MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Wednesday, 13 May 2009

~kISah CiNtA tErInDah TaK peRNah TerCIpTa~

"Abang ada something nak tanya,"
"Pe dia ?"Abang busy tak?"
"Tak sayang..dah balik kerja nie,tengah rehat-rehat jea,"
"Leh tak kite jumpe?""Em..sayang nak jumpa bile?"
"Hm..bile abang free?""Sabtu nie abang free,"
"Em..ok..""Sayang rindu abang ke…"Soalan tu tak berjawab.
"Hm..kite jumpe Sabtu nie kat tempat biasa,""Em..ok..""
Kalau camtu ok lah,abang rehat la,lik keje penat,bye,Assalamualaikum""
Sayang..." Belum sempat meneruskan perbualan,talian diputuskan."
Waalaikumsalam," jawab lelaki perlahan.
Apa yang tak kena dengan gadis ni!
Mengenakan sehelai jean dan blaus biru kegemarannya dia nampak ringkas tetapi itulah dia natural tanpa sebarang solekan.
Menemui arjuna idaman bukan untuk memadu kasih tetapi untuk menetapkan satu keputusan."Assalamualaikm,"seru suara serak yang begitu dirindui olehnya."
Waalaikumussalam abang dah sampai,duduk la,
"tenang dia menjawab salamLelaki itu duduk dengan gaya yang disenanginya
"Hm...sayang nak makan?""Tak pela bang,saya dah kenyang"
"Hm..ni first time abang dengar, sayang kata kenyang,"
mereka tergelak bersama-sama.Tiba-tiba suasana senyap seketika.
Seorang Gadis termenung."Sayang..sayang ada masalah ke?"
Lelaki cuba menyentuh jemarinya,tetapi dileraikan.Gadis menggeleng.
"You look weird honey"
Suasana hingar bingar di kafe itu tak mempengaruhi kesunyian yang bertamu diantara mereka berdua.
Masing-masing melayan perasaan"
Saya ada sesuatu nak tanya abang""Apa dia sayang?"
Suaranya membuat aku lemah, bukan sesuatu yang mudah untuk melangkah pergi,
Ya Allah,kuatkan hati hambamu ini..
"Em...""Ye sayang cakap je," pandangan mata bagai panahan"
Em..abang sayang Aien?"
Soalan itu terluah cukup untuk mmbuatkan lelaki itu mengerutkan dahinya"
Maksud sayang...""Abang sayang dia? Juz simple question bang..
"Perlahan aku melihat tampang itu mengangguk. Aduh, luka itu terguris lebih dalam,
sebak mula bertamu di jiwa."
Abang memang nak tunggu dia ke?" Bergetar suara ituLambat dia menjawab,
"Ya sayang....""Abang...kalau betul abang nak tunggu dia, dan masih mengejar dia,
mengharap cinta dia, abang pergilah"Berkerut dahi lelaki itu
Gadis itu menyambung lagi, "Saya akan pergi dari hidup abang ,
supaya lebih mudah untuk abang menumpukan pada dia sahaja"
"Tapi sayang...." lelaki itu cuba memotong"
Tak ada tapi bang..izinkan saya pergi,saya cukup terseksa hidup macam nie,
" Ya Allah tabahkan jiwaku,suara itu makin menggeletar. "
Tak perlulah abang risaukan saya , saya masih muda,perjalanan hidup saya masih panjang,
Insya Allah mungkin ada orang lain untuk saya,saya redha bang,"
"Sayang…." Roman lelaki itu berubah, tidak ada senyuman,
mendung muncul di wajah itu. Terlukakah dia ?
Ah,takkan mungkin dia terluka , selama ini dia mana ada perasaan.
"Usahalah bang, kalau abang betuk-betul ikhlas nak dapatkan dia dan jujur pada cinta abang ,
Insya Allah dia untuk abang, abang jangan kecewakan dia,jangan buat dia sakit,
saya doakan abang dari jauh.
Kalau nanti abang nak kahwin jangan lupa jemput saya"
Gadis tergelak,ketawa yang agak sumbang di pendengaran.
Tanpa sedar setitis air mata mengalir di sudut matanya
Lelaki itu tak bersuara hanya menatap dengan pandangan mata tajam pada gadis,
tak diketahui apa yang ada difikirannya sekarang.
"Mulai hari ini ingatlah saya sebagai adik abang bukan kekasih abang" gadis mulai tenang
"Terima kasih segalanya atas apa yang telah abang lakukan pada saya,
menjaga saya dan maafkan saya untuk segala kekurangan dan kelemahan saya yang telah membuat abang sakit..." keluhan panjang terluah dari mulut gadis,
masing-masing menatap wajah tanpa sebarang kata yang terucap.
"Bang..dah lewat ni saya nak balik,""
Sayang...abang nak tanya sesuatu,""
Ye bang..""Sayang dah tak sayang abang ke?"
"Bukan tak sayang bang,tapi itulah yang terbaik untuk kita berdua,untuk abang,"Gadis bangun, "
Saya balik dulu bang,Assalamualaikum,"
Tenang Gadis melangkah pergi.
Lelaki tersandar pada kerusi.
Ya Allah, apa yang telah aku lakukan ni....
Sedang menunggu LRT,
tanpa sedar air mata seorang Gadis mengalir jua,
laju tanpa batasan.
Menangislah Gadis,semoga dapat menghapuskan kepiluan di hati.
Bukankah air mata itu anugerah terindah untuk wanita,
di saat suka dan dukanya.Tuhan,tabahkan hatiku,sudah lama aku mengambil masa untuk mewaraskan fikiranku dan aku menyedari yang inilah jalan terbaik untuk aku.
Tuhan bantu aku untuk lupakan dia,tenangkan jiwaku,
restuilah jalan yang kupilih ini.
Tuhan luputkan cintaku padanya,semoga cintaku padaMu akan lebih bertambah.
Tuhan tolong hambaMu ini.
Dah berpuluh-puluh kali aku menelefon,handset di offkan,
mesej dah berpuluh-puluh dihantar tapi tak berbalas.
Kemana Gadis,sayang... dia serius ke dengan apa yang dia cakap tu,
tapi....hm..entah la..seorang Lelaki terbaring di atas katil...
Siapa yang tak menginginkan kebahagiaan dalam hidup?
Semua orang inginkan kebahagiaan,
aku lebih rela terluka kerana aku bahagia memandangnya bersama dengan orang yang dicintainya,
walau hati ini terguris.
Memori indah akan kekal dalam ingatan tapi kenangan pahit akan lenyap seiring perjalanan waktu.Dah berpuluh-puluh e-mel yang dilayangkan,
shout out di friendster dan my space,Gadis mana awak...sayang..jangan tinggalkan abang...
Buat apa menyesali apa yang telah terjadi,
kita memang selalu tak menghargai apa yang membawa kebahagiaan kepada kita,
sehinggalah ,kita harus kehilangannya.
Telefon rumah berdering:"Assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam,""Gadis ada mak cik?"
"Em..takde...sape nie?"
"Ni Lelaki mak cik,"
"O...Lelaki..Gadis dah lama tak balik,sibuk kot,telefon pun jarang-jarang je,"
"O...yeke makcik, dia tukar nombor fon ke makcik?"
"Yeke? Tak tau la pulak makcik,kenapa?"
"Em..takde lah mak cik,terima kasih mak cik,bye,assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam," mama menamatkan perbualan.
Gadis menggenggam erat tangan mamanya, "Thanks ma," sambil mengucup pipi mamanya."
Takpe..mama faham,"Gadis melentokkan kepalanya di bahu mamanya."
Gadis..""Ye ma...""Ada apa-apa antara Gadis dan Lelaki ke?"
"Hm..mama...""Tell me honey..""Dia ada orang lain," pendek jawapan Gadis.
"Since when?""Last year.." Mama mengerutkan dahi."
Bukan ke korang couple of the year tahun lepas?"
"Hm..ma kite tak tahu rahsia Tuhan...""
So macam mane skarang?""
Macam mana ape?""
Yela Gadis dan Lelaki?"
"Ma Gadis nak cari haluan sendiri,""
Ok.mama will be behind you always honey.."
"Hm…""Gadis…gadis.." panggilan itu tak berjawab.
Gadis terlentok dibahunya.
Mama mengejutkan Gadis tapi Gadis tak bangun-bangun."
Gadis sayang....jangan buat joke kat sini.." Mama berusaha mengejutkan Gadis tapi tak ada sebarang respon..
Gadis pengsan !"
Kenapa tak bagitau mama hal ni Gadis?"Gadis cuma tersenyum lemah,
"Takpela ma sikit je,""Sikit apanya Gadis,doktor dah bagitau segala-galanya pada mama,"
Gadis cuma tersenyum hambar."Gadis kenapa tak nak share ngan mama,"
"Gadis tak nak susahkan mama,'"
Seumur hidup ni Gadis dah susahkan mama tau,untuk yang ni mama tak rasa susah pun,"
Gadis cuma tergelak sambil menggenggam lemah tangan mamanya."Mama...""Ye sayang..."
"Em...Gadis teringin sangat....""Teringin apa sayang...""Gadis nak mamam bubur ayam,"
"La...Gadis ni,takutkan mama je...ingatkan apa tadi...nanti mama masak,k,"
Mama mengucup dahi Gadis,betapa dia menyayangi anaknya yang satu ini.
Melihat Gadis yang terbaring di atas katil hospital,
membawa ingatan Mama kepada arwah suaminya yang meniggal dunia kerana penyakit barah paru-paru.
Gadis ketika itu berusia 6 tahun,masih kecil untuk memahami kematian seseorang.
Gadis begitu tabah pada luarannya,siapa tahu apa yang bermain di mindanya,
jauh di sudut hatinya hanya Tuhan saja yang tahu.
"Morning Gadis...""
Morning Doc," Doktor Rizal,doktor yang merawat Gadis.
"So how do you feel today?"
"Em...ok..""Hm...good...takde demam,nak balik tak?
""Nak la doc,bosan la duk sini.."
"Hm...ok saya bagi Gadis balik hari nie,
tapi kalau demam atau rasa tak sihat,
please datang hospital tau,"
"Yes doc! I know" sambil tergelak riang.
Doktor Rizal turut sama ketawa, "
Gadis nie...macam adik saya,""Yeke doc,umur dia berapa?"
"Sama la macam Gadis,21 tahun,"
"O...yeke,sebaya la..em..dia cumil tak?""Cumil Gadis,macam Gadis la.."
"Yeke..em..dia buat apa sekarang,belajar lagi ke..ke dah kawin,hahaha..
"Gadis ketawa lagi."Takdelah,""Dah tu?""Dia dah meninggal?"
Gadis mengerutkan dahi."Kenapa?""Leukimia,tahun lepas,"
"Oh...I'm sorry""Its ok,takpe," Gadis buat muka cemberut."
Sebab tue la saya nak Gadis rajin-rajin makan ubat,buat treatment tau,"
"Insya Allah doc,""Ok good girl,dah kemas-kemas la nanti nak balik rumah,"
"Ok doc,"
Sayang,sayang pergi mana....
abang menyesal tinggalkan sayang....
Gadis please....jangan buat abang macam ni,
abang buta dengan cinta abang pada Gadis.
Abang anggap Gadis sebagai penghalang kepada kasih sayang pada dia,
tapi abang terkhilaf
Gadis,rupanya dialah penghalang kasih sayang abang pada Gadis.
Dia menipu abang Gadis,dia hanya ingin mengikis duit yang dimiliki oleh abang.
Gadis..tolong lah kembali pada abang.
Aku cuba menelefon kawan-kawan Gadis di kolej dan aku mendapat berita yang mengejutkan.
Gadis telah berhenti daripada pengajiannya di kolej.
Perkara ini mengejutkan aku kerana Gadis bukanlah berasal dari keluarga yang miskin,
keluarganya agak berada dan dia hanya anak tunggal.
Kawan-kawannya juga tidak mengetahui di mana Gadis sekarang,
kerana dia menghilangkan diri sejak berhenti dari kolej.
Kemana dirimu sayang,kenapa buat abang macam ni.
Kenapa sayang membisu macam ni.
Kenapa sayang melarikan diri.Sayang......."
Ting tong...""Gadis tolong tengok siapa yang datang?""
Ye mama"Pintu dikuak,"
Assalamualaikum,""Walaikumsalam,eh,doc,"
"Siapa Gadis?" mama bertanya dari dapur.
"Doktor Rizal mama,""Oh...jemputla masuk ...""
Ye ma,""Sape yang jemput Doktor Rizal ma?""La...mama yang jemput Rizal,"
"Eh...baik la pulak,"Mama tergelak, "
La..kan hari ni birthday Gadis,mama jemput Rizal datang lunch kat rumah,
""Um...jemput makan je ke...mana hadiahnya..""Isy..Gadis nie.."
mama cuba mencubit mulut Gadis.Gadis hanya tergelak melarikan diri.Rizal tergelak, "
Ada Gadis,cuba tengok kat luar,"
Gadis tersenyum dan berlari keluar."
Wah...besarnya!!!" Gadis tergelak riang,betapa manis wajah gadis ini,
sambil memeluk teddy bear yang hampir sama besar dengannya itu,
dia menghampiri Rizal dan mama.
"Um...lembutnya..thanks doc,"
"Abang Rizal Gadis…Abang Rizal."Gadis menepuk dahinya, "
Aik sejak bila pulak jadi abang nie," Mereka tergelak bersama-sama.
Mereka menikmati hidangan yang disediakan oleh mama,
Gadis berselera menikmati hidangan,mama dan Rizal tersenyum."
Jom Abang bawa Gadis jalan-jalan hari ni nak?"
Gadis membeliakkan matanya,dah lama dia tak jalan-jalan,
apatah lagi sedang menjalani rawatan kemoterapi,
dia diminta berehat di rumah."Boleh ke Rizal?" mama bertanya.
"Boleh makcik,lagipun saya rasa dah lama kan Gadis tak jalan-jalan,"
"Boleh ke Rizal...mama risau la,""Insya Allah makcik takde apa-apa lah,"
"Hm..abang nak bawa saya jalan-jalan kat mana?""Kita pi Cosmo World nak tak?"
"Em...Gadis nak sangat pergi situ..."
"Ok..abang bawak jalan-jalan ek,"
Kesian mama agaknya dia terseksa,
dah la dulu papa meninggal sebab kanser jugak,
sekarang aku pulak yang ikut jejak papa.
Hm..nak buat macam mana dah memang takdir tuhan siapa yang boleh halang.
Seronok betul Gadis apabila di bawa berjalan-jalan oleh Rizal.
Terkurung dalam rumah bukanlah life style yang disenangi oleh Gadis.
Gadis mengenakan t shirt kegemarannya dan menutup kepalanya dengan sehelai skaf,
menutup kepalanya yang kian menipis hari demi hari.
"Bang Rizal,""Ye Gadis,""Thanks,""Untuk apa?""
