Idzham-Aleya
Musim Bunga-Bunga Cinta Kita
"Ni apa kes monyok semacam?" tegur Arisa pabila dilihat muka Aleya monyok semacam sejak balik dari pejabat tadi. Tadi semasa diajak makan malam pun tak mahu juga.
"Hei Leya kau ni apa hal? Kau dah terlanggar ayam melintas ke?" Tanya Arisa lagi bila dilihat Aleya masih tidak menjawab pertanyaannya.
"Aleya!!!" Jerit Arisa agak kuat di telinga pabila Aleya masih lagi mengalamun dan tidak menjawab pertanyaannya.
"Wei, apahal kau jerit kat telinga aku ni? Cair taik telinga aku tau." Marah Aleya bila Arisa menjerit di telinganya.
"Dah aku tanya kau tak jawab. Mengalamun je. Macam manalah aku tak menjerit. Geramlah aku bila tanya kau tak jawab. Aku tanya kucing jiran sebelah tu pun dia tahu nak menjawab." Bidas Arisa semula.
"Aku dengarlah. Sejak bila pula kau menceburkan diri dalam bidang bersoal jawab dengan kucing jiran sebelah tu? Kau bukan ke tak beberapa gemar dengan spesis kucing?" Musykil pula Aleya dengan Arisa. Setahu dia, kawan baik dia ni bukannya suka sangat dengan kucing.
"Dah tahu dengar apasal tak jawab? Bukannya susah soalan aku tu macam taraf soalan student PhD. Taraf soalan periksa budak tadika je. Tak pasal-pasal aku terpaksa membazirkan air liur aku untuk bertanya banyak kali.
Kau tak pernah nampak ke aku selalu borak dengan 'Johnny' rumah sebelah tu? Kan aku dalam misi mengurat jiran sebelah tu. Sebelum mengurat jiran sebelah, kenalah aku ngurat kucing dia dulu. Marketing Strategy tu beb." Arisa tersengeh lebar selepas menjawab kemusykilan Aleya terhadap hubungan baiknya dengan kucing jiran sebelah.
"Kau ni Risa nak kata tak pernah masuk tadika, setahu aku kita berdua pergi tadika yang sama dulu. Budak tadika mana ada ambil periksa. Dah tu, ada hati juga tu nak mengurat mamat expatriate sebelah rumah."
Rasa macam nak gelak je dekat teman serumahnya tu. Tapi nanti kecik hati pula dia. Manalah dia dapat idea sebelum nak mengurat lelaki, kena mengurat kucing nya dulu. 'Johnny' tu kucing belaan Mr. Rain Adam, jiran sebelah mereka. Mr. Rain Adam merupakan lelaki keturunan American-Korean yang bertugas sebagai senior-engineer di salah sebuah kilang Multinational Company di Malaysia. Mamat yang berkuturunan Korea tetapi membesar di USA tu memang rajin menegur mereka. Terutamanya Arisa. Arisa pula si peminat soap drama Korea, memang suka betul bila dapat jiran sebelah yang katanya kembar seiras Dennis O'.
"Eh, ye ke tak ada exam? Aku lupalah Leya. Ye lah dah lebih dua dekad aku meninggalkan alam tadika. Alah, kau kan dah ada Abang Perasan Bagus tersayang, aku pun nak lah ada cik Abang Uppa Adam tersayang juga. Leya cut the crap okay, soalan aku kau tak jawab lagilah."
"Kau kalau tak sebut nama mamat tu boleh tak? Aku tengah angin tahap gaban dengan dia ni!" Suara Aleya kedengaran agak keras menegur Arisa bila mendengar nama Abang Perasan Bagus disebut-sebut oleh sahabatnya itu.
"Lah apasal pula ni? Pagi tadi aku tengok kau masih senyum simpul lagi masa berbual di telefon dengan mamat tu. Tak sampai 24 jam dah angin taufan Rita pula? Pasal nilah yang ko monyok semacam sampai aku tanya pun tak nak jawab?" Tanya Arisa.
Aleya tidak menjawab. Dia hanya mengangguk kecil. Serentak dengan itu juga, telefon bimbit di sisinya berbunyi. Lantas di padamkan panggilan yang masuk itu pabila melihat nama 'Am Buchuk' yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu. Benci! Memang busuk pun mamat tu.
"Tu apasl tak nak jawab? 'Si dia' lah tu ek?" Arisa bertanya lagi pabila melihat segala perilaku sahabatnya itu sejak tadi.
"Hmmm…Hmmm..." Itu sahaja jawapan Aleya.
"Kau orang berdua gaduh pasal apa sampai monyok begini kau dibuatnya?"
Arisa pelik melihat Aleya. Setahu dia semenjak sehari selepas Aleya meluahkan kekesalannya menolak cinta Idzham padanya, sahabatnya itu sudah ceria kembali. Dia tahu Aleya sudah semakin rapat semula dengan Idzham.
Selepas Aleya meluahkan rasa kesalnya pada Arisa malam tu, pantas sahaja dia mula menjalankan operasi menyelamatkan hati sahabatnya dari lebih parah lagi. Malam itu juga dia menghantar mesej ke telefon bimbit Idzham kononnya meminta tolong supaya lelaki itu datang ke rumahnya untuk mengambil pakaian yang hendak diberi pada anak-anak yatim di rumah Raudah. Dia terpaksa menipu Idzham dengan harapan Aleya akan mendapat peluang untuk berhadapan dan menerangkan perasaan sebenarnya pada jejaka tersebut.
Hasilnya, sekembali dari perkelahannya di PD hari itu, sahabatnya Aleya sudah kelihatan riang-ria sehingga ke hari-hari seterusnya. Dia sebagai sahabat hanya memerhati dan bersyukur di atas kegembiraan Aleya meniti hari-harinya yang semakin mekar dengan bunga-bunga cinta bersama Idzham. Sepagi hari sebelum keluar ke tempat kerja pasti telefon Aleya berbunyi dengan panggilan Idzham. Hanya sekadar ucapan selamat pagi dari sang arjuna hati dan laporan jadual seharian mereka pada hari itu. Malam sebelum tidur juga mereka akan bergayut lagi. Hati tengah hangat dengan rasa cinta, bab nak menambahkan lagi kekayaan Telekom Malaysia pun tak ada masalah. Itu belum masuk lagi janji temu bersiar-siar bersama-sama di hujung minggu. Sebelum ini, kalau hari minggu, Aleya lah si sleeping beauty. Paling awal bangun pun pukul 10 pagi. Nak qadaq' tidur seminggu katanya. Tapi semenjak dua menjak ni, seawal subuh hujung minggu Aleya dah terjaga. Bersedia untuk acara dating bersama Idzham.
Dengarnya selalu juga mereka makan tengah hari bersama. Selalunya kata Aleya, Idzham yang datang jumpa dia di pejabat. Mentang-mentang dia bertindak sebagai peguam syarikat tersebut, ada sahaja alasan yang diberi untuk asyik berulang-alik ke pejabat Aleya. Sedangkan setakat kerja menghantar sehelai dua dokumen, boleh sahaja suruh budak pejabatnya hantar. Aleya pernah beritahu dia Idzham memang tak kisah nak berulang alik jumpa dia di pejabat sebab boleh claim mileage atas urusan pejabat cum jumpa buah hati. Tergeleng kepala Arisa mendengarnya. Boleh bankrupt syarikat kalau ada sepuluh pekerja macam Idzham. Nasiblah pejabat Idzham yang terletak di Petaling Jaya tu dengan pejabat Aleya yang terletak di Bangsar bukannya jauh mana pun.
Itulah kisahnya kehangatan bunga-bunga cinta Idzham dan Aleya. Sahabatnya itu pun asyik senyum memanjang sekarang ni. Sampai dalam tidur pun boleh senyum. Hati tengah bahagialah katakan. Tapi kini melihat sahabatnya itu yang monyok, dia mula musykil. Apa yang tak kena pada pasangan sensasi tu sampaikan Arisa sebut nama Abang Perasan Bagus pun, Aleya boleh naik angin?
"Arisssaaaa…" jerit Aleya pada telinga Arisa pula.
"Hey, yang kau pergi jerit dekat telinga aku pula apasal? Edisi balas dendam ke?"
"Dah aku cakap dengan kau, kau tak nak dengar. Yang kau pergi layan blues apa hal? Tak apalah kalau kau tak nak dengar aku bercerita. Aku pergi panggil Mr. Adam lah suruh dengar masalah negara aku." Rajuk Aleya.
"Eh – eh – eh , jangan nak mengada-ngada nak pergi bercerita dengan Abang Uppa Adam aku ya. Private Property tu. Penceroboh akan didakwa." Sanggah Arisa cepat-cepat pabila mendengar kata-kata Aleya.
Aleya tergelak melihat telatah Arisa yang kalut tiba-tiba. Gelak tawanya yang pertama hari ini selepas bergaduh dengan Encik Abang Perasan Bagusnya siang tadi.
"Alah, aku gertak je lah. Aku tengah serabut, kau boleh pula berangan-angan sampai langit ke tujuh. Tak sampai hati aku nak bercerita dengan Abang Uppa Adam kau tu. Sian dia nanti tak faham apa aku kata. Aku mana tahu nak cakap Korea dengan Uppa kau. Kau seorang je yang faham bahasa alien dia tu."
