MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Tuesday, 13 July 2010

Novel Lagu Cinta eps: 1 & 2

Music Note


Semusim Yang Berlalu…
Melewati hari-hari…Aku rasa sunyi…
Kian lama meyendiri…Jiwa yang tak terisi…
Merenung ke dalam diri…Kurasa kekosongan…
Segala yang kumiliki…Semakin…jauh pergi…
Di satu masa…Hidupku bahagia..
Tika hadirmu dulu...Kedalam duniaku…
Di bawah awan...Kita pernah bersatu…
Menjalinkan rasa rindu...Semusim yang berlalu…
Semua kini...Tak lagi ku temu…
Saat denganmu...Yang semakin jauh ditelan waktu…
Kenangan lalu...Bersemadi dalam jiwa ini…
Kekal bersemi...Sebuah cinta abadi…
Aku menyusuri waktu...Dengan rasa rindu…
Pada senyum dan tangismu...Semusim yang berlalu…
Aku pernah merasai...Hilang tak berganti…
Sejarahmu yang gemilang...Kan tetap...Di ingatan…
Aku rasa sunyi tanpa dikau di sisi…Sering terbayang setiap…
Kenangan bersama...Tempuhi segalanya


Lagu Anuar Zain ‘Semusim Yang Berlalu’ kedengaran di corong radio yang terletak di salah satu sudut biliknya. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu pabila menghayati bait-bait lagu tersebut. Liriknya jelas menggambarkan perasaan yang bermukim dihatinya saat ini. Rasa hati yang sunyi. Sungguh sunyi. Alunan lagu bagikan membangkit kerinduannya saat ini. Kerinduan yang terlalu dalam pada si dia. Si dia yang pernah hadir dalam hidupnya. Si dia yang pernah bertakhta dihatinya suatu ketika dahulu. Si dia yang telah mengenalkannya dengan erti cinta sebenar dan juga erti sebuah kelukaan.

Sungguh dia tidak sangka telah dua tahun dia meledani kelukaan dihati. Kadangkala dia bagaikan tidak percaya, dia mampu melalui hari-hari yang berlalu dengan seribu ketabahan setelah hatinya yang satu itu dilukai. Namun kenangan lalu itu sesekali tetap bermain-main dihati wanitanya. Masih terbayang-bayang lagi setiap saat yang dilalui bersama lelaki itu. Saat yang begitu indah bagi seorang wanita seperti dia. Dan dia tidak dapat menafikan bahawasanya hati wanitanya tetap merindui seraut wajah itu. Wajah yang pernah menemani mimpi-mimpi indahnya dimalam hari suatu ketika dulu.


Kadang dia masih teringat saat-saat awal perhubungan mereka yang tidak pernah dalam keadaan aman damai. Saat pabila hatinya mula belajar merindui wajah nan satu itu. Saat bibir mereka mula menghalunkan kata cinta. Saat mereka mengukir tugu cinta mereka. Saat hatinya merajuk pada yang sayang. Saat… Saat pabila cintanya punah, tidak kesampaian seperti yang diangankan.


Sememangnya dia tidak pernah bercinta dan dicintai oleh lelaki yang bukan muhrimnya sebelum kehadiran lelaki itu. Bukannya dia tidak mahu bercinta. Sememangnya dia pernah jatuh cinta. Rasanya acap kali dia jatuh cinta. Tapi pada orang yang tidak tahu kerana dia malu untuk meluahkannya ataupun mungkin orang itu tidak pernah menyimpan walaupun sekelumit sebesar hama persaaan pada dia. Malahan agaknya orang yang dicintainya itu tidak pernah sedar langsung akan kewujudan dia di muka bumi ini. Dia hanyalah seorang wanita. Wanita yang dijadikan Allah dengan perasaan mudah menyayangi dan ingin disayangi sentiasa. Maka tak salahkan kalau dia jatuh cinta banyak kali? Bukankah ada kata bijak pandai ‘Mungkin Tuhan ingin kita berjumpa dan jatuh cinta dengan orang yang salah sebelum kita ditemukan dengan cinta sejati kita?’


Bukannya dia tidak boleh berkawan atau berbual langsung dengan lelaki. Walaupun dia asalnya bersekolah di sekolah khas untuk perempuan sahaja, dia tidak pula mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan kaum adam. Dia berani mengutarakan pendapatnya, suaranya lantang pabila berbahas walaupun lawannya adalah kaum adam. Tetapi dia selalu rasa ingin lari pabila ada lelaki yang menunujukkan minat pada dia. Malah jika seseorang lelaki itu mula bertukar nada dan melencongkan topik perbualan ke arah gaya nak mengurat, dia pasti akan mengelak daripada lelaki ter sebut.


Namun kehadiran lelaki itu dalam hidupnya telah merubah segalanya. Dirasakan dia telah pun bertemu dengan sang arjunanya. Hatinya telah dipanah oleh encik cupid. Lelaki itu adalah lelaki pertama yang pernah hatinya rela dicintai dan mencintai. Dengan lelaki itulah dia pertama kalinya mengenal masam manis cinta. Seperti dalam novel cinta yang sering dibacanya. Dia bagaikan mengarang novel cintanya sendiri bersama lelaki itu.


Malahan telah diangan-angankan masa depannya bersama lelaki itu. Bersama-sama membina mahligai cinta mereka. Disertai dengan kehadiran 2 orang putera dan puteri. Siap dirangka-rangka nama bakal-bakal cahaya mata mereka kelak. Hospital mana pilihan untuk bersalin nanti, siapa yang akan mengasuh anak-anak mereka itu. Nak ditinggalkan di nurseri ataupun dia sahaja berhenti kerja untuk membesarkan sendiri anak- anak mereka. Mungkin orang akan kata, dia dah kronik sungguh dengan cintanya. Sedangkan mereka masih belum mengikat sebarang ikatan langsung. Tapi bila cinta beraja dihati, tentu sahaja tidak salah berangan-angan sebegitu. Mungkin bukan berangan, tetapi merangka pelan tindakan. Tidak salah bukan?


Tetapi angan-angannya telah musnah di pertengaan jalan. Cintanya tidak kesampaian. Dia terpaksa melepaskan cinta terhadap lelaki itu dari hatinya pabila cintanya itu telah dikhianati oleh lelaki itu. Lelaki yang dicintai sepenuh hatinya. Tanpa kerelaan dia ditinggalkan oleh lelaki itu setelah manisnya musim percintaan yang dilalui mereka. Harapan yang dibina hancur begitu sahaja. Begitu mudah dia dilupakan. Tika itu air matanya mengalir tanpa henti. Puas dia merayu, dipulangkan kebahagian yang pernah dimiliki. Parahnya hati dikala itu pabila dia tercari bayang-bayang lelaki itu. Dia rasa bagaikan dijatuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati. Sesungguhnya dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu dan cintanya. Dia melalui hari-hari yang mendatang dengan penuh kepayahan dan kekalutan hati. Hanya Allah sahaja yang mengerti kesedihan yang ditempuhi.


Terasa ada air mata yang mengalir perlahan-lahan dipipinya. Diseka air matanya itu. Dia harus melupakan kenangan lalu. Dia harus terus bangkit dan tinggalkan segala kenangan lalu yang begitu mendera hatinya. Dia sepatutnya telah melupakan wajah nan satu itu. Wajah yang telah mencarik-carikkan hatinya. Segalanya hanyalah tingal kenangan. Kenangan yang terindah…dan juga kenangan terpahit. Tapi entah mengapa hatinya rasa terlalu berat untuk melupakan segala-galanya. Lalu dibiarkan kenangan itu terbias satu persatu di layar mindanya…




BAB 1

Aleya Putri…


Aku Gadis Kecil



Di Satu Masa Yang Lalu


"Ku biarkan cinta ini hadir

Datanglah segera kepadaku

Kerna kau ada sesuatu

Membuatku cinta padamu...
Ku tahu dikau merasakan

Katakanlah kepadaku

Jangan biar cinta pergi

Percayalah,

ini sudah suratan Maha Esa..."


Aku menyanyi-nyanyi mengikut rentak lagu Percaya Pada Cinta yang sedang terpasang di Mp3 Player komputer pejabat ku. Tengah perasan nyanyianku ini ala-ala Akma Bintang AF4, penyanyi asal lagu ini. Apatah lagi hanya aku sorang diri di department ini sementelah bos aku Puan Sharina tengah bercuti. Manakala Dania yang merangkap satu-satunya kerani di sini pula M.C. Sakit perut katanya. Kerja pun tengah tak banyak, jadi bolehlah aku test power suara aku yang lemak merdu ni bagi memenuhi kekosongan zarah-zarah ruang kerja aku ni yang asalnya dipenuhi oleh aku, Dania dan bos sahaja. Ye lah, duduk sorang-sorang macam ni, tak ada kawan nak ajak lawan bersembang karang ada pula bunyi-bunyi yang aku tak nak dengar keudara. Hihihi...seram weh...
Dalam aku seronok menyanyi ikut pitching yang sememangnya ikut sedap peti suara aku je,

aku tak perasan rupanya ada seorang manusia yang entah sejak bila dah menjadi penonton nyanyian aku yang sesedap rasa ni.