Yela bawak Gadis jalan-jalan,belanja Gadis,belikan Gadis teddy bear,"
"Em..Gadis kan birthday girl,mestila abang manjakan Gadis,
tapi Gadis kena janji dengan abang satu perkara,"
"Apa dia bang?""Gadis kena rajin makan ubat,ambik rawatan,ok?"
"Ok la...um..sayang abang,"pantas Gadis memeluk lengan Rizal.
"Jom duduk Gadis kat bangku tu,Gadis nak aiskim tak?""
Nak...tapi abang tau tak apa yang Gadis suka makan?"
"Em.takpe nanti abang teka," sambil tersenyum Rizal berlalu pergi.
Dalam seketika dia kembali, " Nah," dia menyuakan aiskrim sambil tersenyum."
Wah..pandainya abang! Mana abang tau.."
dengan pantas Gadis menikmati aiskrim,triple delight,sape yang tak suka."
Ha..pandai tak abang teka? Pandaik kan? Classic Vanilla, Minty Mint ngan Burst Raspbery,"
Gadis terseyum sambil asyik menjilat aiskrim di tangannya.
Gadis merasa sangat bahagia,sambil makan dia melentokkan kepala pada bahu Rizal.
Diluar kesedaran mereka,sepasang mata sedang memerhati kelakuan mereka dengan amarah di dada.
Hm...hari nie birthday Gadis, valentine day,hari berkasih sayang, tapi sayang dapatkah abang rasa sekali lagi kasih sayang tue?
Teringat aku pada permintaan dia bila melhat teddy bear yang sebesar dia di Jaya Jusco dulu,tadi aku pergi,tapi teddy bear tu dah dibeli orang,maafkan abang sayang,abang tak sempat nak beli untuk sayang. Abang juga ingat yang sayang nak pergi Cosmo World,
sayang nak main roller coaster,tapi sayang
,mana sayang sekarang,abang tak dapat tunaikan permintaan sayang.
Mana sayang menghilang,Lelaki duduk di atas bangku,
melihat orang ramai yang lalu lalang dihadapannya,
berharap semoga ada diantara wajah-wajah dihadapannya itu ialah Gadis,
tapi hampa,semua tu cuma harapan semata.
Matanya tiba-tiba terpaku pada satu pasangan yang sedang makan aiskrim dihadapan bangkunya.
Dia seperti pernah melihat perempuan yang memakai skaf itu,disisi seorang jejaka yang tak kurang kacaknya.
Apakah itu Gadis? Terlentok di bahu lelaki itu.
Gadis...abang terluka!Lelaki menghampiri pasangan itu,memang sah itu Gadis.
Mana mungkin dia dapat melupakan wajah Gadis yang sentiasa menemani tidur malamnya.
Apabila menghampiri pasangan itu dia bersuara.
"Gadis..." Perempuan itu menoleh,
memandang tepat pada matanya,
mata hitam pekat itu tak mungkin dapat dilupakan oleh Lelaki.
"Ya encik , ada apa? Boleh saya bantu?"
Eh mamat nie,apahal,tiba-tiba aje datang sini,mengganggu ketenteraman awam betul.
Eh melutut pulak,apahal mamat ni,nak bersandiwara apa pulak.
Rizal menggelengkan kepalanya,
melihat gelagat lelaki yang berada dihadapannya ini."
Gadis," Lelaki bersuara,
perempuan itu masih menundukkan kepalanya"
Abang tau nie Gadis,kenapa tak nak pandang abang, sayang?
"Lelaki merintih,tidakkah Gadis tau yang aku benar-benar sayangkan dia?
Rizal memandang sandiwara itu dengan dahi yang berkerut,siapa lelaki ini?
Akhirnya Gadis mengangkat muka,tak tega dia untuk memandang tampang Lelaki itu,
kekasih yang amat dirinduinya dengan sepenuh jiwa raganya."
Gadis kenal ke siapa nie?" Rizal bertanya.
Gadis mengangguk.Lelaki cuba memegang tangan Gadis."Jangan sentuh saya!" Tegas suara itu.
Terkesima Lelaki apabila mendengarnya,suara itu keras dan serak.
Gadis....mana suara manja sayang? Mana suara cinta yang membuatkan abang makan tak kenyang?
Rizal bangun dan menarik Lelaki ke belakang.
Sedang ingin memulakan perbualan,
terlihat Gadis yang sudah terkulai,
Gadis pengsan!"Saya tak tau...."
Lelaki menggumam sambil mengeluh berat.
"Hm...thats the true story,she's dying Lelaki,soon,very soon," Rizal bersuara lagi.
"Saya tak tau yang dia tinggalkan saya sebab nie,""Hm...entah la Lelaki, i think you should read this,
"Rizal menghulurkan diari merah hati milik Gadis,
lalu meninggalkan Lelaki disitu,disisi Gadis yang masih belum sedarkan diri.
Lelaki duduk di kerusi,lalu membuka helaian pertama diari itu.
Fotonya bersama Gadis semasa menyambut ulang tahun pertama perkenalan mereka,
mereka menyambut bersama kawan-kawan di Genting Highland.
Betapa indahnya kenangan itu,apatah lagi apabila melihat coretan dibawah foto itu,
'you're the one and only,eternal forever'
Abangkah yang buta Gadis?Terlukakah abang?
26/10/05
Hari ni aku mengenali seorang lelaki,entah dari planet mana jatuhnya aku pun tak tau... yang pasti hatiku dipikat dan ingin meneruskan perkenalan ini.Nice to meet you....Lelaki!
09/02/06
At last,hari nie kiteorang declare as couple.Walaupun ada kawan-kawan aku yang tak suka pada dia,maybe jarak umur atau…apa ek? Entah...aku tak kisah.He's perfect for me.Lelaki...thanks to be in my life!
15/03/06
Hari first cuti semester,Lelaki bawak aku keluar jenjalan.Dia bawak aku naik 'eye on malaysia' . Cutenya dia,satu tangan pegang patung pooh kesukaan aku dan satu tangan lagi pegang aiskrim kegemaran aku.Lelaki….betapa saya sayang abang.
04/05/06
Hari nie birthday Lelaki tapi aku tak dapat luangkan masa dengan dia.Minggu nie aku terlalu sibuk dengan assignment.Terkesan keluhan kecewa apabila aku menelefonnya dan memberitahu yang aku tak dapat menemaninya pada hari jadinya. Maafkan sayang bang…
30/08/06
Hari ni aku sibuk,malamnya di kolej ada sambutan kemerdekaan.Tambahan pula dengan handphone yang rosak,dah seminggu aku tak menghubungi Lelaki. Ah,takpelah taulah dia yang aku tengah sibuk sekarang.Hm… tapi rindu jugak hati nie,nape dia tak cari aku ek? Persoalan bertamu di hati.04/09/06Cuti hujung minggu dah lama betul aku tak balik rumah,sibuk sangat dengan kuliah an acara-acara di kolej.Mama umpan aku dengan cakap yang dia nak masak sedap-sedap,tapi rupa-rupanya mama belikan aku handphone baru,huhuhu…3G gitu.
05/09/06
Semalam dia menelefon,petang tue aku menghantar mesej padanya mengajak dia keluar,berhajat untuk mengubati rindunya.Aku tau yang dia sibuk,kerja,over time,tapi aku siapa? Hm…aku cuba mewaraskan fikiran.Apa yang dibualkan malam itu adalah sesuatu yang sangat mengganggu fikiran dan emosi.Apa salah aku,kenapa dia buat aku macam ni? Adakah kerana aku tak selalu disampingnya? Atau kerana aku tak memperdulikannya? Lelaki sanggup awak?Dengan lancar dia bercerita mengenai seorang wanita yang dikenalinya di tempat dia bekerja.Aku tak tahu apa yang ada difikirannya saat ini,buat kali pertama aku menangis atas perlakuan orang yang aku sayang.
06/09/06
Hari nie aku terbangun dengan mata yang agak sembap.Hm...lemahkah aku hanya kerana sebuah cinta? Mama betanya padaku kenapa aku murung,aku hanya tersenyum dan berkata bahawa aku bermimpi ngeri.Tapi hidup mesti diteruskan,aku belum clash dengan dia,tapi...apa nama hubungan ni ek,cinta segi-segi ke? Huhuhu....
21/09/06
Tadi dia menghubungi aku dan mengajak aku keluar,aku keberatan nak keluar bersamanya,buat apa berjumpa jika hanya untuk menyakitkan hati..Tapi dia lebih pandai dari aku,sebelum dia menelefon aku,dia telah menghubungi semua kawan-kawanku,malah mama juga turut diberitahu dan akhirnya aku terpaksa mendengar bebelan mama yang membuatkan aku terpaksa bersetuju. Lelaki membawa 'cheezy wedges' kesukaan aku dan kami melepak di Taman Tasik Permaisuri melihat kanak-kanak yang bermain riang membuat aku terhibur.Aku terkesan dengan wajahnya yang sugul dan tak terurus.Berbeza dari kebiasaannya yang bergaya.Dia bersuara,bercerita mengenai bahawa dia telah ditinggalkan oleh perempuan itu an perempuan itu sebenarnya tunangan orang. Perkara yang paling mengejutkan aku ialah perempuan itu rupanya lebih tua daripada dia,26 tahun.Aku tak memberikan sebarang komen,malas...biarlah dia seorang yang menanggung kesakitan tue,dia yang nak sangat cari penyakit.Selepas meluahkan segalanya aku meminta dia supaya menghantarku pulang.
30/09/06
Dia kembali seperti biasa,orang sekeliling memandang kami sebagai pasangan yang bahagia,sangat bahagia.Tapi apa yang ada dalam hati? Tiada orang yang mengerti betapa berat hati ini menanggung.
15/10/06
Dah tak lama menjelang ulang tahun perkenalan kami,aku bercadang nak belikan sesuatu untuk dia,tapi masih tak tahu lagi.Hm...dah setahun kami berkenalan.Banyak sangat barang yang boleh dijadikan hadiah dan akhirnya aku memilih untuk membelikan dia I pod sesuatu yang sangat diingininya sejak dari dahulu lagi.Aku memilih warna hitam yang lebih sesuai dengan personalitinya.
26/10/06
Hari ni genap setahun perkenalan kami,tak disangka perjalanan kehidupan yang tak disengajakan menjadi sejauh ni,seindah ini. Indahkah? Hahaha....hanya Tuhan yang tahu apa yang ada dalam hati.Lelaki membawa aku ke Genting Highland.Tapi bukanlah hanya kami berdua,turut mengikuti kami ialah sahabat-sahabat yang dipercayai. Aku sangat gembira,dimanjakan olehnya dengan layanan-layanan ala puteri,sangat membuat aku rasa terbuai..Makanan kegemaran aku,lagu kesukaan aku,semuanya complete,dia benar-benar seorang yang perfectionist.Aku tak tahu berapa lama aku tersenyum..sebentuk cincin emas tersarung dijariku.Tanpa sedar,lelaki menyapu air mata yang mengalir di tepi matanya...Gadis...
03/11/06
Setelah usia perkenalan kami setahun,barulah dia menceritakan mengenai kisah silamnya.Kisah cinta,kisah hidup.Tapi ada satu cerita yang asyik diulang-ulang olehnya,kisah cinta lamanya,cinta pertamanya.Pertama kali mendengar,sudah tentu tidak mengapa,tapi apabila berkali-kali mendengarnya,orang yang pernah disayangi,dicintai,mana mungkin hati ini dapat bertahan.Apabila bercerita mengenai kisah silamnya,suaranya bernada girang,matanya bersinar bercahaya,betapa dia benar-benar cintakan perempuan itu.Perempuan yang berhubungan dengannya selama 6 tahun,yang dipuja dan disayangi dan menjadi first kissnya.Tidak ada satu detail pun yang tertinggal apabila dia bercerita mengenai perempuan itu.Akukah yang cemburu?Gadis....abangkah yang tak menyedari penderitaan Gadis? Air mata di lopak hati tak dapat lagi dibendung.Perlahan-lahan mengalir di lompang itu.
07/11/07
Hari ini sekali lagi kejutan untukku,dia meminta untuk menumpukan perhatian pada kerja,sekaligus melepaskan kami dari ikatan ini.Aku tak tahu apa yang difikirkan oleh Lelaki...inikah akhiran cinta kita?
01/12/06
Aku membisukan diri,aku keliru..dia minta aku lepaskan dirinya supaya dia dapat menumpukan pada kerja.Sudah aku lakukan kenapa dia masih ,bersumpah cinta sayang,sedangkan dia meminta sesuatu yang berlainan daripada apa yang diucapkan.
15/12/06
Aku rasa tak sedap badan..lemah jea.Entah kenapa,sekejap sejuk,sekejap panas,em...nak demam kot...hm...
02/01/07
Hm...keputusan darah aku dah kluar..well Gadis you're not the lucky one! Berita yang disampaikan oleh doktor muda tue disambut dengan senyuman pahit oleh aku.Tapi kenapa aku? Tuhan dah mencipta untuk seseorang itu bahagiannya.
10/01/07
Lelaki masih menghubungiku dan aku masih mampu berbual dengannya
15/01/07
Next test dah berlalu,result pun dah kuar...bad luck..kanser nie dah sampai stage 3.Kemoterapi adalah satu-satunya jalan perubatan untukku.Hanya Tuhan yang memegang jalan takdir aku samada aku dapat bertahan atau tidak.
16/01/07
Aku melihat refleksi wajahku di cermin...Abang...nanti tiada lagi senyuman nie untuk abang,dulu pipi nie merah tapi sekarang dah pucat,bibir nie, yang abang geram sangat dulu-dulu.Sekarang dah menggelupas,pecah dan pucat,tiada lagi bibir merkah delima yang abang puja-puja...em...rambut,abang ingatkan....masa kita mula-mula kenal dulu,rambut saya sama macam abang...tapi bang,em...sekarang cantikkan,panjang,hitam,berkilat macam yang abang suka,tapi dapat ke bertahan rambut nie bang? Dulu abang selalu membebel,cakap saya makan banyak,tak diet,sebab tu saya gemuk.Tapi bang,sekarang saya dah susut,tapi tak cantiklah bang.....
20/01/07
Lama berfikir...aku harus lupakan Lelaki dia da masa depan yang cerah dan aku? Entah bila esok atau lusa akan pergi dan tak kembali.Hm....
25/01/07
