MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday, 6 June 2008

~Mawar Desa ~ “Rela dalam Paksa”. eps.13

“ Pin..pin..pin”.erk terkejut aku dari melamun kenangan silam.Posmen!Kenapa berat hati pula untuk melangkah ke arah rumah selalunya aku yang meluru dulu kalau dengar enjin motor posmen.Biarlah,rasanya takan ada surat dari Abang Aziz kerana aku sudah terima kemarin.Tidak mungkin Abang Aziz sudah pandai mengarang surat berantai.Terukir senyuman bila aku tiba-tiba mereka cerita yang merepek tentang Abang Aziz.Sejak tamat persekolahan aku makin malas untuk mengirim surat-surat buat teman-temanku.Hanya telefon saja yang menyambungkan ukhwah antara kami.

“Chik ada surat la” laung kakak ku.Tersentak aku,hairan siapa pula yang menghantar surat ni.Langkah kakiku makin laju bila kelibat bapa dari telaga menuju ke rumah.

Erm dua pucuk surat yang aku terima buat aku kembali ceria.Penantianku berakhir bila surat tawaran ke POLITEKNIK berada dalam genggamanku.Berita gembira itu aku sampaikan pada Chik Lie (bekerja di Pulau Pinang).Aku panjatkan kesyukuran pada Ilahi.Doaku agar teman-teman yang sama memohon berjaya sepertiku juga.Ada air jernih dikelopak mata mak dan bapa bila aku sampaikan berita itu.

Semalaman aku tidak tidur lena.Rasanya bukan aku seorang saja yang tidak tidur lena tapi emak dan bapa juga.Setiap ayat yang keluar dari emak dan bapa aku dengar.Mungkin sangkaan mereka aku dibuai mimpi indah.Esak tangis emak buat aku kuburkan impian aku.Pujukkan bapa untuk meminjam wang dari kedai Ah Kau buat aku turut syahdu dengan tangisan insan yang banyak mendorong aku berjaya.Adakah patut aku kuburkan impianku.

Ada suara halus yang seakan-akan membisik..”sanggupkah terus membebankan orang tuaku”.Kata-kata bapa terus terngiang-ngiang ditelinga.”perempuan pandai manapun akhirnya diceruk dapur juga tempatnya.”itu semasa hasrat aku untuk meneruskan pengajiaan ku ke tingkatan empat selepas SRP.Malam yang sepatutnya aku layari dengan mimpi indah tapi bertukar menjadi gundah.

Senyuman emak didapur pagi itu buat aku serbasalah.”Patutkah aku terus membebankan emak dan bapa?”Harini emak tidak ke sawah.Aku habiskan masa berbual dengan emak tentang tawaran itu.Walaupun emak berkeras menyuruh aku teruskan impianku tapi aku tidak sanggup.Cukuplah apa yang telah abang-abang aku perlakukan pada mereka.Sepatutnya dalam usia emak dan bapa sekarang mereka tidak perlu lagi bersusah payah turun kebendang.Ah!tak sanggup aku untuk ceritakan perihal abang kandungku sendiri.ibarat meludah ke langit dan hidungku juga yang yang menjadi singgahsana air ludah itu nanti.Keputusanku muktamad aku kuburkan impianku buat masa ini.Huluran cincin berlian pusaka opah buat menanggung perbelanjaanku nanti menguatkan lagi keputusanku.


Orang yang ku cari adalah Chik Lie,desakan aku untuk dia pulang ke kampung untuk menyokong aku dituruti.Malam tu Chik Lie sampai kerumah.Mungkin dengan penjelasan dan keyakinan yang Chik Lie katakan buat emak dan bapa setuju membenarkan aku pergi berkerja ke Pulau Pinang.Ah! Lega rasa hatiku.Salmi ku beritahu tapi berita tentang persetujuan orang tuaku sahaja.Tentang tawaran yang ku terima aku pendamkan dilubuk hatiku.Biarlah kepedihan dan tangisanku menjadi rahsia hatiku.Aku tidak sanggup lagi melihat orangtuaku bersedih.Aku harap dengan penghijrahanku nanti bisa membalas jasa mereka.

Ah mengantuk pula dah hampir pukul 2 pagi..so nantikan sambungan cerita benar ini di episod akan datang..”Penghijrahan”

No comments:

Post a Comment