Jiman tahu nilai kemesraan. Jiman tidak pernah nampak Piah di marah oleh kawan- kawannya.
Tidak penah sekalipun. Atan dan Minah cukup sayang pada Piah. Jiman pun sayang juga. Sebab itu Jiman jaga mereka baik baik. Bagi mereka makan, minum.
Belakan kandang mereka bersih bersih.Kakinya di hayun laju. "Emak.. perut Jiman lapar. Jiman mahu makan".
Pasti hari ini mak masak nasi putih. Lauk ikan bilis. Wah.. kecur air liurnya. Jiman melangkah lagi laju. Jiman nak makan sambal ikan bilis.
Semalam Jiman nampak mak bawak ikan bilis dengan pucuk paku.
Pasti sedap.
"Kalau bukan lembu-lembu kau siapa lagi Timah.
Percaya benar kau beri si bebal tu jaga lembu- lembu tu.
Dahlah menjahanamkan halaman rumah aku, taiknya bersepah sana- sini!' jengkel saja bunyi suara Mak munah di telinga Jiman. Jiman memandang mak penuh tanda tanya. "Mana kau tambat Atan, Jiman?" soal Timah lembut.
Jiman menunding jari ke tengah sawah. Jiman melangkah memanjat anak tangga.
Perutnya lapar. "Hoi mangkuk! Belum abis lagi, sayur- sayur belakang rumah aku tuh siapa nak bayar gantinya? Dah abis di kerjakan lembu kesayangan kau tuh!" Munah bersuara garang. Timah terdiam
"Dah Jiman kata tadikan Munah, Atan, jiman tambat di sawah sana, macam mana boleh dia ke rumah kamu? Apa-apa pun bagilah anak aku makan dulu, penat dia menarik lembu" Timah menyanggah dalam lembut. Gila apa Munah menuduh lembunya yang di sawah mengerjakan tanamannya. Bukan dia tidak kenal Munah. Kaya yang menindas orang lain.
"Kalau kau tak mahu bayar ganti rugi Timah, aku adukan pada ketua kampung, susah sangat, biar dia saja yang halau korang anak beranak dari kampung ini, tanah ini dulu pun, kalau bukan sebab laki aku. Kau tak merasa Timah" "Jangan nak kaitkan tanah pulak Munah, Ini abang Zaki yang usahakan, laki kau cuma membantu" Timah sudah berpaling.
Bertekak dengan Munah memang tidak akan menang. Dari dulu lagi, itulah modal Munah. Tanah yang sekangkang kera inilah juga yang mahu di rebutkan. "Ei Sial! Turun kau, mencekik aje kau tau, sayur aku tu pergi tengok" Munah menjerit kasar. "Munah, bukan anak aku yang sial, anak kau si Siah tu yang sial, belum nikah dah beranak.
Jamal tu yang sial, merengkok dalam jail, khalid tuh yang sial, jadi penagih kutu rayau, kalau kau sayang mulut kau Munah, baik kau balik sebelum aku suruh si Jiman yang bebal tuh hayun kau dengan parang" lembut Timah sudah hilang. Pantang benar anaknya Jiman di kata sial. Si sial itulah buah hati pengarang jantungnya. Munah berundur setapak.
Takut jua dia ugutan Timah. Jiman di atas sudah tidak peduli apa- apa lagi. Sambal ikan bilis mak terlalu sedap untuk di tinggalkan.
"Wargh!! Wargh!!!! Uuuu!!! Uuuuu!!"
Suara Jiman menjerit jerit lain benar pagi itu.
Timah mengintai dari pintu. Jiman menuju dapur dan mencapai parang takik. Timah kehairanan. Marah benar nampaknya Jiman. Jiman melompat anak tangga.
Menghilang di balik seman samun. "Timah! Timah, Jiman mengamuk. Bawak parang dia ke hulu ke hilir mencari si Judin" adu Faridah cemas.
