MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Tuesday, 13 July 2010

Novel Lagu Cinta eps: 1 & 2

Music Note


Semusim Yang Berlalu…
Melewati hari-hari…Aku rasa sunyi…
Kian lama meyendiri…Jiwa yang tak terisi…
Merenung ke dalam diri…Kurasa kekosongan…
Segala yang kumiliki…Semakin…jauh pergi…
Di satu masa…Hidupku bahagia..
Tika hadirmu dulu...Kedalam duniaku…
Di bawah awan...Kita pernah bersatu…
Menjalinkan rasa rindu...Semusim yang berlalu…
Semua kini...Tak lagi ku temu…
Saat denganmu...Yang semakin jauh ditelan waktu…
Kenangan lalu...Bersemadi dalam jiwa ini…
Kekal bersemi...Sebuah cinta abadi…
Aku menyusuri waktu...Dengan rasa rindu…
Pada senyum dan tangismu...Semusim yang berlalu…
Aku pernah merasai...Hilang tak berganti…
Sejarahmu yang gemilang...Kan tetap...Di ingatan…
Aku rasa sunyi tanpa dikau di sisi…Sering terbayang setiap…
Kenangan bersama...Tempuhi segalanya


Lagu Anuar Zain ‘Semusim Yang Berlalu’ kedengaran di corong radio yang terletak di salah satu sudut biliknya. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu pabila menghayati bait-bait lagu tersebut. Liriknya jelas menggambarkan perasaan yang bermukim dihatinya saat ini. Rasa hati yang sunyi. Sungguh sunyi. Alunan lagu bagikan membangkit kerinduannya saat ini. Kerinduan yang terlalu dalam pada si dia. Si dia yang pernah hadir dalam hidupnya. Si dia yang pernah bertakhta dihatinya suatu ketika dahulu. Si dia yang telah mengenalkannya dengan erti cinta sebenar dan juga erti sebuah kelukaan.

Sungguh dia tidak sangka telah dua tahun dia meledani kelukaan dihati. Kadangkala dia bagaikan tidak percaya, dia mampu melalui hari-hari yang berlalu dengan seribu ketabahan setelah hatinya yang satu itu dilukai. Namun kenangan lalu itu sesekali tetap bermain-main dihati wanitanya. Masih terbayang-bayang lagi setiap saat yang dilalui bersama lelaki itu. Saat yang begitu indah bagi seorang wanita seperti dia. Dan dia tidak dapat menafikan bahawasanya hati wanitanya tetap merindui seraut wajah itu. Wajah yang pernah menemani mimpi-mimpi indahnya dimalam hari suatu ketika dulu.


Kadang dia masih teringat saat-saat awal perhubungan mereka yang tidak pernah dalam keadaan aman damai. Saat pabila hatinya mula belajar merindui wajah nan satu itu. Saat bibir mereka mula menghalunkan kata cinta. Saat mereka mengukir tugu cinta mereka. Saat hatinya merajuk pada yang sayang. Saat… Saat pabila cintanya punah, tidak kesampaian seperti yang diangankan.


Sememangnya dia tidak pernah bercinta dan dicintai oleh lelaki yang bukan muhrimnya sebelum kehadiran lelaki itu. Bukannya dia tidak mahu bercinta. Sememangnya dia pernah jatuh cinta. Rasanya acap kali dia jatuh cinta. Tapi pada orang yang tidak tahu kerana dia malu untuk meluahkannya ataupun mungkin orang itu tidak pernah menyimpan walaupun sekelumit sebesar hama persaaan pada dia. Malahan agaknya orang yang dicintainya itu tidak pernah sedar langsung akan kewujudan dia di muka bumi ini. Dia hanyalah seorang wanita. Wanita yang dijadikan Allah dengan perasaan mudah menyayangi dan ingin disayangi sentiasa. Maka tak salahkan kalau dia jatuh cinta banyak kali? Bukankah ada kata bijak pandai ‘Mungkin Tuhan ingin kita berjumpa dan jatuh cinta dengan orang yang salah sebelum kita ditemukan dengan cinta sejati kita?’


Bukannya dia tidak boleh berkawan atau berbual langsung dengan lelaki. Walaupun dia asalnya bersekolah di sekolah khas untuk perempuan sahaja, dia tidak pula mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan kaum adam. Dia berani mengutarakan pendapatnya, suaranya lantang pabila berbahas walaupun lawannya adalah kaum adam. Tetapi dia selalu rasa ingin lari pabila ada lelaki yang menunujukkan minat pada dia. Malah jika seseorang lelaki itu mula bertukar nada dan melencongkan topik perbualan ke arah gaya nak mengurat, dia pasti akan mengelak daripada lelaki ter sebut.


