MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday, 6 June 2008

~Kalau Suami vs Jika Suami~

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak tendang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 : Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ? JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah keranarumahtangga anda umpama SYURGA. TETAPI .... KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 : Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan iaNERAKA ????? JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAHBIDADARIMU DI DUNIA INI.. DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYADITERIMA ALLAH YANG ESA...

Tidur Siang: Pandangan Islam & Saintifik..


Tidur siang pernah dianggap sebagai salahsatu tanda kemalasan.

Islam menganggapnya sebagai suatukebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihandengannya.


Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salahsatu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.


Rasulullah ada melakukannya."Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di sianghari kerana ianya membantu ibadah di malam harisebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.


Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahariuntuk solat zohor."Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari.Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yangkeji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untukkesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untukmelaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.


Dewasa ini,berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktusiang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari,didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga,tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.


Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur keatas negara-negara industri dan pasca-industri telahmendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yangberkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai dayakreativiti yang lebih tinggi.


Daya kemampuan merekauntuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua inipastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News:'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances WorkerProductivity,' from eFuse)Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuktidur seketika kerana sistem badan kita memang bersediauntuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu.


Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' asecondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yangmenggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony,Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art ofNapping at Work.'Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges danRoger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep andAlertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspectsof Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari CornellUniversity juga telah merumuskan bahawa tidur di tengaharisekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikantenaga dan menjaga kesihatan.


Seorang pengkaji yang lain,Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahariadalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satujam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,'Family.com)Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanyamerupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atasproduktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)


~Mawar Desa ~ “Rela dalam Paksa”. eps.13

“ Pin..pin..pin”.erk terkejut aku dari melamun kenangan silam.Posmen!Kenapa berat hati pula untuk melangkah ke arah rumah selalunya aku yang meluru dulu kalau dengar enjin motor posmen.Biarlah,rasanya takan ada surat dari Abang Aziz kerana aku sudah terima kemarin.Tidak mungkin Abang Aziz sudah pandai mengarang surat berantai.Terukir senyuman bila aku tiba-tiba mereka cerita yang merepek tentang Abang Aziz.Sejak tamat persekolahan aku makin malas untuk mengirim surat-surat buat teman-temanku.Hanya telefon saja yang menyambungkan ukhwah antara kami.

“Chik ada surat la” laung kakak ku.Tersentak aku,hairan siapa pula yang menghantar surat ni.Langkah kakiku makin laju bila kelibat bapa dari telaga menuju ke rumah.

Erm dua pucuk surat yang aku terima buat aku kembali ceria.Penantianku berakhir bila surat tawaran ke POLITEKNIK berada dalam genggamanku.Berita gembira itu aku sampaikan pada Chik Lie (bekerja di Pulau Pinang).Aku panjatkan kesyukuran pada Ilahi.Doaku agar teman-teman yang sama memohon berjaya sepertiku juga.Ada air jernih dikelopak mata mak dan bapa bila aku sampaikan berita itu.

Semalaman aku tidak tidur lena.Rasanya bukan aku seorang saja yang tidak tidur lena tapi emak dan bapa juga.Setiap ayat yang keluar dari emak dan bapa aku dengar.Mungkin sangkaan mereka aku dibuai mimpi indah.Esak tangis emak buat aku kuburkan impian aku.Pujukkan bapa untuk meminjam wang dari kedai Ah Kau buat aku turut syahdu dengan tangisan insan yang banyak mendorong aku berjaya.Adakah patut aku kuburkan impianku.

Ada suara halus yang seakan-akan membisik..”sanggupkah terus membebankan orang tuaku”.Kata-kata bapa terus terngiang-ngiang ditelinga.”perempuan pandai manapun akhirnya diceruk dapur juga tempatnya.”itu semasa hasrat aku untuk meneruskan pengajiaan ku ke tingkatan empat selepas SRP.Malam yang sepatutnya aku layari dengan mimpi indah tapi bertukar menjadi gundah.

