MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Monday, 9 August 2010

~Lagu Cinta Epd:11-13

BaB 12

Aleya –Idzham

YOU HURT ME

Hatinya Masih Luka…


“Idzham!” Suara Aleya kedengaran terjerit kecil pabila matanya menangkap objek yang berdiri di hadapannya sebaik pintu rumahnya itu dibuka. Matanya melolot memandang seakan tidak percaya akan kehadiran Idzham dihadapan pintu rumahnya. Tiba-tiba rasa gugupnya datang. Dia tidak begitu bersedia nak berhadapan dengan Idzham lagi sebenarnya. Dia masih belum habis fikirkan ayat yang sesuai untuk diluahkan pada Idzham.

Idzham pula berdiri tegak di hadapan pintu rumah Aleya deengan muka yang serius sekali. Tanpa sebarang riak. Mukanya kelihatan beku, seolah-olah baru baru dikeluarkan dari icebox. Namun matanya sempat menangkap pemakaian Aleya yang menyeksakan pandangan matanya.

‘Dah lah reject aku, boleh pula bukak pintu tayang body macam ni. Dah tak nak kat aku tu janganlah buat posing maut dan seksa iman aku macam ni sekali.’ Hati Idzham mengomel melihat Aleya dihadapan matanya. Memang sah tak boleh bawa balik kampung jumpa umi macam ni. Mahu buta macam Kasim Selamat dibuatnya mata umi kalau tengok calon menantu ‘seksis’ macam ni. Tapi mata lelakinya tetap tidak dapat menafikan Aleya mempunyai bentuk tubuh yang cantik. Mampu mengiurkan alur nafsu lelakinya.

Aleya tiba-tiba menyedari yang pakaiannya amat tidak sesuai dibuat tatapan umum. Apatah lagi Idzham. Lebih-lebih lagi pabila dilihatnya tumpuan mata Idzham tidak pada mukanya, tetapi pada bahunya yang terdedah.

“Err…kejap!” Begitu laju ayat tersebut meluncur dibibir Aleya. Selari dengan itu Aleya berlari masuk kedalam rumah dan pintu rumahnya itu dihempas agak kuat. Idzham yang masih berdiri dihadapan pintu terkedu melihat tingkah Aleya. Hampir sahaja pintu rumah tersebut kena pada batang hidungnya.

Beberapa saat kemudian dilihatnya Aleya membuka semula pintu rumahnya. Bahunya yang terdedah seksi tadi telah ditutup dengan kain bewarna putih yang ada motif bunga-bungaan berkait pada kain tersebut. Idzham yang melihat pada kain yang diletakkan pada bahu Aleya, mula terdetik dihati…’Eh, kain ni macam kain…kain … alas me- meja? Biar benar si Aleya ni?’

Aleya yang sebentar tadi telah menyedari pakaiannya itu tidak sesuai untuk berhadapan dengan Idzham telah masuk semula ke rumah dan mencapai kain yang paling hampir terletak dengan pintu rumahnya itu untuk menutup bahunya yang terdedah. Kebetulan ada pula alas meja bulat kecil yang terdampar di sofa berhampiran pintu rumahnya. Kain alas meja tersebut pada mulanya dibiarkannya di atas sofa tadi sebelum acara mengemas bermula dengan niat untuk menukar alas yang telah lama tidak berganti. Oleh kerana itulah kain paling hampir, dicapainya sahaja tanpa memikirkan apakah jenis fesyen yang bakal ditayangkan depan Idzham nanti. Lagipun bukannya pakaiannya itu nak diambil gambar untuk menghiasi cover majalah Vogue atau Elle pun kan?

Pabila dia berhadapan semula dengan Idzham, rasa gugupnya tadi muncul kembali. Teragak-agak dia nak memulakan mukadimah menegur Idzham. Abang Encik Perasan Bagus pula boleh je berdiam diri begitu je, buat menambahkan lagi frekuensi dub…dap...dub…dap…dihatinya.

“Er…er… ken- kena- kenapa datang sini?” Tergagap-gagap Aleya memulakan mukadimahnya. Dia masih dalam mode tidak percaya yang Idzham boleh muncul dihadapannya tika ini. Adakah dia muncul sebab dapat mendengar deru hati Aleya yang mula merindui akan kehadiran lelaki itu? Ada rasa debar dan bunga-bunga cinta mula berputik di hati Aleya memikirkan kemungkinannya.

