Salam...
pada pagi raya ke-3
Macam biasa selepas Subuh aku tak tidur balik seperti suamiku.
Aku lebih suka meninjau keadaan kampung lepak kat pangkin tepi telaga melihat pemandangan hijau dan kicauan burung ciak,murai batu,merbah jambui dan cala... Indahnya ciptaan Allah.
Ada kedamaian dan ketenangan disulami kerinduan.Tahun nie Cik Lie beraya kat Kelantan.Isterinya selamat melahirkan anak ke-3 HERO (5hb Okt'08)so memang tahun nie..aku keseorangan tanpa abg tersayang...hahaaa...
dlam minda aku dok fikir-fikir kemana hala tuju nak beraya arini.Woh terlupa...Adik kembar aruah kak Marini jemput kenuri tahlil di Kuala Kedah.
ah dah cerah,,aku kembali ke rumah,Mak sudah bangun,,,semenjak mak kena angin ahmar 2 bulan yang lalu dari tgn sampai ke kaki sbelah kiri xboleh di gerakkan.Arini mungkin adik-adik Tiri mak dari Bandar Baru nak mai beraya.Aku kena uruskan mak..mandikan dan pakaikan mak dengan baju baru.
"mak nak mandi?"tnyaku."tak mau lagi,sejuk 'balas mak.'Chik jerang ayaq kat mak..letak daun2 macam orang dlm pantang na'usikku.'Ikut suka la..tp angkat mak letak atas kerusi roda..pinta mak padaku.ku rangkul tubuh yang kecil dan
kuletakkan seperti permintaannya.Anak-anakku dan anak saudara kupanggil untuk melayan 'tok' sementara aku sediakan air panas untuk mandian mak.
kakak2 ku dah balik dari pasar..arini buat bihun sup untuk jamuan saudara-mara yang bertandang.Tugasku menjaga mak saja.Masak-memasak kakak dan kakak ipaku yang sediakan.
dalam aku dok basuh pinggan mangkuk terdengar jeritan kak Shun.dan tiba-tiba anakku Kimie berlari sambil menangis.Kenapa nie?'Tok' jatuh sungai.Astaqfirullah halazimmmm...istifarku.Entah kenapa terlintas ja dalam hatiku 'aku tak pandai menjaga mak'selama ini mak tinggal dengan kakakku tak pula jatuh sungai.Ah! gawat..aku terus belari ke atas rumah.
Terpaan aku dalam kelambu menggerakkan suami.Tetiba ja aku teresak-esak menangis.ku peluk suamiku dan ku ajak suami balik ke Penang.Agak lucu juga masa tu aku sendiri tak tahu kenapa dan mengapa aku terlalu cepat sensitif.Aku bertuah kerana milikki suami yang lebih matang.Tidak cepat melatah.
selamba ja suamiku turun ke bawah dan menyertai kakak dan abg2ku menolong mak.Terdengar suara mereka ketawa sambil mandikan mak di kolah diluar rumah."tadi kata nak mandi ayaq panaih,awat dok p terjun sungai..kan dah kena mandi ayaq sejuk'bebel kakakku pada mak diikuti dengan ketawa mak dan cucu-cucunya.
Adess...kalau la sifat manjaku tak aku turutkan,mesti sekarang aku juga sedang mandikan mak bersama-sama mereka tika ini. Malu aku pada diri sendiri.aku diamkan diri di dapur.'Erm..manjanya dia..cepat sungguh terasa hati..'aku tekejut suara suamiku.'Aku belari dan peluk dia.Malu ada,sedih ada..."kita balik petang k..kan ada kenuri tahlil tghari.Lagipun abg nak sembahyang Jumaat dulu..k"pujuk suamiku.'Aduh...rmantiknya...' sapa kak Chik-kakak ipaku.adess malu lagi.
Harini aku cipta sejarah dah jadi topik bila smua keluargaku puji-puji Azman-suamiku pandai jaga budak manja sepertiku.HUH..dah anak dua pun budak lagika..balasku.
Dari cerita anakku dan sepupunya."Tok yang suruh kami tolak krusi roda tu keliling kampung.Bila sampai kat tepi sungai (kwsan agak membukit).tok suruh kami ligan ayam yang masuk bendang makan padi benih yang ditabur.Kami dah kunci kedua-dua roda.Tapi Tok yang tarik 'break' (tgn kanan mak)..tu yang menjunam dalam sungai tu.Tok sajala nak gagau (cari) ikan kot'..cerita anakku Kimie.Diselangi dengan ketawa mak.Sejuk hatiku lihat mak gembira.
Tambah kak Shun..mak memang suka buat macam tu.Shidah anak Kak Shun selalu terkena.Masa tolak mak ronda-ronda tepi sawah, mak 'break'jenuh Shidah dok tolak.Iskh awat berat nie,'Tok nie banyak dosa apa.."usik mak pada cucu kesayangannya tu.Bila cek..memang sah,roda terkunci.Agaknya semua dah tahu dengan perangai mak yang suka buat macam tu.Aku yang baru nak jaga mak bila dah jadi macam tu memang panik dan termalu seniri..yela ingatkan Kimie yang tolak "tok' dalam sungai...Adess
Cerita lucu nie..akan aku kenang sampai bila-bila.Nasib baikla mak tak terluka dan paras air sungai aritu pun tak dalam.Erm..kena ubah sifat kebudak-budakkan yang masih utuh dalam diri aku.hahaha...
Pergi Kuala Kedah- kenuri Tahlil (Buat aruah kak Marini) dengan Chempakasari dan keluarga. Pastuh layan dikbadik mak dari Banda Baru.Petang bertolak ke Penang.
No comments:
Post a Comment