“wey sepat ronggeng…teringat sang arjuna ka?”huk ala…mamat mentadak nie dah mula la nak bermukadimah dengan aku. “biarla yang kau sibuk-sibuk apahal?” jawabku selamba mentadak jugak.
Tersengeh-sengeh pulak mamat nie.Fuh ! Terkejut juga aku bila di sergah mamat sengal nie.Duk dak duk dak dengup jantung aku,masih terkedu .ah!.. sudah mana lak idea nak balas ni.
..Entah hilang habis idea nak berangan harini.Macam belon ditusuk jarum..meletup satu persatu manuskrip dalam otak nie.Sengal betulla mamat nie..Malas nak layan. “sepat? Ohoooo sepat ...cucu makloh...?” ..panggilan mamat tu ,aku biarkan dibawa angin .memandai mandai panggil nama manja aku lak .
“ sepat …tak sangka lak..muka dah cukup sifat tapi telinga pekak badak aduhaiiiiii.. ‘Ya Allah.secukup rasa ja mamat ni kata macam tu kat aku yang dikategorikan gadis melayu terakhir kat kampung nie. ” wey jaga sikit mulut awak tu ek….awat yang dok mai kat sini?eh awak tak takut ka kalau kena tangkap basah.. ??pergi la ..buat aktiviti berfaedah sikit.. ”balasku dgn geram. ‘Woho..apa dia tangkap basah ?dengan awak ..ek..minta simpang la …eh..yang awak kat atas batang pokok janggus ni kira aktiviti berfaedah ka?macam spesis cik nyet ja… »tempelak mamat tu kat aku.Sabarla hati.
Berbulu telinga kalau lawan bercakap dengan mamat sengal ni. ”dah kalau macam cik nyet ..pasaipa mai bertenggek juga kat sini..HUH. ”balasku.
“Abis kalau dibiarkan awak kat sini..nanti mati berangan pulak sorang-sorang..eh ada tulis nama kat batang pokok nie ka ..kata saya tak boleh duduk ?
suka hati la.. saya nak duduk kat sini..ka kat mana-mana ka..kena minta izin ek ? ”Mak ai jawapan macam peguam tak bertauliah.
“Dah la malas nak layan awak nie…menyombong tak bertempat..”Haha..berjaya juga aku patahkan mukadimah mamat sengal tu harini.
Terasa hati ka mamat tu ?Bersalah pula bila tengok mamat tu angkat punggung ingin berlalu.Ah gasak la..bukan aku yang gugat ketenangan dia tapi sebaliknya.kelibat tubuh mamat tu aku ekori dengan ujung mata.
Ek ..terkesima lak bila mamat tu toleh dan merenung tajam kat aku.”Apa tengok-tengok,berkenan suruh la Pak Lang mai meminang”katanya buat aku tergelak.Ada lagi ayat dari mulut becok mamat ni.”ok la tak mau kacau sepat dah,Zul dah nak balik KL arini,so nak jamu nasi minyak jangan lupa nak Zul pula “ katanya.HUH ! Terasa sampai ke tulang hitam.”Ai orang dah bertunang la makan nasi minyak dulu”balasku. “Drive elok-elok jangan dok berangan pula!”Laungku.
Ah ! Kenapalah aku lepaskan keresahan hatiku pada mamat yang membesar denganku sejak kecil lagi.Zul Lembu adalah sepupu aku juga.Mungkin kemesraan antara kami dah terbatas sejak penghijrahanku ke Perlis.Cepatnya masa berlalu aku dan Zul seperti ada tembok yang memisahkan.
Dulu dia adalah pengganti Chik Lie.Masalahku masalah dia juga.Usia yang semakin mematangkan kami untuk bermesra seperti dulu.Aku kini gadis dan dia teruna.Namun masih bersisa dalam hatiku setiap kenangan bersamanya.Manakan tidak peritiwa aku diselamatkan dari kelemasan masa mandi sungai masih utuh terpahat didalam ingatanku.”terimakasih Zul”.
sambungan "Rela dalam Paksa"
No comments:
Post a Comment