Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan motor. Orang
panggil mat rempet le sekarang nih.
Kesah Pertama: Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak.
Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan
pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak,
selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu
tempat di mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut
aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang, Semua
orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk sorang sorang tengah
jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku patah balik
sambil gelak bagai nak giler.
Kisah Kedua. Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat
trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku
pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter
dalam poket seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku
terus jalan…meninggalkan aku berbiri sambil berjingkit nak nak ambil
lighter di trafic light…siol…aje… Satu bandar orang yang nampak aku berdiri
terkakang sorang sorang dilampu isyarat…macam ape entah…..gelak pulak tu
dia orang.
Kisah ketiga. Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik
ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan. Waktu tu kalau boleh
bawak motor dah kire grand la tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat.
Waktu tu leh awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.
Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka,
ader motor le katakan. Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukan
telah berlaku. Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan
ader lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku
memang ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan
itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam
nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah
aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2 tu…tapi aku
rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan
ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor sampai rumah…. Lepas tu tak mau
ngurat lagi
aKu iNGiN KeLuAr DaRi kEpOmPoNg CiPtAan kU SeNDiRi..mEnJaDi rErAmA cAnTiK mEnGHiaSi mAsJiD YaNg TeRmEtERi BeRsAmA iNsAn bErNaMa sUaMi...
Saturday, 17 May 2008
~Tok kadi ngan pengantin yang gabra~ngeh3
Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu
Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku
bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu
dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa
tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai
orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi
dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas
bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.
Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk
dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak
tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu
besar…..
Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang,
dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi
tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing
baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi
aku rasa jawapan tu ok la kut.
Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling
kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam
nak tolong je mamat pengantin tu…bukannye susah, jawapannya
anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan
keluar kat dahi….tok kadi mula senyum… Aku sebut dalam hati
moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya
aku cakap dalam hati dia tak dengar.
Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana
ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum
air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai
orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2
aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh
jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.
Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar
kat pengantin tu keadaan senyap sunyi….tapi bila pengantin
tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan
gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control
macamana …taik gajah… besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

Jangan mensingkatkan perkataan Assalammualaikum
Maksud singkatan " A'kum"
Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya. JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN

Janda 18 tahun
Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung.
Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya.
Pada satu hari ,
Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi.
Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya,
manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.
Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat.
Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.
"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.
"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.
"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang.
Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.
"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat.
Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat,
hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru,
Leha nama bakal isteri Amat.
Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.
Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti.
Sampai saja di rumah pengantin perempuan,
Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi.
Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar.
Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat,
iaitu untuk bertemu dengan isterinya.
Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam
bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.
Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda.
Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat,
baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.
"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.
"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.
"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.
"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!"
"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!"

Why we need to learn English
Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend MAT SALLEH nya....
Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat... surat tu??? macam ni bunyinya:
Hi, my motive write this letter is to give know you something.
I WANT TO CUT CONNECTION US.
I have think about this very cook cook.
I know i clap one hand only.
Correctly, i have seen you and she together at town with eyes myself.
you always ask for apology back back.
I don't trust you again!!!
You are really crocodile land.
My Friend speak you play wood three ..
Now i know you correct correct play wood three,
so,i break connection to pull my body from this love triangle.
I know this result i pick is very correct,
because you love she very high from me,
so, i break off to go far from here.
I don't want you to play-play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking about you.
I don't want banana to fruit two times ....
Safe walk .....
Tijah

Kasih Adelia
"Assalamualaikum, sayang. Dah lama tunggu?!"
Sapaan Tuah mengejutkan Adelia yang telah lama menanti.
"Waalaikumsalam. Kenapa awak selalu lambat? Ada date ngan orang lain ke?"
"Hmm.."
"Tuah…"
Adelia merengus.
"Selalu macam ni, dari kampus lagi. Awak nak makan apa?"