Timah membeliakkan biji mata. "Atan, ekornya di tetak si Judin, lembu betina yang kecik tu pulak mati kat tepi sawan nun.
Shidah yang bagitahu aku tadi" Timah terduduk. Terkesima dia di situ. Apalah salah si Jiman sampaikan binatang itu pula jadi mangsa.
"Baik kau pergi sabarkan Timah, karang ada yang jadi mayat nanti. Ke dalam pula si Jiman""Shidah mana?""Shidah sudah menurut Jiman.
Cepat Timah" Faridah sudah memimpin tangan Timah.
Terkedek- kedek mereka menjejak Jiman yang entah kemana hilangnya.
Peristiwa lembu Jiman sudah mulai di lupai orang. Biarpun baru seminggu tapi orang kampung tidak mahu berbicara lagi.
Hanya Jiman yang saban hari meratapi kematian Piah.
Timah bersyukur banyak banyak. Kalau tidak kerana Shidah, Judin hampir di tebas kepala dek si Jiman. Sayang bebenar Jiman pada Atan dan Piah.
Judin pula satu hal, benda kecil pun hendak di perbesarkan. Sudah tahu akan perangai si Jiman yang bodoh bodoh alang, di usik pula. Bila Jiman melawan, hendak dimarah.
Berdendam pula. "K..ke..kesian Atan, t..tttaakk.. ada ekor l..llaa..lagi. B..bu.. buruk" Jiman menghalau langau yang mengerumuni bekas luka Atan.
Shidah memandang sayu. "J..j..Ji..Jiman r..rriindu Piah. Piah dah mati, Jiman t..t..tak ada k..kawan lagi" adu Jiman pada Shidah.
Air mata Jiman mengalir lagi. "Abang Jimankan masih ada Shidah, abang janganlah sedih, nanti lama- lama nanti ekor Atan tumbuh balik.. panjang" Shidah cuba memujuk.
"Minah nanti boleh beranak lagi, abang boleh dapat Piah yang baru"
"Piah c..ccu..Cuma ada satu. L le..lepas ni, t..ttaakde Pppiah" sanggah Jiman. Jiman pandang muka Shidah.
Muka Shidah tak manis macam dulu. Nampak sedih macam Jiman juga. Satu demi satu anak tangga di pijak Timah. Prak! Bunyi kayu reput di sambut dengan jeritan perempuan tua. Suasana kembali sunyi. Seperti tiada apa yang berlaku.
Tubuh tua Timah terkulai di bawah anak tangga. Jiman masih di tepi sawah bersama Shidah dan lembu lembunya. Kisah Timah jatuh tangga sudah tersebar seluruh kampung. Nasib baik kebetulan Faridah datang kerumah.
Susah payah orang tua itu mengangkat tubuh Timah yang agak berisi. Sudah ramai yang datang melawat. Jiman kehairanan. Mak di kerumuni orang kampung. Barang di dapur bertambah. Semua nampak sedap. Shidah kata mak sakit.
Sebab itulah mak tak boleh bangun. Timah nampaknya seakan nazak benar.
Orang kampung berkira- kira mahu membacakan Yassin. Jiman cukup seronok. Tak pernah rumahnya di datangi orang ramai begitu.
Biarpun kasihan melihat mak tapi Jiman seronok.
Ada orang bawakan makanan, banyak dan sedap sedap. Ada orang mengaji silih berganti. Namun begitu Jiman masih seperti biasa, meninggalkan mak untuk membawa lembu lembunya ke tepi sawah. Balik setelah pasti Atan dan Minah kenyang.
Orang di rumah masih ada. Tapi Jiman tidak peduli. Siap mengandangkan Atan, Jiman akan naik dan duduk sebelah mak.