Senyuman emak didapur pagi itu buat aku serbasalah.”Patutkah aku terus membebankan emak dan bapa?”Harini emak tidak ke sawah.Aku habiskan masa berbual dengan emak tentang tawaran itu.Walaupun emak berkeras menyuruh aku teruskan impianku tapi aku tidak sanggup.Cukuplah apa yang telah abang-abang aku perlakukan pada mereka.Sepatutnya dalam usia emak dan bapa sekarang mereka tidak perlu lagi bersusah payah turun kebendang.Ah!tak sanggup aku untuk ceritakan perihal abang kandungku sendiri.ibarat meludah ke langit dan hidungku juga yang yang menjadi singgahsana air ludah itu nanti.Keputusanku muktamad aku kuburkan impianku buat masa ini.Huluran cincin berlian pusaka opah buat menanggung perbelanjaanku nanti menguatkan lagi keputusanku.


Orang yang ku cari adalah Chik Lie,desakan aku untuk dia pulang ke kampung untuk menyokong aku dituruti.Malam tu Chik Lie sampai kerumah.Mungkin dengan penjelasan dan keyakinan yang Chik Lie katakan buat emak dan bapa setuju membenarkan aku pergi berkerja ke Pulau Pinang.Ah! Lega rasa hatiku.Salmi ku beritahu tapi berita tentang persetujuan orang tuaku sahaja.Tentang tawaran yang ku terima aku pendamkan dilubuk hatiku.Biarlah kepedihan dan tangisanku menjadi rahsia hatiku.Aku tidak sanggup lagi melihat orangtuaku bersedih.Aku harap dengan penghijrahanku nanti bisa membalas jasa mereka.

Ah mengantuk pula dah hampir pukul 2 pagi..so nantikan sambungan cerita benar ini di episod akan datang..”Penghijrahan”

~Mawar Desa ~ “Ku cari sebuah ketenangan”. eps.12

“wey sepat ronggeng…teringat sang arjuna ka?”huk ala…mamat mentadak nie dah mula la nak bermukadimah dengan aku. “biarla yang kau sibuk-sibuk apahal?” jawabku selamba mentadak jugak.

Tersengeh-sengeh pulak mamat nie.Fuh ! Terkejut juga aku bila di sergah mamat sengal nie.Duk dak duk dak dengup jantung aku,masih terkedu .ah!.. sudah mana lak idea nak balas ni.
..Entah hilang habis idea nak berangan harini.Macam belon ditusuk jarum..meletup satu persatu manuskrip dalam otak nie.Sengal betulla mamat nie..Malas nak layan. “sepat? Ohoooo sepat ...cucu makloh...?” ..panggilan mamat tu ,aku biarkan dibawa angin .memandai mandai panggil nama manja aku lak .

“ sepat …tak sangka lak..muka dah cukup sifat tapi telinga pekak badak aduhaiiiiii.. ‘Ya Allah.secukup rasa ja mamat ni kata macam tu kat aku yang dikategorikan gadis melayu terakhir kat kampung nie. ” wey jaga sikit mulut awak tu ek….awat yang dok mai kat sini?eh awak tak takut ka kalau kena tangkap basah.. ??pergi la ..buat aktiviti berfaedah sikit.. ”balasku dgn geram. ‘Woho..apa dia tangkap basah ?dengan awak ..ek..minta simpang la …eh..yang awak kat atas batang pokok janggus ni kira aktiviti berfaedah ka?macam spesis cik nyet ja… »tempelak mamat tu kat aku.Sabarla hati.

Berbulu telinga kalau lawan bercakap dengan mamat sengal ni. ”dah kalau macam cik nyet ..pasaipa mai bertenggek juga kat sini..HUH. ”balasku.
“Abis kalau dibiarkan awak kat sini..nanti mati berangan pulak sorang-sorang..eh ada tulis nama kat batang pokok nie ka ..kata saya tak boleh duduk ?
suka hati la.. saya nak duduk kat sini..ka kat mana-mana ka..kena minta izin ek ? ”Mak ai jawapan macam peguam tak bertauliah.
“Dah la malas nak layan awak nie…menyombong tak bertempat..”Haha..berjaya juga aku patahkan mukadimah mamat sengal tu harini.
Terasa hati ka mamat tu ?Bersalah pula bila tengok mamat tu angkat punggung ingin berlalu.Ah gasak la..bukan aku yang gugat ketenangan dia tapi sebaliknya.kelibat tubuh mamat tu aku ekori dengan ujung mata.
Ek ..terkesima lak bila mamat tu toleh dan merenung tajam kat aku.”Apa tengok-tengok,berkenan suruh la Pak Lang mai meminang”katanya buat aku tergelak.Ada lagi ayat dari mulut becok mamat ni.”ok la tak mau kacau sepat dah,Zul dah nak balik KL arini,so nak jamu nasi minyak jangan lupa nak Zul pula “ katanya.HUH ! Terasa sampai ke tulang hitam.”Ai orang dah bertunang la makan nasi minyak dulu”balasku. “Drive elok-elok jangan dok berangan pula!”Laungku.

