MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Wednesday, 4 June 2008

~Air Mata-wanita~

ADA SATU KEPILUAN BILA WUJUD SATU KEBENARAN..?
MUNGKIN ADA SATU PENYELONGKARAN ANDAI ADA SATU PENDUSTAAN...?
LUMRAHKAH MANUSIA JUJUR DICURANGI...??
kESAHIHAN DITEMUI MAKA KEHANCURAN PUN BERSEMI...?
ADUHAI HATI ......BERSABARLAH MENEMPUHI RANJAU DURI SEBELUM MATI

TWO RIVERS-SUBHANALLAH.......satu masin satu tawar

Satu air masin dan satu air tawar













Pramugari koma di tanah suci..Mesti Baca


> Pramugari koma di tanah suci..Mesti Baca
>>Untuk renungan bersama ......
>>
>>Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
>>menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman
>>menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
>>peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai
>>bila-bila.
>>
>>Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan
>>30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
>>menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan
>>masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya
>>balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
>>
>>Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah
>>Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah,
>>cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih
>>muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah
>>haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
>>
>>Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji
>>di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak
>>riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai,
>>saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
>>Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.
>>Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka
>>seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.
>>
>>Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah,
>>tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.Sebagai orang yang
>>dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke
>>arah wanita berkenaan.
>>
>>"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang
>>tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak
>>panik dengan apa yang sedang berlaku.
>>
>>"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong
>>saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami
>>mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang
>>terletak tidak jauh dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke
>>tempat penginapan masing-masing.
>>
>>Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.
>>Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun
>>semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi
>>koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya
>>terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan.Namun
>>dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah
>>untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
>>
>>Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua
>>hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas,
>>maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi
>>seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka
>>wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan
>>rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap
>>kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya
>>masih tidak berhasil.
>>
>>Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk
>>mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.
>>Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh
>>doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor,
>>keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk
>>menunggunya di hospital.
>>
>>Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut
>>matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik
>>saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat
>>sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni
>>bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
>>
>>Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?"
>>
>>"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi
>>benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
>>
>>"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
>>terpinga-pinga.
>>
>>Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
>>Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia
>>berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh
>>kita semua.
>>
>>Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki
>>orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan
>>keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang,
>>tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak
>>penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak
>>pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
>>
>>"Habis yang kakak pergi haji ini?"
>>
>>"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak
>>pergi."
>>
>>"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke
>>yang kakak alami semasa akit?" tanya saya lagi.
>>
>>Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
>>
>>"Mazlan...Allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. Semasa koma tu,
>>kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala
>>kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
>>
>>"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
>>
>>"Betul mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang
>>balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan
>>syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur
>>hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak di tarik
>>dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana
>>pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
>>
>>"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit
>>yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke
>>dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main.
>>Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu
>>dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan
>>jururawat memerhatikannya wanita itu terus
>>bercerita.
>>
>>Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia
>>tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada
>>hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang
>>amat pedih.
>>
>>Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran,
>>wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut
>>kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti
>>nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa
>>seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak
>>boleh nak diceritakan." sambil bercerita, wanita itu terus meraung,
>>menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya
>>dahulu.
>>
>>Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali
>>balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.
>>
>>"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi
>>dan segala macam dosa besar.
>>
>>Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak
>>sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.
>>Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan
>>buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah
>>itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia
>>menikam pula perut kakak.
>>
>>Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula
>>duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah
>>itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api.
>>Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak
>>rasa seperti terbakar hangus.
>>
>>Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan
>>sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,
>>tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat
>>dari nanah.Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak
>>sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak
>>pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
>>
>>Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh
>>kebesaran Allah.
>>
>>"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak
>>nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak
>>berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak
>>tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar
>>perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak
>>dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan
>>kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama
>>ini kakak tinggalkan."
>>
>>Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha agung
>>dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya.
>>Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan
>>kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
>>
>>Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
>>
>>"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu
>>sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak
>>dahulu. Kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"
>>katanya sambil menangis-nangis.
>>
>>Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke
>>Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak
>>henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu
>>maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang
>>subuh.
>>
>>"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga
>>kesihatan diri kakak. lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi
>>ke, berehat ke..." tegur saya.
>>
>>"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa
>>kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil
>>Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
>>
>>Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
>>Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan
>>tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi
>>saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
>>kesihatannya.
>>
>>"Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.
>>Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan
>>juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."
>>
>>Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada
>>perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka,
>>pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai
>>seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa
>>diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai
>>rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang
>>lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang
>>lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak
>>mendapat 10 dosa."
>>
>>"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau
>>seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak
>>dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu
>>sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
>>
>>"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari
>>ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.
>>Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam
>>pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk
>>Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi
>>seperti orang bukan Islam."
>>
>>Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang
>>wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang
>>benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya
>>diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia
>>berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
>>
>>Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang
>>digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia
>>bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
>>membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
>>syurga dan neraka itu perkara ghaib?
>>
>>Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah
>>kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul
>>katakan. Aku menyesal..." itu dah terlambat.
>>
>>REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
>>
>>WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM
>>SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

~Ratapan Sang anak~


Wahai Saudara Islam Ku
> Anak ini mencuba untok menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal
> > Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
> Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?
> > Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.
> >
> "Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin,
maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."
>>
> (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)
> >
Surah al fil:
> "A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil
> "A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil Wa arsala alayhim tayran ababil
> "Tarmihim bi hijaratin min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul"

~Kalam Allah~


JANGAN MENGELUH ...........
Kita selalu Bertanya....................
dan Al-Quran sudah menjawabnya.................
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

"... ...dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Bil Telefon





Bil telefon sebuah keluarga naik melambung.
Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;
Suami : Ini dah melampau... Gunakan telefon sesuka hati.Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefontempat ayah bekerja.
Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempatsaya bekerja.
Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untukpanggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerjajuga.
Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua oranggunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengansaya!!!....



.