MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday, 7 November 2008

~Tidak mampu aku memaafkanmu ::..~


Aku memandang wajah Farouq dalam-dalam.Aku mengeluh..mungkin inilah pertemuanku yang terakhir dengannya."Qis,jauhnya U mengelamun..fikir pasal apa?"soal Farouq."I kena kawin dgn sepupu I""What?!!are U kidding..Qis serius ok..Luculah lawak Qis hari ni"ujar Farouq sambil ketawa seolah-olah apa yang aku sampaikan sbntr td hanyalah satu lawak bodoh"far..I cakap betul-betul ni.Mak Long I yang meninggal minggu lepas wasiatkan supaya anak dia kawin dgn I""What?!!wasiat!!jadi U terima je lah..""I x boleh tolak..ini wasiat far..U kena faham""sampai hati U buat I macam ni..I ingat u mati-mati sygkn I..rupa-rupanya x.."ujar Farouq sedih.Aku tersentak"Qis nak buat macam mana..ni soal wasiat far..mana boleh x ikut..patutnya U kena kesiankan I sebab I yang kena pakasa akawin..seksa tau x..""U pujuklah parents U sekali lagi,ok..please honey.."pujuknya.Aku berfikir sejenak.Akhirnya aku mengalah"ok..ok.."Aku meraba-raba pipiku.Perit dan pedih bertandang.

Kali pertama aku ditampar walid kerana wasiat bodoh tu.."walid x pernah ajar Qis krg ajar macam 2.."jerkah walidku.Aku menangis dan terduduk.Aku memandang walid dengan linangan air mata"tp Qis x nak kawin dgn Naim..Qis x suke dia..Qis benci dia..""tolonglah Qis..jgn malukan bonda,jangan malukan keluarga kita..perkahwinan Qis dengan Naim 2 bulan je lagi..Qis kawin dgn Naim ok.."giliran bonda pula memujuk.Aku bingkas bangun."siapa suruh bonda pandai-pandai tetapkan perkahwinan 2..Qis x nak kawin dgn Naim bodoh 2..bonda tak faham ke??"jeritku..PANGG!!satu lagi tamparan hinggap di pipiku.Kali ini dari bonda pula.."Qis benci bonda..Qis benci walid..benci semuanya.."jeritku lagi.Aku berlari ke bilik tidur milikku..takut ditampar sekali lagi.Pintu bilik aku hempas dgn kuat.Aku menangis di birai katil..seminggu aku begitu..x makan..x minum..walid juga x membenarkan aku bekerja lagi.Susut badanku menangisi hubungan cintaku bersama Farouq yg tlh terkubur.2 tahun aku dan Farouq menyulam cinta..tiba-tiba sahaja musnah gara-gara kehadiran orang ketiga..Aku berbaring di atas katil..menangis dan menangis mengenangkan cintaku kepada Farouq.......................................................................................................................................

2 minggu aku sprt org x siuman.

Hari ini dgn penuh bersemangat aku menelifon Naim..aku mengajaknya berjumpa di Tasik Titiwangsa.Dia bersetuju.Pertemuan pertama aku sudah buat perangai.Aku sengaja dtg lewat 1 jam..namun Naim ttp menungguku di situ..tiada riak marah yg menghiasi wajahnya..hanya senyuman yang menyapa diriku.."kenapa lewat sampai?"soalnya lembut.Aku hanya berpeluk tubuh.Dia tersenyum."knp ajak sy jumpa dkt sini?"tanyanya lagi."sbb ni tempat aku dan Farouq selalu berjumpa..skrg aku dgn Farouq kena putus kau th x !Farouq bencikan aku pun gara-gara aku kena kawin dgn kau!"marahku"maafkan sy..sy x tau Qis dah berpunya"ujarnya lembut.Aku mencebik..loya dgn kata-kata yg terbit dr mulut peguam muda ini.."aku nak kau jujur..kenapa kau x tolak perkahwinan ni?""sbb sy cuba untk mengikut wasiat arwah mama..sy pun t'paksa berpisah dgn kekasih sy sbb perkahwinan ni..jgn fikir awk sorang je yg kena berkorban dan tersiksa""but the problem now is..aku bencikan kau..aku meluat tgk kau..aku x nk kawin dgn kau!siapa yg bodoh sgt smpai sggp buat wasiat yg bodoh macam ni??!!""Qistina..watch your mouth!org yg buat wasiat 2 arwah mama sy..mak long Qis..cubalah belajar untuk menerima dan merelakan suratan takdir ni..""aku xkan belajar dan xkan merelakan perkahwinan ni..".selepas itu aku pulang..x betah untuk terus bersamanya disitu..Tanggal 11 ogos 2003..aku dan Naim selamat diijabkabulkan..dgn sekali lafaz sahaja aku sdh sah menjadi milik Naim sepenuhnya..Air mataku menitis tatkala Naim menyarungkan cincin berlian di jari manisku..aku menangis bukan kerana t'haru..tp benci.Aku benci pernikahan ini!!Ramai yg memuji kesepadanan kami berdua..aku akui Naim memang baik dan jauh lebih kacak dr Farouq tp..entahlah"Qis cubalah senyum..x ada langsung seri pengantin pd wajah Qis""awk jgn nak menyibuk hal saya..ni muka saya so..ikut suka hati sayalah saya nak senyum ke x nak..xkan x reti-reti nk bersyukur lagi?"marahku.Panggilan 'kau dan kau' aku tukar menjadi 'saya dan awak'..walaupun hanya benci yang memenuhi hati ini namun masih ada sekelumit persaan hormat yg bersarang di hati..Naim terkebil-kebil memandangku.."apa tengok-tengok!!jgn tgk sy..sy x suka!"..sekali lagi dia menjadi mangsa amarahku"maafkan abg,Qis.."ucapnyaMalamnya sewaktu aku sdg menonton tv bersama bonda,Naim tiba-tiba dtg dan duduk disebelahku.."sayang..jom tidur.."..aku trsentak.Sayang!Aku jd geli tiba-tiba..Namun,di hadapan bonda terpaksalah aku berlagak mesra"kejapla yang..nk tgk tv kejap.."balasku lembut.dia memegang tanganku.aku tetap menggeleng..bonda merenungku.Aku aku..aku dan naim ke bilik tidur.."lain kali jgn panggil sy syg..and one more thing..don't you ever dare to touch me!!"..aku mengambil sebijik bantal dan meletakkannya di bawah.Naim t'kejut"knp ni syg..""how dare you call me syg..sy dah beritahu jgn pggl sym macam 2..i hate it!!sy nak tidur dkt bwh ni""tp kt bawah 2 sejuk..""sy rela mati kesejukan drpd kena tidur sekatil dgn awk..sy jijik tau x..lagipun sy tidur atas karpet bukan atas lantai""tp ni kan first night kita..jgnlah bt abg macam ni..""eh,sy kawin dgn awk pon dah kira baek tau!jgn nk lebih-lebih pulak""tp Qis..""x ada tapi-tapi lagi..tutup mulut bangkai awk 2..sy nak tidur".Aku berpura-pura tidur.Dia pula masih b'teleku di birai katil"Qis.."pgglnya lagi"hisy..apa lagi!!sy serabut tau x!!"jeritku"Qis tidur ats biar abg tidur dkt bwh.."ujarnya..ada nada sebak pada suaranya.Aku tanpa membantah terus nyenyak di ats katil..dia pula kesejukan di bawah.....................................................................................................................................

