MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Wednesday, 29 April 2009

~ASAL USUL SOLAT~







SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat

.Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.


ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat. Allah Maha Besar
(Takbiratulihram)
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu .

"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami.. kedua ibubapa kami..dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

~Luahan Hati Seorang Suami~



Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun.


Life starts at 40. ' Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan ' , kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?! ' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.


Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+.

Let ' s say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun.

Memang lah seronok beb. Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.


Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.


Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu.

Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...


Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada.

Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda.

Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda.


Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota .


Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi ' barang ' dia lak malam-malam. Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman ' miskin ' dulu tu.


Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak. Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...


Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan.

Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.

Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.


Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.


Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.


Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat.


Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu.


Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.


Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana.


Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....


Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.


Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.


Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan.

Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal.


Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.


Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.

Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke?

Bab kawin kawin aje nih cam nabi.

Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah.

Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial. Wallahualam.


~PaNtUn best & LeLaKi vs pOmPuAn (1)~







Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,

Kalau tak ikut gunalah rotan,

Demi melaksanakan perintah Tuhan.




Aurat ditutup mestilah lengkap,

Tudung litup termasuk skap,

Mini telekong pun orang cakap,

Elok dipandang tak payahpun 'make up'.




Sekurang-kurangnya berbaju kurung,

Lebih elok jubah mengurung,

Kaki pula mesti bersarung,

Ditumit kaki syaitan bertarung.




Kalau wanita menutup aurat,

Orang jahat tak berani ngorat,

Bahkan boleh menjadi ubat,

Orang memandang boleh bertaubat.




Pakaian modern(?) memanglah hebat,

Harganya mahal walaupun ketat,

Walaupun cantik tetapi singkat,

Orang memakaipun nampak pusat.




Berseluar ketat bajupun ketat,

Jarangnya pulak boleh dilihat,

Orang yang memakai terus dilaknat,

Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.




Apa yang aneh ! bila dipandang,

Lengan pendek tapi bertudung,

Nampak seperti orang yang kudung,

Mata terpandang kaki tersandung




Lagilah aneh bila di fikir,

Baju kebaya tudung berukir,

Nampak dada iman terjungkir,

Kain terbelah peha terukir.




Bila ditanya kenapa begitu,

Dia kata fesyennya dah macam tu,

Di dalam hati niat tertentu,

Menggoda jantan sudahlah tentu.




Menutup aurat boleh berfesyen,

Tetapi jangan menunjuk eksyen,

Sesuaikan diri ikut profesyen,

Kalau dilaknat tak guna sesen.




Kalau nak "Make Up" biarlah padan,

Jangan terlebih bila berdandan,

Minyak wangi cuba elakkan,

Bedak dan gincu sekadar keperluan.




Kasut tinggi cuba jauhi,

Kerana ia melahirkan bunyi,

Boleh menarik perhatian lelaki,

Perbuatan ini dibenci Ilahi.





Apatah lagi menghentakkan kaki,

Menarik perhatian orang laki-laki,

Melenggok punggung menggoda hati,

Ustaz melihat pun separuh mati.




Buat apa nak tayang jambul,

Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,

Mahkota disimpan tak jadi bisol,

Memakai tudung Islam tersimbol.




Selokaku ini bukanlah jahat,

Cuma saja mahu peringat,

Kepada semua para sahabat,

Terutama sekali rakan sejawat.




Kalau nak ikut nasihat ini,

Jangan bertangguh ubahlah diri,

Benda yang baik tak payah diuji,

Akan terserlah akhlak terpuji


Kepada semua kawan lelaki,

Jangan tergelak wanita diperli,

Keluarga kita tak terkecuali,

Terutama sekali anak dan bini.




Sudahkah kita tanamkan iman,

Menutup aurat sepanjang badan,

Ke sana sini dilindungi Tuhan,

Keluarga menjadi contoh teladan.




Setakat ini seloka kami,

Harap dapat menghibur hati,

Yang baik bolehlah anda ikuti,

Kalau boleh besok mulai.




Lelaki vs Pompuan (sekadar lawak jenaka sahaja tiada niat utk membuat provokasi)


Bila gambar keluarga terletak di atas mejalelaki,Ah..

bagusnya laki nih, orang yangbertanggungjawab.




Bila gambar keluarga terletak di atas mejawanita,

Emm.. perempuan nih mesti jenis yang pentingkan keluarga sebelum kerjayanya.




Bila meja lelaki bersepah-sepah,

Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk.




Bila meja wanita bersepah-sepah,

Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.




Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,

Mesti dia tu tengah berbincang mengenaiperjanjiandengan syarikat ABC.




Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya,

Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.




Bila lelaki tidak berada di mejanya,

Mesti dia tu tengah pergi meeting,




Bila wanita tidak bera! da di mejanya,

Mesti dia berada kat dalam tandas tengahbersolek,




Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya,

Mesti dia pergi berjumpa dengan customer danclientnya.




Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya,

Mesti dia pergi keluar bershopping.




Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS,

Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti.




Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS,

Nampaknya dia mempunyai hu bunga n sulit denganBOSS.




Bila BOSS mengkritik lelaki,

Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya.




Bila BOSS mengkritik wanita,

Selepas ini mesti dia merajuk.




Bila BOSS bersikap tidak adil kepada lelaki,

Adakah dia marah?




Bila BOSS bersikap tidak adil kepada wanita,

Adakah dia menangis?




Bila lelaki akan berkahwin,

Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini.




Bila wanita akan berkahwin,

Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.




Bila lelaki mempunyai anak,

Nampaknya dia memerlukan bonus atau kenaikan pangkat.




Bila wanita mempunyai anak,

Nampaknya dia akan membebankan wang company dengan faedah cuti bersalinnya.




Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan,

Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untukmembina kerjayanya.




Bila wainta keluar untuk urusan perniagaan,

Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?




Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru,

Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya.




Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru,

Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian




=====Tingkatkan taqwa..Cekalkan semangat..Tabahkan hati...Jalan yang engkau lalui ini..bukanlah setenang air di kali.....

~Aku, Sebungkus Biskut Dan Pengemis itu.~





Bau menyengat menyeruak manakala seorang perempuan naik ke dalam bas. Mereka mungkin ibu dan anak. Anak kecil itu mungkin berusia 2 tahun menurut pengamatanku. Aku menahan nafas. Busuk dan hancing. Beberapa penumpang lain turut terganggu dengan aroma yang datang. Mereka duduk benar-benar di sebelahku. Ingin saja aku mengeluarkan sapu tangan dan membekap hidungku. Tapi aku khuatir tindakanku akan menyakiti mereka. Bukankah semua manusia itu sama saja? Seolah-olah mereka juga sedar jika kehadiran mereka kurang menyenangkan para penumpang bas yang lain. Gerak geri mereka mencerminkan rasa kekok. Setelah berhasil menguasai diri, barulah mereka bersuara dan saling bercakap sesama sendiri. Si ibu berbicara tentang rancangannya untuk mencuba nasib di tempat kerja yang baru. Di sebuah pekan yang sentiasa sibuk. Tidak jauh dari tempat kerjaku. Mungkin untuk menjalankan kerja mereka sebagai – aku memerhatikan penampilan mereka, -pengemis.

Anak kecil itu memandang ke arahku. Bening. Sepasang mata yang bening itu mencerminkan kesucian dirinya. Begitu murni dan tak berdosa. Dia seharusnya berada di tempat yang lebih baik. Tidak sepatutnya dengan usia sekecil ini dia berada dalam gendongan ibunya dan belajar meminta belas daripada orang ramai. Hatiku tersentuh. Tanganku bergerak menyeluk saku beg galasku. Aku mengeluarkan sebungkus biskut. Aku menimbang-nimbang sesaat dalam hatiku. Sebenarnya, hanya biskut inilah sarapan untukku di pagi ini. Aku putuskan untuk menghulurkannya kepada anak kecil itu. Ibu kepada anak kecil itu terperangah. Mungkin tidak sangka dengan tindakanku. Lambat-lambat dia mendorong tangan kecil itu untuk menerima sebungkus biskut yang kuhulurkan.

"Ucap terima kasih, nak," begitu halus tutur yang dilanturkan oleh si ibu sambil tunduk memandang anak kecil dipangkuannya.


