MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday, 5 June 2008

~Hati Zana~oleh: Noor Suraya epsd :1





















“Diam tu tanda setujulah,” kata abah.

“Tak abah ... Zana tak mau, Zana tak suka.

”Air mata Zana bergenang dalam matanya yang bening.

“Kenapa ni, Annas tu budak baik. Abah kenal hati budinya,” lembut aja suara abah memujuk.

Abah terus bercerita mengenai Annas, berulang-ulang kali.


Jemu Zana mendengarnya. Briyani kambing ditolak ke tepi. Kulfi yang menjadi kegemarannya, dibiarkan cair tak tersentuh.


Selera makannya susut tiba-tiba.Ibu memandang dengan sayu tapi penuh harap. Abah pun begitu. Zana yang jadi serba salah. Apa kena dengan Zana ni, umur sudah meningkat... perangai macam budak-budak lagi.“Habis, Zana macam mana... Zana dah ada sapa-sapa, ke?” tanya ibu lembut.Zana menggeleng.


Doktor Zainordin menuju ke kaunter dan membayar harga makanan. Mereka bertiga meninggalkan ‘Restoran Insaf’ di Jalan Tunku Abdul Rahman tu. Mereka segera ke tempat letak kereta dekat Sogo.


Dalam kereta tak ada seorang pun yang terasa untuk berbual seperti selalu. Esok pula ada ujian pula, buku pun belum disentuh... tiba-tiba abah datang dengan cerita baru... masalah baru.“Abah dah tak lama lagi nak pencen, Zana. Abah pula dapat peluang melancong ke Eropah dengan ibu.


Masalah kami, macam mana nak tinggalkan Zana seorang diri di KL ni.” Kata abah tiba-tiba.“Abah, apa nak susah... Zana beranilah tinggal seorang.


Dulu tu pun masa abah, ibu... buat haji kan Zana duduk sendiri juga.”“Dulu lain, Zana... Abang Zahar pun masih tinggal kat sini. Abang Zainal pun sering jenguk Zana... sekarang kan mereka dah tak ada di sini. Abah bimbang.” Doktor Zainordin memandang anak kesayangannya semula.Abah memang sengaja. Benda yang mudah sengaja hendak diperbesar-besarkan, rungut hati Zana. Mereka yang pernah terhutang budi dengan Nenek Hendon dan kini Zana pula yang menjadi korban untuk membalas budi tu.


Kalau abah dan ibu hendak ke luar negara bercuti pun, apa salahnya tinggalkan Zana seorang. Macamlah Zana tak biasa dengan KL ni. Zana dilahirkan dan dibesarkan di sini, bah. Betullah dulu Abang Zahar ada menemani Zana, tetapi dia kerap 'outstation' dan Zana kena tinggal seorang diri juga... Zana tak takut pun! Sengaja. Abah dan ibu sengaja nak atur hidup Zana. Ada ke patut hendak paksa Zana kahwin dengan orang yang Zana tak pernah kenal, tak pernah Zana sayang. Ini bukannya zaman Perang Dunia Kedua, bah. Anak-anak dikahwinkan kerana takut Jepun nak datang! Kini dah masuk abad 21. Dah di alaf baru... bah!Abah dan ibu dulu pun bercinta. Abah kenal ibu (anak diplomat dari Indonesia) semasa menuntut di Australia. Ibu ketika itu baru di tahun pertama Kesusasteraan Inggeris sementara abah pula sedang menyiapkan 'housemanship'-nya di Sydney.


Hmmm, dari dulu abah dan ibu suka mengatur hidupnya. Dulu apabila Zana dapat tawaran belajar ke Kolej Tunku Kursiah, abah larang. Kata abah, kasihan ibu... tentu ibu kesunyian tanpa Zana. Sekolah kat mana-mana pun sama. Zana ikut cakap abah belajar di sekolah dekat rumah saja di KL ni. Selepas itu Zana dapat tawaran biasiswa lanjutkan pelajaran dalam bidang guaman di Lincoln’s Inn, abah tak kasi pergi. Padahal bukan calang-calang orang yang terpilih belajar kat tempat berprestij macam tu. Kata abah, UM pun apa kurangnya. Zana ikut nasihat abah. Tapi tidak untuk kali ni, bah. Ini masa depan Zana! Soal hidup dan mati. Amboi, Zana, garangnya dia... hati kecil memperingatinya semula.


Astagfirullah il azim.“Zana, fikirlah dulu hasrat Nenek Hendon tu. Mereka bukannya nak jawapan malam ni,” kata abah, sebelum Zana keluar dari perut Honda hitam tu. Zana masuk tanpa menghiraukan abah. Sebelum ini mana pernah dia membantah cakap abah! Tetapi tidak untuk kali ini. Zana hendak pilih sendiri pasangan hidup Zana. Biarpun sampai saat ini dia tak pernah ada sesiapa pun!


