MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday, 10 July 2008

Ujung Usia kita ...


Gambar ibu & mentuaku semasa kami makan angin ke Langkawi bulan April 2008

Cerita dibawah ini...moga-moga tidak terjadi pada insan yang melahirkanku dan suamiku dan juga pada insan2 lain yang bergelar ibu...Amin.




Mak Jah duduk dikerusi roda merenung panjang dijendela. Menitis airmatanya berlinangan dipipinya mengenangkan nasibnya itu. Tidak sangka nasibnya akan jadi sebegitu rupa seperti orang orang tua yang lain di Singapura. Dia berkata pada dirinya "Kenapa...kenapa aku jadi begini?" sambil tangan kanannya mengosok gosok airmata yang mencurah tidak henti henti.
"Sampai bila ? Sudah lama aku tunggu. Dia orang kata sekejap aja. Tapi sudah tiga tahun ni." Mak Jah mengadu. Benar benar lelah dan penat Mak Jah menuggu kedatangan anak anaknya membawa dia pulang ke rumah.
Sudah hampir tiga tahun, Mak Jah menetap dirumah orang orang tua Muhammadiyah Singapura. Tiada satu pun anak anaknya yang sanggup menjaga Mak Jah yang lumpuh separuh badannya. Sudah sekian lamanya jasadnya disitu. Dihumbankan tanpa belas kasihan oleh anak anaknya walaupun dia merayu.
"Man, janganlah kau hantar Mak disini Man. Mak nanti kesunyian. Tolonglah Mak....Tolonglah Mak.....Mannnnn!! kedengaran suara Mak Jah merayu dan memohon pada anak sulongnya supaya jangan menghantarnya kerumah orang tua tua. Anak anak serta menanatu dia yang lain hanya tercegat saja mendiamkan diri masing masing.
Semenjak peristiwa itu, anak anak Mak Jah tidak pernah menjejakkan kaki dan tubuh badan mereka untuk menjenguk Mak Jah bahkan untuk menjemputnya jauh sekali. Betapa mungkarnya anak anaknya itu. Membohongi ibu yang malang itu .
"Tergamak mereka melakukan begini kepada aku. Sampai hati mereka biarkan ibunya yang dulu tidak pernah mengabaikan nasib mereka. Bagai minyak yang penuh aku menatang mereka. Kasih sayang dan tanggungjawabku yang aku jalankan tidak pernah aku abaikan. Aku telah mengabdikan diriku ini untuk kebahagiaan mereka. Aku ronyokkan kepentingan diriku semata mata untuk memberi jaminan bahwa nasib mereka akan terbela. Inikah balasan mereka pada ibunya?"merintih dan merobek luahan hati Mak Jah huraikan satu persatu pada teman sepenghuninya itu, Mak Mah. Mak Jah rasa masih sukar untuk dirinya menerima kenyataan itu. Dia rasakan dunia benar benar tidak adil. Madu dibalas tuba pula diberi. Mak Jah menangis lagi.
"Sudahlah Jah......sudahlah, kau kan ada aku. Kita sudah senasib. Kan baik kita ingat Allah banyak banyak Jah. Allah lagi menyayangi kita Jah. Lagipun kita dah tua, tak ada apa apa yang tinggal. Yang kita ada hanya Allah saja. Entah bila Jah......? Hari ini ke...besok ke....atau lusa...kita mati. Tak ada sesiapa boleh tolong kita Jah....selain Allah. Dah tiba masanya kita kisahkan Allah. Ahhh...biarkanlah budak budak tu." kedengaran suara Mak Mah yang lebih jauh tua dari Mak Jah mengingatkan Mak Jah. Sejuk sikit hati Mak Jah seketika dengan kata kata Mak Mah itu.
Mak Jah memeluk Mak Mah. Wanita yang hampir putih keseluruhan rambutnya membasah kesedihan di pundak Mak Mah.
"Kalau aku tahu mereka semua akan tinggalkan aku dirumah orang tua, aku tak payah kasi mereka pelajaran tinggi tinggi. Tapi..mereka sudah kaya. Sudah dapat isteri cantik, mereka tidak perlu emak lagi. Aku bukan apa Mah, aku rindu pada cucuku. Aku mahu peluk mereka, mahu cium, mahu sayang, mahu cerita sama cucu cicit aku. Apa salah ke? Tapi...mereka beri aku apa Mah? Beri aku sedih!!! Mereka tidak sayang pada aku. Mereka tidak perlu pada orang tua seperti kita Mah!!!" kali ini benar benar Mak Jah meraung sekuat kuat hatinya. Gema raungannya bergemuruh menyentak hati warga disekelilingnya.
Mak Mah cuba tenangkan fikiran dan hati Mak Jah. Dia sudah tidak dapat mengawal perasaannya sendiri. Sebelum ini Mak Jah tidaklah berkelakuan seperti begini. Mak Mah pun hairan dengan tingkah laku Mak Jah seolah olah seruan ajal memanggilnya. Barangkali dia ingin menatap wajah anak anaknya buat kali terakhir.
"Kalau aku tahu Mah, dari kecil kecil lagi aku bunuh mereka Mah. Anak derhaka, anak sial, anak Tangganggggg.....!!!" jeritan Mah Jah semakin kuat sekali. Ibu mana yang tak sedih didera oleh anak sendiri meringkuk dirumah orang tua? Talian mana yang harus dihubungi? Sejak zaman Si Tanggang penderharka dan Malim Demam, telah dikisahkan kes kejadian anak mendera ibu. Anak yang tidak mengaku ibunya sendiri. Yang menghakimi mereka ialah Tuhan. Kepada siapa ibu ibu ini harus mengadu? Bukankah hanya Tuhan saja yang akan membalas mereka sampai mereka disumpah menjadi batu.
"Mah, aku cuma mahu kasih sayang mereka aje. Aku rindu pada anak anak ku Mah. Tak ke mereka rindu pada ku?" Mak Jah berbisik pada Mak Mah seperti debur ombak yang benar benar rindukan belaian pantai.
Hari semakin malam. Mak Mah menemani Mak Jah dikatilnya hingga terlelap orang tua itu. Bekas linangan airmatanya masih kelihatan disekitaran matanya. Petang tadi dia menyumpah seranah anak anaknya. Mulutnya menyeranah, hatinya merintih. Menyumpahnya kerana rindu. Bukan kerana benci. Ibu mana yang tak sayang anak. Sedangkan harimau yang garang itu tidak makan anaknya, inikan lagi kita manusia yang mempunyai sifat sayang menyayangi.
Mak Mah pun pergi ke birai katilnya merebah badannya keatas tilam busuk itu. Matanya terkebil kebil memikirkan keadaan Mak Jah petang tadi. Kerinduan seorang ibu terhadap anak anaknya begitu kuat sekali. Fikiran Mak Mah terlayang pada anak anaknya juga. Tapi, dia sudah tidak kisah pada anak anaknya. Mak Mah terus terlena tidur oleh buaian malam yang dingin itu.
Keesokan hari, Mak Mah dikejutkan oleh bunyi riuh rendah orang berbual disudut sana. Alangkah terperanjatnya Mak Mah melihat yang Mak Jah sudah tiada lagi dalam didunia ini. Dia terlebih dulu meninggalkan Mak Mah yang lebih jauh tua itu. Yang lebih menyedihkan lagi, kelihatan anak anak serta menantu Mak Jah menangis menatap jasad yang kaku itu.
"Innalillahiwaainnaahirajiuun" sambut Mak Mah dengan kecewa. Rupa rupanya Mak Mah buang tabiat malam semalam kerana seolah olah dia tahu yang umurnya tidak panjang. Mak Mah hanya menatap wajah rakan sepenghuni rumah orang tua dengan penuh sedih dan pilu.