Hari nie aku akan berjumpa Lelaki.Meluahkan perkara yang harus diluahkan,mengakhiri perkara yang harus diakhiri,memutuskan apa yang telah terputus.Dan....aku berjaya mengakhiri kisah ini.Terkesan riak terkilan di wajahnya,tapi apa yang aku fikirkan hanya satu yang aku dan dia dah tidak ada hubungan yang istimewa lagi.
02/02/07
Dah seminggu aku mendiamkan diri.Jangan cari diri ini lagi Lelaki.Aku harus pergi.Lelaki menelefon ke rumah,mujurlah mama berkompromi dan mengatakan yang aku dah lama tidak balik ke rumah. Mama..mama dah tau mengenai hal ini...dia terkejut,tapi dia seorang yang tabah,aku tau...dengan pemergian papa lama dahulu,aku tau yang mama akan dapat terima kenyataan ni.Memahami hakikat bahawa aku menghadapi takdir hidup yang sama dengan papa.
13/02/07
Esok birthday aku..aku teringat janji Lelaki untuk membelikan teddy beardan membawa aku jalan-jalan ke Cosmo World. Sebenarnya hati ini rindukan dia,Lelaki.Ternyata dia masih sayangkan aku....masih rindukan aku,masih ingin dicintai dan disayangi oleh aku.Sayang...kenapa abang tak nampak kasih sayang yang sayang curahkan.Lelaki membelek-belek diari di tangannya.....em hari nie
14/02/07.
Birthday Gadis,aku ingat...rupanya lelaki yang menemaninya ialah doktornya,Encik Rizal.Gadis maafkan abang sayang....
Lelaki ingin sekali menggenggam tangan Gadis,
mencium tangan lembut tue,sesuatu yang sangat dirinduinya,
sesuatu yang sangat dikesalinya sekarang ,kerana tak pernah bersyukur pada kasih yang diberikan oleh Gadis.Lelaki berteleku di tepi Gadis,air matanya perlahan mengalir di pipi.
"Gadis kenapa abang tak nampak pengorbanan Gadis? Kenapa abang terlalu mengikut perasaan hati?
Siapa yang lebih menyayangi abang tanpa pernah berkira mengenai perkara-perkara lain?
Kenapa abang buta dengan paras dia? Pekak dengan rayuan Gadis?
Kenapa abang keliru dan bisu dalam memilih orang yang abang sayang?
Kenapa abang Gadis? Kenapa abang tak dapat memiliki Gadis dulu dan sekarang pun tak boleh?
Gadis...
Teresak-esak Lelaki menangis,runtuhnya ego seorang lelaki,
melihat permata hati yang baru disedari terbujur lemah,
baru dia mengerti erti kasih dan sayang,
tapi dapatkah dia menebus kesilapannya?
Setelah apa yang telah berlaku
Gadis berasa seperti ada beribu-ribu jarum sedang menyucuk-nyucuk tubuhnya,
sakit,kebas,tak mampu dia untuk membuka mata,walaupun dia berusaha sedaya upaya.
Terasa seperti ada kehadiran seseorang disisinya,
dan dia berasa seperti pernah berada dekat dengan orang ini,
bau perfumenya,mengingatkan dia pada Lelaki....
dia berusaha lagi,perlahan-lahan,melawan kesakitan yang dirasai,
dan apabila dibuka terserlah wajah Lelaki yang lesu,sedang tidur,berteleku.
Gadis berusaha untuk menggerakkan tangannya,
berusaha dan sangat teringin nak membelai rambut hitam berkilat milik Lelaki,
sesuatu yang sangat digemari oleh Gadis,dan apabila disentuh,
sudah tentu reaksi Lelaki ialah menyeringai kegelian.Gadis berusaha dan akhirnya dia berjaya,
menyentuh rambut Lelaki...dia membelai,
perlahan-lahan,tanapa dapat dikawal air matanya mengalir,
betapa sukmanya begitu merindui seorang insan bernama Lelaki ini,
betapa dia ingin disayangi oleh Lelaki ini,
hanya ini tiada yang lain.
Gadis menjamu matanya dengan tampang Lelaki,
insan yang pernah bertakhta dihatinya dan sekarang pun masih bertakhta,tak pernah berubah....
tak pernah berganjak.
Lama dia merenung wajah itu,hidung mancung Lelaki,
kumis yang sudah mula tumbuh melata,alis mata dan tangan kekarnya yang menggenggam erat jemari Gadis.
Abang...Gadis rindu.....
Lelaki tersedar dari lenanya,dia terasa geli,terasa tangan lembut yang sangat dirinduinya,terasa sesuatu yang menusuk-nusuk dalam hatinya,betapa dia sangat merindui pemilik tangan ini.
Perlahan Lelaki membuka matanya.Gadis....abang rindukan sayang.....
Mereka berdua terpaku,saling memandang diri masing-masing degupan jantung berdetak kencang,kalaulah kata hati dapat didengar,hanya suara rindu yang sedang bergema.Perlahan Lelaki bangun dan duduk disebelahnya,Gadis tidak menunjukkan sebarang reaksi.Perlahan Lelaki mengangkat kepala Gadis dan menaikkan keatas pahanya,tanpa sedar air mata mereka menitis dan bersatu.
"Gadis..." perlahan Lelaki menyebut namanya,bergetar suara itu,getar penuh kerinduan,dendam dan kasih sayang.Gadis hanya membisu."
Gadis...." sekali lagi Lelaki memanggil dan mengusap kepala Gadis,air matanya mengalir lagi apabila di tapak tangannya,segumpal rambut Gadis.
"Gadis....maafkan abang sayang..."Lelaki berbisik di telinga Gadis."Untuk apa....." lemah pertanyaan Gadis.
"Untuk segalanya sayang,kasih sayang Gadis,kerinduan Gadis,perhatian Gadis,maafkan abang sayang,tak menyintai Gadis sepenuh jiwa abang,
" Tak henti-henti Lelaki mencium dahi Gadis sambil air matanya laju menitis."Abang jangan la menangis,buruk....
" Gadis bersuara sambil cuba mengesat air mata Lelaki,Lelaki tersenyum sambil mencium tangan Gadis."Takpe...asalkan Gadis jangan tinggalkan abang lagi,
" Gadis hanya tersenyum tawar,takdir Tuhan siapa yang tahu.Lelaki membelai kepala Gadis,air matanya masih saja lagi mengalir,sambil tak putus-putus mencium tangan Gadis...
betapa dia tak mahu lagi kehilangan Gadis.
Disebalik pintu ada dua insan yang turut sama menitiskan air mata,mama dan Doktor Rizal.
"Abang,""Ye sayang,""Abang kena kumpul duit tau,"
"Kenapa lak?""Yela skarang kan belanja kahwin mahal,""
Hm? Abang nak kahwin ngan sape? Ngan Gadis?""Taklah,""Bis tue?"
"Em...nanti bila abang dah jumpa wanita yang sesuai dengan abang ,abang kahwin la ngan dia,"
"Abang kan dah ada Gadis..."
"Gadis? Hm....""Kenapa tak boleh?""Gadis takut tak sempat nak hidup bersama dengan abang,
""Syh...Gadis,tak nak cakap camtue,tak baik,takdir Tuhan tiada siapa yang tahu,hidup mati,jodoh pertemuan,"
"Nanti bila Gadis dah tak ada,abang bacakan Yassin untuk Gadis ye bang,""
Ye sayang, Insya Allah," bergetar suara Lelaki menahan sebak di dada.
Gadis semakin sihat,berselera nak makan,nak keluar bersiar-siar kat taman,
mereka sangat gembira melihat Gadis riang dalam waktu-waktu kesengsaraan ini.
Tapi waktu kedukaan tiba juga,janji Tuhan tak pernah terlewat walau sedetik.....
Selesai menunaikan solat Isyak,Lelaki bercadang untuk solat hajat,
usai dia berdoa dan bangun berdiri,seorang jururawat menghampirinya,dan membawa berita,
Gadis kritikal!Lelaki dengan pantas ke CCU,melihat mama yang tersandar lemah di kerusi,
Lelaki menghampirinya,mama hanya tersenyum tawar,
"Janji Tuhan tak pernah lewat Lelaki,
" mama bersuara.Gadis kritikal kerana terdapat pendarahan pada bahagian otaknya.
Melihat Gadis yang terbaring lemah,berselirat dengan wayar-wayar penyambung nyawa,
mendengar bunyi mesin bantuan pernafasan yang berdetak...hatinya sayu....
"Sayang...." Lelaki menyeru nama itu,Gadis tenang,Lelaki memegang tangan itu,sejuk,pucat.
"Sayang,jangan tinggalkan abang boleh tak?" Tiada jawapan,sunyi,hanya keheningan mengisi suasana.
Perlahan Lelaki mengeluarkan surah Yassin dari poket kemejanya
.Dia membacakan Gadis surah itu disepanjang malam itu,
tak tega dia untuk meninggalkan Gadis walau untuk sekejap,tak sanggup lagi dia.
"Lelaki,pergilah balik,mandi,salin baju,makan,"
"Takpelah makcik,saya ada bawak baju ganti,
saya puasa makcik,"jawab Lelaki sambil menghamparkan sejadah,
dia ingin solat dhuha,masih disisi Gadis.
"Kalau boleh saya nak Gadis lihat wajah saya bila dia sedar nanti,
"Sayu hati mama apabila mendengar kata-kata Lelaki,insan yang baru menyedari cinta sejatinya,kejamkah takdir? Jika memisahkan cinta ini...
Selepas menunaikan solat,Lelaki memperdengarkan Gadis bacaan ayat Al-Quran sambil berdoa supaya jika Tuhan ingin mengambil Gadis pergi,semoganya ianya akan berlaku dengan cepat,tanpa menyakitkan Gadis,tapi jika belum tiba masanya,
semoga Tuhan menyembuhkan dia dari penderitaan yang ditanggung.
Beberapa kali Lelaki tesedu-sedan apabila membaca Al-Quran,
terhenti-henti sambil air matanya menitis.
Dia mencuba untuk meredakan hatinya,cuba berpositif,walaupun dia tahu yang sebenarny Gadis benar-benar kritikal.Dia juga bercerita mengenai kisah-kisah mereka,kisah seribu kenangan.
3 hari sudah Gadis dalam keadaan koma,tiada sebarang perkembangan yang positif hanya statik dan tak berubah.Tak jemu-jemu Lelaki membacakan Al Quran dan bercerita kepada Gadis.Dia bekerja daripada bilik wad itu,teganya dia untuk tidak meninggalkan Gadis walau seketika,itu janji dia.
Dan bila mama bertanya dia cuma menjawab pendek,
"Saya tak mahu kehilangan dia lagi,"Khusyuk,
Lelaki baru menghabiskan bacaan surah Yassin di tepi Gadis
."Abang.."perlahan suara itu dari dada.Lelaki terkejut.
"Sayang,"pantas Lelaki bangun dan mencium dahi Gadis,dia memanggil Rizal,mama pun turut sama masuk,perasaan berbaur,antara gembira dan cemas.
Mereka memberi laluan kepada Rizal untuk membuat pemeriksaan.
"Sebenarnya...Gadis berada dalam keadaan yang sangat kritikal,sistem badannya semakin lemah,
kita berserah saja pada Tuhan,ye mak cik?" Mama hanya mengangguk dan Lelaki tersandar di pintu.
Apabila mereka masuk ke bilik yang menempatkan Gadis,
Gadis sedang tersenyum."Mama,abang..."lemah suaranya tapi jelas
."Mama terima kasih,abang terima kasih,"ucap Gadis.
"Kenapa Gadis?"serentak mereka bertanya.
"Gadis dengar mama dan abang bacakan Quran untuk Gadis,"mereka serentak mengangguk."Ma...""Ye sayang..."
"Tadi Gadis jumpa papa,""Gadis?""
Papa ajak ikut dia,""Gadis?"
"Gadis setuju,Gadis tak mahu susahkan mama,Gadis sakit,Gadis perlu pergi,"
"Gadis...."perlahan air mata mama mengalir."
Tapi Gadis minta nak jumpa mama dan abang dulu,
"Gadis berkata-kata dengan polosnya.
"Sayang...."Lelaki mula sebak.
"Mama halalkan makan minum Gadis dari Gadis tercipta sampai sekarang,Gadis minta maaf sebab susahkan mama,lukakan hati mama,buat mama risau,
Gadis sayang mama tapi Gadis kene pergi,mama doakan Gadis yea,"
"Ye sayang,mama halalkan makan minum Gadis,mama...." mama tak dapat meneruskan katanya,
hatinya sebak seperti dihimpit seribu batu."Abang,""Ye sayang,'
"Abang terima kasih untuk segala-galanya,"Lelaki hanya mengangguk,
"Abang maafkan saya tau,saya banyak buat salah pada abang,sakitkan hati abang,maafkan saya,"
"Syh....sayang....."Lelaki melekapkan jari telunjuknya pada bibir Gadis,
supaya dia senyap.Gadis menyambung lagi,
"Saya sayang abang sangat-sangat,sampai sekarang,rasa tu tak pernah berubah.
Nanti abang tolong tengokkan mama yea,abang anggap mama macam mama abang sendiri tau,boleh bang?""Boleh sayang..." Lelaki menggenggam tangan Gadis erat.
"Jaga diri baik-baik tau dan ingat pesan saya,kahwin cepat-cepat tau,
"Lelaki cuma tersenyum tawar.
Peluh mula membasahi dahi dan sekujur tubuh Gadis.Denyutan jantungnya semakin kencang.Lelaki menunduk dan berbisik ditelinga Gadis,kalimah syahadah.
Gadis menyebutnya dengan perlahan-lahan dan seterusnya keheningan mengisi suasana...
Gadis dah pergi dengan tenang.
"Innalillahiwainnailahirojiun..."
Lelaki mengusap muka Gadis dan menolong mengkiamkan tangan Gadis.
Dia mengucup dahi Gadis buat kali terakhir.Sayangku dah pergi buat selama-lamanya.Gadis dikebumikan di sebelah pusara papanya,mama tampak tenang menghadapi pemergian anak tunggalnya.Aku dah menukar panggilan makcik kepada mama.
Sementelah pula ini adalah permintaan Gadis.Aku juga dah memberikan mama seorang menantu dan cucu perempuan yang comel untuk mama,ubati hatinya.
"Papa,""Ye sayang," Inilah Gadis,cucu kesayangan mama pengubat hatinya,adiratna pekaca padanya,biasan anaknya sendiri,Gadis.
"Jom la,nenek panggil minum,mama ada buat kuih," di belakang anak comel ini ialah isteriku,Salina,perempuan yang mengetahui semua kisah tentang aku dan Gadis."Jom bang,kita minum dengan mama,""Yela,jom,"
Lelaki menutup diari merah hati itu,diari yang menyimpan seribu kenangan antara dia dan gadis,insan tercinta.....