Mak Dah dan Shidah juga ada. Setiap hari mereka datang. Jiman seronok. Timah menanggung sendu. Jika dia mati hari ini, bagaimana dengan Jiman? Sanggupkan Faridah menjaga Jiman? Bagaimana makan dan pakai Jiman? Timah takut sekali. Saat kematiannya hampir tiba. TapiJiman tetap tidak tahu. Jiman Cuma tahu seronok melihat gelagat orang yang datang ke rumahnya. "mmakk.. J..ji..jiman ppi baruh, a..ambil air, nn..nanti oo..oo..orang nak basuh kaki. S..Shidah pun b..bb..bbolehbb..bbasuh kaki" Jiman memandang mak.
Timah hanya mampu memandang. Entah kenapa sayu sangat pandangan kali ini buat Jiman.
Mungkinkah ini hari terakhirnya dia melihat Jiman. Badannya tidak sekebas dulu lagi. Namun masih tidak mampu di gerakkan. Timah seakan tidak mahu membenarkan Jiman pergi. Dia mahu Jiman ada di situ. Berada di sisi.Setiap detik terakhirnya tidak mahu di sia siakan. Dia mahu melihat Jiman puas puas sebelum matanya di tutup.
Namun Jiman sudah hilang dari pandangan. "Aku sangkakan aku yang pergi dulu Dah. Aku yang nazak benar. Rupanya Jiman yang kesana mengikut ayahnya…" sayu suara Timah. Masih kuat bau kemenyan dalam rumah itu. Faridah sekadar mendiamkan diri. "Aku sedih Dah, tapi aku bersyukur, Jiman sudah selamat, kalau aku menutup mata saat ini pun aku tak takut lagi. Tak ada lagi orang nak menganiaya Jiman.
Syukur aku banyak-banyak pada Tuhan Dah"Faridah mengesat air mata. Bacaan Yassin yang patutnya untuk Timah rupanya ke arah Jiman. Jiman tidak pulang- pulang setelah turun ke baruh. Pada Shidah, Timah minta jengukkan. Tapi kata Shidah, Jiman tiada. Hati tua Timah tidak sedap. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada Jiman.
Sampai malam, Jiman tak muncul juga. Malam itu orang kampung mencari Jiman. Seluruh tempat di rayau. Sawah, bendang, sungai sudah di cari. Tapi kelibat Jiman tidak mncul jua. Timah teringat pada perigi di baruh. Kuat dia malam itu. Hilang segala sakitnya mengenangkan Jiman. Pada Judin, Timah minta jengukkan sekali lagi di baruh. Cari biar sampai dalam perigi. Benci-benci Judin pada Jiman, kehendak Timah Judin turutkan juga, untuk menjaga hati tua. Sekali lagi mereka ke baruh. Kali ini kedalam perigi di suluh Judin, kalau tiada juga, hendak di ajak sahaja orang lain mencari Jiman esok pagi.
Tapi apa yg kelihatan, kain lusuh Jiman terapung. Setelah di periksa, mayat Jiman ada di dalamnya. Jelas di kaki Jiman dua tanda patukan ular. Mungkin kerana tidak mampu mengawal keadaan, Jiman terjatuh ke dalam. "Betul lah kata uztaz, setiap kejadian ada hikmahnya" Timah bersuara lagi.
Benar kata Timah, andainya yang mati itu Timah, bukan Jiman. Siapa yang akan jaga Jiman kelak? Setakat makan dan minum, masih tidak mengapa. Tapi Jiman perlu di jaga segala. Sehari dua mungkin. Kalau untuk selamanya, dia sendiri mengaku tidak sanggup. "Dah, umur aku tidak lama, kalau aku mati nanti, kau ambik lah segala apa yang ada.
Selama ini Jiman cukup sayangkan Shidah. Kau serahkan lah segala milik Jiman pada Shidah termasuk tanah ini. Jiman tak ada orang lain selain aku dan Shidah. Kau pun tau" Timah menyeka air matanya. Faridah sudah tidak mampu lagi.
Fatimah di peluk erat. Marshidah sudah tiada esak lagi.
Kehilangan Jiman amat di rasainya. Semoga Jiman bahagia di sana