“Saya datang nak jumpa Arisa, nak ambil barang dari dia. Dia ada?” Rasa yang baru sahaja berbunga dihati Aleya tadi terus menjadi layu pabila mendengar suara yang dirindui itu menyatakan tujuan sebenar kedatangannya. ‘Dia bukan datang nak jumpa aku rupanya…’ Hati Aleya meluahkan rasa kecewanya.

Dahlah kata ganti diri nama Abang Perasan Bagusnya pun dah bertukar pada ‘saya’. Bukannya lagi ‘Am’ seperti selalu. Nampaknya memang mamat bernama Idzham Iskandar ini dah berpatah arang berkerat rotan dengannya. Tetapi bukankah Aleya juga yang memulakan segalanya? Aleyalah yang memberi kata dua kepada Idzham untuk melupakan segala kemesraan yang pernah tercipta antara mereka kan? Sememangnya saat ini Aleya benar-benar menyesali kelancangan mulutnya memutuskan hubungan mereka yang baru sahaja hendak bermula.

“Arisa tak ada di rumah. Dia dah keluar pagi-pagi lagi ke PD. Dia ada kata barang apa yang nak diberi pada Am tu? Mungkin Leya boleh tolon tengokkan di bilik dia.” Aleya menerangkan ketiadaan Arisa. Lembut sekali suaranya.

‘Aleya kenapa kamu ni? Di saat lelaki itu sudah tak sukakan kamu, baru nak terhegeh-hegeh guna nama Am-Leya. Kalau dulu asyik bersaya dan berawak dengan Idzham. Tak malu betul kamu ya Aleya.’ Ada suara yang seolah-olah bermain di kepalanya menegur perlakuannya itu.

‘Apa salahnya mencuba. Mana tahu lelaki itu bisa lembut hatinya semula melihat perubahan pada diri Aleya.’ Ada satu lagi suara bertingkah cuba mempertahankan perlakuan Aleya.

“Oh, dia tak ada. Tak apalah kalau begitu. Pagi tadi dia ada SMS saya beritahu ada barang yang nak diserahkan untuk anak-anak yatim di Rumah Raudah. Dia minta pertolongan saya untuk hantarkan. Tak ada pula Arisa kata dia nak keluar sampai ke PD.” Idzham menerangkan hal sebenar. Ekspresi wajahnya masih beku seperti tadi. Meluatnya hati Aleya lihat muka beku itu. Ingat bagus buat muka macam tu wahai Abang Encik Perasan Bagus. Eeeee…geramlah!

Selepas itu suasana kembali senyap diantara mereka. Dengan keadaan sekeliling di sekitar tingkat Kajang View Apartment Aleya yang juga hening, menjadikan seolah-olah hanya mereka berdua sahaja penduduk bumi yang wujud di seluruh alam cakerawala tika itu. Seolah-olah makhluk lain sudah pupus dibaham Godzilla. Masing-masing diam. Tidak tahu apa yang hendak diperkatakan lagi. Aleya menunduk tidak sanggup menentang pandangan mata Idzham. Idzham pula dalam cubaan untuk tetap mempamerkan wajah bekunya dihadapan Aleya, mengambil kesempatan yang ada mencuri-curi merenung wajah Aleya yang masih dirinduinya.

Dalam keadaan sedikit tertunduk, tiba-tiba Aleya perasan akan kehadiran makhluk yang dipanggil Cik Li atau nama betulnya Lipas membuat lintas hormat betul-betul dihadapan pintu rumahnya itu dan cuba melalui permukaan kakinya. Secara spontan Aleya terjerit kecil kerana terperanjat akan kehadiran makhluk yang digelinya itu sejak azali. Pada masa yang sama dengan tindakan refleksnya yang diluar kawalan juga, dia terlompat akibat kegeliannya. Dia memang tidak dapat nak fikir apa-apa saat itu. Apa yang disedarinya beberapa saat selepas itu, dia kini telah berada dalam pelukan Idzham dengan tangannya yang melingkar erat pada leher Idzham dan kedua kakinya sedikit terangkat!

Segera dilepaskan pelukannya itu dan berpijak di lantai yang nyata semula pabila tersedar dari situasi yang tak terjangka dan memalukan itu. Mukanya ditundukkan dan rasa seperti hendak saja disorokkan kepalanya macam kura-kura kalau boleh kerana malu. Sambil itu matanya tajam memerhatikan lantai memastikan tiada lagi Cik Li buat lintasan dihadapannya. Ini mesti kes sebab dia mengemas rumah tadi. Lalu Cik Li pun sibuk keluar nak mengemas sama rumahnya. Benci betul dia!