Namun kehadiran lelaki itu dalam hidupnya telah merubah segalanya. Dirasakan dia telah pun bertemu dengan sang arjunanya. Hatinya telah dipanah oleh encik cupid. Lelaki itu adalah lelaki pertama yang pernah hatinya rela dicintai dan mencintai. Dengan lelaki itulah dia pertama kalinya mengenal masam manis cinta. Seperti dalam novel cinta yang sering dibacanya. Dia bagaikan mengarang novel cintanya sendiri bersama lelaki itu.


Malahan telah diangan-angankan masa depannya bersama lelaki itu. Bersama-sama membina mahligai cinta mereka. Disertai dengan kehadiran 2 orang putera dan puteri. Siap dirangka-rangka nama bakal-bakal cahaya mata mereka kelak. Hospital mana pilihan untuk bersalin nanti, siapa yang akan mengasuh anak-anak mereka itu. Nak ditinggalkan di nurseri ataupun dia sahaja berhenti kerja untuk membesarkan sendiri anak- anak mereka. Mungkin orang akan kata, dia dah kronik sungguh dengan cintanya. Sedangkan mereka masih belum mengikat sebarang ikatan langsung. Tapi bila cinta beraja dihati, tentu sahaja tidak salah berangan-angan sebegitu. Mungkin bukan berangan, tetapi merangka pelan tindakan. Tidak salah bukan?


Tetapi angan-angannya telah musnah di pertengaan jalan. Cintanya tidak kesampaian. Dia terpaksa melepaskan cinta terhadap lelaki itu dari hatinya pabila cintanya itu telah dikhianati oleh lelaki itu. Lelaki yang dicintai sepenuh hatinya. Tanpa kerelaan dia ditinggalkan oleh lelaki itu setelah manisnya musim percintaan yang dilalui mereka. Harapan yang dibina hancur begitu sahaja. Begitu mudah dia dilupakan. Tika itu air matanya mengalir tanpa henti. Puas dia merayu, dipulangkan kebahagian yang pernah dimiliki. Parahnya hati dikala itu pabila dia tercari bayang-bayang lelaki itu. Dia rasa bagaikan dijatuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati. Sesungguhnya dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu dan cintanya. Dia melalui hari-hari yang mendatang dengan penuh kepayahan dan kekalutan hati. Hanya Allah sahaja yang mengerti kesedihan yang ditempuhi.


Terasa ada air mata yang mengalir perlahan-lahan dipipinya. Diseka air matanya itu. Dia harus melupakan kenangan lalu. Dia harus terus bangkit dan tinggalkan segala kenangan lalu yang begitu mendera hatinya. Dia sepatutnya telah melupakan wajah nan satu itu. Wajah yang telah mencarik-carikkan hatinya. Segalanya hanyalah tingal kenangan. Kenangan yang terindah…dan juga kenangan terpahit. Tapi entah mengapa hatinya rasa terlalu berat untuk melupakan segala-galanya. Lalu dibiarkan kenangan itu terbias satu persatu di layar mindanya…




BAB 1

Aleya Putri…


Aku Gadis Kecil



Di Satu Masa Yang Lalu


"Ku biarkan cinta ini hadir

Datanglah segera kepadaku

Kerna kau ada sesuatu

Membuatku cinta padamu...
Ku tahu dikau merasakan

Katakanlah kepadaku

Jangan biar cinta pergi

Percayalah,

ini sudah suratan Maha Esa..."


Aku menyanyi-nyanyi mengikut rentak lagu Percaya Pada Cinta yang sedang terpasang di Mp3 Player komputer pejabat ku. Tengah perasan nyanyianku ini ala-ala Akma Bintang AF4, penyanyi asal lagu ini. Apatah lagi hanya aku sorang diri di department ini sementelah bos aku Puan Sharina tengah bercuti. Manakala Dania yang merangkap satu-satunya kerani di sini pula M.C. Sakit perut katanya. Kerja pun tengah tak banyak, jadi bolehlah aku test power suara aku yang lemak merdu ni bagi memenuhi kekosongan zarah-zarah ruang kerja aku ni yang asalnya dipenuhi oleh aku, Dania dan bos sahaja. Ye lah, duduk sorang-sorang macam ni, tak ada kawan nak ajak lawan bersembang karang ada pula bunyi-bunyi yang aku tak nak dengar keudara. Hihihi...seram weh...
Dalam aku seronok menyanyi ikut pitching yang sememangnya ikut sedap peti suara aku je,

aku tak perasan rupanya ada seorang manusia yang entah sejak bila dah menjadi penonton nyanyian aku yang sesedap rasa ni.

