MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday, 12 September 2008

~Kisah Bomoh Handal~




Sebuah kisah antara saya dan bomoh....

sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....


Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lain hancur....nauzubillah...


Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh handal tersebut.


saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah kadangkala jumlahnya terlalu ramai...


bomoh itu mendengar dengan teliti sambil mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)


saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.


bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya. 'anak ini berniaga kah?'


saya menjawab: tidak. saya hanya....... mendengar jawapan saya,


bomoh tadi makin hairan. 'biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?'


Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini. bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar. 'baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini' lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk mengenakan sihir terhadap si polan tadi. 'sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar cukup-cukup.


saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama kedainya cukup saya ingat...


'bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak hendak kenakan ini?' tanya bomoh tadi. saya: er..Mcdonald dan KFC......


Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya bukan kepalang dengan saya.


katanya saya ingin mempermainkannya tetapi saya menjawab. 'Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan perniagaa kecil di luar sana. Kalau boleh tutup McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar)


Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar sebegitu....


moralnya. ..


mereka ini hanya bermain silap mata. 'sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas sesiapa..... . hanya mengunakan tipu daya sahaja...dan bagi mereka yang percaya tentang perkara ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua akan maju..


Wallahualam. ...maaf andai ada yang tersinggung dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa kecuali dengan izinNya...

~Dalam suka berakhir duka...Aku redha...~






SeOrAnG TeMaN,
BiLa BeRjAuHaN,
DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa RiNdU & Bila DeKaT,
DiA AkAn MeNaNgIs KeRaNa TaKuT BeRpIsAh,
JiKa HaRi Ni Ia DaTaNg,
JaNgAn BiAr Ia BeRlAlu PeRgI..
JiKa EsOk Ia BeRtAnDaNg JaNgAn HaRap Ia KeMbAlI LaGi,
SeSuNgGuHnYa,,
YaNg InDaH ItU PeRtEmUaN,
YaNg MaNiS ItU KeMeSrAaN,
YaNg PaHiT ItU PeRpIsAhAn,
YaNg TiNgGaL HaNyAlAh KeNaNgAn.....
HiLaNgNyA SeBuAh HaRaPaN,
IbArAt HiLaNg SeBeLaH TaNgAn,
LuKeNya BoLeH DiUbAt ..........TaPi HiLaNgNyE TiAdA GaNtI
begitulah aku...
Penantian yang ku tungu-tungu akhirnya menjelma ..
Harapan tinggal harapan..benih yang ku kandung akhirnya pergi mengadap Ilahi...(24/08/2008)
Namun sebagai manusia biasa aku pasrah dalam redha..
Sudah cukup untukku bersyukur kerana peluang untuk aku mengandung terkabul..
walaupun hanya dua bulan lebih sahaja...doa kupanjatkan untukmu bidadari syurga...
moga kau tenang disamping-Nya...Amin..
Bagiku...kata-kata dibawah ada benarnya...


* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik..
* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH S.W.T
* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
* memang ALLAH S..W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH S.W.T MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA .
* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL .
Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
HARI ESOK BELUM PASTI MILIK KITA CARILAH KEREDHAAN ALLAH S.W.T DENGAN MELAKUKAN SURUHANNYA DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA....

p/s..terimakasih pada kengkawan yang banyak memberiku semangat untuk kembali ke alam nyata.