“Errr..Ma- maaf…Leya tak sengaja. Terkejut tengok lipas tadi.” Pipinya dirasakan begitu memerah sekali menahan rasa malu akan kejadian tadi. ‘Kain alas’ bahunya yang terlurut jatuh di lantai akibat aksi lompatannya tadi segera dikutip semula dan dialas kembali dibahunya.

Idzham yang juga terkejut akan aksi spontan Aleya tadi juga tergamam. Lebih-lebih lagi ketika Aleya memeluknya tadi, kain alas bahunya telah terjatuh lalu membuatkan Idzham dapat melihat dengan jelas kulit bahu Aleya yang terdedah itu. Memang cantik sekali, bersih kulitnya. Terasa ada gelora yang menggegarkan naluri lelakinya tika itu. Kulit tangan Aleya yang melingkar dilehernya terasa begitu hangat sekali.

‘Astarghfirrullah al-azim Idzham. Mengucap Idzham. Jangan tergoda dengan hasutan syaitan. Anak dara orang tu. Bukannya muhrim kamu!‘ Hatinya berdetik kuat, cuba menghambat tepi hasutan nafsu lelakinya. Namun ada rasa ingin tergelak juga mengenangkan wanita yang pernah dipujanya selama ini rupanya takut dengan lipas. Oleh kerana dia masih berkonfrontasi dengan Aleya, maka gelaknya itu disimpan sahaja dalam hatinya. Mukanya tetap diseriuskan seperti tadi.

Aleya semakin gugup melihat muka Idzham yang semakin tegang. ‘Aduh, mesti dia ingat Aleya ni anak dara gatal. Suka-suka hati je nak peluk anak teruna orang. Semua ni salah kamu wahai Cik Lipas. Tak apa, nanti kalau Aleya jumpa lagi lipas dirumahnya itu, dia akan spray dengan Ridsect satu botol. Tak pun dia akan spray dengan sebotol pewangi Pleasure by Lancôme biar Cik Li tu pening sampai arwah. Baru padan muka kamu Cik Li. Tapi kalau pakai Lancôme, pastinya dia hanya akan guna Pleasure yang dibeli di pasar malam dengan harga RM10 tu je lah. Kalau yang original kopaklah Aleya jawabnya. Dia bukan anak tokey minyak wangi pun.’ Ngomel hati Aleya.

Dividers, Animated Dividers, Keefers

Setelah bosan dengan episod kesunyian yang wujud di antara mereka sejak tadi, Idzham mula meminta diri. Rasanya makin lama dia di sini. Menghadap wajah yang telah melukakan hatinya berdiri dengan gaya seksi begini makin menggoyahkan dan menyeksakan hati lelakinya sahaja. Lagipun orang yang dicarinya pula tak ada. Entah apasal lah Arisa beria-ria tinggalkan pesan suruh dia ambil dan hantar barang untuk rumah Raudah hari ini juga sedangkan dia sejak pagi telah keluar bersuka ria cuti-cuti Malaysia di Port Dickson. Dia pula tidak tahu yang Arisa kenalan pasukan sukarelawannya itu rakan serumah Aleya. Sungguh kalau dia tahu dari awal tidak sanggup dia menawarkan khidmat bakti hendak mengambil barang-barang tersebut.

“Saya minta diri dululah. Kalau Arisa balik sampaikan pesan pada dia saya dah datang tapi dia tak ada pula. Nanti saya telefon dia semula.” Akhirnya Idzham memecahkan kesunyian antara mereka untuk meminta diri.

Aleya yang bagaikan kehilangan suara kerana masih malu akan kejadian tadi, hanya menganggukkan kepalanya mengiakan sahaja pamitan Idzham. Ada rasa sayu yang mula menapak di hatinya kerana hubungannya dengan Idzham masih lagi dingin. Rasanya pasti Kajang View Apartment ni akan banjir sebentar lagi oleh air mata Aleya yang mula kelihatannya hendak keluar pabila melihat pemergian Idzham.

‘Aleya lontarkanlah suara mu itu. Buka mulut tu. Tahanlah langkahnya Aleya. Luahkanlah apa yang ada dihati kamu sekarang juga atau kau mungkin akan kehilangan dia terus selepas ini. Mugkin ini sahaja peluang yang kau ada.’ Batin Aleya menjerit menyuruh dirinya mengambil tindakan sewajarnya. Sepantas itu juga dia teringat akan kata-kata Arisa padanya semalam…

“Apa yang kau perlu fikir sekarang, macam mana kau nak pujuk balik
hati dia yang dah kecewa direject oleh kau. Kau kena terangkan kat
dia perasaan sebenar kau.”

