Hari ini, Aleya dah boleh mula merdeka. Semalam Mesyuarat Agong Tahunan syarikatnya yang bertempat di Westin Hotel telah selamat berlangsung. Maka penyiksaan jiwa raga batin Aleya semenjak dua tiga bulan ini dengan rasminya berakhir. Seksanya macam menunggu kelahiran anak sulung. Pandai-pandai je si Aleya buat perbandingan, macamlah dia pernah ada pengalaman mengandung. Tunggu kucingnya bersalin tu adalah. Itupun risaunya melebihi mak kucing.
Setelah tamat mesyuarat agung tahunan semalam, hari ini Aleya bertungkus-lumus pula menguruskan draf minit mesyuarat untuk direkodkan dan dihantar ke Suruhnajya Syarikat Malaysia. Setelah Puan Sharina bos tersayangnya meluluskan hasil kerjanya, barulah dia lega. Esok dia tak perlu terkocoh-kocoh lagi nak menyiapkan kerja pejabat.. Bolehlah dia bersenang lenang. Sedar tak sedar dah hampir jam 11 malam baru kerjanya siap. Bila dia turun ke kawasan parking kereta, baru dia menyedari dialah orang terakhir yang meninggalkan pejabat. Mana taknya, hanya ada kereta dia sahaja yang elok terpakir disitu. Kalaulah CEO Aleya lihat ketekunan pekerja dia seorang ini, mahunya dia anugerahkan Aleya anugerah pekerja mithali terbaik. Sanggup bersusah-payah demi syarik at. Bolehlah nanti Aleya cadangkan dirinya diberi bonus 24 bulan, tak pun pakej bercuti ke Maldives ke. Aduhai, berangan sungguh si Aleya ni. Baru kerja sampai jam 11, dah macam-macaam reward dimintanya. Kalau dia dikehendaki kerja sampai jam 2 atau 3 pagi, mahunya dia minta dikahwinkan dengan anak CEO.
Menghampiri tengah malam,Aleya memandu tenang melalui jalan berbukit Bukit Ampang sebagai pintasan ke rumahnya di Kajang. Malam-malam begini kan seronok mengambil angin. Dalam kelekaanya tanpa sedar, Aleya telah terlanggar sebuah lubang besar. 'GEDEBUKKK!!' bunyinya dan diikuti bunyi 'HISSHHH…' Aleya mula rasa tayarnya tiba-tiba menjadi seperti berat. Lalu Aleya terus memaksa keretanya bergerak ketepi jalan dan menarik hand break untuk berhenti.
'Aduh, tayar ni pancit pula saat-saat macam ini, sudahlah kat luar tu gelap semacam. Kerajaan Selangor pula cekik darah nak memacak tiang lampu banyak-banyak kat area sini. Patutlah ramai couple suka berdating di sini. Gelap. Seronoklah buat projek mega.' Aleya mula merungut bila sedar tayar kereta Kelisanya pancit. Kenapalah dilanggarnya lubang tersebut. Dia ingat kereta Kelisanya tu macam four wheel drive agaknya. Sudahlah Aleya ni tak tahu nak macam mana nak tukar tayar. Masa belajar di sekolah memandu dahulu, part belajar tukar tayarlah Aleya skip kelas. Mana tidaknya, setelah setengah hari mengambil peperiksaan untuk lesen L dan disahkan lulus, dia dikehendaki mengikuti kelas tarbiyah panduan berhemah pula, lepas tu terus nak diajar cara-cara meneroka daerah dalaman kereta. Manalah Aleya larat nak buat semua tu dalam sehari. Dengan kelaparannya tahap cipan kerana tidak sempat mengambil makan tengah hari disitu dan kerana makanan yang dijual dalam kawasan belajar memandu tersebut tidak memenuhi selera tekaknya, dia melarikan diri dari kelas tersebut untuk mengisi tangki perutnya yang sudah melalak lagu hip hop. Lagipun, dia fikir tak susah manapun bab-bab kereta. Lagipun bagi dia masa tu yang penting tahu memandu dan ada lesen. Lalu hingga kini dia t idak pernah ambil tahu cara-cara nak menyelenggara kereta. Bila dah k ecemasan begini baru timbul rasa sesal kerana ponteng sesi kelas memandunya dahulu.