Bibir comel itu merekah dan tersenyum. Walaupun dengan wajah yang agak kotor, dia kelihatan begitu manis sekali. Anak kecil itu menggenggam biskut pemberianku erat-erat. Sejurus kemudian, si ibu membuka bungkusan biskut dan memberikan kepada anak kecil itu. Dia makan dengan lahapnya. Jelas, anak kecil itu sangat lapar. Para penumpang bas yang lain melihatku dengan sedikit mencebik. Mungkin mereka marah kerana aku menyenangkan orang yang telah membuat mereka berasa tidak selesa. Sebenarnya, aku boleh saja tidak menghiraukan perempuan dan anak kecil itu. Mungkin saja anak kecil itu diculik dan dijadikan umpan untuk melancarkan pekerjaan pengemis tersebut. Dan aku adalah mangsa pertama mereka pagi ini. Terlalu banyak kemungkinan. Tetapi... lebih dari itu aku tidak mahu memikirkannya. Anak kecil itu bagaikan magnet buatku. Menarik perhatianku. Menarik rasa hiba di hatiku.Di perhentian bas yang berikutnya, aku turun dan kami berpisah. Masih sempat kulihat mereka menatapku melalui tingkap bas. Perempuan pengemis itu memegang tangan anaknya dan melambaikannya ke arahku. Aku membalas, melambai kecil. Mengapa anak kecil itu harus tumbuh dikalangan manusia yang sukar untuk memberikannya masa depan? Adakah dia juga akan menjadi pengemis seperti perempuan itu. Aku masih lagi memikirkan perihal perempuan pengemis dan anak kecil itu dalam perjalananku ke Restoran Makanan Laut. Tempatku bekerja. Sesampainya di sana, aku cuba membuang fikiranku tentang mereka. Masih banyak yang harus kufikirkan. Tentang perbelanjaan sekolah adik-adikku di kampung. Tentang sewa rumahku, bil air dan elektrik. Ya, tentang hutangku yang masih belum terlunaskan. Kepalaku sudah terasa mahu pecah. Jam 5:00 petang, waktu kerjaku tamat. Aku menarik nafas lega. Hari ini sangat melelahkan kerana pengunjung begitu ramai. Mendung sudah bergayut berat di dada langit. Dalam bila-bila masa saja hujan akan turun. Aku berlari-lari anak membelah lalu lintas yang padat. Dalam situasi begini, semua orang ingin bergerak cepat tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Apalagi sekadar pejalan kaki sepertiku. Sampai saja di perhentian bas, hujan turun mencurah-curah. Bukan itu sahaja, angin yang tadinya bertiup kencang kini semakin menggila. Aku mendakap beg galasku erat-erat. Tubuhku sudah habis basah kerana air hujan yang berhamburan.Pohon-pohon bergocang dan kabel-kabel elektrik mengombak kencang. Tuhan seperti anak kecil yang sedang bersenang-senang dengan alat permainannya.Tiba-tiba aku melihat ada yang datang menembus angin dan hujan. Semakin hampir, barulah aku mengecam mereka sebagai perempuan pengemis dan anak kecil bermata bening itu.Akhirnya mereka sampai juga di perhentian bas yang sama. Mereka duduk di hujung bangku panjang ini. Sesaat kemudian si ibu kelihatan bingung mencari sebelah selipar anak kecil itu. Selipar yang bagi mereka mungkin sangat berharga. Selipar pelindung kaki anak kecil itu mungkin terjatuh saat mereka berlari ke sini tadi. Si ibu menurunkan anak kecil itu dan memujuknya untuk duduk diam di perhentian bas tersebut."Tunggu sebentar, nak. Jangan pergi ke mana-mana, ya."Setelah yakin anak kecil itu bebas dari rasa takut, si ibu berlari ke arah yang mereka lewati tadi. Kembali membelah hujan dan angin. Mencari selipar anak kecil itu. Kilat menyambar langit. Anak kecil itu menangis ketakutan. Jangankan anak kecil, orang dewasa juga akan merasa gerun dalam cuaca seperti ini. Saat itu, sebuah bas berhenti di tempatku berdiri. Semula lagi aku menimbang dalam hatiku sama ada mahu menaiki bas tersebut atau tidak. Dan sekali lagi hatiku memihak kepada anak kecil bermata bening itu. Aku melangkah perlahan ke arah anak kecil yang sedang menangis ketakutan itu. Beberapa langkah, ...."Kraaak...! Bummm!!!"Terdengar suara dentuman yang kuat dari arah belakangku. Refleks aku terpekik dan melompat. Sempat kurasakan hentakan di belakangku. Aku membalikkan badan dan pemandangan yang terdampar membuatku terperangah. Sebuah pohon besar yang ada di perhentian bas tersebut tumbang dan melesakkan sebahagian atap perhentian bas tersebut. Bas yang menghampiriku tadi baru beberapa meter jauhnya dari pohon yang tumbang itu. Lutuku gementar.Aku meraih anak kecil itu dalam pelukanku. Tuhan masih menyayangiku. Masih belum mahu mengambil nyawaku. Dia menghantarkan seorang anak kecil bermata bening ini sebagai malaikat penyelamatku. Bayangkan saja kalau anak kecil itu tidak datang di perhentian bas tersebut. Bayangkan saja kalau tiada anak kecil itu tidak ditinggalkan diperhentian bas itu sendiri, pasti aku tidak akan berjalan ke arah anak kecil itu. Pasti aku sudah mati dihempap pokok yang tumbang itu. Tuhan telah memberikan pertolongan kepadaku melalui perempuan pengemis dan anak kecil ini. Anak kecil bermata bening yang pagi tadi kuberikan sebungkus biskut untuk meredakan rasa laparnya.

~Suami mati,Isteri GILA..good story utk pengajaran.~..


"Pagi itu, seperti biasa Maizatul, 34 melangkah masuk ke pejabat dengan penuh gaya. Walaupun hanya memegang jawatan kecil di sebuah syarikat rawatan kecantikan, tetapi lagaknya saling tidak tumpah seperti pengarah syarikat. Sikapnya itu, bukan sekali dua menimbulkan perasaan jengkel di hati teman-teman setugasnya. Pun begitu, Maizatul tidak pernah mengendahkan apa juga umpat keji teman-teman sepejabatnya itu. Apa yang penting, hatinya bagaikan merak kembang petang setiap kali Radzi, 42 Pengarah Urusan syarikat itu memujinya.
Sebenarnya, dia sudah lama memendam perasaan terhadap majikannya itu. Tetapi disebabkan isteri majikannya itu turut menjadi "orang kanan" di syarikat itu, niatnya itu dipendam begitu saja. Namun apabila ada peluang dia pasti akan berusaha menggoda. Maizatul bagaikan lupa, bahawa dirinya sudah pun bergelar isteri orang yang punyai tiga anak. Impian untuk menawan hati majikannya yang kacak itu tidak pernah padam sebaliknya semakin membara dari hari ke hari.
Demi mencuri hati lelaki impiannya itu, Maizatul sanggup berhabis sakan. Pakaiannya yang tersalut ditubuhnya, dipastikan "up to date", mengghairahkan dan mendapat perhatian Radzi. Kalau umpan sudah tersedia, masakan pancing tersadai lesu. Melihatkan lagak Maizatul itu, iman Radzi entah ke mana. Tanpa pengetahuan isterinya, dia sering menghubungi telefon bimbit Maizatul. Respon daripada Radzi itu, benar-benar membuatkan Maizatul bagaikan berasa di atas awan. Tambahpula bila mendengar pujuk rayu yang penuh kata-kata romantis danmemberahikan daripada lelaki idamannya itu.
Tiga bulan lamanya, mereka berdua menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan sesiapun. Mereka berdua bijak sekali menyembunyikan hubungan sulit itu daripada pengetahuan orang lain, terutama isteri Radzi dan pekerja di syarikat kecantikkan itu.
Sepanjang perhubungan mereka itu, bukan sekali dua Radzi mencuit tubuh gebu Maizatul. Cuma Maizatul saja yang buat-buat jual mahal. Rancangannya, dia mahu Radzi rasa tercabar dan berusaha untuk menakluki dirinya. Dan petang Sabtu itu, akhirnya Maizatul jatuh juga dalam dakapan Radzi. Petang itu Maizatul sengaja pulang lewat. Kebetulan, dia perlu menyediakan beberapa fail untuk dibawa ke meja mesyuarat.
Walaupun kerja itu bukan di bawah tanggungjawabnya, namun Maizatul rela hati untuk melakukannya. Tanpa pengetahuan sesiapun, rupa-rupanya dia dan Radzi sudah merancang untuk bertemu selepas waktu pejabat di syarikat itu. Tambah memudahkan rancangan, isteri Radzi pula tidak ada kerana mengikuti kursus rawatan kecantikkan di Pulau Pinang selama lima hari. Maka, melonjak riang kedua-dua pasangan "kekasih" itu.
Petang itu, kedua-duanya melunaskan "hajat" mereka tanpa rasa bersalah dan berdosa. Sebaliknya, mereka berdua tersenyum kepuasan. Dan sejak peristiwa petang itu, mereka semakin kerap "bersama". Maizatul benar-benar seorang "pelakon" yang hebat. Di rumah, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. "Keperluan" suaminya tidak pernah diabaikan, kerana dia tidak mahu suaminya mensyaki apa-apa.
Walaupun suaminya sering kurang senang dengan cara dia berpakaianapabila ke pejabat, namun dia pandai memberi alasan. Namun Maizatul lupa akan sesuatu yang pasti. Ya! Sepandai-pandai tupai melompat, suatu hari akan jatuh ke tanah juga. Suatu hari, seorang pekerja di syarikat itu terserempak dengan mereka berdua di sebuah restoran makanan segera. Maizatul dan Radzi terkejut tapi, mereka cuba berlagak biasa. Maizatul sudah dapat mengagak pasti akan kecoh di pejabat kelak.
Namun, dia bagaikan tidak percaya bila tiada seorang pun yang membuka cerita tentang hal itu. Dalam diam, dia menjeling ke arah Ros yang terserempak dengannya itu. Namun air muka sahabatnya itu seperti biasa. Tiada sebarang tanda kecurigaan di wajah itu.
Ditakdirkan, beberapa bulan kemudian Maizatul disahkan mengandung.Orang yang paling gembira, tentulah suaminya sendiri. Sebaliknya Maizatul jadi bingung, anak siapakah yang dikandungnya itu, anak suaminya atau anak Radzi?
Apa yang membuatkan dia sedih tidak keruan, Radzi seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya sejak berita kehamilannya diberitahu. Adasaja alasan setiap kali dia ingin menemui Radzi. Malah Radzi sudah mula memarahinya dan tidak melayannya semesra dulu.
Bulan berganti bulan, perut Maizatul semakin sarat. Begitu jugalah kebimbangan yang bergolak di jiwanya saat itu dan hanya Tuhan saja yang tahu betapa derita perasaannya ketika itu. Tambah memilukan, dia dilayan bagaikan minyak yang penuh oleh suaminya. Dia tidak langsung dibenarkan membuat kerja-kerja berat. Suaminya itu bimbang kandungannya akan keguguran, maklumlah sudah lima tahun dia tidak mengandung sejak melahirkan dua orang anaknya itu.
Rasa bersalah dan berdosa semakin menghimpit dadanya, semakin baik layanan suaminya itu, semakin derita perasaan Maizatul. Walaupun belum terbukti anak yang dikandungnya itu adalah anak Radzi, tapi dia seolah-olah pasti anak itu benih Radzi. Kerana, sebelum dia mengadakan hubungan intim dengan lelaki itu, hubungan kelaminnya bersama suami tetap berjalan seperti biasa, namun satu pun tidak "lekat". Jadi, tidak syak lagi benih itu adalah kepunyaan Radzi, "kekasih gelapnya" itu.
Tiba harinya, Maizatul di masukkan ke wad bersalin. Meskipun waktuuntuk melahirkan telah sampai, namun kandungannya seperti enggan keluar walaupun puas usaha untuk mengeluarkannya dilakukan. Derita Maizatul benar-benar menyedihkan si suami. Dia berdoa pada Tuhan, agak beban berat isteri tercinta diringankan. Dia tidak sanggup melihat isterinya mengerang kesakitan.
Sedang Maizatul mengerang kesakitan, dia menyeru nama suaminya dengan penuh kepayahan. Dengan linangan airmata, Maizatul menceritakan segala rahsia sulitnya dan memohon kemaafan daripada si suami. Dan mendengar berita itu, si suami bagaikan dipanah petir. Siapa yang tidak terseksa batinnya, apabila isteri yang dicintai sepenuh hati berlaku curang. Malah, sanggup ditiduri lelaki lain dan sedang berperang nyawa untuk melahirkan hasil hubungan sulit mereka itu.
Namun, Maizatul terus merayu-rayu. Dan hati kecilnya tidak sampai hati melihat keadaan Maizatul ketika itu. Sebagai seorang manusia, dia masih mempunyai perikemanusian. Sejurus lafaz maaf disebut dibibir si suami, kandungan Maizatul meluncur keluar dengan mudahnya dan saat itu jugalah si suami rebah ke lantai. Maizatul yang masih dalam kesakitan, tergamam dengan keadaan itu. Namun keadaan dirinya yang lemah, membuatkan dia sendiri tidak sedarkan diri.
Selepas dua minggu di hospital, Maizatul dibenarkan pulang. Keadaanya seperti tidak siuman, dia hanya diam dan sesekali ketawa walaupun ketika itu diberitahu si suami sudahpun meninggal dunia saat dia selamat melahirkan anak.
Kini, Maizatul dirawat di rumah sakit jiwa dan tiga orang anaknya itu dijaga oleh ibu bapanya di kampung. Walaupun tidak ramai yang tahu apa puncanya dia jadi gila, namun hanya seorang saja tahu sebab musababnya. Iaitu teman sekerja Maizatul yang tahu akan hubungan sulitnya dengan Radzi.
Sesungguhnya balasan Allah itu amatlah pedih kepada mereka yang mengingkariNYA. Dan balasan Allah kepada wanita yang menduakansuaminya, amatlah berat. AllahuAkhbar! "