"Masa kampus, saya lambat sebab saya nak layan ramai aweks. Sekarang saya ada sorang kekasih aje. Jadi sekarang saya sibuk uruskan pasal majlis pertunangan kita. Nak makan apa, sayang?!"
"Sayanglah order dulu, Lia ikut sayang aje."
Adelia menjawab lembut. Dengan senyuman manja, Adelia boleh menggegarkan iman Tuah. Sejak 4 tahun mereka berkawan, 2 tahun lepas. Adelia dan Tuah saling menerima diri masing-masing. Mengikat janji setia sebagai pasangan kekasih. Adelia adalah segala-galanya bagi Tuah. Walaupun Adelia, anak yatim dan serba kekurangan. Tuah tidak pernah kisah, bagi Tuah. Hanya Adelia insan yang boleh menceriakan hidupnya.
"Tuah beruntung sebab ada sayang."
"Lia pun, Lia sayang Tuah."
"Kita kahwin."
"Memanglah, kitakan dah janji."
"Lia, hari raya keempat kita bertunang. Hari raya kelima lepas tu kita kahwin. Amacam?!"
"Tuah, kan ke kita nak ikut planning umi? 3 bulan lepas tu baru kahwinlah."
"Tak bolehlah, lama sangat. Tak sabar nak memiliki Lia."
"Iyalah tu!"
"Lepas tu kita dapat baby, Tuah nak anak kembar. Boleh ke, sayang?!"
"Boleh… Tapi ada syarat. Lia nak majlis tunang Lia nanti. Lia nak mawar putih dalam setiap hantaran. Lia tak nak Tuah datang. Biar Umi aje yang datang. Sarungkan cincin, Tuah takyah datang ya."
"Tuah nak datang, nak tengok sayang."
"Boleh… Tapi tak boleh anak kembar lah."
"Adelia."
Adelia ketawa, seronok mengenakan buah hati kesayangannya. Tuah menjuih bibir. Hubungannya dan Tuah dibajai Adelia dengan kejujuran dan ketulusan. Malah dia dan Tuah sama-sama menjaga batas-batas hubungan dan kepercayaan antara mereka. Itulah yang mengukuhkan cinta yang disemai sejak 2 tahun lalu.
* * *
"Terima kasih, Tuah. Penuhi permintaan Lia."
"Kalau tak sebab nak anak kembar, abang terpaksa batalkan niat nak tengok Lia jadi milik abang."
"Abang?!"
"Iyalah, sayang. Dah jadi tunang. Sayang kena panggil abang tau. Abang pulak akan panggil Adelia, sayang."
"Abang, Lia sayang abang. Lia suka mawar putih tu. Lia nak simpan sampai bunga tu layu dan kering. Selagi bunga tu tak hancur, selagi iulah cinta Lia pada abang."
"Terima kasih, sayang. Abang bagi 8 kuntum kan?"
"Apalah abang ni, 12 kuntum. Lia nak tanya abang, kenapa bagi gelang dan rantai sekali? Membazir aje."
"Untuk sayang, nyawa pun abang sanggup gadaikan. Oklah sayang. Abang ada kerja sikit. Sayang bila nak balik KL? Abang rindu."
"Lia ada cuti 6 hari lagi. Esok Lia nak ke hospital."
"Kenapa?!"
Tuah cemas. Terdengar tawa manja Adelia.
"Lia nak buat medical check up. Nak kena hantar masa pendaftaran Master nanti."
"Ooo… Sayang buat abang risau. Jaga diri, sayang. Tidur awal tau. Jangan buat kerja berat-berat. I love you."
"Lia pun."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Tuah mematikan talian, video yang diambil Tajol di hari pertunangan Adelia ditonton lagi. Sejak Tajol dan keluarganya kembali ke KL semalam, video itu hampir setiap hari ditontonnya, kemanisan dan keayuan Adelia di hari pertunangannya. Adelia sudah memakai tudung, itu janjinya andai dia dan Tuah bertunang. Segala-galanya milik Tuah, Tuah bersyukur. Adelia insan yang paling memahaminya. Malah hubungan mereka direstui oleh adik beradik Adelia dan keluarga Tuah. Busana putih susu yang digandingkan dengan warna keemasan, menambahkan keayuan dan kecantikan Adelia. Tuah tersenyum, bangga bila mengenangkan Adelia sudah bergelar tunangannya.