"Sampai hati kau mengata cik abang aku ye. Sorry lah tadi aku sibuk mengenang ceritera cinta kau dengan 'si dia'. Cuba kau ulang suara dekat aku. Pagi tadi aku tengok kau okay je. Tapi sekarang ni, apa pasal pula kau monyok? Apa mamat tu dah buat pada kau?" Tanya Arisa sekali lagi. Silap dia juga tadi, dah bertanya lepas tu boleh buat sesi rewind balik kisah cinta kawannya pula.
"Tadi kita orang pergi makan tengah hari macam biasa…" Aleya memulakan kisah penyebab rasa monyoknya hari ini.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Hari itu, tepat jam satu Idzham sudah sedia menunggu di ruang penyambut tamu ofis Aleya untuk makan tengah hari bersama-sama. Semenjak sesi meluahkan rahsia rasa hatinya hari itu, mereka semakin rapat. Idzham yang menerima dengan hati yang terbuka akan penjelasan Aleya hari itu meminta gadis itu untuk memberi mereka peluang untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam. Walaupun tiada lagi kata cinta yang dilafazkan di bibir masing-masing, namun kini mereka cukup memahami apa yang tersirat di hati mereka. Malah perlakuan mereka yang saling mengambil berat diantara satu sama lain dan menghabiskan masa bersama sudah cukup sebagai tanda bahawa mereka berkongsi rasa yang sama.
Malah hubungan rapat di antara mereka juga sudah menjadi topik hangat chitchat 'Pagi di Era' bagi cik kiah-cik kiah ofis Aleya. Deejay utama yang tukang buka topik pastinya si Dania. Asal sahaja nampak Idzham datang ofis mereka, habis disakatnya Idzham dan Aleya. Idzham tak apalah, dia lelaki telinga tebal. Lagi orang bercakap pasal hubungan mereka, lagilah dia seronok tersengeh lebar. Aleya juga yang penat menahan malu digiat dengan Idzham oleh rakan-rakan sepejabatnya. Yalah, dia kan wanita. Kalau ya pun dia suka Idzham kenalah cover sikit walaupun bosnya sendiri pun sudah tahu hubungan mereka berdua.
Puan Sharina, bosnya siap tumpang sekaki mengusik Aleya dan Idzham. Pada Aleya dikatanya, "Hmmm… Aleya saya dah asyik terbau nasi minyak kat ofis ni. Bila lagi nak edar kad jemputannya?"
Jawab Aleya dengan yakinnya, " Kenduri saya tak pakai nasi minyak Puan Sharina, saya hidang chicken chop je. Saya jemput pun pakai email sahaja. Saya nak jimat kertas sebagai langkah untuk membantu memelihara alam sekitar dengan menghalang pokok-pokok daripada ditebang."
"Idzham cepat-cepat ikat Aleya tu, nanti bolehlah ofis ni dapat diskaun yuran guaman awak ya?" itu pula usikan Puan Sharina pada Idzham.
Idzham pula dengan sengihan lebarnya dan penuh keyakinan menjawab, "Ditanggung beres Puan."
"Encik Idzham, Dania happy betul kebelakangan ni tau. Ofis ni aman damai je sekarang. Tak ada dah puting beliung kalau Encik Idzham datang sini. Saya tak perlu risau dah kalau-kalau meja kerusi ofis ni nak terbalik lagi." Omel si Dania pula bila nampak bayang Idzham muncul di pejabatnya. Aleya pula pasti menjeling maut pada Dania bila mak cik seorang ni pandai-pandai buat komen sarcastic ala-ala Simon Cowel juri American Idol tu.
Mereka ni memang teruk betul. Agaknya semua pakat-pakat nak kenakan dia. Idzham pula langsung tak boleh harap. Orang usik begitu, lagi dia seronok. Dalam banyak-banyak manusia kat ofis tu yang dia kenal, hanya seorang sahaja yang dia perasan tak ada komen langsung yang keluar daripada mulutnya. Malah dia seolah-olah mengelat dari berurusan dengan Aleya kebelakangan ini. Syed Akashah. Ya, serasa dia mamat tu seolah-olah macam menjauhi dia sejak hubungan dia dengan Idzham semakin tersebar ke seluruh cakerawala ofis ni. Lantaklah, bukannya ada kena mengena pun Syed Akashah tu dengan hidup Aleya. Setakat hubungan antara pengarah syarikat dan penolong setiausaha syarikat sahaja. Yang penting, Aleya ada Abang Amnya. 'Am Buchuk' gelaran baru buat arjuna hatinya. Sekali pandang, perkataan tu macam adik-beradik Am Bank pula.
Eh, lama pula Aleya mengulas ceritera cintanya dengan Idzham. Sian Abang Am tu dah menunggunya lama di bawah untuk makan tengah hari. Sesampai Aleya di lobi, Idzham dah buat muka empat belas.
"Sorry Am, Leya terleka buat kerja tadi. Lupa pula Abang Perasan Bagus Leya dah menunggu kat bawah." Aleya menayang muka seposennya meminta pengertian dari sang arjuna hatinya.
"Ya lah, kerja tu lagi penting dari Am kan. Siapalah kita ni kan."
"Am, Leya dah minta maaf kan? Leya tak sengaja lah. Macam ni Leya naik baliklah, malas nak makan." Rajuk Aleya bila Idzham berkata begitu.
"Jangan nak mengada-ngada ye cik kak. Cik abang awak ni dah penat-penat datang sini, dia tak nak pergi makan pula. Jomlah sayang, Am laparlah. Dari pagi tak breakfast. Sibuk dekat court tadi. Nanti Am sakit, siapa susah? "
"Am lah suka sangat cakap macam tu. Nak merajuk-rajuk pula. Leya merajuk balik baru tahu kelam-kabut."
"Alah, saja je nak bermanja-manja. Lagipun merajuk pada yang sayang tak salah kan?"
"Siapa ye budak malang yang nak sayang-sayang dekat dia tu?" Aleya buat-buat konon tidak tahu orang yang dimaksudkan.
"Siapa ya? Anak katak makan tahu, dia buat-buat tak tahu pula… Leya lah orangnya kan?" Seraya itu, Idzham mengenyit matanya pada Aleya. Tika itu mereka dalam perjalanan ke tempat makan berhampiran ofis Aleya.
"Eleh…perasan orang nak sayang dia. Dasar Abang Perasan Bagus. Dahlah perosak bahasa. Ada ke patut pakai pantun macam tu." Seraya berkata begitu Aleya tergelak.
Idzham juga tergelak mendengar kata-kata Aleya. Semenjak mereka semakin rapat kebelakangan ini, dia tidak kisah lagi Aleya nak panggil dia Perasan Bagus. Panggillah apa pun, semuanya sedap pada pendengarannya. Orang tengah mabuk cintalah katakan.
Sesampai mereka di deretan kedai makan di situ, Idzham meminta Aleya memilih tempat makan mereka.
"Leya nak makan apa hari ni?"
"Rasa macam nak makan Spaghetti Bolognese. Kita pergi Secret Recipe ye?"
"Okay. At your service my lady. Ni tiba-tiba nak makan spaghetti kenapa? Mengidam ye sayang???"
"Mana ada. Tadi Am yang suruh Leya pilih kan?" Aleya berkata manja pada Idzham. sebenarnya dia rasa malu setiap kali Idzham memanggilnya sayang. Mukanya pasti merah selepas itu.
"Hmm..tengok dah merah muka tu. Leya kena biasakan tau lepas-lepas ni kalau Am panggil sayang. Mana boleh malu-malu. Faham tak sayang?"
Aleya hanya tunduk mendiam mendengar usikan Idzham. Idzham pula gemar benar merenung wajah gadis dihadapannya yang menunduk malu begitu. Comel. Macam gadis pingitan.
"Am, boleh tak jangan tenung muka Leya macam tu? Seganlah." Tegur Aleya bila tidak tahan direnung begitu.
"Habis Am nak tenung apa? Makanan tak sampai lagi. Am tenunglah Leya. Karang Am tenung perempuan lain, ada pula yang cucuk mata Am ni. Tak pasal-pasal jadi 'Abang Perasan Bagus cap Selamat' Kata Idzham merujuk pada garfu dan sudu yang baru diletakkan oleh pelayan Secret Recipe tersebut dihadapan Aleya.
Aleya membelek garfu dihadapannya itu. "Kalau Am tenung perempuan lain, Leya tak kisah. Leya tak akan beraninya nak cucuk garfu dekat mata lawyer. Nanti tak pasal-pasal dia saman Leya pula. Kalau Am tenung perempuan lain, Leya pun boleh tenung lelaki lain." Keningnya diangkat seolah-olah mencabar Idzham. Matanya saja-saja dilirikkan pada meja di belakang Idzham.
Idzham yang mendengar kata-kata Aleya tersebut dan melihat pada aksi jelingan Aleya segera memusingkan kepalanya 135 darjah ke kanan. Melihat apa yang dipandang kekasih hatinya itu.