Genap sebulan p'khwinanku,

aku dan Naim b'pndah ke Bukit Antarabangsa.Baguslah..sekurang-kurangnya aku x p'lu lagi b'sndiwara di hdpn walid,bonda dan papa..Dan yg palig penting aku x p'lu lg tidur sebilik dgnnya walaupun bukan di atas katil yg sama..Di sini,aku boleh memarahinya..memaki-hamun dirinya sesedap rasa..dan yg bermakna bagiku ,bilikku dan biliknya b'asingan.Namun smkn lama aku tinggal di sini semakn kuat keinginanku untk kmbali bekerja."Naim sy nk kerja..boleh ke x.."soalku lembut.sekadar mengambil hatinya"knp..duit yg abg bg 2 ckp ke..kalau x ckp abg boleh tambah..""x..Rm 3000 2 dh lebih dari cukup..sy bkn apa Cuma boring la..'"x payah la..ek..duduk rumah je""hey awk ni siapa nk halang-halang saya,ha!sy x kira pokoknya sy tetap nak kerja""lain kali jgnlah tanya kalau dah buat kptsn sndiri..pergilah kau nk kerja apa pu..aku x nak ambik tahu..kau kerjelah kt mana pon..aku dh x kisah!!"jerkahnya.Pertama kali aku lihat dia marah..aku terpana seketikaGara-gara peristiwa itu..seminggu dia merajuk dgnku..smggu dia plg lewat..smggu dia x b'ckp..Argghh..biarlah..tanpa kelibat dan suaranya hidupku lbh aman dan sejahteraAku t'paksa akur dgn ketentuan takdir,aku x jadi bekerja apabila bonda dan walid turut menentang kptsnku..Naim,t'nyata gembira dgn kptsnku..Namun,aku tetap punya cara untk menyakitkan hatinya..aku sering keluar dan plg lewat malam..namun dia tetap sabar dan sering ketiduran di sofa kerana menunggu kepulanganku..Genap setahun p'khwnnku,Naim harus ke singapura untuk outstation slm 2 mggu..3 hari ketiadaannya,duniaku bosan..ada perasaan aneh yg hinggap di sarang hatiku..Mungkinkah ini rindu?x mgknlah..Hari ke-5 ketiadaannya aku ke Blue Moon Bar,tempat kegemaranku dan farouq swktu kami b'cinta dulu..Entah tuah apa yg dtg pd malam itu,aku t'jumpa Farouq.Badannya sdkt susut b'bndg dahulu.."Qis,U buat apa dkt sini..hubby U x mrh ke p'gi tmpt-tmpt macm ni"soal Farouq"hubby I x ada…dia outstation..so I jln-jln lah dkt sini.Lama I x dtg sini..U apa khabar?""I mcm yg U tgk lah..I rndu sgt dkt U. .jom p'gi tasik titiwangsa..kt sini bising la.."Sejak hari itu aku seinrg keluar b'sama Farouq..makan-makan,menonton wyg..sama mcm waktu aku dan dia sdg b'cinta dahulu..Malam ini malam t'akhir aku dan Farouq blh b'sama kerana esok Naim pulang.."cantik rumah U. .pandai U hias..""ada-ada je lah U ni..minum la air tu.."Malam ini aku sengaja memakai gaun paras paha tanpa lgn yg dihadiahkan oleh Farouq dahulu.."U look sexy baby..""thanks..well are you trying to seduce me Farouq.."soalku manja"yas I am .."balasnya romantis..Aku t'jaga saat mentari menerobos mask kedalam bilikku.Aku menggeliat.."Far..wake up honey..it's 10 p.m already""malaslah..I nk tidur lagilah.."Aku menuruti kemahuannya.Tiba-tiba handphoneku b'bunyi..nama Naim t'tera di skrin.Aku segera mnjwbnya"Far..U kena bgn skrg..hubby I on the way"jeritku.Farouq segera bgn.Sblm plg,dia smpt mghadiahi satu kucupan hangat ..Sejam kemudian,Naim tiba.Aku menunggunya di pintu..briefcasenya aku capai..pipinya aku cium..Kali pe'tama aku buat begitu.Aku lihat dia kaget.."amboi kenapa happy sgt ni.."soalnya"saja… x boleh".Hari itu aku baik t'hadapnya.Dia mghadiahiku seutas rantai berlian.Keesokan harinya,aku kmbali dingin dan melayannya sprti biasa....................................................................................................................................

