MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif
Showing posts with label Permata Hatiku. Show all posts
Showing posts with label Permata Hatiku. Show all posts

Wednesday, 2 February 2011

~ Nur Ainul Alia - baju baru..~

salam...
erm...nak hapdet gambar terbaru Alia..
dengan baju baru yang dihadiahkan oleh mak saudaranya...
 - 2 helai baju
-1 topi
-sepasang kasut



Alia tengah tunggu mak dia nak pakaikan baju tu..
menerai sakan ler...hahaha

kasut beli kat  econsave...RM6.50 je


Alia...sakan aih melaram...hik3

baju yang hubby beli..ntah kat mana,,,
anak abah katakan..

Friday, 26 November 2010

Ahhh...malasnya nak mai keja...

Salam...
pejam celik pejam celik..
sat saja aku dah mula mai keja balik..
rasa malas sangat nak tinggai putri sorang nie..
dah ler dia dah pandai sembang..hik3..
tapi kenangkan zaman duit nie..
aku paksa gak melangkah mai keja..huhuhuu...
keja lak menimbun...sempat taip skit ja..lain2 aku nk attachkan pict terbaru anak2...

Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikanlautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA,ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.


Hai anakku;
orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH,
dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

- Hai anakku;
seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana
kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu
adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Hai anakku;
seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar.
Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.


Hai anakku;
janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu,
kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.





Hai anakku;
bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah
terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

- selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.


Hai anakku;
bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

- Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

- Hai anakku;
janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Hai anakku;
usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.
Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

- Hai anakku;
janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

- Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

- Hai anakku;
bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

- Hai anakku;
ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.

Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

(Pesanan Luqman El Hakim)

Sekian, Wassalam.








Saturday, 25 September 2010

~ kEHADIRAN ZURIAT KE-3..~

SALAM BUAT SEMUA KENGKAWAN YANG SINGGAH DI BLOG ROS...

SEMOGA KECERIAAN YANG MELANDA DIRI INI ..TURUT SAMA DIKONGSI BERSAMA..

PENANTIAN SEPULUH TAHUN...KEHADIRANNYA DINANTI-NANTI..

ALHAMDULILLAH...14hb/Sept/2010...

ROS SELAMAT MELAHIRKAN CAHAYA MATA YANG KE-3..BABY GIRL..


SYUKUR KEHADRAT ILAHI..KERANA MELENGKAPKAN DIRI INI SEBAGAI SEORANG WANITA YANG MAMPU MELAHIRKAN ZURIAT BUAT SUAMI TERCINTA..


NUR AINUL ALIA...
KEHADIRANMU..MENCERIAKAN SUASANA..
KEPADA KENGKAWAN YANG MUNGKIN TIDAK SEMPAT UNTUK ROS KHABARKAN BERITA GEMBIRA INI..
MAAF LA..

Wednesday, 13 August 2008

Penantian ku bersama yang tersayang


Assalammualaikum semua...
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana penantian ku bersama suami tercinta akhirnya tercapai.
Sudah 8 tahun usia anak keduaku...dan selama itu jugala hasrat aku bersama suami tercinta untuk memiliki zuriat ke-3 tidak kesampaian.Dan Hari ini aku ingin berkongsi rasa kegembiraan ini bersama teman-teman yang sudi bertandang ke blogs aku yang xberapa sempurna ini.
Dalam kegembiraan nie..aku sendiri takut kerana sebelum aku mengetahui tentang kandungan kali ini..aku derma darah sempena EHS day(29/07/2008) kat tpt kerja..450ml! Patutla tahap kesihatan aku merudun ja..asyik demam dan lemah sendi2.
Sampai la 12/8/2008 suami sarankan aku cek sendiri kerana seminggu aku asyik muntah-muntah dan demam malam.takut juga kalau-kalau demam denggi..Nauzubillah.Dah suami beli pregnant test tu aku cek jugakla..tapi tak la berharap sangat ..yela dah 8tahun.Pagi selasa aku sambil lewa ja , selepas titikkan urine aku berlalu dan bersiap untuk ke tempat kerja.Nasib baiklah suamiku bertanya...dan ternyata ...aku mengandung..sambil malu2 aku tunjukkan pada suami dengan muka sedih.Nak tahu...suamiku terus peluk dan mencium aku bertubi-tubi.Alhamdulillah...kerna takdirmu aku bisa membahagiakan suami tercinta.
Moga-moga ikatan perkahwinan kami akan menjadi lebih bahagia dengan zuriat ke-3.
Namun sebagai manusia biasa..aku pasrah dan redha dengan ketentuan Yang Maha Esa.
Kata orang ..gembira biarlah berpada.Lelaki atau perempuan aku tidak kisah asalkan zuriatku nanti sihat.