'Syed Akashah!' Rasa nak tercabut biji mata Idzham melihat Syed Akashah yang duduk berseorangan di meja belakangnya. Betul-betul menghadap Aleya yang duduk bersetentangan dengannya. 'Menyibuk betul mamat ni.' Desis hati Idzham.
"Aleya kita tukar tempat. Aleya duduk tempat Am ni." Arah Idzham tiba-tiba.
"Kenapa?" Aleya bertanya sambil tersenyum-senyum melihat lagak Idzham. Rasa nak tergelak dalam hatinya melihat Idzham mula panas punggung jealous memandang Syed Akashah yang duduk bersetentang dengannya.
"Duduk je lah tempat Am ni. Jangan mengada-ngada nak berlawan pandang dengan bos kesayangan awak tu." Suara Idzham kedengaran agak marah sedikit.
"Ye lah. Oh no, my beloved Encik Perasan Bagus are deeply in jealousy." Giat Aleya pada Idzham. Akhirnya keluar juga gelaknya melihat telatah Idzham yang tiba-tiba cemburu.
"Of course my dear. Remember that you are dating with me now. Jangan megada-ngada nak flirt dengan jejaka lain. Especially dengan Buaya Jadian tu."
"Janganlah risau. Aleya tak pandangnya kategori Buaya Jadian tu. Leya hanya pandang lawyer yang bergelar Encik Perasan Bagus. Tak ada siapa boleh lawan title tu tau. Sikit punya penat Leya nak mengurat orang tu tau, nak layan rajuk dia lagi…Right?" Ketika itu mereka telahpun bertukar tempat duduk seperti yang dipinta Idzham.
"Ye lah tu. Tadi dah main mata dengan Buaya Jadian tu, sekarang nak bodek Am pula ya. Pandai ya sayang ni..."
Aleya hanya tergelak mendegar kata-kata Idzham. Dah panggil aku sayang tu, jawabnya tak payah lah nak susah-susah mengayat Idzham lagi supaya terpujuk. Kira dah okay semula lah tu mood dia.
"Leya…" suara Idzham lembut memanggil setelah agak lama mereka terdiam.
"Hmm… Ada apa ni panggil nama orang lembut-lembut ni?" Tanya Aleya sambil tangannya sibuk menguis spaghetti dalam pinggannya.
"Leya cuba tengok budak kecil yang duduk belakang Leya tu. Comel kan?"
Aleya memandang kebelakang. Syed Akashah tidak lagi berada di belakangnya. Sudah balik agaknya. Tempat yang diduduki Syed Akashah tadi telah diambil alih oleh sebuah keluarga yang terdiri daripada si Ibu bapa dan sepasang anak kecil yang sememangnya comel. Serasanya umur mereka dalam lingkungan tiga ke empat tahun.
"Comel. Kenapa? Dah teringin nak ada anak ke?" Tanya Aleya
Idzham tergelak kecil. "Teringin juga. Umur Am pun dah nak masuk tiga puluh tahun. Umi kat kampung pun dah bising suruh Am kahwin. Leya nak berapa orang anak ya?"
"Leya nak empat orang anak. Dua lelaki, dua perempuan." Selamba Aleya menjawab, memberitahu angan-angannya pada Idzham.
"Hmmm…empat orang ye? Okaylah tu kan. Tak sikit sangat, tak ramai sangat kan sayang? Nanti Leya boleh bersalin dekat Damansar Specialist Hospital (DSH). Hospital tu bagus tau. Firma Am ada panel dengan DSH tu. Senang sikit. Bila ada baby, Leya duduk rumah jaga baby. Am pergi kerja. Masa tu Am dah ada firma sendiri. Rasanya in few years time, Am dah set-up firma sendiri. Best kan Leya?"
Aleya yang mendengar perancangan Idzham tu rasa nak marah tiba-tiba. Suka-suka hati je Idzham buat perancangan sendiri. Aleya tak pernah fikir bila ada baby sendiri nanti dia nak duduk rumah jaga baby je. Dia masih nak bekerja walaupun ada baby. Dia wanita moden yang bekerjaya. Dia juga punya cita-cita tersendiri.
"Mana boleh macam tu. Bab hospital Leya tak kisah. Tapi bab nak duduk rumah je jaga baby, Leya tak setuju. Dekat KL ni merata childcare centre. Leya still nak kerja walaupun dah ada anak." Tegas Aleya.
"Apasal pula tak boleh jaga sendiri. Am tak percaya lah nak tinggalkan anak dekat nursery. Sekarang ni banyak kes budak-budak kena dera. Baby pun boleh kena rogol tau." Idzham menegakkan pendapatnya pula.
Perbincangan mereka tiba-tiba menjadi hangat dengan pergaduhan yang tidak terjangka. Dari perbincangan impian masa depan mereka di saat melihat kanak-kanak comel yang duduk di belakang Aleya, kini mereka berdebat pula dengan isu masa depan mereka yang masih tiada kepastiannya lagi.
"Excuse me, sekarang zaman moden. Mana ada perempuan yang nak duduk rumah lagi jaga anak. Leya tetap nak kerja lepas ada anak." Bentak Aleya.
"Leya ni degillah, Kita belum kahwin lagi Leya dah degil macam ni." Marah Idzham.
Aleya terdiam mendengar kata-kata Idzham yang terakhir. Tiba-tiba dia tersedar saat Idzham berkata dengan nada nada tinggi bab kedegilannya dan bab mereka belum berkahwin lagi. Entah kenapa hatinya rasa luluh mendengar kata-kata Idzham tu. Lantas dia bangun dari duduknya itu dan meninggalkan restoran tersebut dan spaghettinya yang masih belum habis dimakan. Idzham pula terpinga-pinga melihat tindakannya itu.
BaB 14 (b)
Idzham - Aleya
(Sambungan Musim Bunga-Bunga Cinta Kita)
Arisa yang mendengar cerita aleya, rasa nak ternganga mulutnya seluas-luas alam. Biar benar sahabatnya seorang ni? Pasal kes nak jaga anak sendiri atau nak tinggalkan dekat nursery yang digaduhkan dengan kekasih hatinya sampai monyok begini? Arisa merenung wajah Aleya yang kembali monyok semula.
"Sebelum aku sebagai juri professional nak bagi komen untuk masalah Negara kau, aku nak tanya sesuatu yang aku masih musykil. Kau dengan mamat yang kau tak nak aku sebut namanya tu, dah declare belum?"
"Declare? Declare apa? Declare harta ke?" Tanya Aleya yang merasa bingung dengan pertanyaan Arisa.
"Apa kejadahnya nak declare harta? Kau ingat Jabatan Perbendeharaan Negara ke nak kena declare harta? Maksud aku, kau dan si nama tak boleh disebut tu dah declare as boyfriend and girlfriend ke? As a couple?"
"Tak ada pula. Kena ke?" Tanya Aleya dalam kebodohannya tentang perkara ini. Tak tahu pula dia jatuh cinta pun kena declare.
"Tak ada? Benda ni taklah wajib pun. Biasanya bila seorang lelaki dan perempuan jatuh cinta antara satu sama lain, dia orang ni akan declare sebagai pasangan bercinta. Tapi biasanya yang selalu buat kerja declare ni budak-budak remaja yang bercinta. Orang-orang dewasa kalau bercinta cukuplah setakat mengaku cinta antara satu sama lain. Dalam Islam pun mana ada benda-benda begini. Declare tu cuma bila masuk bab akad nikah je.
Tapi yang aku tak faham tentang kau orang berdua ni, tadi kau kata kau orang tak pernah mengaku pun cinta antara satu sama lain kan? Cuma dia selalu panggil kau sayang dan kau pun suka dekat dia kan? " Terluah pertanyaan tersebut dari mulut Arisa. Aleya hanya mengangguk mengiakan.
"Pada pendapat aku, kau orang punya status hubungan ni kira complicated sungguh. Nak cakap bercinta tak ada agreement declare apa-apa lagi. Nak kata tak bercinta kau orang dah siap gaduh pasal siapa nak jaga anak. Apa yang tak kena tentang kau orang berdua pun aku tak tau. Hal yang sikit punya jauh lagi perjalanan pun nak bergaduh. Berdebat macam esok kau dah nak bersalin je." Ulas Arisa pada Aleya.
"Aku pun tak tahu macam mana nak terangkan. Memanglah aku dan dia tak pernah cakap apa-apa pasal arah tujuan hubungan kita orang. Masa mula-mula kita orang baik hari tu dia ada cakap nak mengurat aku balik. I took his word as a joke in his seriousness about this. Selepas tu memang kita orang jadi rapat dan kita orang ambil berat hal masing-masing. Aku rasa, dengan itu dia sendiri pun faham-faham sendiri yang aku suka dia. Dan aku pun faham-faham sendirilah yang dia suka aku lebih dari seorang kawan. Lagipun aku mana ada experience bab-bab declare ni. Akukan tak pernah bercinta. Pasal apa yang kita orang gaduhkan tu, memanglah macam tak patut. Tapi dia yang mula dulu buka topik tu. Yang aku angin sungguh dengan dia, dia boleh kata aku degil. Ada ke patut?"
"Heh, bukankah kau memang jenis degil? Aku rasa mama kau pun selalu kata macam tu."