Lantas aku terus bertukar ke silent mode bila menyedari kehadiran penonton tidak diundang tu.
' Aik... bila masa pula Encik Perasan Bagus ni muncul? Berapa lama agaknya dia dok perhati aku menyanyi ek? Apa lagi lah hal dia datang ni?' Hati aku mula cuak bila mula perasan kehadiran penonton tak diundang ni di hadapan aku. Dahlah sejak azali aku memang tak gemar nak melayan dan memandang manusia seorang ini.


"Amboi, sedapnya suara Cik Aleya. Macam suara katak sakit kerongkong panggil hujan." Ayat pertamanya yang kedengaran siap disertai dengan kening yang diangkat-angkat. Ingat bagus sangat buat eksperesi muka macam tu? Huh!
'Uh..uh… sesedap rasa tenggiling jer dia ni kata suara aku macam katak sakit kerongkong! Ish, geramnya… sabar Aleya, sabar…kita ni orang perempuan…' nasib iman aku ni masih kuat untuk tidak membalas kata-kata dia. Anggap jer la, kata-kata dia tu macam suara kambing berkokok. Tak ada effect pun pada saluran pendengaran aku ni.
"Encik Idzham nak apa datang sini? Tak reti nak ketuk pintu ke sebelum masuk bilik ni?" baik aku straight to the point sebelum dia menambah perasa pada komen dia lagi.
"Saya dah ketuk, siap bagi salam lagi. Tapi ada orang tu tengah syok buat konsert dalam ni, mana nak dengar kan?" Arghh... ada jer jawapan dia untuk menyakitkan telinga aku yang setia dikorek setiap dua hari ni.
"Puan Sharina tak ada, dia cuti seminggu." Aku malas nak layan komen dari juri tak bertauliah macam dia. Lagi cepat dia selesaikan urusan dia, lagi cepat dia boleh keluar dari bilik ni. Maka lagi cepatlah aku boleh aman daripada gangguan makhluk perasan bagus macam dia ni.
"Habis kalau Puan Sharina tak ada, tak kan lah awak tak boleh uruskan. Awakkan penolong dia di syarikat ni?" Tengok tu, ada je jawapan dia untuk setiap ayat penyata aku. Dia ni lulus ke tidak Kertas Bahasa Melayu masa SPM dulu? Bukan ke kalau ayat penyata, tak perlu lah ada jawapan yang perlu dibalas.
"Baiklah Encik Idzham, ada apa-apa yang boleh saya bantu? Saya Aleya, pembantu Puan Sharina sedia memberi khidmat sepanjang ketiadaan bos saya." Aku terus bertanya macam pembantu yang bagus bangat. Ya Allah tolonglah bantu hambamu ini menghadapi manusia yang tidak reti nak bercakap perkataan yang muluk-muluk dengan aku ni.


Sepanjang syarikat aku bekerja ni berurusan dengan dia, ada sahaja perkataan yang boleh merosakkan saraf pendengaran aku keluar dari mulut dia. Tapi kalau dia cakap dengan bos aku, tahu pula dia berlagak macam lelaki yang bergaya bahasa jiwa bangsa.


Akupun bukannya baik sangat untuk tidak menjawab segala kata-kata 'pujian' yang selalunya lancar dari mulut dia. Selalunya aku pun akan menjawab juga bila bos aku tak ada di depan aku. Ye la, takkan la aku nak berbalas pantun dengan mamat ni depan bos aku kan?

Karang bos pula sampaikan kutubah jumaat dia dengan aku etika professionalisme apabila berhadapan pelanggan syarikat.


Aku bukan tak reti nak berlagak profesional dengan mamat ni, tapi dia yang selalunya menjadi perintis acara berbalas pantun ni.

Tak boleh langsung nak bercakap yang baik-baik je dengan aku.

Ada sahaja modal dia nak menaikkan suhu pembuluh darah aku ke tahap maksima.

Aku pun kena juga mempertahankan maruah diri aku sebagai wanita melayu terakhir.
"Ni, dokumen untuk pelepasan gadaian syarikat awak ni,

pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia reject sebab tak lengkap.