Masuk hari ini sudah 3 hari aku terlantar di hospital akibat demam dan muntah-muntah..Aku jd takut dan cemas tiba-tiba..Naim setia menemaniku siang dan malam..sejurus plg dr kerja trs ke hospital utk menjagaku.Aku msh ingt hari ke-2 aku di hospital,aku lht dia sdg solat tahajjud..ada air mata bertakung di matanya.Dia b'doa shgga menangis.


Dia mendoakan kesihatanku..kebahagiaanku..kesejahteraanku..Hati aku t'sentuh dgn sikapnya.Betapa dia cinta padaku..tapi aku sdh mengkhianati cintanya.Rasa bersalah menghantuiku..air mataku tumpah juga..Lamunanku t'henti saat handphoneku menjerit"hello.."sapaku"Qis..aku ni Syeera.."Sheera ada apa?"soalku cemas apabila mendengar suara sheera yg cemas"abg aku..abg aku..""ya..knp dgn Farouq..""dia tgh nazak skrg ni..""knp?Dia skt apa??""Aids..dia suka tukar-tukar prmpuan..".Aku terpana.Aids!Aku b'samanya bulan lepas..aku mematikan talian..Pintu bilikku diketuk dan wajah Naim muncul.Aku t'jun dr katil dan memeluk kakinya.Dia t'kejut"maafkan Qis..Qis banyak buat dosa terhadap awk..Maafkan Qis.."ujarku dgn linangan air mata.Dia meleraikan pelukanku di kakinya."maafkan Qis..Qis b'dosa..dosa besar""kenapa ni"soalnya bingung"Qis..Qis curang..Qis dh t'lnjr dgn..dgn.."Naim trs meleraikan pelukannya.Wajahnya merah padam"dgn siapa Qis..beritahu abg"soalnya.Nada suaranya msh begitu..lembut dan tenang"Far..Farouq""Astagfirullahalazim.."dia b'istighfar."bila Qis?""bln lepas..hari t'akhr awk outstation".Aku lht dia duduk.Dia meraup wajahnya.Aku msh begitu..t'duduk di atas lantai smbil menangis terdedu-sedan."Qis jijik untk b'sama abg sedangkan abh ni halal unutk Qis..tp Qis blh b'sama Farouq yg bukan ada hubungan apa-apapun dgn Qis..B'dosa besar Qis!Qis x igt dosa ke?!!"bentaknya"maafkan Qis..tp Qis x mmpu tolak dia malam 2..""x mampu..x mampu Qis cakap!Qis mmpu dan sggup tolak abg tp untuk tlk Farouq Qis x mampu!Abg kecewa Qis..Dahla..Qis tidur dulu..Qis tgh skt ni..kita bincang lepas ni"Aku tiba-tiba t'jaga.Naim sdh tiada di sisiku..ada skpg surat di tangankuUntk isteri abg yg dicintai..Swktu Qis mmbaca surat ni abg mgkin dh x ada di m'sia..Maafkan abg tp abg x mmpu utnk mlht Qis..abg t'siksa..abg kecewa Qis..Qis sbnrnya sakit..HIV Positive ..maafkan abg sbb x mampu b'dpn dgn Qis..Bukan maksud abg untk tgglkan Qis swktu Qis skt tp hati abg dah hancur Qis..Abg x mampu untk memaafkan Qis..Abg dah cuba tp tetap x boleh nak maafkan Qis.Abg t'pksa melepaskan Qis..abg x mahu digelar dayus,Qis..Dgn lafaz Bismillah saya Naim Haiqal bin Zaim menceraikan Qistina binti Zaid dgn talak satu..maafkan abg syg,abg t'pksa p'gi dulu..maafkan abg sbb pggl Qis syg walaupun abg tahu Qis akan membencinya.Abg akn mendoakan kebahagiaan Qis b'sama Farouq..Suamimu yg t'luka..Aku menangis dan menjerit-jerit memanggilnya.Aku cuba menghubunginya.Nombornya sdh x ada dlm perkhidmatan"abg..abg p'gi mana..abg jgn tgglkan Qis"jeritku.2 org nurse dtg.Aku disuntik Ubat penenang.Aku t'lena…Aku berada di sebuah taman yg indah..aku lht Naim di situ,dia b'pakaian serba putih.Aku memanggilnya..dia menoleh dan t'senyum ke arahku..Dia melambai-lambaikan tangannya..dia akhirnya hilang..aku menjerit memanggilnya namun dia tetap hilang..2 hari kemudian,aku boleh keluar dr hospital.Aku kerumah walid dan bonda.2tamparan lg hggap di pipiku.Kedua-duanya dtg dr tgn bonda..Aku ke rumah papa pula..aku dihalau..aku kini dibuang keluarga.....................................................................................................................................


4 tahun kemudian..