"Alah, aku degil on certain things je. Tapi dalam bab ni, yang dia pandai-pandai nak tetapkan masa depan aku apasal? Aku cuma pertahankan hak aku saja. Ada rasa sakit hati… ada rasa sedih tahu tak bila orang yang kita sayang buat macam tu. Cuba Mr. Uppa Adam kau buat macam tu? Apa kau rasa?" Luah Aleya.
"Mr. Uppa Adam aku tu tak akan buat macam tu punya. Kalau dia marah aku, aku balas balik bahasa Jawa. Bukannya dia faham pun. Bahasa Melayu baku pun semput dia nak faham." Balas Arisa dengan bangganya.
"Biasalah Aleya, bila jatuh cinta tak semuanya indah belaka. Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pula dua orang manusia yang berbeza jantina dan pandangan. Tak apa Leya, semua ni akan jadi panduan buat kau dan dia dalam meniti hubungan kau orang untuk hari-hari yang mendatang. Kalau benar dia sayangkan kau, dia akan pujuk kau punya. Dahlah jangan fikir banyak-banyak lagi. Kau tu pun kalau dia telefon, janganlah degil sangat tak angkat. Sian Abang Perasan Bagus kau. Dulu tu kau reject dia, dia setakat merajuk je. Nanti kau tak nak layan dia dah, mahunya dia terjun dari puncak KLCC tu."
Nasihat Arisa yang panjang lebar tu meresap juga ke kepala Aleya. Dia sedar yang dia masih terlalu mentah dalam melayari hubungannya dengan Idzham. Masih banyak kesesuaian yang perlu dicapai diantara mereka. Dengan sesungguh hatinya dia mengaku yang rasa sayangnya pada Idzham terlalu dalam. Dia bahagia bersama Idzham. Dia sanggup berjanji untuk setia selamanya pada Idzham jika benar sang arjunanya itu juga benar-benar tulus menyayanginya. Dia tak mahu mencari cinta lain lagi jika benar lelaki itulah yang dijanjikan buatnya.
Saat itu, Aleya dan Arisa hanya berdiam diri melayan perasaan masing-masing. Aleya sibuk memikirkan pasal Idzhamnya. Arisa pula sibuk memikirkan bilalah dia akan berjaya mengurat Mr. Rain Adamnya.
Tiba-tiba lamunan mereka terganggu dengan deringan telefon rumah mereka yang menandakan ada panggilan masuk. Arisa pantas mengangkatnya dan menjawab. Tidak lama kemudian, ganggaang tersebut dihulurkan pada Aleya.
"Nah, jawablah. Dia nak cakap dengan kau." Beritahu Arisa.
Aleya hanya mengeleng tanda tidak mahu menjawab panggilan Idzham.
"Leya, please… Kita dah bincangkan tadi hal ni? Dengarlah dulu apa dia nak kata. Tak elok kau terus berdegil macam ni. Jawablah ya. Aku masuk bilik dulu. Take your time." Lantas cordless phone itu diserahkan di tangan Aleya dan dia berlalu masuk ke biliknya.
Aleya melekapkan ganggang telefon tersebut ke telinganya.
"Hello… Leya? Are you there? Am here. Please don't hang up sayang…" Suara Am dihujung talian kedengaran agak perlahan.
"Hmmm… Am nak apa?" Jawab Aleya pantas. Suaranya ditegaskan sedikit. Biar mamat tu sedar tahu betapa sakitnya hati Aleya dimarahi siang tadi.
"Leya, kenapa tak jawab call Am dari tadi? Am risau betul bila Leya tiba-tiba tinggalkan restoren tu tadi. Kenapa Leya?" Luah Idzham akan kebimbangannya terhadap Aleya sejak tadi.
"Huh, Am boleh tanya kenapa dekat Leya?" Soal Aleya semula dengan geram. Dia suka-suka marah orang, lepas tu boleh tanya kenapa dekat aku.
"Am minta maaf sebab tiba-tiba marahkan Leya tadi okay. Am tahu Am tak patut kata begitu pada Leya. I'm so sorry okay sayang?" Begitu lembut sekali suara Idzham. Itulah lelaki, bila nak minta maaf lembut lagi gigi dari lidah.
"Buat apa nak minta maaf pada Leya. Leya bukannya sesiapa pun. Leya pun patut sedar, antara kita bukannya ada apa-apa." Suara Aleya mula kedengaran sebak. Dia teringat perbincangannya dengan Arisa tadi. Antara Aleya dan Idzham tak pernah ada kata cinta yang dilafazkan.
"Leya, kenapa cakap macam ni? Leya tahu kan yang Leya betul-betul bermakna pada Am? Am yang salah sebab pandai-pandai cuba tentukan masa depan kita. Sepatutnya kita bincang bersama. Bukannya bertelingkah pendapat. Am betul-betul minta maaf Leya. Tolonglah Leya, Am tak mahu Leya terus-terusan macam ni. Am tak sanggup dah nak kehilangan Leya lagi." Rayuan Idzham pada Aleya makin membuatkan Aleya sebak.
"Idzham, sudahlah tu. Dari mula lagi, kita tak sepatutnya membincangkan hal tu. Leya sendiri bersalah sebab beri respon pada soalan Am. Betul cakap Arisa tadi, antara kita tak pernah ada janji apa-apa. Kita tak pernah declare apa-apa. Buat apa kita nak susah payah peningkan kepala fikirkan hal ini."
"Leya! Kita bukannya budak remaja lagi nak declare 'I love you, you love me. So we are officially a couple.' Kita masing-masing dah dewasa. Tak perlu semua tu lagi. Apa yang penting, Am tahu perasaan Leya dan Leya tahu perasaan Am. Insyaallah kalau ada jodoh, Am tak mahu hubungan kita berlalu begitu sahaja. Am nak Leya sentiasa bersama-sama Am sampai ke akhir hayat kita."
Aleya benar-benar terharu mendengar luahan hati Idzham. Siapa kata kalau nak bercinta perlu declare dengan perkataan 'I love you' sahaja. Banyak cara lagi untuk memeterai janji cinta. Rasanya apa yang diluahkan Idzham tadi adalah salah satu darinya. Cara yang lebih dewasa. Terasa ada air mata mula mengalir keluar membasahi pipinya. Suara sebak Aleya semakin ketara.
"Leya menangis ke? Sayang janganlah menangis. Please dear… Am datang rumah Leya ya? Kita jumpa sekejap." Pujuk Idzham pabila dia mendengar bunyi sedu tangis kekasih hatinya semakin ketara.
"Tak apalah Am. Dah malam sangat ni. Jangan bimbang, Leya taka pa-apa." Aleya cuba menghentikan rasa sedih di hatinya dan meyakinkan sang arjunanya. Dia tak mahu menyusahkan lelaki itu memandu dari Ampang ke Kajang semata-mata mahu menenangkan hatinya. Hatinya telah terpujuk mendengar pengakuan Idzham tadi.
"Macam mana boleh Am tak bimbang Leya. Am tak nak Leya masuk tidur dengan perasaan tak tenteram macam tu. Nanti Am sendiri tak lena tidur. Am tak mahu puteri hati Am bersedih. Am datang ya?" Pujuk Idzham lagi.
"Tak apa Am. Tak ada apa-apa yang nak dirisaukan lagi. Leya dah okay. Leya yang terlebih emosional tadi. Leya cuma rasa geram bila Am marah Leya siang tadi. Lepas tu fikir benda yang bukan-bukan pula bila Arisa provoke Leya tadi."
"Apa yang Arisa cakap dekat Leya tadi?" Tanya Idzham inginkan kepastian.
"Dia kata antara kita tak pernah declare apa-apa, so buat apa Leya nak susah hati bil Am marah Leya." Terang Aleya jujur.
"Hah, dia cakap macam tu pada Leya? Pandai-pandai je bagi nasihat yang terpesong akidah tu dekat kekasih Am. Cakap dekat dia, Am nak rotan dia bila Am jumpa dia nanti. Siapa suruh dia pergi racun fikiran Leya?" Suara Idzham kedengaran agak serius.
Aleya cuma tergelak mendengar kaat-kata sang arjuna hatinya.
"Kenapa sayang gelak?" Tanya Idzham bila mendengar tawa Aleya. Namun hatinya lega kerana kekasih hatinya telah kembali ceria dan tidak lagi merajuk dengannya.
"Tak ada apa-apalah. Nanti Leya sampaikan pada dia yang Am nak rotan dia ya. Fikiran Leya dah clean and clear balik bila Am cakap macam tu tadi. Leya pun harap semoga Am sentiasa ada disamping Leya sehingga ke akhir hayat." Luah Aleya.
"Thanks sayang sebab memahami Am. Hmmm… tiba-tiba rasa rindu sangat dekat Leya."
"Sama-sama. Lagipun salah satu maksud cinta ialah kita kena ikhlas memberi dan menerima kan? Leya pun rindu dekat Am. Sabarlah, esok kita boleh jumpa kan?" pujuk Aleya pada sang arjunanya.
"Esok tak dapatlah Leya. Am ada dekat Sabah ni. Dekat Kota Kinabalu. Tulat baru kita boleh jumpa."