Common seal syarikat tak ada"

akhirnya dia nyatakan juga tujuan kunjungan dia ke pejabat aku ni.


Agaknya sebab aku tak layan dia kali ni kot.

Aku bukan tak ada perasaan nak melayan kata-kata manis dia,

tapi tadi dah termalu pabila dia dah dengar suara aku menyanyi macam peserta yang kemaruk nak masuk Malaysian Idol.

Kalau aku menjawab karang, mesti akhirnya dia perasan aku nak cover malu.
"Aik...macam mana pulak boleh tak lengkap?" aku pelik,

pasal masa aku dapatkan tandatangan pengarah syarikat hari tu, tak ada pulak dia mintak common seal?
"Dah awak yang tak lengkapkan."

Amboi senangnya jawapan mamat ni.
"Eh, hari tu kan masa dispatch firma awak hantar dokumen ni,

tak ada pulak dinyatakan dalam surat tu mintak common seal?

Awak cuma minta dapatkan tandatangan pengarah dan setiausaha syarikat je.

Lagipun masa sebelum firma awak hantar dokumen tu ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia, takkanlah awak tak cek dulu?

Apa guna,

kita orang bayar yuran guaman mahal-mahal kalau benda kecik macam ni pun awak tak boleh uruskan. Lain kali sebelum hantar semak lah dahulu semuanya lengkap ke tidak.

" Tu dia jawapan aku yang panjang lebar.

Amboi firma dia yang salah, aku pulak disalahkan.

Apa lah punya peguam yang syarikat aku ni upah.

Pandai lepaskan diri sendiri je.

Mentang-mentang namanya peguam.
"Eh cik adik, common seal tu memang wajib bagi dokumen syarikat.

Tak kanlah awak tak nampak ada tertaip pada dokumen tu

'The common seal of company was affixed hereto in the presence of'…'

sebelum tempat untuk pengarah syarikat tandatangan?"

Tengok tu, ada je jawapan dia untuk salahkan pihak aku.


" Encik Idzham, saya dan Puan Sharina memang tak pernah sediakan dokumen macam ini. Sebab tu kita orang upah firma Encik Idzham untuk uruskan hal ini.

Jadi macam mana kami nak perasan dokumen ni perlukan common seal?

Lagipun hari tu, Encik Idzham yang kata suruh seorang pengarah dan Puan Syarina tandatangan saja. Dah berkali-kali saya confirmkan dengan firma Encik Idzham tahu.

" Aku dah start rasa tsunami nak melanda pejabat aku ni.

Lagilah Puan Sharina tengah tak ada ni.

Kalau bos aku tu ada, apa-apa hal aku suruh jumpa Puan Sharina je.

Tak kuasa aku nak layan dia.


"Dah la, saya malas nak argue dengan awak lagi. Lengkapkan je common seal tu dan hantar balik ke pejabat saya. Macam mana lah awak boleh jadi assistant company secretary ni? Kerja macam tu pun nak kena saya bagi tahu ke? Itu belum lagi jadi company secretary sepenuhnya." Huh, angkuhnya makhluk seorang ni. Suka-suki jiran pak cik tiri datuk dia jer nak arah-arahkan aku. Lepas tu siap mempertikaikan jawatan aku pula tu.


'Eh Encik Perasan Bagus, ingat awak dah jadi peguam bagus sangat ke?'

soalan tu aku mampu jeritkan dalam hati aku je. Aku tahulah dia tu lulusan undang-undang.

Tapi, lebih dia dengan aku pun setakat dia ada CLP (certified law practice) je.

Dia tak tahu aku pun lulusan undang-undang juga. Cuma aku tak sambung buat CLP je, pasal aku rasa aku tak minat nak praktis jadi peguam. Lagipun alasan sebenar aku ialah, aku tak berapa sukses sangat dalam jurusan undang-undang yang aku pelajari. Keputusan peperiksaan aku dulu selalunya yang sedang-sedang saja. Aku tak minat betul menghafal akta-akta dan fakta-fakta kes yang terkandung dalam silibus aku.

Aku amibil undang-undang dulu pun pasal ramai kawan-kawan kata aku boleh jadi peguam pasal aku cemerlang untuk mata pelajaran sejarah masa sekol ah menengah.

Kononnyalah. Hakikatnya bila aku dah ambil jurusan undang-undang, baru aku tahu ini bukan dunia aku.

