BaB 17
Aleya Puteri
Aleya Puteri
Lamaran Kasih...
Setelah menghabiskan makanan mereka, Aleya mula bertanya kembali tujuan Idzham membawanya ke sini.
"Kejap lagi Am beritahu sayang. Sekarang ni sayang kena tunggu sekejap sebab Am nak pergi gents dulu. Okay." Seraya itu juga Idzham bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke satu arah yang Aleya rasa ialah tandas seperti yang dikatakan oleh Idzham.
Sementara menunggu Idzham, Aleya mengacau-ngacau gelas jus epalnya yang hanya tinggal sedikit lagi dengan 'spatula' yang disediakan bersama jus tersebut. Pinggan hidangan mereka telah dibawa pergi oleh pelayan tadi. Muzik latar yang dimainkan semenjak dia dan Idzham melangkah masuk ke sini tadi tiba-tiba dihentikan. Yang kedengaran sekarang ialah suara seseorang yang tengah mencuba microphone. Aleya mengangkat pandagannya ke hadapan pentas kecil yang kebetulan setentang dengan pandangan matanya untuk melihat apa yang berlaku.
Matanya amat cukup sukar mempercayai yang rupanya Idzhamlah makhluk yang sedang mencuba microphone di atas pentas itu. 'Ya Allah, apa yang dia nak buat tu?' hati Aleya berdetik. Dilihatnya Idzham duduk di atas sebuah stool kecil sambil memegang sebuah gitar. 'Gitar? Tahu ke peguam seorang ni main gitar?'
"I would like to dedicate this song to my sweetheart, Aleya Puteri." Aleya rasa begitu tergamam saat mendengar suara Idzham menyampaikan ucapan dedikasinya di atas pentas itu untuknya. Selepas itu dia melihat Idzham mula memetik gitar ditangannya dan suaranya mula kedengaran mendendangkan sebuah lagu yang cukup menyentuh hati Aleya...
Dealova aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu...aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu....karena langkah merapuh tanpa dirimu...ooohh..karena hati telah letih....aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh...aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu....tanpamu sepinya waktu merantai hati...oh bayangmu seakan akan....kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu..ooohhkau seperti udara yang kuhela kau selalu ada....hanya dirimu yang bisa membuatku tenang...tanpa dirimu aku merasa hilang..........dan sepi......
Sememangnya di saat Idzham mendendangkan lagu tersebut, mata Aleya tidak berganjak walaupun sesaat. Suara Idzham yang serak-serak basah menedendangkan lagu Dealova walaupun tidak sehebat suara nyanyian Once ahli kumpulan Dewa itu tetap meresap ke dalam hatinya. Bait-bait lirik yang dilagukan Idzham benar-benar menyentuh hati wanitanya. Cintanya pada Idzham terasa semakin bersemarak. Disaat Idzham menyudahkan nyanyiannya, kedengaran tepukan daripada pengunjung restoren tersebut.
Pada Aleya suara Idzham begitu lunak. Jika tidak tak kanlah pengunjung lain akan bertepuk tangan setelah Idzham menghabiskan nyanyiannya. Kalau tak sedap, tentu dah ada orang akan 'boo' nyanyian kekasihnya itu. Rasanya kalau Idzham pergi uji bakat Akademi Fantasia tentu Ajai dan Aubery Suwito akan angkat kad hijau. Nasib baiklah Idzham dah berumur 30 tahun. Jadi secara automatiknya dia sudah tidak lagi layak untuk menyertai Akademi Fantasia. Kalau tidak habislah kekasihnya ini jadi rebutan gadis-gadis di luar sana. Tak sanggup dia nak membiarkan kisah cintanya menjadi ala-ala kisah Ina ¡VMawi.
Hati Aleya terasa berdebar-debar di saat Idzham melangkah semula kearah meja yang didudukinya. Apabila tiba di meja mereka, dilihatnya Idzham hanya tersenyum memandandang kearah Aleyanya tanpa duduk semula dikerusinya. Sebaliknya Idzham berdiri di sisi Aleya. Hati Aleya pula semakin terasa kuat debarannya melihat tingkah Idzham.
"Nasib boleh tahan suara Am, kalau tidak mahunya hujan turun tiga hari tiga malam tak berhenti." Aleya cuba memuji dalam berlawak yang dirasakannya tidak lawak langsung untuk menutup kegugupannya melihat perlakuan Idzham itu.
"Sayang..." Idzham memulakan katanya. Suaranya kedengaran begitu gemersik sekali. Pujian dan lawak tak menjadi Aleya langsung tidak dipedulikannya. Matanya tajam menikam anak mata Aleya. Saat itu, Aleya terasa jantungnya berdetak kuat seolah-olah hendak tercampak keluar lagaknya.
'Err... .Ke - ken - kenapa ni Am?" Aduh, datang dah gugup Aleya! Idzham ni pun satu. Tiba-tiba beerlagak terlebih romantis macam ni kenapa? Dah ajak dinner di tempat yang istimewa macam ni, menyanyi lagu yang didekasikan khas buat Aleya dan sekarang... Apa pula yang dia nak buat ni?
Dalam Aleya berfikir-fikir, datang seorang pelayan di situ membawa sejambak bunga mawar merah lalu menyerahkan bunga tersebut pada Idzham sebelum berlalu pergi. Aleya semakin terpinga-pinga dibuatnya.