Lantas aku terus bertukar ke silent mode bila menyedari kehadiran penonton tidak diundang tu.
' Aik... bila masa pula Encik Perasan Bagus ni muncul? Berapa lama agaknya dia dok perhati aku menyanyi ek? Apa lagi lah hal dia datang ni?' Hati aku mula cuak bila mula perasan kehadiran penonton tak diundang ni di hadapan aku. Dahlah sejak azali aku memang tak gemar nak melayan dan memandang manusia seorang ini.


"Amboi, sedapnya suara Cik Aleya. Macam suara katak sakit kerongkong panggil hujan." Ayat pertamanya yang kedengaran siap disertai dengan kening yang diangkat-angkat. Ingat bagus sangat buat eksperesi muka macam tu? Huh!
'Uh..uh… sesedap rasa tenggiling jer dia ni kata suara aku macam katak sakit kerongkong! Ish, geramnya… sabar Aleya, sabar…kita ni orang perempuan…' nasib iman aku ni masih kuat untuk tidak membalas kata-kata dia. Anggap jer la, kata-kata dia tu macam suara kambing berkokok. Tak ada effect pun pada saluran pendengaran aku ni.
"Encik Idzham nak apa datang sini? Tak reti nak ketuk pintu ke sebelum masuk bilik ni?" baik aku straight to the point sebelum dia menambah perasa pada komen dia lagi.
"Saya dah ketuk, siap bagi salam lagi. Tapi ada orang tu tengah syok buat konsert dalam ni, mana nak dengar kan?" Arghh... ada jer jawapan dia untuk menyakitkan telinga aku yang setia dikorek setiap dua hari ni.
"Puan Sharina tak ada, dia cuti seminggu." Aku malas nak layan komen dari juri tak bertauliah macam dia. Lagi cepat dia selesaikan urusan dia, lagi cepat dia boleh keluar dari bilik ni. Maka lagi cepatlah aku boleh aman daripada gangguan makhluk perasan bagus macam dia ni.
"Habis kalau Puan Sharina tak ada, tak kan lah awak tak boleh uruskan. Awakkan penolong dia di syarikat ni?" Tengok tu, ada je jawapan dia untuk setiap ayat penyata aku. Dia ni lulus ke tidak Kertas Bahasa Melayu masa SPM dulu? Bukan ke kalau ayat penyata, tak perlu lah ada jawapan yang perlu dibalas.
"Baiklah Encik Idzham, ada apa-apa yang boleh saya bantu? Saya Aleya, pembantu Puan Sharina sedia memberi khidmat sepanjang ketiadaan bos saya." Aku terus bertanya macam pembantu yang bagus bangat. Ya Allah tolonglah bantu hambamu ini menghadapi manusia yang tidak reti nak bercakap perkataan yang muluk-muluk dengan aku ni.


Sepanjang syarikat aku bekerja ni berurusan dengan dia, ada sahaja perkataan yang boleh merosakkan saraf pendengaran aku keluar dari mulut dia. Tapi kalau dia cakap dengan bos aku, tahu pula dia berlagak macam lelaki yang bergaya bahasa jiwa bangsa.


Akupun bukannya baik sangat untuk tidak menjawab segala kata-kata 'pujian' yang selalunya lancar dari mulut dia. Selalunya aku pun akan menjawab juga bila bos aku tak ada di depan aku. Ye la, takkan la aku nak berbalas pantun dengan mamat ni depan bos aku kan?

Karang bos pula sampaikan kutubah jumaat dia dengan aku etika professionalisme apabila berhadapan pelanggan syarikat.


Aku bukan tak reti nak berlagak profesional dengan mamat ni, tapi dia yang selalunya menjadi perintis acara berbalas pantun ni.

Tak boleh langsung nak bercakap yang baik-baik je dengan aku.

Ada sahaja modal dia nak menaikkan suhu pembuluh darah aku ke tahap maksima.

Aku pun kena juga mempertahankan maruah diri aku sebagai wanita melayu terakhir.
"Ni, dokumen untuk pelepasan gadaian syarikat awak ni,

pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia reject sebab tak lengkap.

Common seal syarikat tak ada"

akhirnya dia nyatakan juga tujuan kunjungan dia ke pejabat aku ni.


Agaknya sebab aku tak layan dia kali ni kot.

Aku bukan tak ada perasaan nak melayan kata-kata manis dia,

tapi tadi dah termalu pabila dia dah dengar suara aku menyanyi macam peserta yang kemaruk nak masuk Malaysian Idol.

Kalau aku menjawab karang, mesti akhirnya dia perasan aku nak cover malu.
"Aik...macam mana pulak boleh tak lengkap?" aku pelik,

pasal masa aku dapatkan tandatangan pengarah syarikat hari tu, tak ada pulak dia mintak common seal?
"Dah awak yang tak lengkapkan."

Amboi senangnya jawapan mamat ni.
"Eh, hari tu kan masa dispatch firma awak hantar dokumen ni,

tak ada pulak dinyatakan dalam surat tu mintak common seal?

Awak cuma minta dapatkan tandatangan pengarah dan setiausaha syarikat je.

Lagipun masa sebelum firma awak hantar dokumen tu ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia, takkanlah awak tak cek dulu?

Apa guna,

kita orang bayar yuran guaman mahal-mahal kalau benda kecik macam ni pun awak tak boleh uruskan. Lain kali sebelum hantar semak lah dahulu semuanya lengkap ke tidak.

" Tu dia jawapan aku yang panjang lebar.

Amboi firma dia yang salah, aku pulak disalahkan.

Apa lah punya peguam yang syarikat aku ni upah.

Pandai lepaskan diri sendiri je.

Mentang-mentang namanya peguam.
"Eh cik adik, common seal tu memang wajib bagi dokumen syarikat.

Tak kanlah awak tak nampak ada tertaip pada dokumen tu

'The common seal of company was affixed hereto in the presence of'…'

sebelum tempat untuk pengarah syarikat tandatangan?"

Tengok tu, ada je jawapan dia untuk salahkan pihak aku.


" Encik Idzham, saya dan Puan Sharina memang tak pernah sediakan dokumen macam ini. Sebab tu kita orang upah firma Encik Idzham untuk uruskan hal ini.

Jadi macam mana kami nak perasan dokumen ni perlukan common seal?

Lagipun hari tu, Encik Idzham yang kata suruh seorang pengarah dan Puan Syarina tandatangan saja. Dah berkali-kali saya confirmkan dengan firma Encik Idzham tahu.

" Aku dah start rasa tsunami nak melanda pejabat aku ni.

Lagilah Puan Sharina tengah tak ada ni.

Kalau bos aku tu ada, apa-apa hal aku suruh jumpa Puan Sharina je.

Tak kuasa aku nak layan dia.


"Dah la, saya malas nak argue dengan awak lagi. Lengkapkan je common seal tu dan hantar balik ke pejabat saya. Macam mana lah awak boleh jadi assistant company secretary ni? Kerja macam tu pun nak kena saya bagi tahu ke? Itu belum lagi jadi company secretary sepenuhnya." Huh, angkuhnya makhluk seorang ni. Suka-suki jiran pak cik tiri datuk dia jer nak arah-arahkan aku. Lepas tu siap mempertikaikan jawatan aku pula tu.


'Eh Encik Perasan Bagus, ingat awak dah jadi peguam bagus sangat ke?'

soalan tu aku mampu jeritkan dalam hati aku je. Aku tahulah dia tu lulusan undang-undang.

Tapi, lebih dia dengan aku pun setakat dia ada CLP (certified law practice) je.

Dia tak tahu aku pun lulusan undang-undang juga. Cuma aku tak sambung buat CLP je, pasal aku rasa aku tak minat nak praktis jadi peguam. Lagipun alasan sebenar aku ialah, aku tak berapa sukses sangat dalam jurusan undang-undang yang aku pelajari. Keputusan peperiksaan aku dulu selalunya yang sedang-sedang saja. Aku tak minat betul menghafal akta-akta dan fakta-fakta kes yang terkandung dalam silibus aku.

Aku amibil undang-undang dulu pun pasal ramai kawan-kawan kata aku boleh jadi peguam pasal aku cemerlang untuk mata pelajaran sejarah masa sekol ah menengah.

Kononnyalah. Hakikatnya bila aku dah ambil jurusan undang-undang, baru aku tahu ini bukan dunia aku.

Lagipun aku tak sampai hati nak bela orang salah. Cewah...bagusnya alasan aku. Tapi dah masuk sekolah undang-undang tak kan nak berhenti kot? Mahu mengamuk ibuanda dan ayahanda aku yang tercinta.


Akhirnya bila aku habis ijazah undang-undang dengan tak berapa cemerlang, aku cuba teroka bidang kerja lain yang aku boleh ceburi.

Akhirnya aku terjumpa peluang untuk menjadi setiausaha syarikat. Nampak macam bagus juga bidang ini. Ye lah, ini bukannya calang-calang setiausaha. Bukannya setiusaha bos yang selalu orang kata kena gedik-gedik gitu.

Ini setiusaha kepada lembaga pengarah. Orang terpenting yang mesti ada pada setiap syarikat.

Lagipun peratus bumiputera yang menjadi setiausaha syarikat,memang masih rendah berbanding kaum lain di Malaysia ni.


Aku dah ada ijazah undang-undang.

Apa yang aku perlu, hanyalah menghadapi 4 kertas peperiksaan berkaitan hal-ehwal korporat dan menghadiri 2 seminar pembentangan kertas kerja anjuran MAICSA (Malaysian Institute of Chatered Secretaries and Administartors).