"Hah, Am ada dekat KK? Buat apa? Bila masa pula Am pergi?" Aleya benar-benar terkejut. Serasanya tengah hari tadi baru mereka berjumpa. Tak ada pula Idzham kata apa-apa tentang pemergiannya ke Sabah.
"Petang tadi. Tadi after habis lunch dengan orang yang merajuk tadi, Am dapat panggilan supaya balik ofis. Dapat arahan untuk pergi KK. Ada kes nak diselesaikan. Flight pukul 6 petang. Terus Am balik rumah, pack baju lebih kurang terus pergi KLIA naik teksi. Am cuba call Leya nak beritahu pasal ni. Tapi dah orang tu merajuk dengan kita, mana dia nak layan Am call kan…"
"Ye lah tengah marah, macam mana nak jawab call. Ni buat call dari Sabah lah ni ya? Tak mahal ke cakap lama-lama ni?"
"Tak apa mahal sekalipun. Yang jadi kaya pun Telekom Malaysia juga. Bekorban untuk Negara apa salahnya sekali-sekala. Tak ada lah sayang, Am risau kalau Leya masih merajuk lagi. Nanti tak senang Am nak buat kerja dekat sini."
"Leya taka pa-apa dah. Dah tahu ada kat Sabah tu yang tadi beria-ria nak datang jumpa apasal? Macamlah boleh sampai sekejap je." Sindir Aleya.
"Hehehe… saje je nak test Leya. Dah tahu dah Leya mesti tak kasi datang punya."
"Kalau Leya suruh datang juga tadi, macam mana?"
"Am pergilah ambik flight ke KL. Bukannya jauh pun hotel yang Am duduk ni dengan Airport."
"Kalau tak ada flight? Sekarang dah tengah malam tahu tak? Mana ada flight lagi. Kapal terbang pun tahu nak tidur."
"Am naik rakit ke, kayak ke. Asalkan dapat jumpa sayang." Canda Idzham.
Idzham ni makin romantikus pula. Setiap kali bersuara mesti ada sebut sayang. Seronoknya Aleya rasa bila diri dimanjakan begitu.
"Eleh, mengada-ngada pula Am ni. Nak naik rakit konon. Kena culik dengan lanun baru tahu."
"Apa saja untukmu…Kan ku curahkan waktu…" Idzham mula menyayi-nyanyi lagu KRU yang bertajuk 'Apa Saja' ke telinga Aleya. Nasib suara sang arjuna hatinya itu sedap. Kalau tidak maunya tiba-tiba malam ni hujan lebat, khas daang dari Sabah bah. Makin tersenyum Aleya dibuatnya dengan gelagat Idzham.
"Am… Leya dah mengantuklah. Esok nak kerja. Am pun kena kerja juga kan? Dekat Sabah tu lagi awal subuhnya tau. Leya nak masuk tidur dulu ya?" Pinta Aleya.
"Hmmm…okaylah sayang. Sian kekasih Am ni. Nanti esok Am call lagi ya? Sabtu ni Am sampai KL."
"Am nak Leya jemput ke nanti? Kata tadi Am pergi KLIA dengan teksi kan?"
"Tak apalah Leya, Am tak nak susahkan Leya. Tapi nanti sabtu malam Am nak jumpa sayang ya? Ada benda yang Am nak beritahu."
"Kenapa tak bagi tahu sekarang? Kan senang. Karang Leya pula tak boleh tidur memikirkan apa yang Am nak beritahu."
"Sabarlah sayang. Nanti tak surprise pula. Dahlah, pergi tidur ya. Sweet dream, mimpikan Am je ya sayang." Kata Am lembut.
"Hmmm…ya lah. Sweet dream to you too."
Perbualan mereka di telefon ditamatkannya. Aleya terus memadamkan lampu ruang tamunya dan menuju ke biliknya untuk tidur.
Malam itu Aleya Puteri benar-benar lena bersama mimpi indahnya setelah segala salah fahamnya dengan Idzham dileraikan. Dia tidak sabar nak menunggu hari Sabtu yang bakal menjelang untuk tahu apa benda yang penting sangat sang arjunanya tu nak beritahu…
BaB 15
Aleya
Bila Hati Mencintai
"Baru bangun sleeping beauty? " ucap Arisa apabila nampak wajah Aleya pagi itu.
Aleya tersengeh sahaja mendengar pertanyaan Arisa. Dia tahu Arisa sedang memerlinya kerana bangun lambat. Matanya dihalakan ke jam dinding di ruang tamu. Alahai?baru jam 11 pagi. Bukannya dia bangun pukul 3 petang pun. Sekali-sekali je dia bangun lambat.
"Hehehe?Ya, nampaknya begitulah wahai Dayangku?Beta baru sahaja bangkit dari peraduan. Apa yang ada untuk santapan sarapan beta di pagi Sabtu yang damai ini wahai Dayang Senandung Arisa? "
"Amboi, sedapnya panggil aku Dayang Senandung! Tak padan langsung lah Leya. Aku ni putih dan comel macam Chae-kyung 'Princess Hour' tu, Dayang Senandung tu pula gelap gelita. Sejak bila pula kau ni buta warna?
Sejak bila pula aku dilantik jadi tukang masak diraja ni ek? Dahlah bangun lambat, bangun-bangun terus tanya aku apa sarapan. Apasal tak bangun esok je terus? Tak elok bangun lambat tahu. Nanti rezeki tak masuk. Ake report dekat mak mentua kau baru padan muka."
"Alamak, Risa kau ni apasal pagi-pagi lagi dah menopause? Angin semacam je? Mama aku pun tak reti nak babbling macam kau." Ingatkan duduk menyewa sendiri jauh dari mama, tak ada orang nak marah dia kalau bangun lambat. Rupanya Arisa yang sebaya dia pun ada bakat nak ambil alih tugas mama untuk membebel kalau dia bangun lambat.
"Tak ada apalah, pagi tadi aku nampak Uppa Adam rumah sebelah tu. Pagi ni, dia tak senyum dekat aku pun" Jawab Arisa lirih.
"Ceh, pasal dia tak senyum dekat kau, kau naik angin dekat aku? Tak patut sungguh. Aku ingat mama aku dah buat penyerahan tugas pada kau untuk membebel kalau aku bangun lambat. Relaxlah, mungkin dia tak perasan kan kau. Pasal tu dia tak senyum.
"Alah Risa, aku bangun lambat sekali-sekala je. Dah lama aku tak bangun lambat hari cuti hujung minggu macam ni. Selalunya subuh-subuh hari lagi buah hati aku si Am dah kacau aku, ajak pergi dating. Sudahlah hari biasa selalunya aku tak cukup tidur pasal selalu tidur lewat. Masa lapang macam nilah aku nak qada' waktu tidur aku. Lebih-lebih lagi di saat Abang Perasan Bagus aku tu tak ada di KL sekarang."
"Oh ye, bercakap pasal buah hati kau tu, tadi dia telefon."
"Am telefon aku? Kenapa aku tak dengar?"
"Sebab kau tu tidur mati. Mr. Singa mengaum sebelah telinga kau pun, aku confirm kau tak bangun."
"Pandai-pandai je kau kata aku tidur mati. Selalunya aku dengarlah bunyi telefon. Dia telefon rumah ke? Pukul berapa dia telefon? Kau cakap aku tengah buat apa tadi?" Risau benar Aleya kalau Arisa cakap yang bukan-bukan pada Idzham.
"Tak, dia telefon handset kau lah. Kau pergi tinggalkan handset kau kat luar, memanglah tak dengar. Dia call dalam pukul 8 lebih macam tulah. Aku malas nak angkat tadi. Tapi asyik berbunyi je sampai naik pekak telinga aku, tu yang aku jawab juga. Aku cakap kau masih tengah beradu bermimpikan dia. Dia kata, baru sampai dari Sabah. Dia ada tinggalkan pesanan tadi. Tu ada tepi telefon tu aku lekat kertas post-it notes tu."
Aleya segera mendapatkan kertas yang di sebut Arisa itu. Dia mahu tahu apa pesanan Abang Perasan Bagusnya itu. Sudahlah kantoi dengan dia yang aku bangun lambat hari ni.
Leya,
Am akan ambil Leya malam ni jam 8malam untuk dinner
Pakai Black Dress ya...
Idzham si Perasan Bagus
Haaa??? Dia nak ajak dinner malam ni? Pakai black dress? Mana Aleya ada black dress untuk dinner. Sudahlah bagi short notice. Ingatkan hari tu dia kata balik Sabah nak jumpa je. Ingatkan jumpa macam biasa. Setakat pergi shopping complex atau kedai makan dan berbual melepaskan rindu sahaja. Ishh ... kalau macam ni kena pergi cari black dress ni. Jam pada dinding rumah dilihatnya sekali lagi, baru jam 11.30 pagi. Sempat lagi kalau nak pergi cari baju. Am nak jemput jam 8 malam. Maksudnya dia masih ada masa 8 jam lagi. Matanya merenung Arisa yang masih mengelamun sebab pujaan hati tak senyum padanya hari ini. Emm?kena ajak Arisa ni.
"Arissaaa? Aleya memanggil Arisa lembut. Memulakan misinya untuk memaksa Arisa mengikutnya membeli-belah.