Ah ! Kenapalah aku lepaskan keresahan hatiku pada mamat yang membesar denganku sejak kecil lagi.Zul Lembu adalah sepupu aku juga.Mungkin kemesraan antara kami dah terbatas sejak penghijrahanku ke Perlis.Cepatnya masa berlalu aku dan Zul seperti ada tembok yang memisahkan.

Dulu dia adalah pengganti Chik Lie.Masalahku masalah dia juga.Usia yang semakin mematangkan kami untuk bermesra seperti dulu.Aku kini gadis dan dia teruna.Namun masih bersisa dalam hatiku setiap kenangan bersamanya.Manakan tidak peritiwa aku diselamatkan dari kelemasan masa mandi sungai masih utuh terpahat didalam ingatanku.”terimakasih Zul”.

sambungan "Rela dalam Paksa"

~Mawar Desa ~ “pengorbanan dalam keterpaksaan”. eps.11

Kehidupan aku kembali seperti dulu.Duduk dikampung halaman selepas keputusan SPMV diumumkan.Sambil aku melihat emak mengayam daun nipah untuk gantikan atap lama yang sudah usang bagi reban ayam di belakang rumah.

“Mak .. Nak kerjala nak kumpul duit ….teringin benar cheq nak tengok dunia luar…”rintihku lagi.”Seperti biasa …kelembutannya memujukku..separuh berbisik..”belum tiba masanya lagi sayang..”.Ah..bisanya pujukkan seorang ibu…bisa sungguh hingga lembut hatiku yang mula memberontak. “Erk..belum masanya lagik ka…”sambil mencebek bibir..aku berlari keluar bila terdengar hilai tawa yang selalu buat aku lupakan hasrat hati untuk keluar dari penjara ini.Kelibat kawan-kawan dibatas-batas bendang mengundang ketenangan padaku.Alangkah benar kata emak.Hidupku kena diteruskan disini…disini ada ketenangan,keseronokkan dan juga penuh kasih sayang.Kehijauan lautan sawah bendang mengundang satu perasaan yang sukar aku tafsirkan.Kenapa ek hari ini..terasa segan untuk menyertai mereka memancing ikan ditepi sungai,hati ini ingin bersendirian..

Ah bawah pohon janggus yang entah siapa yang menanamnya jugak pilihan hati untuk bersantai. Mengadap sungai dan juga sawah yang terbentang.Erm..bergayutnya sarang tempua terbuai-buai di ujung dahan yang kadang-kadang mengundang keasyikkan.kehijauan lautan sawah bendang yang mendamaikan.kejernihan air sungai yang mengalir lesu menambahkan seribu ketenangan.

Terngiang suara Salmi pagi tadi dalam telefon .Terusik hatiku dengan kegembiran mereka .
“Chik lusa kami dah nak pergi Pulau Pinang.Chik tak mau ikut ka?tanya Salmi yang lebih tua dua tahun dariku.Agaknya dia berjaya memujuk orangt uanya untuk berkerja setelah hampir dua tahun menjadi gadis pingitan di kampungku.

Aku terimbas kembali bila hasrat aku hadiri temuduga terbuka di MADA untuk operator pengeluaran bagi kilang Sony di Pulau Pinang dibantah bapa.Aduhai, aku tidak salahkan bapa kerana dah banyak yang aku dengar tentang keburukkan berhijrah menjadi warga kilang.”Tak tumbuh tak mengata,tak sungguh orang tak kata” kata bapa.Tidak dinafikan peristiwa anak kawan baik bapa yang terpaksa mencari pak sanggup untuk anaknya yang bunting tak berayah.Nauzubillah.Mohon disimpangkan perkara itu dari terjadi dalam keluargaku.mungkin kerana aku anak perempuan terakhir.Walaupun aku terbatas untuk bebas tapi aku gembira kerana aku tahu itu untuk kebaikkan masa depanku.

Niat untuk aku kumpul duit sebelum menerima tawaran mana-mana IPT terbantut atas arahan bapa.

bersambung lagi..."ku cari sebuah ketenangan"