MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday 23 January 2009

~Doaku buatmu..~

Assalammualaikum...
Ntah bagaimana nak ucapkan kata-kata
dengan tersiarnya gambar-gambar mangsa kekejaman Israel.
Hanya linangan air mata dan istifar saja yang terluah.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Kemana hilang sifat perikemanusiaan? Doaku...semoga semua ini akan ternotah segera.

Ya Allah...,
Lenyapkanlah..kesengsaraan mereka..
Berilah peluang untuk teruskan kehidupan yang sempurna...
hentikanlah ujian pada mereka...Kembalikanlah maruah mereka...
Ya Allah...
hentikanlah...

apa perasaan seorang ibu ini....bila senapang yang tiada perasaan itu diacukan kepada anak tercinta...
wanita tulang rusuk lelaki,teraniaya sebegini..



Ya Allah....apa hikmah disebalik semua ini...pengajaran pada kami?atau sekadar menguji keakraban umat Muhammad saat ini.?





Derita anak kecil yang tidak berdosa.






tak sanggup lagi untuk bercerita...
Ya Allah...aku tidak berdaya untuk melihat smua ini lagi..
Hentikanlah..

"Sekiranya kata-kata diperbuat daripada perak, maka senyap itu diperbuat daripada emas."

Al-Ghazali pernah menggariskan beberapa perkara misalnya mengenai makanan - yang disifatkannya sebagai tidak konsisten dengan menerima kenyataan, kurang lebih begini,
"Mengkritik makanan dan mencari kesilapan dan kesalahan mengenainya adalah bererti menolak apa yang Allah SWT telah tentukan kerana menyalahkan apa yang dicipta atau dibuat bermakna juga menyalahkan si pencipta atau si pembuat sedangkan segalanya ditentukan oleh Allah SWT."



Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.


IS IT GOLD !!!!
NO
NO
IS IT MONEY !!!
NO
NO

Wednesday 7 January 2009

~KEBAHAGIAN SEORANG SUAMI~



"Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah.
Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
"Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya:
"Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.
Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW."Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya.
Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

~Cerpen: Banyak Bulu ~best..



Tak nak! Tak nak! Hajar tak nak! Dia banyak bulu. Hajar geli" aku terus meronta.
Mak dan akak tak penat-penat menolak badan aku yang montel ni.
Hish diorang ni.. aku cakap tak nak, tak nak la. Tak paham kot.
Aku boleh je tido kat sofa malam ni. Tak kuasa aku nak tido dalam bilik tu. ada gorila!
"hah! Jangan nak buat pasal. Apa kata sedara-mara yang ada kat bawah nanti?
Nak malukan mak dan ayah?" kata ibu dinasour yang merangkap kakak aku tu. menyibuk betul minah ni.
Time dia dulu aku tak penah tolak pun dia masuk bilik duduk dengan abang Jeff.
Yelah, dah dia hilang awal-awal lagi lepas isyak. Mana aku ada chance nak tolak dia!
"masuklah adik.. abah dah ngantok ni. Takkan adik nak tido kat stor pulak? Masuk ya.."
kedengaran suara abah di belakang aku. Semua tolakan dari mak dan akak terhenti.
Aku pun diam. Kecut beb! Takut kalau abah marah.
Aku terus anggukkan kepala dan masuk ke dalam bilik tidur ku.
Alahai.. apalah nasib aku.. bab lain aku boleh handle.
Tapi kalau bab nikah kawin ni aku lemah skit walaupun sekarang aku dah pun bergelar
seorang isteri kepada gorila. Malang betul nasib aku!
Kenapalah dalam banyak-banyak lelaki dia ni yang diterima abah?
Nak kata baik, tak pun. Handsome? Lagilah tak! Yang pasti dia ni banyak bulu.
Tu pun aku tertengok waktu dia nak nak cium dahi aku. Mak aih.. siap berjambang lagi.
Tak pernah bercukur apa mamat ni. Aku rasa kutu pun tak nak duduk kat dalam tu. sesat katanya..
Hish.. geli aku!
Malam tu aku tertido di bawah katil bilik aku.
Takut siot! aku Cuma tersedar pada keesokkan pagi.
Tu pun gorila tu yang kejutkan. Wat malu aku je.
Dia ternampak air liur basi aku yang keluar.
Siap tolong lap dengan stokin yang dia pakai semalam lagi. Tak pe ngko.
Malam nanti aku letak underwear aku yang dah pakai kat muka ko pulak!
Kehidupan aku makin berserabut sebab kena tinggal dengan mamat ni kat rumah flatnya.
Aku bukannya ada duit nak sewa rumah lain so cara termudah adalah tinggal kat rumah mamat ni.
Dengan syarat, aku kena cuci semua pakaiannya dan masak. Iron baju? Dia sendiri. Aku tak reti iron.
Selama ni pun aku tak penah iron baju. Keja aku senang. Tak payah iron baju.
Aku Cuma pakai seluar jeans dan t-shirt je pegi kerja. Kalau iron pun, tudung je.
Mamat ni bekerja sebagai accountant. Tapi serabai tok sah cakap arr.. memang macam gorila.
Aku tak penah sembang dengan dia. Aku just tulis note dan tampal kat peti sejuk kalau nak berintreraksi.
Tapi satu pagi tu, tengah aku kelam kabut nak gi studio, mamat ni wat pasal pulak.
Dia demam. tak pasal aku kena mintak cuti. Aku masak bubur, lapkan badan dan ada satu kesilapan aku buat. Aku rasa tak lah besar sangat. Tapi mamat ni alah betul. Aku terbagi ubat cacing kat dia. Aku konpius la. Banyak sangat ubat kat dalam peti sejuk tu. aku tersalah amik la. Lepas tu, mamat ni cirit-birit pulak.
Tambah lagi seminggu cuti aku..Nasib baik aku punya junior boleh handle sesi fotografi tu.
tak sia-sia ku jadi cikgu yang baik selama ni.hehe..
Lepas seminggu, aku terus menjalankan kerja yang aku tinggalkan selama ni.
Rindu beb nak pegang kamera tu. dulu belajar penat-penat, sekarang baru rasa puas hati bila dapat amik gambar yang paling baik.Sedang aku lapkan kamera kesayanganku, si gorila tu keluar.
Fullamak bro! dia dah tak jadi gorila la.. dah jadi Shaam. Hero tamil yang paling aku minat.
Aku terus amik gambar dia. Muka dia memang terkejut gila bila nampak flash dari kamera aku."ko apahal? Apsal amik gambo aku?""hek eleh.. perasan tol! Aku nak test kamera aku boleh guna or tak.
Wat pe nak amik gambo ko. wat rosak kamera aku je."Mamat tu terus blah. Fuhh! Nasib baik sempat cover. Kalau tak, wat malu je. Aku terus cuci gambo mamat ni. Hensem gak dia ni. Tapi apsal dia buang semua bulu alias (@) jambang dia tu? konpius otak aku. Tapi tak kisah arr.. yang penting aku tak geli sangat dah.
"woi Hajar, ada bungkusan kat atas meja ko. bukak arr cepat.
Aku nak tengok." Aqmar si murai tu menggamitku ke meja.
Perlahan ku buka kotak tu. macam hadiah best je.
Tapi.."arghhhh!!!!!" spontan aku dan Aqmar menjerit.
Terloncat katak gemuk plastik dari kotak tu. aku lantas mencari kad yang dikirim.
Untuk si Hajar montel,
Thankz coz jaga aku sepanjang aku sakit.
ni hadiah utk ko. thank u very much..
Sincerely,Fazrul Ahmad
Ikhlas konon! Ni perli namanya. Aku terus mencampakkan katak tu ke dalam laci.
Hee.. geli aku. Aqmar terus blah dari tempat aku. Dia pun alergi gak ngan katak.
Bagus jugak ada katak ni. Senang skit nak halau Aqmar.Aku terus telepon gorila tu.
aku tarik balik kata-kata dia handsome tadi!"woi mangkuk! Ko apahal? Nak cari gaduh ke?
Apsal hantar katak pepagi ni? Dah tak da kerja lain?" terdengar ketawa Fazrul.
Sebijik macam kena rasuk."rileks la montel. Aku bagi sebagai tanda terima kasih aku kat ko.
sepatutnya ko cakap welcome kat aku tau. Bukan marah-marah macam ni..hahaha
""bengong punya mamat. Nanti la, malam nanti aku rebus air barli yang ko suka tu dengan peluh aku.
Biar ko minum!""jangan risau.. malam ni aku tak balik. Petang ni aku fly ke Korea.
Ada kursus. Bye montel.. hahaha.. cita-cita ko tak kesampaian.. hahaha..
"Hantu betul mamat ni. Jaga ko.. nanti kalau aku jumpa ko, aku baling ular hidup pulak kat ngko!
Fazrul balik selepas seminggu. Aku dah tido malam tu. dia masuk senyap-senyap ke dalam bilik aku dan letakkan hadiah di meja solek. Pagi tu aku menjerit lagi. Mamat ni bagi potret muka aku berbadan katak pulak. Arghhhh tensionnya aku!Aku pulak yang kena outstation seminggu kat Indonesia.
Tapi tak pe, selagi aku tak balas apa yang gorila tu buat, aku berikrar pada diri aku sendiri yang aku takkan naik flight ke Indonesia.
Pagi tu, di meja sarapan aku khabarkan bahawa aku akan ke Indonesia kepada si gorila.
Dia diam je dulu. Lama lepas tu baru dia cakap."gi la lama mana pun. Aku tak kisah.
Aku benarkan. Janji ko jangan wat maksiat dah. Aku tak nak tanggung dosa ko. bila ko nak bertolak?
""Lusa"Aku tengok Fazrul enak menikmati hidangan pagi tu.
Alhamdulillah.. terbalas jugak dendam aku kat dia. Aku terus keluar mendapatkan motosikal kesayanganku. Tetiba.."woi Hajar! Apa ko bubuh dalam kopi aku ni? Kenapa ada bangkai cicak kat dalam cawan ni? Woi! Woi! Aku tak habis cakap lagi!"Aku terus pecut motor sambil ketawa macam langsuir.. hahaha! Padan muka. Aku tak dapat nak bagi ular hidup coz aku geli nak pengang. Tapi aku berani pegang cicak, so aku bagi cicak la kat ko.. hahaha Konpem ko kena cirit-birit balik. Hahaha.. kali ni ko jaga diri sendiri! Aku nak fly dah..babai..
Hishh.. rasa rindu la pulak kat montel ni. Kenapa dia tak tepon langsung?
Tak ingat kat suaminya yang kacak lagi macho ni ke? Hishhh budak ni.
Bikin hati gua jadi serabut aja! Tepon la aku wahai montel.. rindu nak usik ko.
Aku suka tengok muka ko yang cemberut tu bila kena usik. Dah la montel. Comel pulak tu.
harap-harap tak da mamat yang berkenan kat bini aku yang satu ni. Walaupun niat hati aku nak tambah bini.. tapi terpaksa aku kuburkan aje.. sebab hati aku Cuma ada si montel ni. Kalau Beyonce cakap nak kat aku sekalipun, aku tetap cakap tak nak. Sebab si montel ni jugak.
Patutnya si montel ni bersyukur tau dapat suami yang setia lagi penyayang macam aku ni.. chewah!
Hish wei montel... cepatla tepon aku! Hati ku bagai nak gila ingat kat ko ni.
Kenapa aku tepon ko tak angkat?!!
Hajar kembali selepas seminggu. Fazrul terus meluru ke biliknya pagi tu.
"woi montel, kenapa tak bangun lagi? Ko demam ke?" Fazrul terus menyentuh dahi Hajar.
Tak panas pun. Lantas dia memaksa Hajar membukakan mata."ko nak apa ni? Aku dapat cuti hari ni.
Jangan la ganggu aku. Aku nak tido. Ko punya sarapan ada kat atas meja. Jangan risau, aku tak letak apa-apa hari ni. Pegi la makan. Nite" Hajar terus menyambung tidurnya. Fazrul terus berlalu.
Tetiba Fazrul pusingkan kembali badannya dan berjalan ke arah Hajar yang sedang tido. Muahhhhhh.
Hah! Dah terlepas rindu aku! Mata Hajar lantas terbuka."apa ni?! Kenapa ko cium aku? Eee geli la!" Hajar mengosok-gosok pipinya.Fazrul ketawa. "dah ko tak hantar khabar berita.
Ni hukumannya sebab bagi aku risau""alah! Hari tu ko gi outstation pun bukan ko bagi tau aku.
""dulu lain, sekarang lain. Lepas ni mana ko nak gi sekalipun mesti bagi tau aku.
Mesti laporkan kat aku setiap pagi dan petang. Ok?""ok kepala hotak ko! dah la. Gi arr blah cepat!
Aku nak tido ni"Hari demi hari yang berlalu selepas itu makin memeningkan kepala Hajar.
Di mindanya sering tertanya-tanya kenapa tingkah laku Fazrul dah berubah.
Makin romantik sampai kekadang tu nak termuntah bila dengar dia panggil namanya.
Kena sampuk ke mamat ni?Darling.. sweetheart.. sayang.. dear.. dan macam-macam lagi.
Hah elok sangat la tu. bila dia panggil aku darling aku baling kasut kat dia.
Bila dia call aku sweetheart aku bagi garam kat dia dan bila dia panggil aku sayang
aku pun melayangkan buah epal kat muka dia. Padan muka!
Dan bila last skali dia panggil aku dear aku jawab "apa ko ingat aku ni rusa ke? Buta betul!"
Selepas tu Fazrul Cuma panggil aku dengan panggilan Hajar aje.
Weekend ni kami kena balik rumah family Fazrul. Leceh la.. mesti kena tido kat dalam bilik yang sama.
Susah aku nak salin baju nanti."woit! Try ko pakai baju ni" Fazrul meletakkan baju berwarna hitam di sebelah aku."ko gila ke apa? Kenapa nak suruh aku pakai baju tido ni. Seksi giler! Lengan dia ni gi mana?
Ko makan ke?"Fazrul ketawa. Aku membaling baju tu ke badannya dan terus turun ke bawah.
Nak tengok bulan. Malam ni genap 15 haribulan Muharram. Bulan mesti cantik. Aku hanya naik tido tepat pukul tiga pagi.Baru aku hendak lelapkan mata, tangan Fazrul memeluk pinggangku.
Aku tergamam. Apa mamat ni nak buat? Dia ni sedar ke tak?"kenapa lambat sangat naik?
Abang tunggu Hajar lama tadi"Badanku terus keras macam patung. Takut beb! Terkejut pun ada.
Ni kali pertama Fazrul sentuh aku selepas dia cium aku hari tu. tu pun dia dapat cium coz aku tak sedar.
Kalau aku sedar, memang makan penendang dah!"kalau abang mintak hak abang malam ni boleh tak?" Fazrul cuba memusingkan badanku menghadapnya.Panik. Aku pejam mata kuat-kuat dan cepat-cepat menggelengkan kepala. Rasa macam nak pecut seribu meter je sekarang ni. Fazrul ketawa melihat reaksiku.
"tak pe. Abang tak paksa. Abang akan tunggu Hajar sampai Hajar betul-betul bersedia"
Kami kembali bekerja seperti biasa. Aku jadi takut nak balik lepas malam tu.
aku Cuma akan sampai kat depan pintu rumah selepas tengah malam.
Aku tunggu Fazrul tido dulu baru aku masuk. Dah lama aku tak bercakap dengan dia.
Rasa janggal nak bersembang dengan dia macam dulu. Segan plus malu plus kelu equal hatiku celaru!
Satu malam tu, Fazrul tunggu aku balik. Dia tutup semua lampu.
Aku ingat dia dah tido malam tu tapi tidak rupa-rupanya waduh!
Bagaimana harusku berdepan dengan mamat yang selama ini kupanggil gorila
tapi semakin mendapat tempat dalam hatiku ini?.. chewah.. bermadah pujangga pulak hati aku saat-saat ni.
Haru betul!"
kenapa macam larikan diri dari abang ni? Abang takutkan Hajar atau abang ada buat salah kat Hajar?"Aku gelengkan kepala dan tunduk aje. Walaupun aku tengah duduk kat depan Fazrul sekarang ni, tapi aku rasa macam tengah berdiri berjam-jam. Kaki aku terasa krem dan tak leh gi mana-mana dah.
"apa salah abang?" aku geleng lagi."kalau abang tanya, jawab! Jangan diam aje. Bisu ke?!"Terkejut.
Bagai nak luruh jantung aku malam tu. air mata aku yang selama ni tak penah keluar tetiba laju aje nak keluar. Dan aku rasa macam nak meraung je bila Fazrul tengking aku macam tu. sedih betul.
Tetiba dia memeluk dan pujuk aku. Tangisan aku ni pun satu, cubalah diam. Ni tak, lagi kuat adalah. Aku tak mampu nak kawal diri aku yang menangis malam tu. selepas sejam, aku mula cool skit. Aku angkat kepala dan melihat mata Fazrul."Hajar tak larikan diri dari abang. Tapi Hajar takut dan bercelaru.
Otak ni rasa macam nak rebus dalam periuk aje wat sup. Mana Hajar pegi, Hajar nampak abang.
Hajar tak tau kenapa Hajar jadi macam ni. Bila Hajar nampak abang, Hajar rasa nak menangis sebab Hajar tak tau apa perasaan Hajar bila nampak abang.."
Fazrul senyum. "tu maknanya Hajar dah jatuh cinta kat abang. Hajar, kalau dah jatuh cinta, berterus teranglah dengan abang. Ni tak, kelakuan Hajar buat abang tertanya-tanya apa salah abang kat Hajar"Kami terus duduk di hadapan televisyen yang tak hidup tu. hampir tiga pagi baru kami masuk bilik untuk tidur.
"Hajar.. malam ni pakai baju yang abang bagi hari tu boleh?" mukaku terus panas."boleh. Dengan syarat abang pakai baju lengan panjang malam ni""mana ada orang tido pakai baju lengan panjang malam-malam ni. Lagipun bukan musim hujan sekarang ni""tapi Hajar geli la dengan abang. Banyak bulu. Rasa macam tido tepi gorila je." Aku terus berlari ke dalam bilik bila melihat muka geram Fazrul.. hahaha! terucap jugak kenyataan yang dia ni gorila.."Hajar! Buka pintu ni! Kalau tak abang tutup lampu"Aku terus mambuka pintu sebab aku takut gelap.
Ni memang kelemahan aku!"ooo kata abang gorila.. rasakan ni!" Fazrul terus memelukku erat sehingga aku kelemasan."abang! Abang! Hajar lemas. Ok, ok. Hajar janji tak panggil abang gorila dah lepas ni.
Tapi dengan syarat abang kena cukur jambang abang tiap-tiap hari. Hajar geli bila abang cium Hajar macam ni"Fazrul Cuma ketawa bila aku cakap macam tu.. haii.. nasib baik gigi dia teratur. Kalau berterabur atau rongak, aku suruh dia gelak or senyum tutup mulut jugak gamaknya.. hehe
Anyway.. aku dah tak gelar Fazrul gorila dah lepas tu. Cuma aku selalu panggil dia orang utan je. Hehe.. semoga perkahwinan kami ni sentiasa kekal bahagia walaupun hari-hari kami berperang sebab Fazrul usik aku.. tapi aku tetap sayang dan suka dia.Thank you Allah.. sebab kurniakan pasangan yang memahami macam Fazrul alias orang utan ni..hehe.. aku gelar dia macam ni coz dia suka panggil aku kodok.. hah! Memang padan la orang utan tu dengan dia.Harap-harap baby yang bakal lahir ni tak ikut perangai dia. Kalau tak.. aku rasa aku bakal mati sebab sakit jantung kot dengan perangai diorang ni nanti..



