Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah ...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ni !! mmm.. sedapnyaaaa...
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh!!awal lagi..mmm.. aaahh.. suruh si X, punchkanlah.
Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii..
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu.... rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah
Manusia - Aku telah berdosa.
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugilah. .... (kalau sempat la)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh
Manusia - Uuhhh! letihnya arini.. tak solat lagi nieee..
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu...
aKu iNGiN KeLuAr DaRi kEpOmPoNg CiPtAan kU SeNDiRi..mEnJaDi rErAmA cAnTiK mEnGHiaSi mAsJiD YaNg TeRmEtERi BeRsAmA iNsAn bErNaMa sUaMi...
Wednesday, 18 March 2009
~Ceritera Batu delima yang retak(motivasi)~
Alkisah, di sebuah kerajaan, raja memiliki sebuah batu delima yang sangat indah. Raja sangat menyayangi, mengaguminya, dan berpuas hati kerana merasa memiliki sesuatu yang indah dan berharga. Saat permaisuri akan melangsungkan ulang tahunnya, raja ingin memberikan hadiah batu rubi itu kepada isteri tercintanya. Tetapi saat batu itu dikeluarkan dari tempat penyimpanan, terjadi kecelakaan sehingga batu itu terjatuh dan tergores retak cukup dalam.
Raja sangat kecewa dan bersedih. Dipanggillah para ahli batu-batu berharga untuk memperbaiki kerosakan tersebut. Beberapa ahli permata telah datang ke kerajaan, tetapi mereka menyatakan tidak sanggup memperbaiki batu berharga tersebut.
"Mohon ampun, Baginda. Goresan retak di batu ini tidak mungkin boleh diperbaiki. Kami tidak sanggup mengembalikannya seperti keadaan asalnya."
Kemudian sang baginda memutuskan mengadakan perjumpaan, mengundang seluruh ahli permata di negeri itu yang ada.
Tidak lama kemudian datanglah ke istana seorang setengah tua berbadan bongkok dan berbaju lusuh, mengaku sebagai ahli permata. Melihat penampilannya yang tidak meyakinkan, para perajurit mentertawakan dia dan berusaha mengusirnya. Mendengar keributan, sang raja memerintahkan untuk menghadap.
"Ampun Tuanku. Mendengar kesedihan Tuanku kerana kerosakan batu delima kesayangan Tuanku, perkenankanlah patik untuk melihat dan mencuba memperbaikinya. "
"Baiklah, niat baikmu aku kabulkan," kata baginda sambil memberikan batu tersebut.
Setelah melihat dengan saksama, sambil menghela nafas, si tamu berkata, "Saya tidak bisa mengembalikan batu ini seperti keadaansemula, tetapi bila diperkenankan, saya akan membuat batu delima retak ini menjadi lebih indah."
Walaupun sang raja meragukan, tetapi kerana putus asa tidak ada yang boleh dilakukan lagi dengan batu delima itu, raja akhirnya setuju. Maka, ahli permata itupun mulai memotong dan menggosok.
Beberapa hari kemudian, dia menghadap raja. Dan ternyata batu permata delima yang retak telah dia pahat menjadi bunga mawar yang sangat indah. Baginda sangat gembira, "Terima kasih rakyatku. Bunga mawar adalah bunga kesukaan permaisuri, sungguh cocok sebagai hadiah."
Si ahli permata pun pulang dengan gembira. Bukan kerana besarnya hadiah yang dia terima, tetapi lebih dari itu. Kerana dia telahmembuat raja yang dicintainya berbahagia.
Moral:
Kawan-kawan semua…. Di tangan seorang yang ahli, benda cacat bisa diubah menjadi lebih indah dengan cara menambah nilai lebih yang diciptakannya. Apalagi mengerjakannya dengan penuh ketulusan dan perasaan cinta untuk membahagiakan orang lain.
TIDAK ADA MANUSIA YANG SEMPURNA DI DUNIA INI
"Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia KERUH. Jika HATI seputih AWAN, jangan biar ia MENDUNG. Senyum-senyumlah selalu kerana senyuman itu satu sedekah""Kalimah yang bijaksana bagaikan barang yang hilang oleh seseorang yang bijaksana. Dimana dia mendapatinya, maka dialah yang lebih berhak untuk memilikinya"
~Cerita seram : Bahana mulut celupar~
Panggilan telefon di tengah malam itu memang mengejutkan aku. Tanpa berlengah lagi aku terus bergegas menuju ke rumah Dinie, iaitu kawan karibku.
Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam itu langsung tidak memenatkan diriku. Malah rasa mengantukku serta-merta hilang sebaik sahaja aku teringatkan keadaaan yang menimpa Dinie. Aku mahu segera sampai ke rumah Dinie.
Setibanya di sana, aku melihat banyak kereta memenuhi perkarangan rumah Dinie. Aku bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh ibu Dinie sebentar tadi. Menurut ibunya, sejak balik dari Gua Musang seminggu yang lalu keadaan Dinie agak berlainan. Aku menjadi tidak tentu arah, seolah-olah ada sesuatu yang menghantui fikirannya.
Ada kalanya Dinie meracau-racau tidak menentu hala. Kata ibu Dinie lagi, tiga hari selepas itu, rambut Dinie tiba-tiba gugur seperti licinnya tempurung kelapa yang dimesin. Bulu kening dan bulu mata Dinie juga luruh sepeti gugurnya daun getah semasa musim kemarau. Dalam keadaan dirinya yang tidak terurus itu, Dinie juga meracau dan mengamuk tidak keruan.