‘Luahkanlah Aleya. Kuatkanlah semangatmu itu. Jangan biarkan lelaki itu terus menyalahkan dirimu.‘ Seru hati Aleya lagi.

“Itu kau jangan risau. Aku akan tolong fikirkan macam mana nak aturkan supaya kau boleh jumpa dia dan pujuk dia semula. Tapi kau janganlahpula bila dia dah ada depan mata kau, kau jadi bisu pula.”

‘Mungkin inilah dia perancangan yang dijanjikan Arisa. Atau satu kebetulan yang telah ditetapkan Yang Maha Esa untuk aku membetulkan semula keadaan.’ Monolog hati Aleya berlegar dimindanya lagi.

Aleya memejamkan matanya erat-erat. Nafasnya disedut sedalam mungkin dan diluahkannya nafas itu semula beserta dengan kekuatan semangat yang telah dikumpulnya tadi. Dia tekad. Dia perlu luahkan rasa hatinya itu pada Idzham.

“Idzham, tunggu!” Jerit Aleya pada Idzham yang mula melangkah. Suaranya kedengaran agak serak akibat rasa hiba yang masih bermukim dihatinya.

Idzham yang baru sahaja beberapa langkah melewati pintu rumah Aleya terhenti langkahnya mendengar panggilan Aleya itu. Dipusingkan badannya semula menghadap Aleya. Matanya menyoroti muka Aleya dengan pandangan pelik meminta kepastian kenapa namanya dipanggil.

Aleya yang melihat langkah Idzham terhenti mendengar panggilannya tadi menjadi berdebar semula. Lebih mendebarkan lagi pabila mata Idzham tajam menikam matanya seolah-olah meminta kepastian dan sebab-musabab akan panggilannya tadi. Rasa gugupnya datang lagi. ‘Aleya kuatkan hati mu!’ Aleya cuba meningkatkan lagi jurus kekuatan hatinya itu.

“Leya perlu jelaskan sesuatu dengan Am.” Suara Aleya kedengaran lemah sekali namun masih dapat ditangkap telinga Idzham.

Idzham memandang muka Aleya pelik mendengarkan kenyataannya yang keluar dari mulut comel wanita yang pernah dipujanya itu. ‘Apa lagi yang hendak diperkatakan? Hatiku ini dah terluka dirobek kamu Leya. Kamu juga yang telah mengwujudkan jurang antara kita ini.’ Hati Idzham bertingkah cuba menahan keinginan dirinya untuk mendengar penjelasan Aleya.

Akhirnya badannya dipusingkan semula dan kakinya mula menapak meninggalkan rumah Aleya. Rasa kecewa mula berputik kembali di hati Aleya melihat Idzham meneruskan langkhnya semula. Terasa ada air mata mula berkira-kira untuk membanjiri pipinya.

‘Aku gagal memujuknya…’ Hati Aleya berlagu sedih.


BaB 13

Aleya - Idzham

secret lover

Rahsia Rasa Hati


Aleya menebarkan pandangannya pada hamparan menghijau dihadapannya. Akhirnya di sini mereka berdua duduk berhadapan di antara satu sama lain. Aleya Puteri dan Idzham Iskandar. Di tingkat dua Kedai Sate Haji Samuri Kajang yang betul-betul mengahadap padang Dewan Dato Nazir.

Memang dia tidak menyangka yang Idzham sudi meluangkan masanya untuk mendengar Aleya memberikan penjelasan. Aleya teringat kembali peristiwa di apartmentnya lebih kurang sejam yang lalu. Saat dia menyatakan pada Idzham ada sesuatu yang ingin disampaikan pada jejaka tersebut dan Idzham tetap meneruskan langkahnya tanpa berkata apa-apa.

Saat itu dia telah mula merasa kecewa dan merasa putus sudah harapannya untuk memujuk Idzham. Air matanya hampir-hampir sahaja gugur. Namun tanpa diduga beberapa langkah selepas itu Idzham berpaling semula ke arahnya dan berkata sesuatu yang tidak disangka-sangkanya sebelum meneruskan langkahnya semula.



"Pergi tukar baju, saya tunggu awak di bawah."