Dulu dia tidak pernah menghargai Adelia. Adelia hadir di sisinya sebagai teman paling rapatnya sejak di semester satu. Dia dan Adelia saling menjaga antara satu sama lain. Adelia tidak pernah berkecil hati dengan Tuah bila Tuah mendampingi gadis lain. Bagi Adelia, Tuah tidak lebih dari seorang kawan, begitu juga Adelia. Hinggalah di tahun akhir pengajian, Tuah mulai menyedai kehadiran Adelia, itupun tatkala Adelia sering menceritakan tentang perancangan Along nya untuk menjodohkannya dengan Dr Hakimi. Sepupunya. Tuah mulai cemburukan Adelia. Lantas sebaik mereka menerima Ijazah di hari graduasi, Tuah menyatakan hasrat hatinya pada Adelia, ternyata cinta Tuah disambut gembira oleh Adelia. Tuah bersyukur.
"Lia, Tuah rindu."
* * *
"Maafkan Lia, Tuah."
"Kenapa?! Kenapa?! Buat abang macam ni?!"
"Lia tipu awak selama ni, Lia tak pernah sayangkan awak. Lia hanya anggap awak macam kawan. Tak lebih dari tu.Lia dah tak boleh menipu diri Lia lagi. Lia penat membohongi perasaan Lia dan mainkan perasaan Tuah."
"Tipu?!! Kau tipu aku!!! 2 tahun kau kata kau main-main. Jangan bodohkan aku, Lia!!!"
"Lia memang tipu kau, Lia sayangkan Hakimi. Lia baru sedar yang selama ni, hati Lia untuk Hakimi bukan untuk Tuah. Maafkan Lia, Tuah."
"Kau malukan Umi, kau malukan keluarga aku. Apa salah kami kau buat kami macam ni?!"
"Lia tak sanggup menipu lagi, Lia tak sanggup hidup susah dengan Tuah."
"Adelia!!!"
"Lia orang susah, Lia dah serik hidup susah selama ni. Bisnes Tuah belum tentu boleh menampung hidup Lia dan anak-anak nanti."
"Cukup!!! Aku tak nak dengar semua tu lagi."
"Ni jemputan Lia. Lia harap Tuah boleh datang."
Adelia cuba berlalu, Tuah merentap lengan Adelia. Kasar.
"Aku akan miliki kau sebelum kau jadi milik Hakimi."
"Jangan jadi bodoh, Tuah! Aku jijik dengan sentuhan dan perbuatan kau. Aku jijik!!"
Tuah cuba mencium wajah Adelia dengan rakus. Namun tolakan kasar Adelia mematikan perbuatan Tuah. Adelia merenung wajah Tuah.
"Pandang muka kau pun aku jijik, Tuah. Masakan aku boleh membiarkan kau menyentuh aku, sebab itu selama ini aku haramkan kau sentuh anggota badanku. Walaupun tangan sekalipun. Aku jijik dengan kau dan keluarga kau. Aku jijik!!!"
"Pang!!!"
Airmata yang ditampung sebentar tadi merembes keluar. Bersama keperitan pipi kirinya yang baru disentuh kasar oleh Tuah. Adelia cuba bertahan. Biar pipi kirinya hancur sekalipun, Baginya Tuah tidak memberi makna apa-apa. Tuah insan jijik di pandangan Adelia. Tuah menangisi nasib dirinya, dihina oleh insan yang amat disayanginya. Adelia berlalu tanpa simpati. Tuah memandu pulang, sebaik Umi melihat Tuah. Seisi keluarga menyerbu kearah Tuah.