Pagi ini aku bgn lg untk b'munajat kpd Allah.Memohon agar dosa-dosaku diampunkan oleh-Nya..Aku menangis..aku memandang kudis-kudis kotor yg hina yg ada pd bdnku ini.4 tahun dahulu aku mencari Naim di merata-rata tempat..aku turut ke London,tmpat tgglnya swktu dia kecil.5 bulan kemudia,pencarianku terhenti terhenti apabila sebuah peristiwa yg x mgkin aku lupakan berlaku.Naim terkorban dalam nahas udara.Kapal terbangnya terhempas sewaktu penerbangan dari Perancis ke Malaysia.Dia selamat dikebumikan di sebelah kubur mama..Aku bagaikan org gila..Setiap hari aku ke kuburnya dan menangis di situ.Aku x tahu sama ada dia sudah memaafkanku atau x..aku redha sekiranya dia x dpt memaafkanku krn aku mmg x layak untuk mendapat kemaafan dan kasih-sayang dr seorang lelaki berhati luhur sepertinya..ia memang setimpal dan balasan yg paling tepat bagi semua perbuatanku t'hadapnya..Aku takut..Aku hanyalah seorang anak yang derhaka terhadap kedua-dua ibu-bapaku..dan aku juga isteri yg nusyuz t'hdp suamiku..dan aku juga sdg membilang dan menantikan detik kematianku yg x aku ketahui bila kan t'jadi…Dosa-dosa..aku hanya mampu berserah kepada-Nya…

~siapalah aku~eps:2








BAB 2 :



Azan Maghrib mulai berkumandang sebaik dia pulang dari kerja petang itu. Seperti hari-hari yang lalu, ruang rumah itu sunyi, sepi dan kaku.
Di kondo yang mempunyai tiga bilik tidur itu Riana setia menunggu seseorang datang menceriakan harinya. Dia isteri tidak rasmi Zuraimi Ahmad Zaki. Ya, apa lagi yang boleh dikatakan. Dia memang diperlakukan bagai isteri. Dan dia sememangnya sentiasa menunggu kedatangan Remie.
Sangat bahagia kiranya Remie ada di sisinya sepanjang malam. Bukan dia hendakkan sangat layanan intim lelaki itu, dia cuma ingin memeluk dan merasai adanya seseorang di sisi.
Setahun lebih sudah dia mendiami kondo Remie itu. Remie yang meminta Riana tinggal di situ. Dia mahu rumahnya sentiasa terjaga, tidak mahu mendedahkan rumahnya kepada kerosakan-kerosakan yang mungkin dilakukan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab.
Petang tadi Remie menelefon, katanya malam ini akan datang ke kondo. Suka sungguh hati Riana. Sudah tiga hari Remie tidak datang berkunjung. Rindunya membuak-buak.
Remie. Belaiannya ajaib. Tak pernah Riana rasakan sebegini bahagia bersama seseorang. Antara ramai-ramai yang pernah berkasih, atau mengasihi, Remie saja yang betul-betul mengikat hatinya. Dahulu seseorang pernah bertapak kukuh di hati Riana, lama dulu. Entah di mana silapnya, kasih dibina musnah di pertengahan. Sejak itu Riana berhati kering. Cinta datang dan pergi bagai air pasang dan surut. Dia tak dapat lagi merasa keanehan bercinta sehinggalah Remie muncul membawa semula segala rasa cinta. Agaknya memang ditakdirkan dia mengasihi Remie, lelaki yang misteri....sukar dicungkil rahsia hatinya.
Yang nyata, Remie telah banyak mengubah sikap dan prinsip dirinya. Dahulu Riana sangat cengeng, dan pemarah juga. Seringkali dimarahi Remie kalau dia merengek meminta dimanja-manja. Pantang sungguh Remie kalau Riana tidak tahu membuat keputusan sendiri.
"Belajar tinggi-tinggi tapi benda kecil pun tak tahu fikir !"
Remie sukakan wanita yang tahu berdikari. Kerana itu Riana telah jauh berubah. Bukan berubah kerana Remie, tapi kerana rasa malu, selama ini begitu banyak sifat-sifatnya yang jelek. Selama ini dia begitu naif, tidak yakin diri dan selalu bergantung harap pada orang lain sedangkan sendiri boleh buat. Mengenali Remie, dia turut mengenali diri sendiri. Remie mendewasakan dirinya.
Suasana waktu Maghrib dirasakan semakin sunyi. Riana lantas menekan alat kawalan jauh radio. Berkumandang ayat-ayat suci daripada surah An-Nuur dibacakan begitu syahdu dan mengasyikkan sekali.
Hairan ! Siapa yang menukar saluran radio ini ? Biasanya dia mendengar ERA, atau kalau Remie datang dia akan memilih HITZ. Mungkin dia tertekan secara tak sengaja. Biarlah. Bagus juga mendengar bacaan al-Quran senja-senja begini. Hatinya terbuai. Dibacakan pula terjemahan ayat-ayat itu.
"(Ini adalah) satu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.
Laki-laki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik; dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin."
Riana terpaku di situ.
Remie ! Remielah laki-laki yang berzina, dan aku ! Akulah perempuan yang berzina !