Saat itu tidak dapat digambarkan betapa gembiranya perasaan dia pabila Idzham sudi meluangkan masa untuk mendengar penjelasan dia. Walaupun roman muka Idzham masih begitu serious seolah-olah memikirkan masalah Negara, hatinya tetap berasa lega dengan kesudian Idzham. Dengan sepantas yang mungkin terus dia masuk ke rumah dan menukar pakaiannya sebelum Idzham berubah fikiran. Tanpa berfikir panjang, dia terus mencapai sepasang baju kurung kain kapas jepun yang tergantung elok dalam almari pakaiannya. Setelah mengambil beg tangannya dan mengunci pintu, dia berkejaran selaju mungkin seperti pelari pecut sukan Olympic mendapatkan Idzham yang sedang menunggu di keretanya.

Sememangnya Idzham kelihatan terkejut kerana sebegitu cepat Aleya bersiap dan yang paling memeranjatkannya Aleya memakai baju kurung! Tadi dah seseksi alam berposing, menayang body dan mengujakan naluri lelakinya kini gadis itu mengayukan diri dengan memakai baju kurung pula. Sempat dia melemparkan perliannya kepada gadis yang duduk disisinya itu.



"Aik, pakai baju kurung pula? Sekarang bukan musim Raya Puasalah, sekarang orang tengah sambut Gong Xi Fa Chai la cik adik. Dah insaf ke?" Aleya hanya mencerutkan mukanya mendengar perlian Idzham. Malas nak menjawab dan bergaduh dengan Idzham di saat ini.



Pabila Aleya telah selamat duduk di dalam keretanya, tanpa memberitahu ke mana arah tujuan mereka dia terus memandu keretanya menuju ke pekan Kajang. Aleya pula hanya diam sepanjang perjalanan, merelakan kemana sahaja Idzham membawanya. Oleh kerana kebetulan waktu itu sudah tengah hari, dia terus membawa Aleya ke kedai makan untuk makan sambil mendengar apa yang hendak disampaikan oleh Aleya. Takkan nak bawa Aleya ke taman bunga tengah hari buta begitu. Lagipun dekat Kajang tu bukannya ada taman bunga pun.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



"Cakaplah apa awak nak cakap sangat tadi. Dah kenyangkan? Bolehlah bercakap sekarang. Ke tak cukup nasi paprik dengan sate 20 cucuk tu? Nak tambah saya boleh order lagi." Luah Idzham setelah mereka menghabiskan hidangan tengah hari mereka tadi. Semenjak mereka sampai di kedai ini, tiada sepatah kata pun keluar dari mulut mereka kecuali semasa menyebut makanan yang hendak dipesan di hadapan pelayan kedai tersebut sahaja.



Aleya memandang meja dihadapannya sekilas sebelum memandang ke arah Idzham. Dia melihat Idzham yang enak menayangkan muka selambanya. 'Dia yang melantak nasi goreng patayanya dengan sate sampai 19 cucuk, dikatanya aku. Serasa aku tadi, aku makan sate tu satu cucuk je.' Aleya mengomel geram sebab asyik diperli Idzham. Namun hanya dalam hati sahaja. Sedangkan mulutnya masih terasa berat nak meluahkan perasaannya pada Idzham.



"Cakaplah… Nak tunggu berapa lama lagi ni? " Idzham mendesak lagi, bila dilihat Aleya masih berdiam.



"Leya minta maaf." Akhirnya berjaya juga Aleya mengeluarkan suaranya.



"Minta maaf? Itu je yang awak nak kata dari tadi?" Idzham memandang Aleya dengan pandangan yang jengkel. Punyalah jauh dia bawa Aleya, siap belanja makan lagi, itu sahaja yang nak dicakapkannya.



"Itu baru mukadimahnyalah. Menyampuk je." Aleya mengumam geram. Idzham dilihatnya sudah berbalik semula kepada perangai lamanya semasa mereka baru berkenalan dulu. Asyik nak memerli dan cari gaduh sahaja kerjanya.



"Oh, okay…Kalau macam tu teruskan dengan isi tersurat dan tersiratnya." Idzham menjawab dengan selamba pabila mendengar rungutan Aleya itu.



"Leya tahu Leya bersalah sebab marah Am hari tu. Leya tak patut marah Am sampai macam tu sekali hanya sebab Am simpan gambar Leya dan luahkan perasaan pada Leya hari tu." Suara Aleya kedengaran begitu perlahan. Aleya menggigit-gigit bibirnya selepas berkata begitu. Sememangnya begitulah Aleya bila rasa gementar menguasainya.