Lagipun aku tak sampai hati nak bela orang salah. Cewah...bagusnya alasan aku. Tapi dah masuk sekolah undang-undang tak kan nak berhenti kot? Mahu mengamuk ibuanda dan ayahanda aku yang tercinta.


Akhirnya bila aku habis ijazah undang-undang dengan tak berapa cemerlang, aku cuba teroka bidang kerja lain yang aku boleh ceburi.

Akhirnya aku terjumpa peluang untuk menjadi setiausaha syarikat. Nampak macam bagus juga bidang ini. Ye lah, ini bukannya calang-calang setiausaha. Bukannya setiusaha bos yang selalu orang kata kena gedik-gedik gitu.

Ini setiusaha kepada lembaga pengarah. Orang terpenting yang mesti ada pada setiap syarikat.

Lagipun peratus bumiputera yang menjadi setiausaha syarikat,memang masih rendah berbanding kaum lain di Malaysia ni.


Aku dah ada ijazah undang-undang.

Apa yang aku perlu, hanyalah menghadapi 4 kertas peperiksaan berkaitan hal-ehwal korporat dan menghadiri 2 seminar pembentangan kertas kerja anjuran MAICSA (Malaysian Institute of Chatered Secretaries and Administartors).

Tambahan lagi dengan hanya perlu mendapatkan pengalaman dalam bidang berkaitan selama 3 tahun, aku dah boleh ditabalkan sebagai setiausaha syarikat yang bertauliah.

Jadi aku mengambil keputusan untuk belajar sambil bekerja sebagai penolong setiausaha syarikat untuk mendapatkan pengalaman. Dua dalam satu. Senangkan?


Semua syarat pra lulus aku dah penuhi, Cuma tinggal setahun sahaja lagi aku perlu tempuhi menimba pengalaman sebelum aku ditauliahkan sepenuhnya sebagai setiausaha syarikat. Memang aku boleh pilih cara lain untuk jadi setiusaha syarikat ni. Contohnya, memohon lesen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tapi, kalau aku ambil dengan MAICSA, aku berkelayakan untuk jadi setiausaha di kebanyakan negara lain didunia ni seperti UK, USA, Singapura, Pernacis, Brazil, India dan banyak lagilah. Tapi itu pun kalau mereka nak amik aku kerja dekat negara mereka tu. Hu…hu…hu…


Eh, dah kemana pulak fikiran aku melalut.

Hal aku dengan Encik Perasan Bagus ni tak habis lagi.

Aku malas nak mengwar-warkan kelulusan aku.

Nanti lagi banyak modal dia untuk membalas hujah-hujah dia dengan aku kalau dia tahu latar belakang aku.
"Baiklah lah Encik Idzham, tapi bagi saya masa 2 minggu untuk lengkapkan borang ni.

" Cepatlah berambus wahai si loyar buruk. Aku tak larat dah nak menghadap wajah kau yang dikata kononnya macam Luke Wilson yang berlakon sebagai Emet si peguam dalam Legally Blonde tu. Eh, itu bukan aku yang kata ya.

Si Dania dengan budak receptionist kat bawah yang pandai-pandai kata mamat ni ada iras-iras si pelakon tu.

Bagi aku, jangan kata macam Luke Wilson,

macam Prakash cleaner dari Bangladesh tu pun aku rasa tak sesuai dibuat perbandingan.

Muka kalau kacak patutnya kata-kata pun biarlah tahu bersopan sikit.

Tapi memang aku tak nafikan, mamat ni ada rupa yang sedap dipandang. Ada gaya tersendiri.

Peguamlah katakan. Kena la jaga imej.

Sebab tu terlebih perasan dirinya tu bagus agaknya.
"What??? You need 2 weeks for that simple job?"

Suara dia dah bertukar nada. Muka pun dah macam orang pelik.

Weh, tak payahlah menjerit siap dengan eksperasi muka macam tu. Aku belum pekak lah! Lagipun bilik ni ada kau dan aku je.

Lagu mp3 kat komputer tu pun aku dah tutup masa aku perasan kehadiran dia tadi.


" Memanglah kerja ni simple bak kata Encik Idzham.

Tapi, tak kanlah seorang peguam berkaliber macam Encik Idzham tak tahu yang common seal ni bukan boleh sesuka hati je saya nak cop macam cop rubber stamp.

Boleh cop sesuka hati saya kat mana-mana je.

Kalau nak kat dahi pun boleh.

Common seal tu nak cop kena ada resolusi yang ditandatangan oleh 2 orang pengarah dan setiausaha syarikat.