Dia perlu memujuk Arisa untuk menemaninya membeli-belah. Kalau dia pergi sendiri, mahunya tak cukup lapan jam untuk mencari sehelai baju yang dikehendaki. Dia memang cerewet bab membeli-belah. Ada saja yang akan tidak berkenan pada matanya walaupun dia sebenarnya suka pada barang tersebut. Kalau Arisa ada menemaninya membeli-belah, kawannya ni pandai memujuk dia untuk sukakan sesuatu tanpa banyak soal. Macam pujukannya pada Aleya untuk mengaku suka pada Idzham.
"Nak apa? Bunyi macam nak minta sesuatu je?"
"Emm...kau temankan aku pergi shopping kejap, boleh? Aku kena cari black dress untuk dinner malam ni. Tolong ye?"
"Malaslas...kau pergi je lah sendiri. Aku nak duduk rumah je hari ni."
"Tolonglah, kau tahulah kalau aku pergi sendiri, confirm sampai pukul 8 malam karang pun aku tak habis pilih lagi."
"Kau nak cari kat mana?"
"Kita pergi KLCC ye. Kat situ banyak butik kan?"
"KLCC? Kau nak cari baju cap Giorgio Armani ke?"
"Giorgio Armani? Kau ingat gaji aku puluh-puluh ribu ke nak pakai baju jenama tu? Mahunya aku kena ikat perut minum air masak je untuk dua bulan kalau aku beli baju designer gay tu. Aku rasa harga baju t-shit plain dia pun mahunya sama dengan monthly payment kelisa aku tu. Aku ingat nak tengok kat Zara je, tak pun Top Shop ke?tengoklah macam mana nanti."
"Zara? Murah sikitlah berbanding kedai gay tu. Tapi tetap kategori membazirkan duit. Sebelum aku lupa, ada pesanan tambahan pihak penaja. Buah hati kau tu kata jagan pakai seksi-seksi, jangan pakai kain alas meja untuk tutup bahu." Arisa tergelak selepas menyampaikan pesanan tambahan Idzham pada Aleya. Mula-mula dia pelik juga apabila Idzham berkata begitu, kemudian terbuka juga cerita Aleya pernah menyarung alas meja untuk menutup bahunya yang terdedah depan Idzham.
"Cis, kau gelak dekat aku pasal kes alas meja tu ya. Ini mesti kerja Idzham pergi cerita insiden hari tu kat kau. Okaylah rasanya kalau kita cari dekat Zara. Sekali-sekala je shopping situ." Memang bab alas meja tu dia tak pernah cerita pada Arisa. Buat malu je nanti kalau diceritakan.
"Alah, aku dah insaflah sejak Idzham secara rasminya jadi buah hati aku. Mana ada aku pakai seksis-seksis lagi." Tambah Aleya lagi, membela dirinya.
"Whatever, tapi kau kena belanja aku dekat Madam Kwan's sebagai balasan." Arisa memberi syarat sebagai persetujuan.
"Huh, Madam Kwan's? Kalau dekat Signature food court je tak boleh ke?"
"Nak belanja aku dekat Signature food court je? Ceh, nak dinner dengan Idazham sanggup mencari baju sampai ke Zara! Dengan kawan baik kau nak belanja dekat food court je? Tak ada kompromi. Kalau nak aku teman, kena belanja aku dekat Madam Kwan's. Kalau tak, jangan harap aku nak teman." Tegas Arisa.
"Yalah, aku belanja Madam Kwan's. Sejak bila pula kau belajar demanding ni?"
"Bila lagi nak kenakan kau. Inilah masanya. Aku tahu pasal Idzham kau sanggup buat apa sahaja. Tapi aku nak ingatkan, jangan terlalu taksub dengan cinta. Kalau kecewa nanti, tak boleh bangun dah. Simpan hati kau separuh untuk diri sendiri."
"Ishh, kau ni tiba-tiba buka topik ni apasal? Janganlah nak takutkan aku." Tiba-tiba Aleya rasa seram pabila Arisa berkata begitu. Memikirkan kemungkinan yang dinyatakan Arisa begitu mengerikan bagi Aleya. Idzham tak mungkin akan mengecewakan Aleyanya. Idzham sayangkan Aleya kan?
"Aku cuma ingatkan sahaja. Aku tahu ini pertama kali kau bercinta dalam erti kata sebenar. Aku dah kenal kau lama, Leya. Kita dah kawan sejak kecil lagi kan? Aku tahu semua sejarah jatuh cinta kau. Rasanya semuanya kau pernah cerita dekat aku kan? Aku tahu kau jenis perempuan yang setia. Sekali kau jatuh cinta kau tak akan berpaling lagi apatah nak menjeling pada lelaki lain.
Sebab tu aku nak ingatkan kau. Aku tak mahu kau terlalu teruja dengan apa yang kau alami sekarang. Selagi tak ada akad antara kau dan Idzham, kau masih lagi di paras tak selamat. Pasangan yang dah nikah pun boleh bercerai, apatah lagi kau yang hanya bersatus bercinta sahaja."
"Kau ni kenapa?" Aleya masih ragu dengan motif Arisa berkata begitu padanya.
"Tak ada apalah Leya. Tiba-tiba terasa nak cakap macam ni. Aku cuma ingatkan kau. Ingatkan diri aku sendiri. Simpan separuh hati untuk diri sendiri. Jangan terlalu taksub dengan cinta seorang lelaki. Aku tak nak lihat kau kecewa. Aku sayangkan kau. Aku tahu Idzham lelaki yang baik, dia akan jaga kau dan sayangkan kau. Tapi tak semestinya lelaki yang baik tidak boleh jadi tidak baik. Lelaki zaman sekarang bukannya macam lelaki zaman Rasullullah s.a.w dan khulafa al-Rasyidin. Sebagai manusia kita kena sentiasa ingat-mengingatkan antara satu sama lain kan?"
"Thanks Arisa?I'll remember that." Ucap Aleya atas peringatan Arisa.
Namun hatinya masih ragu. Benarkah Arisa sekadar mengingatkan. Atau dia cemburukan Aleya sebab dah berteman? Atau ada sesuatu yang Arisa tahu tetapi dia tidak tahu?
Saat itu juga, Aleya teringat, Idzham ada berkata masa dalam perbualan telefon hari tu yang ada sesuatu yang dia nak sampaikan pada Aleya malam ni. Apa ya? Ada kena mengena dengan apa yang Arisa kata ke? Dia nak tinggalkan Aleya ke? Dia dah ada perempuan lain ke? Eee?takutnya Aleya nak fikirkan kemungkinannya. Minta-minta dijauhkanlah segala yang buruk-buruk.
"Dahlah, kata nak pergi shopping. Karang lambat pula. Jom bersiap Leya? Akhirnya Arisa mematikan lamunan keraguan Aleya terhadap kisah cintanya bersama Idzham.
When a Woman Loves a Man
(Westlife)
When the stars are in her eyes
And the sun is in her smile
The only moment in a life
This happens the same time
Is when a woman loves a man
She'll be a mother and a child
Sacrifice her days and nights
And no other will exist
She'll put her life in every kiss
When a woman loves a man
And you'll be amazed how when you're stumbling
She'll fight for you and won't let you give in
She'll do all that she can
When a woman loves a man
A soothing breeze always blows
Somebody understands another's soul
It's like the planets have aligned
Every sentence has a rhyme
When a woman loves a man
Oh you'll be amazed how when you're needing it
She'll fight for you from the beginning to the end
She'll do all that she can
When a woman loves a manIt's the greatest gift of all
Knowing that unconditionally
She'll catch you when you fall
When A woman loves a man
BaB 16
Aleya Puteri
Disaat hati kita bersatu...
Seperti yang dijanjikan, Idzham muncul tepat jam 8 malam di hadapan pintu apartment Aleya lengkap dengan suit serba hitam. Idzham begitu terpegun disaat Aleya muncul dihadapannya dengan halter neck bustle design evening gown bewarna putih susu.
'Putih susu? Aik, bukan ke aku pesan pada Arisa suruh Aleya pakai black dress? Adakah Arisa yang dah tersalah dengar pesanannya atau kekasihnya ni yang dah mula mengalami sindrom buta warna? Nak tanya ke tak ni? Tanya... Tak tanya...Tanya...Tak...' Idzham berkira-kira dalam hati sama ada hendak bertanya atau tidak akan kesahihan pesanannya.
"Hai, sayang... You look stunning tonight... the dress looks good on you...damn, you are beautiful." Idzham menegur Aleya yang sedang berdiri tersenyum dihadapannya. Tangannya disilang ke belakang, menyorokkan sesuatu.
"Thanks Am. Am pun apa kurangnya. You look gorgeous with that attire tonight though Leya tahu tu lah pakaian Am tiap-tiap hari kan?" Aleya tersenyum malu dengan pujian Idzham. Seperti biasa, pipinya mula kelihatan memerah pabila rasa malunya mula menjengah saat dirinya dipuji Idzham. Nasib baik dia pakai blusher sikit je tadi. Kalau tidak makin merah macam biji saga lah pipinya nanti.