"Khas untuk sayang..." ujar Idzham seraya menghulurkan bunga tersebut kepada Aleya. Aleya menerima bunga tersebut dengan rasa penuh terharu. Diciumnya keharuman bunga mawar tersebut. Waalaupun bau mawar tidaklah semerbak mana, diciumnya juga tanda menghargai pemberian Idzham. Semasa mencium bunga tersebut, baru Aleya perasan ada sekuntum mawar putih terselit ditengah-tengah jambangan tersebut. Apa maksudnya ya?
"Thanks honey..." ujar Aleya sambil tersenyum manis ke arah Idzham. Idzham membalas senyuman Aleya itu. Selepas itu dilihatnya Idzham menyeluk tangan kedalam poket bajunya dan mengambil sesuatu sebelum dia merendahkan badannya dan duduk melutut dihadapan Aleya seperti gaya orang nak melamar kekasih hatinya.
'Hah, melamar? Idzham nak melamar aku ke?' hati Aleya terdetik melihat pada cara Idzham. Seterusnya Idzham dilihatnya membuka kotak baldu bewarna coklat bersaiz empat segi tepat kecil yang diambil dari poketnya tadi dihadapannya dan memegang kotak tersebut dengan sebelah tangannya. Saat kotak itu dibuka, teserlah kilauan seutas rantai tangan yang diperbuat daripada kristal dan mutiara. Aleya begitu terrgamam di saat matanya menyapa rantai tangan yang begitu cantik itu. Segera dialihkan pandangan matanya pada Idzham meminta kepastian untuk apakah semua ini. Namun bibirnya begitu berat untuk berkata-kata. Lalu dibiarkan matanya sahaja berkata-kata menyampaikan pertanyaan yang terbuku dihatinya.
Gelang Kristal & Mutiara Dalam Kotak Berbaldu coklat untuk Aleya
Dalam kebisuan dan melawan tenungan di antara mereka tika itu, dia dapat merasakan sebelah lagi tangan Idzham memegang dan meramas-ramas lembut tangannya sebelum dia mendengar ayat keramat yang keluar dari mulut Idzham.
"Sayang, you know that I'm hardly fall in love with you all this while, always think of you wherever am I and how much I want to be with you. Je t'ador Aleya.. Now I would like to ask for your hand. Sudikah sayang untuk berada di sisi Am sebagai Hawa untuk seorang Adam dikala susah dan senang hingga ke akhir hayat, membantu melakar kanvas cinta hidup dan melahirkan waris cinta untuk seorang Idzham Iskandar?" Satu-persatu ayat yang diluahkan Idzham kedengaran begitu tulus menusuk ke telinga Aleya. Mata Idzham tidak sesaat pun dilarikan dari memandang mata Aleyanya saat kata lamaran itu diluahkan. Aleya tahu maksud Je t'adore yang diucapkan Idzham iaitu I love you dalam bahasa Peranchis. Ini kerana masa di UM dia pernah mengambil kursus bahasa Peranchis sebagai kursus bahasa asing. Tiba-tiba Aleya rasa ada air mata terharu yang menubir di kelopak matanya.
"Sayang, please janganlah menangis...Kalau Leya tak mahu tak apa. Tapi janganlah menangis. Am tak sanggup nak tengok air mata Leya." Idzham cuba memujuk di saat dia perasan ada air mata yang hampir menitik dari mata Aleya. Saat itu Idzham mula terasa sedikit hampa. Mungkin Aleyanya masih belum begitu bersedia untuk semua ini. Mungkin lamarannya terlalu awal sedangkan mereka baru sahaja melayari alam percintaan. Tetapi bagi dia, berapa lama masa yang dilalui dalam alam percintaan tidak begitu penting. Yang penting baginya, hatinya cukup tulus menyayangi Aleya dan saat dia mula mengenali Aleya dia tahu Aleyanya itu adalah wanita yang telah diimpikan untuk berada di sisinya setiap hari.
"Am tahu tak yang wanita boleh menangis sama ada kerana gembira atau sedih. Air mata yang Am nampak ni bukannya air mata kesedihan tapi ini adalah air mata kegembiraan. Kegembiraan kerana akhirnya seorang Aleya Puteri telah dilamar oleh putera idaman hatinya. Saat Leya kenal Am dulu, Leya tak pernah fikir yang hubungan kita akan sampai kesini akhirnya. Tapi kini bila Am melamar Leya, what would you expect my answer to be?" Aleya menerangkan pada Idzham sebab-musababnya ada air mata yang kelihatan dimatanya. Kini giliran Idzham pula kelihatan terpinga-pinga dengan pertanyaan Aleya pada ayatnya yang terakhir itu. Hatinya mula merasa cuak melihat reaksi yang diberikan oleh Aleya.
"Honey, of course I will say I do. I won't miss the opportunity of a lifetime to be Mrs. Perasan Bagus." Akhirnya Aleya meluahkan jawapan yang dinantikan oleh Idzham bersama senyuman yang paling manis buat Idzham atau Encik perasan Bagusnya.