~Mak cik Piah Panadol Soluble~




Bila sebut pasal panadol ni... Teringat pula Eila pada satu cerita yg pernah diceritakan oleh kawan sepejabat Eila. Pasal Panadol Soluble... Kisah yg berlaku di kampung dia... (ape pun nama2 dlm cite ni bukanlah nama2 sebenar...)

Dulu di kampung dia... masa Panadol ni baru diperkenalkan. Semua org nak cuba. Asal je tak sihat. Panadol ni la jadi pilihan. Ye la nak tau sejauh mana hebatnya panadol ni... Bagi yg susah nak makan ubat biji ni... suka sangatla... Sebab mudah. Masukkan je dalam air... bila dah larut, terus boleh minum... Ada jugak tu yg suka tengok panadol tu berubah menjadi buih2... mcm magic pulak...

Macam ni ceritanya....
Satu pagi..... Mak Cik Piah pegi memotong.... Tiba2 rasa macam tak sihat... Kepala rasa sakit... Badan macam nak demam.... Ermm... Macam tu la bila umur dah semakin senja.... Ade je... Balik dari memotong.... Dia singgah di kedai kopi... Terus dilabuhkan je punggungnya atas kerusi kedai Pak Dolah... Dipanggilnya anak tuan kedai yg baru belasan tahun tu bila didapati Pak Dolah tak ada kerana lewat sedikit...

Mak Cik Piah : Mat... Hang bagi ayaq masak suam.... Pas tu hang tolong beli panadol had baru tu... Pa nama tak tau... Aku nak try tengok.. Depa kata baguih sangat. Mana tau sakit kepala aku boleh hilang, badan aku ni pun rasa semacam ja...

Mat pun tak banyak cakap terus pegi beli panadol tu kat kedai runcit sebelah kedai kopi milik bapanya...

Mat : Nah Cik Piah panadol tu...

Tiba2... Mat menjerit...

Mat : Eh.... Cik Piah!

Mak Cik Piah pun angin la.... Ye la... semua mata yg ade kat kedai kopi pandang kat dia.

Mak Cik Piah : Hang jangan nak mengada2 pulak Mat... Aku tau la... Bukannya aku ni bodoh sangat...

Mat jadi serba salah.... Dgn sebaiknya dia cuba nak terangkan pada Mak Cik Piah.... Tapi Mak Cik Piah tetap dengan pendirian dia...

Mat : Cik Piah dengaq la saya nak bagi tau dulu...

Mak Cik Piah : Awat? Hang ingat aku ni tera mana sangat? Tua2 aku pun, aku tau semuanya... Kalau tak.. Takkan aku tau pasal panadol ni...

Mat : Bukan macam tu Cik Piah.... Cuma....

Mak Cik Piah : Cuma apa? Hang nak tunjuk terror hang la kan... Nak bagi tau yg hang ni pandai, pas tu dok mengajaq org macam aku ni...

Mat : Ish... tak la Cik Piah.... Saya ikhlas la....

Mak Cik Piah : La ni aku nak tanya hang.... Sapa makan garam dulu? Aku ka hang?

Mat : Cik Piah la....

Mak Cik Piah : Ha.... Dah tu... Yang hang duk terhegeh2 nak belagak pandai ni... Pasai pa?

Mat : Saya bukan nak tunjuk pandai... Niat saya baik... Cik Piah tu yg salah faham...

Mak Cik Piah : Tak payah... Aku tau.. Org muda macam hang ni selalu dok perendah org tua macam aku ni....

Semua yg ada dalam kedai kopi tak berani nak menyampuk... Sebab semua dah tau sangat dengan Mak Cik Piah ni... Silap2 pisau pemotong getah tu naik kepala... Mat pula cuba sebaik mungkin jaga hati Mak Cik Piah... Dalam hatinya berdoa minta bapanya cepat2 sampai ke kedai.... Supaya selesai hal ni...

Mat : Saya tak mau nanti Cik Piah salah makan ja...

Mak Cik Piah : Kan aku dah cakap... Aku ni org yg dah lama hidup kat dunia ni.... Anak2 aku pun semua dah besaq... Semuanya dah kawin. Hang tu baru setahun jagung dah nak tunjuk pandai... Kan tadi hang jugak yg kata aku ni yg makan garam dulu... Jadi hang tak payah nak mengajaq aku... Selama ni aku makan ubat tak dak masalah apa pun... Doktor pun tak lebih2 macam dgn hang...

Mat : Ikut suka Cik Piah la....

Mat dah tak tahu nak cakap ape lagi... dibiarkan Mak Cik Piah dgn sikap angkuhnya...

Mak Cik Piah pun masukkan panadol soluble ke dalam mulut dan terus minum air.... Ape lagi.... Berbuih2 la mulut Mak Cik Piah macam orag baru kena sawan.... Semua yg ada dalam kedai termasuk Mat bagai nak pecah perut menahan ketawa.... Mak Cik Piah pula terus balik ke rumah dgn rasa malu yg amat sangat...

Sampai ke hari ni... Mak Cik Piah glamour dengan gelaran "Mak Cik Piah Panadol Soluble...."


~Cerpen: Jangan Pisahkan~




Cerpen ini telah disampaikan oleh saudari Eira Riena

Biar cinta
terhalang gunung dan samudera
Aku tetap memegang janjiku padamu
Biar jurang yang terjauh ada di depanku
Takkan goyah sumpahku terhadap dirimu
Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka

Biar cinta
Diuji lautan yang bergelora
Aku tetap menjulang namamu di jiwaku
Kita bagai bulan dan bintang
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja yang benci tulus cinta kita

Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka

Tersentak hatiku ketika mendengar lagu dendangan Phyne Ballerz. Lantas aku kesat air mata jernih yang mengalir membasahi pipi gebuku. Hatiku terguris tanpa berdarah. Sejenak itu aku teringatkan seseorang yang pernah mendiami hati ini.