Thursday, 12 June 2008

~Anak-anak itu kupu2 Syurga~



Keistimewaan yang bakal diperolehapabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama . Barangsiapamemuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiapdosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknyaitu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernahaku
cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pulaakan
disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."

Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab .

P/S: SESIAPA YG BELUM KAHWIN TU CEPAT2 LA....... KALAU TAK RUGI SEBAB TAK
DAPAT PAHALA TAMBAHAN

Wednesday, 11 June 2008

Zuriat Kedua ~ Muhammad Hakimi B.Azman


Assalammualaikum..
Erm...inilah zuriat kedua kurniaan Ilahi pada aku dan suami.Kelahirannya diluar dugaan kerana aku hamil juga walaupun aku dan suami merancang untuk menjarakkan antara anak pertama dan anak kedua kami.
Namun sudah rezeki dari Ilahi.Kelahirannya kami nanti.Sekurang-kurangnya menjadi peneman abangnya nanti.
Muhammad Hakimi Bin Azman nama diberi sendiri oleh abahnya.Tarikh 6hb.March.2000 maka kelahirannya diizin Ilahi.Ternyata kehadiran Kimie(nama manjanya) menambahkan lagi seri masjid yang terbina.Aku Bersyukur padamu Allah.Alhamdulillah.
Semoga kedua-duanya berjaya menempuhi ranjau duri dalam menjalani takdir perjalanan di bumi yang sementara cuma.Ya Allah..tetapkanlah iman serta permudahkanlah setiap dugaan yang bakal ditempuhi zuriat kurniaanmu ini.Amin.

Wednesday, 28 May 2008

Zuriat pertamaku..Muhd.Asnawi


Assalammualaikum...


Zuriatku...

Kelahiranmu
mengutuhkan lagi cinta ibu dan abah...

mengeratkan lagi buih-buih cinta kami...

menambahkan seri masjid yang termateri...






Muhammad Asnawi..
Lahirmu pada 18.April.1998..
Bagaikan mimpi di dalam mimpi...
Saat lahirmu, ibumu ini mengalirkan air jernih di pipi..
walaupun perit namun ibu bahagia.
Sepasang lesung pipit dipipimu tatkala kau merengek-rengek kecil.. membuang segala mimpi yang menghuni dihatiku.
Ya ! ibu percaya kau lahir dari rahimku sendiri.
Saat kau menyusui ..ada perasaan halus meresapi di sanubari.
Indahnya menjadi seorang ibu.Alhamdulillah aku mensyukuri zuriat kurniaanmu ini.
Awie...
kelahiranmu membuktikan tanda kasih/pengorbanan ibu pada abahmu.Bukti cinta yang berputik selepas diijabkabul antara kami.
Kehadiranmu menambahkan putik-putik cinta yang masih baru bersemi.
Ku panjatkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana lengkaplah ibu menjadi seorang isteri.
Awie..
Maafkan ibu, seandainya ada kekasaran semasa ibu mendidikmu.
Percayalah sayang...kau anak yang paling ibu sayangi.
Ibu mahu kau berdikari dan kental menghadapi kehidupan yang penuh ranjau duri.