Idzham tersenyum lega mendengar jawapan Aleya yang sememangnya diharap-harapkan. "Thanks sayang. Sayang, I'll promise to take care of you and to love you as my other half. I'll be lost if I lost you because you are the meaning of life to me and I swear in the name of love that if I ever dare to left you, I wont find any other love until my last breath." Idzham memeterai janjinya pada Aleya.
"Ishh..ada ke kata begitu. Tak baik tau sumpah diri sendiri. Kalau Am tinggalkan Leya, Leya akan pastikan Am akan penyek kena langgar dengan steamroll." Aleya ketawa dengan kata-katanya sendiri. Ketawa tanda kegembiraan seorang gadis yang dilamar kekasih hatinya.
"Uh, sayang lagi kejam. Ada ke sumpah Am kena langgar dengan steamroll. Ganas tak ingat." Idzham juga tergelak akhirnya. Baginya, mana mungkin dia sanggup meninggalkan Aleya Puterinya. Satu-satunya permata dihatinya.
"Emmm... gelang dalam kotak tu untuk perhiasan je ke?" dalam Idzham menikmati gelak tawa mereka tiba-tiba terdengar pertanyaan dari mulut Aleya.
"Eh, lupa pula. Nak bagilah ni. Gelang ni memang khas untuk sayang." Idzham mengambil gelang mutiara dan kristal didalam kotak tersebut lalu dilayangkan ditangan Aleyanya. Gelang yang dibeli khas sebagai hadaiah lamarannya. Gelang tersebut nampak begitu cantik sekali di tangan Aleya yang putih mulus itu. Selepas mengatup penutup gelang tersebut, Idzham menghadiahkan kucupan ditangan Aleya. Pipi Aleya mula memerah pabila merasakan tangannya dikucup Idzham.
Serentak dengan itu kedua mereka, Idzham dan Aleya mendengar bunyi tepukan gemuruh dari sekitar mereka. Rupanya tanpa disedari mereka yang telah tenggelam dalam perasaan cinta yang begitu membuak di antara satu sama lain, aksi romantis mereka telah ditontoni oleh sebahagian pengunjung restoren tersebut termasuk para pelayan yang berada di situ. Kepala Aleya menunduk dengan pipinya yang semakin kemerahan menahan rasa malu kerana aksinya bersama Idzham telah ditonton oleh orang lain. Terlupa pula dia yang mereka berada di dalam restoren. Idzham pula hanya tersengeh bangga mendengar tepukan gemuruh para pengunjung restoren tersebut. Lelaki, macam tulah dia.
Setelah keadaan mula reda dan pengunjung restoren tersebut mula kembali dengan hal masing-masing, Idzham duduk semula di kerusinya. Tangannya masih meramas jari-jemari Aleya seolah-olah tidak ingin dilepaskan langsung. Matanya juga masih asyik memandang Aleya seperti dia tidak akan dapat melihat Aleya lagi selepas ini. Aleya yang semakin asyik dilayan sebegitu akhirnya tersedar akan sesuatu. Mereka dah terlalu lama di situ. Ya, lah tak kan nak duduk situ sampai restoren tutup jam dua pagi. Buat apa nak duduk lama-lama lagi di sini sebab bukannya mereka nak kena basuh pinggan pun.
"Am, dah lama kita kat sini kan? Kita balik ya. Kan tadi Arisa dah pesan Cinderella kena balik sebelum pukul 12?" Aleya menegur dengan lembut Idzham yang masih tidak puas nak beromantis.
"Hmmm... baru jam 11 malam sayang. Dah nak balik ke? Esok kan cuti? Lepas subuh boleh sambung tidur sampai tiga petang. Lagipun Leya bukannya Cinderella. Arisa beritahu Am pagi tadi yang Leya ni Sleeping Beauty." Selepas habis berkata begitu, Idzham mengenyitkan sebelah matanya pada Aleya.
"Oh, kutuk bakal isteri ya? Mentang-mentang Leya dah cakap I do tadi. Ingat boleh buli oranglah ni? Walaupun Leya bukan Cinderella, tak perlu sampai rumah before 12a.m. takkanlah kita nak duduk sini tunggu sampai restoren tutup?" Aleya tersenyum malu kerana Idzham sudah tahu yang dia jenis suka bangun lewat.
"Okaylah sayang. Tunggu kejap Am settle bill." Idzham memanggil pelayan untuk membawakan bil mereka. Setelah menjelaskan bil, Idzham mengiringi Aleya untuk ke kereta. Tangan Aleya langsung tidak dilepaskan semasa berjalan keluar dari restoren dan memasuki lift untuk turun ke ruang legar Menara Kuala Lumpur. Disaat mereka ingin menuruni escalator untuk ke kereta pun Idzham masih lagi memegang tangan Aleyanya dengan erat.
Baru sahaja mereka ingin melangkah ke tangga escalator, terdengar suara seorang perempuan menegur mereka. Lalu Idzham dan Aleya berpaling ke arah suara yang memanggil itu.
"Idzham Iskandar! Wait..."
Aleya lihat ada seorang perempuan melambaikan tangannya pada Idzham. Saat itu juga dia dapat merasakan tanggannya yang dipegang erat oleh Idzham tadi telah terlerai. Aleya terpinga dengan kehadiran wanita yang tiba-tiba sahaja muncul dihadapannya dan Idzham. Idzham dilihatnya tersenyum mesra pada wanita yang tidak dikenalinya itu.