Pedihnya terima hakikat ini......



Keliru …
Sedihkah aku?
Bersalahkah aku?
Derhakakah aku?
Patutkah aku?

Macam-macam persoalan dalam minda hari ini…

Ujian apa yang sedang Allah berikan padaku…dan seluruh keluargaku…
Kata orang..”Allah beri ujian pada hambanya bukan kerna membenci tapi kerana menyayangi”..ku pujuk hati dengan kata-kata ini.

Namun di benakku seringkali membuat andaian..atas dasar apa kami di uji sebegini?

Ibu masih terlantar sakit….dan bibirnya masih bertanyakan anak emas ibu yang saban hari makin tega menyakiti hati tuanya.Entah sampai bila aku dan yang lain-lain harus terus membohongi ibu.Maafkan kami ibu..apalah daya anak-anakmu ini yang terus-terusan menipumu.Bukan kami mengabaikan dirimu….Tidak sekali-kali terlintas diminda anakmu ini. Cuma kami turuti nasihat dan bimbingan ibu . “.Anak-anak perempuan bila sudah diijabkabulkan dia berhak mentaati suaminya…dan jadikan keluarganya sebagai keluarga sendiri.”.itu bimbingan ibu pada kami sejak kecil hingga kami dewasa.

Anak emas ibu ..abg ke-duaku..(Mohd.Yussuf)
Dia berhak untuk mengatur hidupnya.Aku dan adik beradik yang lain sudah putus asa untuk menasihati anak emas ibu ini.Sejak kembali kerumah ibu di Kuala Kedah pertengahan bulan Desember tahun lalu (2007)aku dan adik beradik yang lain gembira sekali.Iyalah selama 21tahun kami tinggal berjauhan (walaupun hanya di Ipoh-namun hari raya saja sempat kami berkumpul).Ibu tidak sunyi lagi…kerana dah berteman.Sejak kematian aruah bapa pada 13.Jan.2006.Ibu tinggal sendirian..dan malam bertemankan Wanie..anak sedaraku (anak abg yang sulong-Abg Man)

Alhamdulillah..kerana kepulangan abang tepat pada masanya kerana pada tahun 2008 ,Wanie akan masuk asrama penuh.Jadi ibu ada peneman terbaru iaitu anak emas ibu sendiri –Abg Cup dan keluarganya (kakak ipar dan 3anaknya-Along(Siti-17thn),Angah (Fatin-15thn) dan Adik(Rohimi-11thn).