“Ree, janganlah lari!”
“Aku nak tengok jugak”

Itulah detik istimewa buat kami. Dulu, betapa hati ini membenci dirinya. Usahkan panjang, poyo, gila, semua seranah dan cemuhan aku telah memakinya. Tapi, benarlah kata orang tua-tua, orang yang paling kita benci suatu ketika dulu tidak mustahil akan menjadi orang yang paling kita sayangi. Kami sering bergaduh. Aku sering mencari kesalahannya. Dia pun berkelakuan begitu. Tanpa aku sedari, dalam diam hati ini berbunga-bunya setiap kali melihat anak matanya. Kami sedar kami sentiasa bergaduh. Tetapi kami menjadi malu sesama sendiri apabila cinta mula berputik. Kalau dulu, mulut inilah yang sentiasa membawa berita buruknya, tetapi kini mulutku terkunci rapat. Hairan juga sebab dia juga begitu. Ah, apakah yang sedang dia fikirkan? Kenapa aku sentiasa memikirkan tentang dirinya? Kami semakin rapat. Bermula dari situlah, kami sentiasa berhubung.

“Ally, sekiranya aku meminta sesuatu, adakah engkau akan berikannya?”
“Apa pulak ni Ree? Katakan, Insya Allah aku beri”

“Sejak aku berkawan dengan engkau, hidup aku sentiasa disinari cahaya. Engkau seorang sahaja yang memahami aku. Sekiranya aku meminta engkau menjadi teman sehidup semati bersama aku, engkau terima?”

Ya Allah, apakah benar apa yang aku dengar ini? Yahoo… Rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti diriku. Aku masih terkejut. Tiba-tiba, kedengaran Azri mengulangi namaku.

“Ree, kiranya perhubungan ini memberi kebaikan untuk kita, aku merelakannya”

“Terima kasih, Ally”

Sejak peristiwa itu, hubungan kami semakin rapat.. Kami tidak belajar dalam sekolah yang sama. Jadi, telefon bimbitlah penghubung kami. Aku mengaku sejak aku menyayangi dirinya, hidupku semakin ceria.. Dia banyak mengajar aku tentang erti kehidupan. Dia juga mendorong aku agar lebih cemerlang dalam akademik.

1 Oktober 1997 - Aku dan ayah pergi ke Institut Jantung Negara (IJN). Sudah hampir 10 tahun aku menghidap penyakit jantung.

“Penyakit awak tidak dapat dirawat melainkan dengan pembedahan”

Aku menjadi sayu apabila Doktor Mazwin memberikan laporan pemeriksaan terhadap jantungku. Aku mengkhabarkan berita ini kepada Azri. Azri turut simpati terhadap nasibku. Azri memberikan nasihat dan semangat kepadaku untuk terus berjuang.

Alhamdulillah, hayatku untuk terus hidup di bumi Tuhan masih panjang.

3 Januari 2005 – kami diijab Kabul menjadi sepasang suami isteri yang sah. Hidup kami bertambah bahagia. Kami hidup senang dengan hasil usaha yang kami perjuangkan di bangku sekolah.

1 Jun 2006 – Kami menimang cahaya mata. Betapa indahnya ciptaan Tuhan dengan mengurniakan dua orang cahaya mata yang kembar buat kami. Sungguh comel dan montel pipi mereka. Apa yang lebih menarik , anak kami kembar lelaki dan perempuan. Aku berazam untuk menjadi isteri dan ibu yang baik buat keluargaku.

2 Oktober 2007 – Ketika asyik aku melayan kerenah anak-anakku, jantungku seolah-olah ditikam. Tanganku terus menekan-nekan dada kiriku. Aku cuba mencapai telefon bimbit untuk menelefon suamiku. Tiba-tiba duniaku malap dan gelap. Sesedar itu, aku terlantar di atas katil. Dua orang anakku tidur lena di katil mereka. Di sisiku Azri, suamiku tersayang. Raut wajahnya yang penuh keresahan dan keletihan terlena dibuai mimpi. Aku mencapai jam tangan, pukul 7.00 malam. Aku terus bangkit dari katil dan membersihkan diri. Kemudian aku menuju ke dapur untuk membuat sajian makan malam. Malam itu Azri memberitahu bahawa doktor menyatakan supaya aku dibedah dengan segera kerana jantungku kian serius dijangkiti kuman. Demi keluargaku yang tercinta, aku pasrah dan terpaksa menghadapinya jua.

Doktor menetapkan 9 Oktober tarikh pembedahan akan dijalankan. Malangnya,
7 Oktober Azri berada di luar kawasan kerana menjalankan tugas. Tetapi Azri berjanji akan menemaniku di bilik pembedahan. Dengan semangat yang tidak putus-putus Azri berikan,aku terasa terkilan sekiranya itulah kali terakhir aku melihat dunia Tuhan. Inginku dakap kesemua ahli keluargaku. Aku tiba di bilik pembedahan, kelibat Azri masih tidak kelihatan. Doktor terpaksa menjalankan pembedahan tepat pada waktu yang dirancangkan. Aku disuntik kemudian tidak menyedarkan diri.

Terasa berat mataku untuk dibuka. Aku terus berusaha sehingga mataku berjaya dibuka. Aku melihat mama sedang mendukung Addy dan ayah sedang mendukung Adlina, kedua-dua anak kesayanganku. Hatiku menjadi sayu apabila mendapati Azri tidak bersamaku saat itu.

“Mama, Ree mana?”

Mama hanya mampu menangis. Aku hairan seketika. Anak mataku memandang tepat ke wajah ayah. Ayah mengusap rambutku sambil berkata,

“Ally, Azri suami yang baik. Dia sanggup buat apa sahaja demi rumah tangganya. Dia meminta maaf sebab tidak dapat menjenguk Ally. Tetapi, dia ada di dalam diri Ally saat ini”

Aku terpinga-pinga kehairanan. Drama apakah yang sedang berlaku?

“Ketika Azri menuju ke hospital dia terlibat dalam kemalangan. Ally bernasib baik kerana Azri dimasukkan ke dalam hospital yang sama, di sini”

Terang mama sambil tersedu-sedan. Aku benar-benar terkejut. Aku ingin bangkit dari katil tetapi tubuhku sangat lemah.

“Mama, ayah, Azri mana? Suami Ally mana??”

Air mataku sudah membasahi pipi. Aku benar-benar rindukan suamiku yang tersayang. Tidak pernah aku merasakan rindu sedalam itu. Ingatanku masih jelas kali terakhir aku bersalaman dengannya. Azri memeluk tubuhku dengan erat dan mencium dahiku. Terasa lebih selamat apabila berada dalam dakapannya.

“Ally, Azri sudah meninggal. Dia telah mendermakan jantungnya kepada Ally. Itu permintaan terakhir darinya kepada doktor ketika dia sedang tenat di bilik pembedahan. Tuhan lebih menyayangi dia, Ally”

Otakku seperti bergegar. Betapa pilunya hati ini kehilangam orang yang palingku sayangi. Air mataku tidak henti-henti membasahi pipiku.

“Abang, wajahmu, namamu, senyuman dan gelak tawamu tidak akan terpadam dari ingatannku”

Bisik hati kecilku. Aku berazam akan membesarkan anak-anakku dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya buat mereka. Demi impian aku dan suamiku yang telah sekian lama dinanti-nantikan.

“Tuhan, sekiranya kau pisahkan aku dengan suamiku yang amat aku sayangi sepenuh hatiku, aku terima. Tetapi janganlah pisahkan aku dan anak-anak kesayangku”

~Sangat Menarik lagi benar!!~

nasihat Pictures, Images and Photos

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik lagi benar!!
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.


Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.



Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.


Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

maksiat no Pictures, Images and Photos

Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.


Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.


Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.


Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.


Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.


Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.


Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat ,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
sembahyang tau Pictures, Images and Photos
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)
upin & ipin Pictures, Images and Photos

Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai........

