MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Wednesday 19 May 2010

~Cerpen - Jika Itu Takdirnya~

Love Quote Pictures, Images and Photos

“Tut tut! Tut tut!” Tertera 1 message received di skrin handsetku.
“Keluar kejap. Ada hal nak cakap.”
Begitu bunyinya message dari buah hatiku, Nazmi;
merangkap jiran sebelah rumahku.“Kita berpisah,” ucap Nazmi selamba.
Tiada langsung riak rasa bersalah.Gulp! Aku menelan liur..Ya Tuhan! Ujian apakah ini?! Terasa seakan jantung ini berhenti berdegup.“Tapi, kenapa? Apa salah Lia?!” gementar suaraku menahan sebak di dada.Masakan tidak, tiada ribut.. tiada taufan, tiba-tiba perpisahan yang dipinta!“Mie dah bosan dengan Lia.
Lagi pun Farah nak balik dengan Mie semula,” lancar sekali kata-katanya.Dari riak wajahnya, langsung tiada rasa kesal dengan apa yang dilafazkan.“Tak bermaknakah tiga tahun perhubungan kita? Tiga tahun bersama, apakah semuanya sandiwara, Mie?” empangan mataku mula pecah bersama esak tangis yang di luar kawalanku.“Ahh… kita baru tiga tahun, tapi Mie dengan Farah dah tujuh tahun. Sejak di bangku sekolah lagi. Mie harap Lia faham.
Antara kita memang takde jodoh,” mudahnya dia berkata-kata.“Maafkan Mie.. Mie harap Lia akan berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari Mie,” Nazmi terus berlalu tanpa menghiraukan aku yang masih dalam esak tangis yang menggila. Terasa murahnya air mataku tatkala itu.Aku melangkah longlai ke bilik. Di bilik, aku terkenang kembali kisah kami. Nazmi adalah cinta hatiku yang pertama.
Bermula sebagai jiran yang selalu bersengketa, akhirnya kami menjadi pasangan yang tidak dapat dipisahkan lagi.
Dulu aku, Tini dan Piah sering meng‘hadiah’kan sumpah-seranah untuk dia dan rakan-rakan rumah sewanya. Apa tidaknya, saban pagi dan malam asyik di‘prong-prengkan’kan motor dia orang. Langsung tak dihiraukan perasaan jiran-jiran sebelah ; apatah lagi yang ada anak kecil. Masa tu, bila kami ‘sembur’ dia orang, di‘sembur’nya kami balik.
Ada ke patut?Ada satu masa tu.. masa kami gaduh, aku kelentong kat dia orang yang kononnya kami dah collect satu petisyen. Petisyen tu untuk halau dia orang dari taman perumahan ni, kalau dia orang masih tak reti nak hormatkan kami, jiran-jirannya.
Aku tau, aku punya kelentong memang over. Mesti dia orang tak caye.. Tapi tekaanku meleset. Dia orang percaya rupa-rupanya! Haha…misi berjaya!Besoknya dah takde lagi bunyi ekzos yang macam meriam buluh pecah tu. Nah, amik kau! Tau takut, hehe…! Sebenarnya dia orang takde la jahat sangat.
Aku perasan, bila ada gotong-royong atau kenduri-kendara, biasa jugak aku tengok kelibat dia orang. Bila nak masuk waktu Maghrib atau Isyak pulak, selalu jugak aku tengok dia orang berjalan ke surau. Kiranya dalam bab hormatkan jiran je la yang fail! Sejak dari perang besar hari tu, dia orang macam dah pandai ambil hati kita orang dan jiran-jiran yang lain.
Dah pandai dah bersembang, bertanya khabar. Kalau dulu, haram..Antara dia orang berlima, aku paling suka tengok Nazmi dan Razlan. Nampak kamceng sangat, macam adik-beradik.
Pergi mana-mana pun berdua. Pergi kerja berdua, pergi surau berdua, pergi jogging berdua- macam kembar lak aku tengok. Dengan Meon, Zali dan Man pula, aku tengok dia orang takde la serapat tu.Sejak dah berbaik, kita orang rajin bersembang dengan dia orang berlima terutamanya dengan Nazmi dan Razlan.Nazmi ni banyak mulut dan suka buat lawak, tapi Razlan ni pendiam sikit.
Walaupun pendiam, aku tengok dia suka dengar kami bercerita.Pada awalnya, aku akui ada menaruh minat pada si Razlan ni. Ye la, sifatnya yang tak banyak cakap tu macam menjadi satu tarikan untuk aku lebih mengenalinya. Macam lelaki misteri pulak, hehe…Namun, luahan hati Nazmi pada suatu hari membuatkan aku terkedu.
Apa tidaknya, dalam diam-diam.. rupa-rupanya dia menaruh perasaan padaku. Tak aku nafikan, sebelum ini aku memang ada menaruh perasaan pada Nazmi; tapi aku takde la berharap sangat- sebabnya aku tau, aku serba kekurangan. Jika nak dibandingkan dengan Tini dan Piah, aku ni takde la secantik atau seayu dia orang. Aku biasa-biasa je. Kulit tak berapa nak cerah lak tu.
Tang mana yang Nazmi berkenan, tak tau la aku.. (Tang hati kot, hehe…)
Dia syok kat aku rupa-rupanya. Patut la bila nak pergi kerja pagi-pagi, kadang-kadang aku rasa macam ada orang duk mengintai dari balik langsir tingkat atas rumah sebelah.
Ni mesti kerja Nazmi.. Luahan hati Nazmi ku sambut riang. Hari-hari yang berlalu selepas itu bagaikan milik kami berdua.Hidup terasa begitu indah dan cukup bermakna. Pelbagai janji dipateri, seolah-olah sudah pasti kami bersatu nanti. Namun takdir Tuhan.. siapalah kita untuk melawan.
Hari ini, kami berpisah jua akhirnya..Aku pasrah, namun setiap kenangan indah sepanjang tiga tahun bersamanya bagaikan suatu tayangan gambar dalam benakku ketika ini. Ya Tuhan! Kuatkanlah semangat hambaMu ini! Sesungguhnya aku tahu, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya!Malam itu, aku lena bertemankan air mata yang masih bersisa di pipi. Kasihan Tini, dan Piah, turut terlentok di kiri kananku.
Dari petang, mereka asyik meneman dan menenangkan perasanku. Terima kasih kawan!Esoknya aku ambil cuti. Saja mahu menenangkan hati yang gundah-gulana. Pada mulanya, Tini dan Piah turut mahu ambil cuti. Bimbang agaknya kalau-kalau aku buat perkara yang bukan-bukan.
Tapi selepas aku tegaskan yang aku masih waras dan masih punya iman, mereka beralah. Sebenarnya aku tak mahu masalah aku menjadi beban untuk mereka pula. Masalah aku, biarlah aku seorang yang menggalasnya.Pagi itu, aku keluar membeli-belah. Ye la, sebagai salah satu cara untuk aku lepaskan rasa tension dan bengang di hati.
Orang pompuan, biasa la kan?! Mak aih! Banyaknya aku bershopping! Mahunya lari budget aku bulan ni.. Tapi takpe, nasib baiklah ada Abang Long. Penyelamat aku setiap kali hujung bulan, hehe…!Sampai je rumah, aku nampak Nazmi tengah mengangkut beg besar ke dalam teksi. Pindah la tu. Ahh..biarkan. Aku dah takde apa-apa hubungan lagi dengan dia.
Kalau aku pergi tegur dia, jatuh la maruah aku. Ingat aku murah sangat ke…Sejak hari tu, dah takde khabar berita ku terima dari Nazmi. Dia menghilang begitu saja. Razlan pernah beritahu aku, Nazmi dah balik ke kampungnya di Terengganu. La, mamat ni..buat apa la bagitau aku. Takde maknanya!Dah enam bulan masa berlalu. Sesekali ,memoriku bersama Nazmi menjengah kotak ingatan.
Mana taknya, dialah cinta pertama kau. Memang betullah kata orang, cinta pertama memang susah nak lupa..Esok, aku dan beberapa rakan sejawat akan ke Terengganu. Ada seminar di sana. “Agak-agaknya, ada harapan tak aku terserempak dengan dia?” hati nakalku bertanya. Tapi fikiranku cepat menyedarkanku; aku dan dia dah takde apa-apa hubungan lagi. Kot-kotnya dia dah kahwin pun dengan si Farah. Ye la, Farah tu kan lawa.
Lambat-lambat kahwin, karang disambar orang lain pulak minah tu. Aku akui, Farah memang lawa. Kalau tak lawa, takkan boleh jadi stewardess MAS. Dia bukan setakat lawa, malahan seorang yang bijak, kaya dan berbudi pekerti tinggi. Jeles aku dengan minah ni..Dulu, Nazmi pernah kenalkan aku dengan Farah. Katanya, Farah bestfriendnya. Akhirnya aku tau jugak, Farah tu bekas makwenya.
Masa tu bimbang jugak, takut-takut la buah hati aku ni berpaling, balik semula kat awek dia dulu. Ye la, awek datang lengkap dalam satu pakej. Mana tau, tak sampai hati nak lepas.. Bimbang aku. Tup, tup..apa yang aku bimbangkan jadi nyata! Kan betul gerak hati aku. Akhirnya dia balik semula kat awek lama dia. Hai Mie..Mie.
Apa khabar agaknya kau sekarang?Jumaat, 10.45 pagi..aku dan beberapa rakan sejawat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. First time, jejak bumi Terengganu ni. Kita orang rasa excited sangat sebab dah terbayang-bayang bestnya keropok lekor dan enaknya nasi dagang ikan tongkol.
Tambah best kalau boleh round Pasar Besar Kedai Payang. Uii..syoknya! Semua orang sibuk plan nak jalan-jalan ke mana kat Terengganu ni. Semua macam dah tak ingat, yang kita orang datang untuk seminar.. bukan untuk cuti-cuti Malaysia! Nasib baik ada big boss, Encik Nazri yang tolong ingatkan.
Kalau tidak, mahunya kami lupa daratan, hehe…Baru nak melangkah naik tangga hotel, tiba-tiba je dengar macam ada orang panggil nama aku. Ai, ada orang kenal aku ke kat sini? Aku berpaling. Farah?“Hey Alia! What are you doing here?” excitednya dia menegur aku.
Siap senyum sampai ke telinga lagi.“Eh Farah! Tak sangka jumpa you kat sini. I ada seminar kat sini.
You pulak buat apa kat sini?” aku cuba berbasa-basi dan berlagak tenang; walaupun dalam hati Tuhan je yang tahu!“I datang makan angin dengan husband dan anak kami.
Dia orang dah naik atas dah.”“Husband dan anak? Uihh..cepatnya dapat anak!” hatiku berdetik.“So, camne you dengan Nazmi? Bila nak makan nasi minyaknya? Takkan tak puas lagi bercinta, kot? Dah tiga tahun lebih dah.. Sambung lepas kahwin la pulak. Lagi best, tau! Eh, lupa nak tanya.. camne dia sekarang? Dah makin sembuh dah? Lama tak contact dia”.Aku terkebil-kebil kehairanan.
“What do you mean? He supposed with you, right?” terluah kebuntuan yang melanda fikiranku.
“Apa ke halnya pulak dengan I?” Farah pula kehairanan. “Tell me what happened, dear,” desak Farah.
“Mie dah clash dengan I six month ago. Dia cakap, nak balik dengan you,” aku meluahkan cerita sebenarnya.
“I dah kahwin la. Dia pun tahu..” Farah menunjukkan riak keliru.
“I know, mesti dia nak sembunyikan penyakit dia dari pengetahuan you..
Mesti you tak tau yang dia sakit, kan?” tokoknya.Aku terkesima.“Dia ada brain tumor. Six month ago, he told me.
Tapi, dia cakap toksah risau pasal baru peringkat awal. So, I ingat takde apa la.”Ya Tuhan! Terasa mahu runtuh langit tempat aku berdiri…Mie..!!! Seakan mahu saja aku laungkan namanya di situ..
Rupa-rupanya dia pergi bukan kerana mengkhianati janji, tapi pergi membawa derita penyakit yang ditanggung! Ahh..! Betapa bodohnya aku dulu.. Begitu mudah merelakan perpisahan antara kami. Aku sepatutnya tahu, takkan semudah itu dia akan melafazkan perpisahan.
Lupakah aku janjinya; “Sekali Mie lafazkan sayang, selamanya hati Mie akan menyayangi!” hatiku sebak tiba-tiba.Apa aku patut buat sekarang? Razlan!
“Ya telefon Razlan..tanya dia, kata mana kampung Nazmi,” usul mindaku. Belum sempat aku mendail nombor Razlan, dia lebih dulu menelefonku… “Lia, you kat mana? I dengan kawan-kawan ada kat airport Kuala Terengganu ni. Mie tenat!” Terasa melayang terbang semangatku!
Dalam kereta, Razlan, Meon, Zali dan Man tak henti-henti memohon maaf dariku. Bukan niat mereka merahsiakan penyakit Nazmi, tapi itu adalah kerana permintaan Nazmi sendiri. Sebenarnya dalam enam bulan kebelakangan ini, mereka sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu; melawat Nazmi.
Cuma aku je yang tak tau. Sepanjang jalan, aku hanya membisu…menambahkan lagi rasa bersalah mereka berempat!Sesampai di rumah Nazmi, ku lihat sudah ramai orang berpusu-pusu.
Tenat sangat ke Nazmi, ni? Tiba-tiba langkahku longlai..bila mana melihat sekujur jenazah diusung keluar dari perkarangan rumah! Serta-merta mataku berkaca, pandanganku kabur.
Rasa sebak menggunung di dada! Nazmi..! Nama itu bergema di setiap urat sarafku..
Aku tak pasti bila aku terjelepok di tanah.Sedar-sedar, aku dikipas dan dikelilingi wajah-wajah yang tak aku kenali.
Saudara-mara Nazmi barangkali. “Kak, Abang Mie suruh kasi kakak!” sepucuk surat dihulurkan. Aku teragak-agak menyambutnya dari tangan si gadis kecil yang comel.
“Akak ni, Kak Lia kan? Abang pesan, suruh kasi kat akak!” Si comel berusaha meyakinkan aku mengambil surat yang dihulurkan.
Ke hadapan insan yang amat Mie kasihi…Maafkan Mie atas segala apa yang berlaku.
Mie tau, Mie telah melukakan hati dan perasaan Lia, tapi percayalah Mie lakukan semua ini kerana terlalu sayangkan Lia.Mie tak mahu Lia tersiksa melihat Mie menanggung derita... Mie tak sanggup melihat Lia menderita bersama Mie!
Doakanlah kesejahteraan Mie di sana dan relakanlah pemergian ini..
Jika sudi, selalulah hadiahkan Fatihah untuk Mie di sana…Lia,
Yang pergi tetap pergi,
tapi yang hidup tetap harus meneruskan kehidupan selagi bumi masih berputar.
Tahukah Lia, tiga tahun bersama..ada hati yang terluka.
Siapa.. Razlan orangnya.
Tapi mengapa pula.. Lia sendiri ada jawapannya, bukan?Mie sedar, saban pagi dia ‘menghantar’ Lia melalui jendela; tatkala kami masih diulit mimpi.
Ketara, bukan? Belajarlah menyintainya.
Mie doakan kebahagiaan kalian. Berdoalah jua untuk kebahagiaan Mie di sana!
Salam teramat sayang,
Ahmad Nazmi Hakimi
“Nazmi…”
Aku merintih hiba bersama air mata yang masih setia mengalir.
Dan dari kejauhan, ku lihat ada sepasang mata redup memandang sayu ke arahku...
-Tamat-