~Cerpen : Selamanya~


AISYAH menyusuri pantai seorang diri.
Hatinya benar-benar terluka.
Angin yang bertiup lembut tidak dapat mengubatinya.
Parut yang ditinggalkan menyebabkan hatinya menjadi tawar untuk menerima mana-mana lelaki lagi.
Dia terduduk menangis mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.
Tiada siapa yang mendengar tangisannya dan merasai penderitaannya.
Dia menanggung semuanya seorang diri.
Kenapa dia selalu kalah kepada seorang insan yang bernama lelaki?
Kenapa dia terlalu bodoh hingga menyerahkan seluruh jiwa raganya dalam satu hubungan percintaan yang tidak pasti penghujungnya?
Kenapa?Tiada lelakikah yang diciptakan untuk terus setia kepadanya?
Kenapa mesti lelaki yang ditemuinya sering mempermainkan cintanya?
Dadanya terasa sebak.
Saat ini dia mula menyalahkan takdir Tuhan.
Dia memeluk lututnya menahan sedih.
"HAI, sayang sedang buat apa? Eisya rindulah."
Dia berbaring sambil memintal-mintal rambutnya yang lurus.
"Man tengah menonton bola ni. Boleh Eisya call nanti.
Man letak telefon dulu."pantas talian telefon dimatikan.
Aisyah berasa kecewa. Rindunya sudah menggunung tinggi.
Kebelakangan ini Azman selalu saja melarikan diri daripadanya.
Mungkin kesibukan yang dialami lelaki tersebut menyebabkan mereka berdua jarang bersama.
"Bosanlah, keluar jalan-jalan pun best juga. Pergi rumah Azmanlah."
Dia bingkas turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah selesai memakai tudung, dia mencapai kunci kereta yang terletak berhampiran meja solek.
"Eisya, nak ke mana?"teguran itu mengejutkannya yang sedang menuruni tangga.
Dia kenal benar dengan suara itu.
Pantas dia menoleh.
"Riz, apa yang you buat kat sini? Bila sampai?"
bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada teman baiknya.
Rizman adalah teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Dialah tempat Aisyah meluahkan perasaannya.
Rizman adalah pendengar setianya."Baru sampai. You nak ke mana berpakaian cantik macam ni?"
"I nak pergi rumah Azman.
You ikutlah sekali temankan I."pujuk Aisyah.
Naik turun dada Rizman mendengar nama Azman disebut.
"Eisya, kan I dah cakap Azman tu hanya permainkan you.
Kenapa you tak nak dengar cakap I.
" Nada suaranya mula tinggi.
Geram melihat sikap Aisyah yang tidak mendengar nasihatnya.
"Hei Riz, kenapa dengan you ni?
Sejak I couple dengan Azman, you selalu mengata dia.
I yakin dia tidak sama dengan lelaki-lelaki yang I kenal dulu.
"bentak Aisyah. Dia sudah tidak tahan mendengar Rizman bercakap buruk tentang Azman.
"I buat semua ini demi kebaikan you. I tak nak you kecewa lagi."
"Itu semua alasan you. Sebenarnya you cemburu dengan Azman sebab ramai perempuan tergila-gila kat dia dan bukannya kat you."
"Tak ada perempuan yang tergila-gilakan kat I?
" Rizman ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Aisyah.
Aisyah seperti tersedar apa yang telah diucapkannya.
Dia menelan air liur.Rizman adalah lelaki paling kacak di universitinya.
Jika dibandingkan dengan lelaki-lelaki kacak dari seluruh dunia,
dia yakin Rizman akan mengalahkan mereka semua.
Wajahnya cukup sempurna. Tiada cacat celanya.
Hampir beratus-ratus surat cinta yang diterimanya dalam sehari tetapi semuanya tidak dilayan.
Rizman mempunyai peribadi yang mulia.
Dia tidak pernah mengambil kesempatan terhadap perempuan-perempuan yang meminatinya."
Eisya dengar sini, I dah beritahu you macam mana perangai Azman. Keputusannya terserah dekat you. Jangan datang cari I bila you kecewa nanti." Rizman mengangkat jari telunjuknya.
Aisyah menelan air liur mendengar ugutan lelaki itu. Hatinya mula resah memikirkan bagaimana kehidupannya tanpa Rizman. ‘
Aisyah, kau kena kuat. Jangan bergantung pada Rizman lagi.’ Hatinya menjerit.
"Okey, I tak kan cari you lagi and you don’t care about me anymore."
jerit Aisyah. Dia melihat lelaki itu pergi meninggalkannya.
"TAK guna punya Rizman. Bukan nak sokong aku, pergi matilah kau." Aisyah menyumpah seranah.
Dia melihat banyak kereta di hadapan rumah Azman.
Dia melangkah masuk ke perkarangan rumah dan berhenti di hadapan pintu sambil membetulkan tudungnya. Bunyi riuh jelas kedengaran di luar rumah.
Tangannya memegang tombol pintu dan memulasnya perlahan.
Diintainya dari ruang pintu yang sedikit terbuka.
Jelas nampak di matanya Azman sedang bercumbuan dengan seorang perempuan yang berpakaian seksi.
Dia beristighfar melihat kelakuan Azman.
Pantas dia menoleh ke belakang.
Maksiat sedang berlaku di dalam banglo dua tingkat itu.
"Man, kau tak ajak girlfriend kau datang ke?" Aisyah mula memasang telinga.
"Eisya, dia tu bosanlah. Pegang tangan sikit pun tak boleh.
Hei, korang ada bawa duit tak? Aku dah menang pertaruhan."
Azman mula ketawa."Hebatlah kau ni Man.
Dapat kau ayat awek tu.""Hei, ini Azmanlah. Semua perempuan tergilakan kat aku.
Perempuan macam Aisyah itu senang saja nak tunduk kat kaki aku."ujar Azman sambil menepuk dadanya.
Aisyah menekup mulutnya.
Terkejut dia mendengarnya.
Hatinya bagai dicucuk-cucuk kaca yang tajam. Pedih dan menyakitkan.
Dia tidak mahu dikesani oleh Azman.
Sesuatu yang buruk mungkin terjadi kepadanya jika terus berada di situ.
Pantas kakinya melangkah keluar meninggalkan perkarangan tersebut.
Dia memandu kereta tanpa hala tuju.
Pandangannya terasa kabur dan pipinya terasa hangat.
Air mata sudah mengalir keluar membasahi pipi.
Hatinya terluka mengenangkan dirinya dijadikan taruhan dalam sebuah ikatan percintaan.
Wajah Rizman bermain di ruang matanya. Dia perlukan lelaki itu di saat ini.
Pertengkaran yang berlaku sebentar tadi menghalang niatnya untuk berjumpa dengan Rizman.
Aisyah terus memandu membawa hatinya yang luka.
AISYAH terus menangisi nasibnya.
Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Fikirannya benar-benar buntu.
Saat ini dia hanya inginkan pujukan dan nasihat Rizman.
Lelaki itu telah meninggalkannya kerana sikapnya yang angkuh.
Dia terkejut apabila terasa pelukan erat dibelakangnya.
Namun bau wangian yang menusuk hidungnya benar-benar menggembirakan hatinya.
Pantas dia menoleh dan mendakap erat Rizman.
Dia menangis teresak-esak di dada lelaki itu.
Matanya dipejam serapat mungkin dan kehangatan yang menjalar ditubuhnya sedikit sebanyak menenangkannya.
"Menangislah sepuasnya. Luahkan segala perasaan yang terpendam."pujuk Rizman.
"Riz, dia permainkan I. I terlalu bodoh sehingga tak percayakan you. I bodoh Riz, sangat bodoh."
Rizman melonggarkan pelukannya.
Ditatapnya wajah Aisyah sedalam-dalamnya."Jangan cakap macam tu, Eisya tak bodoh.
Semua ini bukan salah Eisya, Azman yang sebenarnya yang salah.
Dia bukan lelaki yang sesuai untuk Eisya.
Pasti ada lelaki yang terbaik untuk Eisya."
"I dah tak mampu nak serahkan jiwa I dekat mana-mana lelaki lagi Riz, I tak mampu."tangis Aisyah."
Pasti ada lelaki yang terbaik buat you, pasti." Rizman memeluk Aisyah erat.
Berharap gadis itu dapat mencari ketenangan di dalam pelukannya
.MATA Aisyah membengkak akibat menangis semalam.
Hatinya menjadi lebih tenang.
Dia menerima hakikat
bahawa Azman bukan untuknya tetapi hatinya tidak mampu lagi menerima lelaki lain.
Dia memasuki bilik air dan membasuh wajah bersihnya. K
emudian perlahan kakinya melangkah menuruni anak tangga.
"Good morning!!" Aisyah tersentak mendengar sapaan tersebut.
Terbeliak matanya melihat Rizman sedang memakai apron.
Matanya beralih pula ke arah meja makan.
Sarapan untuknya telah sedia dihidangkan.
"Riz, apa yang you buat kat sini?" tergelak Aisyah melihat lelaki itu memakai apron.
Kekacakan lelaki itu tidak sedikit pun berkurangan malah boleh memenangi ketegori suami pilihan wanita."
Hari ini auntie benarkan I sediakan sarapan untuk you.