~cerpen : sUaTu MaSa LaLu ~

Fantasy Pictures, Images and Photos
love Pictures, Images and Photos
"Hai!"
Aku menoleh. Eh, student baru ni. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Memang sah. Dia tegur aku."Saya panggil awak. Awak tengok siapa?"Aku tersengih. Segan ditegur begitu."Tak nak pelawa saya makan?"Aku menghulurkan sandwich yang kubekal tadi. Tak malunya budak ni.Ada pulak minta makan kat aku."Nama siapa?""Sama macam nama awak"Ahmad Niza?""Niza aje. Ahmad tak ada." Aku perempuan la. Apa plak ada Ahmad. Lelaki itu terus memandang aku tidak berkelip-kelip."Masa cikgu announce nama awak tadi, saya terkejut juga."Ahmad Niza hanya tersenyum."Baguslah tu. Mesti ada specialnya kalau kita jadi kawan baik."Kawan baik? Heh, gila apa si mamat ni agaknya. Tak boleh ke dia cari perempuan yang cun sikit dari aku." Cammana first day hari ni?""Okay."Ahmad Niza terus merenungku. Rimas aku dipandang begitu. Aku bukannya lawa sangat sampai dia perlu melihat aku begitu sekali. Sudahlah tak lawa, tak pandai bergaya, tembam pulak tu. Sikit lagi dah boleh masuk kategori gemuk.
*******************************************************************************
Aku semakin akrab dengan Ahmad Niza. Kami berdua rajin buat discussion sama-sama. Ramai juga awek kat sekolah tu yang jeles ngan keakraban kitorang. Tapi aku tak kisah pun kalau si Ahmad Niza tu plan nak dating ngan sesapa. Sebelum ni dia ada jugak keluar dengan beberapa awek kat sekolah ni. Tapi nampaknya semua dia tak berkenan. Cuma dengan Suraya aje dia rapat sket. Bebudak sekolah kata dia couple. Entah le aku tak nampak macam tu pun. Eh, jeles ke aku?"Petang ni kau free?""Free. Apsal?"Aku memandang ke muka Ahmad Niza. Dia nak ajak study lagi ke? Kuat betul study mamat sekor ni. Naik cramp kepala otak aku dibuatnya."Kita gi nengok wayang,"Mataku terbeliak. Gila apa dia ni."Aku dah ajak Su. Tapi bila aku kata cerita Matrix, dia kata tak best. Dia ajak tengok cite Maid In Manhattan. Masalahnya aku dah beli dah tiketnya."Oh, Su tak nak rupanya. Patut la dia ajak aku. Aku sedar. Aku bukan first choice dia. Suraya dah reject, baru nak ajak aku. Tak pelah, aku peduli apa. Janji dapat tengok wayang free.

********************************************************************************

Best gila cerita tu. Aku rasa macam nak tengok lagi. Si Ahmad Niza tu pun nampak puas hati dengan jalan cerita dia."Makan jom."Aku menurut. Aku memilih makanan yang bersesuaian lalu membayarnya di kaunter."Eh, aku belanja." Cepat saja Ahmad Niza menghulurkan duitnya."Tak payah la belanja aku. Engkau pun belajar lagi. Dah kerja lainlah."Aku segera menolak tangannya lalu menyerahkan not sepuluh ringgit kepada juruwang di hadapan aku.Selesai makan, Ahmad Niza membawa aku ke supermarket pula.Ada ke dia suruh aku pilih baju apa yang aku nak? Aku mana biasa minta orang belanja macam ni."Ambik la sepasang Niza. Ni la first time aku keluar dengan kau selama kita berkawan."Ahmad Niza terus mendesak tetapi beriya-iya aku menolak. Akhirnya Ahmad Niza mengalah."Lepas ni nak ke mana?""Baliklah"Ahmad Niza tersenyum mendengar permintaan aku. Apa hal la dia senyum pula. Best ke bila dengar aku kata nak balik."Alang-alang dah keluar, jomlah kita jalan-jalan."Oh, agaknya dia tersenyum sebab aku nak balik awal sangat. Aku melihat jam di tangan. Baru 3.30 petang. Tapi rasa macam tak selesa pula bila berjalan dengan Ahmad Niza ni lama-lama. Suraya tahu ke tidak?"Oklah, jom kita balik."Ahmad Niza terpaksa menuruti permintaanku akhirnya. Dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan Suraya dan teman sekelasnya yang lain.Wajah Suraya merah padam. Dia datang mengahampiri aku.Panggg!Satu tamparan hinggap di mukaku. Rasa malu yang amat sangat. Apatah lagi bila aku ditampar di hadapan Ahmad Niza, teman-teman Suraya dan orang ramai!"Gemuk!Ada hati nak rampas boyfriend orang. Cerminlah diri tu sikit. Dah la tak lawa. Gemuk pulak tu."Suraya terus mengutuk-ngutuk fizikal aku yang tidak sempurna ini. Aku hampir menangis. Aku berlari meninggalkan Ahmad Niza dan Suraya yang bertelagah disebabkan aku.

******************************************************************************
Aku menghadapi SPM dengan tenang. Sejak peristiwa itu, aku dah tak berbual dengan Ahmad Niza lagi. Ahmad Niza tak putus-putus memujuk aku dan meminta maaf tapi aku buat dek aje. Aku dapat tawaran belajar di UiTM. Aku pergi tanpa beritahu Ahmad Niza. Aku tak kisah. Aku dah biasa hidup tanpa kawan rapat. Kat sekolah dulu pun, aku kawan gitu-gitu ajelah. Tak boleh nak join perempuan-perempuan yang kaki melawa atau terlalu kuat belajar. Posisi aku di tengah-tengah. Itu yang payah tu.

********************************************************************************

"Niza! Sepupu engkau datang,"Nancy memekik memanggil namaku dari tingkat bawah. Siapa pula sepupu aku yang rajin buat surprise ni?"Hai."Aku terlopong. Ahmad Niza! Apa dia buat kat sini?"Mana tahu aku kat sini?"Aku memang terkejut melihat dia." Aku ada mulut. Aku tanya oranglah."Hm, mamalah yang beritahu ni. Siapa lagi? Tak pun papa."Bila masa jadi sepupu aku?"Ahmad Niza tersengih. Pandai-pandai ngaku jadi sepupu aku. Getat kepala kang baru tau."Kalau aku cakap Ahmad Niza, engkau tak turun pula."Hm, pandai dia nak cari jalan jumpa aku. Sebenarnya bukan aku marah dia menyamar diri. Tapi aku selekeh gila sekarang ni dengan kain batik, rambut sikat ala kadar. Kalau aku tau dia tadi, boleh aku pakai lawa-lawa, ikat rambut elok-elok, sembur perfume sket. Cewah!"Kurus engkau sekarang.""Kenalah kurus, nanti orang kata cermin diri tu dulu sebelum nak berjalan dengan orang-orang yang hensem macam engkau."Aku melihat wajah Ahmad Niza berubah bila aku bercakap begitu."Suraya tu yang perasan lawa." Ahmad Niza kelihatan marah."Itulah, kita tak sesuai jadi kawan baik. Tak sepadan. Dari dulu lagi aku rasa tak best bila jalan dengan engkau. Tapi, engkau confidentkan aku cakap tak pe, tak pe. Since engkau humble walaupun anak orang kaya. Aku lama-lama rasa senang jadi member engkau walaupun tak selesa sebab rasa macam handsome and the beast."Ahmad Niza tersengih kecil."Nak tahu kenapa aku suka sangat nak kawan dengan kau masa aku mula-mula sampai sekolah dulu?"Entah mana la aku tau. Aku terus menanti bicara seterusnya."Sebab fizikal dan rupa engkau sebiji macam cousin aku.""Oh, ye ke? "Dia kat mana skang?"Aku nak juga tahu. Mana tahu, kalau ada kesempatan, boleh berkenalan."Dia dah meninggal."Aku terkejut." Kenapa?""Mati lemas. Dia selamatkan aku. Kami mandi di sungai. Air deras. Aku dengan dia hanyut. Tapi, dia dapat sambar kayu. Aku terlepas. Dia berlari berenang ke arah aku. Tarik aku sampai aku dapat paut kayu tu. Tapi pautan dia pula terlepas. Aku nak kejar dia. Tapi dia tak benarkan. Depan mata aku dia meninggal. Aku terus fobia dengan sungai lepas tu."Aku terdiam. Kini baru aku faham kenapa dia begitu baik dengan aku."Ayah dengan ibu terkejut bila tengok gambar engkau. Dia minta aku ajak engkau ke rumah bila-bila masa. Tapi, masa tu kita tengah perang dingin. Aku tak berani nak offer engkau masa tu"Aku menganggukkan kepala."Engkau buat apa skang?""Baru balikUK. Tu la dah hampir 4 tahun tak jumpa. Engkau dah tak lama kat sinikan?""Next week dah final. Lepas exam la baru aku ke rumah engkau.""Tak boleh kot sebab aku satu family nak pindah keAdelaide. Ayah ada projek katsana untuk tempoh setahun dua ni.""Bila?""Lusa. Sebab tu aku cari peluang nak jumpa engkau. Dah tiga kali aku datang tapi baru ni engkau ada."Oh, dua kali sebelum ni, dia la yang cari aku. Aku pun heran jugak ada orang mengaku sepupu yang beriya-iya datang nak jumpa aku. Rupa-rupanya dia la orangnya!" Eh, Suraya macam mana?" Masih dengan Suraya lagikah?" Perempuan cantik, tak semestinya perfect."Apa maksudnya?"Mungkin orang kata Suraya tu cantik dan sesuai dengan aku. Tapi, dia banyak kerenah, kaki kikis. Lepas engkau tak nak cakap dengan aku, aku betul-betul rasa lonely. Masa tu baru aku tau siapa special girl aku. Bukan Suraya, tapi engkau!"Hampir terbeliak mataku mendengarnya. Buta apa dia ni. Perempuan serabai macam aku yang dia suka."Engkau la satu-satunya perempuan yang tak mengabihkan duit aku bila kita sama-sama keluar. Aku memang suka dengan sikap engkau Niza. Bagi aku fizikal tu tak penting kalau hati aku dah suka."Eh, biar betul si Ahmad Niza ni. Dia suka aku ke? Bestnya!"Ni ambil ni."Ahmad Niza menghadiahkan sebatang pen berjenama mahal miliknya untukku."Ini harta yang paling aku sayang dan aku nak kau simpan. Aku akan balik dua tahun lagi untuk jumpa engkau. Kalau dalam tempoh dua tahun tu kau dah jumpa somebody, hantarlah pen ni pada aku balik."Kenapa dia cakap macam ni. Dia ni suka aku ke tak? Cakap separuh-separuh. Manalah aku faham."Aku nak something dari kau yang akan aku pulangkan kalau aku dan jumpa somebody disana."Aku memandang ke seluruh badanku. Apa aku nak bagi? Takkanlah kain batik ni? Nak mampus? Aku melihat cincin di jari manisku. Cincin milik mama hadiah ulangtahun perkahwinan dari papa. Hm, bolehlah. Ini kira berharga ni." Cincin ni."Aku hulurkan padanya. Ahmad Niza menyarungkan cincin tersebut di jari kelingkingnya."Jumpa lagi
ya!"
********************************************************************************

Hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum Ahmad Niza dan keluarganya pulang ke tanah air. Aku terus menghitung hari. Pen milik Ahmad Niza kubelek berkali-kali.Setelah tamat belajar, aku terus sahaja diterima untuk bekerja. Menara Kembar Petronas! Bukan sahaja kebanggaan negara, malahan juga tempat untuk aku mencari rezeki. Berdasarkan prestasi kerja yang cemerlang aku cepat dinaikkan pangkat. Aku tidak lagi selekeh seperti dahulu. Bekerja di tempat baru ini mendedahkan aku kepada dunia fesyen terkini. Aku semakin yakin dengan penampilan diriku hari demi hari. Elegan tetapi masih ketimuran. Teman-teman lelaki di pejabat memanggil aku Posh Spice sebab mereka kata aku pandai bergaya. Heh, lantak dioranglah. Kalau dia jumpa aku zaman aku belajar dulu. Maunya diorang pengsan!"Niza, ada bungkusan untuk Niza?"Bungkusan? Hatiku terus berdebar.Adelaide? Tentunya dari Ahmad Niza.Seperti dijangka, meskipun bukan itu yang aku mahukan. Ahmad Niza mengirim sekotak cincin! Aku terus berlari ke bilik. Menyembamkan wajah ke bantal lalu menangis

*****************************************************************************
Menerusi emel, tempat kami selalu berinteraksi Ahmad Niza meminta aku menantinya di lapangan terbang. Kepala otak dia. Dahlah dia sakitkan hati aku. Aku tak kuasa nak tunggu.Malam itu setelah pulang dariAdelaide, berkali-kali Ahmad Niza menghubungi aku. Mungkin kerana tidak sabar memujukku di telefon, Ahmad Niza nekad datang ke rumah."Niza!"Mama panggil. Ah, malasnya nak buka pintu. Dah la aku nampak kemunculan Ahmad Niza di hadapan pintu pagar tadi ketika aku mengintai kereta siapa yang berada di hadapan rumahku.Tuk! Tuk! Tuk!Ish, mama ni ketuk pintu pula. Terpaksalah aku buka."Niza."Ahmad Niza! Apasallah mama pergi beritahu bilik aku kat sini."Kenapa tak datang jemput?"Ahmad Niza menunjukkan wajah sedihnya. Merajuk konon. Lantak le."Entah!"Ok ke jawapan aku tu? Ah, biarlah dia."Nah, pen awak." Aku serahkan pen itu kepadanya. Ahmad Niza terpinga-pinga."You dah ada boyfriend ke?"Eleh, buat-buat terkejut pula. Dia tu dah ada orang lain. Buat sandiwara ke apa budak Ahmad Niza ni."Dah awak pulangkan barang saya, saya pulanglah barang awak balik."Aku terus marah dengan sikapnya itu."Mana ada?"Ish, geram betul aku kat mamat sekor ni. Aku terus mengambil kotak cincin pemberiannya. Yang herannya Ahmad Niza terus tertawa terbahak-bahak. Gila ke dia ni? Tensen aku."Dah tengok ke cincinnya?""Tak. Nak buat apa tengok? Dah orang pulangkan balik cincin kita."Ahmad Niza terus menggenggam tanganku. Aku terpempan. Ish, romantik pula dia ni. Tak tentu arah perasaan aku dibuatnya."Tengoklah."Akhirnya aku membuka kotak itu. Terdapat kad kecil di dalamnya tertulis, 'sayang, will you marry me?' . Aku rasa macam nak pengsan. Aku terus memandang ke tangan Ahmad Niza. Cincin aku masih berada di tangan kanannya."Cincin ni saya hantar sebab tak sabar nak propose awak." Ahmad Niza terus tersenyum. Aku malu sendiri. Rasa macam nak melompat keluar dari tingkap rumah pun ada.
********************************************************************************

Majlis persandingan kami dilangsungkan di hotel penuh meriah. Ahmad Niza menyediakan jamuan untuk tiga sesi. Untuk saudara mara sebelah dia, sebelah aku dan akhir sekali teman-teman seperjuangan kami."Niza aku minta maaf kutuk engkau gemuk dulu."Aku memeluk tubuh Suraya. Aku dah lama maafkan. Aku sedar siapa aku waktu tu. Aku terus melihat Suraya, suami dan 3 orang anaknya melangkah meninggalkan kami berdua."Ish, gemuknya Su sekarang. Tiga kali ganda gemuk dari you dulu."Aku menekup mulut Ahmad Niza. Amboi, bukan main lagi ngutuk orang. Nasib baiklah tidak ada yang mendengar. Itulah Suraya, dulu engkaulah paling cun. Tapi, itulah. Kuasa Tuhan bila-bila masa Dia boleh pusing balik keadaan. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Ahmad Niza terus memeluk bahuku dengan erat. Aku amat bahagia di sisinya….
Love Pictures, Images and Photos

TAMAT..(erm..tataw pula siapa penulisnya)

