MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Friday, 2 July 2010

~ aKu iNGiN sEnDiRiaN ~

I need U

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu

Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

bait-bait lirik lagu ini benar-benar mengganggu ketenangan hatiku… terimbas kembali saat bersama aruah bapa. Antara kami seperti sahabat sejati, luahan perasaan dan sakit hati serta kegembiraan dikongsi bersama.Entah sekalian kali aku menitiskan air mata
hatiku..
berhentilah dari menyesali dan merintih
jangan kau menyalahkan dirimu sendiri..
atas apa yang terjadi..

hatiku..
aku bangga ada hati sepertimu..
ikhlas dalam persaudaraan dan persahabatan..
kau juga ikhlas menyayangi insan yang bernama suami

hatiku..
sudah terlalu banyak yang pernah menyakiti dirimu
namun sifat pemaaf dalam dirimu buat kau tabah menghadapi setiap sembilu..
yang tega menyiksa dan merobek jiwamu

hatiku..ku berdoa untukmu
Ya Allah ! Kau berikanlah sedikit ketenangan pada hatiku
dia terlalu banyak berkorban dalam perjalanan hidupnya dari remaja hingga kini..
tak terhitung jasanya pada keluarga dan rumahtangga..
seandainya dapat dilihat rupa hatiku..
pasti akan tersentuh jiwa..akan mengalirkah air mata..??

apakan daya…hatiku hatiku jua..
menyimpan setiap luka sengsara dan sentiasa ikhlas menerima dan bersyukur dengan dugaanmu Ya Allah !
kerana…
hatiku sentiasa berkata..
kerana setiap ujian mengukuhkan keimanan dijiwa.
kerana dugaan jiwaku dekat dengan Yang Maha Kuasa
kerana itu juga…aku setabah hari ini..
menempuh hari2 mendatang dengan penuh kesyukuran..

Oh hatiku…
maafkanla andai aku tidak berupaya membelamu..
namun apa yang kau alami …aku juga terasa ..kerana kau hatiku yang hakiki…

Alhamdulillah pada yang Maha Kuasa
kerana memberiku hati yang suci..
hati yang penuh dengan kata-kata positif…
dan juga aku bersyukur pada-Mu
kerana memberiku dugaan yang mematangkan fikiran…
semoGa hidupku ini penuh ketenangan walaupun aku kesedihan…

1 comment:

  1. Ros jgn lah sedey..yg pergi tetap pergi. kita yg idup ni perlu teruskan idup dan berdoalah pada yg tiada semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.....
    Hidup ini sememangnya penuh dengan ujian dan kejutan..tabah dan hadapi dengan tenang sesungguhnya pasti terkandung hikmah di sebaliknya.

    ReplyDelete