::JiMAN::

Cowboy Pictures, Images and Photos
Jiman tersengih- sengih macam kerang busuk.
Air liunya berjejer- jejer di tepi mulut.
Baginya itulah senyuman paling manis yang di hulurkan buat Shidah, anak Mak Ngah Kiah. Shidah membalas senyuman Jiman, ikhlas dan sopan.
Terkinja- kinja Jiman kesukaan.
Bagi Jiman, itu sudah memadai.
Dia tidak perlukan apa- apa dari Shidah, cukup dengan senyuman ikhlas.
Jiman akan kenang sampai pagi esok sebelum melihat Shidah buat kesekian kalinya.
"Hoi Bangang! Dah tak ada lagi ke bumi Tuhan ni kau nak bawa lembu kau tu jalan?
Apa di tengah dunia ini juga kau nak heret?
" Herdikan Siah dari dalam kereta Wira kelabu itu menghentikan tawa Jiman.
Namun senyuman masih lekat di bibirnya.
"Hoi Bangang, ke tepila.. aku nak jalan!" Jerit Siah lagi.
"A.. aku bu.. bukan b..ba..bangang, n..na..nama aku Jiman" Jiman menjawab lurus.
Lembunya di tarik ke tepi.
Siah mengerling tajam kegeraman.
"Dahlah gagap, bodoh, ada hati nak menjawab lagi tu!
Woi.. lain kali tarik lembu kau ikut denai sana.
Ini jalan untuk kereta, bukan untuk lembu" Siah menjawab laju.