~Cinta Secangkir Kopi~

Animation couple acewc des arbres.gif Pictures, Images and Photos
Mac 31, 2008
Oleh : Haryani Kamilan
HUJAN lebat yang turun sejak jam tiga petang tadi belum nampak mahu reda.. Aliya menyuluh pandang dari cermin lutsinar yang semakin berwap. Dikesat-kesat cermin dengan kain pengelap yang memang bersangkut pada apronnya. Biar pandangannya lebih jelas.
Aliya mengeluh. Dilirik jam pada pergelangan tangan, sudah menjangkau ke pukul 6.30 petang. Kalau hujan terus-te
rusan lebat begini alamatnya kuranglah pelanggan Salina Cafe hari itu.
Dialih pemerhatiannya pada Kak Ina yang sedang duduk di kaunter. Khusyuk benar pemilik Salina Cafe itu membuat kira-kira perniagaannya.
Entah runsing entah tidak agaknya dia. Maklum saja dari tengah hari tadi pelanggan boleh dihitung dengan jari. Sekarang pun Salina Cafe tak berpengunjung. Lengang. Aliya mengeluh lagi. Diselit semula kain pengelap pada apron.“Banyak untung Kak Ina?” soal Aliya sambil berjalan menuju kaunter. Kak Ina panggung kepala.
“Awak tengok sajalah pelanggan hari ini, dah tau dah untung ruginya kan,” dia berkias.
Aliya sekadar senyum tawar. Dia tahu Kak Ina cekal orangnya, tak mudah mengalah. Adat perniagaan memang selalu ada pasang surutnya. Lagipun Salina Cafe baru sebulan beroperasi. Nak kira untung buat masa ini memanglah payah.
“Musim hujan sekarang ni kak, tu yang orang susah nak singgah agaknya. Kalau kafe ni dalam shopping complex mungkinlah ramai yang datang.”
Kak Ina sudah meletakkan pennya. Mungkin benar juga kata-kata Aliya tadi. Mungkin kafe ini tidak strategik kedudukannya. Mungkin juga lokasinya yang terletak di tengah-tengah deretan kedai buat orang ramai tidak berapa perasan kewujudannya. Memang sejak sebulan yang lalu, perniagaannya susah nak balik modal. Setakat dapat bayar gaji pekerjanya yang tiga orang dan bayar sewa kedai saja. Untungnya tak seberapa. Kak Ina bertopang dagu.
“Nak sewa kedai dalam ‘shopping complex’ bukannya murah dik, lagipun akak dah buat ‘renovation’. Nak tak nak kita kena ‘survive’ dululah untuk dua tiga bulan ni, akak cuma perlukan sokongan kamu semua buat masa ni.”
Aliya bersimpati. Kata-kata Kak Ina mengundang gundah di hatinya. Dia faham perasaan Kak Ina. Seorang janda muda yang tidak pernah putus asa dan jarang sekali menyesali takdir yang menimpa dirinya setelah diceraikan suami tiga bulan lepas.
Dia sendiri terhutang budi pada Kak Ina. Sejak diberi peluang bekerja sebagai pelayan dan pembancuh minuman di Salina Cafe, hidupnya tidak lagi kesuntukan wang seperti dulu.
Oh! Dia anak yatim piatu yang merantau ke bandar Johor Bahru. Tidak punya adik beradik lain dan sebelum ini hanya menumpang kasih neneknya di kampung. Dengan berbekalkan kelulusan SPM (V), Aliya telah diterima bekerja dan terus diambil tinggal bersama menemani Kak Ina yang kebetulan sudah hidup berseorangan.
Betapa besar kepercayaan Kak Ina padanya. Untuk itu, sampai hari ini Aliya masih berpegang pada janji. Dia pasti akan memberikan sokongan setiap saat. Dan setiap keringat yang tumpah memang hanya untuk Salina Cafe.
“Sabarlah kak, insyaAllah satu hari nanti mesti nampak hasilnya.” Dia memberi semangat.
Kak Ina pegang lembut bahu Aliya, tanda syukur punya pekerja yang memahami.
Perbualan mereka tiba-tiba dimatikan dek bunyi kerincing yang sengaja digantung pada pintu. Seorang lelaki yang masih berbaju hujan masuk ke dalam kafe. Kak Ina dan Aliya berpandangan. Kemudian saling berganti senyum menandakan rezeki sudah masuk.
“Hujan lebat kat luar ya bang…” Aliya berbasa-basi. Dia yang sudah pun berdiri di hadapan lelaki itu mengeluarkan buku nota dan sebatang pen dari kocek apron. Lelaki yang baru sahaja menanggalkan baju hujan itu tersenyum. Mengangguk-angguk.
“Naik motor macam ni lah, habis basah lokos.” Mata mereka bertentangan. Tapi entah kenapa senyuman dan pandangan lelaki itu sekonyong-konyong membuat Aliya terkesima.
‘Handsome’, desis hati Aliya. Belum pernah dia nampak lelaki itu sebelum ini. Aliya yang sebentar tadi terpegun dengan kekacakan lelaki itu cepat-cepat mematikan lamunan.
“Abang nak order apa?”
Lelaki itu membelek menu yang siap tersedia di atas meja.
“Bagi kopi o dengan roti bakar satu ya.” Dia senyum lagi. Bergetar jantung Aliya melihatnya. Tanpa lengah dia terus ke dapur.
Esoknya, lelaki itu datang lagi. Agak awal pagi waktu itu. Tapi kali ini dia tidak datang bersendirian. Tiga orang lagi sahabat dibawanya bersama.. Aliya yang sememangnya ternanti-nantikan kehadiran lelaki itu, menghampiri.
“Kopi o dan mihun goreng,” pesannya, dihadiahkan sekuntum senyuman buat Aliya.
Melayang Aliya seketika. Mimpinya malam tadi bagai menjadi kenyataan. Siapa sangka hari ini si dia datang lagi. Masih memesan kopi o buatannya.
Setelah mengambil pesanan yang lain, Aliya segera kembali ke dapur. Dan tak sampai lima belas minit, pesanan mereka sudah terhidang.
“Tunggu sekejap.” Tiba-tiba lelaki itu bersuara apabila Aliya ingin berlalu. Aliya mengerut dahi.
“Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena?”
Lelaki itu menggeleng. Dihirup perlahan kopi o, Aliya sekadar memerhati dalam debar.
“Sedap kopi ni, manisnya cukup. Siapa yang buat?”
Bagai hilang nafasnya seketika. Lelaki itu memuji kopi o buatannya! Aliya tidak terus menjawab. Dikendurkan nafasnya yang tersekat. Tidak mahu kelihatan gugup di hadapan yang lain.
“Saya …” Pandangan mereka bertaut. Lelaki itu melarik senyuman.
“Kopi awak ni buat saya teringat-ingat, sedap betul. Sebab tu saya bawa kawan-kawan saya ke mari.”
Serta-merta Aliya tertunduk malu. Merona wajahnya kemerahan. Memang tidak dinafikan Aliya pakar dalam membancuh air. Ilmu ketika menuntut di Sekolah Vokasional dulu diaplikasikan dalam kerjanya.
Kalau tidak, takkan Kak Ina terus menerimanya bekerja di Salina Cafe selepas tertarik dengan aroma kopi o bancuhan Aliya.
Diambil daripada resipi nenek katanya. Lagipun serbuk kopi yang digunakan memang dibeli dari kampungnya di Kluang. Ada sebuah kilang memproses kopi secara tradisional di sana. Mungkin sebab itu rasanya begitu asli.
Tidak hanya di hadapan Aliya, lelaki itu lanjutkan pujiannya pada Kak Ina. Dia nampak ikhlas dan bersungguh. Teman-temannya yang lain turut bersetuju. Buat Aliya merasa amat terharu.
Sejak itu, Kak Ina semakin yakin. Menyedari kafenya itu mempunyai potensi untuk lebih maju, dia telah mengatur beberapa strategi promosi supaya Salina Cafe lebih dikenali. Tekadnya begitu kuat untuk berjaya dalam usahanya kali ini.
Dia mahu buktikan sesuatu pada bekas suaminya. Hari ini Aliya dan dua lagi pekerja Salina Cafe, Fairus dan Rubi akan menggempur habis-habisan untuk mempromosikan Salina Cafe. Seharian mereka berdiri berganti-ganti di hadapan kafe untuk mengedarkan risalah-risalah promosi Salina Cafe.
Beberapa pakej menarik diberikan dengan harga yang berpatutan. Mereka juga menyediakan menu-menu baru untuk menarik perhatian orang ramai.
Terlanjur petang itu lelaki idaman Aliya singgah setelah dua hari dia tidak menjengah ke Salina Cafe, Aliya agak terkejut juga tetapi sangat gembira pada masa yang sama.
Pujian daripada lelaki itu benar-benar memberinya keyakinan yang sajian di Salina Cafe memang mampu menarik lebih ramai pelanggan. Cuma orang ramai yang tidak sedar barangkali.
Alah, kata orang, tak kenal maka tak cinta. Hari ini saja sudah nampak sedikit perubahan. Ada beberapa pengunjung baru menjamu selera di situ dan rata-ratanya memberi maklum balas positif. Mungkin sebab itu, Kak Ina asyik saya tersenyum sampai ke telinga.
“Sibuk nampak,” dia menegur kala giliran Aliya tiba untuk mengedarkan sedulang air kopi o yang diisi ke dalam beberapa gelas kertas mini. Aliya tergelak kecil.
“Bolehlah, nak rasa?” Disuakan gelas kertas mini itu pada lelaki yang sedang berdiri di sisinya.
“Tak cukup ni, saya nak rasa yang cawan besar.” Lelaki itu senyum.
“Masuklah kat dalam, boleh order kat dalam.”
Lelaki itu menggeleng-geleng.
“Saya nak air kopi o yang awak buat.”
Pandangan mereka bersatu. Lama. Dan lama-lama gelak lelaki itu pecah, tersipu-sipu Aliya seketika.
“Saya gurau saja, mari saya tolong awak.”
Dulang yang dipegang Aliya bertukar tangan. Sedaya dia cuba berlagak biasa tapi gemuruh di hati siapa yang tahu.
“Nama saya Amer, awak?”
Sempat lagi dia memberitahu namanya walaupun tangan lincah memberikan kopi o percuma pada orang-orang yang lalu lalang.
“Saya Aliya.” Hanya sekilas dia memandang Amer. Selebihnya dia hanya mampu tunduk sambil mengulum senyum.
******************
Hubungan Aliya dan Amer semakin akrab hari demi hari. Salina Cafe juga sudah nampak kemajuannya setelah lebih tiga bulan bergelumang dalam susah senang. Berkat kesabaran dan usaha Kak Ina serta pekerja-pekerjanya, hari ini dua sudah boleh bernafas lega.
Pengunjung Salina Cafe bukan saja daripada kalangan orang Melayu tetapi juga pelbagai kaum. Semakin hari semakin bertambah bilangannya. Bertambah-tambah juga keuntungan Kak Ina. Sampai ada masa mereka tidak menang tangan..
Sebab itu Kak Ina menambah lagi dua orang pekerja baru. Sekurang-kurangnya ringan sedikit bebanan kerja, lebih-lebih lagi dia turut menambah beberapa menu baru ala barat.
“Saya gembira tengok Kak Ina sekarang, saya rasa susah payah kami selam ni macam berbayar,” luah Aliya kala dia dan Amer meluangkan masa bersama.
Hembusan bayu Teluk Danga memberi tenang di hatinya. Tamsil kejadian-kejadian sedih yang pernah menyapa hidupnya dahulu seolah-olah mengajarnya menjadi seorang yang lebih tabah.
“Setiap kejayaan memang selalu disulami dengan dugaan, itu semua untuk melihat sejauh mana kekuatan kita nak mengharunginya.”
Aliya berkalih pandang. Direnung wajah Amer yang sedang duduk di sampingnya.
“Saya rasa hidup saya penuh, walaupun saya tak ada mak dan ayah, tak ada adik beradik. Tapi saya masih ada ramai lagi orang di sekeliling yang boleh saya menumpang kasih. Rasa rindu pula pada nenek kat kampung.”
Serta-merta Aliya diserbu sebak. Sudah dua minggu dia tidak pulang ke kampung menjenguk neneknya. Cuma dia tidak begitu risau kerana Mak Usu ada menjaga nenek lagipun daripada panggilan telefon semalam, dia tahu nenek sihat. Masih kuat lagi memetik kopi di kebun belakang rumah. Tapi dia rindu, dia rindu wajah nenek. Tak semena-mena air matanya mengalir.