"Alang, kenapa Adelia pulangkan semua ni? Apa dah jadi?"
"Dia nak putuskan pertunangan, dia dah ada pengganti yang lebih baik."
"Kenapa malukan kita macam ni?! Apa kita nak buat dengan barang-barang ni?"
Dulang hantaran yang pernah diberikan pada Adelia sebulan lepas masih berbungkus rapi. Tuah semakin baran melihatkan hantaran yang lansung tidak terusik.
"Buang semua ni! Aku tak nak tengok semua ni lagi!!"
Serentak itu, Tuah menyepak dan menghancurkan hantaran yang tersusun di ruang tamu rumahnya. Umi dan adik beradiknya cuba menghalang. Namun gagal, segalanya hancur dikerjakan Tuah.
"Betul kau nak pergi Tuah?!"
"Aku nak tengok dari jauh. Aku nak tengok kebahagian Adelia mengahwini Hakimi."
"Tuah, kau jangan menyesal tau. Nanti kau menangis, sapa nak pujuk."
Zali mengusik, mereka tiba di rumah Adelia di waktu tengahari. Penuh kenderaan di susur masuk ke rumah Adelia. Tuah mulai memendam rasa. Zali dan Samad tersengih melihatkan Tuah yang tidak senang duduk. Mereka yang datang berkonvoi 2 buah kereta dari Kuala Lumpur, mulai mencari parking.
"Aku rasa pelik lah, Win."
Shahira dan Azwin mulai pelik bila, melihatkan beberapa orang yang berselisih dengan mereka berkopiah dan kesedihan. Samad dan Zali tidak putus-putus memujuk Tuah.
"Kalau kau tak nak masuk, kau tunggulah. Aku dan Samad nak isi perut. Lantak kaulah Tuah. Sapa suruh datang."
Kawan-kawan Adelia disambut Azim dimuka pintu. Pelik Shahira, Rosma dan Azwin bila tiada pelamin ataupun khemah pengantin. Azim membawa rakan-rakan Adelia ke bilik.
"Abang… Abang Tuah tak datang?! Kak Lia nak sangat jumpa abang Tuah."
"Adelia…"
Terduduk Rosma bila melihatkan tubuh kaku temannya. Hakimi menyambut.
"Lia dah tak nampak dan tak boleh bergerak macam dulu."
"Ya allah! Sejak bila dia macam ni?!"
Samad kembali ke kereta selepas mengetahui keadaan Adelia. Diambilnya yassin dan kopiah.
"Kau nak ikut aku atau tak, Tuah?!!"
"Kenapa pulak?! Kau nak paksa-paksa aku?"
"Aku ulang Tuah, kalau kau tak nak menyesal kau ikut aku Tuah. Adelia dah teruk sangat."
"Mengarutlah. Kau pergilah, sampaikan salam aku pada dia kerana pernah melukakan hati aku."
"Kau jangan menyesal!!!"
Tuah kembali menyandar, hairan dengan sikap Samad yang emosional. Sedang asyik Tuah mendengar alunan muzik dari radio. Tingkap kereta diketuk seseorang. Azim?! Tuah pelik.
"Kenapa abang tak masuk?!"
"Abang…. Abang…"
"Kak Lia nak sangat-sangat jumpa abang. Tolonglah, bang. Azim rayu kat kaki abang. Masuklah jenguk Kak Lia. Mungkin ini untuk kali terakhir."
"Abang tak sanggup, dik."
Tuah meraup mukanya.
"Azim tahu, abang dan Kak Lia masih menyayangi antara satu sama lain. Kak Lia kecewakan abang. Azim minta maaf. Tapi Azim minta sangat-sangat, sebelum Kak Lia 'pergi' abang jenguklah dia. Tolonglah."