Keras suaranya. Jiman mengangguk faham. Tersengih- sengih melihat kereta Siah berlalu. Bilakah agaknya Jiman merasa bersandar di dalamnya sepereti Siah?
"Vroom….. vrrrooommm…."
Jiman menggayakan lagak Siah.
Air liurnya di seka keras. Jiman tidak peduli Siah.
Jiman lebih suka pada Shidah. Shidah baik, selalu senyum. Tidak macam Siah, tidak macam Melah. Melah cantik juga. Lagi cantik dari Shidah.
Tapi Melah jahat. Dulu Melah pernah siram Jiman dengan air panas.
Jiman ingat lagi.
Hampir seminggu Jiman terlantar di atas tikar mengkuang.
Habis melecur pipi dan badan Jeman.
Tiap- tiap hari mak lap badan Jiman, sapukan ubat. Jiman sakit.
Menangis, merayu pada mak, tapi mak tak peduli, mak lap juga, mak sapu ubat juga. Emak nangis, Jiman pun nagis juga.
Lagi kuat. Atan, Jiman sudah tambat di kandang.
Jiman menuju ke tangga. Air di tempayan sudah kontang.
Lekas- lekas Jiman capai baldi menuju ke perigi.
Jiman tahu, nanti balik, emak akan basuh kaki di tempayan.
Terkial-kial Jiman menggunakan tangannya yang bengkok untuk menceduk air.
Tapi itu bukan lagi masalah buat Jiman. Alah bisa tegal biasa.
Selesai kerja, Jiman duduk di tangga. Langkah mak yang pendek- pendek di perhatikan Jiman. Semput- semput mak berjalan. Amat perlahan.
Hari ini mak tak bawa beban atas kepala.
Maknanya esok Jiman tak perlu tolong mak memberus kain di perigi.
Jiman amat seronok. Tidak perlu kerja. Tidak perlu bangun pagi.
Seronoknya Jiman. Timah memerhatikan Jiman penuh sayu.
26 tahun lamanya dia membela Jiman.
Bukan suatu jangka masa yang singkat.
Setengah usianya di habiskan bersama Jiman.
Kepala Jiman yang terlentok di pehanya di usap perlahan.
Air liur Jiman membasahi kain batiknya.
Tapi Timah tidak geli. Tidak jijik.
Dulu Jiman tidak begitu.
Jiman macam kanak kanak lain, sihat. Ramai kawan-kawan.
Segala- galanya berpunca dari demam panas. Jiman hilang zaman ceria kanak- kanak. Kawan-kawannya menghilangkan diri.
Jiman dikatakan bebal, dungu, bengap.
Melah yang dahulu baik dengan Jiman juga mengusir Jiman.
Ingat sangat dalam otaknya bagaimana Melah memukul Jiman dengan penyapu lidi.
Berbirat belakang Jiman, bengkak kepalanya di baling pangkal penyapu.
Melah itu nama sahaja perempuan, jahatnya pada Jiman mengalahkan anak jantan.
Masih jelas dalam kepala tua Timah bangaimana Siah menolak Jiman masuk ke dalam parit dalam.
Terkapai- kapai Jiman dalam selut. Orang lain tidak membantu.
Malah mentertawakannya. Jiman meraung- raung di dalam tidak siapa peduli. Jiman pula di katakan bodoh. Kalau mereka pandai kenapa Jiman tidak di selamatkan.
Timah menyeka air mata. Bukan sekali, malah beribu, berjuta kali kolam matanya banjir mengenangkan Jiman. Timah takut sendiri.
Usianya bukan muda lagi.
Entah esok- entah lusa, nyawanya di panggil Ilahi. Bagaimana dengan Jiman?
Siapa yang akan menjaga makan pakai Jiman? Sekarang, dia masih ada, esok lusa? Kebimbangan itulah yang menghantui hari- hari tuanya.
"Abang Jiman, jangan bawak lembu tengah jalan, nanti kereta langgar anaknya" tegur Shidah lembut. Jiman ketawa senang hati. Kepalanya di angguk perlahan.
"Bawak ikut jalan sana tu" tambah Shidah lagi. Jiman mengangguk lagi.
Atan, dan Minah, jiman tarik kuat- kuat.
Biar cepat sampai denai. Jiman, kalau Shidah yang suruh, cepat sungguh dia bergerak. Jiman senang hati kalau yang bekata itu Shidah.
Walau Shidah masih anak , Jiman tetap turut.
Jiman menghantar lembunya di tepi sawah.
Biar mudah Atan dan Minah nak makan.
Jiman pandang Atan, pandang Minah. Pandang Piah. Jiman cukup seronok.
Jjiman seronok tengok Piah. Piah ada keluarga. Piah ada Atan, ada Minah. Jiman Cuma ade mak. Jiman tak ada ayah macam Piah. Jiman rasa Piah lagi untung darinya. Sesekali Piah menggesel- gesel kepalanya di leher Atan.
Bertuahnya Piah. Piah boleh bermanja dengan mak dan ayah.
Tapi Jiman tidak. Air mata Jiman tiba- tiba tumpah. Jiman seka dengan hujung lengan baju. Jiman pun ada perasaan. Jiman sedar dirinya bodoh. Bengal.
Tapi Jiman tahu nilai kasih sayang. Jiman tahu nilai kemesraan. Jiman tidak pernah nampak Piah di marah oleh kawan- kawannya.
Tidak penah sekalipun. Atan dan Minah cukup sayang pada Piah. Jiman pun sayang juga. Sebab itu Jiman jaga mereka baik baik. Bagi mereka makan, minum.
Belakan kandang mereka bersih bersih.Kakinya di hayun laju. "Emak.. perut Jiman lapar. Jiman mahu makan".
Pasti hari ini mak masak nasi putih. Lauk ikan bilis. Wah.. kecur air liurnya. Jiman melangkah lagi laju. Jiman nak makan sambal ikan bilis.
Semalam Jiman nampak mak bawak ikan bilis dengan pucuk paku.
Pasti sedap.
"Kalau bukan lembu-lembu kau siapa lagi Timah.
Percaya benar kau beri si bebal tu jaga lembu- lembu tu.
Dahlah menjahanamkan halaman rumah aku, taiknya bersepah sana- sini!' jengkel saja bunyi suara Mak munah di telinga Jiman. Jiman memandang mak penuh tanda tanya. "Mana kau tambat Atan, Jiman?" soal Timah lembut.
Jiman menunding jari ke tengah sawah. Jiman melangkah memanjat anak tangga.
Perutnya lapar. "Hoi mangkuk! Belum abis lagi, sayur- sayur belakang rumah aku tuh siapa nak bayar gantinya? Dah abis di kerjakan lembu kesayangan kau tuh!" Munah bersuara garang. Timah terdiam
"Dah Jiman kata tadikan Munah, Atan, jiman tambat di sawah sana, macam mana boleh dia ke rumah kamu? Apa-apa pun bagilah anak aku makan dulu, penat dia menarik lembu" Timah menyanggah dalam lembut. Gila apa Munah menuduh lembunya yang di sawah mengerjakan tanamannya. Bukan dia tidak kenal Munah. Kaya yang menindas orang lain.
"Kalau kau tak mahu bayar ganti rugi Timah, aku adukan pada ketua kampung, susah sangat, biar dia saja yang halau korang anak beranak dari kampung ini, tanah ini dulu pun, kalau bukan sebab laki aku. Kau tak merasa Timah" "Jangan nak kaitkan tanah pulak Munah, Ini abang Zaki yang usahakan, laki kau cuma membantu" Timah sudah berpaling.
Bertekak dengan Munah memang tidak akan menang. Dari dulu lagi, itulah modal Munah. Tanah yang sekangkang kera inilah juga yang mahu di rebutkan. "Ei Sial! Turun kau, mencekik aje kau tau, sayur aku tu pergi tengok" Munah menjerit kasar. "Munah, bukan anak aku yang sial, anak kau si Siah tu yang sial, belum nikah dah beranak.
Jamal tu yang sial, merengkok dalam jail, khalid tuh yang sial, jadi penagih kutu rayau, kalau kau sayang mulut kau Munah, baik kau balik sebelum aku suruh si Jiman yang bebal tuh hayun kau dengan parang" lembut Timah sudah hilang. Pantang benar anaknya Jiman di kata sial. Si sial itulah buah hati pengarang jantungnya. Munah berundur setapak.
Takut jua dia ugutan Timah. Jiman di atas sudah tidak peduli apa- apa lagi. Sambal ikan bilis mak terlalu sedap untuk di tinggalkan.
"Wargh!! Wargh!!!! Uuuu!!! Uuuuu!!"
Suara Jiman menjerit jerit lain benar pagi itu.
Timah mengintai dari pintu. Jiman menuju dapur dan mencapai parang takik. Timah kehairanan. Marah benar nampaknya Jiman. Jiman melompat anak tangga.
Menghilang di balik seman samun. "Timah! Timah, Jiman mengamuk. Bawak parang dia ke hulu ke hilir mencari si Judin" adu Faridah cemas.
Timah membeliakkan biji mata. "Atan, ekornya di tetak si Judin, lembu betina yang kecik tu pulak mati kat tepi sawan nun.
Shidah yang bagitahu aku tadi" Timah terduduk. Terkesima dia di situ. Apalah salah si Jiman sampaikan binatang itu pula jadi mangsa.
"Baik kau pergi sabarkan Timah, karang ada yang jadi mayat nanti. Ke dalam pula si Jiman""Shidah mana?""Shidah sudah menurut Jiman.
Cepat Timah" Faridah sudah memimpin tangan Timah.
Terkedek- kedek mereka menjejak Jiman yang entah kemana hilangnya.
Peristiwa lembu Jiman sudah mulai di lupai orang. Biarpun baru seminggu tapi orang kampung tidak mahu berbicara lagi.
Hanya Jiman yang saban hari meratapi kematian Piah.
Timah bersyukur banyak banyak. Kalau tidak kerana Shidah, Judin hampir di tebas kepala dek si Jiman. Sayang bebenar Jiman pada Atan dan Piah.
Judin pula satu hal, benda kecil pun hendak di perbesarkan. Sudah tahu akan perangai si Jiman yang bodoh bodoh alang, di usik pula. Bila Jiman melawan, hendak dimarah.
Berdendam pula. "K..ke..kesian Atan, t..tttaakk.. ada ekor l..llaa..lagi. B..bu.. buruk" Jiman menghalau langau yang mengerumuni bekas luka Atan.
Shidah memandang sayu. "J..j..Ji..Jiman r..rriindu Piah. Piah dah mati, Jiman t..t..tak ada k..kawan lagi" adu Jiman pada Shidah.
Air mata Jiman mengalir lagi. "Abang Jimankan masih ada Shidah, abang janganlah sedih, nanti lama- lama nanti ekor Atan tumbuh balik.. panjang" Shidah cuba memujuk.
"Minah nanti boleh beranak lagi, abang boleh dapat Piah yang baru"
"Piah c..ccu..Cuma ada satu. L le..lepas ni, t..ttaakde Pppiah" sanggah Jiman. Jiman pandang muka Shidah.
Muka Shidah tak manis macam dulu. Nampak sedih macam Jiman juga. Satu demi satu anak tangga di pijak Timah. Prak! Bunyi kayu reput di sambut dengan jeritan perempuan tua. Suasana kembali sunyi. Seperti tiada apa yang berlaku.
Tubuh tua Timah terkulai di bawah anak tangga. Jiman masih di tepi sawah bersama Shidah dan lembu lembunya. Kisah Timah jatuh tangga sudah tersebar seluruh kampung. Nasib baik kebetulan Faridah datang kerumah.
Susah payah orang tua itu mengangkat tubuh Timah yang agak berisi. Sudah ramai yang datang melawat. Jiman kehairanan. Mak di kerumuni orang kampung. Barang di dapur bertambah. Semua nampak sedap. Shidah kata mak sakit.
Sebab itulah mak tak boleh bangun. Timah nampaknya seakan nazak benar.
Orang kampung berkira- kira mahu membacakan Yassin. Jiman cukup seronok. Tak pernah rumahnya di datangi orang ramai begitu.
Biarpun kasihan melihat mak tapi Jiman seronok.
Ada orang bawakan makanan, banyak dan sedap sedap. Ada orang mengaji silih berganti. Namun begitu Jiman masih seperti biasa, meninggalkan mak untuk membawa lembu lembunya ke tepi sawah. Balik setelah pasti Atan dan Minah kenyang.
Orang di rumah masih ada. Tapi Jiman tidak peduli. Siap mengandangkan Atan, Jiman akan naik dan duduk sebelah mak.
Mak Dah dan Shidah juga ada. Setiap hari mereka datang. Jiman seronok. Timah menanggung sendu. Jika dia mati hari ini, bagaimana dengan Jiman? Sanggupkan Faridah menjaga Jiman? Bagaimana makan dan pakai Jiman? Timah takut sekali. Saat kematiannya hampir tiba. TapiJiman tetap tidak tahu. Jiman Cuma tahu seronok melihat gelagat orang yang datang ke rumahnya. "mmakk.. J..ji..jiman ppi baruh, a..ambil air, nn..nanti oo..oo..orang nak basuh kaki. S..Shidah pun b..bb..bbolehbb..bbasuh kaki" Jiman memandang mak.
Timah hanya mampu memandang. Entah kenapa sayu sangat pandangan kali ini buat Jiman.
Mungkinkah ini hari terakhirnya dia melihat Jiman. Badannya tidak sekebas dulu lagi. Namun masih tidak mampu di gerakkan. Timah seakan tidak mahu membenarkan Jiman pergi. Dia mahu Jiman ada di situ. Berada di sisi.Setiap detik terakhirnya tidak mahu di sia siakan. Dia mahu melihat Jiman puas puas sebelum matanya di tutup.
Namun Jiman sudah hilang dari pandangan. "Aku sangkakan aku yang pergi dulu Dah. Aku yang nazak benar. Rupanya Jiman yang kesana mengikut ayahnya…" sayu suara Timah. Masih kuat bau kemenyan dalam rumah itu. Faridah sekadar mendiamkan diri. "Aku sedih Dah, tapi aku bersyukur, Jiman sudah selamat, kalau aku menutup mata saat ini pun aku tak takut lagi. Tak ada lagi orang nak menganiaya Jiman.
Syukur aku banyak-banyak pada Tuhan Dah"Faridah mengesat air mata. Bacaan Yassin yang patutnya untuk Timah rupanya ke arah Jiman. Jiman tidak pulang- pulang setelah turun ke baruh. Pada Shidah, Timah minta jengukkan. Tapi kata Shidah, Jiman tiada. Hati tua Timah tidak sedap. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pada Jiman.
Sampai malam, Jiman tak muncul juga. Malam itu orang kampung mencari Jiman. Seluruh tempat di rayau. Sawah, bendang, sungai sudah di cari. Tapi kelibat Jiman tidak mncul jua. Timah teringat pada perigi di baruh. Kuat dia malam itu. Hilang segala sakitnya mengenangkan Jiman. Pada Judin, Timah minta jengukkan sekali lagi di baruh. Cari biar sampai dalam perigi. Benci-benci Judin pada Jiman, kehendak Timah Judin turutkan juga, untuk menjaga hati tua. Sekali lagi mereka ke baruh. Kali ini kedalam perigi di suluh Judin, kalau tiada juga, hendak di ajak sahaja orang lain mencari Jiman esok pagi.
Tapi apa yg kelihatan, kain lusuh Jiman terapung. Setelah di periksa, mayat Jiman ada di dalamnya. Jelas di kaki Jiman dua tanda patukan ular. Mungkin kerana tidak mampu mengawal keadaan, Jiman terjatuh ke dalam. "Betul lah kata uztaz, setiap kejadian ada hikmahnya" Timah bersuara lagi.
Benar kata Timah, andainya yang mati itu Timah, bukan Jiman. Siapa yang akan jaga Jiman kelak? Setakat makan dan minum, masih tidak mengapa. Tapi Jiman perlu di jaga segala. Sehari dua mungkin. Kalau untuk selamanya, dia sendiri mengaku tidak sanggup. "Dah, umur aku tidak lama, kalau aku mati nanti, kau ambik lah segala apa yang ada.
Selama ini Jiman cukup sayangkan Shidah. Kau serahkan lah segala milik Jiman pada Shidah termasuk tanah ini. Jiman tak ada orang lain selain aku dan Shidah. Kau pun tau" Timah menyeka air matanya. Faridah sudah tidak mampu lagi.
Fatimah di peluk erat. Marshidah sudah tiada esak lagi.
Kehilangan Jiman amat di rasainya. Semoga Jiman bahagia di sana