Tambahan lagi dengan hanya perlu mendapatkan pengalaman dalam bidang berkaitan selama 3 tahun, aku dah boleh ditabalkan sebagai setiausaha syarikat yang bertauliah.

Jadi aku mengambil keputusan untuk belajar sambil bekerja sebagai penolong setiausaha syarikat untuk mendapatkan pengalaman. Dua dalam satu. Senangkan?


Semua syarat pra lulus aku dah penuhi, Cuma tinggal setahun sahaja lagi aku perlu tempuhi menimba pengalaman sebelum aku ditauliahkan sepenuhnya sebagai setiausaha syarikat. Memang aku boleh pilih cara lain untuk jadi setiusaha syarikat ni. Contohnya, memohon lesen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tapi, kalau aku ambil dengan MAICSA, aku berkelayakan untuk jadi setiausaha di kebanyakan negara lain didunia ni seperti UK, USA, Singapura, Pernacis, Brazil, India dan banyak lagilah. Tapi itu pun kalau mereka nak amik aku kerja dekat negara mereka tu. Hu…hu…hu…


Eh, dah kemana pulak fikiran aku melalut.

Hal aku dengan Encik Perasan Bagus ni tak habis lagi.

Aku malas nak mengwar-warkan kelulusan aku.

Nanti lagi banyak modal dia untuk membalas hujah-hujah dia dengan aku kalau dia tahu latar belakang aku.
"Baiklah lah Encik Idzham, tapi bagi saya masa 2 minggu untuk lengkapkan borang ni.

" Cepatlah berambus wahai si loyar buruk. Aku tak larat dah nak menghadap wajah kau yang dikata kononnya macam Luke Wilson yang berlakon sebagai Emet si peguam dalam Legally Blonde tu. Eh, itu bukan aku yang kata ya.

Si Dania dengan budak receptionist kat bawah yang pandai-pandai kata mamat ni ada iras-iras si pelakon tu.

Bagi aku, jangan kata macam Luke Wilson,

macam Prakash cleaner dari Bangladesh tu pun aku rasa tak sesuai dibuat perbandingan.

Muka kalau kacak patutnya kata-kata pun biarlah tahu bersopan sikit.

Tapi memang aku tak nafikan, mamat ni ada rupa yang sedap dipandang. Ada gaya tersendiri.

Peguamlah katakan. Kena la jaga imej.

Sebab tu terlebih perasan dirinya tu bagus agaknya.
"What??? You need 2 weeks for that simple job?"

Suara dia dah bertukar nada. Muka pun dah macam orang pelik.

Weh, tak payahlah menjerit siap dengan eksperasi muka macam tu. Aku belum pekak lah! Lagipun bilik ni ada kau dan aku je.

Lagu mp3 kat komputer tu pun aku dah tutup masa aku perasan kehadiran dia tadi.


" Memanglah kerja ni simple bak kata Encik Idzham.

Tapi, tak kanlah seorang peguam berkaliber macam Encik Idzham tak tahu yang common seal ni bukan boleh sesuka hati je saya nak cop macam cop rubber stamp.

Boleh cop sesuka hati saya kat mana-mana je.

Kalau nak kat dahi pun boleh.

Common seal tu nak cop kena ada resolusi yang ditandatangan oleh 2 orang pengarah dan setiausaha syarikat.


So, saya kenalah sediakan resolusi dan tunggu Puan Sharina balik dari cuti minggu hadapan.

Nak menghadap para pengarah lagi untuk dapatkan tandata ngan.

Faham?" Aku dah makin geram dengan mamat ni.

Kerja dia nak cepat je suruh siap.

Kalau syarikat aku suruh firma dia buat apa-apa,

ada je alasan dia kalau kerja mereka lambat siap.
" Okay fine then. Tapi kalau boleh siapkan cepat lagi bagus.

By Wednesday next week, I want it to be ready."
By Wednesday?

Eh, aku minta masa 2 minggu! 2 minggu bersamaan dengan 14 hari.

Hari ni dah hari Khamis. Kalau hari rabu minggu depan, baru 7 hari yang bersamaan dengan seminggu. Dia ni tak tahu mengira ke? Agaknya matematik pun dia kantoi juga kot masa SPM. Apalah nasib aku kena berurusan dengan peguam yang sengal macam ni.


" Encik Idzham, saya minta tempoh 2 minggu. Kalau rabu depan baru seminggu." Aku cuba bagi tahu dia supaya dia sedar. Mana tahu dia memang tersilap congak hari. Aku cuba bersangka baik dengan dia. Buat pertama kali dalam sejarah komunikasi antara aku dan dia.
Tapi jawapan yang aku dapat dari dia ialah...
" Saya tahu, rabu depan baru seminggu. Seminggu tu saya kira cukup untuk awak selesaikan segalanya. Kalau sayalah, tak perlu seminggu. Paling lama tiga hari saya dah siapkan." Angkuhnya kata-kata dia, siap dengan aksi petik jari lagi.
Aku memang tergamam. Rasa geram, meluat dan sakit hati semuanya bercampur aduk. Tak mampu aku nak membalas kata-katanya lagi. Dia ni memang melampau. Ada sahaja jawapan dia untuk membalas balik setiap kata-kata aku dengan perkataan yang menyakitkan. Tak reti nak berdiplomasi sungguh. Sesuai sungguh dengan gelaran yang aku bagi 'Encik Perasan Bagus'.
Akhirnya dia berlalu dari ofis aku setelah mengucapkan, "Saya balik dahulu. Jangan lupa Rabu depan. Kalau rindu nak dengar suara saya, jangan segan nak telefon saya,

" siap dengan kenyitan di mata.


Baliklah, aku pun tak sanggup dah nak menghadap muka kau.

Datang tak berjemput, nak balik pandai-pandai lah sendiri.

Tak payah bagi tahu aku pun tak apa. Tak ada makna aku nak rindu-rinduan.

Eee..geli aku nak rindu kat dia. Akhirnya reti pun dia nak berambus dari ofis aku ni.

Nak balik pun sempat lagi menyakitkan hati aku dengan kata-kata dia.

Aku henyakkan tubuh pada kerusi empuk aku.

Cuba menenangkan hati aku setelah melalui satu tempoh yang sesungguhnya telah merosakkan mood aku untuk sepanjang hari ini.

Jangan ingat aku berdiam diri, aku tak akan balas balik segala peluru berpandu dia tu.

Ingat dia seorang ada mulut yang insuran dah expired???

Tunggulah saja harinya, akan kubalas sega la perkataan-perkataan dia dengan sesuatu yang tak mugkin dia akan lupa sepanjang hayat.

Bibir aku mula tersenyum pabila kepala aku sudah mula merangka rancangan untuk serangan balas.

Sabarlah Encik Idzham Iskandar a.k.a Encik Perasan Bagus akan balasan dariku untuk mu...

Ada kari pastinya cap Babas,
Ada hari pastinya kubalas...


BaB 2


Idzham Iskandar


Pintu apartmentnya dibuka dengan kunci yang ada. Ruang dalamnya gelap.
Lampu tidak terpasang. Nampaknya, teman serumahnya Nik masih belum pulang.
Sibuk juga pakcik arkitek sorang tu.
Entah-entah dia bermalam di site. Dia merebahkan dirinya diatas sofa tiga rangkai di ruang tamu setelah membuka lampu dan menghidupkan pemain cekera padatnya.
Penat!!!
Dia sememangnya kepenatan.
Malah hari ini dia hanya dapat menjamah sarapan pagi sahaja. Itupun hanya dengan menjamah kuih yang disediakan semasa mesyuarat.
Dia langsung tidak sempat mengambil makan tengah harinya lantaran hari ini terlalu sibuk.
Dia keletihan dengan kerja-kerja yang perlu dihadapi dan jarak perjalanan yang perlu ditempuhinya.
Paginya dari rumah terus ke Shah Alam untuk bermesyuarat di pejabat pelanggannya, kemudian ke Pusat Bandaraya pula berkejaran ke mahkamah Kuala Lumpur untuk 'hearing' kes yang bakal dikendalikannya dan menanti tarikh perbicaraan diputuskan.
Kemudian kembali pula kepejabatnya yang terletak di Petaling Jaya untuk bermesyuarat membincangkan kes yang sedang dibicarakan dengan senior associatesnya.
Hanya selepas me nunaikan solat maghrib yang sudah hampir habis waktunya,
baru dia dapat kembali ke rumahnya di Ampang semula.

'Huh, nasib baik aku masih belum kahwin atau ada kekasih,'
keluh hatinya pabila mengenangkan jadualnya yang tidak menentu.
Hemm...sebut pasal kahwin dan kekasih ni,
tiba-tiba dia teringat pada Uminya di kampung. Kenapa?
Sebab Uminya lah yang rajin mengingatkan dia untuk cari calon menantu buatnya.
Dulu masa dia masih belajar, setiap kali dia menelefon atau balik ke kampung, pasti Umi mengulang-ulang pesanan penajanya sampai dia naik hafal ayatnya.
Pesanannya mesti bebunyi begini,
"Selagi belum habis belajar, jangan Am nak sibuk ada kekasih atau fikir nak kahwin...bla...bla...bla..."

Sehinggalah selepas dia mendapat kerja di firma sekarang pun,
uminya masih lagi belum habis dengan pesanan penajanya.
Tapi kini pesanannya berubah pula kepada "Bilalah Am nak bawa balik menantu untuk Umi? Umi ni sunyi duduk sorang-sorang di kampung...bla..bla..."

