MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Wednesday 29 October 2008

~Aksi anak Terunaku ~


Aksi anak-anak terunaku...
balik dari konvoi kenuri Mr.Z


























~KonVoi Kenuri Meamor Z @ 26 Oct 2008

Assalammualaikum....

~Alhamdulillah...tercapai gak hasrat kengkawan KOL nak berkonvoi ke Rumah Mr.meamor Z
pada 26hb sploh 2008...~

Perjanjian berkumpul di perhentian Juru terlaksana juga.Kereta dalam 7biji ..woho..sambutan meghiah sungguh.Bersyukur perjalanan kami sampai ke destinasi dengan selamat.Walaupun kepulangan semua sudah berpecah ikut lain2 destinasi..namun dlm hati masih terasa kemeriahan dapat bersembang dan makan semeja dengan rakan-rakan maya.


Inilah panglima Z dan pasangannya diapit oleh 2 dara yg sedang memancing 'aura"


Maria bersama mempelai....




sEpAt_rOnGgEnG dengan anak-anak berposing dengan mempelai

Geng KOL...tak lepas peluang bergambar ramai2 dgn pengantin




Geng KOL..
Dari kanan :- Gabanz,Man-kejora,Dika,Anak_Datai,
Akak_twin (Marina),Beautiful Maria,Lela,Kelip dan sEpAt_rOnGgEnG
serta anak-anak Akak_twin


Doaku semoga tali silaturahim antara kami berkekalan ke ujung Nyawa.
pada Mr.Z...dan pasangan..semoga berbhagia ke akhir hayat...Amin.

~Sioknya anak-anak desa~

Assalammualaikum...


Gambaq nie aku ambil masa raya ke-3...2008.
Tengokla aksi berani anakku dan sepupunya...
nak larang pun tak boleh...pantau tingkahlaku depa sajalah...


teringat masa aku kecik-kecik..


tapi zaman aku kami naik bajak yang ditarik lembu atau kerbau...

lagi syok...

berposing ala-ala perwira tu...



menemuramah pemandu berhemah...



erm...ada-ada sajala..idea depa tu


bestkan..jadi bebudak balik...xda masalah..cuma igt sronok ..

yang tak seronok pun bila kena paksa belajaq..hahah

awie(anak sulungku) di apit sepupunya..


Ya Allah...

cerahkanlah masa depan generasi ku ini...Amin,

Umah terbuka Kak Suri @ 19 Oct 2008





Geng Kedahonline.net

Keterangan :-berdiri dari belakang...(kanan) Kapueka,?lupa ar nama dia,altrojo,Mant N Dika

depan- Stador,Kelip sepat_ronggeng dan akak Suri...



Bestnya jumpa kengkawan maya nie...ada yg dah besa aku jumpa masa kat Queensbay dulu (makan2 kat Nando's)-kelip,dika,Altrojo ...




nie Geng Lampu pula...



sEpAt_rOnGgEnG & Mawar_Ungu



Honey347 & Lady D



Tiga R

sioknya..makan2 free...
menunya :-

-laksa
-bihun goreng
-karipap
-agaq-agaq
-nasi impit
-rendang Tok'
-kuah kacang
-sambal udang /nyioq...

xlupa pembasah tekak...ayaq oren..

Wednesday 15 October 2008

~sambungan cerita lepas raya 2008~

Salam...
pada pagi raya ke-3

Macam biasa selepas Subuh aku tak tidur balik seperti suamiku.
Aku lebih suka meninjau keadaan kampung lepak kat pangkin tepi telaga melihat pemandangan hijau dan kicauan burung ciak,murai batu,merbah jambui dan cala... Indahnya ciptaan Allah.

Ada kedamaian dan ketenangan disulami kerinduan.Tahun nie Cik Lie beraya kat Kelantan.Isterinya selamat melahirkan anak ke-3 HERO (5hb Okt'08)so memang tahun nie..aku keseorangan tanpa abg tersayang...hahaaa...

dlam minda aku dok fikir-fikir kemana hala tuju nak beraya arini.Woh terlupa...Adik kembar aruah kak Marini jemput kenuri tahlil di Kuala Kedah.

ah dah cerah,,aku kembali ke rumah,Mak sudah bangun,,,semenjak mak kena angin ahmar 2 bulan yang lalu dari tgn sampai ke kaki sbelah kiri xboleh di gerakkan.Arini mungkin adik-adik Tiri mak dari Bandar Baru nak mai beraya.Aku kena uruskan mak..mandikan dan pakaikan mak dengan baju baru.