Azim menangis dan merayu. Tuah pelik, takkan Adelia sekejam ini. Memaksa dirinya untuk menghadiri majlis bahagianya dengan Hakimi. Tuah tak sanggup melihat Adelia bersanding di pelamin bersama Hakimi. Jiwanya hancur setelah diketahui Adelia memainkan perasaannya selama ini. Kali ini, apa pula lakonan Adelia?! Azim masih merayu. Tuah kaku.
"Kak Lia dah nak mati, abang Tuah."
Suara Achik mengejutkan Tuah. Tipu?! Adelia gadis riang, yang tak pernah bersedih. Tak pernah menangis atau kecewa. Adelia gadis riang yang hanya tahu ketawa dan tersenyum. Mana mungkin Adelia akan mati. Tak mungkin?! Ini hari bahagia Adelia dan Hakimi.
"Abang tak percaya?! Kak Lia dah nazak. Kak Lia nak jumpa abang. Untuk kali terakhir."
"Adelia!!!"
Tuah meraung, tangga kayu rumah Adelia dipanjat. Semua orang pelik dengan tindakan Tuah. Mencari-cari Adelia, Tuah semakin lemah bila kedengaran bacaan Yassin dalam segenap ruang di rumah usang milik Adelia. Tuah gagahkan diri, bertahan menghadapi kenyataan. Hakimi memeluk Tuah. Erat. Seolah antara mereka berkongsi kesedihan yang sama. Tuah cuba menghampiri bilik Adelia.
"Kau jangan tipu aku, Kimi. Jangan mainkan aku seperti mana Adelia mainkan perasaan cinta aku padanya."
"Sabar, Tuah. Adelia bukan milikku. Dan bukan jua milikmu. Adelia akan tinggalkan kita bila-bila masa."
"Lia…."
Tuah terjelepok di lantai. Hakim membantu Tuah menghampiri Adelia yang kaku. Tanpa suara ataupun pergerakan, hanya mata membuntang memandang ke atas. Adelia masih mampu tersenyum.
"Lia… Tuah datang."
Rosma dan Azwin yang menemani Adelia di kiri dan kanan berbisik ke telinga Adelia, airmata Adelia menitis. Menyambut kehadiran Tuah. Tuah kaku, takut menerima hakikat Adelia akan pergi untuk selamanya. Along, Angah dan beberapa orang lain hanya mampu mengalirkan airmata.
"Tuah…. Tuah…."
Bibir Adelia bergerak-gerak memanggil Tuah. Tuah mengucup tangan Adelia. Jutaan keampunan Tuah rayu dari Adelia, namun hanya kesepian yang melanda.
"Lia, Tuah datang. Berbicaralah dengan Tuah, sayang. Kenapa Lia tak beritahu semua ni pada Tuah?!"
"Tuah… Maafkan Lia."
Gerakan bibir Adelia menambah sebak di dada Tuah. Airmatanya mengalir. Tiada lagi suara manja Adelia.
"Sejak 2 hari lepas Lia dah tak boleh bercakap, Tuah. Malah Lia dah tak boleh melihat. Sekarang Lia hanya boleh mendengar. Berbicaralah dengan dia, Tuah. Dia nak sangat jumpa kau."
Hakimi memegang bahu Tuah. Hakimi membawa diri, keluar dari bilik Adelia. Tak sanggup melihat kemesraan antara Tuah dan Adelia.
"Lia, aku minta maaf. Jangan tinggalkan aku, Lia."
Pipi Adelia yang cengkung, diusap lembut oleh Tuah. Menyesal, kerana pipi itu pernah menjadi tempat singgahan tamparan kasarnya.
"Tuah… Terima kasih kerana datang."
Adelia tersenyum, bibir yang dulunya sentiasa merah dan tersenyum. Kini ianya pucat dan kering. Malah pecah-pecah akibat Adelia yang terlantar sejak beberapa minggu lalu. Adelia menarik nafas. Masing-masing mulai khuatir. Hakimi kembali ke bilik, bila Along mulai memanggil.
"Izinkan Lia pergi. Masa Lia dah sampai, Lia nampak abah dan ibu. Along… Angah… Maafkan Lia."