Biarlah! Biarlah! Biarlah! Menyesal... menyesal... Zana menyesal sungguh ikut ibu ke One Utama kelmarin. Di situlah ibu terserempak dengan Nenek Hendon dan cucunya, Annas. Mereka masih ada hubungan keluarga dengan kami kononnya. Mereka tu orang Alor Setar. Dulu-dulu, abah dan ibu pernah menumpang tinggal di rumah mereka. Ya, tiga puluh lima tahun yang lalu, ketika abah mula-mula ‘posting’ bekerja di Hospital Besar Alor Setar. Logik ke, hanya kerana pernah menumpang... aku kena jadi isteri Nanas opss si Annas tu!


Pertemuan semalam mengganggu Zana lagi.“Subhanalah, Dewi Ratna ka ni?” kata Nenek Hendon dalam loghat utara yang pekat.Ibu tergamam dan tanpa malu-malu lagi dia memeluk Nenek Hendon di depan orang ramai. Mulai saat itu, mereka bercerita tidak berhenti-henti, tanpa menghiraukan Zana sehinggalah di pintu keluar One Utama.“Oh, lupa Dewi nak kenalkan, ini yang bongsu ... Zanariyah,” kata ibu, apabila mulai sedar Zana mengikutinya dengan beg plastik sarat di kedua-dua belah tangan. Zana meletakkan beg dan bersalaman. Memanglah dari tadi dia ingin bersalaman, tetapi Nenek Hendon tidak pun mengendahkan kehadirannya. Ibu lagilah, macam dah lupa pada anak sendiri... kerana asyik berbual. “Dah besar pun, tapi mukanya tak macam Zuraini pun. Kalau jumpa tentu tak kenal... tak perasan.”Aku senyum tawar. Aku memang tidak serupa Kak Zura yang jelita dan pernah jadi pramugari tu. Wajahnya secantik ibu. Aku macam abah aja – rupa orang Melayu. Sedangkan Abang Zainal dan Abang Zahar segak... terbias dengan kecantikan ibu. Ibu kan keturunan ningrat dari Kota Yogjakarta. Hukh, tapi aku tidak memiliki sedikit pun daripada kecantikan itu. Tak terbias pun!“Chek, dah kerja, ka?” tanya Nenek Hendon.“Masih sekolah makcik.” Balas Zana.“Makcik apa? Ni dah pangkat tok,” katanya sambil ketawa dan memandang ibu.Mereka berkongsi ketawa. Aku cuma tersenyum. Dalam hati, aku cuma berdoa. Lekaslah balik ibu, Zana tak siapkan ‘assignment’ lagi ni... esok dah nak ‘pass up’. Tetapi ibu masih berborak. Zana meninjau-ninjau teksi, tapi ibu buat-buat tak faham pula. Masih asyik berbual... bercerita dari zaman burung merak belum berwarna sampailah ke cerita burung merak dah cantik dan rupawan.


‘Tension’-nya! Hati berbisik berkali-kali.“Balik dengan apa?” tanya Nenek Hendon apabila melihat Zana tertinjau-tinjau macam burung bangau. Dia mungkin dah mula faham ‘body language’ aku tu, bisik hati Zana.Ingat nak ‘phone’ abah Zana, tapi rasanya... waktu-waktu macam ni jalan kat UH tu ‘jam’ teruk. Kesian pula. Nak naik teksi ajalah.” Balas ibu.Hahh, leganya, Zana melemparkan senyum.“Jomlah balik sekali. Boleh suruh Annas hantarkan.” Kata nenek tu tiba-tiba.“Annas?” tanya ibu.“Satu-satunya cucu makcik. Dah tak ingat? Dia dah jadi doktor, Dewi!” “Ia? Alhamdulillah.” Balas ibu.Nenek Hendon kemudian segera menggamit Annas yang berdiri terpacak tidak jauh dari situ dan segera memperkenalkan Annas: “Ni anak arwah Syimah dan Jamaluddin.”Ibu terus bersetuju tanpa minta pendapatku. Kononnya waktu begini susah nak dapat teksi. Tadi Zana nak memandu ibu kata senang suruh abah ambil aja.

~Air Jernih di pipiku~




tergamakkah kaum adam menghancurkan sekeping hati seorang isteri.

Mungkin bagi mereka dengan kiriman surat ini nampak sopan dan tertib...tahukan perasaan hati pembaca surat itu....???

Hancur dan berkecai hatinya bila dipaksa berkongsi kasih.

Benarkah air mata itu menjadi peneman Kaum Hawa>>??




Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, KemamanTerengganu.


Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,24300,
KemamanTerengganu.
31 April 2006Puan,


PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI


Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa inikuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yangmerupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliautunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akandi isi di masa akan datang.


3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lamasaya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnyerasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah sayadapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakankembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.


4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang iamenguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidupkita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadiseperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Keretabesar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potonganpuan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilahkiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.


5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan inikerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarangdengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkaniaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnyaakan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialahwaktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selakuPenyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itusaya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkanbukan?


6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terimakasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan sayaini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengansenyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di ataskertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi,pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.


7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlahsenyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kitakedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialahjika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manjabersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.


8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepatmungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapatmelaksanakan program ini dengan jayanya.



Sekian, Terima Kasih.

'BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA'

Yang Ikhlas Memohon,Suami bin Lelaki