So, saya kenalah sediakan resolusi dan tunggu Puan Sharina balik dari cuti minggu hadapan.

Nak menghadap para pengarah lagi untuk dapatkan tandata ngan.

Faham?" Aku dah makin geram dengan mamat ni.

Kerja dia nak cepat je suruh siap.

Kalau syarikat aku suruh firma dia buat apa-apa,

ada je alasan dia kalau kerja mereka lambat siap.
" Okay fine then. Tapi kalau boleh siapkan cepat lagi bagus.

By Wednesday next week, I want it to be ready."
By Wednesday?

Eh, aku minta masa 2 minggu! 2 minggu bersamaan dengan 14 hari.

Hari ni dah hari Khamis. Kalau hari rabu minggu depan, baru 7 hari yang bersamaan dengan seminggu. Dia ni tak tahu mengira ke? Agaknya matematik pun dia kantoi juga kot masa SPM. Apalah nasib aku kena berurusan dengan peguam yang sengal macam ni.


" Encik Idzham, saya minta tempoh 2 minggu. Kalau rabu depan baru seminggu." Aku cuba bagi tahu dia supaya dia sedar. Mana tahu dia memang tersilap congak hari. Aku cuba bersangka baik dengan dia. Buat pertama kali dalam sejarah komunikasi antara aku dan dia.
Tapi jawapan yang aku dapat dari dia ialah...
" Saya tahu, rabu depan baru seminggu. Seminggu tu saya kira cukup untuk awak selesaikan segalanya. Kalau sayalah, tak perlu seminggu. Paling lama tiga hari saya dah siapkan." Angkuhnya kata-kata dia, siap dengan aksi petik jari lagi.
Aku memang tergamam. Rasa geram, meluat dan sakit hati semuanya bercampur aduk. Tak mampu aku nak membalas kata-katanya lagi. Dia ni memang melampau. Ada sahaja jawapan dia untuk membalas balik setiap kata-kata aku dengan perkataan yang menyakitkan. Tak reti nak berdiplomasi sungguh. Sesuai sungguh dengan gelaran yang aku bagi 'Encik Perasan Bagus'.
Akhirnya dia berlalu dari ofis aku setelah mengucapkan, "Saya balik dahulu. Jangan lupa Rabu depan. Kalau rindu nak dengar suara saya, jangan segan nak telefon saya,

" siap dengan kenyitan di mata.


Baliklah, aku pun tak sanggup dah nak menghadap muka kau.

Datang tak berjemput, nak balik pandai-pandai lah sendiri.

Tak payah bagi tahu aku pun tak apa. Tak ada makna aku nak rindu-rinduan.

Eee..geli aku nak rindu kat dia. Akhirnya reti pun dia nak berambus dari ofis aku ni.

Nak balik pun sempat lagi menyakitkan hati aku dengan kata-kata dia.

Aku henyakkan tubuh pada kerusi empuk aku.

Cuba menenangkan hati aku setelah melalui satu tempoh yang sesungguhnya telah merosakkan mood aku untuk sepanjang hari ini.

Jangan ingat aku berdiam diri, aku tak akan balas balik segala peluru berpandu dia tu.

Ingat dia seorang ada mulut yang insuran dah expired???

Tunggulah saja harinya, akan kubalas sega la perkataan-perkataan dia dengan sesuatu yang tak mugkin dia akan lupa sepanjang hayat.

Bibir aku mula tersenyum pabila kepala aku sudah mula merangka rancangan untuk serangan balas.

Sabarlah Encik Idzham Iskandar a.k.a Encik Perasan Bagus akan balasan dariku untuk mu...

Ada kari pastinya cap Babas,
Ada hari pastinya kubalas...


BaB 2


Idzham Iskandar


Pintu apartmentnya dibuka dengan kunci yang ada. Ruang dalamnya gelap.
Lampu tidak terpasang. Nampaknya, teman serumahnya Nik masih belum pulang.
Sibuk juga pakcik arkitek sorang tu.
Entah-entah dia bermalam di site. Dia merebahkan dirinya diatas sofa tiga rangkai di ruang tamu setelah membuka lampu dan menghidupkan pemain cekera padatnya.
Penat!!!
Dia sememangnya kepenatan.
Malah hari ini dia hanya dapat menjamah sarapan pagi sahaja. Itupun hanya dengan menjamah kuih yang disediakan semasa mesyuarat.
Dia langsung tidak sempat mengambil makan tengah harinya lantaran hari ini terlalu sibuk.
Dia keletihan dengan kerja-kerja yang perlu dihadapi dan jarak perjalanan yang perlu ditempuhinya.
Paginya dari rumah terus ke Shah Alam untuk bermesyuarat di pejabat pelanggannya, kemudian ke Pusat Bandaraya pula berkejaran ke mahkamah Kuala Lumpur untuk 'hearing' kes yang bakal dikendalikannya dan menanti tarikh perbicaraan diputuskan.
Kemudian kembali pula kepejabatnya yang terletak di Petaling Jaya untuk bermesyuarat membincangkan kes yang sedang dibicarakan dengan senior associatesnya.
Hanya selepas me nunaikan solat maghrib yang sudah hampir habis waktunya,
baru dia dapat kembali ke rumahnya di Ampang semula.