~Cerpen - Suara malam ~

.FlowersButterfliesRainbowFrame Pictures, Images and Photos

..mimpi di kamar malam,

sepitika di luar bulan berwajah suramku rangkul kesepian dari persendirianhati,

jiwa dan diri kutertawa dan berduka...

Malam itu sepi. Matanya berlari antara bintang di langit. Seperti taburan permata di permaidani terbentang. Alangkah indahnya. Alanglah sunyinya. Purnama bagaikan gadis mengintai malu dari balik tirai awan. Desa pedalaman itu bagaikan panggung kosong. Pelakon-pelakonnya telah lama mati dibuai mimpi. Tinggal sepi bagaikan padang lengang. Dan penontonnya tinggal keseorangan. Tinggal dia sendirian. Dia berdiri di jendela rumah usang di pinggir desa itu bagaikan menyaksikan ulang tayang.

Menatapi samar malam itu seolah-olah peristiwa itu berulang lagi. Seperti malam itu ia bermula, seperti malam itulah ia berakhir. "Saudara, bilik ini untuk siswi sahaja.

" Suara halus lembut dan mesra menghilangkan tumpuannya pada nota-nota kuliah. Aliran fikirannya terhenti seperti pokok tumbang tiba-tiba mengempang aliran sungai. Dia menoleh ke arah pintu bilik study itu.

Persoalan di fikirannya datang mencurah bagaikan air sungai yang melimpah. Sebuah wajah ayu dengan rambut ikal separas bahu seakan sekeping potret berlatar dan berbingkaikan pintu bilik itu.

Wajah itu mengukir senyuman malu-malu dan nampak terpaksa. "Bila peraturan baru ini dimulakan ?" Pertanyaannya seperti pendakwa yang mahukan kebenaran dan kepastian yang ditujukan kepada gadis itu. "Saudara tidak membaca notis di Pejabat Kamsis ?" Suara dari wajah ayu itu tenang membalikkan pertanyaan. Setenang air di tasik mungkin, bisiknya.

"Maafkan saya. Saya belum melihatnya lagi." Dia cepat menyedari kesilapannya. "Saya pun baru sebentar tadi mengetahuinya." Suara milik wajah ayu itu seakan memujuk apabila melihat seorang lelaki serba-salah di depannya. Tergesa-gesa dia meninggalkan bilik study di paras dua asrama kampus itu bila mendengar bunyi hentak kaki semakin menghampir.

Buku-buku dan nota-nota dikumpulnya segera. Kekhuatiran menguasai ingatannya kerana kesilapan memasuki bilik itu memungkinkan ada wajah-wajah lain yang akan tersenyum sinis melihatnya di situ. Ruang malam itu dilihatnya masih samar seperti malam-malam yang lalu. Seperti malam-malam yang penuh rahsia dan berperistiwa. Tetapi malam itu sepi.

Dan seperti malam sepi yang lain, nyanyian unggas rimba menjadi penghilang sunyi. Direnungnya pemandangan desanya yang samar-samar itu tika senja telah mula menghilang. Di layar malam itu seakan terbentang peristiwa silam.

Seperti setiap peristiwa, ia bermula dan berakhir. Segalanya seolah-olah disusun dan diatur. Segalanya berlaku begitu cepat dan pantas. "Maafkan saya, saudara Rusman.

Ini nota saudara, bukan ?" Dia terpaku menatap wajah itu sama seperti pada pertama kalinya. Seorang siswi menghulurkan kepingan-kepingan kertas tersusun dan berlipat dua kepadanya.

Gadis itu terpaku seketika di depannya. Dari riak wajahnya seolah-olah terlukis suatu keinginan. Dia tunduk melihatnya. Hatinya tertanya-tanya bagaimana gadis itu mengenalinya. Tetapi lantai bahagian luar bilik kuliah itu tetap teguh menahan renungannya. "Terimakasih. Telah puas saya mencarinya.

Di mana saudari... saudari menemuinya ?" Dia merasa lega dapat mengucapkan kata-kata itu seolah-olah terlepas beban berat dari bahunya. "Saya Anis," gadis itu seakan memahami hasrat hatinya. "Saudara tertinggal di bilik study malam semalam... Bukan ! Malam kelmarin. Sejak semalam saya cuba mencari saudara, tetapi baru hari ini saya menemui saudara. Saudara Rusman pun ambil subjek Sastera Kreatif ini 'kan ?"