Kalau diikutkan hati ingin sahaja dia duduk bersama umi tersayang di kampung.
Setakat berulang dari kampungnya yang terletak di Sungai Bill,
berhampiran Slim River Perak tu ke ofisnya di Petaling Jaya bukannya jauhpun mana.
Sejam pecut dah boleh sampai.
Tapi itu pun kalau kakaknya Ketua Polis Trafik dan Sammy Vellu tu datuk saudaranya.
Ye lah, bolehlah dia pecut keretanya 180 km/j untuk ke tempat kerja tanpa disaman.
Masuk keluar tol PLUS tu boleh dibuatnya macam masuk keluar tandas.
Minyak pun nak dikira. Kereta Ford Laser Lynx TX3 kesayangannya pun bukan pakai air paip atau air reverse osmosis yang harganya semurah 20sen seliter,
tapi pakai minyak yang harganya asyik naik dari tahun ke tahun.
Tapi kenyataannya, semua harapan tinggal tunggu dikapan sahaja lah.
Dia mana ada kakak. Dia anak tunggal. Rasa-rasanya nak tak Ketua Polis Trafik Persekutuan SAC II Nooryah Mohamed Anvar tu jadi kakak angkat dia?
Huh, mimpi di siang hari je lah kan?
Apatah lagi nak minta Sammy Vellu tu kahwin dengan opah saudara dia yang dah berumur 75tahun plus-plus tu. Kalau opah dia secun Aishawarya Rai mahu juga la kot.
Mengarut je kepalanya bila dah penat-penat macam ni.

Batter man
Send someone to love me
I need to rest in armsKeep me safe from harm
In pouring rainGive me endless summer
Lord I fear the coldFeel I'm getting old
Before my timeAs my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all
I canTo be a better man
Go easy on my conscience
'Cause it's not my fault
I know I've been taught
To take the blame
Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
I'm in pain
Once you've found that lover
You're homeward bound
Love is all around
Love is all around
I know some have fallen
On stony ground
But Love is all around

Sedang enak berehat, lagu Batter man kedengaran.
Entah mengapa kala menghayati lirik lagu dan suara lunak Robbie William,
seraut wajah nan comel bermain dimindanya.
Aleya Putri… 'Send someone to love me…'
Hmm…Apa pula kena mengena cik kak mulut M-16 tu dengan lirik lagu ni ? Nak kata Aleya tu didatangkan Tuhan sebagai angel untuknya, memang mustahil.
Tak masuk dek akal langsung. Kalau death angel ok kot?
Budak tu mema ng lah comel.
Tapi mulutnya pun boleh tahan juga. Macam laras peluru senapang M-16.
Bila menjawab, aduh...bisanya macam venom ular kapak.
Pandai-pandai je dia kata Aleya begitu.
Macam ada sejarah kena patuk je. Nauzubillah mintak dijauhkan.

Teringat perang mulut mereka setiap kali dia berkunjung ke pejabat gadis tersebut.
Rasanya Dewan Rakyat di Parlimen pun tidak berdebat seperti mereka.
Malah kalah Pertandingan Debat Piala Di Raja yang selalu diadakan di Universiti Malaya saban tahun lagaknya.
Dia bukanlah lelaki yang kurang ajar.
Uminya dah mendidik dia menjadi jejaka berbudi pekerti sejak dari kecil lagi.
Walaupun dia lawyer, dia bukanlah loyar buruk.
Dia hanya akan menggunakan bakat terpendamnya itu di tempat yang betul sahaja.
Cuma entah mengapa dengan Aleya, dia suka benar mengenakan gadis tu.

Dia perasan, setiap kali dia berlawan hujah dengan Aleya,
muka gadis itu pasti merah pabila dia kalah dalam perang mulut antara mereka.
Ya lah Aleya kan lawyer tak habis graduate, pasal tu selalu dikalah oleh dia.
Tika itu, Aleya memang comel sungguh.
Suka benar dia menatap wajah yang kemerah-merahan itu.
Lagi pula kulit Aleya sememangnya cerah.
Dia pakai Fair & Lovely kot…dulu tak lah secerah tu rasanya.

Sebenarnya dia telah mengenali Aleya sebelum dia bertugas sebagai peguam yang menguruskan hal-hal perundangan di syarikat gadis itu lagi.
Dia telah mengenali Aleya semenjak di universiti lagi.
Dia bukannya tak tahu Aleya tu mengambil jurusan undang-undang dahulu.
Dia tahu. Dia pun mengambil jurusan undang-undang kan?
Mereka seuniversiti. Maka mereka sefakulti pastinya.
Tapi dia merupakan abang senior kepada Aleya.
Tika Aleya baru memulakan tahun dua, dia sedang menyudahkan semester akhirnya.
Cuma dia pelik, bila berjumpa semula,
Aleya bertugas sebagai Assistant Company Secretary dan bukannya sebagai peguam.
Mungkin dia tidak berminat nak jadi peguam kot?

Aleya memang tak ingat pada dia. Jadi pasti si gadis ingat, dia ni memang lelaki si mulut jahat. Suka mengutuk Aleya sahaja setiap kali berjumpa.
Malah dia bukan tidak tahu Aleya telah bagi gelaran 'Encik Perasan Bagus' pada dia.
Dia tahu. Itupun Dania yang cerita.
Hubungan dia dengan Dania sememangnya baik-baik sahaja. Tidak macam hubungan dia dengan Aleya. Tidak pernahnya aman damai. Dania,
kerani di pejabat Aleya tu memang suka bercerita dan ketawa.
Katanya dia macam Switzerland di PBB.
Negara berkecuali. Tak mahu sokong Idzham atau Aleya.
Dia bukan suka berperang mulut dengan Aleya pun.
Kan sudah ditegaskan, dia jejaka berhemah. Lagipun apa faedah bergaduh dengan Aleya.
Kalau tak gaduh , kan dia boleh mengurat Aleya?
Mana tahu boleh dibawa balik kampung buat calon untuk uminya. Ada hati juga ya dia ni?

Dia cuma geram Aleya tu boleh tak kenal dia,
sedangkan mereka sefakulti di Universiti dahulu.
Atau Aleya sudah lupakan dia? Mustahil! Walaupun di universiti dahulu,
dia jejaka yang low-profile, dia pernah menjadi penyelamat hidup Aleya tika itu.
Dia sendiri tak mungkin melupakan peristiwa tersebut.
Peristiwa yang hampir-hampir membuatkan ijazahnya ditahan.
Cita-citanya untuk menjadi peguam pasti terbantut jika ijazahnya ditahan.
Sia-sia sahajalah empat tahun dia melayan migraine di kepala meghafal segala akta dan meneliti kes-kes perundangan.
Kerana Aleya tidak pernah kisah akan kehadiran cerita lalu antara merekalah yang membuatkannya suka menyakiti hati Aleya dengan kata-kata sinisnya.
Biar si gadis sedar sikit.
Lalu peristiwa tersebut bagaikan perakam waktu yang berputar semula di benaknya menayangkan kisah lalu…

Wednesday, 7 July 2010

~Memori kAtAk PiSaNg...~

Frog Bersilau itu walaupun padi,
Santan kelapa taruhan dagang,
Berkilau itu walaupun budi,
Intan permata rebutan orang



Angsa kesayangan atuk sedang sibuk di sarangnya mengeram telur. Itik nila yang sebanyak tiga ekor itu juga sedang asyik berenang ke tepi ke tengah kolam bersama 10 ekor anak yang kuning keemasan. Teratai-teratai berwarna merah jambu terapung di permukaan menyerikan ketenangan kolam di petang yang hening ini.


"Raya nie dia orang nak datang.." terngiang-ngiang suara emak di telinga. Aduh.. sejak pulang ke kampung ini petang kelmarin hatinya semakin sesak. Ikutkan hati mahu saja dia balik ke Kuala Lumpur semula. Bukannya apa, dia baru nak membuka mulut bertanya berita si Suhana alih-alih kisah Suhaimi pula yang disebut. Aduhai.. tolonglah aku!


"Dah termenung kat sini kenapa?" Suara mak jelas kedengaran di belakang. Aku cepat-cepat bangun sambil tersengih malu. "Bukan termenung mak.. ni tengah pikir ni nak balik pagi raya ke nak balik sebelum raya.." "Hah.. jangan nak buat benda bukan-bukan.. " ugut emak membuatkan aku tersenyum. Seram jugak mak dengar apa yang aku cakap. Aku mengeluh bosan dan melangkah ke halaman. Kelihatan adik-adik aku sedang sibuk memasang pelita panjut yang bakal menyerikan malam Tujuh Likur nanti. "Mak ni bukan apa Jun, tu pak lebai tu teringin sangat nak berbesan dengan mak nie.. ""Ala mak nie.. kalau iye pun nak berbesan kenapa mesti jodohkan Jun dengan Suhaimi tu?" Aku menarik muncung.


Bosan betul bila menyebut nama lelaki itu. Ah.. lelaki macam tikus tu. Eii.. tak sanggup aku nak tengok keadaan dia yang tak serupa orang tu. Dahlah kurus melengking.. lembik nak mampus pulak tu.. "Tak naklah kalau dengan dia mak!" Terpacul saja perkataan itu dari mulutku. Emak yang sedang melayur daun pisang menjeling. "Nak atau tidak, cubalah kau jumpa dia dulu.. tak lama lagi... 5 hari lagi jer.." Aku mengeluh lagi.