Semakin hari keadaan Dinie semakin parah. Wajahnya juga tidak secantik dulu. Pipinya cengkung sehingga menampakkan tulang pipi, dagu, rahang, dan dahi. Matanya bulat menonjol dan asyik meliar memandang ke kiri dan kanan. Apabila ditinggalkan keseorangan Dinie akan menjerit-jerit meminta ditemani. Dinie berasa seram sejuk apabila keseorangan. Tubuhnya serta-merta menggeletar. Dia bukan sahaja terbayang-bayang lembaga hodoh yanng cuba mencekiknya, bahkan terngiang-ngiang di telinganya apa yang telah di ucapkan ketika berada di dalam gua tersebut.
Sebelum memulakan pendakian, aku sudah berpesan supaya dia menjaga setiap tutur katanya. Tambahan pula, gua tersebut dikatakan 'keras' kerana didiami oleh penunggu rimba. Namun, dia berdegil dan menganggap perkara tersebut karut. Sepanjang pendakian, mulut Dinie tidak henti-henti mengomel serta mencela setiap objek yang terdapat di dalam gua itu. Sudah puas aku menasihatinya, namun semakin dilarang semakin menjadi-jadi pula.
"Alahai... kelakarnya rupa dia. Kalau jadi boyfriend aku, aku lari tengah malam ni. Kalah rupa Jim Carey dalam cerita The Mask. Kah.. kah.. kah.. Bapak aku dua puluh kali ganda lagi 'handsome' !" Kata Dinie sambil ketawa.
"Eh..kau ni jangan celupar sangat. Jaga-jaga sikit mulut kau tu, kita ni kat tempat orang, " nasihat aku. "Alah .. tak ada bendanya, kau tu percaya sangat dengan karut-marut ni. Lagipun benda ni bukannya hidup. Tak ada maknanya kita takut," tambah Dinie lagi. "Engkau ni kalau cakap biar berlapik, nanti sebab mulut badan binasa. Aku tak campur...", balas aku pada Dinie sambil mengelengkan kepala. "Ye lah tu.. cakap biar berlapik, sebab dek mulut badan binasa. Aku tak campur.... he.. he..he..", jawab Dinie sambil mengejek-ejek cakapku.
Sehari selepas pulang dari gua tersebut, Dinie mula berasa keanehan. Setiap kali dia cuba melelapkan mata, dia akan terbayang wajah lelaki yang melatari dinding gua tersebut. Wajah lelaki yang dikatakan hodoh seperti Jim carey dalam The Mask sentiasa bermain-main di kelopak matanya.Adakalanya dia seakan terbayangkan wajah itu berada di sampingnya.
Sejak itu tidur malamnya sering terganggu. Mimpinya sering di datangi wajah yang serupa dan berlumuran darah. Dinie menjadi fobia dengan keadaan itu. kadangkala hanya dengan bayangan wajah itu sahaja sudah cukup membuatkan dia menangis dan menjerit. Selain itu, Dinie juga menderita akibat sakit kepala yang kronik sehingga dia tidak mampu untuk melakukan apa sahaja. Kepalanya bagaikan mahu pecah dan mahu sahaja dia menghantukkan kepalanya di dinding.
Doktor yang merawat Dinie juga gagal untuk mengesan puncanya. Akhirnya keluarga Dinie mengambil keputusan memilih untuk berubat secara tradisional. Kebanyakkan bomoh yang ditemui rata-rata mengatakan Dinie menderita akibat terkena sumpahan penunggu Gua Musang. Kononnya penunggu itu marah dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Dinie semasa pendakian itu. Bomoh itu menjangkakan kesakitan yang ditanggung oleh Dinie itu akan sembuh sebaik sahaja penunggu gua itu memaafkan dirinya.
Dengan izin Allah, kini Dinie telah kembali pulih seperti sediakala hasil ikhtiar secara tradisional. Ini kerana keluarganya tidak jemu-jemu mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit Dinie. Pengalaman tersebut memberi pengajaran kepada Dinie supaya berhati-hati dalam menyatakan sesuatu jika berada di tempat yang orang.
Kadangkala, walaupun sesuatu benda itu tidak dimiliki oleh sesiapa, kita juga perlu menghormati semangat dan asal usulnya. Ini kerana sesuatu itu boleh terjadi dengan keizinan Yang Maha Esa. Kisah yang dialami oleh Dinie ini boleh dijadikan teladan kepada kita semua.
~PeNaWaR Al-KaUsAr~
Surah Al-KausarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan diMakkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuatdaripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammads.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orangyang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya AbuTalib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allahs.w.t.makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher,Insya' allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihiritu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allahs.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalahte tapi dizalimi.
Perkara yg baik kita amalkan selalu.
~Teka-teki LaWaK (Jawapan)~
1.Kain songket cap Gajah Duduk
2.Jatuh la nyonya tu...
3.Jawapan lain salah la...
4.Pokok nak tumbang la....
5.Sungai di dalam peta
6.Jadi banyak la...
7.Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah
8.MILO AIS
9.Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh. sebab tulah dia angkat sebelah aje.
10.lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
11.Semut yang matanya BENGKAK
8.MILO AIS
9.Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh. sebab tulah dia angkat sebelah aje.
10.lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
11.Semut yang matanya BENGKAK
~Teka-teki LaWaK (soalan)~
1.Dalam byk2, Kain apa yang paling berat di dunia?
2.Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?
3.Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa?
4.Pokok apa bila manusia nampak dia lari?
5.Sungai apakah yang tiada air?
6.Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa?
7.Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
8.Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais ??
9.Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
10.Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
11.Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
2.Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?
3.Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa?
4.Pokok apa bila manusia nampak dia lari?
5.Sungai apakah yang tiada air?
6.Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa?
7.Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
8.Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais ??
9.Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
10.Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
11.Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
Subscribe to:
Posts (Atom)