"mak nak mandi?"tnyaku."tak mau lagi,sejuk 'balas mak.'Chik jerang ayaq kat mak..letak daun2 macam orang dlm pantang na'usikku.'Ikut suka la..tp angkat mak letak atas kerusi roda..pinta mak padaku.ku rangkul tubuh yang kecil dan
kuletakkan seperti permintaannya.Anak-anakku dan anak saudara kupanggil untuk melayan 'tok' sementara aku sediakan air panas untuk mandian mak.

kakak2 ku dah balik dari pasar..arini buat bihun sup untuk jamuan saudara-mara yang bertandang.Tugasku menjaga mak saja.Masak-memasak kakak dan kakak ipaku yang sediakan.

dalam aku dok basuh pinggan mangkuk terdengar jeritan kak Shun.dan tiba-tiba anakku Kimie berlari sambil menangis.Kenapa nie?'Tok' jatuh sungai.Astaqfirullah halazimmmm...istifarku.Entah kenapa terlintas ja dalam hatiku 'aku tak pandai menjaga mak'selama ini mak tinggal dengan kakakku tak pula jatuh sungai.Ah! gawat..aku terus belari ke atas rumah.

Terpaan aku dalam kelambu menggerakkan suami.Tetiba ja aku teresak-esak menangis.ku peluk suamiku dan ku ajak suami balik ke Penang.Agak lucu juga masa tu aku sendiri tak tahu kenapa dan mengapa aku terlalu cepat sensitif.Aku bertuah kerana milikki suami yang lebih matang.Tidak cepat melatah.

selamba ja suamiku turun ke bawah dan menyertai kakak dan abg2ku menolong mak.Terdengar suara mereka ketawa sambil mandikan mak di kolah diluar rumah."tadi kata nak mandi ayaq panaih,awat dok p terjun sungai..kan dah kena mandi ayaq sejuk'bebel kakakku pada mak diikuti dengan ketawa mak dan cucu-cucunya.

Adess...kalau la sifat manjaku tak aku turutkan,mesti sekarang aku juga sedang mandikan mak bersama-sama mereka tika ini. Malu aku pada diri sendiri.aku diamkan diri di dapur.'Erm..manjanya dia..cepat sungguh terasa hati..'aku tekejut suara suamiku.'Aku belari dan peluk dia.Malu ada,sedih ada..."kita balik petang k..kan ada kenuri tahlil tghari.Lagipun abg nak sembahyang Jumaat dulu..k"pujuk suamiku.'Aduh...rmantiknya...' sapa kak Chik-kakak ipaku.adess malu lagi.

Harini aku cipta sejarah dah jadi topik bila smua keluargaku puji-puji Azman-suamiku pandai jaga budak manja sepertiku.HUH..dah anak dua pun budak lagika..balasku.

Dari cerita anakku dan sepupunya."Tok yang suruh kami tolak krusi roda tu keliling kampung.Bila sampai kat tepi sungai (kwsan agak membukit).tok suruh kami ligan ayam yang masuk bendang makan padi benih yang ditabur.Kami dah kunci kedua-dua roda.Tapi Tok yang tarik 'break' (tgn kanan mak)..tu yang menjunam dalam sungai tu.Tok sajala nak gagau (cari) ikan kot'..cerita anakku Kimie.Diselangi dengan ketawa mak.Sejuk hatiku lihat mak gembira.

Tambah kak Shun..mak memang suka buat macam tu.Shidah anak Kak Shun selalu terkena.Masa tolak mak ronda-ronda tepi sawah, mak 'break'jenuh Shidah dok tolak.Iskh awat berat nie,'Tok nie banyak dosa apa.."usik mak pada cucu kesayangannya tu.Bila cek..memang sah,roda terkunci.Agaknya semua dah tahu dengan perangai mak yang suka buat macam tu.Aku yang baru nak jaga mak bila dah jadi macam tu memang panik dan termalu seniri..yela ingatkan Kimie yang tolak "tok' dalam sungai...Adess

Cerita lucu nie..akan aku kenang sampai bila-bila.Nasib baikla mak tak terluka dan paras air sungai aritu pun tak dalam.Erm..kena ubah sifat kebudak-budakkan yang masih utuh dalam diri aku.hahaha...