Perasaannya jadi gelora, hatinya jadi luka. Betapa hinanya terasa dibidas ayat-ayat itu. Ayat-ayat yang diyakini, ayat-ayat yang termaktub, ayat-ayat yang sepatutnya dipegang kukuh oleh setiap umat manusia. Riana tidak menafikan apa pun, sememangnya dia hamba yang hina. Jadi dirinya tidak layak dinikahi melainkan oleh laki-laki yang berzina !
Riana meluru ke bilik mandi. Dibasahkan segenap inci tubuhnya, tubuh yang sekian lama terpalit noda-noda, dosa-dosa sebesar gunung. Malah mungkin besar lagi dosanya kalau dibandingkan dengan gunung. Bersatu air pili, air matanya merembas laju bagai air terjun di pergunungan. Sebak. Hiba. Berdosa.
Berada di rumah keseorangan di waktu-waktu begitu memang mengundang hiba yang hebat seolah-olah terasa ia memukul-mukul pantai hati sehingga bergelora.
Dijengah keinsafan yang bertandang itu, Riana segera menyucikan diri dan segera pula dia sujud kepada Tuhan Maha Pencipta. Namun sejenak itu terfikir pula dia apakah amal ibadat yang dilakukan dengan jasad yang kotor penuh dosa itu diterima Tuhan ?
Riana memang pasti dia ingin bertaubat, tetapi belum pasti apakah dia mampu menghidari dosa yang seterusnya pula ?
Kerana dugaan dan godaan itu masih melingkari garis hidupnya. Bagaimana harus dia lari ? Bagaimana harus menghentikan semua itu dengan segeranya bila mana sejurus itu pula Remie datang dengan membawa cinta yang didambanya ?
Apabila melihat Riana berlinangan air mata begitu Remie pun akan menjadi pelembut dan penyayang yang mana itulah pelemah benteng Riana yang paling nyata.
"Kenapa sedih-sedih ni emm, sayang ? Problem kat tempat kerja ? Sayang sakit ?" Dia memaut Riana rapat ke tubuhnya dan mengusap-usap rambut hitam Riana yang lurus panjang. Dan, itulah sebenarnya dugaan yang tidak mampu Riana tolak. Berada di dalam pelukan kasih sayang Remie yang pasti membuatnya rasa selamat dan selesa.
"Saya teringin sangat awak selalu ada di sisi saya." Tutur Riana perlahan.
Remie menguraikan pelukan lalu menyingkap telekung yang menyelimuti tubuh kecil itu.
" Kan saya selalu ada. Kalau saya tak datang bermakna saya sibuk, awak kenalah faham. Next time kalau perlukan saya just give me a call, saya akan datang jumpa awak." Dalam keadaan begitu bicaranya sungguh lembut dan menghayati keadaan.
"Bukan semata-mata datang Mie. Saya nak something for good. Saya nak awak."
" Yana ! Tolonglah faham. Saya banyak kerja. Saya tak boleh selalunya ada di sisi awak. Banyak lagi commitment saya nak kena jaga." Nada suaranya mula tinggi sedikit. Riana mengeluh dalam hati. Mie ! Tolonglah faham bukan itu yang saya maksudkan !
Riana mengempang air mata membiaskan rasa hati yang tidak mampu terluahkan, lantaran kata-kata disalaherti oleh Remie. Apakah kerja yang banyak yang perlu Remie bereskan setiap masa ? Apakah komitmen besar yang begitu menuntut perhatian Remie ? Mengapakah aku tidak diberi kepercayaan untuk mendengar permasalahan Remie, mengapa aku disisihkan untuk sama-sama memahami dan menyelesaikannya jika mampu ?
" Yana ... sayang.... Jangan nangis lagi, Mie ada ni."
"Saya tak nak hidup macam ni lagi. Saya nak kita kahwin Mie." Berterus-terang adalah senjata ampuh untuk mendepani Remie.
Wajah dibasahi air mata dan suara bergetar dilanda emosi memungkinkan hasratnya difahami Remie dalam erti kata yang sebenar. Kedengaran Remie mengeluh perlahan. Riana sudah menjangkakan itu, malah alasan yang sama juga mungkin diberikannya nanti.
"Kahwin. Bukan senang Yana . Besar tanggungjawabnya. Ia akan merubah diri dan cara hidup kita awak tahu." Suara Remie perlahan dan mendatar tetapi jelas.
"Saya tahu Mie. Tapi takkanlah sebab itu awak tak nak kahwin. Sampai bila kita nak hidup macam ini takde kesudahan ? Lagi pun kalau orang lain boleh buat, orang lain boleh pikul tanggungjawab dalam perkahwinan kenapa pula kita tak boleh ?"
"Jangan libatkan orang lain. Masalah sekarang awak dan saya. Saya belum sedia lagi Yana ."
"Apa sebenarnya masalah awak Mie ?"
"Tak payahlah awak tanya. Ada jodoh tak ke mana, besok-besok kahwinlah kita."
Dengan berakhirnya ucapan itu Remie melangkah keluar dari kondo bersama kunci keretanya meninggalkan Riana dengan persoalan di hati yang kian membengkak. Berbincang dengan Remie tidak memberi apa-apa penyelesaian sebaliknya meninggalkan lagi persoalan. Sudah sering begitu. Remie akan mengelak untuk berbicara tentang perkahwinan.
Apa sebenarnya yang dimahukan Remie. Sudikah dia hidup begini selama-lamanya ? Riana bingung. Dia mahu menyucikan diri dan hati. Dia mahu hidup normal berkeluarga seperti orang lain tetapi mahukah Remie ?
huhuhu....sambung lagi.....