"Mengucap Lia. Mengucap. Along maafkan Lia. Along halalkan semuanya."
Masing-masing menangis hiba. Sukar untuk dilepaskan pemergian seorang teman sebaik Adelia. Rosma memeluk Adelia erat. Pipi Adelia dicium, airmata sudah berhamburan keluar. Tiada kata-kata yang boleh diluahkan lagi, melainkan melepaskan Adelia pergi dengan aman. Selesai kalimah syahadat di lafaz oleh Adelia, Adelia terus menutup mata. Tuah menangis hiba. Azim dan Achik terus menghilang. Akhirnya Adelia pergi jua.
"Dia tunggu Tuah datang. Dia nak sangat jumpa Tuah. Terima kasih Tuah, sebab sudi datang jenguk Adelia."
"Kenapa Along tak bagitahu Tuah awal-awal lagi?!"
"Adelia tak kasi. Dia kata kau akan datang, aku pernah bagitahu aku akan call kau. Tapi Adelia menegah, dia yakin kau datang. Dia nak minta kau maafkan dia. Dia bagi surat ni untuk kau."
"Aku tak pernah marahkan Lia, Kimi. Aku tak boleh nak benci dia. Dia terlalu baik. Tapi aku yang bodoh! Aku tergamak tampar dia. Aku bodoh!!!"
"Sabar Tuah, kita sama-sama doakan dia. Semoga rohnya aman dan sejahtera di sana."
Angah menghulur Yassin dan kopiah pada Tuah dan Hakimi. Semua teman Adelia sebanyak mungkin menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci buat Adelia. Sebaik jenazah selesai dikebumikan, teman-teman Adelia masih setia membantu keluarga Adelia menguruskan majlis arwah untuk Adelia. Tuah dan Azim membersihkan bilik Adelia selepas sehari pengebumian Adelia.
"Azim… Kenapa dengan bunga-bunga kering ni? Mana Kak Lia dapat?!"
Kuntuman bunga-bunga mawar kering tersebut dikutip Tuah. Satu persatu.
"Abang lupa ke?"
Tuah hairan dengan jawapan Azim, kuntuman bunga-bunga kering yang berteraburan di bilik arwah Adelia menjadi tumpuan Tuah.
"Ini 12 kuntuman mawar putih yang abang bagi bersama hantaran pertunangan abang. Abang lupa ke?!"
"Ya allah!"
Tuah meraup muka, kesal kerana tidak pernah terlintas tentang ketiadaan kuntuman mawar putih di setiap dulang hantaran, ketika arwah memulangkan kembali hantaran pertunangan mereka. Tuah cuba menahan diri. Terimbas kembali suara gembira arwah dengan pemberian 12 kuntuman mawar putih tersebut di hari pertunangan mereka.

"Lia… Kenapa seksa abang macam ni?!"
Azim mendekati Tuah. Sukar dimengertikan bagi Azim bila melihatkan reaksi Tuah. Sejak arwah tiada, Tuah lah yang menggunakan bilik arwah. Semua barang-barang arwah dikemaskan oleh Tuah.
"Kalau Azim tahu, Kak Lia dan abang saling menyintai. Azim takkan setuju dengan Along. Azim takkan paksa Kak Lia terima abang Kimi. Sejak Kak Lia putuskan hubungan dengan abang. Kak Lia banyak termenung. Kekadang airmatanya menitis. Kak Lia kerap termenung di beranda. Azim tak tahu, itu petanda bahawa Kak Lia akan tinggalkan kami. Kalaulah Azim tahu, tak sesekali Azim biar Kak Lia menangis. Maafkan kami, abang. Maafkan Along dan Achik. Kami tak tahu."
"Entahlah, Azim. Abang pun buntu. Abang menuduh Kak Lia macam-macam, malah… Malah…Tangan abang singgah ke pipi Kak Lia. Abang bodoh!!"