Cepat turun, I masakkan special untuk you."
Rizman sudah menarik tangannya. Tuala kecil yang tersangkut di bahu Rizman terjatuh dan Aisyah terpijaknya tanpa disedari.
Aisyah terjatuh di atas badan Rizman.
Hidung mereka hampir bertemu.
Wajah Aisyah berubah merah.
Dia ingin bangun tetapi Rizman menariknya semula.
Mereka berdua bertentang mata.
Aisyah menatap lama anak mata lelaki itu yang berwarna coklat.
Seperti ada sesuatu yang menarik dirinya untuk menyelami ke dalam dasarnya.
Penuh dengan perasaan kasih dan cinta.
Hatinya berdebar tiba-tiba.
Saat ini hanya mata mereka saja yang berbicara.
Terukir satu senyuman yang manis di bibir merah Aisyah.
Dia mula membina angan-angan untuk hidup bersama Rizman.
Deheman yang kuat mengejutkan mereka berdua.
Terbang segala angan-angan dan impian yang dibina sebentar tadi.
Aisyah bingkas bangun dan membetulkan pakaiannya.
Mak Jah yang baru menonton adegan tersebut hanya tersenyum.
"Eisya, Si Azman datang tu. Pergilah layan dia, mak cik buatkan air."ujar Mak Jah sambil menjeling Rizman yang masih lagi terbaring di atas lantai."
Tak perlu Mak Jah, dia tak lama kat sini."halang Aisyah.
Laju saja kakinya melangkah ke ruang tamu.
Dia ingin menyelesaikan masalah mereka berdua secepat mungkin.
Rizman bingkas bangun dan mengekori Aisyah sehingga ke ruang tamu.
Dia melihat Aisyah sedang berdiri membelakangi Azman.
‘Harap-harap Eisya tak tahu la.’desis hatinya.
"Azman, we need to talk. I tak dapat teruskan perhubungan kita lagi."ujar Aisyah tenang.
Tiada lagi perasaan benci dan marah terhadap lelaki itu.
Buat apa hendak menyeksa jiwa demi buaya darat macam Azman.
Terkejut Azman mendengar permintaan Aisyah.
Dia bingkas bangun dari sofa dan berdiri di hadapan Aisyah.
Terkejut Aisyah melihat wajah Azman yang lebam-lebam."Sayang, betul ke yang you dengan Si Rizman ada affair. Tell me the truth. Don’t do like this to me, I really really love you."pujuk Azman.
Dia memegang bahu Aisyah tetapi pantas tangannya ditempis."
Hei, don’t ever touch me again. Memang betul I ada hubungan dengan Rizman.
Sekarang baru you rasa bagaimana perasaan seseorang itu apabila dipermainkan oleh orang yang dicintainya. You memang layak terima semua ini, bukan begitu?"sinis Aisyah.
"Sayang, apa yang you cakap ni? I ada buat salah ke?" Azman cuba meraih simpati."
Memang you ada buat silap, sebab you la I dengan Rizman bergaduh.
Sebab you la I menjadi seorang yang pentingkan diri, angkuh dan degil.
Sebab you juga la I sudah tak percaya pada lelaki lagi.
Semua ini salah you!!!"herdik Aisyah. Dadanya turun naik menahan marah.
Kalau diikutkan hati, mahu saja dia membelasah lelaki itu.
"Eisya, Man masih tak faham lagi."
"You ingat I tak tahu yang selama ini you hanya permainkan cinta I saja.
Sudah la Man, hentikanlah segalanya.
I tak dapat teruskan perhubungan kita lagi.
Kita tamatkannya di sini. You boleh pergi sekarang, I tak mahu tengok muka you lagi."
"Eisya, jangan macam ni lagi, I dah terima balasannya.
You tengok muka I ni, habis lelaki tak guna tu belasah I."rayu Azman sambil menunjukkan kesan-kesan lebam di wajahnya.
Berkerut dahi Aisyah memikirkan lelaki yang dimaksudkan oleh Azman.
"Baguslah kalau macam tu, lelaki tu memang hebat.
Sekarang you rasakan dari I pula."terduduk Azman apabila Aisyah ‘menghadiahkannya’ buku lima.
Dia menjerit kesakitan.Rizman yang menjadi pemerhati sejak dari tadi tidak dapat menahan ketawanya.
Lucu dia melihat wajah Azman yang kalah.
Selama ini lelaki itu megah dengan perangai playboynya.
Hari ini dia kalah dengan wanita yang hatinya dilukai oleh dirinya sendiri."
Hei Riz, apa yang kau buat dekat sini.
Habis muka aku kau belasah."tengking Azman.
Sakit hatinya mendengar ketawa sinis Rizman yang kuat mengetuk gegendang telinganya.
"You tak layak tengking dia. Baik you balik sekarang sebelum I panggil pak guard kat luar tu." Aisyah menengkingnya kembali."
Jaga you Rizman, I pasti balas dendam."ugut Azman.
Dia berlalu keluar meninggalkan ruang tamu dengan perasaan dendam yang mendalam.
"Baru kau tahu Aisyah ni bukan perempuan yang mudah dibuli."jerit Rizman.
Dia gembira kerana Aisyah sudah memutuskan hubungannya dengan Azman."
Riz, bila you pergi belasah Si Azman tu."tanya Aisyah sebaik saja Azman hilang dari pandangannya.
"Actually, I ekori you semalam. Sakit hati I tengok you menangis, tahu tak?
Lepas you pergi dari rumah tu,
apa lagi I serbu masuk dan belasah Si Azman tu cukup-cukup. Baru puas hati I."
kata Rizman dengan megah.
Aisyah mencapai tangan Rizman dan mengusapnya perlahan."
Mesti tangan you sakit. Kenapa you sanggup buat semua ni untuk I.
Setelah apa yang I dah buat dekat you, you masih lagi sanggup tolong I." Mata Aisyah mula digenangi air mata. Dia malu dengan Rizman.
Dia benar-benar malu."Eisya, selama 26 tahun I hidup ni,
I sentiasa lindungi you sejak 20 tahun yang lalu.
Pedih hati I bila melihat air mata you yang jatuh disebabkan kesedihan dan bukannya kegembiraan.
Silap I kerana terlalu mengambil berat tentang you, memang silap."
Aisyah terkejut mendengar pengakuan Rizman.
Di mananya silap lelaki itu selama ini dia pun tidak tahu."Mana yang silap Riz?
Selama ini you jaga I, you lindung I.
Mana silapnya Riz." Air mata Aiyah sudah jatuh membasahi pipi."Itulah silap I,
kerana terlalu melindungi you, I tak dapat lepaskan you pergi Eisya.
I tak mampu."ujar Rizman sambil menyeka air matanya yang jatuh berlinang.
Terharu Aisyah mendengar ucapan Rizman.
Hatinya seperti terubat kembali.
Dia mula yakin perasaannya terhadap Rizman bukan lagi perasaan yang wujud di dalam ikatan persahabatan tetapi lebih dari itu.
Cuma dia tidak berani mengakuinya lagi.
PERASAAN sayang Aisyah terhadap Rizman semakin mendalam.
Rizman pula menjadi semakin romantik.
Aisyah mula yakin dengan perasaannya.
Hatinya kuat mengatakan bahawa Rizman adalah lelaki yang terbaik diciptakan untuknya.
Malam ini dia ingin berterus terang kepada Rizman.
Rizman adalah segala-segala baginya dan dia tidak dapat hidup tanpa lelaki itu.
Deringan dari telefon bimbitnya mengejutkannya.
Pantas jarinya mencapai telefon. Nama Rizman tertera di skrin telefon menggembirakan hatinya.
Dia menekan butang hijau.
"Hello Riz, you kat mana?"tanya Aisyah tidak sabar.
"Maaf, ini Cik Aisyah ke?" Aisyah terkejut mendengar suara lain.
Bukan Rizman yang menelefonnya.
Hatinya hampa."Ya, saya." Dia memjawab acuh tak acuh.
"Kami dari pihak polis ingin memberitahu Cik bahawa Encik Rizman kini berada di hospital."
Telefon bimbit yang dipegang terlepas dari tangannya sebaik saja mendengar berita tersebut.
AISYAH berlari-lari memasuki ruang hospital.
Hatinya berasa tidak tenang.
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata polis itu."Kami menjumpai Encik Rizman terlantar di lorong sunyi. Telefon bimbitnya tertera nama Cik, jadi kami cuba menghubunginya."
"Apa yang terjadi sebenarnya, Encik?" Aisyah tidak dapat menahan tangisnya."
Encik Rizman telah ditikam oleh sekumpulan lelaki.
Cik jangan risau, kami telah menangkap penjenayah tersebut.""
Siapa dia?""Penjenayah tersebut bernama Mohd Azman serta tiga orang rakannya yang lain."
Terkejut Aisyah apabila mendengar nama itu disebut.
Perasaan marahnya terhadap lelaki itu muncul kembali."Encik, Rizman dekat mana sekarang?
" Aisyah menyeka air matanya.
Kenapa mesti lelaki itu ditimpa musibah saat cintanya sedang kembang berputik?"
Dia sekarang berada di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Keadaannya agak kritikal kerana ditikam sebanyak 6 kali."
Mengucap Aisyah apabila mendengarnya.
Ya Allah, janganlah Kau ambilnya pergi dari sisi ku.
Selamatkanlah dia Ya Allah. Doa Aisyah.