~siapalah aku~epsd :1


BAB 1:

~Cantik-cantik bintang di langit
Hati teringin tangan tak sampai~
"Mie."
"Mie….."
"Apanya ?"
"Sampai bila kita nak macam ni ?"
"Macam mana ?"
"Macam inilah. Saya dah tak sanggup."
Rambut lurus lembut itu diusap-usapnya penuh kelembutan dan kasih-sayang. Suasana bilik tidur itu suram hanya dilimpahi cahaya lampu tidur yang malap di bahagian atas kepala katil.
"Selama ni kita selamat. Mana tahu satu hari nanti bala datang, habis kita Mie."
"Apa yang awak merepek ni ?" Remie menggeliat kemalasan.
"Dah pukul berapa ?" Sambungnya.
Riana menjangkau telefon bimbit di tepi katil. Apabila ditekan warna birunya menyilaukan mata di dalam keadaan suram itu.
"Dah dekat pukul dua pagi ni. Awak nak balik ?"
"Malaslah. Tak larat nak drive." Remie membetul baring agar selesa, mencapai sebiji bantal lalu dipeluknya sambil mengiring membelakangi Riana.
"Baju saya nak kerja esok ada tak sayang ?"
" Ada ."
Riana turut berbaring di sebelah Remie. Dia menarik selimut menutupi tubuh mereka berdua kemudian memeluk Remie dari belakang. Tangannya diletakkan di atas lengan Remie yang berbulu halus. Hasrat untuk berterus-terang malam ini tertangguh lagi. Remie sudah pun melelapkan mata, jika mengganggu dia bermakna sengaja ingin dimarah. Riana mengeluh perlahan sambil cuba melelapkan mata. Banyak perkara yang ingin dibincangkannya dengan Remie tetapi selalu saja tertangguh. Ada saja halangan. Dan kalau pun menemui masa yang sesuai, Remie selalu enggan mengambil bahagian.
"Sayang, malam ni kalau takde hal saya datang ." Kata Remie pagi itu ketika dia membelek wajah di cermin selepas mandi. Tabiatnya picit sana sini di muka kadang-kadang mengambil masa berbelas minit di depan cermin. Riana sedang menggosok baju mereka untuk dipakai ke pejabat.
"Saya rasa tak payahlah Mie...." katanya tanpa mengalihkan pandangan daripada blouse yang sedang digosok.
"Kenapa ? Ada orang lain nak datang ?" Tanya Remie spontan.
"Bukan macam tu…"
"Habis kenapa tak kasi saya datang. Bukan saya tak tahu awak.....tentu ada orang lain."
"Huh awak ni. Dengarlah dulu…."
Riana memandang Remie yang masih tegak di hadapan cermin besar.
"Bukannya ada orang lain nak datang. Saya takutlah Mie. Awak selalu datang tidur sini saya risau kalau jiran-jiran report pada jabatan agama. Mati kita Mie…."
"Hish awak ni suka fikir bukan-bukan. Hei ini kondolah, kondo! Kalau tidak buat apa saya beli rumah mahal-mahal ni." Nada suara Remie tinggi. Riana mengerti itu tanda dia tidak senang lalu dia terus mendiamkan diri. Susah mahu mengajak Remie berbincang. Apa yang penting baginya nampak tidak penting bagi Remie.
"Awak jangan buat hal kat rumah saya ni. Kalau saya dapat tahu awak bawak balik jantan lain siaplah awak. Saya halau terus awak dari rumah ni." Remie memberi amaran keras sebelum mereka keluar dari rumah pagi itu. Selepas menyarung kasut dia terus bergegas turun tanpa sempat Riana memberikan ciuman di pipinya seperti biasa. Riana tahu dia telah merosakkan mood lelaki itu.
Biarlah...sampai masa Remie akan mengerti apa yang difikirkannya.
Riana tidak kecil hati dengan amaran Remie itu kerana dia tahu Remie masih belum mempercayainya seratus peratus walaupun telah berkali-kali diterangkan dia tidak punya sesiapa lagi kecuali Remie seorang. Pandangan prejudis Remie terhadapnya masih menebal walaupun telah setahun lebih mereka berhubungan. Itulah yang Riana tidak faham. Kalau tidak percayakan aku kenapa masih bersama ?
Kereta Kancil yang baru dua bulan dibeli itu dipandu keluar dari kawasan kondo dengan perlahan-lahan. Perdana hitam Remie pula sudah menderum pergi meninggalkan debu-debu di belakang. Dahulu sebelum Riana membeli kereta sendiri Remie yang menghantar dan menjemputnya pulang dari kerja. Riana sedar selama mereka berhubungan Remie telah banyak membantunya. Malah jawatan yang disandangnya sekarang ini pun atas usaha Remie mencarikannya pekerjaan selepas dia tamat belajar di UPM. Saiful kawan Remie, pegawai senior di sebuah syarikat pengiklanan. Kerana itu Riana dapat menyandang jawatan penting dalam bahagian sumber manusia di syarikat itu.
Kondo yang didiaminya sekarang ini pun milik Remie. Sebelum ini rumah itu disewakan kepada orang sedangkan dia sendiri menyewa kondo lain yang lebih murah bersama kawan-kawannya. Selepas dua bulan mereka berkenalan Remie meminta Riana tinggal di kondo itu dengan bayaran ansuran rumah itu dikongsi bersama Riana separuh seorang. Kereta Riana yang baru dibeli itu, pun Remie yang menguruskan pembeliannya.
Tetapi bukanlah disebabkan pertolongan-pertolongan Remie yang membuatkan Riana terus terikat kepada lelaki itu.
Dia memang menyukai Remie sejak mereka berkenalan sebaik saja dia menamatkan semester terakhir di UPM. Kebetulan ketika itu Riana baru melepaskan hubungan-hubungannya dengan beberapa orang lelaki. Ketika itu dia merasakan sudah sampai masanya untuk membina perhubungan serius dengan seorang lelaki. Dan lelaki yang ditemuinya itu; Remie memang disukainya kerana sikap Remie yang tegas dan berpendirian. Remie tidak suka menunjukkan kasih sayang yang berlebihan.