Patutlah mak tanya tanya soalan yang tak logik hari tu."Kerja kau macammana sekarang nie Jun?" "Okey.. dah confirm pun.. mak toksah risau la.. tahun depan dah boleh pakai kereta.." jawabku sambil ketawa. "Umur kau pun dah nak masuk 24 tahun depan kan?" soal mak lagi sambil sibuk mengacau daging masak lemaknya.


"Kawan kau si Mastura tu dah dua anak dia.. Hah.. Aton yang selalu mengaji dengan kau dulu pun dah nak beranak tak lama lagi.. " Alamak.. dah menyimpang tajuk nie.. "Mak ari tu kan Jun ada baca dalam surat khabar cara-cara nak awet muda.. mak bolehlah amalkan petua tu.. nanti Jun pegi ambil," "Eh.. orang cakap pasal dia dia sibuk cakap nak awet mudakan kita pulak.. tunggu dulu!" Alamak..Aku duduk semula di kerusi. "Mak nie dah nak masuk 50 dah Jun.. tengok jiran-jiran kita tu.. teringin jugaklah mak nie nak menimang cucu..." "Err.. mak nak suruh si Aishah kawin ke?""Mengarut ye cakap ngan mak? Aishah tu baru darjah 5! Kau tu la mak nak suruh kawin.."


Aku tertawa melihat mak memasamkan muka. Aduii.. mati aku kali ni.. "Mak nie.. macammana la Jun nak kawin.. dulu masa sekolah ada orang minat kat Jun mak tak kasi layan. Masa saham Jun tengah naik masa sekolah menengah pun mak warning jangan nak menggatal bercinta. Dulu ada mat saleh nak kat Jun masa kat UK dulu mak larang jugak.. Dah tu macammana Jun nak kawin, boyfriend pun tak de..." Aku mencapai pisau dan memotong sayur kacang. "Itu dulu.. sekarang nie takkan tak ada apa-apa kot.." mak senyum. Aku menggeleng kepala.

"Sapa nak kat Jun nie mak.. bukan selawa mana pun.. tambahan pulak Jun nie pakai tudung. Orang lelaki sekarang nie mana nak pandang sangat orang pakai tudung nie.." sengaja aku memberi alasan. "Itu kau tak payah bimbang.. bulan lepas, ada orang merisik kau," Adoii!! Aku mencampak pisau ke tepi. Jari telunjuk yang terhiris tadi kutekup dengan hujung baju kurung kedah. "Buat kerja tu lain kali hati-hati sikit.. " mak menggeleng kepala sambil mengambil serbuk kopi dan menghulur kepadaku."Siapa pulak yang nak menempah malang tu mak risik Junnie.." soalku"Ala.. Lebai Sahak.." Lebai Sahak?"Untuk siapa? Untuk Badrul ke?" soalku lagi. Terbayangwajah pensyarah muda itu di ruang mata. "Bukan.. untuk Suhaimi..." Apa??


Solat terawih sudah pun selesai. Aku mengekor dibelakang emak yang asyik berbual-bual dengan Mak Tih Kiah depan rumah kami. "Ini ke si Jun?" satu tepukan lembut di belakangku membuatkan aku terperanjat beruk. Wanita bertelekung putih itu tersenyum sambil mengusap belakangku mesra."Iye la kak Aji.. sapa lagi kalau bukan anak dara ceruk dapur saya nie.." sahut emak sambil mengerdip-ngerdip mata. Alah.. apa lak mak nie main bahasa-bahasa mata ni? Seketika cubitan halus hinggap di punggungku. Adoii..aku menjeling mak geram. "Salam.." bisik emak. Ohh.. segera aku menghulurkan tangan. "Dah lama sangat tak jumpa.. iyelah.. orang belajar tinggi.. jauh pulak tu.." "Hmm.. nak buat macammana kak aji.. dia orang nie bukannya macam kita nak mengenal saudara.. hari raya pun buat tak tahu saja.." "Suhaimi tak balik lagi?" soal mak. Yearlkk.. aku terasa tekak sudah mula bergelodak bila mendengar nama itu.


"Entahlah.. dulu dia talipon nak balik hari melemang..= tak tau la Long Zah.. orang kerje drebar nie payah sikit = nak dapat cuti.. " Apa? Driver? Aduii.. mak ni biar betul nak jodohkan aku dengan driver.="Buat apa la dia pergi kerja dengan orang putih tu iye Kak Aji..nak cuti raya pun susah.. dah lama jugak dia tak balik beraya rasanya.." amboi mak nie.. "Hmm.. entahlah Long.. tak tahu jugak la nak cakap.. " keluh Mak Aji Som.


"Jun kerja di mana sekarang ni?" soalnya. "Di Putrajaya mak Aji.." "Ohh.. kerja kat tempat PM.. baguslah tu.. kerja la elok-elok.. err.. mak aji balik dululah ye.. datang ke rumah Jun bual-bual dengan Suhana.. dia dalam pantang tu.. " pesannya sebelum beredar. Aku Cuma mengangguk. Dalam hati sabar ajelah..


Si Suhaimi tu bukan aku tak kenal. 24 jam bersongkok.. anak pak lebailah katakan.Pulak tu lembiknya macam katak pisang. Eii.. Masih kuingat lagi zaman kami kecil-kecil dahulu. Aku sebaya dengan Suhana adiknya. Selalu sangat si Lembik tu kena buli dengan budak-budak.. dan tukang backingnya siapa lagi kalau bukan aku. Kalau kita bercakap dengan dia macam bercakap dengan dinding. Mulut tu macam ada berlian. Hari-hari berkepit dengan muqaddam.. pasal apa nak tau? Pasal bebal sangat. Dahlah lembik nak mampus.. kalau mengaji tak pernah lancar. Padahal 24 jam mengepit Muqaddam. Hemm.. tu baru story kat kelas mengaji. Belum kat sekolah. Walaupun dia tu lebih tua 4 tahun dari aku tapi semua hampeh. Kalau nak tengok muka dia hah, tunggu aje la waktu perhimpunan. Kalau ada budak kurus kering kepala tunduk bersongkok hitam berdiri kat depan tu, hah dialah. Kerananya.. periksa tak pernah pas. Nombor akhir sekali dalam kelas tu memang dia yang memegangnya sampai habis sekolah rendah. Yang aku pelik tu buku tak pernah lepas dari tangan.. orang lain tu tak pegang buku pun boleh lulus periksa.


Sebut aje Suhaimi Lembik memang orang kenal sangat. Seramai enam orang adik beradiknya dia seorang saja yang 'kureng' sikit. Pelik jugak anak lelaki bongsu Pak Lebai tu. Kenan apa agaknya Mak Aji Som masa mengandungkan dia dulu. Penat lagi rasanya aku berlari menghambat budak-budak yang selalu mengacaunya. Pun begitu dia tak pernah nak berterima kasih. Dahlah lembik, sombong lak tu! Selepas itu aku tak ikuti perkembangan Si Katak Pisang itu. Dengar khabar dia pergi sekolah kat Kedah tinggal bersama pak ciknya yang mengajar di sana. Dan aku pula selepas habis darjah 6 mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah di Raub, Pahang.


Sejak itu kami semakin jauh.Suhana juga bersekolah di Terengganu dan tamat dengan sijil SMA sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir. Dalam surat pun Suhana tidak ada bercerita tentang abangnya yang lembik itu. Ahh.. Suhana pun tak berapa suka nak melayan abangnya yang gagap tu. Oh ya.. lupa aku nak cerita Suhaimi nie gagap sikit.. itu pasal berat mulut macam berlian.


Dan sekarang nie aku rasa Tuhan nak menduga aku. Kenapa dalam ramai-ramai anak Pak Lebai Dollah tu, Si Suhaimi Lembik itu yang terkena pada aku? Kenapa tidak Badrul yang menjadi pensyarah di UIA tu? Ataupun si Azlan yang sedang buat master di USM tu? Aku menumbuk bantal menahan geram. "Mak, kalau tolak boleh tak mak?" soalku membuatkan emak tidak jadi memasukkan bancuhan bahulunya ke dalam acuan. Aku tunduk sambil menguis-kuis sabut kelapa yang semakin hangus dimakan bara api. "Hmm.. kan mak dah cakap dulu, jumpa dulu.. " "Tapi.. mak kan tahu Suhaimi tu macammana.." "Macam orang la.. macam apa lagi?" soal mak selamba sambil menambah kayu kayu kecil yang dikerat-kerat.


"Dulu mak tanya kau kata kau tak ada boyfriend. Lagipun..nak harap sapa lagi. Anak dara mak dua orang aje. 5 lagi lelaki. Takkan nak suruh adik kau si Aishah tu pulak.." "Habis tu mak dah nak sangat bermenantu..""Iyelah.. sudahlah arwah ayah kau tak sempat menengok kau bersanding, nanti kalau mak pulak menyusul.. macammana?" soal emak membuatkan mulut aku terkunci. "Lagipun.. memang sebelum arwah pergi dulu dia ada sebut-sebut nak bermenantukan si Suhaimi tu." Apa???? Aku rasa macam nak pengsan.