"Maaf, boleh saya tahu di mana bilik pesakit yang bernama Rizman?"tanya Aisyah cemas sebaik saja tiba di kaunter pertanyaan.
"Dia berada di wad kecemasan. Boleh saya tahu apa hubungan awak dengan pesakit?"sampuk satu suara.
Pantas Aisyah menoleh dan melihat seorang doktor lelaki sedang berdiri di belakangnya."
Saya ahli keluarganya.
Doktor, tolong bawa saya jumpa dia. Tolonglah."rayu Aisyah."
Dia masih tidak sedarkan diri lagi.
Saya benarkan awak berjumpa dengannya.""Terima kasih, doktor. Terima kasih."
Dia memanjatkan kesyukuran.
Sekurang-kurangnya dia tahu Rizman tidak meninggalkan dirinya lagi.
Aisyah mengintai Rizman dari luar melalui cermin kaca di pintu biliknya.
Pilu hatinya melihat wayar-wayar yang berselirat di tubuh Rizman.
Dia tidak dapat menahan tangisnya."Masuklah."
Doktor itu memanggilnya. Menggigil kakinya untuk melangkah masuk.
Tidak sanggup dia melihat luka-luka di tubuh itu namun dikuatkan juga semangatnya.
Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Rizman.
Dicapainya tangan sejuk Rizman dan digenggam erat.
Air matanya tidak dapat ditahan lagi."Riz, bangun Riz. Eisya dah datang.
Riz tak mahu lihat wajah Eisya?" Bisik Aisyah dengan harapan lelaki itu akan membuka matanya.
Hatinya hampa apabila tiada sebarang reaksi yang diberikan.
Doktor itu keluar meninggalkan Aisyah sendirian.
"Riz tahu tak, yang selama ini Eisya hargai segala pengorban yang Riz buat untuk Eisya.
Eisya tak tahu macam mana hendak membalasnya.
Bangunlah Riz, Eisya nak melihat Rizman yang sanggup melindungi Eisya,
yang sanggup melakukan apa saja untuk Eisya."ujar Aisyah lembut sambil membelai rambut Rizman.
"Tapi bukan semua itu yang Eisya harapkan Riz.
Selama 20 tahun Riz berada di sisi Eisya,
ingin Eisya balas dengan sepanjang hayat berada di sisi Riz.
Kenapa semua ini terjadi di saat Eisya sudi menyerahkan hati Eisya pada Riz? Kenapa?"
Aisyah menggenggam erat tangan Rizman.
Direnungnya wajah pucat itu sedalam-dalamnya.
Dia menundukkan wajahnya dan mengucup tangan itu.
"Eisya cintakan Riz. Terlalu cinta."bisik Eisya.
Dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sayangnya lagi.
Aisyah terkejut apabila terasa tangannya digenggam lembut.
Pantas dia mengangkat wajahnya. Dia melihat Rizman sedang tersenyum lesu ke arahnya.
Syukurlah, lelaki itu sudah membuka matanya."Alhamdulillah Riz, you dah sedar juga akhirnya.
"gembira dia melihat lelaki itu sedang tersenyum padanya."
Betul ke apa yang Eisya cakap tadi?
Eisya cintakan Riz dan sanggup hidup sepanjang hayat bersama Riz?"soal Rizman.
Aisyah terkejut mendengar soalan Rizman. Mukanya sudah berubah merah.
Rupanya lelaki itu mendengar kata-katanya. Dia tertunduk malu.
"Betul ke?" Rizman bertanya sekali lagi. Dia hanya menganggukkan kepalanya.
Hati Rizman melonjak kegembiraan mendengar pengakuan Aisyah.
Cintanya terbalas juga akhirnya."Riz tak akan memberikan janji-janji manis tetapi Riz akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan Eisya.
Eisya sanggup temankan Riz selamanya?" tanya Rizman cuba menduga.
"Eisya sanggup serahkan segalanya pada Riz.
Selamanya Eisya cintakan Riz."ucap Aisyah malu-malu.
Dia merebahkan kepalanya di atas dada Rizman.
Lelaki itu menjerit kesakitan."Riz, kenapa? Sakit ke?"tanya Aisyah cemas.
"Eisya baring dekat dengan luka Riz. Sakitlah." Rizman ketawa melihat wajah cemas Aisyah.
Gadis itu benar-benar sudah jatuh cinta kepadanya.
"Kalau nak baring kat dada Riz, tunggulah sampai kita kahwin."usik Rizman.
Aisyah tertunduk malu. Rizman menggenggam erat tangan Aisyah."
Eisya, I love you." Terluah juga ungkapan tersebut."Me too. Forever." Rizman tersenyum mendengarnya.
Kesakitan yang dialaminya bagai tidak terasa lagi.
Yang dirasakan hanya perasaan bahagia yang bakal menjelma.
Semoga percintaan yang baru dibina berkekalan selamanya.
Insyaallah.
-TAMAT-

~Cerpen: Ungkapan Cinta~



Kata orang mencintai tak semestinya memiliki. Memiliki juga tak semestinya dicintai. Tapi kalau cinta itu ikhlas dan suci berbekalkan restu Yang Maha Mencintai, kita akan memiliki apa yang kita cintai dan kita akan dicintai oleh yang memiliki. Jadi seharusnya kita ikhlas dalam mencintai jua memiliki.

“Aku terima nikahnya Alia Areena binti Ahmad Abdan dengan mas kahwinnya RM100 tunai”
Dengan hanya sekali lafaz sahaja aku kini bergelar isteri kepada Adam Harris bin Luqman Hakeem. Menitis mutiara jernih dari tubir mataku. Terharu tatkala dahi dikucup suami tercinta dalam majlis membatalkan air sembahyang.
Majlis persandingan berlangsung dengan sangat meriah. Semua sahabat ayah dan ibu hadir menyaksikan persandingan puteri bongsu mereka. Walaupun letih yang teramat sangat,tapi ku dapat lihat betapa gembiranya ibu dan ayah apabila aku dijodohkan dengan lelaki yang baik budi pekerti dari kalangan keluarga yang baik keturunannya. Gembira benar mereka kerana yakin kebahagiaan aku pasti terlakar nanti.
Malam itu, aku dan Adam Harris, solat Isya’ bersama-sama buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Kalau dulu kami selalu juga solat bersama, tapi hanya sebagai abang dan adik angkat.
Aku menjadi anak angkat umi dan abi, gelaran buat kedua orang tua abang Adam Harris semasa aku melanjutkan pelajaran di Johor Bahru 2 tahun lepas. Lantaran terlalu lama bersama dan terlalu sayang pada aku, umi dan abi mengambil keputusan menjadikan aku menantu kepada anak kedua mereka,putera tunggal keluaraga Tan Sri Luqman Hakeem.

********************

Aku perasan yang abang Adam leka memerhati aku menyisir rambut. Rambut ikal dan lebat melepasi bahu. Terasa janggal pula bila kali pertama tak betudung depan abang Adam. Belum pernah aku membiarkan lelaki yang bukan muhrimku melihat rambutku.
“Pertama kali lihat rambut Alia. Cantik sangat. Inilah untungnya suami yang memiliki isteri bertudung.” Bicara abang Adam sambil menutup malu kerana perasan perbuatannya ditangkap.
Aku juga hanya tersenyum. Menutup janggal.
“Abang Adam tidurlah atas katil tu, biar Alia tidur atas sofa.” Sambil mengeluarkan selimut dari dalam almari.
“Takpelah, Alia tidur atas katil, biar abang yang tidur atas sofa.”
Terkesima aku mendengar abang Adam membahasakan dirinya ‘abang’. Sebelum ini kami berbahasa menggunakan ‘abang Adam’. Sekali lagi kejanggalan menerjah diri.
“Tempat yang terbaik hanyalah untuk suami, sekarang abang Adam suami Alia, jadi abang Adam tidur atas katil, biar Alia tidur atas sofa.” Balasku. Belum selesa hendak memanggilnya ‘abang’.
“Tapi Alia..”
“Dahlah abang Adam,baik kita tidur. Nanti kalau ibu atau yang lain dengar, lain pula jadinya. Biar Alia padamkan lampu, abang Adam tidurlah ya. Assalamualaikum.”
“Waalaiakumusalam Alia..” balas abang Adam perlahan.

********************

Sebelum keluarga umi hendak masuk meminang, aku pernah berbincang dengan abang Adam Harris tentang apa yang direncanakan. Aku tak nak kami tersalah langkah, tak nak kami menyesal dikemudian hari.
“Alia setuju dengan apa yang umi rancangkan??” Tanya abang Adam Harris perlahan.
“Entah..” jawabku ringkas
Kami senyap tanpa bicara. Hilang kata-kata. Terasa lain benar petang ini.
“Keluarga umi dah terlalu baik pada Alia, begitu juga abang Adam sendiri. Alia tak nak lukakan hati siapa pun, itu sebab Alia ajak abang Adam bebincang. Alia tahu abang Adam dah ada pilihan hati, Kak Zulia kan??” Tanyaku sambil tersenyum.
“Zulia??” Tanya abang Adam kehairanan.
“Alia dah tahu masa kali pertama abang Adam bawa kak Zulia jumpa Alia. Walaupun abang Adam dan kak Zulia tak bagitahu Alia, Alia boleh baca dari raut wajah abang Adam dan kak Zulia” jelasku.
Sekali lagi kami senyap tanpa bicara.
“Alia juga tahu yang abang Adam bukan seorang anak yang suka membantah kata-kata umi dan abi, jadi kalau abang Adam tak setuju, biar Alia saja yang beritahu umi dan abi.Biar Alia beritahu yang Alia dah ada pilihan hati.”
“Tapi..” balas abang Adam dalam nada serba salah.
“Tak apa, Alia tak kisah. Apa yang penting kita tak tersalah membuat keputusan hidup.”
Balasku sambil tersenyum. Agar dapat menghilangkan rasa bersalah yang bersarang di hati abang Adam mungkin. Juga menenangkan hati sendiri. Penipu.
“Tapi umi pasti sangat-sangat kecewa dengan keputusan Alia. Abang Adam pula akan rasa bersalah seumur hidup. Abang Adam tak mahu jadi anak yang menyebabkan air mata umi mengalir, dan membiarkan Alia menanggung semuanyab seorang diri.” Balas abang Adam.
“Bukan abang Adam yang menyebabkan umi kecewa tapi Alia. Abang Adam tak perlu rasa bersalah. Alia tak kisah pun.” Balasku memujuk abang Adam.
“Dan kecewa umi pasti tak lama. Bila abang bawa kak Zulia jumpa umi nanti, pasti umi akan terima. Dan waktu tu,umi pasti dah tak ingat pada Alia lagi. Alia yakin kerana Kak Zulia baik peribadinya. Umi akan terima. Percayalah pada Alia.” Sambungku lagi.
“Tak Alia. Abang Adam tetap akan rasa bersalah dengan umi dan Alia. Abang Adam terima Alia sebagai pilihan umi.” Sambil memandang tepat ke arah ku.
“Apa?? Abang Adam jangan main-main” Balasku terperanjat. Pelik.
“Kita akan teruskan impian umi dan abi. Kita akan bernikah dan berkahwin seperti pasangan lain. Tapi hanya pada nama.” Henti abang Adam disitu.
“Maksud abang??” Aku semakin pelik dan hairan dengan bicara abang Adam.
“Kita berkahwin seperti biasa, dan abang akan lepaskan Alia selepas beberapa bulan kita kahwin. Kita cari alasan yang paling sesuai tanpa melukakan mana-mana pihak. Tidak umi, tidak abi,tidak abang Adam juga tidak Alia.”
“Apa?” hampir luruh jantungku mendengar bicara abang Adam.
“Alia tak perlu risau. Abang Adam tidak akan menyentuh Alia. Abang Adam akan lepaskan Alia sepertimana abang Adam mengambil Alia. Abang Adam janji.” Jelas abang Adam lagi. Penjelasan yang cukup menghancurkan hatiku.
“Selepas tu?” Tak sabar rasanya ingin mendengar butir perancangan abang Adam seterusnya.
“Selepas tu??” Tanya abang Adam semula. Lama juga abang Adam senyap sebelum dia meneruskan bicara seterusnya yang semamngnya tak pernah terlintas difikiranku.
“Selepas tu Alia boleh bersama dengan Izhar. Abang tahu yang Alia sukakan Izhar. Izhar pun sebenarnya sukakan Alia, dia ada bagitahu abang Adam yang dia nak jadikan Alia teman istimewa dia.Tapi dia belum berkesempatan untuk meluahkan kepada Alia.” Lancar bicara abang Adam.
Doktor Ikham Izhar. Sahabat baik abang Adam. Pernah merawat aku ketika kemalangan setahun lepas. Kami memang rapat, tak sangka pula keakraban kami disalah erti. Bukan sahaja oleh abang Adam tetapi juga Izhar.
“Izhar??” tanyaku.
“Ya, Izhar. Abang Adam akan terangkan segala rancangan kita pada dia. Hanya kita bertiga sahaja yang tahu.” Balas abang Adam.
“Jadi maksud abang Adam kita hanya berpura-pura sebagai suami isteri?” tanyaku mendapatkan kepastian.
“Ya..Tapi abang Adam tak paksa Alia untuk turut berlakon dalam drama yang mengarut ni. Abang Adam cuma menyatakan pendapat abang Adam sahaja. Abang Adam tak mahu ada hati yang terluka dengan keputusan kita nanti terutama umi dan abi. Kalau Alia rasa akan terbeban, kita lupakan sahaja.” Jawab abang Adam tenang tapi sayu.
“Alia setuju.Alia juga tak mahu kecewakan umi dan abi.” Entah kenapa begitu mudah aku bersetuju. Sedangkan aku tahu dalam hal ini akan ada hati yang terluka. Aku.