Tuesday 6 January 2009

Tagged By: Ashikin Abdullah & Mr.Z


Huk ala...kena tag awai2 tahun nie...mana nk kena roadtax,incometax dan trek tex tex...adess

tapi dah dpt tag nie maknanya ada gak org yang mengingati kita kan...so nak xnak jawab je la... ngeh..ngeh..



inilah tagnya:


Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda???
Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal



Jawapan akak....iskh..iskh..dgn jujurnya...



Fakta : Aku dah kawen masa umo 22thun, anak dah 2org..sulung drjah 5 dan ke-2 darjah 3 tahun nie.
Alhamdulillah dapat suami yang penyayang-moga2 aku dihatinya hingga ke ujung nyawanya...amin.


Auta : memang minat cari teman dlm tenet2..tang auta tu...selagi depa tak tanya kawen ke x..selagi itu akak x habaq..(bukan salahku)..sapa soh xtanya kan..kan..kan..





Pe'ei (prangai): erm...tataw nak habaq lagumana...sat nk survey tnya membe2 dulu...
tapi yang akak tahu...akak akan terima teguran orang lain dengan fikiran positif...nilai betui ka x..pastuh tindakan mesti kena pk baik buruknya .Akak ni kengkawan kata loqlaq skit..bukan apa suka senyum...salahka..hat tu saja yang adapun nak sedekah...ngeh..ngeh..ngeh..lagi satu..bila ada crita dan luahan hati dari kengkawan akak...suka wat lawak..erm..bukan apa org tgh marah xkan nk reyau xmau mau kot..kena gak pakai psikologi...erm...bg dia kuldown dulu...(cam doktor jiwa lak)...
kita manusia xleh la nilaikan seniri coz..manada manusia yg sempurna...so..akhir kata..."meh kawan ngan akak baru tau cemana pe'eiku,,.,,




Orang yang nak dihasut :
geng lampu (philips)

Monday 5 January 2009

~Cerpen: Air Mata Cinta~



Semenjak aku bekerja sebagai guru ni. Aku cukup risau mendengar khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun hanya sebagai guru sandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi penganggur terhormat dengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah aku dah mula jenuh mendengar leteran abah dan rungut ibu kerana mereka kata aku ni memilih kerja sangat.


Dah tak tahan rasanya, nasib baiklah aku ada kawan lama yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah yang membuka tawaran pengambilan guru sandaran. Jadi, peluang untuk mengelakkan diri dari terus menjadi bahan rungutan ini tidak kulepaskan begitu sahaja.Sememangnya aku tahu bahawa diri aku ni tidak layak untuk menjadi pendidik, tapi apa boleh buat.


Sudah keadaan yang memaksa aku untuk melupakan ketidakbolehanku itu. Borang permohonan aku isi ala kadar aje, tidak mengharapkan sangat. Tapi bila dah rezeki itu telah ditentukan milik kita, dan ia memang benar akan menjadi milik kita tanpa kita sangka sekalipun. Aku menerima surat jawapan dengan perasaan berbelah bagi juga sebab aku takut nanti aku tak mampu untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan atas bahuku ini.


Namun, abah dan ibu mula tersenyum mendapat berita itu kerana mereka tahu anak gadis mereka ini memang boleh memikul amanah itu."Ah, mereka tidak tahu keadaan aku sebenarnya" Bisik hati kecilku. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya surat jawapan itu akan menyelamatkan aku untuk seketika. Namun aku sendiri pun tidak tahu setakat mana ia mampu menyelamatkan aku. Aku ada mendengar desas-desus dari adik-adik yang mengatakan bahawa ada orang telah datang merisik aku. Terkejut gila aku dibuatnya. Aku masih belum memikirkan lagi untuk menjadi isteri, suri rumah tangga apatah lagi ibu. Lagipun aku masih belum bersedia untuk memasuki alam rumah tangga. Harap-harap, tawaran guru ini akan membantu menyelamatkan aku yang dalam keadaan genting dan kritikal ini.


Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk menolak pinangan sesiapa sahaja dengan mengatakan bahawa aku ingin menumpukan perhatian pada kerjaku terlebih dahulu untuk mencari pengalaman. Lagipun aku tahu perangai abah dan ibu yang tidak pernah memaksa aku untuk memenuhi kehendak mereka. Cuma harapan mereka itu yang akan membuatkan aku jadi serba salah untuk tidak memenuhinya.


"Bila angah nak lapor diri?" Tanya abah sewaktu kami sedang makan malam. Makan malam bersama-sama merupakan perkara penting dalam keluargaku. Sebab itulah hubungan kami bertambah mesra."Minggu depan bah." aku telah diarahkan untuk melaporkan diri di Sekolah Menengah Agama Falahiah di Pasir Pekan, Kelantan. Itulah sebuah negeri yang tidak pernah kujejaki sepanjang hidupku hingga kini. Namun aku akan memecahkan rekod itu minggu depan."Angah nak abah hantarkan ke?" Memang aku dah jangka abah akan menawarkan pertolongannya itu. Abah tidak pernah membiarkan aku kesusahan keseorangan tanpa bantuannya sampailah aku dah besar panjang dan keluar universiti begini. Abah seorang yang cukup penyayang pada kami anak-anaknya.