"Heh, tapi ni bukan baju yang biasa Am pakai pergi kerja ya. Ini baju formal untuk acara tertentu sahaja. Baru dua kali pakai tau." Sanggah Idzham dengan gelak kecilnya. Tahulah dia kerja lawyer, kena selalu pakai suit hitam, tapi takkanlah untuk dinner malam ni pun dia nak sarung baju kerjanya.
Aleya senang melihat tawa Idzham. Terlerai rasa rindunya pada Idzham selama beberapa hari jejaka tersebut berpergian ke Sabah.
"Ni, pukul berapa nak perginya ni? Asyik puji-memuji, bergurau-senda depan pintu. Nak dinner depan pintu ni ke?'' Tiba-tiba terdengar suara Arisa menyergah mereka berdua.
Serentak dengan itu Idzham dan Aleya menoleh ke arah Arisa. Eh, tiba-tiba ada pelakon pembantu pula? Menyibuk je.
"Emm... nak pergilah ni. Err... sebelum itu Arisa, pagi tadi abang Ijam suruh sampaikan pesan pada Aleya pakai black dress kan? Macam mana abang Ijam kata hitam, boleh jadi putih pula ni?" Idzham menjawab pertanyaan Arisa bagi pihaknya dan Aleya. Sempat dia melemparkan pertanyaan pada Arisa untuk mengesahkan pesanannya tentang warna baju Aleya. Kebetulan Arisa ada, baik dia tanya penerima pesanannya sendiri. Kalau dia tanya Aleya karang ada yang merajuk dan batalkan dinner mereka pula. Perancangannya nak pakai baju yang sama warna. Barulah nampak sedondon. Ini seorang hitam... seorang putih susu. Macam ...
"Itu tanya buah hati kesayangan abang Ijam sendiri, dia yang pilih." Seraya itu Arisa mengangkat kening pada Aleya sebagai tanda memindahkan hak menjawab soalan bonus tersebut kepada Aleya.
Aleya menjeling tajam pada Arisa. Bukannya nak tolong jawabkan bagi pihak dia.
"Leya mana ada black dress. Siang tadi cari, tak ada yang berkenan. Putih ni pun okay lah. Kata tadi cantik, ni nak komen pula ke?" Aleya dah mula tarik muka empat belas dengan Idzham.
"Oh, tak ada baju hitam. Kenapa sayang tak cakap siang-siang? Boleh kita tukar tema ke pakaian tradisional ke, swimming suit ke. Ni dah macam tahi cicak pula. Seorang hitam, seorang putih. Ada juga yang dapat offer berlakon untuk sequel kepada filem cicakman, filem tahi cicakman."
"Am, macam ni Leya malaslah nak pergi!" Aleya membentak geram dengan usikan Idzham. Dia dah berura-ura untuk memusingkan badannya dan masuk ke dalam rumah je.
"Alah sayang, Am gurau je lah. Kalau orang kata macam tahi cicak pun tak apa. Kiranya kita ni tahi cicak paling cantik dalam dunia. Dah okay dah baju tu, cuma err... seksilah." Idzham cuba memujuk Aleya yang mula terasa hati dengannya.
Sememangnya Aleyanya kelihatan seksi dengan baju rekaan halter neck bustle tu. Sudahlah bahunya terdedah, belakangnya lagilah terdedah. 'Aduhai, apalah nak jadi dengan buah hatinya ni? Macam mana aku nak kenalkan dengan umi kat kampung nun kalau macam ni lah gayanya?' Keluh hati Idzham. Dah banyak kali ditegur Aleyanya untuk ubah cara penampilannya. Itupun kena susun ayat baik-baik, cakap lembut-lembut. Kalau salah cara mahunya merajuk sepuluh hari sepuluh malam dibuatnya. Setakat ni, bab pakaian pejabat memanglah nampak sedikit perubahannya. Tak ada dah dia nampak Aleya pakai skirt paras lututnya lagi. Pilihan Aleya sekarang ni hanyalah seluar panjang atau skirt panjang, tak pun baju kurung.
"Hahaha... aku dah kata dah tadi Leya, baju ni seksi. Kau kata tidak. Tengok, Am pun sama pendapat dengan aku." Arisa yang tadi tergelak mendengar pujukan Idzham turut menyokong pendapat Idzham. Arisa ni bila bercakap dengan Idzham, panggil orang tu Abang Ijam. Ya lah dah terbiasa panggil begitu semenjak bersukarela bersama dulu. Tapi depan Aleya, dia gunakan gelaran Idzham sebagai Am pula.
"Lain kali kalau tak nak Leya pakai seksi, cakap je pakai baju kurung. Senang cerita." Aleya semakin geram dengan Idzham. Orang dah seronok-seronok nak pergi dinner, ada sahaja nak komen. Warna baju mereka macam tahi cicak lah. Nampak seksilah. Menambahkan lagi geramnya adalah kehadiran kawan baiknya si Arisa tu yang sanggup jadi tukang sorak tak berbayar pada Idzham. Makin hangat hati dibuatnya.
"Dah lah tu sayang. Dah beli, nak buat macam mana? Am tak marah. Lain kali Am akan bagi dress code in detail okay? Jangan nak monyok lagi. Luntur make-up tu karang. Jomlah pergi." Idzham segera menenangkan perasaan Aleya yang bergelora mendengar komennya dan Arisa. Kalau dibiarkan, confirm Aleya akan terus masuk rumah dan cancel dinner mereka.
"Ops, lupa pula! Before that, Am dah sediakan shawl ni untuk Leya. Am beli kat airport tadi. Incase if you were too sexy tonight. Rasanya padanlah kan black shawl ni dengan your white dress. A truly enchanted tahi cicak." Idzham tergelak kecil di saat sehelai selendang panjang yang diambil dari beg kertas kecil yang disorokkan dibelakang badannya tadi, dihulurkan pada Aleya.
"It's ivory. Bukan putih lah. Warna pun tak kenal." Tegas Aleya. Nasib baik shawl yang Idzham beri ni sesuai dengan bajunya. Kalaulah memang dia pakai baju hitam tadi, mahunya orang kata dia bini Batman. Baju hitam, shawl pun hitam. Shawl yang dihulurkan Idzham, disarung ke tubuhnya.
"Nasib ada shawl, kalau tak ada yang kena pakai alas meja karang. Aik, Aleya je dapat hadiah? Untuk Arisa tak ada apa-apa ke? Dahlah tak ajak dinner sekali." Arisa menyampuk sekali lagi.
"Ada...ni untuk Arisa. Khas ole-ole dari Sabah." Beg kertas kecil tadi dihulurkan pada Arisa.
"Wah, cantiknya! Thanks Abang Ijam." Arisa tersenyum gembira melihatkan hadiahnya. Dibelek-beleknya gelang kristal Sabah itu. Semua warna ada dalam beg kertas tersebut. Bolehlah digayakan tiap-tiap hari, ikut suai padan dengan koleksi baju kurungnya.
Aleya memandang gelagat Arisa dengan pandangan jelek. Gayanya macam budak-budak dapat gula-gula sahaja. Lalu pandangannya dialihkan pada Idzham dulu.
"Leya punya tak ada ke?" Aleya bertanya pada Idzham. Mana aci kawan baik kekasih dapat gelang kristal, dia yang merupakan kekasih Idzham tak dapat apa-apa pula.
"Mestilah ada untuk sayang. It will be a special one. I will give it to you after dinner. Jom, kita gerak sekarang. Am dah lapar sungguh ni." Idzham berkata lembut. Mestilah dia dah sediakan sesuatu yang istimewa untuk buah hatinya. Takkanlah dia boleh lupakan hadiah untuk orang tersayang.
"Bye Arisa. Jangan rindu dekat aku tau. Aku ada bawa kunci rumah sendiri." Aleya melambai Arisa sebelum beriringan dengan Idzham turun ke tempat parkir kereta di tingkat bawah.
"Bye. Pergi dinner je tahu. Jangan nak melencong ke tempat lain pula. Balik sebelum pukul 12. Kalau tak, aku report dekat mama kau." Jerit Arisa pada Aleya yang telah berlalu bersama Idzham. seraya itu, dia menutup pintu rumahnya. Dia nak masuk bilik, nak test gelang-gelang yang di beri Idzham.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Apabila berada di dalam kereta, Arisa mula bertanya ke mana arah tujuan mereka malam itu pada Idzham. Namun Idzham masih hendak merahsiakan tempat dinner mereka malam ini. Disebabkan Idzham tidak mahu berkompromi dengannya, Aleya hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan mereka. Idzham pula menumpukan sepenuh pemerhatian pada pemanduannya dan membiarkan Aleya melayan perasaannya sendirian. Dia tidak mahu mengusik Aleyanya lagi. Takut kalau lagi banyak cakap karang, bertambah lari mood Aleya malam ini. Sedangkan malam ini telah dirancang supaya menjadi sesuatu yang begitu istimewa padanya dan Aleya. Dia tidak mahu merosakkan saat-saat romantis yang telah dirangka untuk mereka berdua.