~Cerpen - Suara malam ~

.FlowersButterfliesRainbowFrame Pictures, Images and Photos

..mimpi di kamar malam,

sepitika di luar bulan berwajah suramku rangkul kesepian dari persendirianhati,

jiwa dan diri kutertawa dan berduka...

Malam itu sepi. Matanya berlari antara bintang di langit. Seperti taburan permata di permaidani terbentang. Alangkah indahnya. Alanglah sunyinya. Purnama bagaikan gadis mengintai malu dari balik tirai awan. Desa pedalaman itu bagaikan panggung kosong. Pelakon-pelakonnya telah lama mati dibuai mimpi. Tinggal sepi bagaikan padang lengang. Dan penontonnya tinggal keseorangan. Tinggal dia sendirian. Dia berdiri di jendela rumah usang di pinggir desa itu bagaikan menyaksikan ulang tayang.

Menatapi samar malam itu seolah-olah peristiwa itu berulang lagi. Seperti malam itu ia bermula, seperti malam itulah ia berakhir. "Saudara, bilik ini untuk siswi sahaja.

" Suara halus lembut dan mesra menghilangkan tumpuannya pada nota-nota kuliah. Aliran fikirannya terhenti seperti pokok tumbang tiba-tiba mengempang aliran sungai. Dia menoleh ke arah pintu bilik study itu.