Dia selalu memanjakan kami dalam lingkungan batas-batas tertentu."Tak payahlah bah. Angah pergi naik bas saja dengan kawan. Kawan angah pun kena mengajar kat situ juga." Jelas ku. Aku tak nak menyusahkan abah. Jauh juga perjalanan dari Selayang ni ke sana. Kata orang, dalam tujuh atau lapan jam juga. Aku dah banyak menyusahkan abah. Sekarang aku mahu berdikari sendiri dan aku mahu tunjuk dan buktikan pada abah yang anak gadisnya ini mampu untuk melakukan sesuatu dengan usaha sendiri.Banyak perkara yang terpaksa aku fikirkan. Terutamanya tentang keadaan tempat mengajarku nanti. Negeri yang tidak pernah kujejaki bakal menyambut kedatanganku sebagai musafir yang tidak tahu bila akan kembali ke tempat asalnya.


Namun kupercaya bahawa ia pasti bangga menyambutku sebagai tetamunya."Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu. Nanti jangan lupa selalu hubungi ibu dan abah kat sini." Pesan ibu sewaktu aku nak bertolak ke Kelantan. Keluarga menghantar aku ke Hentian Putra. "Jangan lupa bawa balik pakwe Kelantan tau?" Usik adik lelakiku. Adik aku seorang ni suka sangat menyakat aku. Kalau cakap dengannya, ada saja hal-hal yang membuatkan kami tidak bersependapat. Namun aku tahu, sejauh mana kasih sayang adikku itu terhadap aku."Jaga perangai elok-elok. Tunjukkan budi pekerti yang mulia, barulah semua orang sayang pada kita walau di mana sahaja kita berada." Itu pesan terakhir abah sebelum aku melangkah menaiki bas. Aku cium tangan abah dan kupeluk ibu. Semoga berkat doa restu mereka. Aku bisa menghadapi dan mendepangi arus kehidupan ini. Kasih dan sayang mu abah dan ibu akan kubawa ke mana-mana sahaja selama mana kaki ini terus melangkah."Aah.." aku menyeka air mata sewaktu melihat lambaian abah, ibu dan adik-adik tatkala bas yang kunaiki mula meninggalkan Perhentian Putra itu.


Sedih juga aku untuk berpisah dengan mereka. Keluarga yang aku cukup bahagia dengan kasih sayang yang tercurah."Kita nak tinggal kat mana nanti?" Tanyaku pada Nadia, kawan yang senasib denganku."Tak payah risau. Pak long aku dah janji nak uruskannya untuk kita."Nasib baik juga si Nadia tu ada bapa saudara kat sana. Kalau tak, macam manalah nasib kami nanti."Pagi nanti, dia yang akan datang jemput kita kat stesyen bas." Sambung Nadia lagi. Lega hatiku bila mendengarnya. Risau juga aku kalau tak ada orang yang ambil nanti sebab kami akan sampai di Kota Bharu sebelum subuh.