"Tak apalah. Memang salah saya pun sebab pandai-pandai simpan gambar anak dara orang dan suka-suka hati je nak jatuh hati dengan Aleya." Idzham menjawab lirih.



"Idzham, boleh tak kalau jangan cakap begitu! Am buat Leya lagi rasa makin bersalah je. Sebenarnya Am tak salah manapun." Suara Aleya agak meninggi kerana geram pabila Idzham dirasakan kerap bersuara gaya begitu. Suara merajuk. Dia tak tahu ke buruk benar rupa seorang lelaki kalau merajuk. Merajuk tu hanya sinonim dengan wanita je. Sedangkan lelaki dan merajuk sememangnya antonim sejak zaman purbakala lagi.



Idzham terdiam mendengar kata-kata Aleya yang bernada amarah itu.



"Salah Am tak besar manapun. Sekadar simpan gambar zaman tok kaduk dulu je. Am jatuh cinta pada Leya pun bukannya satu kesalahan. Cinta sesuatu yang unpredictable. Bukannya kita boleh tentukan pada siapa kita nak jatuh cinta. Leya faham semua tu. Once again, I'm so sorry Idzham. I'm truly sorry. It just that I'm not being myself that day."

love


Idzham rasa nak ternganga mendengar kata-kata Aleya tersebut yang dirasakan cukup berbeza dengan apa yang didengarinya hari tu. Namun dia dapat merasakan ketulusan Aleya dalam kata-katanya itu.



"Leya tak pernah bercinta selama ini. Terpulanglah sama ada Am nak percaya atau tidak. Dulu Leya bersekolah di sekolah perempuan. Kawan lelaki pun boleh bilang dengan jari je. Bukannya Leya penyokong kumpulan anti-lelaki pun. Tapi Leya tak biasa sangat kawan rapat dengan lelaki. Leya boleh bercakap dengan mereka. Berdebat dengan mereka. Macam Leya selalu bertekak dengan Am dulu. Cuma bila masuk bab perasaan dan hubungan intim antara lelaki dan perempuan je Leya failed. Rasa macam something wrong bila ada orang jatuh cinta dengan Leya. Boleh rasa nak demam tiba-tiba.



Bukanlah Leya tak pernah rasa jatuh cinta. Dah banyak kali Leya jatuh cinta. Leya pernah jatuh cinta bila tengok Keanu Reeve yang tiba-tiba terlebih handsome masa berlakon John Constantine. Itu belum lagi masuk jatuh cinta kat Tom Cruise, Brad Pit, Ashton Kutcher, Anuar Zain, Richard Gere, Pak Lah, Raja Nazrin, err…banyak lagilah." Aleya tersengih malu menyenaraikan lelaki yang pernah dia jatuh cinta.

animated,animated kawaii,love animated,heart,red,red in love,shy,kawaii,kawaii girl,kawaii girls,girls,sparkle

Mata Idzham hampir terbeliak mendengar senarai lelaki yang Aleya pernah jatuh cinta. Kepalanya tergelang-geleng memikirkan betapa perempuan-perempuan di dunia ini yang mudah benar jatuh cinta pada selebriti. Tapi lelaki pun apa kurangnya kan? Berapa ramai yang berangan nak kahwin dengan Siti Nurhaliza dulu walaupun tahu kesan tapak kaki dia pun Siti Nurhaliza tak sudi nak pandang?



"Seriuslah Cik Aleya oii…" Idzham berkata geram. Dia yang dah mula rasa seronok mendengar sesi meluahkan perasaan oleh Aleya Puteri, ada pula selingan iklan makcik ni buat.



"Yalah, Leya seriuslah ni." Nafasnya disedut dan dilepaskan sekali lalu seolah-olah mengambil semangat sebelum menyambung semula ceritanya.



"Bukanlah tak pernah jatuh cinta pada lelaki biasa. Pernah. Paling Leya ingat sekali, masa Leya di matrikulasi dulu Leya pernah jatuh cinta pada rakan sekuliah. Cuma rasa tu Leya pendamkan. Tak berani nak luahkan. Sampai akhirnya dia sambung pengajian dia di oversea pun Leya tetap pendamkan perasaan Leya pada dia. Rasanya sampai akhirnya pun dia tak pernah tahu yang Leya suka pada dia."