Remie juga seorang yang komited dengan kerja membuatkan hati Riana terus tertambat dan ingin terus bersama walaupun Remie tidak pernah bersumpah setia. Kadang-kala dia agak ragu mengenangkan sikap Remie terhadap perhubungan mereka. Remie tidak pernah mengucapkan apa-apa yang boleh meyakinkannya yang dia benar-benar diperlukan dalam hidup lelaki itu.
Tetapi perhatian dan kunjungan Remie menyedapkan kembali hati Riana. Dalam kesibukan Remie menguruskan syarikatnya sendiri yang dikongsi bersama seorang teman itu, Remie tidak pernah mengabaikannya lebih daripada dua minggu. Setiap dua hari, atau kadang-kadang setiap hari Remie akan berkunjung dan bermalam di kondo itu. Saat itu memang ditunggu-tunggu Riana. Kalau boleh dia mahu setiap hari Remie berada di sampingnya, atau kalau Remie angkut kain baju terus tinggal di kondo itu pun tidak mengapa. Tetapi dia takut juga kalau-kalau disergah JAIS. Paling lama Remie mendiamkan diri seingat Riana ialah sembilan hari. Sepanjang tempoh itu Remie tidak pernah menelefon atau berkunjung ke kondo itu.
Dia pula sengaja tidak menghubungi Remie untuk melihat sejauh mana Remie memerlukan dirinya.
"Jadi tak, tidur rumah aku malam ni ?"
Mimi teman seuniversiti menelefon pada petang itu untuk kali yang kedua. Mimi meminta diteman tidur kerana suaminya bekerja di luar daerah. Riana agak cuak untuk meninggalkan rumah, bimbang Remie akan ke situ malam itu. Tetapi dia marah juga dengan lelaki itu, sudah seminggu lebih menghilang tanpa sebarang kata.
"Ummmm....okeylah. Kau datang ambil aku ya."
Tanpa Riana sangka malam itu Remie pulang ke kondo. Apa lagi mengamuk sakanlah lelaki itu mendapati Riana tiada di rumah. Riana ketika itu sedang enak bergosip di dapur Mimi apabila telefon tangannya berdering nada khas untuk Remie.
Baru saja butang menjawab ditekan dan telefon ditekap ke telinga, suara Remie yang berbaur cemburu menerjah pendengaran Riana.
"Di hotel mana awak ada sekarang awak cakap ! Saya pergi ambil awak sekarang juga." Keras suara Remie walaupun nadanya tidaklah tinggi mana. Dada Riana berdebar menahan gemuruh. Remie main serkap jarang sahaja.
"Saya bukan di hotel. Saya kat rumah kawan…"
"Kawan apa? Kawan jantan ? Awak bagi alamat rumah jantan awak tu sekarang juga saya pergi ajar awak."
Dalam ketakutan Riana hampir tersenyum. Dek kerana prejudisnya dia terhadap Riana apa saja tindakan Riana pun dia curiga. Riana sedar permintaan Remie mahu menjemputnya sekarang juga perlu dipenuhi, tidak perlu berdolak-dalik di saat dia mengamuk bagai lembu gila seperti waktu itu.
"Okeylah awak datang ambil saya sekarang. Nombor 23, Jalan Jati 12, Taman Putra Budiman…." Belum sempat Riana menyambung lagi Remie sudah pun memutuskan talian. Mentang-mentanglah dia biasa dengan kawasan ini.
"Apahal ?"
Mimi menjengah dari ruang dapur.
"Errr.….nampaknya kau kena tidur seorang jugaklah malam ni Mi. Aku kena baliklah, ada monster mengamuk."
"Laaa…monster kau datang rumah ke ?" Tanya Mimi hampir tergelak.
"Ya la….aku tak sangka pulak dia nak datang malam ni. Habislah aku dia marah gila tu…" Riana menuang air oren yang dibancuh Mimi tadi.
"Tu la engkau aku dah kata bagitau kat dia dulu. Kau tak nak pulak…." Bebel Mimi.
"Habis tu macam mana ?" Tanyanya pula.
"Huh macam mana apanya. Dia on the way datang nak ambil aku le tu. Sorry ye Mi tak dapat temankan kau malam ni."
Mimi tersenyum-senyum memandang temannya. Wani ta ini memang bersifat happy go lucky, apa–apa hal pun bagaikan kelakar baginya sedangkan Riana agak berdebar menanti reaksi Remie seterusnya.
"Tak apa la kalau macam tu. Sabar je la Yana kau dapat monster garang macam Remie tu. Eh ini yang buat aku takut nak pergi rumah kau." Ujarnya.
" Ala kau ni….kau nak datang rumah aku datang je la. Dia pun kadang-kadang je ada kat rumah, bukannya dua puluh empat jam dia ada kat rumah aku tu…"
"Eh mana la tahu kalau aku pergi rumah kau, dia halau aku balik pulak." Sela Mimi.
"Hish kau ni. Kalau macam tu aku pun tak nak duduk rumah tulah. Baik aku cari rumah sewa lain je."
"Dia datang ambil kau ni, jangan-jangan dia pukul kau bila sampai rumah nanti tak. Habislah member aku jadi mangsa dera. Kalau dia pukul kau cepat-cepat telefon aku tau nanti aku datang rumah kau bawak polis…" Repek Mimi sambil tergelak. Riana turut tergelak.
"Takdelah sampai pukul-pukul. Berani dia pukul aku. Sebelum dia pukul aku, aku pukul dia dulu ." Mereka ketawa diikuti lawak-lawak merapu yang lain. Satu sebab Riana suka berkawan dengan Mimi kerana sifatnya yang suka berjenaka dan berfikiran positif. Sering saja mereka bergurau senda seperti ketika di zaman universiti walaupun kini umur sudah berada di angka dua puluh lima .
Dua puluh lima minit kemudian Remie tiba di hadapan rumah teres dua tingkat bernombor dua puluh tiga itu. Loceng di sebelah pintu ditekannya. Syukurlah Remie masih tahu bersopan , sangka Riana dia akan menerjah sahaja pintu dek kerana kegilaannya. Riana pergi membukakan pintu. Di situ Remie tercegat dengan wajah masam mencuka.
"Mana jantan awak tu ? Tengok sikit muka dia."
Riana tersenyum sahaja.