Pagi-pagi begitu kat manalah kami nak gagau. Aku pun tak terfikir akan dihantar mengajar di Kelantan tu.Bas yang kami naiki tiba di stesyen bas Kota Bharu sewaktu azan subuh berkumandang dari menara Masjid Muhammadi, sebuah masjid yang tertua di negeri itu. Kedatangan ku ini disambut dengan laungan kalimah suci membesarkan Tuhan. "Semoga ia menjadi suatu petanda yang baik buat ku." Bisik hati kecilku. Bandar ini sudah mula bangkit dari lena manusia. Orang ramai yang baru tiba, berduyun-duyun menuju ke masjid yang berdekatan."Jom, pak long aku dah tunggu tu!" Ajakan Nadia itu membuatkan bicara hatiku terputus di tengah jalan. Aku membuntuti langkahnya yang agak kalut sambil memikul sebuah beg pakaian. Aku hanya membawa barang-barang keperluanku sahaja, yang lain nanti boleh usahakan bila dah dapat tempat tinggal tetap. Aku harap, tempat tinggalku nanti tidaklah jauh sangat dari tempat aku mengajar kerana ia akan memudahkan aku untuk berulang-alik."Buat sementara waktu ni, Nadia dan Idah tinggal kat rumah pak long dulu. Lagi pun bukanlah jauh sangat sekolah tu dengan rumah pak long." Pengkhabaran beginilah yang agak memberatkan hatiku. Selagi boleh. Aku tak nak menyusahkan sesiapa. Aku lebih senang mempunyai rumah sendiri dari menumpang rumah orang lain. Apatah lagi tuan rumah yang kita tumpangi itu tidak mempunyai apa-apa pertalian pun dengan kita. Tapi apa boleh buat, terpaksalah aku bersabar buat seketika ini.Di Kelantan, sekolahnya bermula pada hari Ahad. Cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari ni baru hari Jumaat, jadi lusa baru aku akan melaporkan diri di sekolah agama tu nanti. Aku pun masih terfikir-fikir tentang subjek apa yang akan ku ajar nanti. Risau juga aku takut-takut nanti subjek yang terlalu sukar untuk aku. Lagi pun aku manalah ada pengalaman menjadi guru ni. Ni boleh dikira bidang terjunlah.Suasana pagi di Kampung Laut ini cukup tenang. Kampung yang berada di atas tebing Sungai Kelantan ini kedudukannya bersetentangan dengan Bandar Kota Bharu. Kita akan dapat melihat bandar itu dari tebing sungai Kampung Laut ini. Rumah bapa saudara Nadia ini agak besar juga. Boleh dikatakan kebanyakan rumah-rumah di kampung ini bertiang tinggi. Ini bagi mengelakkan daripada ditenggelami air apabila banjir melanda. Boleh dikatakan bapa saudaranya itu dari kalangan orang berada juga.aku agak kepenatan kerana perjalanan yang memakan masa tujuh jam semalam. Aku tidak sedar bila aku terlena di bilik rumah pak long Nadia tu selepas solat subuh tadi. Aku tersedar dari lena apabila telingaku disapa suara yang sayup-sayup kedengaran. "Baru bangun tuan puteri?" Soal Nadia apabila melihat aku menggeliat kemalasan. Dia baru aje selesai mandi."Letih sangat naik bas semalam." Alasanku. Segan juga aku bila memikirkan anak dara yang bangun tengah hari kat rumah orang ni. Nanti dikata orang anak dara pemalas pulak."Suara apa tu?" Soal aku pada Nadia. "Itu suara orang memberi kuliyah pagi Jumaat di masjid. kat sini, setiap hari Jumaat ada kuliyah agama di masjid." Beritahu dia. Baru aku perasan yang rumah pak long Nadia ni tidaklah jauh sangat jaraknya dari masjid. Masjid utama Kampung Laut yang didirikan sebagai mengganti Masjid Lama Kampung Laut yang telah dipindahkan ke Nilam Puri."Kenapa?" Soal Nadia agak kehairanan bila memerhatikan aku sedang meneliti suara penceramah yang kedengaran melalui corong pembesar suara masjid itu."Tak ada apa-apa. Saja tanya." Sebenarnya suara itu telah mengingatkan aku pada seseorang. Orang yang tidak pernah ku tatapi dan tengok wajahnya. Namun aku mengenali suaranya. Suara yang suatu ketika dahulu selalu mengganggu kelancaran dan kelicahan kehidupan kampusku tetapi telah bertukar menjadi satu suara yang selalu kurindu dan ku tunggu-tunggu untuk mendengarnya."Helo! Boleh saya cakap dengan ustazah Faridah?" Tanya satu suara di hujung talian sana. "Ustazah Faridah tak ada, tapi Faridah aje adalah!" aku agak kehairanan kerana tak pernah seorang lelaki menelefon aku menanyakan nama Ustazah Faridah. "Ah, samalah tu."Jawab suara itu."Saya bukan ustazah, awak jangan nak memandai. Siapa awak ni?!" Geram rasanya apabila ada orang cuba untuk mempermainkan aku."Tak apalah ustazah. Nanti lain kali saya telefon lagi." Talian dimatikan begitu sahaja tanpa sempat aku berbuat sesuatu."Aaagh!!!" Keluh hatiku. Geram. Ada orang cuba untuk mempermainkan aku dengan panggilan 'ustazah' tu. Pada hal aku tak layak langsung untuk memakai gelaranku. Dari segi pakaian ku yang lebih ku suka mengenakan seluar panjang atau jeans dipadankan dengan t-shirt lengan panjang dan skaf saja. Lagipun aku suka dengan gaya begitu yang membolehkan aku bergerak lincah. Takkan orang macam aku ni dipanggil ustazah. Tak padan langsung. Ni dah sah orang cuba untuk mempermain-mainkan aku.Selang beberapa hari, suara itu menelefonku lagi. Boleh dikatakan semua gerak-geriku dia tahu. Semacam aku diperhatikan mata-mata gelap dari Bukit Aman lah pulak. Dah puas aku tanya siapakah tuan empunya suara, namun banyak dalihnya yang membuatkan aku tidak pernah tahu siapakah dia. Banyak hal urusan peribadiku cuba dicampurinya. Dari perjalanan hidup harianku sehinggalah cara aku berurusan dan berpersatuan termasuklah cara aku berpakaian."Siapa awak yang nak cuba campuri urusan peribadi saya hah?". aku mula hilang kesabaran bila dah semakin melampau langkahnya itu. Namun dia masih mampu untuk bertenang dengan sikapku yang mula panas itu."Memang saya tahu siapa saya. Saya bukan abang apatah lagi suami ustazah. Tapi tak salah bukan kalau saya sebagai seorang sahabat cuba untuk menasihati dan memberikan pendapat?" "Jangan panggil saya ustazah! Saya dah meluat dengan awak!" "Saya tidak pernah memaksa ustazah memenuhi ataupun mengikuti nasihat dan pendapat saya. Pilihan keputusan terletak sepenuhnya di tangan ustazah. Saya tiada hak walaupun sedikit untuk menentukannya." Dia tidak menghiraukan amaran dan kemarahanku itu. Dia tetap memanggilku ustazah."Ahh, pergi jahanam dengan ustazah awak tu!" Semburan kemarahanku itu membuatkan aku mematikan talian telefon bimbitku. Selepas kejadian itu. Aku tidak lagi menerima panggilan dari suara misteri itu. Sekurang-kurangnya aku berasa sedikit aman sehinggalah pada hari ulang tahun kelahiran ku yang ke 24. Satu bungkusan telah dikirimkan ke alamat rumahku di Selayang. Aku agak berdebar bila menerima hadiah yang tidak tercatat siapakah nama pengirimnya. Apabila kubuka balutan kotak hadiah itu, kudapati di dalamnya terdapat sepasang baju kurung bewarna krim, sehelai busana bewarna meron serta dua helai telekong yang berwarna pink dan putih. Aku terkejut dengan hadiah itu. Terdapat dalamnya juga sekeping nota ringkas."....""Selamat ulang tahun ke 24 buat Ustazah Faridah binti Mansur. Saya doakan semoga Allah memanjangkan usia ustazah dengan ketaatan ibadah serta memurahkan rezeki ustazah dengan yang halal. Amin"Pemanggil misteri.Bagaimana dia boleh tahu tarikh lahir aku. Macam mana pula di memperolehi alamat rumahku ini. Orang ini memang gila agaknya. Aku membelek-belek baju dan telekong yang dihadiahkannya kepadaku itu."Cantik juga. Macam dia tahu pulak tentang warna kesukaan ku." Bisik hati ku. Tapi macam mana aku nak memakainya. Baju kurung tu tak kisahlah sebab aku biasa juga memakainya. Tapi bagaimana dengan busana dan telekong ni? Nanti apa kata keluarga dan kawan-kawanku. Aah..kacau-kacau."Aii.. termenung saja! Terkenangkan orang jauh ke?" Usikan mak cik Gayah, mak long Nadia itu membuatkan lamunanku terganggu."Takdelah makcik." "Sambil masak pun boleh termenung, nanti gulai yang kat atas dapur tu boleh hangit tau." Sampuk Nadia pula."Mana ada, kamu ni Nadia kalau tak sakat aku tak senang duduk agaknya." Mak cik Gayah dan Nadia tersengih mendengar jawapanku itu.Malam itu kami semua berjemaah di masjid. Kata mak cik Gayah, malam ni ada ustaz jemputan yang akan memberikan ceramah tentang Maulidur Rasul. Kami agak terlewat ke masjid kerana sibuk di dapur. Jadi terpaksalah kami memenuhi saf belakang. Agak ramai juga kaum wanita yang datang ke masjid malam ni. Aku bertakbir ratul ihram pun sewaktu imam dah mula baca surah fatihah. Sekali lagi aku terpana bila mendengar suara imam membacakan fatihah. Aku rasa seperti pernah mendengar suara itu tapi di mana yak. Aku bertakbir menjadi makmumnya. Terlalu asyik mendengar bacaan imam. Alunannya yang mengikut lagu yang biasa dibacakan oleh Saad al-Ghamidi dan Sudais. Aku rasakan bahawa solat maghribku malam itu terlalu pendek dan cepat.Semasa ceramah maulidur rasul. Aku tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kerana suara penceramah itu benar-benar mengganggu ingatanku. "Ustazah nampak sopan bila berbaju kurung begitu dan lebih bersopan lagi jika berbusana. Jangan hiraukan apa yang orang kata, tapi ambil hirau tentang apa yang Tuhan kata". aku terima mesej itu melalui telefon bimbitku. Memang ku tahu siapa pengirimnya. Hari itu tiba-tiba saja aku terlintas untuk memakai baju kurung yang dihadiahkan pemanggil misteri itu sewaktu aku menghadiri kuliyah. Cuma telekong saja yang ku ganti dengan skaf biasa. Agak kekok juga sebab dah lama aku tak pakai baju kurung. Itu pun ramai kawan yang tengok pelik saja pada aku. Pelbagai soalan yang mereka Tanya, tapi aku buat tak tahu saja. Malas nak layan.Apa salah baju tu, lagi pun orang yang bagi bukannya aku yang beli."Saya harap ustazah pakai begitu bukan kerana saya, tapi ikhlas kerana Allah." Suara itu mengingatkan aku. "Awak ingat awak tu siapa? Saya pakai tu kerana saya nak pakailah, tak ada kaitan langsung pun dengan awak." Tegas aku pada dia. "Baguslah macam tu. Saya harap ustazah akan terus begini." Itulah suaranya yang terakhir aku dengar. Selepas itu aku tidak lagi menerima sebarang panggilan misteri seperti itu sehinggalah sekarang. Cuma kadang-kadang sahaja aku menerima surat atapun bungkusan yang tidak tercatat nama pengirim dan alamatnya. Dan aku pasti, itu adalah 'dia'. Ke mana sahaja aku pergi, pasti dia tahu.Seperti dia sentiasa mengekori dan memerhatikan aku. Sebelum aku bertolak ke Kelantan pun aku ada menerima satu bungkusan yang bersetemkan luar negeri. Di dalamnya aku dapati terdapat dua buah buku yang bertajuk Fitnah Wanita dan Bakal Wanita Syurga. Juga terdapat sekeping nota ringkas bersama bungkusan itu." ...."Di harapkan ustazah sudi menerima hadiah dari saya ini sebagai ucapan tahniah saya kerana ustazah telah terpilih untuk menjadi guru sandaran. Semoga ada manfaatnya buku ini kepada ustazah.Pemanggil misteri.aku tidak lagi menaruh sebarang kebencian kepada pemanggil itu. Sebarang hadiah atau pemberian darinya aku terima dengan rela hati. Sekurang-kurangnya aku tidak payah membeli untuk itu. Teringin juga aku untuk bertemu dan mengenali siapakah sebenarnya 'pemanggil misteri' itu. Misteri sangatkah dia sampai dia tidak mahu memperkenalkan dirinya kepadaku? Namun aku sangat berharap agar suatu hari nanti aku akan menemuinya."Masa kat masjid lagi mak cik lihat Idah asyik termenung. Kenapa ni?" Tanya orang tua itu sewaktu kami berjalan pulang dari masjid"Tak ada apa-apa lah mak cik. Badan ni yang masih penat lagi ni." Alasanku padanya. "Yealah tu. Macamlah aku tak tahu. Nak sorok kat siapa hah?!" Nadia mula nak buka 'gelanggang' denganku."Kalau ada pun. Aku ingat kat famili aku sajalah." Seboleh-bolehnya aku tidak mahu orang lain tahu keadaan sebenarnya."Habis tu si pemanggil misteri tu siapa?" Rupa-rupanya Nadia sudah mengetahui tentang hal itu. Tapi dari mana dia tahu. Aku rasa. Aku tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang 'pemanggil misteri' itu.Semenjak aku menjawat jawatan guru sandaran ni, jadual harianku telah berubah. Banyak perkara yang perlu aku lakukan sebagai persediaan untuk mengajar. Aku tak sangka apabila telah diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah untuk mengajar subjek Tasawur Islam untuk tingkatan 4 dan Pendidikan Islam untuk tingkatan 3. Pada mulanya aku minta ditukar untuk mata pelajaran lain tapi aku tidak ada pilihan lain. Maka aku terpaksa menerima panggilan 'ustazah' itu. Ah Kenapa ini boleh berlaku. Sebelum ini, panggilan itu agak terlalu janggal untuk aku. Tapi setelah beberapa lama aku mengajar. Aku sudah lali dan mungkin boleh juga dikatakan agak serasi denganku.Namun aku terpaksa melakukan banyak perubahan terhadap penampilan dan peribadiku agar ia benar-benar secocok dengan panggilan itu. Aku tidak lagi selincah di kampus dulu. Keadaan berpakaian pun sudah berubah. Seluar, jeans dan t-shirt hanya kat rumah dan apabila bersama keluarga sahaja. Keluar aje dari rumah. Aku akan mengenakan baju kurung ataupun busana. Skaf telah ku ganti dengan tudung. Pada mulanya aku agak rimas berpakaian begitu, namun keadaan yang telah memaksa aku untuk berbuat demikian. Aku benar-benar berubah. Aku bukan lagi seperti Faridah yang dikenali sewaktu di kampus dulu. Oleh itu ramai teman-teman rapatku yang agak terkejut dengan perubahanku ini. Tidak kurang pula yang bersyukur pada Tuhan kerana telah membukakan pintu hidayahnya kepadaku.aku juga telah memaklumkan pada keluargaku, mereka tidak membantah. Malah mereka juga turut bersyukur. Cuma mereka harap aku melakukannnya atas dasar kesedaran dan keikhlasan serta istiqamah kerana Tuhan. Bukannya sekadar hangat-hangat tahi kerbau. Di antara orang yang paling gembira dengan perubahanku itu ialah 'pemanggil misteri' itu."Syukur dan syabas saya ucapkan kerana ustazah telah berubah." Ucapnya melalui telefon setelah sekian lama dia tidak menghubungiku melalui telefon. "Terima kasih saya ucapkan pada awak kerana telah banyak mengubah peribadi saya." Ucapku ikhlas. "Itu tugas saya sebagai seorang sahabat." "Tapi bilakah saya dapat mengenali siapakah awak yang sebenarnya?". aku sememang dah tidak sabar untuk mengetahui siapakah dirinya yang sebenar. "InsyaAllah, bila sampai ketentuanNya nanti tetap ustazah akan tahu juga siapa saya." Itulah jawapan yang selalu aku perolehi darinya apabila soalan demikian aku kemukakan."Dah lama awak tak hubungi saya, ke mana awak pergi?" Tanyaku."Saya keluar negeri, sambung pengajian." Patutlah surat dan bungkusan darinya dulu bersetemkan setem Australia. Itulah pertama kali aku dengar suaranya setelah kira-kira lebih dua tahun dia tidak menelefonku. Hanya surat yang menjadi perantaraan. Itupun suratnya untuk aku sahaja. Aku pula tidak pernah mengirimkan sepucuk surat pun kepadanya kerana aku tidak tahu kepada siapa patut aku tujukan dan alamatnya pun entah di mana. Dia tidak pernah memberikannya kepadaku.Malam itu, ibu ada menelefonku. Dia tanya sama ada aku balik atau tidak pada cuti tahun baru cina nanti. Aku kata, kalau ikutkan perancanganku memang nak balik. Tapi tak tahulah agaknya-agaknya ada hal pulak nanti. "Kenapa?" Soalku pada ibu. "Ada orang nak datang tengok angah." Jawapan ringkas ibu itu telah cukup untuk membuatkan aku terkejut besar. Aku memang tak sangka. Jantung ku berdegup kencang. "Angah belum bersedia lagi untuk berumah tangga bu.." aku masih mahu bebas dari ikatan itu. "Ibu tak paksa angah untuk terima, tapi baliklah dulu. Kita tengok, lepas itu angah yang buat keputusannya nanti. Ibu dan abah terima saja." Pujuk ibu. Terasa sedikit kekuatan dengan jaminan yang diberikan ibu itu.Kalau boleh. Aku ingin menentukan sendiri pasangan hidupku tanpa sebarang paksaan dari kedua orang tuaku. Semenjak dari pengkhabaran ibu itu. Aku begitu berdebar untuk menunggu cuti tahun baru cina yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Aku lebih banyak termenung memikirkan hal itu. Setiap kali aku balik dari mengajar ke rumah sewa aku di Kampung Kota Kubang Labu. Aku lebih suka bersendirian dalam bilik. Nadia merasa pelik dengan perubahan mendadak ku itu. Aku menceritakan sebabnya kepada Nadia."Bersabarlah. Apa nak dirisaukan, ibu engkau dah beri jaminan bahawa dia tak memaksa. Jadi pilihannya di tangan engkau sendiri." Nasihat Nadia. "aku risau sebab aku takut untuk mengingkari harapan mereka."Mulai hari itu juga. Aku memohon petunjuk Allah dalam menentukan dan memberikan kekuatan kepadaku.Ya Allah, sekiranya Engkau telah menentukan jodohku, maka aku harap Engkau mengurniakan aku seorang suami yang soleh. Mampu membimbing aku dan bakal zuriat yang akan lahir dari rahimku ini.Ya Allah, bantulah aku dalam menentukan perkara ini. Janganlah Engkau biarkan diriku sendiri menentukan perjalanan hidupku walau hanya sekelip mata. Aku memohon dariMu kebaikan yang berpanjangan dan bahagia yang berkekalan.Kepulanganku ke rumah di Selayang disambut gembira dengan seisi keluarga. Semuanya berkumpul, tambah-tambah lagi kerana cuti tahun baru cina. Lagipun mereka semua ingin tahu siapakah gerangan yang mahu datang itu. Abang long, abang chik semua balik. Kakak ipar dan anak buah juga tidak ketinggalan untuk turut serta."Tak lama lagi, Man dapat abang iparlah. Ibu kan!" Itu suara adikku si Rahman. "Ish kamu ni Man. Tak boleh ke kalau tak usik angah tu." Ibu cuba membelaku. Aku hanya melayan perasaan. Perasaanku berbelah bagi. Entah apa keputusan yang akan kuberikan kepada abah dan ibu nanti. "Ibu tak memaksa angah untuk menerimanya. Angah yang akan menentukannya sendiri." Ibu mengulangi jaminannya padaku sewaktu dia melihatku murung."Along terima siapa sahaja yang menjadi pilihan angah untuk jadi suami. Suami angah adalah adik ipar along juga" Kata along sambil menepuk-nepuk bahuku. "Acik pun macam tu juga. Kami nak tengok angah bahagia. Itu sudah memadai bagi kami." Sokong Acik pula. Sekarang aku benar-benar yakin bahawa aku memiliki sepenuh kuasa untuk menentukannya. Semua keluarga menyokong aku. Sekurang-kurangnya ia membuatkan aku berasa lega.Semua ahli keluargaku sibuk untuk menyediakan jamuan keluarga sempena kedatangan tetamu yang begitu mendebarkan hatiku itu. Mengikut kata ibu, mereka akan datang lepas maghrib dan akan makan malam bersama-sama keluargaku. Apabila masuk waktu maghrib, semua ahli keluargaku berjemaah di rumah. Abah yang jadi imam dan along yang jadi bilal. Cuma aku saja yang terkecuali sebab uzur. Jadi kenalah aku tengok-tengokkan Ain, anak saudaraku yang baru berumur 9 bulan. Makin tak keruan aje rasanya jiwa ini. Tapi bila memikirkan yang semua ahli keluarga menyebelahiku. Aku rasa bersemangat. Aku begitu gembira bila berpeluang untuk berkumpul dengan seluruh ahli keluargaku ini. Aku sangat bangga mempunyai keluarga yang sebahagia ini. Dan doaku semoga keluarga yang akan kubina nanti sekurang-kurangnya akan menjadi seperti keluargaku ini.Sewaktu, azan Isyak berkumandang dari Masjid Selayang kedengaran ada orang memberi salam di luar rumah. Aku bangkit bergegas ke bilikku. Aku malu, takut dan segan. Semua jenis perasaan mula berkumpul di hati ini. Badanku terasa seram sejuk dan panas serta-merta. Aku tak tahu apa yang mereka kat luar tu bincangkan. Cuma terdengar suara hilai ketawa sahaja. Selang beberapa minit. Aku terdengar suara orang bertakbir."Seperti suara yang pernah kudengar." Bisik hatiku sendirian. Kemudian, diikuti dengan bacaan surah al-Fatihah yang dialunkan mengikut bacaan Saad al-Ghamidi. "Ya Allah! Siapakah dia?" Hatiku semakin kuat tertanya-tanya siapakah sebenarnya empunya suara. Seperti suatu suara yang selalu kudengar. Seperti suara yang sering menasihatiku itu."Ya Allah. Aku bermohon kepadaMu dengan kebaikan. Kurniakanlah aku suatu kurniaan di sisiMu yang boleh membahagiakan seluruh kehidupanku. Tetapkanlah kasih sayang di hati ini agar tidak goyah dalam mengharungi arus deras ini""Ya Allah! Kiranya dia adalah utusan dan ketentuanMu buatku. Aku harap Engkau permudahkanlah dan bukakanlah hatiku ini untuk menerimanya dengan ikhlas. Jika ia ditakdirkan bukan milikku, maka jauhkanlah hatiku darinya. Hilangkanlah bayangan wajahnya dari tatapan dan pandanganku agar hatiku bisa tabah menerimanya."" Allah! Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuanMu buatku. Amin"Ketukan pintu bilikku membuatkan aku terkejut. Ibu masuk merapatiku."Marilah keluar! Mereka mahu kenal angah." Bisik ibu perlahan. Aku merenung ibu dengan pandangan yang berkaca-kaca. Ibu mengangguk lembut, terseyum memandangku sambil jari telunjuknya mengesat air mataku yang mengalir perlahan. "Sudahlah. Ibu ada bersama angah. Usah takut." Pujuk ibu lagi. Aku bangun perlahan seperti tidak bermaya. Mengenakan jubah yang baru siap aku tempah dan telekong pink. Inilah kali pertama aku mengenakan jubah. Aku lap mukaku dengan tisu untuk menghilangkan sisa-sisa air mata.aku memandang ibu. Ibu mengangguk dan memimpin tanganku keluar untuk menemui tetamu yang mungkin istimewa. Aku menundukkan mukaku. Tidak berani untuk melihat siapakah tetamu itu. Ibu memimpin aku ke ruang tempat kami sentiasa solat. Rupa-rupanya mereka semua menunggu aku di situ. Aku duduk bersimpuh di sisi ibu dan diapit oleh kak long serta kak chik. Tetamu itu duduk bersetentangan denganku. Pada agakkanku, dia sedang memerhatikan gerak-geriku. Aku tidak berani untuk mengangkat mukaku untuk memandangnya."Pak cik! Izinkan saya untuk bercakap dengan Faridah sekejap." Tetamu itu memohon keizinan dari abah. "Silakan." Keizinan yang diberikan abah itu membuatkan aku berdebar-debar. Tetamu itu merapatiku dan kini dia betul-betul bersila di hadapanku. Aku dapat mendengar bunyi nafasnya dan dapat menciumi bau minyak athar yang dipakainya."Ya Allah! Tenangkanlah hatiku dan tolonglah aku di saat ini. Ya Allah. Aku benar-benar bermohon kepadamu." Doa hatiku. "Ustazah Faridah! Jika ini dinamakan takdir, maka telah tiba masanya ustazah mengenali saya." Betulkah suara itu yang aku dengar? Aku belum mampu untuk memandang wajahnya. Tapi suara itu membuatkan hatiku bergetar."Dulu saya bukanlah abang apatah lagi suami ustazah, tapi sekarang saya datang untuk mengambil ustazah sebagai suri hidup saya.""Ya Allah! Benarkah seperti apa yang aku dengar sekarang ini? Ini benar-benar suara dia. Aku yakin, memang inilah suara dia." Bisik hatiku."Sudikah ustazah membukakan pintu hati ustazah untuk menerima cinta dan kasih sayang saya kerana Allah?" Soalnya perlahan. Perlahan-lahan aku mendongak mukaku dan pandangan kami bertembung. "Haikal!" Bisikku perlahan. Dia tersenyum memandangku. Air mataku mula mengalir. "Ya Allah! Benarlah janjimu terhadapku. Aku menerima kurniaanmu ini dengan penuh redhaku."aku berpaling pada ibu. Ibu memandangku dengan penuh kasih sayang. Aku memeluknya erat. "Ibu, angah dah bersedia untuk jadi seorang isteri bu!" Bisikku perlahan. Ibu memelukku erat tanda akur dengan kehendak dan keputusanku.

