~Cinta ke-2 banyak dengan adengan Terkejut Beruk~
Erm ..cinta ke-2 aku ngan Zairi (dia ni memang jejaka encem la kat skolah tapi pemalu-jurusan Elektrik) aku ngan Zairi ni Pengerusi dan Pen.Pengerusi dalam persatuan Bulan Sabit Merah.Aku memang xbopa nk harap sgt nk jatuh centa ngan mamat encem nie.Ye la sapala aku nie..dah la macam mapia kt skolah tu blum brutal kat asrama..jarak antara aku ngan Zairi nie macam 7 petala langit la..woho jauh beb!!
mungkin pertemuan dan perbincangan dalam persatuan PBSM buat kami sehati kot.Ye la ari2 tengok muka dia..muka aku..ngeh3. Tapi yang aku pasti,kami rapat kerna Zairi banyak membantu aku dalam Sains (org letrik katakan).Bagi aku kami Cuma sebagai kawan.Hinggalah satu peristiwa tragis kat asrama yang buat aku pula yang terkejut beruk.Bab surat cinta yang tersembunyi dalam loker baju aku.Adess..selama ni aku suka gelakkan membe bila surat2 depa kantoi ngan warden masa buat spotcheck. Aku sendiri pun tak tahu macam mana aku boleh rapat dengan Zairi sampai kawan-kawan pun terkejut beruk (kan aku dah kata…dlm cinta monyet ni mesti ada adengan terkejut beruk punya)Sebenarnya surat cinta Zairi tu saja aku xtunjuk kat kengkawan,.lagipun aku tak nak layan blues dengan dia.Aku sembunyikan siap balut dengan kain batik.Namapun surat cintakan,apa lagi taruk bedak sebotoi cemana warden tak dapat kalau dah bau sebatu dah boleh hidu.Iskh terbongkarla resia aku ngan Zairi.
Sejak terkantoi tu hubungan aku ngan Zairi dan Zamri jadi celaru.Perbezaan ketara antara mereka.Zambri lebih berani berterus terang hinggakan cikgu/warden perasan dan boleh dikatakan aku adalah semangat Zambri bermain Bola Sepak sepanjang pertandingan.Tapi Zairi lebih suka luahkan perasaan dalam surat.
Adess..lawak ar.Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.Aku alpa tentang tujuan aku ke sini.aku kembali seperti biasa belajar.Dah lumrah dalam asrama.mesti ada kes macamni.ermmmmm…
Lagu yang mengembalikan nostalgia.Zambri “Blackrose-penantian”,” “Febian –untukmu sayang”(lagu ini boleh buat aku mengalir air mata-Zam nyanyikn masa ari perpisahan ting.5),”Spring –Sejiwa”(berkelah di Lata Bayu -Pengakap dan PBSM),”Mega-bayangan gurauan”, “BPR –air matajernih”(masa kami gotong-royong selepas aku kantoi dgn surat Zairi) dan banyak lagi.lagu yg Zam dendangkan masa atas bas semasa kami ke pertandingan Bola sepak dan Bola jaring...setiap manusia ada kenangan
.Bagi aku walaupun usia tamat persekelohan dah berbelas-belas tahun.Nostalgia dengan Zambri sukar aku lupakan kerana setiap kali mendengar lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan bersama petikan gitar mengembalikan nostalgia antara aku dan dia.
Aku doakan Zambri semoga tika dan saat ini dia bahagia dengan kehidupannya.Tamat saja persekolahan aku terputus hubungan dengan dia.Yang kekal kini aku dan Zairi kerna tmat zaman sekolah Zairi masih lagi berutus surat dan sekarang kami masih lagi berutus email (ikut peredaran masa)