'Siapa dia ni?' Hati Aleya mula merasa tidak enak. Seperti ada sesuatu yang akan terjadi...
BaB 18
Aleya Puteri
Hatiku yang mencemburui?
"Kata semalam nak bagi Leya tidur sampai pukul tiga petang??"
Aleya merungut pada Idzham yang sedang berdiri menghadapnya di depan pintu rumahnya. Macam manalah dia tak merungut geram pada Idzham, semalam sahaja Aleya sampai ke rumah dah jam satu setengah pagi. Sepatutnya mereka boleh pulang dari dinner mereka lebih awal.
Tetapi bila tiba-tiba perjalan pulang mereka diganggu oleh pelakon tambahan yang tidak diundang dan Idzham pula sibuk melayan bual perempuan yang hanya dikenalkan padanya sebagai Shasha, Idzham terlewat menghantar Aleya pulang. Hari ini pula jam baru menunjukkan angka sepuluh, Idzham sudah terpacak depan pintu rumahnya dan mengajak Aleya keluar. Kalau diikutkan hati, Aleya masih tidak puas tidur sebenarnya. Dia belum puas hibernate dalam biliknya dan berangan-angankan majlis persandingannya dengan Idzham nanti. Aleyakan dah dilamar semalam, tentulah nak kena mula merancang itu-ini untuk masa depannya dan Idzham.
"Jomlah sayang, bukannya elok anak dara tidur sampai matahari naik menggalah macam ni. Lagipun sekarang ni dah lebih lapan jam dari waktu Am hantar Leya balik semalam. It should be enough for you to have a good sleep. An adult need only eight hours of sleep. Lagipun Leya bukannya baby lagi nak kena tidur sampai 12 jam kan...." Idzham masih memujuk.
"Mananya ada Leya tidur lapan jam. Semalam pukul empat pagi baru Leya tidur tahu tak??"
Aleya menyangkal kata-kata Idzham. Semalam sampai sahaja di rumah, Arisa rupanya masih berjaga menantikan kepulangannya. Menantikan cerita sensasi dari Aleya sebenarnya. Tidak sabar-sabar Arisa nak mendengar apa yang terjadi semasa dinner antara Idzham dan Aleya. Apabila Aleya mengatakan dia telah dilamar Idzham, Arisa menjerit riang sehingga Aleya terpaksa menutup mulutnya dengan bantal. Gila betul sahabatnya itu menjerit di pagi-pagi buta. Dia pula yang terlebih excited dari Aleya. Kemudian Aleya bercerita itu ini dengan Arisa pula dan mendengar pendapat Arisa, tanpa sedar waktu sudah berganjak ke empat pagi.
"Apasal sampai empat pagi baru tidur? Semalam Am hantar pukul satu kan?"
"Pembetulan. Satu setengah pagi ya bukannya satu pagi. Dah sampai rumah semalam Arisa pula ajak berbual. Sebab tulah lambat tidur. Honey, Leya mengantuk lagi lah ni..."
Aleya merengek manja. Dia masih cuba memujuk Idzham untuk membatalkan rancangan mengejutnya untuk keluar bersama.
"Pandai ya sayang. Panggil Am honey masa macam ni. Tak kira leya panggil Am honey ke bunny ke, Am tak mahu sebarang alasan. Leya kena ikut Am juga. Siapa suruh tidur lambat? Padan muka."
"Am ni kejam betul lah. Suka betul paksa-paksa orang. Yalah, bagi Leya setengah jam. Leya nak mandi dan bersiap. Am duduk tunggu kat luar tu."
Lantas Aleya berlalu masuk ke rumah untuk mandi pagi dan bersiap. Masa Idzham muncul tadi, dia masih belum sempat mandi. Dia hanya sempat cuci muka, gosok gigi dan merapikan rambutnya sahaja. Nasib malam tadi dia pakai tracksuit dan t-shirt untuk tidur. Kalau dia pakai satin nightdress seperti biasa mahunya bola mata Idzham tergolek jatuh ke lantai melihat keseksian bakal isterinya.
Akhirnya Aleya mengalah dengan permintaan Idzham. Lagipun dia dah semakin memahami sifat Idzham yang selain selalu perasan bagus iaitu suka memaksa dan menentukan sesuatu untuk orang lain terutamanya Aleya. Dengan lain perkataan bossy. 'N'Nasib kamulah Aleya dapat kekasih yang bakal menjadi suami macam tu. Dah terjatuh cinta dengan orang macam tu terima sahajalah buruk baiknya...' Hati Aleya merungut sendirian. Lagipun orang macam ni nak diamkan dia senang je. Kena mengalah dengan mereka. Habis cerita.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Am datang sini nak beli apa??"
Pantas Aleya bertanya bila dilihatnya Idzham memandu masuk ke kawasan basement parking pusat membeli-belah SOGO.
"Am nak cari jubah untuk umi "
"SOGO mana ada jual jubah."
Aleya memandang Idzham dengan pandangan pelik. Ada ke patut nak cari jubah dekat SOGO?
"Am, tahulah SOGO tak ada jual jubah tapi dekat Jalan TAR tu kan banyak butik jual jubah. Am saja parking dekat sini. Sejuk sikit. Dahlah jom pergi cari jubah dulu, lepas tu kita pergi makan."