Ada rasa cemburu yang mula bermukim dihati Idzham mendengar pengakuan Aleya itu. Betapa beruntungnya jejaka tersebut kerana berjaya mencuri hati Aleyanya walaupun jejaka itu sendiri tidak pernah tahu. Sedangkan dia…



"Tapi bila lama dah tak jumpa dia, rasa tu hilang dengan sendirinya. Mungkin rasa cinta tu hanya sedikit, tidak begitu kuat. Cinta monyet kata sesetengah orang. Mungkin rasa itu sebenarnya hanyalah rasa suka je. Bukan rasa cinta yang sebenar. Selepas itu, banyak kali juga jatuh cinta atau rasanya lebih sesuai disebut ter – suka kepada beberapa orang lelaki. Tapi macam yang pertama tadi, perasaan itu terbatas. Tak ada yang sampai peringkat serius sangat. Lagipun bila makin dewasa, Leya makin bijak dan yakin dah boleh nak bezakan antara jatuh cinta suka-suka dan jatuh cinta yang real punya. Setakat ini Leya rasa tak pernah lagi jatuh cinta yang real punya. Mungkin belum jodoh lagi agaknya."



"I guess that is Philophobia." Sambung Aleya.



"Apa tu? Philopopia?" Idzham berkerut muka mendengar perkataan yang begitu asing padanya itu.



"Philo – pho – bia lah…bukannya Philo – popia. Popia tu makanan." Aleya membetulkan sebutan Idzham.



"Err..okay apa-apalah. Tak kisahlah philo apa pun. Philo Allied Bank ke, Megan Phileo Avenue sekali pun Am tak kisah. Apa benda yang Leya sebutkan tu?"



"Maksud philophobia ialah takut jatuh cinta."



"Oh, ye ke? Mana Leya belajar perkataan macam tu? Apa kena mengenanya perkataan tu dengan perbincangan kita sekarang ni?"



"Leya baca dalam novel 5tahun 5bulan. Ada perkataan tu. Tu medical terms. Leya rasa perkataan tu mungkin ada sangkut paut dengan Leya sikit-sikit."



"Kenapa pula?"



"Yalah, Leya hanyalah wanita biasa. Yang diciptakan dari salah satu tulang rusuk sang Adam. Yang diciptakan untuk dilindungi dan disayangi seorang Adam. Leya tetap sama dengan perempuan lain. Leya juga ingin disayangi dan menyayangi seseorang yang berlainan jantina. Cuma mungkin Leya belum berjumpa dengan sang Adam yang telah tercipta untuk Leya lagi. Orang kata jodoh kena dicari. Tak boleh duduk diam dan berpeluk tubuh menunggu pasangan kita jatuh dari langit.



Leya memang cuba mencari cinta sejati yang telah dijanjikan untuk setiap wanita, cuma Leya tak tahu kenapa setiap kali ada orang nak merapatkan diri mereka dengan Leya atau nak mengurat Leya, Leya jadi takut. Leya sendiri tak tahu apa yang Leya takutkan sebenarnya. Leya tahu Leya dah besar. Dah dewasa. Tak salah dah untuk Leya jatuh cinta. Tapi itulah yang berlaku bila ada lelaki yang nak merapatkan diri dengan Leya. Leya rasa takut pada sesuatu yang Leya tak pasti hingga akhirnya Leya menolak kehadiran cinta yang baru nak berputik tu. Leya tahu Leya sepatutnya mencuba dahulu. Barulah tahu ada keserasiannya atau tak. Bukannya terus menolak.




Itulah yang sebenarnya terjadi bila Am luahkan perasaan Am pada Leya hari tu. Bukannya Leya tak suka pada Am. Leya suka pada Am. Tapi bila Leya tengok gambar Leya dalam simpanan Am, Leya dah mula rasa takut. Tambahan bila Am luahkan perasaan Am pada Leya, rasa takut itu makin bertambah. Entahlah… Leya pun tak tahu apa yang tak kena dengan Leya ni. Mungkin itulah philophobia."



Aleya hanya menunduk selepas meluahkan segalanya. Idzham pula terasa semakin nak ternganga mendengar pengakuan berani mati Leya.



"Ada juga medical terms macam tu ya? Am pun tak pernah tahu. Kalau 'nemo judex in causa sua' tu Am tahulah." Idzham hanya tersengeh.



Aleya mengangkat pandangannya pada Idzham. Matanya dicerunkan pada Idzham dengan pandangan pelik.



"Apa bintang tu?"