“Hei, janganlah sedih sangat.” Amer segera menyeka air mata yang membasahi pipi gebu Aliya.
Diusap wajah gadis itu perlahan. Cantik. Aliya memang cantik. Kulitnya yang putih bersih itu membuat dia terpesona.
Pertama kali memandang Aliya, hatinya seakan berbisik untuk terus mendekati dan mengenali gadis manis itu.
Perasaannya lebih kuat bila merasa air kopi o yang dibuat Aliya. Memang enak. Bakat Aliya walaupun hanya sebagai pembancuh minuman itu sebenarnya boleh buat dia pergi lebih jauh. Dia yakin dengan pengalaman dan ilmu yang diperolehinya di Salina Cafe, tak mustahil satu hari nanti mungkin Aliya juga bakal buka kafenya sendiri. Jari-jemari Aliya digenggam Amer.
“Nanti kita balik kampung jumpa nenek ya.” Aliya terpana dengan tindakan Amer.
Namun sedikit demi sedikit senyumnya terbit semula. Lambat-lambat dia mengangguk.
*****************
Permintaan kopi di Salina Cafe bukan saja terhad pada minuman tapi pelanggannya juga turut meminta supaya serbuk kopi yang digunakan dalam bancuhan kopi itu dipaketkan dan dijual. Kak Ina setuju melabur modal untuk membeli serbuk-serbuk kopi dari kampung Aliya dan dipaket dengan menggunakan jenama Aliya. Satu penghormatan yang tak terduga buat gadis itu, tidak disangka Kak Ina begitu menghargai air tangannya di Salina Cafe.
Beberapa restoran lain di sekitar Johor Bahru yang mengakui kesedapan kopi Aliya turut membuat tempahan dan membenarkan mereka meletakkan beberapa paket kopi untuk dijual di restoran mereka. Suatu hari ketika Aliya mengikut Kak Ina menghantar jualan serbuk kopi itu ke sebuah restoran, tiba-tiba mereka terperasankan Amer bersama seorang gadis cantik.
Mereka kelihatan begitu mesra dan hati Aliya lebih terguris kala gadis itu mengelap peluh pada wajah Amer. Kak Ina yang turut menyaksikan situasi itu serba salah. Dia tahu Amer memang rapat dengan Aliya walaupun dia tidak tahu sejauh mana hubungan mereka. Dia menoleh ke arah Aliya di sebelahnya.. Aliya seolah-olah terkaku.
“Err Aliya, are you okay?” Serta-merta renungan Aliya mati.
“Okay, Aliya okay.” Dia hanya senyum sedikit.
“Kita biarkan dia pergi dulu ya, baru kita keluar dari kereta,” saran Kak Ina yang faham perasaan Aliya ketika itu. Aliya yang dari tadi tunduk hanya mengangguk kecil.
***********************
Sudah seminggu Amer tidak muncul. Aliya juga langsung tidak menghubunginya. Sejak peristiwa tempoh hari Aliya seperti tidak bermaya. Ada masanya Kak Ina sendiri nampak dia bermenung. Kak Ina tahu dia tidak boleh masuk campur dalam urusan peribadi Aliya. Tapi melihatkan keadaan Aliya begitu, dia turut sama risau.
“Kak Ina bukan nak menyibuk tapi Kak Ina tengok awak sekarang dan banyak menyendiri. Kenapa, ada masalah dengan kerja?” soalnya.
Saja ambil tahu perihal Aliya yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Aliya menggeleng.
“Tak adalah,” ringkas jawapannya.
“Habis tu? Pasal Amer?” Aliya diam. Angguk tidak, geleng pun tidak..
“Maaf Kak Ina tanya, awak dengan Amer tu memang ada hubungan istimewa ya?”
Aliya masih lagi mendiamkan diri. Lama-lama baru dia menjawab.
“Tak, kami tak ada apa-apa.”
Aliya yang tadinya mengelap cawan-cawan yang baru dicuci, mencapai sebiji lagi cawan dari dalam besen aluminium.
“Aliya sukakan dia?”
Dia berhenti mengelap. Soalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya. Memang Amer lelaki yang pertama singgah dalam hatinya. Tapi mungkin dia hanya bermain dengan perasaannya sendiri.
Siapalah dia mahu mendampingi Amer. Aduh! Kecewanya dia bila memikirkan tentang itu, dia memang benar-benar menyayangi lelaki itu. Air matanya menitis tanpa dipinta. Lama-lama Aliya teresak-esak. Kak Ina yang berada di sisinya memeluk tubuh Aliya penuh kasih dan simpati. Diusap-usap rambutnya.
“Sabarlah dik, ini cuma sebahagian daripada ujian Tuhan.” Di bahu Kak Ina, Aliya terus-menerus menangis.
******************
Hari itu Amer datang. Orang pertama yang dicarinya sesampai saja di Salina Cafe adalah Aliya. Hampanya dia bila gadis itu tidak ada.
“Kak Ina bagi dia cuti lama sikit jumpa nenek dia di kampung,” beritahu Kak Ina bila Amer bertanya tentang Aliya.
“Bila dia balik Kak Ina?” soal Amer ingin tahu.
“Dua hari lepas, sebenarnya Kak Ina ada benda sikit nak cerita pada Amer ni.”
Berlapis dahi Amer berkerut, nampak lain benar cara Kak Ina waktu itu.
“Cerita apa? Tentang Aliya?” Kak Ina mengangguk lalu Amer menurutnya ke sebuah meja.
********************
Rimbunan pohon kopi yang tumbuh merenek di belakang rumah nenek buat hati Aliya merasa gembira. Buahnya cukup lebat, harap-harap hasilnya nanti memberi untung untuk nenek, dia dan Salina Cafe.
Dicium bau buah kopi. Aliya tersenyum. Hilang sebentar dukanya. Lagiun dia sudah dapat menerima segala yang berlaku. Baginya hubungan cintanya dengan Amer hanya ibarat cinta pada secangkir kopi.
Habis kopinya, habislah nikmatnya. Enaknya cuma pada hirupan. Manisnya cuma seketika. Dia sudah tidak kisah lagi andai Amer bukan ditakdirkan untuknya. Walaupun hatinya pernah tercuit dengan rasa cinta tapi dia reda, Amer berhak memilih dan mencari bahagianya sendiri. Perlahan Aliya menghembuskan nafasnya.
“Aliya!”
Sekonyong-konyong Mak Su menyergahnya dari belakang. Melatah-latah Aliya terkejut dengan keletah Mak Su yang cuma tua dua tahun darinya.
“Hiss, Mak Su ni, terperanjat Liya tau.”
Sempat tangannya mengutil lengan Mak Su.
Mereka sama-sama ketawa.
“Adoi!Sakitlah, Mak Su gurau saja. Ada orang nak jumpa Liya lah, handsome.” Kata-kata Mak Su buat Aliya terpaku.
“Siapa?” Meleret-leret sengih Mak Su.
“Tu.” Dia memuncung ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri di belakangnya.
“Amer?” Perlahan Amer melangkah menghampiri Aliya.
“I’m sorry, Kak Ina dah ceritakan segala-galanya and I’m so sorry.”
Aliya tunduk, tidak sanggup memandang lelaki di hadapannya.
“Aliya.” Dagu Aliya dipegang perlahan.
“Awak cemburu ya?”
Aliya tidak bersuara.
“Orang yang awak jumpa dengan saya hari tu adik perempuan saya lah, nanti saya kenalkan awak dengan dia ya.” Amer senyum tapi Aliya masih lagi ragu-ragu.
“Betul ke?”
“Iya, sumpah.”
“Tak baik sumpah-sumpah nanti kena sumpah jadi sesumpah baru tau.”
“Habis tu awak tak percaya?”
“Okay saya percaya,” Aliya mencebir tapi lambat-lambat dia melarik senyumannya.
“Haa macam tu lah, baru lega hati saya tengok awak senyum tapi saya ada satu permintaan ni.”
Aliya memandang Amer.
“Apa?”
“Saya rindulah dengan kopi o awak, buatkan saya seteko boleh? Nak minum puas-puas.”
Mereka sama-sama gelak.
“Awak ni, tu lah lama sangat tak ke Salina Cafe, kan dah rindu…”
Mereka melangkah menuju ke rumah nenek.
“Saya sibuklah, sorry lah sayang.” Pipi gebu Aliya dicubitnya.
“Hii, gatal tau.” Dan jari Aliya pantas mengutil lengan Amer. Lalu mereka berkejaran ke rumah nenek dalam rasa yang cukup bahagia.
animation Pictures, Images and Photos
welcum Pictures, Images and Photos


Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.
Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri. Selamat mencuba......

bestkan jadi seorang ibu.... Hello Kitty wink animated Pictures, Images and Photos
Star Border Star Border Star Border



Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.

Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.

Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.

Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.

Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.

Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.

Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.

Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.

Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.

Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.

"Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.

Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!

Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!

Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.

Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.

Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.

Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.

Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.

Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.

Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.

Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.

Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.

Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.

Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA
DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.

Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.

Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.

Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.

Terseradung bukannya terjatuh.

Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.

Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.

Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.

Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.

Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.

Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.

Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.

Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.

Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.

Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.

Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.

Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.

Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.

Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.

Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.

Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.

Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.


PERINGATAN!!!
INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA,APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!.

2birds Pictures, Images and Photos 2birds Pictures, Images and Photos 2birds Pictures, Images and Photos