'Huh, nasib baik aku masih belum kahwin atau ada kekasih,'
keluh hatinya pabila mengenangkan jadualnya yang tidak menentu.
Hemm...sebut pasal kahwin dan kekasih ni,
tiba-tiba dia teringat pada Uminya di kampung. Kenapa?
Sebab Uminya lah yang rajin mengingatkan dia untuk cari calon menantu buatnya.
Dulu masa dia masih belajar, setiap kali dia menelefon atau balik ke kampung, pasti Umi mengulang-ulang pesanan penajanya sampai dia naik hafal ayatnya.
Pesanannya mesti bebunyi begini,
"Selagi belum habis belajar, jangan Am nak sibuk ada kekasih atau fikir nak kahwin...bla...bla...bla..."

Sehinggalah selepas dia mendapat kerja di firma sekarang pun,
uminya masih lagi belum habis dengan pesanan penajanya.
Tapi kini pesanannya berubah pula kepada "Bilalah Am nak bawa balik menantu untuk Umi? Umi ni sunyi duduk sorang-sorang di kampung...bla..bla..."

Kalau diikutkan hati ingin sahaja dia duduk bersama umi tersayang di kampung.
Setakat berulang dari kampungnya yang terletak di Sungai Bill,
berhampiran Slim River Perak tu ke ofisnya di Petaling Jaya bukannya jauhpun mana.
Sejam pecut dah boleh sampai.
Tapi itu pun kalau kakaknya Ketua Polis Trafik dan Sammy Vellu tu datuk saudaranya.
Ye lah, bolehlah dia pecut keretanya 180 km/j untuk ke tempat kerja tanpa disaman.
Masuk keluar tol PLUS tu boleh dibuatnya macam masuk keluar tandas.
Minyak pun nak dikira. Kereta Ford Laser Lynx TX3 kesayangannya pun bukan pakai air paip atau air reverse osmosis yang harganya semurah 20sen seliter,
tapi pakai minyak yang harganya asyik naik dari tahun ke tahun.
Tapi kenyataannya, semua harapan tinggal tunggu dikapan sahaja lah.
Dia mana ada kakak. Dia anak tunggal. Rasa-rasanya nak tak Ketua Polis Trafik Persekutuan SAC II Nooryah Mohamed Anvar tu jadi kakak angkat dia?
Huh, mimpi di siang hari je lah kan?
Apatah lagi nak minta Sammy Vellu tu kahwin dengan opah saudara dia yang dah berumur 75tahun plus-plus tu. Kalau opah dia secun Aishawarya Rai mahu juga la kot.
Mengarut je kepalanya bila dah penat-penat macam ni.

Batter man
Send someone to love me
I need to rest in armsKeep me safe from harm
In pouring rainGive me endless summer
Lord I fear the coldFeel I'm getting old
Before my timeAs my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all
I canTo be a better man
Go easy on my conscience
'Cause it's not my fault
I know I've been taught
To take the blame
Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
I'm in pain
Once you've found that lover
You're homeward bound
Love is all around
Love is all around
I know some have fallen
On stony ground
But Love is all around

Sedang enak berehat, lagu Batter man kedengaran.
Entah mengapa kala menghayati lirik lagu dan suara lunak Robbie William,
seraut wajah nan comel bermain dimindanya.
Aleya Putri… 'Send someone to love me…'
Hmm…Apa pula kena mengena cik kak mulut M-16 tu dengan lirik lagu ni ? Nak kata Aleya tu didatangkan Tuhan sebagai angel untuknya, memang mustahil.
Tak masuk dek akal langsung. Kalau death angel ok kot?
Budak tu mema ng lah comel.
Tapi mulutnya pun boleh tahan juga. Macam laras peluru senapang M-16.
Bila menjawab, aduh...bisanya macam venom ular kapak.
Pandai-pandai je dia kata Aleya begitu.
Macam ada sejarah kena patuk je. Nauzubillah mintak dijauhkan.