Memburukkan keadaan lagi, telefon Aleya pula baterinya sudah tidak mampu bernyawa lagi. In Car Charger kereta pula entah mana dicampaknya. Kalau begini macam mana dia nak meminta pertolongan. Dia langsung tak nampak orang lalu lalang. Nak keluar dari kereta memang dia rasa takut yang amat. Mana tahu di luar sana ada perogol dah menunggu. Nak buat isyarat S.O.S pun dia tak tahu. Takkan nak pasang api buat isyarat asap. Dia hanya berdoa ada insan yang sudi membantunya.
Tiba-tiba tingkap kereta Aleya diketuk seoarang lelaki. Aleya tidak dapat mengecam wajahnya kerana di luar sana memang gelap. Aleya memerhatikan sekeliling dan mendapati ada motor yang tidak dimatikan enjin diparkir di tepi keretanya. Aleya benar-benar tidak pasti sama ada lelaki yang mengetuk cermin keretanya bertujuan baik atau tidak. Kalau niatnya baik utuk memolong tak apalah. Tapi kalau niat lelaki itu sebaliknya, macam mana? Lagipun sekarang ini banyak kes rogol dilaporkan. Aleya menurunkan sedikit cermin keretanya, cukup untuk mendengar apa yang diucapkan lelaki tersebut.
" Kenapa ni dik? Tayar kereta pancit ya? Turunlah dari kereta ni, boleh abang tolong adik."
Aleya yang mendengar kata-kata tersebut masih berasa sangsi. Suara lelaki ni macam steam sahaja, matanya pun kelihatan liar. Dia berfikir-fikir sama ada mahu turun atau tidak menerima bantuan lelaki tersebut. Karang kalau lelaki ini berniat tidak baik, elok Aleya keluar dari kereta terus dirogolnya pula. Tapi kalau tidak diterima, mahunya dia keras sehingga esok menunggu bantuan lain yang sampai.
"Marilah dik, abang ikhlas nak tolong ni. Adik manis jangan takut." Kedengaran lagi pujuk rayu lelaki tersebut. Dalam kalut perasaannya memikirkan sama ada nak menerima atau tidak bantuan lelaki tersebut, Aleya perasan ada sebuah lagi kereta berhenti di diseberang jalan. Dia cuba melihat melalui cermin sisi keretanya. Kereta tersebut macam pernah dilihat. Apabila dia, melihat salah satu susuk tubuh dari dua makhluk yang keluar dari kereta tersebut, dia mula sedar siapa pemilik kereta tersebut.
Kereta Idzham! Also known as Encik Perasan Bagus!
Idzham kebetulan melalui kawasan tersebut bersama Nik teman serumah yang juga kawan baiknya sekembalinya dari mengambil Nik di workshop. Tadi, Nik yang keluar dengan tunangannya untuk makan malam, menelefon Idzham yang sedang berehat di rumah dan mengatakan keretanya rosak. Idzham diminta mengambil Nik dan tunangannya di workshop yang terletak di Cheras. Setelah menghantar tunangan Nik di Country Homes, Idzham hanya ingin segera kembali ke rumahnya di Ampang. Sewaktu melalui Bukit Ampang tersebut, dia terpandangkan sebuah kereta Kelisa diparkir di tepi jalan. Terdapat juga sebuah motor yang masih hidup enjinnya. Penunggang motor tersebut berada di sebelah tingkap pemandu kereta tersebut kelihatan mencurigakan.
Lalu dia mengambil keputusan merapati kereta tersebut memandangkan dia tahu siapa pemilik kereta tersebut. Kereta Aleya. Dia cam nombor pendaftaran kereta Aleya kerana selalu kelihatan semasa dia membuat lawatan rasmi ke pejabat Aleya. Hatinya berdetik curiga juga. Apalah yang dibuat tengah malam buta si Cik Katak sorang ni di tengah-tengah Bukit Ampang tersebut. Takkanlah dia dating kot. Tak ada gaya tengah syok dating pun. Manalah tahu dia memerlukan pertolongan. Lelaki tadi masih lagi di sisi tingkap Aleya tatkala Idzham menghampiri kereta Aleya.