Allah itu Maha Mengetahui…dan apa yang terjadi adalah Kehendak-Nya.Manusia hanya mampu merancang dan berserah.Kegembiraan kami lenyap begitu sahaja bila Abg Cup mula buat perangai (main cinta-bulan march 2008 ).Sudah berguni nasihat dan mukadimah dari kami adik beradik pada dia…namun hampa.Apakah Allah menyembunyikan sesuatu dari kekecohan yang dialami oleh kami sekarang??

“Diharap panas hingga ke petang tapi hujan ditengahari”

Aku malu pada suamiku…dengan keadaan yang menimpa nasib ibu.Sepatutnya anak-anak lelaki yang memikul tanggungjawab untuk menjagamu.Rasa terkilan hendak meninggalkan ibu bersama dengan menantunya(Kak Chik) setelah apa yang telah abang Cup sanggup khianati masjid yang mereka bina sekian lama..Hati perempuan mana yang tidak terusik pabila suami bermain kayu tiga dan diri terpaksa menjadi hamba menjaga mentua yang terbaring kaku (ibuku…).Kami tidak salahkan kakak iparku..dia dah banyak menolong kami menjaga ibu seperti ibunya sendiri.Asal malam menjelma abang akan keluar rumah.Terkontang kanting kakak iparku menguruskan ibu seorang diri.Aduhai…Keadaan bertambah gawat dan tembok kesabaran kakak iparku runtuh hari ini 10/7/2008..pabila semalam abang Cup mengatakan dia bertekad kawen dengan kekasihnya itu.Hati isteri mana yang tidak hancur dan terluncurlah kata-kata dari mulutnya untuk tinggalkan rumah ibu….Pagi tadi…aku terima panggilan dari kakak keduaku yang Kak Chik telah tinggalkan rumah ibu bersama-sama anaknya.Astaqfirullahhalazim…..Nasib baik abang ketigaku bersama kakak pertamaku(Kak Kiah) ada menjaga ibu.Sudah berguni nasihat mereka pada kakak iparku.Tapi hati dah hancur..Kak Chik pergi membawa hatinya.Oh…Kak Chik…tega sungguh insan yang sedarah denganku melukakan hatimu.Harus bagaimana kami yang menghormatimu selama ini untuk menebus kesalahan abg kandung sendiri.Ya Allah ! kami pasrah dan redha dengan ujianmu ini.

Kak Kiah,Kak Shun kami sudah ada tanggungjawab masing-masing.Namun begitu kami bersyukur dengan suami yang masih mampu memahami dan masih merestui kami terus menjagamu. Kak Kiah akan dihantar suaminya setiap malam untuk menjagamu…dan Kak Shun pada sebelah siangnya itupun selepas anak-anaknya pergi sekolah.Apalah daya anakmu ini ibu…kerana dalam 3orang anak perempuanmu ..hanya aku seorang yang bekerja. Dan tinggal jauh (Pulau Pinang) darimu.Aku terpaksa wakilkan kakak2 untuk menguruskanmu.

Tunggu sahaja hari sabtu ini.Pertemuan kami adik beradik bagi membincangkan hal pengurusan ibu.Abang iparku (abg It suami Kak Shun) awal-awal lagi minta izin untuk menjaga ibu.Alangkah beruntungnya ibu mendapat menantu lelaki sebaik Abang It.Dah banyak jasa dia pada aku dan keluargaku.Baik ibu dan bapa…dia yang mengambil berat.Terima Kasih abg It.

Menghitung hari untuk kembali ke kampong hari sabtu ini.
Semoga kami semua mendapat petunjuk dari apa yang telah terjadi.Amin.

Puas difikir dan direnung aku redha dan pasrah
Semoga kemelut yang melanda cepat-cepat berlalu.Amin

Bersabarlah ibu…moga-moga semua ujian akan cepat berakhir.







The Power of Attitude!

Attitude

There once was a woman who woke up one morning,

looked in the mirror,

and noticed she had only three hairs on her head.

'Well,' she said, 'I think I'll braid my hair today.'
So she did and she had a wonderful day



The next day she woke up,

looked in the mirror and saw that she had only two hairs on her head.
'H-M-M,' she said,

'I think I'll part my hair down the middle today.'
So she did and she had a grand day.


The next day she woke up,

looked in the mirror and noticed that she had only one hair on her head.
'Well,' she said,

'today I'm going to wear my hair in a pony tail.'
So she did,

and she had a fun, fun day.


The next day she woke up,

looked in the mirror and noticed that there wasn't a single hair on her head.
'YAY!' she exclaimed.
'I don't have to fix my hair today!'


Attitude is everything


Be kinder than necessary, for everyone you meet is fighting some kind of battle.

Live simply,
Love generously,
Care deeply,
Speak kindly.......

Life isn't about waiting for the storm to pass...




It's about learning to dance in the rain.