~Cerpen : Menantu oh Menantu~



Cerpen : Menantu oh Menantu
Nama Pena : Hanni Ramsul
Panjang muncung anakku , manatap wajah neneknya. Aku memerhati dari jauh.
"Opah... Kak Long tak pandailah. Macam mana nak gantung ni? Opah suruhlah Maksu yang buat,"
"Tak pandai...tak pandai... Tak pandai kena belajar.
Belajar dari kecil ni haa... jangan jadi macam mama kamu tu. Dah jadi isteri orang pun tak reti nak pasang langsir,"
Aku tersenyum mendengar kata-kata ibu mertuaku. Selintas kenangan menjengah. Kenangan menjadi menantu baru di rumah ini.
"Ya ALLAH! Apa kamu buat ni, Eisha?,"
"Gantung langsirlah. Kan mak suruh saya gantung langsir,"
"Tahulah kamu gantung langsir. Tapi, kenapa terbalik gantungnya ni?
Kamu ni, pandai ke tidak?,"
Aku menggeleng. Cuak melihat renungan tajam ibu mertuaku.
"Gantung langsir pun kamu tak tahu?,"
"Saya tak tahu, mak. Saya tak pernah buat,"
"Itupun kamu tak tahu. Apa yang kamu tahu ha?,"
"Entah,"selamba aku menjawab.
"Along!,"
Aku mematung di sudut ruang tamu. Tersentap mendengar jeritan ibu mertuaku.
"Apa mak? Kenapa? Terkejut Along,"suamiku muncul bersama soalan yang berderet. Langkahnya mati di sebelahku. Mungkin meyedari wajahku yang sudah kelat semacam.
"Kamu ni, kahwin dengan siapa? Puteri raja ke?
Gantung langsir pun tak reti. Tengok ni. mahal mak beli langsir ni, digantung terbalik, kenapa?
Itulah. Suruh kahwin dengan Balqis, kamu tak nak. Balqis tu tak ada macam bini kamu ni, tahu tak?
Semua benda tak tahu. Mak dah cakap, jangan kahwin dengan anak orang kaya. Menyusahkan kamu nanti. Tengoklah ni..,"
Aku menarik muka. Menjeling sekilas pada ibu mertuaku yang masih membebel. Suamiku tersenyum kecil.
"Kenapa terbalik sayang?,"
"Manalah orang tahu. Orang tak pandai tapi, mak suruh jugak,"
"Oooo! Akulah yang salah ya?,"
"Yalah. Memang mak yang salah kan? Eisha tak buat, cakap Eisha malas pulak,"pantas aku menjawab.
"Eeee.. geramnya aku. Pendek umur aku dapat menantu macam kamu ni, tahu tak? Menyusahkan," ibu mertuaku bersuara sambil berlalu.
"Eisha ke yang salah? Eisha Cuma ikut cakap mak saja,"aku mengadu pada suamiku dengan muka mencuka.
"Kau ingat aku tak dengar ke? Turunkan balik langsir tu!,"
Aku tersentak mendengar jeritan ibu mertuaku. Dengar rupa-rupanya.
"Mak dengarlah,"bisikku sambil menutup mulut. Suamiku tersenyum.
"Dah. Turunkan langsir tu. Abang tolong sayang pasangkan. Sayang pun satu, mulut tu janganlah menjawab sangat...,"
"Mana ada Eisha menjawab? Eisha cakap benda betul aje,"
Suamiku menggeleng perlahan sambil tersenyum lucu.
"Kenapa mak tak suka sangat kat Eisha, bang?,"
"Mana ada? Mak tu tak puas hati sikit saja. Maklumlah, calon menantu dia, kena reject," Aku tersenyum kecil.
"Kena reject sebab Eisha, ya?,"soalku tersenyum lucu. Suamiku turut tersenyum sambil kenyitkan mata.
"Kamu berdua jangan nak mengumpat mak, bulan-bulan puasa macam ni!,"
"Ops!,"serentak aku dan suamiku bersuara sambil menutup mulut.
****
"Kak Long! Apa ni? petang-petang hari macam ni tidur pula. Bangun.
Tolong Opah dengan mama masak. Nanti nak berbuka,"
"Alaaa... opah. Tak laratlah. Kan Kak Long puasa ni...,"
"Jangan banyak alasan. Kamu ni, sama dengan mama kamu ya? Cepat.
Jangan malas-malas,"
"Opah ni.... Bencilah. Tak baik buat budak kecil macam ni tau!,"
"Menjawab... menjawab... Macam mama kamu,"
Aku tersenyum lagi. Sayur yang sudah siap dipotong, aku bawa ke sinki.
Tercegat di situ sambil memerhati ibu mertuaku yang sedang berbalas bicara dengan anak tunggalku itu.
"Eisha!,"
Aku tersentak. Hampir terloncat dari katil. Ketukan yang bertalu dari pintu membuat jantungku hampir luruh.
"Dah nak berbuka ke?,"soalku dalam mamai.
"Amboi! Banyak cantik muka kau! Nak berbuka?
Tengok jam tu pukul berapa? Membuta saja,"
Aku menggigit bibir. Salah soalanlah. Cepat aku memandang jam di tepi katil. Pukul enam petang.
"Keluar! Tolong mak sediakan juadah berbuka,"
Aku menarik muncung. Lecehnya. Takkan aku yang kena sediakan? Suruhlah orang lain. hatiku merungut laju sambil bangkit dari katil. Melangkah longlai ke pintu. Daun pintu ku buka perlahan. Bertentang mata dengan renungan tajam ibu mertuaku.
"Eisha penatlah mak. Bagilah Eisha rehat ya,"
"Banyak kamu punya penat. Banyak kamu punya rehat. Tidur saja yang kamu tahu, ya?,"
"Memanglah. Kalau bulan puasa, memang Eisha suka tidur petang. Cepat sikit masa berlalu,"
"Belum kahwin, bolehlah kamu nak membuta sampai sahur pun. Iesha, kamu tu dah kahwin. Kamu membuta, nanti suami kamu balik kerja , nak berbuka dengan apa? Dengan air liur basi kamu?,"
"Ishh... mak ni. Tak baik cakap macam tu. Pengotor betullah mak ni,"
"Menjawab! Itulah aje yang kamu tahu,"
Aku tersenyum.
"Nanti Eisha suruh Abang Darwis beli kat bazaar ramadhan je. Tak pun, mak ajelah yang masak. Abang Darwis kata, dia suka masakan mak,"
"Bertuah punya budak. Kalau dah kahwin, nak aku juga yang masak, baik tak payah kahwin. Dah! Jangan mengada. Ikut mak ke dapur. Sediakan juadah berbuka,"
Aku mengeluh lemah.
"Cuba jangan jadi pemalas...,"
"Bukan malaslah mak. Eisha tak larat. Eisha kan puasa...,"
"Eeeee...apalah malang aku dapat menantu macam kamu ni, Eisha? Satu sen pun tak berguna,"
"Mak.. tak baik hina Eisha. Tak baik hina orang bulan-bulan puasa macam ni,"
"Kamu tu... ingat sikit. Tak baik lawan cakap mak mertua. Lebih-lebih lagi bulan-bulan puasa macam ni,"sindir ibu mertua cukup tajam. Aku tersengih sambil menggaru kepala.
"Cepat pergi basuh muka. Lepas tu, masak nasi,"
"Masak nasi? Mana Eisha tahu masak nasi?," Ibu mertuaku mendengus marah.
"Sudah...sudah... nanti mak ajar. Kalau tak nak belajar, biar mak panggil Balqis saja datang tolong mak,"
"Tak apa, mak. Eisha nak belajar. Eisha nak belajar,"laju aku menjawab. Tercabar mendengar nama menantu pilihan ibu mentuaku yang telah ditolak mentah-mentah oleh suamiku.