Aleya tercengang-cengang apabila Idzham memandu keretanya mendaki bukit menuju ke Menara Kuala Lumpur. Apa yang dia nak buatb dekat sini malam-malam buta begini? Bukannya nampak apa pun kalau nak meneropong pemandangan bandaraya Kuala Lumpur di waktu malam. Rasanya kalau nampak pun setakat lampu yang berkelip-kelip je. Lebih menghairankannya lagi, apabila Idzham memberhentikan keretanya dihadapan escalator dan tangga untuk ke ruang legar menara di tingkat satu, lalu terus keluar dari tempat pemanduannya. Menambahkan rasa peliknya ialah apabila Idzham membukakan pintu kereta di sisinya dan mempelwa Aleya keluar. 'Oh, tak sangka Abang Perasan Bagusnya ni rupanya tahu juga nak berlagak gentleman!' detik hati Aleya tika itu. Boleh masukkan dalam rekod rancangan hari ini dalam sejarah yang selalu ditayangkan di RTM ni.
Selepas itu, dilihatnya Idzham menyerahkan kunci keretanya pada car jockey disitu, lalu mengiringi Aleya menaiki escalator. Sesampainya mereka ruang legar Menara Kuala Lumpur tersebut, mereka telah disambut oleh sepasang pekerja di situ iaitu lelaki dan wanita yang berpakaian kemas. Setelah Idzham mengesahkan tempahannya di kaunter, mereka dibawa pula menaiki lift yang dikendalikan seorang petugas didalamnya. Memang menakjubkan kerana hanya dalam masa 30 saat sahaja mereka telah tiba dihadapan Restoran Berputar Seri Angkasa Menara Kuala Lumpur...
"Am...boleh Leya tanya sesuatu?" Ayat pertama yang keluar dari mulut Aleya setelah mereka duduk di meja yang telah dikhaskan untuk mereka berdua. Meja mereka terletak di satu sudut yang berhampiran dengan tingkap restoren tersebut dimana mereka boleh menikmati pemandangan di luar dari atas walaupun hakikatnya keadaan di luar sana gelap-gelita.
"Sayang nak tanya apa?" Idzham akhirnya memecahkan kebisuan mulutnya semenjak dari dalam kereta tadi.
"Kenapa Am tiba-tiba nak bawa Leya diner? Siap suruh Leya pakai appropriate dress lah and look at you, complete with a suit! Dah tu dinner di sini pula. Atas awan-gemawan. Nasib baik Leya bukan spesis manusia gayat tau. Ada apa-apa ke ni?" Tanya Aleya setelah puas berfikir atas alasan apa perlunya mereka ke mari.
"Mana ada apa-apa. Saje je." Idzham hanya tersengeh selepas memberi jawapannya itu. Tapi sengehannya itu kelihatan macam melindungi sesuatu pada Aleya.
"Tak kan lah tak ada apa-apa. Biasanya seseorang lelaki yang mengajak kekasihnya untk dinner sesuatu yang special macam ni, mesti ada sebabnya. Apa yang Leya tahu biasanya mereka sambut hari lahir pasangan ke, ulangtahun percintaan ke, tak pun hari kekasih. Tapi serasa Leya hari ini tak ada apa-apa tarikh istimewa pun antara kita kan? Hari kekasih dah lama berlalu. Birthdaay Am dengan Leya pun lambat lagi. Therefore, what is it all this for? There must be a reason? Jangan nak tipu Leya." Panjang lebar Aleya menerangkan kemusykilannya pada Idzham.
"Okaylah sayang, memang ada sesuatu yang istimewa Am dah rancang untuk kita malam ini. Tapi sayang kena tunggu lepas habis makan. Sabar ya." Akhirnya Idzham mengaku juga ada sesuatu yang telah dirancangnya walaupun masih ada yang dirahsiakannya.
Tiba-tiba datang seorang pelayan menghidangkan makanan dan minuman untuk mereka. Aleya merasa pelik sebab serasanya semenjak mereka masuk ke sini, tak ada pula orang datang tanya mereka nak makan apa. Rstoren ni memang jenis main hantar je ke? Aleya melihat hanya sepinggan Spaghetti Meatball sahaja dihidangkan dihadapannya. Dua gelas jus epal turut diletakkan di hadapan mereka berdua.
"Sayang, Am dah order siap-siap masa buat tempahan. I know you like spaghetti and apple juice. Will this meal be okay with you?" Idzham menerangkan saat melihat Aleya tercengang apabila tiba-tiba makanan dihidangkan dihadapan mereka.
"Ya, I'm okay with this. Thanks sebab hafal Leya punya favourite. Bagus juga dah pre-order. Senang. Baru lima minit duduk dah dapat makanan. Tak payah tunggu lama sampai kebulur. Tapi kenapa ada satu je makanan? Am tak makan ke? Puasa malam ke?"
"Puasa apanya malam-malam buta? Mestilah Am nak makan. Am saja je order sepinggan spaghetti. Kita share ya. Romantik sikit." Seraya itu Idzham mengenyitkan matanya pada Aleya.
"Romantik? Ingat kita ni Lady and the Tramp ke nak share spaghetti? Tak mahulah Leya. Apa pula kata orang lain nanti. Jangan nak mengada-ngada ye. Mana belajar ni?"
"Hehehe... Am ada baca dalam satu artikel tu, salah satu cara kalau nak menambahkan lagi rasa romantik ialah share a spaghetti with your love one." Idzham tersenyum lebar.
"Confirm penulis artikel tu curi idea dari filem Lady and the Tramp. Tak praktikal lah idea ni. Lady dengan Tramp tu anjing. Tapi kita ni manusia." Aleya menegakkan hujahnya.
"Tak nak share dengan kita tak apalah. Orang dah tak sudi. Macamlah Am ada penyakit Hepatitis B. tapi tak apa, Am ada makanan yang lagi best dari Leya." Kebetulan sehabis Idzham menuturkan ayatnya itu, pelayan tadi datang menghidangkan lasagna dihadapan Idzham pula.
"Hmm...Lasagna. Seems yummy. Mana aci Am order lasagna untuk Am. Untuk Leya order spaghetti je." Aleya mula buat muka merajuknya apabila melihat hidangan lasagna Idzham kelihatan lagi menarik dari spaghetti nya.
"Eh - eh jealouslah pula. Sayang nak lasagna ke? Bagi Am spaghetti tu. Tak kan sayang nak makan dua-dua kot. Nanti kekasih Am tersayang ni jadi chubby macam Teletubbies pula. Both of this food rich with cheese tahu." Idzham mula memujuk bila dilihatnya Aleya sudah menayangkan muka rajuknya.
"Thank you, honey." Aleya tersenyum manja setelah mereka bertukar makanan.
"What did you call me just now? Honey? Hmmm... best jugakan kalau sayang panggil Am honey. I call you sayang and you call me honey." Idzham tersengeh lebar mendengar buat pertama kalinya Aleya memberi gelaran yang istimewa untuknya selain Encik Perasan Bagus.
"Ops, tersasul! Terpanggil pula. Tapi tak boleh panggil selalu macam tu, nanti orang kata Leya mengada-ngada pula." Aleya tersenyum malu apabila Idzham menyedari kata ganti nama panggilannya pada Idzham tadi. Dia tidak merancang pun nak panggil Idzahm 'honey'. Cuma bila dia rasa gembira kerana Idzham sudi buat 'pertukaran antara makanan ' mereka tadi, perkataan 'honey' itu lancar saja meluncur dibibirnya.
"Apa salahnya panggil selalu. At least sedap sikit telinga ni mendengarnya sayang. Ini tidak Am dipanggilnya Encik Perasan Bagus."
"Encik Perasan bagus tu special apa? The one and only tau. Tak ada gantinya."
"Dahlah Leya. Bercakap je kerjanya. Bila nak makan macam ni? Makanlah. Bon apatite' sayang."
'Am nak rasa lasagna ni tak" Aleya bertanya pada Idzham. Sengaja nak ambil hati Idzham sebab dia dah mengambil makanan Idzham tadi.
Idzham hanya mengangguk tanda mengiakan pertanyaan Aleya. "Am nak sayang yang suap, boleh?" Idzham bertanya sambil matanya tidak lepas merenung muka Aleya.
Seperti biasa, Aleya akan kalah apabila direnung oleh Idzham hanya tertunduk dan tersenyum malu. Dalam rasa malu ditenung begitu, Aleya mengambil sudunya dan menyuakan sedikit lasagna ke mulut Idzham...
Baju Aleya yang telah begitu 'seksa' pada Abang Perasan Bagus dan menyeksa Arisa menemankannya mencari...
Truly Madly Deeply
Savage Garden
I'll be your dream,
I'll be your wish
I'll be your fantasy.
I'll be your hope,
I'll be your love be everything that you need.
I love you more with every breath truly madly deeply do..
I will be strong I will be faithful 'cos
I'm counting on a new beginning.
A reason for living. a deeper meaning.
I want to stand with you on a mountain.
I want to bathe with you in the sea.
I want to lay like this forever.Until the sky falls down on me...
And when the stars are shining brightly in the velvet sky,
I'll make a wish send it to heaven then make you want to cry..
The tears of joy for all the pleasure and the certainty.
That we're surrounded by the comfort and protection of..
The highest power. in lonely hours. the tears devour you..
Oh can't you see it baby?
You don't have to close your eyescos it's standing right before you.
All that you need will surely come...
No comments:
Post a Comment