Pantas Idzham menarik tangan Aleya untuk melintas jalan Tuanku Abdul Rahman yang sentiasa sesak itu.
"Honey, kita makan dulu boleh tak?"
Idzham memandang Aleya dengan pandangan pelik. Mereka baru sahaja sampai, Aleya dah ajak dia pergi makan. Siap panggil honey lagi. Semalam masa dinner seronoklah juga rasanya bila dipanggil honey oleh Aleya. Tapi hari ini, dia dah dapat tangkap rentak Aleya yang hanya akan memanggil dia honey bila nak membodek Idzham sahaja.
"Kita baru je sampai kan?"
"Tapi Leya tak sarapan dari pagi. Dah kebulur ni. Macam mana nak shopping jubah untuk Umi Am kalau tak ada tenaga??"
Idzham mengeleng sahaja melihat tingkah Aleyanya itu. Ada sahaja alasannnya. Idzham sendiri tidak bersarapan semenjak pagi. Pagi tadi dia sempat telan secawan Milo sahaja. Perutnya dah terbiasa dibiarkan berlapar begitu sementelah lagi dia jenis yang sentiasa sibuk. Namun melihat Aleya menayangkan muka minta kasihannya, tidak sampai hati pula dia nak menghampakan permintaan Aleya.
"Ya lah kita makan dulu. Nak makan dekat mana? Beriyani Insaf ke?"
Pantas Aleya mengeleng tanda tak mahu.
"Tak mahulah dekat Insaf. Nanti habis makan terus Insaf tengok bil."
"Macamlah Am nak suruh Leya yang bayar. Habis tu nak makan dekat mana? Odean cafe tu boleh?"
Idzham menghalakan jari telunjuknya pada Odean Cafe yang terletak berdekatan tempat mereka berdiri. Idzham tidak pasti sama ada Aleya mahu atau tidak kerana kedai itu memang kelihatan agak buruk. Sebenarnya tak adalah buruk sangat, cuma segala perabot di dalamnya kelihatan lama dan keadaannya agak tidak teratur. Tetapi Idzham memang suka dengan kedai ini kerana makanannya memang sedap.
"Leya tak kisah."
Setelah mereka duduk dan sementara menunggu pesanan makanan mereka sampai,
Aleya mengambil kesempatan yang ada untuk bertanya soalan bonus pada Idzham.
"Siapa perempuan yang kita jumpa masa nak balik semalam tu?"
"Hmm... Perempuan mana pula ni?"
Idzham kelihatan termangu-mangu bila disoal begitu.
"Idzham Iskandar Ismail jangan nak mengelat! Berapa banyak perempuan yang kita terjumpa masa balik dari dinner dekat lobi menara KL tu semalam?"
"Ohh...that girl. Alah, kawan lama masa sekolah dulu. Kan Am dah kenalkan Shasha dengan sayang semalam."
"Kawan sekolah? Bukan ke dulu Am ada cerita dekat Leya yang Am bekas student STAR. Setahu Leya, STAR mana ada pelajar perempuan."
Aleya merenung tajam Idzham. Ada hati nak menipu Aleya lah tu. Ingat Aleya ni tak tahu ke Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Ipoh tu sekolah lelaki.
"Memanglah Am ex-STAR. Shasha tu pula bekas pelajar Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Am dengan dia dua-dua budak asrama. Am selalu jumpa dia bila ada aktiviti antara sekolah-sekolah berasrama di Ipoh. Kadang-kadang terjumpa masa keluar ke bandar. Itu je, bukannya ada apa-apa. Sayang jealous ek?"
Idzham tergelak melihat Aleya mencebikkan bibirnya.
"Mestilah cemburu. Semalam Am bercakap dengan dia sikit punya lama macam nak bermastautin terus dekat menara KL tu. Lepas tu kenalkan dekat Leya pun lebih kurang je. 'Shasha meet Aleya.
Aleya ni Shasha.' Mana Leya tak geram.
Perempuan tu pula senyum pun macam nak tak nak je dekat Leya tahu tak?"
Aleya berkata geram. Sempat dia mengajuk cara Idzham mengenalkan mereka berdua semalam. Mahunya dia tidak cemburu mengenangkan pertemuan Idzham dengan perempuan bernama Shasha tu semalam. Sudahlah si Idzham dan Shasha berborak tak sudah-sudah macam tak boleh jumpa dah lain kali, perempuan tu pula macam tak suka je memandang Aleya.
Aleya berkata geram. Sempat dia mengajuk cara Idzham mengenalkan mereka berdua semalam. Mahunya dia tidak cemburu mengenangkan pertemuan Idzham dengan perempuan bernama Shasha tu semalam. Sudahlah si Idzham dan Shasha berborak tak sudah-sudah macam tak boleh jumpa dah lain kali, perempuan tu pula macam tak suka je memandang Aleya.
"Alah, sayang tak ada apa-apalah. Am dengan dia dah lama tak jumpa, tentu banyak yang nak dibualkan. Lagipun Shasha tu keturunan syed - sharifah, memang dia nampak sombong kalau tak kenal dengan dia sangat. Dahlah makanlah cepat. Nanti lambat pula kita nak cari baju untuk umi."