Penjelasan itu membuatnya mengerti hampir kesemuanya. Tetapi pertanyaan gadis itu tidak dijawabnya. "Bagaimana saudari mengetahui nama saya ?" Soalnya pula. "Mudah saja. Saya teliti nota saudara beberapa muka. Awak ke yang menulis sajak "Kesepian" itu ? Di situ tercatat nama saudara, saya rasa." Dia angguk tetapi ragu-ragu dan bimbang. Bukankah di situ juga tercatat segala rahsia dirinya. "Saudari telah membacanya ?" Dia bertanya dalam kekhuatiran.

"Ya... sebahagian. Sajak itu terlalu panjang." Dia merasa lega tetapi masih tidak percaya sepenuhnya. Dia cuba mencari-cari kejujuran dari sinaran mata gadis itu. Renungannya yang tajam membuatkan gadis itu ingin segera berlalu. Dan dia tidak dapat menghalangnya kerana alasan yang diberikan itu. "Maafkan saya, saudara... Saya ada tutorial sebentar lagi," sambil mata gadis itu melirik jam ditangannya.

Kebosanan dan kesepian seakan mula memenuhi ruang hatinya yang kosong seperti kegelapan yang memenuhi ruang malam di desanya itu. Tetapi tubuhnya tidak berupaya meninggalkan jendela rumah itu seolah-olah telah kaku dan terpaku di situ. Cuma ingatan dan kenangan itu yang masih hidup. Kenangan yang kini mengukir sejarah hidupnya. Bagaimanakah dapat membuangnya jauh ?

Seperti air sungai yang mengalir deras, kenangan itu datang memaparkan segala peristiwa. Riak airnya bagaikan adegan-adegan peristiwa yang berulang semula. Tetapi malam itu terlalu samar untuk menggambarkan segalanya - segala yang pernah dialaminya. "Hai !..." Suara lembut itu menegur di belakangnya. Dia tampak terkejut dalam ruang perpustakaan yang sunyi itu. "Saudari Anis..."

Dia seakan tidak dapat memulakan bicara. Apakah yang dapat diucapkannya pada gadis yang belum dikenalnya pasti. "Saudara ada meminjam buku Faridah Hanum dari rujukan khas, bukan ?" "Ya. Bagaimana saudari mengetahuinya ?" "Saya tanya pustakawan di kaunter sana.

Buku itu katanya hanya ada sebuah. Saya lihat ada nama saudara tercatat pada kad peminjam buku itu." Gadis itu menerangkan seolah-olah telah amat mengenalinya. Dia mendengar dengan tekun sambil memerhatikan gerak bibir nipis gadis itu. Seakan tak puas sekali menatap wajah putih comel itu. Suatu permulaan yang baik, bisik hati kecilnya.

"Saudari 'dah siapkan esei tersebut ?" Dia menyoal, menyambung perbualan sebaik sahaja teringat sesuatu. "Belum." Gadis itu kelihatan tersipu dengan soalan itu. Dan terus membalikkan soalan. "Saudara ?" Dia menggelengkan kepala. "Susah. Tiada rakan untuk berbincang." "Barangkali kita boleh berbincang bersama." Gadis itu menawarkan dirnya.

Tetapi dia seperti melihat keadaan yang terpaksa itu. "Boleh juga." Dia pura-pura gembira sedangkan hatinya berkocak dengan berbagai rasa. Tidak mungkin dia dapat menumpukan perhatian kepada perbincangan itu jika perasaan lain mengganggu fikiran. Dia cuba menenangkan fikirannya dengan melupakan segala ingatan itu. Melupakan segala perasaan itu.


Matanya terus memerhatikan bintang yang bekerlipan menerusi jendela rumah itu satu demi satu. Dia cuba mentafsirkan sendiri kelompok bintang-bintang itu. Seakan ada wajah-wajah dan lukisan-lukisan peristiwa di situ. Segalanya samar. Segalanya kabur. Segalanya telah lama berlaku. Dan segalanya takkan kembali lagi. Kemudian matanya beralih ke pohon-pohon nyiur yang kehitaman di kejauhan seolah-olah gadis yang melambai di dalam kelam. Lambaian itu mengembalikan kenangan itu.

