MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday, 6 June 2008

~Mawar Desa ~ “pengorbanan dalam keterpaksaan”. eps.11

Kehidupan aku kembali seperti dulu.Duduk dikampung halaman selepas keputusan SPMV diumumkan.Sambil aku melihat emak mengayam daun nipah untuk gantikan atap lama yang sudah usang bagi reban ayam di belakang rumah.

“Mak .. Nak kerjala nak kumpul duit ….teringin benar cheq nak tengok dunia luar…”rintihku lagi.”Seperti biasa …kelembutannya memujukku..separuh berbisik..”belum tiba masanya lagi sayang..”.Ah..bisanya pujukkan seorang ibu…bisa sungguh hingga lembut hatiku yang mula memberontak. “Erk..belum masanya lagik ka…”sambil mencebek bibir..aku berlari keluar bila terdengar hilai tawa yang selalu buat aku lupakan hasrat hati untuk keluar dari penjara ini.Kelibat kawan-kawan dibatas-batas bendang mengundang ketenangan padaku.Alangkah benar kata emak.Hidupku kena diteruskan disini…disini ada ketenangan,keseronokkan dan juga penuh kasih sayang.Kehijauan lautan sawah bendang mengundang satu perasaan yang sukar aku tafsirkan.Kenapa ek hari ini..terasa segan untuk menyertai mereka memancing ikan ditepi sungai,hati ini ingin bersendirian..

Ah bawah pohon janggus yang entah siapa yang menanamnya jugak pilihan hati untuk bersantai. Mengadap sungai dan juga sawah yang terbentang.Erm..bergayutnya sarang tempua terbuai-buai di ujung dahan yang kadang-kadang mengundang keasyikkan.kehijauan lautan sawah bendang yang mendamaikan.kejernihan air sungai yang mengalir lesu menambahkan seribu ketenangan.

Terngiang suara Salmi pagi tadi dalam telefon .Terusik hatiku dengan kegembiran mereka .
“Chik lusa kami dah nak pergi Pulau Pinang.Chik tak mau ikut ka?tanya Salmi yang lebih tua dua tahun dariku.Agaknya dia berjaya memujuk orangt uanya untuk berkerja setelah hampir dua tahun menjadi gadis pingitan di kampungku.

Aku terimbas kembali bila hasrat aku hadiri temuduga terbuka di MADA untuk operator pengeluaran bagi kilang Sony di Pulau Pinang dibantah bapa.Aduhai, aku tidak salahkan bapa kerana dah banyak yang aku dengar tentang keburukkan berhijrah menjadi warga kilang.”Tak tumbuh tak mengata,tak sungguh orang tak kata” kata bapa.Tidak dinafikan peristiwa anak kawan baik bapa yang terpaksa mencari pak sanggup untuk anaknya yang bunting tak berayah.Nauzubillah.Mohon disimpangkan perkara itu dari terjadi dalam keluargaku.mungkin kerana aku anak perempuan terakhir.Walaupun aku terbatas untuk bebas tapi aku gembira kerana aku tahu itu untuk kebaikkan masa depanku.

Niat untuk aku kumpul duit sebelum menerima tawaran mana-mana IPT terbantut atas arahan bapa.

bersambung lagi..."ku cari sebuah ketenangan"

No comments:

Post a Comment