Persoalan di fikirannya datang mencurah bagaikan air sungai yang melimpah. Sebuah wajah ayu dengan rambut ikal separas bahu seakan sekeping potret berlatar dan berbingkaikan pintu bilik itu.

Wajah itu mengukir senyuman malu-malu dan nampak terpaksa. "Bila peraturan baru ini dimulakan ?" Pertanyaannya seperti pendakwa yang mahukan kebenaran dan kepastian yang ditujukan kepada gadis itu. "Saudara tidak membaca notis di Pejabat Kamsis ?" Suara dari wajah ayu itu tenang membalikkan pertanyaan. Setenang air di tasik mungkin, bisiknya.

"Maafkan saya. Saya belum melihatnya lagi." Dia cepat menyedari kesilapannya. "Saya pun baru sebentar tadi mengetahuinya." Suara milik wajah ayu itu seakan memujuk apabila melihat seorang lelaki serba-salah di depannya. Tergesa-gesa dia meninggalkan bilik study di paras dua asrama kampus itu bila mendengar bunyi hentak kaki semakin menghampir.

Buku-buku dan nota-nota dikumpulnya segera. Kekhuatiran menguasai ingatannya kerana kesilapan memasuki bilik itu memungkinkan ada wajah-wajah lain yang akan tersenyum sinis melihatnya di situ. Ruang malam itu dilihatnya masih samar seperti malam-malam yang lalu. Seperti malam-malam yang penuh rahsia dan berperistiwa. Tetapi malam itu sepi.

Dan seperti malam sepi yang lain, nyanyian unggas rimba menjadi penghilang sunyi. Direnungnya pemandangan desanya yang samar-samar itu tika senja telah mula menghilang. Di layar malam itu seakan terbentang peristiwa silam.

Seperti setiap peristiwa, ia bermula dan berakhir. Segalanya seolah-olah disusun dan diatur. Segalanya berlaku begitu cepat dan pantas. "Maafkan saya, saudara Rusman.

Ini nota saudara, bukan ?" Dia terpaku menatap wajah itu sama seperti pada pertama kalinya. Seorang siswi menghulurkan kepingan-kepingan kertas tersusun dan berlipat dua kepadanya.

Gadis itu terpaku seketika di depannya. Dari riak wajahnya seolah-olah terlukis suatu keinginan. Dia tunduk melihatnya. Hatinya tertanya-tanya bagaimana gadis itu mengenalinya. Tetapi lantai bahagian luar bilik kuliah itu tetap teguh menahan renungannya. "Terimakasih. Telah puas saya mencarinya.

Di mana saudari... saudari menemuinya ?" Dia merasa lega dapat mengucapkan kata-kata itu seolah-olah terlepas beban berat dari bahunya. "Saya Anis," gadis itu seakan memahami hasrat hatinya. "Saudara tertinggal di bilik study malam semalam... Bukan ! Malam kelmarin. Sejak semalam saya cuba mencari saudara, tetapi baru hari ini saya menemui saudara. Saudara Rusman pun ambil subjek Sastera Kreatif ini 'kan ?"

Penjelasan itu membuatnya mengerti hampir kesemuanya. Tetapi pertanyaan gadis itu tidak dijawabnya. "Bagaimana saudari mengetahui nama saya ?" Soalnya pula. "Mudah saja. Saya teliti nota saudara beberapa muka. Awak ke yang menulis sajak "Kesepian" itu ? Di situ tercatat nama saudara, saya rasa." Dia angguk tetapi ragu-ragu dan bimbang. Bukankah di situ juga tercatat segala rahsia dirinya. "Saudari telah membacanya ?" Dia bertanya dalam kekhuatiran.

"Ya... sebahagian. Sajak itu terlalu panjang." Dia merasa lega tetapi masih tidak percaya sepenuhnya. Dia cuba mencari-cari kejujuran dari sinaran mata gadis itu. Renungannya yang tajam membuatkan gadis itu ingin segera berlalu. Dan dia tidak dapat menghalangnya kerana alasan yang diberikan itu. "Maafkan saya, saudara... Saya ada tutorial sebentar lagi," sambil mata gadis itu melirik jam ditangannya.

Kebosanan dan kesepian seakan mula memenuhi ruang hatinya yang kosong seperti kegelapan yang memenuhi ruang malam di desanya itu. Tetapi tubuhnya tidak berupaya meninggalkan jendela rumah itu seolah-olah telah kaku dan terpaku di situ. Cuma ingatan dan kenangan itu yang masih hidup. Kenangan yang kini mengukir sejarah hidupnya. Bagaimanakah dapat membuangnya jauh ?

Seperti air sungai yang mengalir deras, kenangan itu datang memaparkan segala peristiwa. Riak airnya bagaikan adegan-adegan peristiwa yang berulang semula. Tetapi malam itu terlalu samar untuk menggambarkan segalanya - segala yang pernah dialaminya. "Hai !..." Suara lembut itu menegur di belakangnya. Dia tampak terkejut dalam ruang perpustakaan yang sunyi itu. "Saudari Anis..."

Dia seakan tidak dapat memulakan bicara. Apakah yang dapat diucapkannya pada gadis yang belum dikenalnya pasti. "Saudara ada meminjam buku Faridah Hanum dari rujukan khas, bukan ?" "Ya. Bagaimana saudari mengetahuinya ?" "Saya tanya pustakawan di kaunter sana.

Buku itu katanya hanya ada sebuah. Saya lihat ada nama saudara tercatat pada kad peminjam buku itu." Gadis itu menerangkan seolah-olah telah amat mengenalinya. Dia mendengar dengan tekun sambil memerhatikan gerak bibir nipis gadis itu. Seakan tak puas sekali menatap wajah putih comel itu. Suatu permulaan yang baik, bisik hati kecilnya.

"Saudari 'dah siapkan esei tersebut ?" Dia menyoal, menyambung perbualan sebaik sahaja teringat sesuatu. "Belum." Gadis itu kelihatan tersipu dengan soalan itu. Dan terus membalikkan soalan. "Saudara ?" Dia menggelengkan kepala. "Susah. Tiada rakan untuk berbincang." "Barangkali kita boleh berbincang bersama." Gadis itu menawarkan dirnya.

Tetapi dia seperti melihat keadaan yang terpaksa itu. "Boleh juga." Dia pura-pura gembira sedangkan hatinya berkocak dengan berbagai rasa. Tidak mungkin dia dapat menumpukan perhatian kepada perbincangan itu jika perasaan lain mengganggu fikiran. Dia cuba menenangkan fikirannya dengan melupakan segala ingatan itu. Melupakan segala perasaan itu.


Matanya terus memerhatikan bintang yang bekerlipan menerusi jendela rumah itu satu demi satu. Dia cuba mentafsirkan sendiri kelompok bintang-bintang itu. Seakan ada wajah-wajah dan lukisan-lukisan peristiwa di situ. Segalanya samar. Segalanya kabur. Segalanya telah lama berlaku. Dan segalanya takkan kembali lagi. Kemudian matanya beralih ke pohon-pohon nyiur yang kehitaman di kejauhan seolah-olah gadis yang melambai di dalam kelam. Lambaian itu mengembalikan kenangan itu.

Alangkah payah melupakannya. Alangkah payah melenyapkannya. "Jangan lupa mengirim berita semasa di kampung nanti." Dia seperti mengharapkan kepastian. Seorang gadis mengangguk riang dari jendela bas di perhentian itu. Melambaikan tangannya dengan senyuman penuh mesra.

Dia tidak pasti bagaimana dan sejak bila persahabatan itu menjadi akrab. Mungkinkah kesunyian di kampus ini menjadikannya begitu ? Mungkinkah kesepian di dalam dirinya yang memulakannya ? Atau mungkinkah kerana kursus yang sama serta rasa saling memerlukan membungakan kemesraan itu ? Biarpun bagaimana, dia tetap tidak menghiraukan pertanyaan-pertanyaan itu.

Dua purnama dia tidak berkesempatan menemui gadis itu. Dan seharusnyalah rasa kerinduan itu tiba di sisinya. Pantas seperti angin yang menerobos jendela kamarnya. Tetapi lembaran-lembaran bertulisan halus dan bersih tiba di sisinya melenyapkan keresahan hatinya. Dia cuba mencari kepastian dari lembaran-lembaran yang tiba maupun dari lembaran-lembaran coretannya.

Seperti betapa sukarnya dia memulakan bicara dulu, begitulah sukarnya menimbulkan pertanyaan itu kini. Dia benar-benar mengharapkan kepastian itu datang segera ke sisinya. Tetapi segalanya tidak berlaku seperti yang dirangkakan. Dia seakan terharu mengenang peristiwa itu dalam kesamaran malam di desa itu.