"Biarlah Kak Long tidur, opah. Kak Long tak boleh buka mata ni.
Mengantuk sangat ni,"
"Mana boleh macam tu. Kena bangun juga. Kalau tak boleh banyak, Kak Long makan sikit saja. Tak pun, makan kurma dengan minum air saja,"
"Nanti Kak Long niat aje Kak Long makan. Bolehlah opah," Ibu mentuaku jegilkan mata. Aku tergelak di meja makan. Suamiku turut tergelak kecil.
"Tengoklah Along. Betul-betul mengikut perangai mama dia," Aku tersenyum. Ibu mertuaku begerak ke meja sambil menarik tangan anakku.
"Maksu tu... boleh pun tidur. Kenapa Kak Long pulak kena bangun?,"
"Maksu tak apa. Esok dia tak boleh puasa. Cepat basuh tangan. Makan sikit,"
"Kak Long... dengar cakap opah tu. Nanti, Kak Long juga yang tak larat esok,"aku bersuara lembut. Separuh memujuk. Tidak boleh terlalu berkeras. Aku faham perasaan anakku itu.faham betapa terseksanya dia terpaksa lalui saat-saat sebegini. Kenapa? Kerana aku dulu pun, sama seperti Kak Long.
Payah betul bangun bersahur.
"Alaaa... tak apalah. Kak Long dah niat dah... Kak Long niat makan nasi lauk ayam goreng," Aku tersengih. Suamiku tergelak besar. Ibuku diam tak terkata. Tapi, aku tahu dia cuba sembunyi senyum.
"Mana dapat ayat ni? Opah memang ada dengar ayat ni. Tapi, kat mana ya?,"
Aku tersenyum malu. Lebih-lebih lagi, menyedari jelingan ibu mertuaku padaku. Mana mungkin dia lupa pada kata-kata itu. Itu, kata-kata keramat daripada menantu sulongnya.
"Iesha memang tak pernah sahurlah mak. Tak payahlah susah-susah kejutkan Iesha sahur,"aku bersuara sambil merenung kosong nasi di dalam pinggan.
"Mana elok kamu tinggalkan sahur? Sahur tu kan sunat. Suami kamu suka bangun sahur. Kamu pula yang malas,"
"Iesha tak biasalah, mak. Selalunya memang Iesha tak pernah sahur.
Mana lalu tak makan nasi pegi-pagi macam ni?,"
"Kalau tak lalu nak makan nasi, makan sajalah benda yang ringan-ringan. Minum air masak. Yang penting, bangun. Temankan suami kamu ni. Kamu ni...
cuba ingat sikit, kamu ni, isteri orang. Isteri, tanggungjawabnya pada suami. Dah.. makan nasi tu,"
"Tak apalah mak. Iesha dah niat makan nasi ni. So, tak payah makan lagilah,"
"Oiii... ada pulak, makan pakai niat-niat. Mazhab songsang mana yang kamu ikut ni?," Aku tersengih sambil mengawal rasa mengantuk.
Suamiku, tergelak besar di sebelahku. Membuat adik bongsunya yang terlena di pinggan, terjaga serta-merta.
"Mazhab mengantuk tu.. mak,"ujar suamiku sambil memandang wajahku. Aku tersenyum.
"Mengantuklah, bang,"
"Makan sikit. Lepas tu, tidur balik,"
"Kamu ni Along. Manjakanlah isteri kamu tu,"
"Tak manjakan isteri, nak manjakan siapa lagi, mak?,"seloroh suamiku sambil tertawa kecil. Sengaja ingin membuat muncung ibunya semakin panjang. Melihat muncung ibu mertuaku, tiba-tiba hilang pula rasa mengantukku. Walaupun suka marah-marah, aku suka melihat marahnya itu.
aku dapat melihat kasih sayang melalui bebelannya. Dapat rasakan kemesraan daripada jerit pekiknya. Aku tersenyum melihat ibu mertuaku menyuap nasi dengan muncung yang panjang.
"Mak nak ayam goreng ni?,"soalku sambil meletakkan seketul ayam goreng ke dalam pinggan nasinya.
"Hmmm...,"jawabnya tanpa memandang. Aku pandang suamiku sambil tersenyum. Seperti biasa suamiku kenyitkan mata, sambil mengangkat ibu jarinya.
"Dah... tak payah nak bodek mak," Aku ketawa mengekek sambil akhirnya jemariku menyentuh juga nasi di pinggan.
****
"Maksu! Macam mana ni? Boring betullah Opah ni,"
"Apanya?,"
"Opah tu.. ada ke suruh Kak Long buat ni. kan panas ni,"
"Yalah panas. Tunggulah kuih tu sejuk dulu. Lepas tu, baru masukkan dalam balang. Sekarang memanglah tak boleh pegang," Aku Cuma melihat mulut anakku yang memuncung.
"Orang nak main mercun pun tak boleh,"
"Apa, Kak Long? Merungut ya?," Anakku diam.
"Kita ni, orang perempuan. Kena belajar. Jangan jadi macam...,"
"Mama.... Kan?," cepat anakku menyampuk. Aku tersenyum.
"Ha ah. Jangan jadi macam mama kamu tu,"
"Kenapa pulak dengan mama?,"
"Tanyalah mama kamu,"
"Kenapa mama?,"
"Mana ada apa-apa. Tak ada apa-apalah,"jawabku sambil menguli doh untuk acuan biskut nestum.
"Mama cakap tak ada apa-apa," Ibu mertuaku tersenyum sambil menggantung baju kurung dan baju melayu yang sudah siap bergosok.
"Mana pula tak ada apa-apa. Pasal mama Kak Long, Opah sambut raya kat hospital tahu?,"suamiku bersuara tiba-tiba. Aku menjeling ke arah suamiku yang tersenyum panjang.
"Kenapa pula?,"
"Nak tunjuk perasaanlah kononnya. Kan, mak?," Aku jegilkan mata sambil jelirkan lidah pada suamiku. Janganlah dibuka lagi cerita lama itu.
"Kenapa papa? Ceritalah,"
"Mama ni, tak reti buat kuih...,"
"Bukan kuih saja mama Kak Long ni, tak pandai. Semua benda dia tak pandai...," sampuk ibu mertuaku.
"Ya ke?,"adik iparku pula menyampuk. Aku tunduk. Buat-buat pekakkan telinga.
"Ceritalah lagi, papa,"
"Opah suruh dia bakar kuih. Dah tak reti, tak nak cakap. Nak tunjuk pandailah konon...,"
"Yalah. Asal cakap tak pandai, mesti panjang mak membebel,"sampukku membela diri.
"Lepas tu?,"adik iparku pula bertanya
.
"Dia bakar kuih, semua jadi arang...," Cerita suamiku disambut gelak tawa yang cukup riuh. Aku menarik muka masam.
"Opah mengamuk. Mama dah tension kena marah, malam-malam dia bangun.
Konon nak buat kuih. Nak ganti balik kuih yang hangus. Siap tengok buku resepi. Orang lain tidur, dia buat kerja sorang-sorang. Entah macam mana, dia tertidur, buku resepi terkena api dapur gas. Masa tu opah tak guna oven elektrik. Habis terbakar buku tu, kemudian melarat ke langsir,"
"Lepas tu?,"
"Lepas tu, nasib baik Opah terjaga malam tu. Nak minum air. Opah tengok api, apa lagi. Terjeritlah opah. Terus dapat darah tinggi.
Malam tu jugak opah kena tahan kat hospital. Nasib baik api belum besar betul. Sempat papa padamkan. Esoknya, semua sambut raya kat hospital. Sebab opah kena tahan kat ward,"
Anakku tergelak besar mendengar cerita papanya. Aku pula memandang dengan muka bodoh. Adik iparku, turut tumpang gelakkan aku.
"Teruknya mama,"anakku bersuara sambil gelengkan kepala. Aku jegilkan mata, pura-pura marah. Suamiku bergerak ke sebelahku sambil memeluk bahuku.
"Tapi, itu dulu. Masa anak orang kaya baru menjadi menantu orang susah. Ya tak, mak?," Ibu mertuaku tersenyum. Aku tersenyum malu.
"Sekarang mama Kak Long ni, dah jadi menantu kesayangan opah.
Maklumlah... semua benda dia dah expert,"
"Abang ni... mengarutlah," aku bersuara sambil mencubit lengan suamiku.
"Dulu pun, mak sayang. Bukan tak sayang...,"ibu mertuanya menyampuk dari ruang tamu. Aku tersenyum sambil mengangkat kening, membuat suamiku mencebik.
"Cepat datang sini semua. Mak ada sesuatu untuk kamu semua,"
"Apa dia mak?,"adik iparku sudah berlari ke ruang tamu. Seiring dengan anakku. Adunan kuih aku tinggalkan seketika sambil bergerak ke ruang tamu bersama suamiku.
"Mak ada hadiah untuk kamu semua,"
"Hadiah? Hadiah apa pula?,"
"Yalah. Takkan anak-anak mak saja yang nak kena bagi mak hadiah kan?
Mak pun ada juga," Aku tersenyum sambil melihat ibu mertuaku mengeluarkan beberapa bungkusan dari dalam almari.
"Hadiah untuk raya nanti,"sambungnya lagi. Aku memandang wajah tua itu. senang menatap wajah itu. Tahun ini, merupakan Aidilfitri kelapan aku sambut di rumah ini. Bermakna sudah lapan tahun juga aku menjadi menantu di rumah ini. Daripada tidak tahu apa-apa, aku berbangga. Aku berbangga kerana hari ini, aku sudah menjadi seorang suri rumah tangga yang serba boleh. Semuanya kerana ibu mertuaku yang tersayang ini.
"Ini untuk kamu Iesha," Aku tersentak. Bungkusan yang ibu mertuaku hulurkan, aku sambut dengan senyuman.
"Terima kasih, mak,"ujarku sambil menghadiahkan satu ciuman di pipinya.
"Ini, untuk papa dan mama kamu. Nanti, kamu balik ke sana, kamu bagi,"
Aku tersenyum lagi. Untuk besannya pun ada juga.
"Buat susah-susah saja, mak ni,"
"Tak.... Ya ALLAH! Api! Api tu!,"ibu mertuaku menjerit tiba-tiba. Aku tersentak. Suamiku melompat berdiri. Berkejar ke dapur. Api marak menyala pada langsir. Aku turut terkejar ke dapur. Membantu suamiku memadamkan api,
"Ya ALLAH. Mana datangnya apinya?,"semput ibu mertuaku bertanya.
"Entah..,"aku menjawab dalam kepenatan berlari membawa air untuk suamiku.
"Tu....,"suamiku bersuara sambil menunjukkan majalah yang sudah separuh terbakar, yang terletak berhampiran dengan ubat nyamuk. Pasti angin kipas yang membuat kertas majalah terdedah pada ubat nyamuk yang menyala.
"Nasib baik mak tak beraya kat hospital sekali lagi,"
"Dalam terkejut, kata-kata itu membuat kami tertawa.

~Aduh!! Mahalnya hantaran ~





Cerpen : Aduh!! Mahalnya hantaran
Nama Pena : LeaQistina

"Apa??!! Dua puluh ribu??", terkejut Adif mendengar nilai yang disebut oleh Nila. Hampir tersedak Adif dibuatnya.
Mujur saja air yang sedang dihirupnya tidak tersembur keluar.

"Biar betul Nila??", Adif cuba mendapatkan kepastian mengenai apa yang didengari tadi. Dua puluh ribu??!!

Nila hanya mengangguk lemah. Adif meraup kepalanya, tanda resah.

"Nila.. mana Adif nak cari duit sebanyak tu?", nilai itu dirasakannya bagai tidak masuk dek akal. Dirinya bukanlah
anak orang berada malah baru sahaja dua tahun mula bekerja. Mana mampu untuk menyediakan mahar hantaran
buat Nila yang sebanyak itu?

Nila hanya tertunduk. Tidak tahu apa yang perlu diperkatakannya.

"Ayah Nila tak setuju dengan perhubungan kita ke Nila?", entah mengapa hati kecil Adif kuat menyatakan
bahawa permintaan nilai hantaran yang terlalu tinggi itu merupakan signal secara halus daripada ayah Nila –
dia menentang perhubungan ini. Ada calon lain yang lebih layak buat Nila.

"Entah la Adif. Setahu Nila, ayah tak pernah halang perhubungan antara kita..", Nila juga tidak pasti akan
permintaan ayahnya itu yang dikira agak melampau.

"Bila Adif rancang nak hantar rombongan meminang?"

"Minggu depan..", jawab Adif perlahan.

"Hmm.. mungkin sempat lagi untuk Nila berbincang semula dengan ayah.."