Idzham menegur lelaki tersebut untuk menegtahui hal sebenar. "Assalamualaikum, kenapa ni encik? Ada apa-apa yang boleh kami berdua bantu?"
Kemudian Idzham berpura menegur pula Aleya yang masih di dalam kereta seolah-olah sememangnya dia yang ditunggu Aleya. "Hai sayang, sorry terlambat. Abang pergi jemput mekanik ni dulu untuk betulkan kereta sayang."
Aleya yang mendengar teguran Idzham tiba-tiba menjadi keliru. 'Sayang? Abang?' Bila masa pula dia dan Idzham bertukar status? Setahu dia, mereka masih belum menandatangani sebarang pelan damai. Confuse dia dibuatnya. Bila masa pula dia jadi sayang pada Idzham. Entah bila pula bapa dia kahwin dengan mak Idzham sampai tiba-tiba nak panggil mamat tu abang. Selama ini merekakan musuh ketat. Hal mereka tak pernah selesai. Tapi mengenangkan sekurang-kurangnya dia kenal Idzham berbanding strangers yang berada ditepi tigkapnya, baik dia percayakan Idzham biar pun mamat ni selalu perasan dia bagus. Lalu apa salahnya dia pun turut sama berlakon untuk selamatkan diri. First class punya lakonan. Mana tahu, silap-silap boleh dapat pelakon terbaik Academy Award.
"Alah, abang ni! Kenapa lambat? Penat sayang tunggu tahu? Sian ayang sorang-sorang kat sini tahu?" Hentam sahajalah Aleya apa-apa jawapan pun. Jawab sahaja apa yang terlintas di mulut. Asalkan dia selamat dari lelaki yang tidak dikenali ni, dan lelaki itu tahu Aleya dah ada penyelamat lain. Jangan nanti Idzham sampaikan cerita berkenaan dialog manjanya ini pada Dania sudah. Kecoh pula satu ofis.
Bila menyedari Aleya tidak melayan dia dan memang percaya Idzham tu buah hati Aleya, lelaki yang berdiri di tepi tingkap Aleya tadi terus berlalu meninggalkan Aleya. Satu hal habis. Sekarang ni siapa nak betulkan tayar Aleya? Nak minta tolong Encik Perasan Bagus ke? Nak ke dia?
Idzham yang melihat lelaki yang tidak dikenali tadi berlalu pergi, dia pun memusing badannya dan mula melangkah untuk pergi. Nik yang mengikutnya tadi memandang hairan. Katanya tadi berhenti nak menolong pemilik kereta yang tersadai di tepi jalan tu. Katanya lagi, dia mengenali pemilik kereta tu. Tapi apa yang dilihat, Idzham hanya menegur pemilik kereta tersebut dan kini ingin melangkah pergi. Namun langkah Idzham terhenti tatkala terdengar suara Aleya,
"Idzham awak nak ke mana tu?"
Idzham memusing kembali badannya menghadap Aleya yang sudah melangkah keluar dari keretanya. "Baliklah, dah malam. Esok saya nak kerja."
"Balik? Habis saya macam mana?"
"Awak kenapa pula? Balik sahajalah. Kalau awak nak tidur sini pun, apa saya boleh buat? Nak saya tolong bentangkan tilam bantal ke?"
"Kan saya punya tayar kereta tu pancit."
Idzham memusing kembali badannya menghadap Aleya yang sudah melangkah keluar dari keretanya. "Baliklah, dah malam. Esok saya nak kerja."
"Balik? Habis saya macam mana?"
"Awak kenapa pula? Balik sahajalah. Kalau awak nak tidur sini pun, apa saya boleh buat? Nak saya tolong bentangkan tilam bantal ke?"