"Abang…"
"Abang kesal, abang tampar Kak Lia. Abang tak tahu dia sakit. Kalaulah abang tahu."
"Hanya Allah swt Yang Mengetahui, bang. Kita banyak silap dengan Kak Lia. Tapi Kak Lia tak pernah marah, tak pernah berkecil hati."
Selepas seminggu Tuah berada di kampung Adelia, Tuah kembali ke Kuala Lumpur. Bersama surat terakhir pemberian Adelia dan 12 kuntum bunga kesayangan Adelia.
'Assalamualaikum Tuah…
Maafkan Lia, maafkan Lia, Tuah. Setiap malam Lia menyesali kebodohan Lia. Lia hancurkan hati dan impian Tuah. Hidup Lia tak aman, tidur Lia tak lena. Setiap hari Lia ingat tentang pertemuan terakhir kita, pertemuan yang membuatkan Tuah membenci Lia seumur hidup. Hati Lia hancur melihat airmata Tuah tika itu. Tapi apakan daya, biarlah Tuah kecewa hari tu daripada Tuah sama-sama menderitai penyakit yang Lia hidapi tika ini.
Tuah…
Lia minta dari Tuah, lepaskan cinta Tuah kepada Lia. Kita tiada jodoh Tuah. Walau segunung kasih dan cinta Tuah pada Lia. Kuasa Allah swt membataskan segalanya. Lia harap Tuah dapat menerima semua ini. Kita hanya sahabat akrab, dan itulah takdir Allah swt. Pada umi dan keluarga Tuah, Lia susun 10 jari memohon maaf dari mereka. Andai berkesempatan ingin Lia sujud di kaki setiap ahli keluarga Tuah memohon maaf. Lia kecewakan mereka, Lia minta maaf. Setiapkali Lia sujud menyembahNya, Lia memohon agar tindakan Lia pada Tuah dan keluarga akan dimaafkan. Masa Lia tidak panjang.
Lia memang sayangkan abang Kimi. Abang Kimi separuh dari kehidupan Lia.. Dari Lia mengenal ABC, hingga Lia bergelar graduan. Abang Kimi yang banyak membantu Lia. Lia terlalu sayangkan abang Kimi, seperti Lia sayangkan Angah. Lia sakit Tuah, hidup Lia tak panjang. Esok ataupun lusa, ataupun sebulan akan datang. Lia mungkin akan mengadap Yang Maha Esa. Menghitung dosa dan pahala. Lia di alam sana, Tuah. Sepanjang hidup Lia hanya menerima dari abang Kimi. Kali ini Lia minta Tuah memahami, Lia Cuma mahu abang Kimi menerima sesuatu dari Lia. Lia mahu abang Kimi bahagia dengan memiliki Lia. Ampunkan Lia Tuah. Lia diberi peluang singkat dalam hidup Lia. Dan peluang ini Lia tahu, abang Kimi lebih layak. Maafkan Lia.
Dikesempatan ini, Lia tidak tahu bagaimana nasib Lia. Lia masih derita dengan penyakit ini, ataupun Dia telah menjemput Lia. Maafkan Lia dan halalkan segala-galanya.
Sahabatmu,
Adelia.
Tuah melipat surat tersebut. Diselitkan di dalam sebuah kotak beserta 12 kuntuman bunga milik arwah Adelia.
"Tenanglah kau, sahabatku Adelia. Insyaallah. Cinta dan sayang aku pada kau takkan sesekali padam. Maafkan aku Adelia, takkan sesekali aku melepaskanmu."
'Andai tibanya waktu…
Aku harus tinggalkanmu…
Akan aku berlalu bila tiba saat itu…
Tak perlu kau merayu dan tak perlu menahanku…
Segala yang terjadi kehendakNya…'
Tuah memperlahankan radio, senikata lagu tersebut mengayat hati Tuah. Mengingatkan memori cinta dan persahabatannya dengan arwah Adelia.

Subscribe to:
Posts (Atom)