"Biar Adif yang cakap dengan ayah Nila.."

"Jangan Adif.. Biar Nila yang cakap, kalau tak berjaya jugak nanti baru kita fikirkan tindakan kita yang selanjutnya
ya..", pujuk Nila. Nila tahu, hati Adif sudah pasti resah ketika ini. Begitu juga dengan hatinya.

"Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan-urusan kami dalam menuju jalan redha-Mu", doa Adif di dalam hati.
Moga hati ayah Nila lembut untuk mempertimbangkan kembali, nilai hantaran Nila nanti.

* * *

"Ayah, boleh Nila cakap sesuatu?", tanya Nila lembut. Ayahnya yang berada di sofa sedang membaca akhbar didekatinya.

Nik Nirwan melipat akhbar ditangannya lalu diletakkan di meja kopi.

"Nila nak cakap apa?"

"Fasal nilai hantaran..", jawab Nila pendek.

"Kenapa? Adif tak mampu?"

"Memang Adif tak mampu, yah. Keluarga Adif bukanlah orang berada, Adif pula baru dua tahun bekerja.
Mana sempat Adif nak mengumpulkan wang sebanyak tu? Lagi pulak, tempoh pertunangan yang ayah
letakkan cuma enam bulan..", Nila cuba memancing akal rasional ayahnya. Moga setiap hakikat yang
dibentangkan dihadapan mata ayahnya itu mampu membuka mata ayahnya mengenai tahap kemampuan
Adif.

"Nila.. dengar sini. Nilai yang ayah tetapkan itu bukanlah untuk menyusahkan kamu berdua. Bukan juga niat ayah untuk menghalang niat murni kamu berdua untuk mendirikan rumah tangga. Cumanya, jika
Adif tidak mampu untuk menyediakan nilai hantaran yang telah ayah tetapkan, itu bermakna Adif belum bersedia untuk memikul amanah menerajui sesebuah rumah tangga.. Macam mana Adif nak bela Nila
kalau duit hantaran pun dia tak mampu sediakan..?", hujah Nik Nirwan pada setiap patah kata anaknya.

"Tapi yah, wang bukanlah segalanya. Persediaan itu bukanlah terletak pada nilai wang tetapi apa yang terdapat di dadanya, kasih sayangnya, ilmu dijiwanya.. Itu yang lebih utama yah..", selar Nila pula.
Nik Nirwan merengus tidak senang dengan kata-kata anaknya.

"Kenapa kamu yang berbincang dengan ayah dan bukannya Adif sendiri?", Nik Nirwan cuba memesongkan
bicara.

"Bukan Adif tak nak, ayah. Nila yang tak izinkan dia berbincang dengan ayah. Biarlah Nila yang berbincang
dengan ayah terlebih dahulu. Nila betul-betul tak faham kenapa ayah tidak mahu mempermudahkan perancangan
kami ini ayah..", Nila kesal dengan sikap ayahnya. Entah apa yang diharapkan oleh ayahnya melalui nilai
hantaran yang banyak sebegitu. Nik Nirwan berpura-pura tidak mendengar akan jawapan anaknya. Surat
khabar yang dilipatnya tadi diambil semula lalu berpura-pura kembali membaca. Tidak mahu anaknya itu
memanjangkan bicara. Keputusannya muktamad.

* * *

"Eh.. Korang semua ni bercerita tentang apa? Riuh semacam je bunyinya..", soal Nik Nirwan yang baru turun dari pejabat, pada rakan-rakannya yang riuh berborak. Itulah aktivitinya dan rakan-rakan pejabat yang
lain selepas selesai waktu pejabat. Mengeteh barang sejam dua. Berborak-borak perihal semasa.

"Tak ada apa-apalah Nik. Si Farid ni ha.. Bercerita fasal nilai hantaran anak perempuan dia. Lima belas ribu
kau tau dia letak..", jatuh rahang Nik Nirwan mendengarkan nilai hantaran anak temannya itu.

"Kau biar betul, Farid?!!", tanya Nik Nirwan tidak percaya.

"Betullah.. Bukan senang aku bela anak aku tahu? Ingat senang-senang je aku nak bagi anak aku macam tu? Atleast biarlah berbaloi dengan segala penat lelah aku membela dan membesarkan anak aku tu..", jawab Farid acuh tak acuh. Bangga pula rasa hati Farid tatkala melihat wajah kagum rakan-rakannya.

"Tapi Farid, tu dah macam kau menjual anak kau?", tegur Luqman yang nyata agak kurang bersetuju dengan Farid.

"Mana ada aku jual anak aku?!! Sedangkan harga anak lembu pun mencecah lima enam ribu, inikan pula
anak aku.. Aku hantar dia pergi sekolah tau, siap masuk universiti lagi.. Takkan nilai dia hanya setara dengan
anak lembu..", balas Farid dengan wajah yang jelik. Nik Nirwan pula hanya mendiamkan diri. Cuba mencerna
hujah kedua-dua rakannya.

"Logik juga kata Farid. Itu bukan menjual anak, cuma meletakkan nilai yang setimpal buat anaknya..", hati kecil
Nik Nirwan mula termakan oleh hujah-hujah Farid tadi.

"Aku dengar, hantaran anak kau si Eisya tu cuma enam ribu. Murahan betul ya anak kau tu..", ucap Farid tanpa
memperdulikan perasan Luqman. Luqman hanya menggeleng kesal. Tidak disangkanya, begitu dangkal tahap
pemikiran Farid.

"Terpulanglah pada kau Farid. Cuma aku nak ingatkan kau bahawa redha Allah akan mengiringi perempuan
yang murah, yakni murah mahar dan hantarannya. Apalah sangat nilai hantaran dan harga wang belanja andai
akhirnya anak kau tidak bahagia..", ucap Luqman sebelum berlalu meninggalkan rakan-rakannya.

Wahaha.. Farid ketawa berdekah-dekah apabila melihat Luqman berlalu meninggalkan mereka semua.

"Apa lagi yang boleh si Luqman itu katakan. Dah memang nilai anak dia tu murah, so nak pulak dia selitkan
kononnya mudah mendapatkan redha Allah..", Farid ketawa lagi, lagi dan lagi. Ketawa hingga hatinya puas.
Rakan-rakannya yang lain juga turut ikut ketawa.

"Kalau tak ada duit, bagaimana nak hidup bahagia..?", tambah Farid lagi dalam nada yang sinis.

"So Nik, hantaran anak kau pula nanti berapa??!"

* * *

"Adif, apa yang kita nak buat ni? Nila dah cuba bincang dengan ayah but still dia tak nak turunkan nilai
hantaran tu. Still dua puluh ribu.
Macam-macam alasan yang ayah bagi. Sampaikan Nila sendiri dah tak tahu nak cakap apa? Nila sendiri pun malu nak berhadapan dengan Adif", ujar Nila lirih. Wajahnya ditundukkan. Segan untuk bertatapan
dengan Adif. Segan dengan sikap ayahnya yang seolah-olah ingin menjualnya.

"Hei.. apa yang Nila cakapkan ni? Jangan risau, kita masih ada masa lagi untuk memikirkan cara untuk
menyelesaikan masalah ini..", pujuk Adif. Nila hanya mendiamkan diri. Buntu memikirkan cara supaya Aidif
dan dirinya dapat bersatu.

"Nila..", panggil Adif setelah sekian lama mendiam diri.

Nila mengangkat wajahnya. Cuba memberi tumpuan pada Adif.

"Adif rasa Adif dah dapat caranya but Nila kena aturkan suatu pertemuan antara Adif dan ayah Nila, esok
petang. Dalam pukul empat lebih, di Taman D. R. Seenivasagam. Boleh?", tanya Adif. Hati Adif tersenyum.
Adif yakin, dengan izin Allah, rancangannya esok akan berjaya.

"Boleh, tapi apa yang Adif rancangkan?"

"Yang itu nanti saja Adif ceritakan pada Nila. Sekarang ini, jom Adif hantarkan Nila balik dulu. Ada sesuatu
yang perlu Adif uruskan.."

* * *

"Hello.. Assalamualaikum Adif.. Adif dah sampai ke? Nila baru saja sampai dengan ayah ni..", Nila
menghubungi Adif sebaik sahaja mereka tiba di tempat yang ditetapkan semalam. Jauh dilubuk hati Nila,
dia sendiri tertanya-tanya mengenai perancangan yang dilakukan oleh Adif. Namun, atas dasar rasa percaya
yang kukuh pada Adif, Nila yakin perancangan Adif itu bakal membawa kebaikan pada mereka dengan izin
daripada-Nya.

"Waalaikumussalam Nila. Adif dah sampai. Nila ingat lagi tak, pondok pokok buluh kita? Adif ada kat situ..",
ujar Adif sebagai jawapan.

"Okey.. Nila ingat..", jawab Nila ringkas sambil menutup telefon bimbitnya. Jika boleh pada petang ini,
Nila tidak ingin diganggu. Semoga perancangan Adif pada hari ini berjalan dengan lancarnya, doa Nila di dalam
hati.

"Jom ayah..", ajak Nila. Nik Nirwan hanya mengikuti langkah anaknya tanpa sebarang kata.

* * *

"Assalamualaikum pak cik. Apa khabar?", sambut Adif sebaik sahaja melihat kelibat Nila bersama ayahnya kelihatan. Tangan dihulur. Lalu Adif tunduk bagi menyalami tangan Nik Nirwan. Walau apa yang terjadi, hormat pada orang tua perlulah dijaga. Itulah prinsip yang Adif pegang selama ini.

Adif tersenyum pada Nila. Nila turut membalas senyuman daripada Adif.

"Eh Nila, takkan nak tersenyum aje. Ajaklah ayah Nila duduk. Marilah duduk dulu, Pak Cik..", sengaja Adif
mengusik buah hati pengarang jantungnya sambil menjemput Nik Nirwan duduk. Sopan sahaja budi bahasanya.
Nik Nirwan mengangguk. Lantas mereka bertiga duduk di pondok buluh yang terdapat di situ.

"Pak cik, beberapa hari yang lepas Nila ada maklumkan pada saya mengenai nilai hantaran yang telah pak cik
tetapkan..", Adif memulakan bicara pada petang itu.

"Kenapa?!! Kau tak mampu nak sediakan?", pintas Nik Nirwan bertanyakan soalan yang dirinya sendiri sudah
mengetahui jawapannya.

"Ya, pak cik. Terus terang, saya mengaku pada pak cik bahawa saya tidak mampu untuk menyediakan mahar
hantaran yang sebanyak itu..", lembut sahaja suara Adif menjawab. Nila hanya mendiam diri. Tidak mahu
menyampuk dan mengganggu perbualan antara Adif dan ayahnya.

"Dah tu, berapa nilai hantaran yang kau rasa mampu untuk diletakkan untuk anak aku?", tanya Nik Nirwan kasar.

"Ayah..", tegur Nila lembut. Dia agak kurang menyenangi cara ayahnya melayani Adif. Adif memberi isyarat
‘tidak mengapa’ pada Nila, membuatkan Nila tidak jadi untuk bersuara.

"Kalau kau rasa tak mampu lagi untuk menyediakan duit hantaran semua ini, kenapa kau gatal-gatal nak ajak
anak aku kahwin pulak??!! Entah-entah nanti anak aku mati kering tak makan, kalau dia kahwin dengan kau..!!",
tambah Nik Nirwan lagi. Adif hanya tersenyum dan cuba menenangkan hatinya yang pedih akibat kata-kata kasar
Nik Nirwan.

"Insyaallah pak cik. Andai kata sebegitu daif kami pada waktu itu, rela saya tidak makan demi mendahulukan
keperluan isteri dan anak-anak saya nanti. Lagi pun, mereka adalah tanggung jawab saya nanti. Masakan saya
akan membiarkan mereka mati kebuluran tidak makan..", Adif masih lagi berlembut. Nik Nirwan merengus kasar.
Tidak suka dengan jawapan Adif yang dia kira sebagai sengaja ‘tunjuk baik’.

"Huh!! Belum dapat memanglah itu jawapan kau. Hah.. jangan cakap banyak. Agak-agaknya berapa nilai yang
kau mampu letakkan?", malas Nik Nirwan hendak melengah-lengahkan bicara. Tambahan pula, hatinya sudah
bulat untuk meneruskan dengan keputusan yang telah dibuatnya sebelum ini. Pasti gah nanti apabila aku bercerita
pada Farid dan rakan-rakan pejabatnya nanti, desis hati Nik Nirwan.