Alangkah payah melupakannya. Alangkah payah melenyapkannya. "Jangan lupa mengirim berita semasa di kampung nanti." Dia seperti mengharapkan kepastian. Seorang gadis mengangguk riang dari jendela bas di perhentian itu. Melambaikan tangannya dengan senyuman penuh mesra.

Dia tidak pasti bagaimana dan sejak bila persahabatan itu menjadi akrab. Mungkinkah kesunyian di kampus ini menjadikannya begitu ? Mungkinkah kesepian di dalam dirinya yang memulakannya ? Atau mungkinkah kerana kursus yang sama serta rasa saling memerlukan membungakan kemesraan itu ? Biarpun bagaimana, dia tetap tidak menghiraukan pertanyaan-pertanyaan itu.

Dua purnama dia tidak berkesempatan menemui gadis itu. Dan seharusnyalah rasa kerinduan itu tiba di sisinya. Pantas seperti angin yang menerobos jendela kamarnya. Tetapi lembaran-lembaran bertulisan halus dan bersih tiba di sisinya melenyapkan keresahan hatinya. Dia cuba mencari kepastian dari lembaran-lembaran yang tiba maupun dari lembaran-lembaran coretannya.

Seperti betapa sukarnya dia memulakan bicara dulu, begitulah sukarnya menimbulkan pertanyaan itu kini. Dia benar-benar mengharapkan kepastian itu datang segera ke sisinya. Tetapi segalanya tidak berlaku seperti yang dirangkakan. Dia seakan terharu mengenang peristiwa itu dalam kesamaran malam di desa itu.

Serasa mahu dia menumpahkan airmata lelakinya. Segala yang diingininya berlaku begitu perlahan seperti juga tempoh persahabatan yang lama itu. Tetapi apabila segalanya menjadi pantas, dia seakan tidak dapat mengejarnya. Sindiran rakan-rakan sekampus menyebabkan penafian itu timbul

Dia cuba menolak kebenaran seolah-olah persahabatan yang akrab itu sekadar persahabatan biasa. Tetapi sesiapa pun tidak dapat menidakkan kenyataan. Apa yang pasti dia dan gadis itu saling memerlukan dalam menjalani hidup di kampus itu.

"Man, semasa cuti yang lalu orang tua ku telah membincangkan tentang diri ku. Mereka telah membuat rancangan tanpa pengetahuan ku." Suara gadis itu seakan cuba memberi kepastian betapa ia berlaku tanpa kerelaan hatinya. Dia mendengarnya dengan penuh tumpuan. Tetapi ketenangan air di tasik hatinya lenyap seperti di lontari batu. Hatinya berkocak.

Kata-kata itu membayangkan berbagai-bagai kemungkinan yang tidak diingininya. "Apa maksud mu, Anis ?" Dia menyoal gadis itu. Tegas. "Aku telah ditunangkan." "Kau tak pernah beritahu aku tentang itu." "Aku baru saja mengetahuinya." "Kita bagaimana ?" Soalan itu tenggelam bersama riak air tasik yang semakin bergelora.

Malam itu tetap samar dalam kegelapannya tersendiri. Seperti kegelapan jalan hidup yang dilaluinya. Segala-galanya benar-benar telah menjadi cepat dan pantas. Dia sudah tidak dapat mengejar waktu yang bergerak laju itu.

Kehidupan telah menjadi suatu perlumbaan. Dan dia tewas setiap kali menyertainya. Dia kembali memerhatikan lorong-lorong dan jalan-jalan di desanya yang pernah dilaluinya semasa kecil dulu.

Kegelapan malam menjadikan dia kurang pasti di mana dia pernah terjatuh ketika berkejaran dengan rakan-rakan ketika itu. Kenangan masa kecil itu melahirkan rasa kerinduan di hatinya.