Ah sudah.. mesti nak guna isu arwah ayah pulak.. "Kau tau tak.. sungguhpun dia tu macam tu Jun, dia layang paling rajin menolong ayah kau kat kebun. Tak semua dalam setandan pisang tu elok.. tapi walaupun dia macam tu, dia rajin, hormat orang tua." Aduii.. cuping telinga terasa kebas mendengar pujian dari mulut emak. "Satu lagi mak nak pesan, jangan memilih rupa.. bukan boleh bawa bahagia.." emak menjeling tajam."Tapi mak.." "Sudah, bakar kuih ni! Mak nak tengok si Hisham tu dah siap ke tidak pelita buluh dia.." Emak angkat punggung meninggalkanku di situ. Aduii..



"KAK JUN, apa kata tolong Aina bawak barang-barang ni..beratlah!" Aina berkerut-kerut kening menjinjing dua plastik besar barang-barang. "Engkau nie.. bawak tu sikit pun nak bersungut.." "Kak Jun la.. tadi abah suruh bawak kereta tak nak.. dah kita kena jalan kaki jauh-jauh macam ni.." sungutnya. Aku Cuma tersenyum. Kalau fikir balik, padan la dengan muka kau. Tadi semasa sampai di rumah bukannya nak menolong apa-apa yang patut. Orang bandarlah katakan.. dah berapa kali mak ngah menjeling-jeling tadi tapi dia selamba baring menengok tv.


Akhirnya bila dengar aku nak ke bandar cepat saja mak ngah menyuruh si Aina ikut sama. Tapi nak dijadikan cerita, bas tiba-tiba pancit sedangkan ada lebih kurang 3 kilometer lagi nak sampai ke rumah. "Kak Jun telefonlah rumah suruh abah ambil!" Aina sudah tidak larat untuk berjalan. "Mana ada line kat sini.. tak nampak bukit bukau nie..?" soalku. Aina mengeluh dan mencangkung di tepi jalan. "Habis tu?" "Kalau penat kita stop sini dulu.. kejap lagi kita sambung balik jalan.." "Apa? Kak Jun tau tak sekarang nie lagi sejam nak berbuka? Kalau macam tu bila nak sampai?" soal Aina terkejut. 'InsyaAllah, sebelum subuh esok kita sampai.." "Kak Jun ni!!!" Aina mula merajuk. Aku Cuma tersenyum.


Tak boleh susah sikit sepupu aku ni. Maklumlah dari pandai menangis keluar dari perut ibu sampai dah 17 tahun umur hidup macam bidadari.. Aina.. Aina.. kalau kau duduk dengan mak aku.. memang dah cukup syarat dah kau nak jadi bini orang! Kalau kau sanggup dengar bebelan anak dara pemalas kau cubalah bangun meninggi hari. Kalau nak rasa kutilan halus berbisa kat punggung cubalah kau basuh pinggan berbunyi-bunyi.. hinggaplah sedas dua kutilannya kat peha kau yang gebu tu. Itu belum lagi dia tengok kau pakai skirt pendek seperti kebiasaan di KL sana.. alamatnya kena kejar kelilling rumah la engkau!


Surau yang semakin roboh dimamah usia di hadapan kami kutatap. Dahulu di sinilah aku bersama kawan-kawan menuntut ilmu keakhiratan saban petang selepas waktu sekolah. Pokok kundang tempat permainan kami masih utuh megah berdiri di sebelah kanan rabung surau. Dahulu laman surau ini pasti bersih kerana Suhaimi akan menyapunya setiap hari. Dan aku pula bersama Aton, Mastura dan Aidah akan menjadi tukang sepah. Elok-elok si Lembik itu selesai menyapu aku segera memanjat pokok rambutan. Dan di hujung dahan itu aku menggegar segala dahan dan daun-daun rambutan yang kuning akan bertaburan semula. Tapi Suhaimi tak pernah sekalipun marah. Mungkin kerana sedar diri aku selalu menyelamatkannya dari gangguan Usop Hingus cucu Tok Empat Latip itu.




Kadang-kadang aku sengaja membiarkannya mencuci lantai di kaki surau yang sudah kotor dengan tanah merah kerana kami tak pernah meninggalkan kasut di luar kawasan bersimen. Masih teringat sewaktu di bulan Ramadhan yang mulia ini, 16 tahun yang lalu, si Suhaimilah mangsa menyimpan segala kuih-kuih moreh untuk aku.Kadang-kadang bahagian dia aku ambil dan dia Cuma memandangku sambil terkebil-kebil. Aku senyum sendiri melihat kenangan lama dahulu. Teruknya perangai aku! Tapi mujurlah emak dan ayah tak pernah tahu. Lagipun Suhana pun tak pernah kata apa, asalkan aku sentiasa menjadi penyelamat abangnya.


"Oii.. lembik! Kau nie lain kali jalanlah cepat sikit..karang kalau budak hingus tu datang kang mula la kau terpekik-pekik!" Teriakku geram. Suhaimi masih terhegeh-hegeh mengayuh basikal yang lebih besar dari badannya. Suhana Cuma menggeleng kepala. "Imi.. cepatlah sikit!! Dah malam ni... kang kalau lalu kat kubur kat depan tu.. ""Hishhh!! Mulut tu.." Suhana menekup mulut. Aku berhenti di tepi jalan menanti si Lembik yang mengayuh macam kura-kura tua. "Jujjjujjj...Jun!! Aaaa..add..ddaaa menda la!" "Apa lagi??" Aku menongkat basikal dan menghampirinya."Ngape?" soalku melihat mukanya sudah pucat lesi. Dia terketar-ketar menunjuk ke belakangnya. "Pasal?" "Aaadd...da mmmeennda pepe..peggang song...songggk...kok mi!" Air matanya sudah merembes keluar. Aku menggeleng kepala. "Penakut! Bukan orang la! Ranting kayu! Bodoh betul.." jawabku sambil melepaskan ranting kayu yang tersangkut pada songkok buruknya. Aku dan Suhana tertawa kelucuan. Suhaimi terkulat-kulat mengesat air matanya. "Kau nie lain kali beranilah sikit! Sampai bila aku asyik nak jadi tukang kejar Usup tu jer.. ko tengok aku nie baru nak gemuk dah kurus balik, asyik jadi tukang penyelamat kau jer.." Aku menumbuk bahu Suhaimi. Tetapi tiba-tiba saja dia terus terlentang. Ak terkena .. memang dasar lembik! Begitulah alkisahnya si Suhaimi. Aku tersenyum melihat anjung tempat kami belajar mengaji dulu.


Begitu juga telaga yang pernah mencipta sejarah dahulu.Sejarah yang menyebabkan Suhaimi tercampak jauh dinegeri Kedah kerana satu peristiwa yang tidak disengajakan!"Kak Jun!!" Aku terkejut beruk. Aina tersenyum di sisi lelaki yang sedang tersenyum memandangku tidak jauh dari Toyota Altisnya yang tersadai di bahu jalan."Kak Jun cepat naik! Abang nie nak tolong hantarkan.." Aku memandang lelaki itu curiga. "Cepatlah kak!!" Aina menarik tanganku. "Kau nie.. kau kenal ke orang tu?" Aina menggeleng kepala. "Dah tu pandai-pandai sangat nak tumpang kenapa?" "Kak Jun ni dah nak berbuka dah ni tau.. takkan kita nak tunggu sini sampai besok pagi! Lagipun takutlah.. sini sunyi.. mana ada rumah orang.." "Iye la.. tapi kita tak kenal dia.. bukan orang kampung kita nie..sekali bapak ayam ke.." "Apalah akak ni!" Aina sudah menarik muka masam. "Kalau akak tak nak naik sudah! Biar Aina balik dengan abang tu!" Amboi.. tak makan nasihat!


Aku memaksa diri melangkah menghampiri lelaki itu. "Errr.. Abang, ni la kakak sepupu kita.. " Aku tersenyum sekadar berbahasa. Dalam hati memang geram dengantelatah Aina. "Duduk kat kampung mana?" soalnya sambil membukakan pintu. Aina cepat-cepat masuk. Sabar aje la aku. Lelaki itu Cuma tersenyum melihat aku kegeraman. "Pamah Kulat.. err.. Encik ni nak kemana?" soalku setelah dia mula menggerakkan keretanya. "Saya nak berbuka puasa di rumah pak cik saya.. selalu jugalah saya ke sini, tapi tak pernah jumpa.. cik.." "Junaida! Nama dia Junaida bang!" cepat Aina menyampuk. Ehhh.. budak nie pandai-pandai aje.. kalau dia duduk sebelah aku kat belakang nie memang nak kena cubit. "Ohh.. dekat-dekat sama dengan nama Aina ye... Junaida.. Junaina.. silap-silap orang ingat kembar.." Aina tertawa kecil. Amboi gediknya si Aina nie.. mentang-mentanglah mamat nie hensem dan macho sikit.


"Jun, Jun tak kenal saya ke?" soal lelaki itu sambil melihat aku melalui cermin."Err.. sorry la.. memang tak kenal," "Perangai awak nie dari kecil memang tak berubah-ubah. Berterus terang.." Lelaki itu tersenyum. "Err.. abang kenal ke kak Jun?" soal Aina hairan. "Jun tak ingat masa kecil-kecil dulu.. budak yang selalu tunggu Jun tepi simpang depan tu masa balik mengaji? Yang selalu bawa lastik burung tu.." Aku mengerut kening.