Teringat perang mulut mereka setiap kali dia berkunjung ke pejabat gadis tersebut.
Rasanya Dewan Rakyat di Parlimen pun tidak berdebat seperti mereka.
Malah kalah Pertandingan Debat Piala Di Raja yang selalu diadakan di Universiti Malaya saban tahun lagaknya.
Dia bukanlah lelaki yang kurang ajar.
Uminya dah mendidik dia menjadi jejaka berbudi pekerti sejak dari kecil lagi.
Walaupun dia lawyer, dia bukanlah loyar buruk.
Dia hanya akan menggunakan bakat terpendamnya itu di tempat yang betul sahaja.
Cuma entah mengapa dengan Aleya, dia suka benar mengenakan gadis tu.

Dia perasan, setiap kali dia berlawan hujah dengan Aleya,
muka gadis itu pasti merah pabila dia kalah dalam perang mulut antara mereka.
Ya lah Aleya kan lawyer tak habis graduate, pasal tu selalu dikalah oleh dia.
Tika itu, Aleya memang comel sungguh.
Suka benar dia menatap wajah yang kemerah-merahan itu.
Lagi pula kulit Aleya sememangnya cerah.
Dia pakai Fair & Lovely kot…dulu tak lah secerah tu rasanya.

Sebenarnya dia telah mengenali Aleya sebelum dia bertugas sebagai peguam yang menguruskan hal-hal perundangan di syarikat gadis itu lagi.
Dia telah mengenali Aleya semenjak di universiti lagi.
Dia bukannya tak tahu Aleya tu mengambil jurusan undang-undang dahulu.
Dia tahu. Dia pun mengambil jurusan undang-undang kan?
Mereka seuniversiti. Maka mereka sefakulti pastinya.
Tapi dia merupakan abang senior kepada Aleya.
Tika Aleya baru memulakan tahun dua, dia sedang menyudahkan semester akhirnya.
Cuma dia pelik, bila berjumpa semula,
Aleya bertugas sebagai Assistant Company Secretary dan bukannya sebagai peguam.
Mungkin dia tidak berminat nak jadi peguam kot?

Aleya memang tak ingat pada dia. Jadi pasti si gadis ingat, dia ni memang lelaki si mulut jahat. Suka mengutuk Aleya sahaja setiap kali berjumpa.
Malah dia bukan tidak tahu Aleya telah bagi gelaran 'Encik Perasan Bagus' pada dia.
Dia tahu. Itupun Dania yang cerita.
Hubungan dia dengan Dania sememangnya baik-baik sahaja. Tidak macam hubungan dia dengan Aleya. Tidak pernahnya aman damai. Dania,
kerani di pejabat Aleya tu memang suka bercerita dan ketawa.
Katanya dia macam Switzerland di PBB.
Negara berkecuali. Tak mahu sokong Idzham atau Aleya.
Dia bukan suka berperang mulut dengan Aleya pun.
Kan sudah ditegaskan, dia jejaka berhemah. Lagipun apa faedah bergaduh dengan Aleya.
Kalau tak gaduh , kan dia boleh mengurat Aleya?
Mana tahu boleh dibawa balik kampung buat calon untuk uminya. Ada hati juga ya dia ni?

Dia cuma geram Aleya tu boleh tak kenal dia,
sedangkan mereka sefakulti di Universiti dahulu.
Atau Aleya sudah lupakan dia? Mustahil! Walaupun di universiti dahulu,
dia jejaka yang low-profile, dia pernah menjadi penyelamat hidup Aleya tika itu.
Dia sendiri tak mungkin melupakan peristiwa tersebut.
Peristiwa yang hampir-hampir membuatkan ijazahnya ditahan.
Cita-citanya untuk menjadi peguam pasti terbantut jika ijazahnya ditahan.
Sia-sia sahajalah empat tahun dia melayan migraine di kepala meghafal segala akta dan meneliti kes-kes perundangan.
Kerana Aleya tidak pernah kisah akan kehadiran cerita lalu antara merekalah yang membuatkannya suka menyakiti hati Aleya dengan kata-kata sinisnya.
Biar si gadis sedar sikit.
Lalu peristiwa tersebut bagaikan perakam waktu yang berputar semula di benaknya menayangkan kisah lalu…

No comments:

Post a Comment