Idzham segera mententeramkan hati Aleya sebelum cemburunya semakin marak. Sebenarnya dia rasa seronok juga bila tahu yang Aleya ada rasa cemburu padanya. Kalau tidak selalunya dia sahaja yang tonjolkan rasa cemburumya pada Aleya. Cemburukan Aleya dan Syed Akashah si buaya jadian tu.
Akhirnya Aleya terdiam setelah dipujuk Idzham. Dia cuba mempercayai alasan yang diberi Idzham sekaligus menanamkan rasa percaya pada kejujuran Idzham. Tetapi entah mengapa, dia masih merasa ada sesuatu yang tak kena. Seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku pada perhubungan antara Aleya dan Idzham. Namun dia cuba memadamkan segala kerisauan yang terbit dihatinya dengan memberi tumpuan kepada nasi goreng Yan Chow yang tehidang dihadapannya. Idzham dilihatnya sudah hampir menghabiskan mee rebus yang dipesannya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Nak cari apa lagi ni?"
Aleya bertanya pada Idzham yang masih meninjau-ninjau kedai baju yang berada di sisi mereka. Tadi sesudah makan, Idzham telah membelikan tiga pasang jubah untuk uminya di butik C Jelita. Kini entah apa pula yang dicarinya.
"Am nak cari baju kurung."
"Baju kurung? Untuk siapa pula ni?"
"Untuk sayang lah."
"Untuk Leya? Nak buat apa? Leya dah ada banyak baju kurunglah."
"Sabtu depan Am ada jemputan kenduri. Majlis bertunang. Am nak Leya ikut sekali. Kalau Am tak bawa karang ada pula orang yang cemburu sebab Am bercakap dengan perempuan lain."
"Leya tak kisahlah kalau Am nak cakap dengan perempuan lain. Tapi janganlah bercakap macam Am cakap dengan si Shasha semalam. Bercakap dengan bakal suami Leya sikit punya lembut tapi dengan Leya buat muka masam. Siapa tak cemburu. Macam ada hati je nak rampas hak orang lain."
Idzham tergelak mendegar rungutan Aleya. Tak habis-habis lagi dengan cemburunya pada Shasha.
"Ya, Allah sayang tak habis-habis lagi ke dengan hal Shasha tu? Sudah-sudahlah tu. Jom tengok dalam kedai First Lady tu. Macam cantik je baju dia."
"Buat apa nak cari baju kurung untuk Leya? Kan Leya dah cakap, Leya dah ada banyak baju kurung."
Aleya masih membantah tujuan Idzham walaupun mereka telah melangkah ke dalam butik Fisrt Lady tersebut.
"Leya memanglah dah ada banyak baju. Tapi Am tak pasti menepati piawaian Idzham Iskandar atau tidak. Leya bukannya boleh percaya sangat. Suruh pakai baju kurung, sekali pakai jenis kain net yang transparent tu. Sekarang fesyen Am tengok semua jenis kain tu je. Tapi untuk majlis minggu depan Am kena pastikan pakaian Leya kategori sopan-santun.?"
"Bukan kain net lah. Mana ada orang buat baju pakai kain net. Kain net tu untuk court badminton. Baju kurung yang kain nampak jarang tu dari jenis organza lah."
"Whatever, organza ke, organ alat muzik tu ke, or even organ dalaman sekalipun Am tetap nak belikan sepasang baju kurung untuk Leya yang Am yakin kesopanannya." Tegas Idzham.
Malas nak bertelagah lagi, Aleya mengikut sahaja kata Idzham. Dia dah malas nak cari pasal dengan Idzham lagi. Biarlah dia nak belikan sekalipun. Bukannya dia minta duit Aleya. Setelah membelek dan mencuba pelbagai jenis baju kurung yang ada, akhirnya Aleya bersetuju dengan salah satu pilihan Idzham. Baju kurung bewarna biru laut dengan corak-corak bunga-bunga kecil dari manik yang dijahit kemas. Simple tapi nampak mewah.
Sementara Idzham menyelesaikan bayaran baju tersebut, Aleya meninjau kedai-kedai bersebelahan butik tersebut. Dalam ralit dia melihat kotak-kotak hantaran yang telah siap digubah disebalik cermin hadapan kedai Sayangyou, dia terasa bahunya disentuh lembut.
"Aleya?"
Aleya menoleh melihat wajah wanita yang menyapanya. Mukanya benar-benar terkejut kerana melihat manusia yang sedang berdiri tersenyum disebelahnya.
Sampai (KRU)Sayang..
Apa yang ku katakan
Apa yang ku rasakan
Belum pernah dialami
Demimu segala ku kurniakan
Demimu segala ku kurniakan
Susah ku senangkan
Apa sahaja dipenuhi
Di hati
Di hati
Dan masih lagi engkau bertanya
Sejauh manakah cinta
Penjelasan ku sebenar-benarnya;
Sampai tubuh tak bernyawa
Sampai tubuh tak bernyawa
Sampai ku ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku kan tetapkan hadir
Andai dikurnia syurga kan ku tunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa
Jawapan ku menunggu..
Kau sampai dahulu..
Mudahnya sekadar bermadah
Mudahnya sekadar bermadah
Hingga kau meragui keikhlasan sanubari
Sedangkan racun pun kan ku telan
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku
Oh sungguh..
Dan masih lagi kau bertanya
Sedalam manakah cinta
Lafaz ikrarku buat selamanya...