Terasa mahu dia kembali ke alam yang tiada duka itu. Tetapi kini dia telah dewasa. Kedewasaan itu telah menjelajahi seluruh dirinya, hatinya dan perasaannya. Kedewasaan itu dilaluinya dengan segala keinginan. Peristiwa demi peristiwa terjadi. Semua itu berpunca dari satu titik mula, kedewasaannya.

"Ku harap kau sudi hadir di majlis perkahwinan ku nanti." Gadis itu memujuknya. Tetapi di penjuru mataya ada manik-manik jernih terbentuk. Di situ ada terlukis kedukaan.

"Kau mahu melihat aku bersedih, Anis ?" Dia begitu kecewa dengan keputusan gadis itu yang tunduk pada kemahuan orang tuanya. "Tidak, Man. Aku tetap mencintai mu selama hayat ku. Tapi, demi kebahagiaan ku, lupakanlah diri ku." "Aku akan cuba melupakan mu, Anis.

Tapi tidak cinta yang kita bina. Cinta itu telah lama bersemadi di hati ku. Kecuali kau, sesiapa pun tidak akan memilikinya." "Kau seperti tidak merestui perkahwinan ku, Man."

"Tidak. Aku sebenarnya mahu melihat kau bahagia. Tetapi aku pun mahukan kebahagiaan itu milik ku juga."Ruang malam itu terus kekal sepi. Dia berusaha melupakan kenangan itu.

Tetapi bagaikan arus sungai, kenangan itu terus mengalir dalam ingatannya. Di situ, di jendela itu, segala janji terbina dulu.

Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Seperti ruang malam yang gelap dan kosong, begitulah hatinya kini. Dia seperti menyesali dirinya. Di manakah letaknya kesetiaan itu, keluh hatinya.

Segala janji telah dimungkiri. Begitu mudah janji itu di bina, semudah itu pula merobohkannya.

"Keluarga ku menyenangi sikap mu, Anis." Kata-kata itu seperti baru semalam diucapkannya. Suasana seakan sama, tidak berubah. Seperti malam itu, bintang-bintang tetap pada kedudukannya. "Kau seakan tidak sabar, Man. Keluarga ku belum memberi restu.

" Suara gadis itu seperti telah mengetahui segala kemungkinannya. "Kau mesti berjanji. Walau apa pun terjadi, kita tetap bersama." "Kau benar-benar mencintai aku, Man ?" Suara gadis itu masih sayu dan ragu-ragu. "Kau tidak percaya pada kejujuran ku ?"

Tangannya ingin menjangkau jari-jari halus gadis itu. Tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.

Direnungnya wajah gadis itu. Tetapi malam terlalu kelam untuk menampakkan kesayuaan yang terpancar dari wajah comel itu. Kata-kata tidak berupaya memberikan kepastian.

Renungan itu seolah-olah sudah cukup menggambarkan perasaan yang tersirat di hatinya. Jari-jarinya tiba-tiba menjangkau udara malam yang dingin. Seolah-olah gadis comel itu muncul di jendela, berdiri di sisinya.

"Kau datang lagi, Anis. Suaminya di mana ? Tidakkah dia menghalang kau ke mari ?" Suaranya bergema dalam dirinya di kegelapan malam itu. Bayangan gadis itu tetap kaku. "Kau telah memungkiri janji kita, Anis. Aku masih mencintai mu. Cinta ku yang tak pernah berbelah-bahagi."

Bayangan tubuh kecil itu masih tidak bergerak dari situ. "Aku ingin menyentuh tangan mu. Aku ingin membelai rambut mu. Aku ingin mengucup dahi mu."

Bayangan itu tiba-tiba lenyap dalam kegelapan malam. Dilihatnya lorong-lorong jalanan desanya yang samar dan lengang. Dilihatnya daun-daun nyiur masih melambai-lambai tampak berbalam. Terasa di kulitnya udara malam yang dingin menerjah masuk menerusi jendela. Desa itu terus tinggal sepi.

Ingatannya pantas kembali kepada kenangan itu. Tetapi bayangan tubuh comel itu tidak muncul lagi. Dia kecewa.

"Aku dengar kau akan melahirkan anak sulung mu, Anis."