Pergi Kuala Kedah- kenuri Tahlil (Buat aruah kak Marini) dengan Chempakasari dan keluarga. Pastuh layan dikbadik mak dari Banda Baru.Petang bertolak ke Penang.

Saturday 11 October 2008

~Cerita lepas Raya 2008~


Raya tahun nie...macam raya sebelas tahun yang sudah...
aku sambut raya pertama di Pulau Pinang -umah mentua ...
petang skit kami bertolak beraya umah bapa menakan-Tok'su mamak kat Padang Tembak..
dan truih balik ke Kedah.
Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai ke destinasi..Kuala Kedah ..Hampir jam 10malam.Disambut oleh kak Shun dan abang iparku saja.yang lain-lain kepenatan dan ketiduran.Mata hubby akupun dah semacam..keletihan gak tu..tanpa berlengah aku pasangkan kelambu dan kami pun tdo reramai kat depan Tv.
Best gak kan...kumpui ramai-ramai cenggini...umah mak dah jadi cam kem kaum BADAWI...
ye la..ada kelambu sana sini.xpasang mana boleh .dah ler musim ujan turun..nyamuk jangan cerita la..galak sungguh dok berkaroke..tanpa hiraukan risiko kejelojohan depa dok mai merayap kat badan2 handalan2 penampaq Jepun nie.mau mampus pecah peyot r...hahaha..tak pun mati kelemasan asap dari Lingkaran Nyamok Fumakila.erm..nasib ko la nyamok nak wat cemanakan..
Mak dah tdo..malaih nak kejutkan coz nyenyak ja mak tdo..ZZZZ..
dok dlm kelambu..aku ngan hubby dok buat planning esok nak beraya kemana.
ntah koi bopa terlelap tak taula..yang pasti denguran hubby buat aku terpana ..
yela aku baguih punya story alih-alih..hubby ketiduran...aduhai..nak marahpun xbaik kan..kan..
baru ja minta ampun pagi tadi...
napela mata aku ni xnak terlelap..aku mangkit dan dok kat pangkin luaq umah..
angin malam menggamit aku pada seseorang..aduh...syahdunya..
dipangkin ini la aku dan aruah bapa sering habiskan masa berbual bersama-sama..
rindunya aku pada aruah bapa...uhuk..uhuk...tangisan kerinduan...Moga-moga aruah bapa mendengar rintihan kerinduan aku padanya...Ya Allah..tempatkanlah aruah bersama-sama golongan orang yang beriman..Amin.
Raya Ke-2
Anak2ku dan anak2 menakan dah mangkit awai.Ingatkan depa nak p beraya.. tapi depa pulun main bunga api ngan mercun guruih api(mancis)..agaknya lepas gian semalam depa tunggu anak2ku sampai tertido apa...
Tido lambat tapi ntah napa kat kampung automatik ja mata aku dah berjengey bila azan Subuh berkumandang.Aku serbu kelambu mak...rindunya pada insan yang melahirkan aku nie.dengar suaranya memanggil aku...woh..prasaan seorang ibu..dia tahu aku balik ...ku kucup tangan dan sluruh muka mak..ampun dan maap ku pohon..adess..sekali aku kena sound daaaaaaa...
mak suruh aku mandi dulu...ngeh3...
arini aku sekeluarga ronda-ronda p umah mak menakan/dikbradik kat dlm kpg.. petang sikit kami p Alor Jangguih -umah akak keduaku_Kak Kiah.anak dia Mat Nasir pegi beraya umah mak mentua kat Langkawi.(baru akad nikah bulan Aug baru nie...nk sanding bulan Nov).
dah lama xjumpa..dan aku yang peramah tamah ni..punya la gebang..tup-tup dah nak magrib.Ah sudah..dah la tak bopa nak kenai jalan(siangpun main blasah ja, tmbah malam lagila truk.Akhirnya memang betui kami tersesat..tak jumpa jalan nak patah balik ikut jalan short-cut..truih kena kluaq kot Masjid Aloq Jangguih...sikit punya jauh dok round ..hak..hak..xpa janji sampai umah...
aku dah tak sabaq nak main meghiam buluh nie...teruja dari semalam lagik...
dok dengaq kpg len dok gedebum..gedebam..malam nie siap la..sepat_ronggeng kam bek...kahkahakah..
adesss...ngantok lak dah..sambung malam esok pulak la..tunggu na,...