Serasa mahu dia menumpahkan airmata lelakinya. Segala yang diingininya berlaku begitu perlahan seperti juga tempoh persahabatan yang lama itu. Tetapi apabila segalanya menjadi pantas, dia seakan tidak dapat mengejarnya. Sindiran rakan-rakan sekampus menyebabkan penafian itu timbul

Dia cuba menolak kebenaran seolah-olah persahabatan yang akrab itu sekadar persahabatan biasa. Tetapi sesiapa pun tidak dapat menidakkan kenyataan. Apa yang pasti dia dan gadis itu saling memerlukan dalam menjalani hidup di kampus itu.

"Man, semasa cuti yang lalu orang tua ku telah membincangkan tentang diri ku. Mereka telah membuat rancangan tanpa pengetahuan ku." Suara gadis itu seakan cuba memberi kepastian betapa ia berlaku tanpa kerelaan hatinya. Dia mendengarnya dengan penuh tumpuan. Tetapi ketenangan air di tasik hatinya lenyap seperti di lontari batu. Hatinya berkocak.

Kata-kata itu membayangkan berbagai-bagai kemungkinan yang tidak diingininya. "Apa maksud mu, Anis ?" Dia menyoal gadis itu. Tegas. "Aku telah ditunangkan." "Kau tak pernah beritahu aku tentang itu." "Aku baru saja mengetahuinya." "Kita bagaimana ?" Soalan itu tenggelam bersama riak air tasik yang semakin bergelora.

Malam itu tetap samar dalam kegelapannya tersendiri. Seperti kegelapan jalan hidup yang dilaluinya. Segala-galanya benar-benar telah menjadi cepat dan pantas. Dia sudah tidak dapat mengejar waktu yang bergerak laju itu.

Kehidupan telah menjadi suatu perlumbaan. Dan dia tewas setiap kali menyertainya. Dia kembali memerhatikan lorong-lorong dan jalan-jalan di desanya yang pernah dilaluinya semasa kecil dulu.

Kegelapan malam menjadikan dia kurang pasti di mana dia pernah terjatuh ketika berkejaran dengan rakan-rakan ketika itu. Kenangan masa kecil itu melahirkan rasa kerinduan di hatinya.

Terasa mahu dia kembali ke alam yang tiada duka itu. Tetapi kini dia telah dewasa. Kedewasaan itu telah menjelajahi seluruh dirinya, hatinya dan perasaannya. Kedewasaan itu dilaluinya dengan segala keinginan. Peristiwa demi peristiwa terjadi. Semua itu berpunca dari satu titik mula, kedewasaannya.

"Ku harap kau sudi hadir di majlis perkahwinan ku nanti." Gadis itu memujuknya. Tetapi di penjuru mataya ada manik-manik jernih terbentuk. Di situ ada terlukis kedukaan.

"Kau mahu melihat aku bersedih, Anis ?" Dia begitu kecewa dengan keputusan gadis itu yang tunduk pada kemahuan orang tuanya. "Tidak, Man. Aku tetap mencintai mu selama hayat ku. Tapi, demi kebahagiaan ku, lupakanlah diri ku." "Aku akan cuba melupakan mu, Anis.

Tapi tidak cinta yang kita bina. Cinta itu telah lama bersemadi di hati ku. Kecuali kau, sesiapa pun tidak akan memilikinya." "Kau seperti tidak merestui perkahwinan ku, Man."

"Tidak. Aku sebenarnya mahu melihat kau bahagia. Tetapi aku pun mahukan kebahagiaan itu milik ku juga."Ruang malam itu terus kekal sepi. Dia berusaha melupakan kenangan itu.

Tetapi bagaikan arus sungai, kenangan itu terus mengalir dalam ingatannya. Di situ, di jendela itu, segala janji terbina dulu.

Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Seperti ruang malam yang gelap dan kosong, begitulah hatinya kini. Dia seperti menyesali dirinya. Di manakah letaknya kesetiaan itu, keluh hatinya.

Segala janji telah dimungkiri. Begitu mudah janji itu di bina, semudah itu pula merobohkannya.

"Keluarga ku menyenangi sikap mu, Anis." Kata-kata itu seperti baru semalam diucapkannya. Suasana seakan sama, tidak berubah. Seperti malam itu, bintang-bintang tetap pada kedudukannya. "Kau seakan tidak sabar, Man. Keluarga ku belum memberi restu.

" Suara gadis itu seperti telah mengetahui segala kemungkinannya. "Kau mesti berjanji. Walau apa pun terjadi, kita tetap bersama." "Kau benar-benar mencintai aku, Man ?" Suara gadis itu masih sayu dan ragu-ragu. "Kau tidak percaya pada kejujuran ku ?"

Tangannya ingin menjangkau jari-jari halus gadis itu. Tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.

Direnungnya wajah gadis itu. Tetapi malam terlalu kelam untuk menampakkan kesayuaan yang terpancar dari wajah comel itu. Kata-kata tidak berupaya memberikan kepastian.

Renungan itu seolah-olah sudah cukup menggambarkan perasaan yang tersirat di hatinya. Jari-jarinya tiba-tiba menjangkau udara malam yang dingin. Seolah-olah gadis comel itu muncul di jendela, berdiri di sisinya.

"Kau datang lagi, Anis. Suaminya di mana ? Tidakkah dia menghalang kau ke mari ?" Suaranya bergema dalam dirinya di kegelapan malam itu. Bayangan gadis itu tetap kaku. "Kau telah memungkiri janji kita, Anis. Aku masih mencintai mu. Cinta ku yang tak pernah berbelah-bahagi."

Bayangan tubuh kecil itu masih tidak bergerak dari situ. "Aku ingin menyentuh tangan mu. Aku ingin membelai rambut mu. Aku ingin mengucup dahi mu."

Bayangan itu tiba-tiba lenyap dalam kegelapan malam. Dilihatnya lorong-lorong jalanan desanya yang samar dan lengang. Dilihatnya daun-daun nyiur masih melambai-lambai tampak berbalam. Terasa di kulitnya udara malam yang dingin menerjah masuk menerusi jendela. Desa itu terus tinggal sepi.

Ingatannya pantas kembali kepada kenangan itu. Tetapi bayangan tubuh comel itu tidak muncul lagi. Dia kecewa.

"Aku dengar kau akan melahirkan anak sulung mu, Anis."

Matanya tercari-cari bayangan tubuh comel dalam kegelapan malam itu. "Aku dengar kau menghadapi kepayahan dan terpaksa dibawa ke hospital." Tubuh comel itu masih tidak muncul.

"Aku tahu, suami mu cuba menghubungi ku. Tapi gagal kerana aku tidak menghiraukannya."

Hatinya mulai gelisah kerana bayangan wajah ayu dan tubuh comel itu masih tidak muncul.

"Aku dengar kau sering menyebut nama ku di saat-saat kau menderita kesakitan itu.

Mengapa ? Suami mu 'kan ada di sisi mu ketika itu." Dia cuba tersenyum mengenangkannya. Amat sukar.

"Semuanya aku dengar dari mulut suamimu. Dia datang kepada ku memohon maaf. Dia rupanya tidak mengetahui betapa besar cinta kita. Kenapa kau tidak berterus-terang padanya, Anis ?"

Dia semakin bersemangat menceritakan segalanya. Tetapi dia kecewa kerana tiada sesiapa pun yang menjawab pertanyaannya. "Aku sungguh tidak percaya dia akan datang menyampaikan berita itu kepada ku, Anis. Anak mu yang comel itu seiras wajah mu." Dia tunduk kesal mengenang kembali peristiwa itu.

"Tidak ! Tidak !" Suaranya tiba-tiba memecah kesepian malam itu.

"Tidak ! Tidak !" Suaranya semakin kuat bergema di tengah malam itu.

"Aku tidak percaya kau telah pergi. Aku percaya kau masih hidup. Aku pasti kau masih hidup."

Suaranya terus bergema memenuhi ruang malam itu. "Aku tidak percaya pusara yang ku lawati itu pusara mu."

Dia bersungguh-sungguh menafikannya. Suaranya bergetar. "Tidak ! Tidak !"

Laungan suaranya semakin kuat bergema jauh di dalam dirinya. "Aku tidak akan memusnahkan cinta kita. Aku berjanji." Dia seolah-olah mahu mencurahkan seluruh isi hatinya.
"Tidak ! Tidak ! Aku percaya kau masih hidup." Suaranya bergema lagi. "Tidak ! Tidak !"

Suaranya mula memenuhi ruang kamar rumah desa itu. Perlahan-lahan suara itu hilang ditelan kegelapan malam
Dia tunduk menatap rumput yang samar-samar bertaburan bak permaidani di tanah. Hatinya semakin sayu. Matanya mulai basah.

Suara malam itu semakin menghilang. "Abang..." Suara lembut dan manja tiba-tiba mematikan lamunannya. Dia membiarkan suara itu berlalu dan hilang ditelan malam. "Abang belum tidur lagi ?" Dia menoleh dan melihat tubuh kecil yang terbaring di katil dalam sinaran lampu yang samar dan kemerahan. "Abang masih ingatkan, Anis ?"