"Kan saya punya tayar kereta tu pancit."
"So? Tukar je lah dengan tayar spare, apa susahnya Cik Aleya. Lepas tu baliklah rumah. Dah tengah malam ni. Tak baik tahu anak dara duduk luar tengah-tengah malam buta ni."
"Sss..Sa…saya…mana tahu tukar tayar kereta. Bawak kereta tahulah." Perlahan Aleya mengaku. Lantaklah Idzham nak komen apa. Yang penting dia perlukan bantuan seseorang untuk tukar tayarnya saat ini. Idzham pula ternganga mendengar kenyataan Aleya.
"Idzham, awak tolonglah saya tukarkan tayar ya?"
"Apa kes pula saya yang kena tukarkan? Kalau tak tahu tukar telefon je AAM. Dia orang tu ada 24 hours service tahu. Lagipun saya lawyer, bukannya mekanik. Tak ada subjek tukar tayar masa saya buat kursus undang-undang dulu."
"Kalau saya ada telefon, dah lama saya telefon mereka. Insuran saya pun masih hidup. Sebab telefon saya tak ada bateri lah saya masih melepak dan berumah tangga kat sini. Tak payah saya nak susah payah tunggu orang macam awak lalu untuk beri bantuan. Kalau tak nak tolong, lain kali tak payah berhenti. Biar je saya mati keras kat sini." Suara Aleya mula meninggi disertai dengan sendu bila Idzham begitu payah nak menolongnya. Dia dahlah ketakutan terkandas di atas bukit ni. Mamat sorang ni pula banayak songeh je. Tak ada perikemanusaian langsung. Ni mesti kes fail subjek alam dan manusia masa darjah enam dulu.
"Alah Idzham, tolong je lah. Kan dia perempuan, mana dia larat nak tukar tayar. Lagipun kau kan kenal dia ni," pujuk Nik pada Idzham.
Idzham menjeling sahaja pada Nik tanda tidak puas hati. Namun kakinya diarahkan semula ke arah kereta Aleya. "Mana tayar spare?" suara Idzham pada Aleya.
"Ada dalam bonnet kan?" Kata Aleya sambil membuka bonnet untuk Idzham.
"Apa ni! Tayar spare pun pancit? Macam mana saya nak tukar?" marah Idzham apabila melihat tayar spare Aleya juga pancit. Aleya pula jelas terkejut mendengar kata Idzham. Dia pun lupa sebelum ini, keretanya pernah sekali pancit dan dia telah menggunkan tayar spare yang ada. Tayar yang pancit itu pula tidak pernah diperbaikinya.
"Errr…haabis tu macam mana ni?" Ya Allah, apa Aleya nk buat ni? Tayar simpanan tak boleh pakai. Tak kanlah dia nak bercamping kat Bukit Ampang ni.
"Okaylah, saya kasi pinjam tayar spare saya. Tapi untuk malam ini sahaja. Saya nak esok, awak pulangkan balik tayar saya. By hook or by crook. Saya tak peduli" Putus Idzham bila dirasakan tiada jalan lain lagi. Lagipun dia nak cepat selesaikan masalah cik Katak seorang ni. Dia dah mengantuk benar. Lalu dia bersusah payah mengeluarkan tayar sparenya dan menukar tayar kereta Aleya. Namun dia cukup berbulu tengok Aleya sibuk berbual, berkenalan dengan Nik. 'Aku penat-penat angkut tayar, dia sibuk beraramah mesra dengan si Nik. Bukannya nak tolong-tolong lap peluh aku ke. Aku tingglkan aje kerja tukar tayar ni karang baru padan muka.' Hai, takkanlah cemburu pula wahai Encik Idzham? Cemburu? Tak ada masa. Sanggah hati Idzham.
"Thanks Idzham." Kata Aleya bila kerja menukar tayar selesai. Siap dengan senyuman manisnya sekali. Suaranya cukup lembut sekali. Buat pertama kalinya apabila berhadapan dengan Idzham. Idzham yang dengar pun rasa semacam. Rasa macam nak jatuh cinta pula. Nik disebelahnya tersengih-sengih bak kerang busuk melihat telatah kedua uda dan dara tersebut.