"Bukan binatanglah cik adik. 'Nemo judex in causa sua' tu maksudnya no man shall be judge in his own cause. Itu law terms lah. Apa ni graduate Law pun tak tahu?"



Giliran Aleya pula tersengih malu mendengar teguran Idzham. "Leya bukannya bagus sangat pun masa amik course law kat UM dulu. Selalu dapat markah cukup-cukup lulus je."



Seketika suasana di antara mereka menjadi sunyi sepi. Tiada siapa diantara mereka yang nak bercakap. Seolah-olah sudah habis segala kata-kata untuk diluahkan.



"Leya…" tiba-tiba cukup lembut sekali Am memanggil nama Aleya.



"Hmmm…." Itu sahaja yang dijawab Aleya. Namun irama dalam hatinya berdendang sakan pabila dia mula menyedari yang Am tidak lagi bersaya – awak dengannya. Dah ber- Am – Leya semula. Mungkinkah ini petanda hati lelaki ini sudah mula terpujuk?



"Tadi Leya ada kata yang Leya suka Am kan?" Idzham bertanya ragu. Malu pula kalau dia tersalah dengar. Tapi rasanya dia dah korek telinga dia pagi tadi.



"Errr…lebih kurang macam tulah." Aleya segera menundukkan mukanya. Pipinya kelihatan mula memerah menahan malu.



"Apa yang Leya suka pada Am? " Tanya Idzham straight forward.



"Apa ye??? Hmmm...Leya suka Am dah lama jugaklah, sejak di UM. Yalah kan Am antara jejaka terhebat masa di UM dulu. Ada rupa, setiap semester keputusan kekal four pointers, popular dan segala perkataan yang seangkatan dengannya lah. Manalah tak jadi pujaan budak-budak perempuan UM terutamanya student fakulti undang-undang masa tu. So, Leya termasuk salah satunya lah. Tapi yalah masa tu ada orang tu sombong. Tak nak layan peminat. Yalah budak pandai mana nak layan cinta-cintun masa belajar kan? Perasan bagus sangat." Aleya sengaja memulangkan paku buah keras pada Idzham.



"Ohhh, kenakan orang balik ya? Pandai ya. Dah tau suka dekat Am dan Am sendiri pun dah mengaku suka pada Leya. Kenapa pergi reject Am hari tu?" Seraya dengan itu hidung Aleya dicuitnya.



"Hishhh…apa main cuit hidung anak dara orang ni? Ada lessen ke nak main cuit-cuit?" Aleya merungut bila hidungnya dicuit Idzham.



"Ada. Lesen 'L'. Tak gitu cik Leya sayang?" Idzham mengangkat-ngangkat keningnya memandang Aleya.



"Mengada-ngada. Pandai sangatlah tu. Entah siapalah pandai-pandai issue lesen 'L' pada dia. Kata orang je tahu ya. Dia tu lagilah lebih. Leya reject sebab ada orang tu gelojoh sangat buat pengakuan berani mati dia hari tu. Dah la kepala tengah serabut fikir apa motif orang tu simpan gambar kita senyap-senyap. Manalah tak kena reject. Terkejut tahu tak?



Dahlah tu, bila kena reject terus merajuk, bawa diri. Tak mahu bercakap dengan kita ni dah. Lain kali kalau nak mengurat anak dara orang yang ada philophobia ni kena slow and steady. Mana boleh main terjah begitu sahaja."



Idzham tergelak mendengar kata-kata Aleya tu. Sedar akan kegelojohan dia hari tu.



"Yalah mana Am tahu dia ada penyakit 'phia-phia' dia masa tu. Tapi ada orang tu bila kita merajuk, tak nak tegur dia, dia rindu juga dekat kita kan?" giat Idzham pada Aleya pula.



"Eleh…mengada-ngada. Tak kuasa nak rindu-rindulah."



Akhirnya kedua mereka ketawa bersama dengan usikan masing-masing.



"So, lepas ni Am boleh sambung mengurat Leya semulalah ya?" Idzham mengenyit matanya pada Aleya.



"Idzhammm….." Aleya menjerit halus mendengar kata-kata Idzham tersebut. Bukannya marah pun. Sekadar jerit serak-serak manja. Pipi Aleya kelihatan semakin memerah.

shy love

Akhirnya Aleya menunduk menahan rasa malu.

1 comment:

  1. besh lar citer nieyh!!!!tp naper ssh nk cr episod nyeR.......trpksa skip episod.........hurmmm......

    ReplyDelete