Tubuh kecil yang masih terbaring itu bersuara lagi. Dia seperti menyesali setiap kejadian yang berlaku. mengapa ia terjadi pada dirinya ? Mengapa ? Tubuh kecil yang bersuara lembut dan manja itu semakin menghampirinya. "Abang, segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Ima berjanji akan berusaha mengembalikan segala yang ada pada diri Anis. Ima akan setia pada Abang. Ima tahu abang amat mencintai Anis.

Tapi sekarang Anis telah tiada. Dan Ima telah pun menjadi isteri abang." Tubuh kecil itu datang mendakapnya seakan tidak mahu berpisah lagi. Jari-jemari lembutnya menyapu titisan jernih di matanya. Kemudian sama-sama merenungi kegelapan malam itu. Ketika itulah dia seperti mengulang kembali peristiwa silam. Didakapnya erat tubuh yang kecil itu. Jari-jemarinya bersimpul dengan jari-jemari lembut yang masih merah berinai.

Seperti baru semalam kenangan itu berlalu, seperti tiada lagi kedukaan di hari depan, dia mula merasakan detik manis kemesraan dan kebahagiaan pada malam pertama perkahwinannya.

[ TAMAT ]

~Cinta Semusim~

Butterfly Pictures, Images and Photos

“Hai!”


Aku menoleh. Eh, student baru ni. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Memang sah. Dia tegur aku.


“Saya panggil awak. Awak tengok siapa?”Aku tersengih. Segan ditegur begitu.
“Tak nak pelawa saya makan?”Aku menghulurkan sandwich yang kubekal tadi. Tak malunya budak ni.Ada pulak minta makan kat aku.

“Nama siapa?”


“Sama macam nama awak


“Ahmad Niza?”


“Niza aje. Ahmad tak ada.” Aku perempuan la. Apa plak ada Ahmad. Lelaki itu terus memandang aku tidak berkelip-kelip.


“Masa cikgu announce nama awak tadi, saya terkejut juga.”Ahmad Niza hanya tersenyum.
“Baguslah tu. Mesti ada specialnya kalau kita jadi kawan baik.”Kawan baik? Heh, gila apa si mamat ni agaknya. Tak boleh ke dia cari perempuan yang cun sikit dari aku.
” Cammana first day hari ni?”
“Okay.”


Ahmad Niza terus merenungku. Rimas aku dipandang begitu. Aku bukannya lawa sangat sampai dia perlu melihat aku begitu sekali. Sudahlah tak lawa, tak pandai bergaya, tembam pulak tu. Sikit lagi dah boleh masuk kategori gemuk.


****** ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *


Aku semakin akrab dengan Ahmad Niza. Kami berdua rajin buat discussion sama-sama. Ramai juga awek kat sekolah tu yang jeles ngan keakraban kitorang. Tapi aku tak kisah pun kalau si Ahmad Niza tu plan nak dating ngan sesapa. Sebelum ni dia ada jugak keluar dengan beberapa awek kat sekolah ni. Tapi nampaknya semua dia tak berkenan. Cuma dengan Suraya aje dia rapat sket. Bebudak sekolah kata dia couple. Entah le aku tak nampak macam tu pun. Eh, jeles ke aku?

“Petang ni kau free?”


“Free. Apsal?”


Aku memandang ke muka Ahmad Niza. Dia nak ajak study lagi ke? Kuat betul study mamat sekor ni. Naik cramp kepala otak aku dibuatnya.


“Kita gi nengok wayang,”Mataku terbeliak. Gila apa dia ni.


“Aku dah ajak Su. Tapi bila aku kata cerita Matrix, dia kata tak best. Dia ajak tengok cite Maid In Manhattan. Masalahnya aku dah beli dah tiketnya.”Oh, Su tak nak rupanya. Patut la dia ajak aku. Aku sedar. Aku bukan first choice dia. Suraya dah reject, baru nak ajak aku. Tak pelah, aku peduli apa. Janji dapat tengok wayang free.

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****

Best gila cerita tu. Aku rasa macam nak tengok lagi. Si Ahmad Niza tu pun nampak puas hati dengan jalan cerita dia.
“Makan jom.”Aku menurut. Aku memilih makanan yang bersesuaian lalu membayarnya di kaunter.

“Eh, aku belanja.” Cepat saja Ahmad Niza menghulurkan duitnya.


“Tak payah la belanja aku. Engkau pun belajar lagi. Dah kerja lainlah.”Aku segera menolak tangannya lalu menyerahkan not sepuluh ringgit kepada juruwang di hadapan aku.Selesai makan, Ahmad Niza membawa aku ke supermarket pula.Ada ke dia suruh aku pilih baju apa yang aku nak? Aku mana biasa minta orang belanja macam ni.


“Ambik la sepasang Niza. Ni la first time aku keluar dengan kau selama kita berkawan.”Ahmad Niza terus mendesak tetapi beriya-iya aku menolak. Akhirnya Ahmad Niza mengalah.
“Lepas ni nak ke mana?”“Baliklah”Ahmad Niza tersenyum mendengar permintaan aku. Apa hal la dia senyum pula. Best ke bila dengar aku kata nak balik.


“Alang-alang dah keluar, jomlah kita jalan-jalan.”Oh, agaknya dia tersenyum sebab aku nak balik awal sangat. Aku melihat jam di tangan. Baru 3.30 petang. Tapi rasa macam tak selesa pula bila berjalan dengan Ahmad Niza ni lama-lama. Suraya tahu ke tidak?


“Oklah, jom kita balik.”Ahmad Niza terpaksa menuruti permintaanku akhirnya. Dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan Suraya dan teman sekelasnya yang lain.Wajah Suraya merah padam. Dia datang mengahampiri aku.


Panggg!


Satu tamparan hinggap di mukaku. Rasa malu yang amat sangat. Apatah lagi bila aku ditampar di hadapan Ahmad Niza, teman-teman Suraya dan orang ramai!
“Gemuk!Ada hati nak rampas boyfriend orang. Cerminlah diri tu sikit. Dah la tak lawa. Gemuk pulak tu.”


Suraya terus mengutuk-ngutuk fizikal aku yang tidak sempurna ini. Aku hampir menangis. Aku berlari meninggalkan Ahmad Niza dan Suraya yang bertelagah disebabkan aku.

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ***


Aku menghadapi SPM dengan tenang. Sejak peristiwa itu, aku dah tak berbual dengan Ahmad Niza lagi. Ahmad Niza tak putus-putus memujuk aku dan meminta maaf tapi aku buat dek aje. Aku dapat tawaran belajar di UiTM. Aku pergi tanpa beritahu Ahmad Niza. Aku tak kisah. Aku dah biasa hidup tanpa kawan rapat. Kat sekolah dulu pun, aku kawan gitu-gitu ajelah. Tak boleh nak join perempuan-perempuan yang kaki melawa atau terlalu kuat belajar. Posisi aku di tengah-tengah. Itu yang payah tu.


************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****

“Niza! Sepupu engkau datang,”Nancy memekik memanggil namaku dari tingkat bawah. Siapa pula sepupu aku yang rajin buat surprise ni?


“Hai.”Aku terlopong. Ahmad Niza! Apa dia buat kat sini?
“Mana tahu aku kat sini?”Aku memang terkejut melihat dia.


” Aku ada mulut. Aku tanya oranglah.”Hm, mamalah yang beritahu ni. Siapa lagi? Tak pun papa.
“Bila masa jadi sepupu aku?”Ahmad Niza tersengih. Pandai-pandai ngaku jadi sepupu aku. Getat kepala kang baru tau.


“Kalau aku cakap Ahmad Niza, engkau tak turun pula.”Hm, pandai dia nak cari jalan jumpa aku. Sebenarnya bukan aku marah dia menyamar diri. Tapi aku selekeh gila sekarang ni dengan kain batik, rambut sikat ala kadar. Kalau aku tau dia tadi, boleh aku pakai lawa-lawa, ikat rambut elok-elok, sembur perfume sket. Cewah!


“Kurus engkau sekarang.”“Kenalah kurus, nanti orang kata cermin diri tu dulu sebelum nak berjalan dengan orang-orang yang hensem macam engkau.”Aku melihat wajah Ahmad Niza berubah bila aku bercakap begitu.


“Suraya tu yang perasan lawa.” Ahmad Niza kelihatan marah.


“Itulah, kita tak sesuai jadi kawan baik. Tak sepadan. Dari dulu lagi aku rasa tak best bila jalan dengan engkau. Tapi, engkau confidentkan aku cakap tak pe, tak pe. Since engkau humble walaupun anak orang kaya. Aku lama-lama rasa senang jadi member engkau walaupun tak selesa sebab rasa macam handsome and the beast.”Ahmad Niza tersengih kecil.