"Sepuluh ribu pak cik.. Itulah sahaja nilai yang saya mampu buat masa ini.."

"Sepuluh ribu?!! Gila..!! Kau ingat Nila ni apa? Anak lembu??", tengking Nik Nirwan tiba-tiba.

"Ayah..!!", Nila tidak menyangka bahawa ayahnya akan berkata begitu.

"Kau diam Nila. Ayah tak mahu kau masuk campur. Hei, kau dengar sini Adif. Sedangkan anak lembupun dah
berharga lima enam ribu, inikan pula anak aku..", sengaja Nik Nirwan mengulangi kata-kata yang pernah dituturkan
oleh Farid suatu ketika dulu. Marahnya meluap-luap apabila mendengar nilai hantaran yang diminta oleh Adif.

Adif hanya diam melihatkan keadaan Nik Nirwan yang sedang marah.

"Sepuluh ribu?!! Empat ribu sahaja lebih daripada harga lembu? Kiranya kau anggap si Nila ni, up sikit jelah
daripada lembu. Begitu?!!", sambung Nik Nirwan lagi.

Adif menarik nafas dalam. Pipinya yang gatal akibat digigit nyamuk, digarunya perlahan. Entah mengapa hatinya
berasa lucu mendengar kata-kata Nik Nirwan tadi. Ada ke patut dia membandingkan Nila, buah hati aku yang comel
ini dengan lembu? Sungguh hati Adif tidak percaya. Sedaya upaya ditahan agar tawa dihatinya tidak terlepas
dibibirnya. Di tambah pula dengan riak wajah Nila yang mula merintik merah apabila mendengar butir bicara ayahnya.
Marah barangkali, teka Adif lagi.

"Baiklah pak cik. Kalau itu yang pak cik inginkan, saya..", bunyi deringan telefon bimbit Adif telah mematikan butir
bicaranya.

"Maaf.. Sebentar ya pak cik..", Adif bangun daripada kerusi yang didudukinya dan menghadap ke belakang.
Lagaknya seolah-olah ingin berahsia mengenai perbualan tersebut.

"Baiklah..", kata Adif sebelum menamatkan perbualan telefon tersebut. Adif kembali duduk ditempatnya tadi.

"Beginilah pak cik. Kalau pak cik tetap bertegas dengan keputusan pak cik, nampaknya saya terpaksa akur.
Demi Allah pak cik, saya sanggup melakukan apa sahaja asalkan saya dapat bersama-sama dengan Nila.
Pak cik jangan risau, sebentar lagi kawan saya akan datang. Dia dah bersetuju untuk memberikan saya pinjaman..",
kata Adif tenang. Nila pula terharu melihat akan kesungguhan Adif untuk mendapatkan dirinya sebagai suri hidup Adif.

"Huh!! Boleh pun.. Aku dah agak dah, kau memang sengaja bagi alasan sebelum ini..", balas Nik Nirwan acuh tak
acuh. Dalam hatinya sudah membayangkan betapa bangganya dia nanti apabila bercerita pada rakan-rakannya.
Adif tersenyum lagi.

"Hello my friend..", tiba-tiba suatu suara kedengaran menegur mereka. Pantas Nila dan Nik Nirwan menoleh ke
belakang. Tempat dimana arah suara itu datang. Kelihatan dua orang lelaki lelaki datang menghampiri mereka.
Berubah wajah Nila tatkala melihatkan penampilan kedua-dua lelaki itu. Lagak mereka seperti ahli-ahli kongsi gelap.

Adif tersenyum sambil mengangkat tangan kepada dua lelaki tadi.

"Ok.. you sudah setuju ka?", tanya salah seorang lelaki tadi apabila mereka sudah berada di sebelah Adif.

"Ya..", jawab Adif ringkas.

"Wah.. you punya amoi manyak cantik wo..", kata lelaki yang seorang lagi. Nila cuba menjauhkan diri daripada
lelaki itu. Agak takut dan tidak selesa dengan situasi itu.

"Adif, siapa mereka semua ni?", tanya Nila. Ternyata Nila tidak senang hati dengan suasana ini. Hatinya tiba-tiba
berdenyut risau. Rasa seperti ada yang tidak kena.

Adif diam, tidak menjawab soalan yang diajukan oleh Nila.

"Okey.. kalau itu macam, lu sign sama ini borang..", Adif menyambut borang yang dihulurkan kepadanya.
Setelah menandatangani borang tersebut, Adif pun menyerahkan kembali borang kepada kedua lelaki tadi.

"Tahniah..!! Terima kasih kerana berurusan dengan kami Ah Long Bukit Beluntong..", ujar lelaki yang menerima penyerahan borang daripada Adif. Sebuah beg pula diserahkan kepada Adif sebagai balasan borang tadi. Adif menyambutnya dengan senang hati.

"Wah..!! Wa talak sangka wo itu duta kita olang, Aflin Shauki sama itu Din Belamboi buat kelija manyak baguih..
Sampai Ipoh sini, kita olang boleh dapat customer..", tambah lelaki yang seorang lagi.

"Apa??! Ah Long?!", jerit Nila bersama-sama Nik Nirwan. Gila. Tidak Nila sangka, Adif senekad itu dan sanggup
mengambil langkah gila yang sebegitu.

"Ya. Adif terpaksa. Maafkan Adif, Nila kerana terpaksa mengambil langkah ini. Adif dah tak layak buat pinjaman
daripada bank sebab sebelum ini Adif dah buat dua pinjaman. Satu untuk beli rumah dan satu lagi untuk beli kereta.
Adif harap Nila faham tindakan Adif ini..", ucap Adif tulus memohon pengertian daripada Nila. Segalanya terpaksa
Adif lakukan Nila, demi kita dapat bersama.

"Pak cik, sekarang ini duit dua puluh ribu sudah ada dalam tangan Adif", kata Adif sambil menepuk beg yang berada
di atas meja.

"So, Adif kira perbincangan kita hari ini selesai ya.."

Huh!! Hanya itu sahaja balasan daripada Nik Nirwan.

"Kalau begitu, marilah kita pergi makan dulu. Biar Adif yang belanja..", ajak Adif. Nik Nirwan berjalan dahulu
dan meninggalkan Nila dan Adif sedikit terkebelakang.

Belum pun sepuluh tapak mereka berjalan, tiba-tiba mereka telinga mereka disapa oleh suatu bunyi. Bunyi seperti
orang sedang bergaduh dan diikuti oleh bunyi erangan kesakitan. Pantas mereka menoleh ke arah bunyi tersebut.
Kelihatan seorang lelaki dibelasan dihadapan keluarganya oleh kedua-dua lelaki yang menggelarkan diri mereka
Ah Long Bukit Beluntong tadi. Pucat wajah Nila melihatkan insiden itu. Pantas Nila menarik baju Adif.

Adif sedar maksud Nila.

"Jangan risau sayang, Adif akan pastikan bahawa Nila tidak akan apa-apa nanti. Insyaallah..", ucap Adif perlahan.
Air mata Nila sudah mula membasahi pipinya.

"Habis tu, Adif macam mana?", marah Nila. Suara Nila yang kuat telah menarik perhatian kedua lelaki yang sedang
khusyuk membelasah mangsa mereka.

"Hallo abang.. Mali sini..", jerit salah seorang lelaki tadi. Tangannya dilambai-lambai, memanggil Adif, Nila dan
Nik Nirwan mendekati mereka. Dengan langkah yang gerun, mereka bertiga berjalan merapati kedua-dua lelaki tadi.

"Hmm.. wa mau lu olang tengok apa jadi sama ini olang. Dia sudah pinjam sama kita tapi talak mau bayar.. Hmm..
Busuk punya olang..", kata lelaki itu sambil menarik rambut lelaki yang sudah mula longlai akibat dibelasah tadi.

"Ayo yo.. Tolong la.. Jangan pukul suami saya lagi..", rayu isteri lelaki tersebut bersama-sama tangisan.

"Haiya aci.. Lu jangan lisau la.. Kita olang sudah penat belasah sama dia ma.. Ah Keong, hali ni lu la pulak potong..",
ujar lelaki itu kepada rakannya.

"Wokeh..", lelaki yang dipanggil Ah Keong tadi mengeluarkan parang pendek yang sememangnya tersisip rapi
dipinggangnya. Lelaki yang seorang lagi pula mengheret lelaki yang sudah lemah longlai itu menghampiri satu batu
dan meletakkan tangan lelaki itu dalam keadaan tangannya yang menggenggam dan hanya tinggal anak jari sahaja
yang diluruskan. Apabila mereka berdua sudah bersedia, maka parang pendek tadi diangkat tinggi sebelum dihayunkan.
Sebelum parang pendek itu sempat menetak jari lelaki tadi, Nila berlari dan menolak Ah Keong.

"Jangan..!!", jerit Nila.

"Haiyya.. Lu punya amoi manyak kacau la..", rungut rakan Ah Keong sambil menggaru kepalanya.

Adif pantas mendapatkan Nila. Bimbang Nila diperapakan oleh kedua ahli kumpulan Ah Long itu. Nila melutut di kaki
Adif.

"Adif, tolonglah.. Pulangkan balik duit yang Adif ambil tadi. Nila tak mahu semua perkara ini terjadi pada kita..
Tolonglah Nila, Adif.. Nila rela kita tak kahwin daripada kita terpaksa mengambil risiko yang tak berbaloi macam ni..", rayu Nila bersama tangisan yang teresak-esak. Mujur sahaja tempat itu agak terselindung oleh pokok-pokok buluh
yang merimbun. Jika tidak pasti keadaan ini akan menarik perhatian orang ramai yang mula memenuhi kawasan
taman rekreasi ini.

Adif meraup mukanya. Resah dengan kata-kata Nila.

"Tidak Nila. Adif lebih rela ambil risiko ini. Adif rela mati Nila, asalkan kita dapat bersama..", ucap Adif nekad.
Tidak sanggup menerima kata-kata Adif tadi, Nila bangun dan melutut pula dihadapan ayahnya.

"Ayah.. tolong Nila ayah. Sanggupkah ayah rampas kebahagian Nila, semata-mata untuk mendapatkan nilai
hantaran yang tinggi. Nila dah tahu ayah. Nila dah dengar semuanya, apa yang ayah borakkan dengan Uncle
Farid waktu dalam telefon hari tu.
Ayah tetapkan hantaran Nila tinggi-tinggi sebab ayah nak berlagak dengan kawan-kawan ayah, kan? Tolong Nila ayah.. tolong Nila.. ", rayu Nila lagi. Kaki Nik Nirwan dipeluknya erat. Harapannya agar ayahnya
dapat melakukan sesuatu. Harapannya juga agar ayahnya dapat memikirkan akan kebahagiaan dirinya.

"Nila.. bangun..", Nik Nirwan menarik Nila supaya berdiri. Air mata yang mengalir laju dipipi Nila disapunya
perlahan. Kemudian, Nik Nirwan mengalihkan pandangannya ke arah Adif yang berdiri tidak jauh daripada
mereka.

"Adif, pulangkan wang mereka. Baiklah.. kita ikut sahaja kemampuan Adif. Jika begini nanti kesudahannya,
nilai hantaran yang tinggi itu tiada maknanya..", ucap Nik Nirwan perlahan. Namun masih lagi dapat ditangkap
oleh deria pendengaran Adif.

"Apalah sangat nilai hantaran dan harga wang belanja andai akhirnya anak kau tidak bahagia", kata-kata
Luqman suatu ketika dulu kembali bergema ditelinganya. Ya Allah, moga Kau merahmati perkahwinan
anakku nanti, doa Nik Nirwan di dalam hati.

"Haiyya.. Ini macam wa manyak lugi la..", rungut ahli Ah Long Bukit Beluntong itu. Nila ketawa dalam tangisan.
Ya Allah.. Aku bersyukur terhadap-Mu.

* * *

Majlis peminangan berjalan dengan lancar. Telah ditetapkan bahawa nilai hantaran adalah sepuluh ribu dan
tempoh pertunangan akan dijalankan selama sebulan sahaja. Dipendekkan tempoh selama empat bulan
sebelum tempoh asalnya, enam bulan.

* * *

"Thanks ya Ah Keong, Kim Kit, Ravi and you jugak Mangges.. Gaya korang hari tu memang hebat..", kata Adif.

"Tak ada hal, lah Adif. As long as you dapat kahwin dengan Nila, cukuplah..", kata Mangges sambil tersenyum.

"Eh.. orderlah. Jangan malu-malu. Hari ni aku belanja.."

Hampehh !!!!!