Assalammualaikum
harini.. 10/08/2016
tarikh keramat ini..
akan berulang tahun demi tahun
terpahat diruang jelas..
kelibat orang ramai di rumah pusaka..
aku..
09/08/2014
malam itu di Kuala Lumpur
sejak dari mula nak gerak ke KL memang rasa tak sedap hati
tapi kerana tunaikan hajat kakak ipar di Balakong
aku paksakan juga..
hadir ke kenuri anaknya Muhd Iqbal..
selalunya kalau sampai KL
aku yang berselera untuk menjelajah merata shopping mall
tapi aku amik keputusan untuk inap ja dalam rumah kakak ipar di Melawati
bersembang ..bergurau dengan mereka anak beranak
untuk pergi ke rumah knuri pun aku tak daya
pelik sungguh perangai aku.
suami pun hairan..
erm..dalam pukul 3.00 pagi.
aku trima panggilan dari kampung
tiga ayat ja dari abang ipar
"adik baliklah..mak dah tak ada..Innalillah..."
ayat tu buat aku terkaku..
dalam kabur ayaq mata..
aku lihat suami dan anak-anak nyenyak tidur
aku...???
terkelu..ku genggam dan belek handphone ditangan
betui ka..atau aku bermimpi??
gerak suami..bagitau ayat tadi..
suami suruh istifar dan mengucap.
dia yang follow up calling abg dan kakak di kampung
aku...??!!
aku...
pasrah dan redha..
aku kini anak yatim piatu..
so..
tarikh ini utuh dan terpahat dalam minda aku..
selamanya..mak..
trimakasih kerana melahirkan aku ke dunia ini..
dalam hidup yang serba sederhana..
aku bahagia..
terimakasih atas keringat mu membesarkan aku
maafkan juga diri ini
kerana tidak menjagamu..
mungkin di takdirkan kita berjauhan selepas perkahwinanku..
namun
dalam sudut hati anakmu,,
tidak pernah lekang namamu
Al-Fatihah..