********************

Malam pertama bergelar isteri aku tidur betemankan air mata. Aku tak salahkan sesiapa. Aku yang setuju dengan keputusan ini. Tiada sesiapa yang memaksa.
Hampir 4 bulan melayari bahtera rumahtangga. Kami tinggal bersama umi dan abi. Tiada cacat cela dalam hubungan kami pada pandangan umum. Aku menjadi isteri yang paling solehah dan Adam Harris menjadi suami yang paling mithali. Kami sembahyang berjemaah, ke pejabat bersama, makan pakainya aku sediakan tanpa terbiar walau seinci pun. Dan dia memberiku nafkah zahir yang cukup sempurna. Walaupun aku memiliki pendapatan sendiri, tapi perbelanjaanku tetap ditanggung. Kami dikatakan pasangan yang paling sempurna. Ber ‘abang’ ‘sayang’ dalam bicara. Tapi itu semua hanya di luar kamar tidur. Kami kembali menjadi ‘Alia’ dan ‘abang Adam’ sekembali ke kamar tidur. Aku di sofa dan dia di katil. Plastik.
“Alia rasa dah sampai masa kita hentikan semua lakonan ini.” Bicaraku pada abang Adam selesai solat Terawih. Pertama kali aku bakal berpuasa Ramadhan sebagai seorang isteri.
“Maksud Alia?” Tanya abang Adam bagaikan tak mengerti.
“Alia tak mahu sambut Aidilfitri dengan semua ni. Kalau boleh biar kita akhiri semua ini sebelum Aidlfitri tiba “ Jawabku sambil mengawal perasaan yang bergelodak.
“Tapi macamana kita nak biarkan semua ini berlalu tanpa ada yang kecewa. Abang belum merancang. ” balas abang Adam.
Abang Adam benar. Kami terlalu sibuk ‘berlakon’ sehingga lupa memikirkan rancangan perpisahan terbaik tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Sibuk sehingga kadang-kadang aku rasakan aku bukan lagi ‘berlakon’. Sibuk.
“Umi dan abi dah mula bertanya bila mereka boleh mendapat cucu daripada kita. Alia dah tak tahu nak jawab apa lagi.Alia rasa bersalah dan berdosa sangat pada umi dan abi.” Tak dapat kubendung lagi air mata dari mengalir.
Abang Adam datang menghampiriku dan mengelap air mata ku.
“Abang janji kita akan selesaikan semua ini secepat mungkin. Maafkan abang.” Pinta abang Adam sambil mengucup tanganku. Terharu.
“Tak, abang tak salah. Alia yang setuju dengan semua ini. Tiada siapa yang harus minta maaf dalam hal ini.” Balasku tanda bersalah. Bersalah membuatkan suami tercinta momohon ampun padaku sedangkan semua ini kehendak kami berdua. Kehendak aku sendiri.

********************

“Alhamdulillah. Selesai sudah ibadat Ramadhan hari pertama. Ujian Ramadhan hari pertama adalah ujian terbesar sepanjang Ramadhan.” Bicara abi dalam perjalanan pulang dari solat Terawih.
“Adirra katanya akan pulang raya ni. Adilla pun akan beraya disini. Tahun lepas dah beraya di rumah Ikram.” Cerita umi gembira.
Adilla Harissa. Puteri sulung pasangan Tan Sri Luqman Hakeem dan Puan Sri Hanum. Sudah berkahwin dengan Ahmad Ikram dan memiliki 2 orang cahaya mata. Hanis dan Haris. Kini menetap di Kuala Lumpur.
Adirra Harrisa. Masih belajar di Seol, Korea. Jurusan seni bina tahun terakhir.
“Wah!! Meriahlah rumah umi tahun ni.” Abang Adam turut gembira.
Aku hanya mampu tersenyum. Tak mampu untuk melibatkan diri. Fikiranku jauh melayang memikirkan apa yang sepatutnya aku lakukan. “Ya Allah, bantulah hambaMu ini”.
Malam itu sebelum bangun menyediakan juadah untuk bersahur aku sempat menunaikan solat hajat. Memohon petunjuk dan jalan daripada Yang Maha Merencana.
“Ya Allah, ku pohon padaMu agar Kau beriku petunjukMu.Bantulah aku dalam menyelesaikan semua ini. Sesungguhnya Ya Allah, seandainya dia tercipta sebagai teman hidupku, Kau perpanjangkanlah jodoh kami..seandainya dia bukan untukku, Kau berilah kami jalan terbaik dalam menempuhi kehidupan ini. Sesungguhnya, hanya padaMu aku bermohon Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Amin Ya Rabbul A’lamin.”

********************

Aku menunggu abang Adam pulang dari solat terawih dengan penuh debaran. Malam ini aku tidak ikut sama kerana masalah wanita. Aku yakin abang Adam pasti setuju dengan rancangan aku nanti.
“Cepat balik terawih hari ni? ” Tanya aku sebaik sahaja abang Adam melangkah masuk ke dalam bilik.
“Cepat? Tak adalah. Macam biasa. Alia tak ikut itu yang Alia rasa cepat.” Seloroh abang Adam.
Sebaik sahaja abang Adam melabuhkan punggung di atas sofa, aku terus menghampirinya.
“Sebenarnya Alia dah ada rancangan.” Bicara ku tanpa membuang masa.
“Rancangan? Rancangan apa pula ni? ” Tanya abang Adam pelik.
“Macam ni, pagi tadi Alia dapat tawaran kenaikan pangkat. Dengan syarat Alia perlu mengambil kursus di Jepun.”
Pagi tadi aku ditawarkan kenaikan pangkat. Tetapi dengan syarat aku harus mengambil kursus di Jepun selama 6 bulan. Mungkin ini petunjuk daripada Yang Maha Bijaksana untuk aku menyelesaikan semua ini.
“Jepun!!” jerit abang Adam.
“Perlahanlah suara tu, nanti umi dengan abi di luar tu dengar.” Sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.
“Ya, Jepun. Alia ingat kita bagitahu umi dan abi yang Alia tak boleh beri abang zuriat. Alia izinkan abang kahwin satu lagi. Alia akan cadangkan kak Zulia sebagai menantu umi. Bila semuanya selesai Alia akan terus ke Jepun.Kalau boleh kita selesaikan semua ini dalam bulan Ramadhan ni juga. Sebab Alia diminta ke Jepun pada raya ke 7.” Cadangku pada abang Adam. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hatiku bila memikirkan semua ini. Tapi inilah yang harus aku bayar atas segala perbuatanku.
“Apa!!! Alia nak bagitahu umi yang Alia tak mampu mengandung?? Alia dah gila ke?? Abang tak setuju. Banyak lagi cara lain. Bukan ini caranya. Dan Alia akan pergi ke Jepun tinggalakan kami semua?? Itu lagi abang tak setuju!!!” Marah abang Adam. Belum pernah aku lihat abang Adam marah begitu sekali.
“Abang Adam dengar Alia. Hanya ini sahaja jalan yang kita ada. Hanya ini sahaja peluang yang kita ada. Alia tak sanggup nak teruskan lakonan ini lagi. Dan Alia tak mahu jadi penghalang cinta abang Adam. Kak Zulia terlalu baik orangnya, Alia tak mahu abang Adam kehilangan dia.Tolonglah setuju dengan Alia untuk kali ini sahaja. Alia tak pernah minta apa-apa dengan abang Adam, hanya ini yang pertama dan terakhir. Kita hentikan semua ini.” Rayuku pada abang Adam. Tak mampu lagi untukku tahan air mata dari mengalir.
Abang Adam bangun meninggalkan aku sendirian. Tiada keputusan yang dicapai. Tapi aku nekad. Walaupun tanpa abang Adam, aku tetap akan meneruskan semua rancangan ini.

********************

Sambil membantu umi mencantas pokok bonsai kesayangannya, aku memulakan bicara tetang apa yang sudah aku rancangkan.
“Umi, Alia nak mintak ampun dengan umi dari hujung rambut sampai hujung kaki.Maafkan segala salah dan dosa Alia selama Alia bersama keluarga umi.” Bicaraku tersekat.
“Kenapa tiba-tiba Alia minta maaf pulak ni??” tanya umi hairan dengan sikapku.
“Tiada apa yang perlu umi maafkan. Alia anak yang sangat baik. Tiada salah satu pun yang Alia pernah lakukan.Kenapa ni sayang??” tanya umi lagi sambil mengusap belakangku.
“Maafkan Alia umi, Sebenarnya,Alia tak mampu berikan abang Adam zuriat. Alia tak mampu berikan umi dan abi cucu. Maafkan Alia.” Bicaraku dalam ketar.Hanya Allah yang tahu betapa berdosanya aku terhadap insan yang ku panggil umi. Yang tiada bezanya dengan ibuku sendiri.
“Ampunkan Alia kerana menipu umi. Ampunkan aku Ya Allah.”
“Astargfirullahhalazim!!Apa yang Alia cakapkan ni?? Umi tak faham lah.” Tanya umi tak percaya.
“Alia tahu. Umi pasti tak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Alia tak mampu. Alia tak boleh. Maafkan Alia umi.” Jelasku dalam esak tangis. Bukan tangisan lakonan, tapi tangisan kerana menipu seorang insane bergelar ibu. “Berdosa aku Ya Allah.”
“Tak sayang. Tak. Sekarang ni banyak teknologi canggih. Kita usaha ya. Umi yakin anak yang baik macam Alia akan dikurniakan cahaya mata yang baik juga. Kita usaha ya sayang. Umi yakin, pasti akan ada cara. Kalau tak boleh cara moden kita cuba cara kampung ya.Allah itu Maha Kuasa sayang.” Pujuk umi. Aku tahu umi kecewa sangat-sangat. Terlalau kecewa. Tapi umi bijak mengawal perasaan dan dikuatkan dirinya demi aku. Itulah umi.
“Tak umi. Alia dengan abang Adam dah cuba macam-macam cara. Baik moden mahupun cara kampung. Pelbagai usaha dah kami ikhtiarkarkan.” Bohongku pada umi.
“Kami dah buat keputusan. Alia izinkan abang Adam kahwin lain.” Beritahuku pada umi.
“Apa!! Apa yang Alia mengarut ni?? ” Marah umi.
“Alia tak mengarut umi. Kami dah setuju. Alia juga dah ada calon yang paling sesuai menggantikan tempat Alia disisi abang Adam dan juga untuk keluarga ini.” Jelasku pada umi. “Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui.”
“Tak!! Umi tak setuju. Kalau betul Alia tak boleh beri zuriat pada Adam. Kita ambil anak angkat. Umi tak mahu orang lain sebagai menantu umi selain Alia. Umi tak setuju!!” Tegas umi.
“Umi, Alia nak abang Adam ada zuriat dia sendiri. Anak dia sendiri. Keturunan dia sendiri. Darah daging dia sendiri.” Jelasku dalam tangis yang tak dapat dibendung lagi.
“Umi jangan bimbang. Alia janji, isteri abang adam nanti lebih baik daripada Alia. Dia akan jadi isteri yang paling solehah,menantu yang paling hebat dan juga ibu yang paling sempurna kepada anak-anak abang Adam. Percayalah pada Alia umi. Alia pohon pada umi. Percaya Alia untuk sekali ini sahaja umi.” Rayuku. Aku yakin umi akan setuju. Aku kenal umi.
“Alia, jangan buat umi macam ini sayang. Alia tahu kan umi sayang Alia lebih daripada umi sayang Adam. Kenapa mesti macam ini sayang??” Tangis umi, kali ini umi tidak lagi dapat mengawal perasaanya. Tapi aku yakin ini adalah yang terbaik. Terbaik buat insan yang aku cintai.

********************

“Berbuka puasa tadi umi lain macam sahaja. Solat Terawih pun umi tak ikut. Alia tahu tak kenapa?” tanya abang Adam sebaik sahaja masuk ke dalam bilik pulang solat Terawih.
“Alia dah bagitahu umi.” Jawabku pendek.
“Bagitahu umi?? Maksud Alia??” Tanya abang Adam dengan nada terperanjat. Kami belum capai kata sepakat, tapi aku dah memulakan rancangan. Siapapun di tempat abang Adam akan terperanjat.
“Alia dah bagitahu umi yang Alia tak boleh mengandung. Alia juga dah ceritakan pada umi tentang kak Zulia sebagai pengganti Alia. Dalam masa terdekat ni boleh lah kita pergi meminang kak Zulia. Kalau boleh raya pertama abang dengan kak Zulia dah boleh disatukan.” Bicaraku lancar tanpa memandang abang Adam. Takut aku kehilangan kekuatan.
“Apa yang Alia mengarut ni??!! Kita belum pun setuju dengan rancangan tu.” Marah abang Adam.
“Nampaknya Alia tak sabar nak tinggalkan abang ya. Bersungguh-sungguh benar Alia ingin dilepaskan.Baiklah, kalau itu keputusan Alia. Hujung minggu ni kita pergi pinang Zulia. Alia suka kan?? Puas hati Alia sekarang??”
Belum sempat aku jelaskan abang Adam terus keluar. Dihempasnya pintu bilik. Belum pernah aku lihat abang Adam seberang itu. Aku meraung sekuatnya dibibir katil.
“Bukan ini yang aku mahu Ya Allah. Kalau boleh aku tak mahu dilepaskan walau sesaat pun. Kalau aku berdaya aku akan merayu supaya dakaplah aku seeratnya. Paut bahuku serapat mungkin. Jangan biarakan aku walau senafas sekalipun. Tapi aku terlalu lemah untuk itu. Terlalu lemah. Aku tak berdaya.”