Katakan sayang..
Katakan sayang..
bagaimanakah harus ku hidup..
tanpa dirimu
Sedangkan separuhnya di jiwaku, bersamamu...
BaB 19
Aleya Puteri
Jujurkah kasihmu kekasihku?
BaB 19
Aleya Puteri
Jujurkah kasihmu kekasihku?
"Mama?"
Aduh macam mana boleh terjumpa mama pula dekat sini. Habislah Aleya kalau mama nampak Idzham. Bocorlah rahsianya. Mata Aleya meliar cuba mencari bayang Idzham sama ada berhampiran dengannya atau tidak. Buat masa ini, dia tak nampak Idzham lagi. Mungkin masih belum selesai dengan urusannya di butik tadi.
"Ha...kenapa rupa mama sendiri tak kenal dah?"
"Heh, tak adalah mama. Mestilah kenal lagi. Anak mama ni masih kuat ingatannya. Yaya tak ada makan semut dah lately ni. Mama buat apa kat sini? Mama datang dengan siapa?"
"Mama datang dengan Aunty Zai. Nak beli barang-barang nak buat hantaran untuk majlis kahwin anak dia si Zaira tu. Aunty Zai dah masuk dalam tu. Yaya buat apa dekat sini??"
"Err...saja jalan-jalan dengan kawan. Teman kawan cari baju tadi."
"Kawan lelaki ke perempuan?"
"Ll - Perempuan lah. Err..mama nampak ke kawan Yaya tu?"
Habislah Aleya macam ni.
Nak tak nak terpaksalah menipu mama. Tipu sunat walaupun manalah ada istilah tipu sunat dalam Islam. Dia masih belum bersedia nak mengenalkan Idzham pada keluarganya lagi terutamanya mama. Mama ni pun satu. Nak shopping barang hantaran untuk anak Aunty Zai pun pilihlah hari orang lain bekerja. Ini hari Ahad juga yang dipilihnya. Macamlah mama dan Aunty Zai pun bekerja pada hari-hari biasa sedangkan kedua mereka itu pesara guru.
"Mana ada mama nampak. Mama baru sampai. Tadi mama ada telefon rumah Yaya nak ajak Yaya ikut sekali. Tapi Arisa kata Yaya dah keluar pula. Tak sangka pula jumpa Yaya di sini."
"Hah, ma - ma - mama call? Arisa ada kata ke Yaya keluar dengan si -siapa?"
"Ni kenapa tergagap-gagap ni? Arisa Cuma kata Yaya keluar dengan peguam ofis Yaya. Lelaki ke perempuan?"
Ish mama ni, tadi dia dah tanya dah soalan cepumas ini, yang diulang soalan yang sama buat apa? Nak perangkap anaknya lah ni. Nampaknya, kena blah cepat-cepat ni sebelum makin banyak soalan yang diutarakan oleh cikgu pencen seorang ni.
"Mama, Yaya nak kena pergi ni. Takut kawan Yaya tu sesat mencari mana Yaya pula. Nanti petang karang Yaya balik rumah mama ya. Esok Yaya pergi kerja dari rumah mama terus."
Aleya meminta diri dari mamanya. Dia cuba mengelak menjawab soalan mama tadi. Lagi lama dia dengan mama, lagi banyak yang mama dapat korek. Selain mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris dulu, mama juga merupakan guru kaunseling sekolahnya. Sudah tentulah sedikit sebanyak mama pandai meneroka hatinya. Lebih-lebih lagi Aleya itu anaknya sendiri.
Selepas bersalam dengan mama dan memastikan mama telah selamat masuk ke kedai Sayangyou tersebut dia berpusing dengan niat untuk mencari kelibat Idzham pula.
Rupanya Idzham sedang berdiri berpeluk tubuh tidak juah dari Aleya dan mamanya tadi. Mungkin mama tidak perasan tadi memandangkan Idzham berdiri di tepi dinding kaca kedai tersebut bersama-sama dengan beberapa orang manusia yang tidak dikenalinya. Mata Idzham merenung tajam muka Aleya.
Rupanya Idzham sedang berdiri berpeluk tubuh tidak juah dari Aleya dan mamanya tadi. Mungkin mama tidak perasan tadi memandangkan Idzham berdiri di tepi dinding kaca kedai tersebut bersama-sama dengan beberapa orang manusia yang tidak dikenalinya. Mata Idzham merenung tajam muka Aleya.
'Aduh, satu lagi bala. Dia dengar ke apa yang aku cakap dengan mama tadi?'
Hati Aleya mengeluh bila dilihat wajah masam Idzham. lantas dia menarik tangan Idzham menjauhi kedai tersebut sebelum mata mama akan mengintai semula keluar dari kedai tersebut dan ternampak mereka beerdua. Setelah agak jauh sedikit dari kedai tersebut, baru Aleya menegur Idzham.
"Dah lama ke Am tunggu tadi?"
"Tak adalah lama mana. Sempat juga kalau nak seberang jalan, pergi ke A& W, pesan waffle with ice cream untuk bungkus dan seberang balik ke kedai tadi."