Terbayang tiga ekor iblis kampung yang selalu mengganggu Suhaimi. Masih kuingat lagi baju kurungku terkoyak teruk kerana menghambat mereka kerana menyorokkan selipar Suhaimi. "Err... ni Usop ke?" soalku. "Ya.. Usop la nie.. yang selalu Jun kejar dulu.." Usop tertawa kelucuan. Mak aiii.. biar betul budak berhingus ni dulu dah jadi macho dan kacak sebegini. "Kau tak percaya kat aku ke Jun.. aku la.. Usop Hingus yang kau cakap dulu.. kau buat apa sekarang nie Jun?" soalnya. "Kerja kat Putrajaya.. kau?" soalku pula. "Dulu jadi model.. ala masa tu kau kat UK.. sekarang nie aku buka business sikit-sikit.. dah tua ni Jun.. kenalah cari ekonomi yang kukuh sikit.." keretanya membelok ke tengah laman. Kelihatan Pak Ngah baru saja menghidupkan enjin kereta saat kami turun dari kereta. Usop berlalu setelah aku mengucapkan terima kasih. "Ingatkan sesat ke mana tadi.. " ujar pak ngah sambil mengunci kereta Mercedesnya semula. Aku Cuma senyum dan masuk ke dalam rumah. Sesaat selepas itu azan maghrib pun berkumandang....

MALAM ke 25 Ramadhan begitu bercahaya. Pelita-pelita panjut menyala terang di kiri kanan jalan. Aku merebahkan badan di atas katil. Adikku Aishah tidur diluar bersama-sama Juliana dan Atheera. Memang setiap kali musim raya mak ngah dan pak ngah akan bermalam di rumah kami memandangkan rumah atuk telah sendat dengan adik beradik yang lain seramai 8 buah keluarga. Si Junaina tidur di bilik aku. Anak dara sulung pak ngah tu memang tak suka berhimpit-himpit macam adik-adiknya yang lain. Tapi dia berhati baik, tak lokek barang dan harta benda. Hmm... kawin? Aku tersenyum sendiri. Macammana aku nak terima si Suhaimi sedangkan suatu masa dahulu aku yang menjadi pelindungnya. Lagipun, macammana dia nak sara hidup aku nanti? Entah-entah, gaji aku lebih tinggi dari gaji dia. Isshh... kalau dia handsome macam si Usop tu tak apa juga. Lagipun, aku ni bukannya tak ada rupa.Cuma jodoh belum tiba lantaran sibuk dengan pelajarandan kerjaya. "Aku tak sangka tomboy brutal masa kecil-kecil dulu dah jadi macam tuan puteri.. apa rahsia kau Jun.." soal Usop sambil tersenyum. "Rahsia..? Entahlah.. time is changed Usop.. kau tu pun.. dulu mana ada macam nie.. " balasku.


Kerapu kukus masih berwap panas membangkitkan selera. Tapi mengenangkan aku ni anak dara terpaksa control sikit..Siang tadi beriya-iya benar dia mengajak aku keluar berbuka sama di Restoran Terapung Nelayan di bandar Lipis, satu-satunya restoran eksklusif di daerah itu. Kira-kira sejam perjalanan dari Raub. "Mungkin aku banyak membantu kot.. kalau tak kerana kau yang selalu mengejar kita orang dengan pelepah pinang takkan kau jadi tinggi lampai macam ni, betul tak?" usik Usop lagi. "Apa la kau ni Usop.." "Tak sangka kan.. setelah 14 tahun terpisah kita berjumpa semula, kan?" Usop senyum mempamerkan barisan giginya yang kemas tersusun. "Kau.. kau dah ada special boyfriend?" soalnya membuatkan aku tersedak.


Cis!! Celako.. soalan maut dia tanya aku! "Kenapa? Kau nak jadi boyfriend aku? Kau dah lupa parut kat perut kau dulu?" soalku. Usop tersengih."Jun, aku tertarik dengan kau.. kalau kau mahu beri aku peluang, aku tak akan kecewakan kau.." Wah.. semudah itu? Aku tersenyum. "Jangan bergurau Sop.." "Tak .. aku tak bergurau.. serius.. kalau kau nak tahu sejauh mana kejujuran aku.. aku akan hantar rombongan ke rumah kau bila kau kata yes.. sungguh Jun.. aku dah tak macam dulu lagi.. "


Kata-kata Usop masih terngiang-ngiang di telinga. Aku kebuntuan. Biar betul mamat sekor ni.. Mustahil dia lupa perutnya yang bocor akibat terkena kaca dulu. Sebulan kena tahan di wad gara-gara aku. Itulah kacau lagi si Suhaimi tu. Aku tertunduk. Tiba-tiba ingatan pada Suhaimi menjelma. Kerana peristiwa itu juga Suhaimi terbuang jauh dari bumi Dato' Bahaman ini. Dan yang pasti semakin hampir hari raya semakin aku terasa sesuatu yang belum kulangsaikan. Peristiwa itu masih segar di ingatan. Waktu itu hari raya semakin hampir tiba. Seperti biasa Suhaimilah orang pertama tiba disurau. Membentangkan sejadah.. membersihkan laman yang ditimpa dedaun kering.. memasak air.. Sewaktu sedang sibuk dia mengambil air dari perigi di belakang surau Usop, Udin dan Mail Kengkang datang mengganggu. Simen surau yang sedang dibersihkan sengaja dikotorkan lagi. "Uuusss...sssop! Jajaja..janganlah kkkootorrkan!" pintanya. Usop Cuma tertawa mengejek dan merampas songkok usang Suhaimi. "Ohh.. patutlah bersongkok sepanjang masa.. ada kurap kat kepala!!!" Suhaimi berusaha merebut songkok lusuhnya tetapi tiga ekor jin itu semakin galak mempermainkannya.

Aku menggigit bibir geram. Dari atas dahan pokok kundang yang sedang kemaruk berbuah itu aku menyaksikan perbuatan mereka. Dalam hati aku jadi marah .. kenapalah si Lembik nak mampus tu tak melawan? Cuba bagi penumbuk sebiji! "Woii!!" Usop terhenti dan berpaling ke arah suara itu. Aku segera turun dari pokok kundang dan menghampiri mereka. "Hek elehh... nak tolong buah hati dia la tu.." sindir Mail Kengkang. "Pulang balik songkok dia!" Aku membulatkan mata. Dia orang nie memang nak kena luku ngan aku ni.. aku menyingsing lengan baju kurung bersedia mengepal penumbuk. Usop menjelingku sambil tersenyum.


"Ko sayang sangat budak berkurap nie kenapa?" soalnya. "Eh suka aku la nak sayang ke nak benci ke.. kau sibuk kenapa? Pulang balik songkok dia!" Aku menunjal kepala Usop yang rambut berceracak seperti landak mengeram itu. "Ko main kepala ye? Kerana budak kurap nie kau tunjal kepala aku??" Usop memegang tanganku kuat."Ko nie nak kena sangat yek?" soalku sambil mengangkat kaki 45 darjah. Sekuat hati aku menendang perut Usop. Usop terpersok di celah tiang surau. Aku tertawa puas. Padan muka. "Wei..meh la bangun lawan kalau ko nak sangat.. wei!!" Aku mengacah-acah penumbuk ala-ala peninju. Suhaimi yang terpisat-pisat mengesat pipinya yang basah. Perlahan dia mengutip songkoknya di atas tanah. Aku menanti Usop untuk bangun tapi yang terdengar esak tangis beserta raungan kesakitan. Alamak.. aku mendekati Usop. Usop berpaling memegang perutnya yang sudah mengalir darah pekat. "Usop!! Pak Lebai! Usop luka! Usop kena kaca!!" Mail Kengkang dan Udin sudah menjerit panik. Aku tergamam begitu juga Suhaimi. Kelihatan botol kaca yang sudah pecah tercacak di kaki tiang.


"Jjjuun! Laa...laariii!!" Suhaimi menolakku. Aku kepucatan. Usop sudah "Ceeccepat!!" Dan tanpa menanti aku membuka langkah seribu. Dan air mata ketakutan mula mengalir deras. Aku dah bunuh Usop ke?? Sejak peristiwa itu aku menjadi pendiam. Tidak lagi selincah dahulu. Dengar khabar separuh nyawa Suhaimi dibantai Pak Lebai kerana dia mengaku dia yang menolak Usop. Tak cukup dengan itu Suhaimi dibawa ke Kedah setelah tamat Darjah 6. Kerana kesilapanku dia rela dihukum walaupun sepatutnya aku tampil ke hadapan. Sejak hari itu aku tidak lagi melihat bayang Suhaimi. Duniaku rasa aman, pertama aku tidak perlu menjadi bonzer Suhaimi. Kedua Usop juga diambil semula oleh ibubapanya dan tinggal di Kuala Lumpur.


Namun, saat aku berjuntai di atas pohon kundang aku terasa kehilangan sesuatu. Kehilangan bila melihat laman surau yang sarat dengan dedaunan.. lantai dan tangga yang tidak dijaga bersih seperti selalunya. Tapi perasaan itu hilang bila aku meninggalkan alam kanak-kanak. Nama Suhaimi kian luput diingatan sehinggalah emak membuka suara tentang hajat Pak Lebai.Memang, Suhaimi tentu masih seperti dulu, kepalanya botak kerana penuh dengan kudis yang tak pernah baik, badan lembik dan melengkung.. tapi dia tak pernah menyakiti hati orang lain.