********************

Deringan jam loceng benar-benar membuat duniaku berpusing. Kepalaku terlalu sakit bagai dihempas batu yang sangat berat. Tapi aku harus kuatkan diri. Keperluan suami tercinta harus aku siapkan. Abang Adam hanya akan bersahur jika aku yang masak. Bukan umi mahupun Mak Jah,tukang masak keluarga Tan Sri Luqman Hakeem sejak belasan tahun yang lalu.
Aku berjalan ke bilik mandi sambil berpaut pada dinding, berat sungguh rasa kepalaku. Keluar dari bilik mandi aku mencari abang Adam, tapi tiada. Kemana pula hilangnya?? Peristiwa malam tadi menerjah kotak fikiranku. Aku terus tertidur di birai katil kerana teruk menangis. Dan abang Adam keluar ke mana??
Segera ku ke bilik bacaan. Biasanya kalau ada masalah, abang Adam akan ke bilik bacaan. Dia sukakan buku.
Telahan ku benar. Dia tidur di sofa panjang di dalam bilik bacaan.“Maafkan Alia.” Manik jernih mula menitis kebumi. Ku tinggalkan abang Adam terus lena sementara aku turun hendak menyiapkan juadah bersahur.

********************

“Alia dah sedar.” Suara umi bagaikan bergema.
“Alia dah sedar sayang.. Syukur Alhamdulillah.” Bicara umi sambil mengucup dahiku.
Kepalaku ligat memikirkan apa yang terjadi. Kenapa semua orang ada di sini?? Ibu dan ayah dari Perlis pun ada. Kenapa aku boleh berada di atas katil hospital?? Kenapa kepalaku berbalut?? Apa yang sebenarnya semua ini?? Adakah aku sekadar bermimpi?? Dan mana abang Adam??
“Alia sayang, Alia jatuh pengsan masa turun tangga sahur kelmarin. Kepala Alia berbalut pula sebab Alia terhantuk pada anak tangga. Dua hari Alia tak sedarkan diri. Itu sebab kami telefon ibu dan ayah Alia.” Jelas abi bagaikan mengerti persoalan yang bermain di mindaku.
Tapi mana abang Adam?? Marah benar dia padaku sampaikan tak sudi melihatku disini.
Melihatkan aku yang senyap dan muram, ibu bagaikan mengerti bahawa aku perlu bersendirian.
“Doktor beritahu tekanan darah Alia terlalu rendah dan Alia terlalu letih. Itu sebab Alia pengsan. Alia perlu banyak berehat. Kami semua keluar dulu, esok pagi kami datang lagi. Alia rehat ya.” Pesan ibu sambil mengucup dahiku.
“Terima kasih ibu.” Bisikku perlahan.
Umi tidak mahu meninggalkan aku seorang. Tapi setelah dipujuk ibu, akhirnya umi mengerti. Sebelum keluar, ayah,ibu,umi dan abi mengucup dahiku dan berdoa supaya aku lekas sembuh. Mengalir air mataku tak tahan sebak di dada. Ternyata aku dikelilingi mereka yang penuh dengan kasih sayang.
Malam terasa sungguh kosong. Aku gagahkan diri bangun dari katil mencari kerusi tolak. Aku perlu keluar, aku tak mahu terbiar keseorangan dalam bilik ini. Aku mahu mencari ketenangan di kedinginan malam.
Aku duduk di suatu sudut sambil merenung malam. Aku tak berani memandang bulan kerana aku akan menangis jika terpandangkan bulan. Terasa betapa sunyi dan sedihnya sang bulan.
Dingin malam mencengkam sampai ke tulang. Tiba-tiba ada kain yang diletakkan dibahuku.
“Maafkan abang sayang.” Lafaz abang Adam sambil menggenggam erat jemariku.
Tiada apa yang mampu aku luahkan. Hanya air mata yang mengalir mamberitahu segalanya.
Malam itu aku diam tanpa sepatah kata pun. Begitu juga abang Adam. Kami sama-sama merenung malam. Memikirkan apa yang telah terjadi dan akan terjadi.

********************

“Sayang dah bangun?? Cepatnya. Nak makan apa-apa tak?? Doktor pesan sayang tak boleh berpuasa hari ini.” Jelas abang Adam sebaik sahaja menjengah masuk.
“Malam tadi abang tolak sayang masuk bilik. Tak mahu kejutkan sayang, abang pun angkatlah sayang naik atas katil. Berat juga isteri abang ni ya.” Seloroh abang Adam.
Tapi sedikit pun tidak berjaya membuat aku tersenyum. Aku masih tak mengerti. Kenapa abang Adam tiba-tiba berubah. Kenapa mesti ber’abang’ ‘sayang’ sedangkan tiada siapa pun disini.
“Laa, kenapa senyap je ni??marah sebab abang tinggalakan sayang seorang?? Sorry lah, abang pergi solat subuh kat surau sebelah.” Jelas abang Adam sambil tersenyum.
Dia bangun dan menuangkan air, lalu disuap ke mulutku. Kemudian dia membetul-betulkan bantal dan selimutku. Bimbang kalau aku tidak selesa. Tak cukup itu, dia duduk dibirai katil sambil mengulus lembut jemariku.
“Abang sayangkan Alia. Lebih daripada segalanya. Lebih daripada nyawa abang sendiri. Mencintai Alia adalah anugerah terhebat daripada Yang Maha Mencintai kepada abang. Memiliki Alia walau tidak sepenuhnya adalah hadiah terbesar sepanjang hidup abang.”
“Dan sekiranya abang terpaksa kehilangan Alia, abang lebih rela kehilangan nyawa abang. Abang terlalu cintakan Alia. Terlalu. Terimalah cinta abang sayang.”
“Tapi…” Pintasku. Tapi belum sempat aku menghabiskan ayatku, abang Adam cepat meletakkan jari telunjuknya dibibirku.
“Sebenarnya abang terlalu cintaka Alia. Sejak pertama kali abang lihat Alia di rumah umi 2 tahun lepas, hati abang dah terpaut pada Alia. Abang sentiasa berdoa agar Alia menjadi suri dalam hidup abang. Menjadi menantu kepada umi. Dan ibu kepada anak-anak abang. Allah Maha penyayang, Dia hadiahkan Alia untuk abang, tapi bukan sepenuhnya.” Bicara abang Adam sayu. Dan air mataku mula mengalir.
“Kenapa abang tak berterus-terang dengan Alia??” balasku dalam sendu.
“Bila Alia cakap tentang Zulia, abang rasakan Alia tak mahu bersama abang. Abang tak pernah cakap yang abang ada perasaan pada Zulia. Tambahan pula Izhar pernah bercerita pada abang tentang perasaannya pada Alia. Dan Alia juga ada cakap yang Alia akan beritahu umi bahawa Alia tidak setuju dengan perkahwinan kita. Itu sebab abang buat keputusan gila dengan setuju berkahwin dengan Alia. Bagi abang, biarpun abang tidak memiliki Alia sepenuhnya, tapi abang tetap berhak ke atas Alia. Dan abang yakin suatu hari abang akan berjaya memiliki cinta Alia. ”
“Tapi kenapa baru sekarang abang beritahu semua ni??kenapa tak dari dulu??”
“Abang tak mahu tergesa-gesa. Abang perlu benar-benar sedia. Dan yang sebenarnya abang takut. Takut kalau abang terpaksa kehilangan Alia.”
“Kalau betul abang cintakan Alia, kenapa abang tak ada masa Alia dihantar ke hospital?? Abang tahu tak, masa tu Alia lebih rela jika Alia mati. Alia benci pada doktor yang menyelamatkan Alia.” Tangisku semakin menjadi-jadi.
“Jangan cakap macam tu sayang.” Pujuknya sambil mengesat air mataku..
“Alia buat abang benar-benar kecewa bila Alia tiba-tiba beritahu umi tentang rancangan yang abang langsung tak setuju. Abang ingat nak luahkan segalanya pada Alia malam tu,tapi ternyata Alia lebih dulu minta dilepaskan. Ternyata cinta abang tak berjaya menambat hati Alia. Abang kecewa sangat-sangat. Sebab tu abang halang diri abang dari melawat Alia. Tapi ternyata cinta abang lebih kuat dari marah abang pada Alia. Abang tak berjaya halang diri abang dari bertemu Alia. Abang tak sanggup berpisah dengan Alia.” Jelas abang Adam tentang apa yang berlaku.
Tiada kata yang mampu aku luahkan. Kami saling berpelukan. Seerat mungkin. Bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan kami saat itu.
“Maafkan abang sayang. Maafkan abang atas segala penderitaan Alia selama ini. Maafkan abang kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Maafkan abang kerana leka dengan perasaan Alia. Maafkan abang sayang.” Rayu abang Adam sambil mencium-cium jemariku. Terasa bahangnya airmata abang Adam yang mengalir di jemariku.
Aku yakin cinta Adam Harris tulus dan ikhlas buat diriku Alia Areena. Dan aku yakin inilah petunjuk daripada Yang Maha Merencana. Aku bersyukur yang teramat sangat.
Terlalu bersyukur.

********************

“Selamat hari raya Aidilfitri sayang.” Bisik abang Adam ke telingaku.
“Selamat hari raya Aidilfitri??” Tanyaku pelik.
“Ya, selamat hari raya Aidilfitri” ulang abang Adam lagi.
Terasa liat sungguh mataku untuk dibuka. Baru aku teringat, malam tadi aku tidur lewat sangat. Bantu umi, kak Adilla, Adirra dan Mak Jah membuat persiapan akhir menjelang raya. Siapkan pakaian raya lagi. Hampir pukul 4 pagi baru aku berjaya meletakkan badan disisi suami tercinta.
“Dah pukul berapa ni?” Tanyaku sambil menggosok-gosok mata.
“Dah subuh. Bangunlah mandi. Busuklah.” Seloroh abang Adam.
Selepas solat subuh aku terus ke dapur membantu mana yang patut. Umi memang akan menyiapkan semuanya sebelum pergi solat Aidilfitri. Balik sembahyang boleh terus makan. Tak perlu nak kelam kabut. Hehehe..
Pulang dari sembahyang, kami semua menuju ke kubur datuk dan nenek abang Adam. Pertama kali buatku. Selesai membaca surah Yassin, al-Fatihah dan sedikit doa, kami terus pulang kerumah.

********************

“Abang, ampunkan dosa dan salah silap Alia selama bergelar isteri abang. Halalkan segala makan pakai Alia. Ampunkan Alia ye bang.” Menitis air mataku tatkala mencium tangan suami tercinta. Terharu diberi peluang oleh Yang Maha Mengasihi memiliki insan yang sangat aku cintai.
“Alia tak pernah bersalah pada abang. Abang halalkan segalanya. Dan abang harap, Alia pun sudi maafkan segala kesalahan abang pada Alia.” Sambil mengucup lembut dahiku. Terasa hangatnya kucupan seorang suami.
Selesai semua bermaaf-maafan, kami menjamu selera dengan semua juadah yang tersedia. Meriah sungguh Aidilfitri kali ini. Pertama kali menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri. Isteri kepada seorang suami yang sangat aku cintai.
********************
“Assalamualaikum.” Suara orang memberi salam sambil menekan loceng pintu.
“Waalaikumusalam.” Jawab abi dari dalam rumah.
Keluarga Ikham Izhar memang tetamu wajib keluarga abi dan umi. Datuk Arsyad dan Datin Siti Nuraidah, ibu bapa Izhar merupakan sahabat umi dan abi semasa belajar puluhan tahun dahulu.
Melihatkan Izhar aku rasakan seribu kesalahan telah aku lakukan padanya.Risau apa yang akan dikata nanti bila aku dan abang Adam masih suami isteri. Risau di wajahku dapat di baca oleh suami tercinta.
“Sayang tak perlu risau. Izhar tak tahu apa-apa pun. Abang tak pernah beritahu dia apa pun yang terjadi antara kita.” Bisik abang Adam ke telingaku.
“Maksud abang??!!” tanyaku terperanjat.
“Ya, bila abang cakap yang hanya kita bertiga sahaja tahu, sebenarnya tak, hanya abang dan Alia sahaja yang tahu. Mustahil abang akan lepaskan Alia kepada orang lain.hehehe” Jelas abang Adam sambil ketawa sinis.
“Owh..main-mainkan Alia ye.” Balasku sambil mencubit pinggang abang Adam.
“Aduhh!!” jerit abang Adam. Semua yang ada di ruang tamu memandang tepat kearah kami. Senyap.
“Kenapa Adam??” tanya umi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja abang Adam menjerit.
“Tak ada apa umi. Semut gatal gigit pinggang Adam.” Jelas abang Adam sambil tersenyum simpul.
Semua yang ada tergelak di buat dek abang Adam. Riuh rendah rumah besar ini di buatnya.

********************

Ya Allah, bahagianya hidup ini. Aku bersyukur teramat sangat hanya padamu Ya Allah..
Terima kasih atas bahagia yang Engkau anugerahkan Ya Allah. Sesungguhnya setiap recanaMu adalah yang terhebat dari mana-mana rencana di dunia ini.
Mungkin kehidupan tak seindah kisah cinta kami. Tapi kehidupan juga tak sedasyat yang kita bayangi. Kerana itulah ia di gelar kehidupan.

Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Siti Rahmah.