"Jantan apanya. Ini rumah Mimi la…kawan saya di UPM dulu ."
Mimi muncul dari sebalik pintu.
"Hai. Sorrylah. Saya yang ajak Yana datang tidur sini. Ingatkan awak tak pergi rumah dia malam ni sebab tu saya ajak. Kesian dia…sorang-sorang kat rumah." Mimi cuba meredakan ketegangan.
Remie hanya diam. Agaknya malu dengan keterlanjurannya sendiri.
"Okeylah Mi. Aku balik dulu ya. Nanti bila-bila datanglah rumah aku kita borak-borak."
Riana bersalaman dengan Mimi. Mimi pula masih tersenyum-senyum.
"Boleh ke aku datang rumah kau?" Tanya Mimi sambil menjeling Remie.
"Boleh. Apa salahnya. Bukannya ada gergasi garang kat rumah aku tu, aku sorang-sorang je. Ha kau tu bawak-bawak biasakan diri tidur sorang kalau laki tak ada. Tak payah lagi menyusahkan member…"Sela Riana pula. Remie terus berpaling menuju ke kereta. Mereka berdua menahan ketawa sebelum Riana mengikut Remie.
Di dalam kereta, sebaik meninggalkan rumah pegawai perhubungan awam syarikat swasta itu Remie terus saja membuka mulut.
"Awak buat apa kat situ ? Dah takde rumah sendiri nak duduk ? Ke rumah saya tu tak standard untuk awak ? Rasa bosan, nak duduk rumah lain pulak ?" Soalan Remie yang bertubi-tubi itu membuatkan Riana tersenyum. Suka benar Remie menyoal begitu, kalau orang lain begitu pasti dikatanya suka berfikiran bukan-bukan. Bahagian diri sendiri dia tidak ingat pula.
"Laki dia takde kat rumah, outstation. Jadi dia ajak saya temankan dia malam ni, dia bukannya biasa tidur sorang." Jelas Riana dengan suara lembut. Jika Remie mengamuk tidak guna dia pun bertegang leher, dibiarkannya saja Remie merepek sesuka hatinya.
"Dah tahu takut duduk sorang jangan duduk sorang. Ajak saudara ramai-ramai duduk sekali baru tak menyusahkan orang." Bebel Remie.
"Yang awak ni pun dah tak reti nak call saya ke ? Nak ke mana-mana suka hati pergi, telefon saya bagitau pun tak boleh, susah ke ? Dah tak ingat nombor telefon saya ?" Sambungnya lagi. Kenderaan yang agak banyak tersusun di jalan raya membuatkan wajahnya bertambah keruh.
"Bukan saya tak ingat nombor telefon awak, awak tu yang dah lupa nombor telefon saya. Entah ke mana-mana dia pergi berhari-hari senyap je." Riana meluah isi hati. Itu pun dengan suara yang perlahan bimbang dia menyimbah api ke minyak Remie yang masih menggelegak.
"Lagi pun saya isteri awak ke ? Kenapa saya nak kena bagitau awak kalau saya nak pergi mana-mana ?" Duga Riana. Dia ingin mendengar pengakuan Remie.
Remie menjeling Riana di sebelah. Dia tiada jawapan untuk soalan itu.
"Saya tak call awak sebab sibuk. Banyak kerja lain saya nak kena buat, bukannya asyik nak menempel kat awak je. Sendiri fahamlah."
Remie diam seketika bagi memberi perhatian pada jalan raya.
"Habis kalau saya senyap awak pun senyap ? Apa guna awak ada telefon. Call jantan lain ?" Lagi sekali Remie menuduh melulu.
Riana tidak menjawab. Dibiarkan Remie membebel sekali-sekala berselang-seli dengan suasana diam antara mereka. Tidak perlu dia menjawab tuduhan Remie itu kerana bagi Riana dia tidak pernah menelefon atau berjumpa lelaki lain semenjak dia menetapkan hatinya untuk Remie.
"Awak dah makan ?" Tanya Riana selepas beberapa ketika Remie diam. Ketika itu kereta sudah menghampiri Taman Bukit Kenangan.
"Belum. Ingat nak ajak awak makan kat luar tapi awak pula hilang entah ke mana." Kata Remie masih dalam nada marah.
Riana tersenyum sambil tangan kanannya dilabuhkan di atas paha Remie.
" Kan dah jumpa saya ni. Jomlah makan, saya temankan awak emm ?"
Namun Remie terus memandu masuk ke tempat letak kereta di bawah bangunan kondo itu.
"Tak payahlah. Saya dah malas."
Mereka keluar dari kereta. Masuk ke dalam rumah, Remie terus membuang badannya ke atas sofa lembut sambil menekan remote Astro. TV besar 29 inci yang dibeli Riana terpasang dengan saluran yang dipilih dari Astro. Riana bersimpuh di atas permaidani di hadapan Remie.
"Takkan tak nak makan pulak. Tak lapar ke ?" Riana bersuara lembut. Wajah Remie masih mencuka. Dalam tegas dan egonya kadang-kala Remie bersifat seperti kanak-kanak. Semua kehendaknya perlu dituruti.
"Saya tengok apa-apa yang ada kat dapur ya, saya masakkan untuk awak…" Pujuk Riana sambil tangannya mengelus rambut Remie yang lembut. Remie yang terbaring di sofa diam membatu. Riana tahu dia memang lapar ketika itu. Riana menundukkan muka lalu mencium pipi Remie sambil tangannya menjalar ke punggung Remie dan dipicit-picitnya bahagian itu. Daripada serius Remie langsung tergelak. Dia memang alah jika Riana memegang punggungnya. Geli.
Tangannya menghalang tangan Riana daripada terus mengusik punggungnya. Dia sendiri memaut wajah Riana lebih dekat lalu mengucup bibir mekar Riana yang tidak bergincu. Mereka bertukar senyuman mesra. Sesaat kemudian Riana bangun menuju ke bilik untuk menukar pakaian sebelum ke dapur memasak apa yang ada buat hidangan Remie. Begitulah Remie, senang sekali marah dan senang pula sejuknya.
Dan malam itu menyaksikan kesenangan hati Riana kerana Remie ada di sisinya setelah lebih seminggu dia keresahan menunggu Remie.
Remie....nama yang semakin lama semakin bertapak kejap di hatinya.....
bersambung adanya.....