Dan kerana Suhaimi juga aku mula berubah menjadi anak gadis yang lebih sopan. Tidak lagi menghabiskan masa di atas pokok kundang, tepi-tepi sungai.."Woi!! Termenung!" Aku terperanjat. Ikan-ikan yang berenang tadi bertempiaran lari. Usop tertawa kecil. "Kau ni Sop.. kalau aku lemah jantung mati kempunan la kau nak tengok aku bersanding.." Usop tertawa lagi dan duduk di sisiku. "Macammana?" soalnya. Aku senyum. "Emm.. aku ada cerita nak kasi tau kau.." ujarku. "Jun, kau tak percaya kat aku ke?" soalnya."Aku ikhlas Jun.. sebenarnya memori kita kecil-kecil dulu tak pernah luput dari ingatan aku.. sama selagi parut luka kat perut aku nie masih ada. Aku tak salahkan kau Jun.. malah peristiwa itu menyedarkan aku. Kalau tak kerana kau, aku tak mungkin berjaya macam hari nie.." Usop tersenyum.


"Aku hargai perasaan kau tu Sop.. tapi.. kau dah terlambat." Aku senyum. "Maksud kau .. kau dah ada yang empunya? Boleh aku tau siapa Jun?" soalnya terkejut. "Emm.. kau mesti tak percaya..." aku sendiri nak tergelak. Tapi aku yakin dengan petunjuk dari Allah. Istiharah aku telah menampakkan keputusan yang patut aku buat."Cakaplah Jun.. sekurang-kurangnya aku nak tahu siapa lelaki bertuah tu.." pinta Usop. "Suhaimi," "Suhaimi? Jun.. mustahil Suhaimi Lembik.." Aku mengangguk membuatkan Usop tertawa besar. ]"Kau nak buat lawak ke Jun? Takkan kau nak bersuamikan ] budak berkurap tu.." Usop menahan lucu. ]"Sop.. biarpun dia berkurap.. lembik.. tapi hati dia ] baik. Lagipun.. aku terhutang budi pada dia.. kerana ] akulah dia terpaksa membawa diri. Kau tahu kan dia ]dihalau ke Kedah kerana luka perut kau dulu.. " ]"Betul ke? Patutlah aku dah tak jumpa dia lagi.." Usop tunduk.




Animated






"Tak salah kalau aku memilih dia kan Sop? Dulu kau jugak ejek-ejek dia tu buah hati aku.. sekarang nie..makbullah doa kau tu.. " aku tersenyum. "Apa pun.. aku harap kau tak menyesal Jun..""Menyesal? InsyaAllah tidak.. lagipun Suhaimi pun manusia.. Cuma dia tak sehebat kau.. tapi kalau itu yang membahagiakan aku tak salah kan?" Usop terasa tersindir. "Lagipun Sop, mak aku pesan jangan memilih rupa.." sambungku lagi menerbitkan rona merah di muka Usop. "Err.. okey la Sop.. aku nak balik dulu.. kau datanglah raya esok kat rumah aku.. bye!"


Aku segera meninggalkan pinggir tasik itu. Langkah kuatur kerumah fikiranku menerawang. Aku percaya ketentuan Allah.. harapnya pilihan kali ini diberkati olehNya. "Kak Jun.. mak panggil ke dalam," ujar Aishah sebaik saja aku sampai di dapur. Kelihatan Aina sedang mengacau rendang di kuali. Mak Ngah tersenyum sambil mengisi beras ke dalam kelongsong ketupat. Aku segera naik ke atas. Alamak!! Segera aku berpatah balik. Dua orang lelaki yang sedang berbual-bual dengan mak kelihatan mencurigakan. Eh.. siapa pulak nie. Aku mengintai. Alamak.. yang kurus kering tu macam kenal ajer.. sesekali dia tertawa menampakkan gigi kapaknya yang besar-besar. Errkkk!! Hatiku berdebar-debar. Mataku beralih pula si kacak yang berjeans sedang memangku seorang budak kecil. "Kak Jun!!" Opocot!! Aku terperanjat besar. Aishah kupeluk erat. "Sapa tu?" bisikku. "Tu la abang Suhaimi..." Apa??


"Junn!!!" Alamak!! Suara mak jelas lantang memanggil. Aku rasa macam patung cendana. Mak.. Jun tak sanggup nak terima Suhaimi!! Kata nak datang hari raya.. ni belum raya lagi dah datang!! Ishhh!! "Jun mari sini kejap!" Suara emak memanggil memaksa aku melangkah ke hadapan. Mak tersenyum. "Hah.. inilah Jun Imi.. Jun.. kau kenal lagi tak Suhaimi ni?" soal mak. Aku rasa tak larat nak angkat muka. Sampai hati mak suruh Jun kawin ngan dia nie.. "Jun.." Aku memaksa diri bila cubitan emak hinggap di peha. Wajah lelaki kurus kering itu kutatap. "Jun.." Eh.. magik ke dia.. panggil nama aku tapi mulut tak kumat kamit pun.. "Mak.. Jun tak nak kawin!" Bisikku perlahan ke telinga emak. Sekali lagi cubitan halus hinggap ke pehaku.


"Jun.. ini Imi bawa souvenir dari Paris.." Eh.. lelaki kacak yang sentiasa tersenyum itu bangun tiba-tiba dan duduk di sebelahku. Eh.. biar betul. "Jun tak kenal Imi lagi ke?" soalnya. Aku renung mukanya lama. Mana wajah Imi yang cengkung dulu? Mana songkok lusuhnya? Apa sudah jadi pada badan kurus melidinya dulu? Dan aku cari lagi bukti mengatakan dia adalah Suhaimi. Dan.. ya.. anak matanya yang berwarna kelabu itu masih kekal pada Suhaimi Lembik yang kukenali dulu. "Imi.. macammana Imi boleh jadi macam ni? Imi dah tak gagap lagi?" soalku spontan. Suhaimi tersenyum. "Semuanya kerana Jun. Junlah yang mengubah Imi yang lembik dulu kepada Imi hari ini..." ujarnya sambil tersenyum. "Tapi Imi.." "Tapi apa lagi? Imi nie mesti penat..baru sampai terus ke sini.. macam mana jadi drebar kapal terbang di negeri ] mat saleh sana Imi?" sampuk emak. Drebar kapal terbang? ] Aku serta merta tergelak kecil.


Animated



Rupanya perpisahan kami membawa perubahan yang positif . si penakut dah berjaya menerbangkan pesawat! "Bukan drebar kapal terbang la mak long.. pilot.." sampuk Juliana sambil tertawa. Aku mencuri pandang. Agaknya inilah petunjuk Allah. "Imi, maafkan Jun kerana Jun Imi terpaksa tinggal di Kedah," "Dan kerana Jun juga Imi berubah, Imi jadi kuat bila teringatkan Jun.. dan terima kasih kerana banyak melindungi Imi dulu. Dan sekarang.. izinkan Imi pula untuk melindungi Jun selama-lamanya.." Mak aiii.. aku rasa terbuai.. mak.. Jun setuju pilihan emak!!! Dan lelaki yang kurus itu suami Suhana rupanya!! Aku senyum lagi.. kalau dah jodoh.. katak pisang pun boleh bertukar jadi putera raja!! Syukur pada Tuhan!


animatated tree frog


TAMMAT


Friday, 2 July 2010

~ aKu iNGiN sEnDiRiaN ~

I need U

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu

Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

bait-bait lirik lagu ini benar-benar mengganggu ketenangan hatiku… terimbas kembali saat bersama aruah bapa. Antara kami seperti sahabat sejati, luahan perasaan dan sakit hati serta kegembiraan dikongsi bersama.Entah sekalian kali aku menitiskan air mata
hatiku..
berhentilah dari menyesali dan merintih
jangan kau menyalahkan dirimu sendiri..
atas apa yang terjadi..

hatiku..
aku bangga ada hati sepertimu..
ikhlas dalam persaudaraan dan persahabatan..
kau juga ikhlas menyayangi insan yang bernama suami

hatiku..
sudah terlalu banyak yang pernah menyakiti dirimu
namun sifat pemaaf dalam dirimu buat kau tabah menghadapi setiap sembilu..
yang tega menyiksa dan merobek jiwamu

hatiku..ku berdoa untukmu
Ya Allah ! Kau berikanlah sedikit ketenangan pada hatiku
dia terlalu banyak berkorban dalam perjalanan hidupnya dari remaja hingga kini..
tak terhitung jasanya pada keluarga dan rumahtangga..
seandainya dapat dilihat rupa hatiku..
pasti akan tersentuh jiwa..akan mengalirkah air mata..??

apakan daya…hatiku hatiku jua..
menyimpan setiap luka sengsara dan sentiasa ikhlas menerima dan bersyukur dengan dugaanmu Ya Allah !
kerana…
hatiku sentiasa berkata..
kerana setiap ujian mengukuhkan keimanan dijiwa.
kerana dugaan jiwaku dekat dengan Yang Maha Kuasa
kerana itu juga…aku setabah hari ini..
menempuh hari2 mendatang dengan penuh kesyukuran..

Oh hatiku…
maafkanla andai aku tidak berupaya membelamu..
namun apa yang kau alami …aku juga terasa ..kerana kau hatiku yang hakiki…

Alhamdulillah pada yang Maha Kuasa
kerana memberiku hati yang suci..
hati yang penuh dengan kata-kata positif…
dan juga aku bersyukur pada-Mu
kerana memberiku dugaan yang mematangkan fikiran…
semoGa hidupku ini penuh ketenangan walaupun aku kesedihan…