MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday 16 May 2008

~Mawar Desa ~ Zaman Centa Monyet (3) eps:10

Salam...

Insan yang aku kenal selain dari rakan persekolahan ialah abg Aziz (tua 2 tahun dariku).Pemuda yang bekerja sambilan di dewan makan asrama.Setahu aku dia bekerja dengan mak saudara dia iaitu makcik Nen..tukang masak dewan asrama.Hubungan kami warga aspuri atau aspura memang baik dengan makcik Nen ni..tambahan pula aku yang peramah dan suka amik kesempatan.Jangan fikir macam2 ek..maksud aku,menumpang kasih seorang ibu.Setiap kali aku rindukan emak dkampung aku akan luangkan masa bersama ‘ibu’(kira masuk bab mak angkat aku la ni).Rasanya hubungan aku dengan abg Aziz tu terjadi bila kehadiran dia sebagai pembantu ‘ibu’ membuatkan aku jadi cemburu.Ye la sejak itu aku termalu nak dekati ‘ibu’ dan itu merenggangkan hubungan kami.
Tambahan pula setiap kali bila aku dan kawan-kawan beratur ambil makanan dia akan perli aku dengan nickname ‘antu bedak sejuk” pun makan nasi ka?.adess..mamat ni memang nak kena ar.nak mengorat pun pandai-pandai la mengayat ini tidak mengutuk adala.Nak kata dia minat kat aku rasanya dia bukan jenis mamat jiwang.Tengok dari muka dia tu macam orang yang beriman ja..ngeh3.Nak kata berlagak tak juga sebab dia selalu bagi nasihat kat aku bila aku bersembang dengan ibu di dapur asrama.Ya dia lebih banyak mengingatkan aku tentang pentingnya pelajaran untuk masa depan.Itu yang buat aku malu nak jengah ibu sebab ada penasihat tak berbayar akan bagi ceramah.Aduhai.(siap lagi dia tahu yang Zambri dan Zairi selalu belikan aku makanan bila mereka keluar ke pekan Kangar.) Entahla mamat ni susah nak tahu perasaannya.Siasat punya siasat barulah aku tahu yang mamat ni dulu pelajar yang genius gak tapi sebab bercinta masa belajar dia kantoi (frust menonggeng la tu).
Selepas terbongkarnya rahsia dia,hubungan kami jadi rapat (itupun bersembang masa ada ibu )aku cabar dia amik SPM sekali lagi (swasta).Alhamdulillah aku ambil SPM (V) dia ambil SPM di sekolah swasta SERI ILMU (itupun ibu yang beritahu kerana aku tinggal di rumah semasa tunggu keputusan SPM(V).Erm dalam diam mamat ni belajar patut la selalu saja berkepit buku masa kat dewam makan.
Ibu selalu beritahu aku tentang perkembangan dia selepas aku berhenti sekolah.Abg Aziz tidak lagi bekerja dengannya.Cerita tentang dia juga berkubur selepas aku tamat sekolah..Semasa keputusan SPM di umumkan ..dia datang ke rumah aku di Kuala Kedah.Sebaikla datang bersama ibu kalau tidak dah tentulah aruah bapa dah heret kami ke rumah tok kadi.Hehehe..Dia sendiri mahu ucap terimakasih atas cabaran aku dahulu.Memang aku terkejut kucing tengah buka tudung saji ! Memang tidak salah anggapan aku terhadap dia.Kuat semangat dan ada tokoh jadi pemimpin Heran juga dia yang penat-penat belajar aku juga yang dikatakan pemberi semangat atas kejayaannya itu.Termalu juga aku dengan keputusan cemerlang dia (nak dbandingkan dengan keputusan aku)

kedtangan dia kerumahku ada hajat yang hendak dsampaikan.Itupun selepas aku buka bungkusan tanda terimakasih yang dia berikan.Luahan hatinya buat aku sesak nafas.Sukar aku nak tafsirkan dengan perasaan aku semasa itu.Namun aku gagahkan juga membalas setiap surat-surat dia selepas itu.Tidak dinafikan hubungan aku dan Abg Aziz diketahui oleh ‘ibu’ dan juga keluargaku.Namun hanya surat penghubung percintaan kami.
Sampailah aku di alam perkerjaan dan dia masih di menara gading (UIA).Untuk mengetahui kenapa dan mengapa cinta kami terputus ditengah jalan.Ikutilah kisah aku dalam mawar desa episod yang seterusnya.
Lagu kenangan aku dan abg Aziz (melalui kiriman surat dan kiriman kaset lagu)
“Tiara-Kriss” dan “Jangan Pisahkan”.Doaku moga-moga abg akan temui jodoh yang terbaik untuknya dan semoga berbahagia hingga kehujung nyawa.Amin.hajat hatiku nak juga berjumpa dengan mereka yg pernah menjadi sebahagiaan cerita dalam perjalanan usia remajaku.
Dan dengan terputusnya hubungan aku dan abg.dan yang lain-lain..Maka tamatlah riwayat cinta monyet yang pernah singgah dihatiku suatu tika dulu.
.Ada pedih dan airmata…namun ia Cuma meninggalkan nostalgia dalam secebis kehidupan remaja aku.Walau hingga kini aku masih mengingati tapi tidak bermakna aku curangai harga sebuah kasih dari seorang lelaki yang bergelar suamiku kini.