MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Wednesday, 13 August 2008

Penantian ku bersama yang tersayang


Assalammualaikum semua...
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana penantian ku bersama suami tercinta akhirnya tercapai.
Sudah 8 tahun usia anak keduaku...dan selama itu jugala hasrat aku bersama suami tercinta untuk memiliki zuriat ke-3 tidak kesampaian.Dan Hari ini aku ingin berkongsi rasa kegembiraan ini bersama teman-teman yang sudi bertandang ke blogs aku yang xberapa sempurna ini.
Dalam kegembiraan nie..aku sendiri takut kerana sebelum aku mengetahui tentang kandungan kali ini..aku derma darah sempena EHS day(29/07/2008) kat tpt kerja..450ml! Patutla tahap kesihatan aku merudun ja..asyik demam dan lemah sendi2.
Sampai la 12/8/2008 suami sarankan aku cek sendiri kerana seminggu aku asyik muntah-muntah dan demam malam.takut juga kalau-kalau demam denggi..Nauzubillah.Dah suami beli pregnant test tu aku cek jugakla..tapi tak la berharap sangat ..yela dah 8tahun.Pagi selasa aku sambil lewa ja , selepas titikkan urine aku berlalu dan bersiap untuk ke tempat kerja.Nasib baiklah suamiku bertanya...dan ternyata ...aku mengandung..sambil malu2 aku tunjukkan pada suami dengan muka sedih.Nak tahu...suamiku terus peluk dan mencium aku bertubi-tubi.Alhamdulillah...kerna takdirmu aku bisa membahagiakan suami tercinta.
Moga-moga ikatan perkahwinan kami akan menjadi lebih bahagia dengan zuriat ke-3.
Namun sebagai manusia biasa..aku pasrah dan redha dengan ketentuan Yang Maha Esa.
Kata orang ..gembira biarlah berpada.Lelaki atau perempuan aku tidak kisah asalkan zuriatku nanti sihat.