Suara Idzham kedengaran serius sahaja. Huh, lamalah tu kalau dia buat perbandingan sampai order waffle A& W. Kalau pesan waffle dari A&W memanglah ambil masa yang panjang sebab nak kena tunggu waffle tu masak. Aleya hanya diam. Menyedari kesalahannya meninggalkan Idzham yang sedang membuat pembayaran di butik tadi untuk merayau-rayau seketika sehingga terjumpa mama dan terpaksa menipu mamanya pula.
"Siapa tadi?" Suara Idzham masih bernada serius.
"Yang mana?" Aleya bertanya bodoh.
"The one yang call you Yaya and address herself as mama. Yaya tu Leya ke?"
"Oh, tadi tu mama Leya. Family Leya kadang-kadang panggil Leya dengan nama Yaya, kadang-kadang panggil Leya."
"Since mama Leya ada tadi, kenapa tak kenalkan dengan Am?"
"Leya tak nampak pun Am dekat situ tadi."
"Am berdiri dekat situ je. Lagi satu kenapa sampai menipu mama Leya cakap Leya keluar dengan girlfriend?"
Sah Idzham mendengar perbualannya dengan mama. Kalu tidak mana Idzham tahu dia dah menipu mama tadi?
"Kalau Leya cakap keluar dengan lelaki karang lagi banyak cerita mama tu. Malaslah. Lagipun Leya tak pernah cerita pasal Am lagi pada keluarga Leya."
"What? Leya tak pernah cerita pada keluarga Leya pasal Am langsung sedangkan Am dah sampai tahap melamar Leya malam tadi? How could you!"
Suara Idzham sememangnya kedengaran begitu melengking sekali. Mukanya yang putih juga sudah nampak kemerah-merahan menahan amarahnya.
"L"Leya bu -buk - bukannya tak mahu cerita. Leya cuma tak bersedia nak cerita lagi."
Tergagap-gagap Aleya menjawab tuduhan Idzham. Matanya sudah terasa berair. Tak lama lagi pastinya Kuala Lumpur bakal banjir dengan air mata Aleya. Sedih rasanya hati bila ditengking Idzham sebegitu rupa.
"Huh, tak bersedia atau memang tak nak cerita?"
Suara Idzham kelihatan seperti mengejek. Idzham terasa jengkel dengan jawapan yang diberi Aleya. Jawapan Aleya tidak masuk akal langsung padanya. Hubungan mereka dah tahap serius pun Aleya masih nak berahsia dengan keluarganya.
"Am, Leya bukannya tak nak bercerita. Leya tak bersedia lagi. Leya memang tak tahu nak ceritakan macam mana. Leya dah pernah beritahu Am yang sebelum ni Leya tak pernah bercintakan? Leya tak tahu macam mana nak ceritakan pada mama yang sekarang Leya dah ada teman istimewa. Selama ini Leya tak pernah ceritakan tentang kawan lelaki atau kenalkan kawan lelaki pada mama Leya. Am bagilah Leya masa. Lagipun bukannya kita nak kahwin esok sampai nak tergesa-gesa macam ni."
Aleya menjawab lirih. Air mata sudah mula membasahi pipinya. Ada juga orang yang lalu lalang sibuk memerhatikan tingkah Aleya yang sudah berendam air mata dan Idzham yang sedang bermasam muka. Sibuk je mereka ini. Aleya dah semakin malu dengan orang sekeliling. Sudahlah mereka bergaduh di tengah-tengah kawasan pejalan kaki di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sentiasa sibuk dengan orang ramai. Semalam Aleya malu kerana telah mendapat tepukan oleh pengunjung restoren disekeliling mejanya atas aksi lamaran romantik Idzham. Hari ini pula Aleya malu kerana terasa orang disekelilingnya sedang mengejek dirinya yang sedang menangis dimarahi Idzham.
'Sudahlah tu Leya. Jangan nak buat drama air mata pula dekat sini. Jom Am hantar balik. Lantaklah Leya nak kenalkan Am pada keluarga Leya atau tidak. Am malas nak ambil kisah dah."
Idzham pantas menarik Aleya untuk pergi ke keretanya yang dia parkir di SOGO. Dia mahu hantar Aleya balik sahaja. Dia sudah tiada hati nak berjalan-jalan lagi. Hatinya masih panas dengan Aleya. Dia tidak faham mengapa Aleya begitu berat nak menceritakan tentang mereka pada keluarganya. Sedangkan Idzham sendiri selalu bercerita pada uminya tentang Aleya yang dikasihinya. Tiba-tiba ada rasa ragu muncul dibenaknya. Rasa ragu sama ada Aleya serius dengan perhubungan mereka atau tidak selama ini.
Aleya pula hanya mengikut tarikan tangan Idzham. Dia tahu dia sudah membangkitkan kemarahan Idzham. Saat ini dia tidak tahu nak buat apa. Dia memang tak reti nak memujuk Idzham yang tengah panas hati. Air matanya pula tak reti-reti nak berhenti mengalir macam budak kecil yang tidak dibelikan gula-gula.
Aleya benar-benar tidak faham mengapa Idzham begitu marah hanya kerana hal sekecil ini. Betul ke Idzham ikhlas menyayanginya? Kalu ikhlas kenapa Idzham suka memaksanya dan kini hendak marah-marah Aleya pula? Kenapa?
Pastikan
Siti Nurhaliza
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku
Apa Adanya
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar
Bahagiamu
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama,
Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku
Jadi Begini