Matanya tercari-cari bayangan tubuh comel dalam kegelapan malam itu. "Aku dengar kau menghadapi kepayahan dan terpaksa dibawa ke hospital." Tubuh comel itu masih tidak muncul.

"Aku tahu, suami mu cuba menghubungi ku. Tapi gagal kerana aku tidak menghiraukannya."

Hatinya mulai gelisah kerana bayangan wajah ayu dan tubuh comel itu masih tidak muncul.

"Aku dengar kau sering menyebut nama ku di saat-saat kau menderita kesakitan itu.

Mengapa ? Suami mu 'kan ada di sisi mu ketika itu." Dia cuba tersenyum mengenangkannya. Amat sukar.

"Semuanya aku dengar dari mulut suamimu. Dia datang kepada ku memohon maaf. Dia rupanya tidak mengetahui betapa besar cinta kita. Kenapa kau tidak berterus-terang padanya, Anis ?"

Dia semakin bersemangat menceritakan segalanya. Tetapi dia kecewa kerana tiada sesiapa pun yang menjawab pertanyaannya. "Aku sungguh tidak percaya dia akan datang menyampaikan berita itu kepada ku, Anis. Anak mu yang comel itu seiras wajah mu." Dia tunduk kesal mengenang kembali peristiwa itu.

"Tidak ! Tidak !" Suaranya tiba-tiba memecah kesepian malam itu.

"Tidak ! Tidak !" Suaranya semakin kuat bergema di tengah malam itu.

"Aku tidak percaya kau telah pergi. Aku percaya kau masih hidup. Aku pasti kau masih hidup."

Suaranya terus bergema memenuhi ruang malam itu. "Aku tidak percaya pusara yang ku lawati itu pusara mu."

Dia bersungguh-sungguh menafikannya. Suaranya bergetar. "Tidak ! Tidak !"

Laungan suaranya semakin kuat bergema jauh di dalam dirinya. "Aku tidak akan memusnahkan cinta kita. Aku berjanji." Dia seolah-olah mahu mencurahkan seluruh isi hatinya.
"Tidak ! Tidak ! Aku percaya kau masih hidup." Suaranya bergema lagi. "Tidak ! Tidak !"

Suaranya mula memenuhi ruang kamar rumah desa itu. Perlahan-lahan suara itu hilang ditelan kegelapan malam
Dia tunduk menatap rumput yang samar-samar bertaburan bak permaidani di tanah. Hatinya semakin sayu. Matanya mulai basah.

Suara malam itu semakin menghilang. "Abang..." Suara lembut dan manja tiba-tiba mematikan lamunannya. Dia membiarkan suara itu berlalu dan hilang ditelan malam. "Abang belum tidur lagi ?" Dia menoleh dan melihat tubuh kecil yang terbaring di katil dalam sinaran lampu yang samar dan kemerahan. "Abang masih ingatkan, Anis ?"

Tubuh kecil yang masih terbaring itu bersuara lagi. Dia seperti menyesali setiap kejadian yang berlaku. mengapa ia terjadi pada dirinya ? Mengapa ? Tubuh kecil yang bersuara lembut dan manja itu semakin menghampirinya. "Abang, segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Ima berjanji akan berusaha mengembalikan segala yang ada pada diri Anis. Ima akan setia pada Abang. Ima tahu abang amat mencintai Anis.

Tapi sekarang Anis telah tiada. Dan Ima telah pun menjadi isteri abang." Tubuh kecil itu datang mendakapnya seakan tidak mahu berpisah lagi. Jari-jemari lembutnya menyapu titisan jernih di matanya. Kemudian sama-sama merenungi kegelapan malam itu. Ketika itulah dia seperti mengulang kembali peristiwa silam. Didakapnya erat tubuh yang kecil itu. Jari-jemarinya bersimpul dengan jari-jemari lembut yang masih merah berinai.

Seperti baru semalam kenangan itu berlalu, seperti tiada lagi kedukaan di hari depan, dia mula merasakan detik manis kemesraan dan kebahagiaan pada malam pertama perkahwinannya.

[ TAMAT ]