“Nak tahu kenapa aku suka sangat nak kawan dengan kau masa aku mula-mula sampai sekolah dulu?”Entah mana la aku tau. Aku terus menanti bicara seterusnya.
“Sebab fizikal dan rupa engkau sebiji macam cousin aku.”


“Oh, ye ke? “Dia kat mana skang?”Aku nak juga tahu. Mana tahu, kalau ada kesempatan, boleh berkenalan.


“Dia dah meninggal.”Aku terkejut.

” Kenapa?”

“Mati lemas. Dia selamatkan aku. Kami mandi di sungai. Air deras. Aku dengan dia hanyut. Tapi, dia dapat sambar kayu. Aku terlepas. Dia berlari berenang ke arah aku. Tarik aku sampai aku dapat paut kayu tu. Tapi pautan dia pula terlepas. Aku nak kejar dia. Tapi dia tak benarkan. Depan mata aku dia meninggal. Aku terus fobia dengan sungai lepas tu.”Aku terdiam. Kini baru aku faham kenapa dia begitu baik dengan aku.


“Ayah dengan ibu terkejut bila tengok gambar engkau. Dia minta aku ajak engkau ke rumah bila-bila masa. Tapi, masa tu kita tengah perang dingin. Aku tak berani nak offer engkau masa tu”Aku menganggukkan kepala.
“Engkau buat apa skang?”


“Baru balikUK. Tu la dah hampir 4 tahun tak jumpa. Engkau dah tak lama kat sinikan?”
“Next week dah final. Lepas exam la baru aku ke rumah engkau.”


“Tak boleh kot sebab aku satu family nak pindah keAdelaide. Ayah ada projek katsana untuk tempoh setahun dua ni.”


“Bila?”


“Lusa. Sebab tu aku cari peluang nak jumpa engkau. Dah tiga kali aku datang tapi baru ni engkau ada.”Oh, dua kali sebelum ni, dia la yang cari aku. Aku pun heran jugak ada orang mengaku sepupu yang beriya-iya datang nak jumpa aku. Rupa-rupanya dia la orangnya!


” Eh, Suraya macam mana?” Masih dengan Suraya lagikah?


” Perempuan cantik, tak semestinya perfect.”Apa maksudnya?


“Mungkin orang kata Suraya tu cantik dan sesuai dengan aku. Tapi, dia banyak kerenah, kaki kikis. Lepas engkau tak nak cakap dengan aku, aku betul-betul rasa lonely. Masa tu baru aku tau siapa special girl aku. Bukan Suraya, tapi engkau!”Hampir terbeliak mataku mendengarnya. Buta apa dia ni. Perempuan serabai macam aku yang dia suka.


“Engkau la satu-satunya perempuan yang tak mengabihkan duit aku bila kita sama-sama keluar. Aku memang suka dengan sikap engkau Niza. Bagi aku fizikal tu tak penting kalau hati aku dah suka.”Eh, biar betul si Ahmad Niza ni. Dia suka aku ke? Bestnya!


“Ni ambil ni.”Ahmad Niza menghadiahkan sebatang pen berjenama mahal miliknya untukku.
“Ini harta yang paling aku sayang dan aku nak kau simpan. Aku akan balik dua tahun lagi untuk jumpa engkau. Kalau dalam tempoh dua tahun tu kau dah jumpa somebody, hantarlah pen ni pada aku balik.”Kenapa dia cakap macam ni. Dia ni suka aku ke tak? Cakap separuh-separuh. Manalah aku faham.


“Aku nak something dari kau yang akan aku pulangkan kalau aku dan jumpa somebody di sana.”Aku memandang ke seluruh badanku. Apa aku nak bagi? Takkanlah kain batik ni? Nak mampus? Aku melihat cincin di jari manisku. Cincin milik mama hadiah ulangtahun perkahwinan dari papa. Hm, bolehlah. Ini kira berharga ni.
” Cincin ni.”Aku hulurkan padanya.


Ahmad Niza menyarungkan cincin tersebut di jari kelingkingnya.


“Jumpa lagi ya!”

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****

Hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum Ahmad Niza dan keluarganya pulang ke tanah air. Aku terus menghitung hari. Pen milik Ahmad Niza kubelek berkali-kali.Setelah tamat belajar, aku terus sahaja diterima untuk bekerja. Menara Kembar Petronas! Bukan sahaja kebanggaan negara, malahan juga tempat untuk aku mencari rezeki.


Berdasarkan prestasi kerja yang cemerlang aku cepat dinaikkan pangkat. Aku tidak lagi selekeh seperti dahulu. Bekerja di tempat baru ini mendedahkan aku kepada dunia fesyen terkini. Aku semakin yakin dengan penampilan diriku hari demi hari. Elegan tetapi masih ketimuran. Teman-teman lelaki di pejabat memanggil aku Posh Spice sebab mereka kata aku pandai bergaya. Heh, lantak dioranglah. Kalau dia jumpa aku zaman aku belajar dulu. Maunya diorang pengsan!


“Niza, ada bungkusan untuk Niza?”Bungkusan? Hatiku terus berdebar.Adelaide? Tentunya dari Ahmad Niza.Seperti dijangka, meskipun bukan itu yang aku mahukan. Ahmad Niza mengirim sekotak cincin! Aku terus berlari ke bilik. Menyembamkan wajah ke bantal lalu menangis


************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* **


Menerusi emel, tempat kami selalu berinteraksi Ahmad Niza meminta aku menantinya di lapangan terbang. Kepala otak dia. Dahlah dia sakitkan hati aku. Aku tak kuasa nak tunggu.Malam itu setelah pulang dariAdelaide , berkali-kali Ahmad Niza menghubungi aku. Mungkin kerana tidak sabar memujukku di telefon, Ahmad Niza nekad datang ke rumah.


“Niza!”Mama panggil. Ah, malasnya nak buka pintu. Dah la aku nampak kemunculan Ahmad Niza di hadapan pintu pagar tadi ketika aku mengintai kereta siapa yang berada di hadapan rumahku.Tuk! Tuk! Tuk!Ish, mama ni ketuk pintu pula. Terpaksalah aku buka.
“Niza.”Ahmad Niza! Apasallah mama pergi beritahu bilik aku kat sini.


“Kenapa tak datang jemput?”Ahmad Niza menunjukkan wajah sedihnya. Merajuk konon. Lantak le.


“Entah!”Ok ke jawapan aku tu? Ah, biarlah dia.


“Nah, pen awak.” Aku serahkan pen itu kepadanya. Ahmad Niza terpinga-pinga.
“You dah ada boyfriend ke?”Eleh, buat-buat terkejut pula. Dia tu dah ada orang lain. Buat sandiwara ke apa budak Ahmad Niza ni.


“Dah awak pulangkan barang saya, saya pulanglah barang awak balik.”Aku terus marah dengan sikapnya itu.


“Mana ada?”Ish, geram betul aku kat mamat sekor ni. Aku terus mengambil kotak cincin pemberiannya. Yang herannya Ahmad Niza terus tertawa terbahak-bahak. Gila ke dia ni? Tensen aku.


“Dah tengok ke cincinnya?”


“Tak. Nak buat apa tengok? Dah orang pulangkan balik cincin kita.”Ahmad Niza terus menggenggam tanganku. Aku terpempan. Ish, romantik pula dia ni. Tak tentu arah perasaan aku dibuatnya.


“Tengoklah.”Akhirnya aku membuka kotak itu. Terdapat kad kecil di dalamnya tertulis, ’sayang, will you marry me?’ . Aku rasa macam nak pengsan. Aku terus memandang ke tangan Ahmad Niza. Cincin aku masih berada di tangan kanannya.


“Cincin ni saya hantar sebab tak sabar nak propose awak.” Ahmad Niza terus tersenyum. Aku malu sendiri. Rasa macam nak melompat keluar dari tingkap rumah pun ada.


******** ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********

Majlis persandingan kami dilangsungkan di hotel penuh meriah. Ahmad Niza menyediakan jamuan untuk tiga sesi. Untuk saudara mara sebelah dia, sebelah aku dan akhir sekali teman-teman seperjuangan kami.


“Niza aku minta maaf kutuk engkau gemuk dulu.”Aku memeluk tubuh Suraya. Aku dah lama maafkan. Aku sedar siapa aku waktu tu. Aku terus melihat Suraya, suami dan 3 orang anaknya melangkah meninggalkan kami berdua.


“Ish, gemuknya Su sekarang. Tiga kali ganda gemuk dari you dulu.”Aku menekup mulut Ahmad Niza. Amboi, bukan main lagi ngutuk orang. Nasib baiklah tidak ada yang mendengar. Itulah Suraya, dulu engkaulah paling cun. Tapi, itulah. Kuasa Tuhan bila-bila masa Dia boleh pusing balik keadaan. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Ahmad Niza terus memeluk bahuku dengan erat. Aku amat bahagia di sisinya….

TAMAT..