"Tapi ingat, esok juga saya nak tayar saya semula!" tegas Idzham pada Aleya. Tak mahu berkompromi dengan hatinya yang mula tergoda dengan senyuman Aleya yang memikat itu. Muka Aleya terus bertukar cemberut pabila mendengar kata-kata tegas Idzham. Terus dihidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi dari situ.
* * * * * * * * * * * *
Esoknya ketika Idzham keluar daripada bilik mesyuarat selepas habis berbincang dengan clientsecret admire yang sudi memberinya hadiah. Hari ini bukan harijadi dia mahupun ulangtahun apa-apa buatnya. Sesampai di lobi dia sendiri terkejut melihat ada sebuah kotak hadiah besar yang berbalut cantik tersebut. Ada bunga ros sejambak bewarna hitam di atasnya beserta sebuah kad. firmanya, dia menerima pesanan dari penyambut tetamu mengatakan ada hadiah untuknya di lobi pejabat. Hadiah tersebut dibiarkan disitu kerana terlalu berat untuk diangkat ke biliknya di atas. Lalu dia segera ke lobi untuk melihat hadiah tersebut. Siapalah
Pabila dibuka kotak tersebut, bertambah terkejut dia melihat isi di dalamnya. Tayar??? Lalu segera dibukanya kad yang disertakan. Tertulis didalam kad tersebut:
Specially for Encik Idzham a.k.a Encik Perasan Bagus,
Seperti yang diminta,
saya pulangkan semula tayar awak.
Terima kasih kerana menolong saya.
Terima kasih kerana menolong saya.
Bunga ros hitam tu
tanda keikhlasan saya membalas jasa awak yang 'IKHLAS'.
tanda keikhlasan saya membalas jasa awak yang 'IKHLAS'.
Kotak yang disertakan tu 'IKHLAS' saya beri, simpanlah.
Penat saya suruh mak cik cleaner tu tolong carikan kotak
yang boleh muat tayar awak ni dan penat saya balut
cantik-cantik dan suruh despetch ofis saya hantarkan.
Salam sayang,
Aleya Puteri
Idzham rasa nak tergelak sambil berguling-guling pabila selesai membaca kad tersebut. Aleya….Aleya….
BaB 6
Aleya- Idzham
Sebuah Permulaan...
'Pap!'
Satu tepukan lembut terasa dibahu kiri Aleya. Kepalanya dipusingkan 90 darjah ke selatan untuk melihat manusia durjana yang begitu berani mengganggu ketenteraman awam di kala dirinya tengah asyik menikmati bayu laut yang bersepoi-sepoi membelai rambutnya seolah-olah dalam iklan syampu Pantene.
"Awak?" Ya Allah, kenapalah di kala hatinya tengah bersenang-lenang menatap keindahan malam di tepi pantai begini, makhluk ini boleh muncul? Ingatkan bila dah jauh dari Kuala Lumpur, bolehlah dia menikmati kedamaian hati tanpa gangguan manusia bergelar Abang Perasan Bagus!
Semenjak peristiwa tayar pancit hari tu, Aleya dah tukar gelaran encik peguam tersayangnya itu kepada Abang Perasan Bagus. Kan mamat tu sendiri pandai-pandai tukar gelaran mereka malam itu? Lagipun dia juga yang jadi radio buruk seperti biasa menyampaikan cerita sensasi tersebut kepada Dania. Kalau tidak masakan Dania boleh tahu cerita tersebut termasuk dialog abang, sayang mereka dan hadiah tayar yang dihantar melalui special delivery tu?
"Ya, saya. Kenapa, tak Percaya ke? Terkejut tengok saya ada di sini ke?" Bersahaja je jawapannya dan dengan selamba cicak juga tanpa dipelawa lelaki tersebut duduk disisinya.
"Eh, siapa beri keizinan awak duduk sebelah saya ni? Suka-suka hati dia je duduk sebelah anak dara orang."
"Eh, nak kena minta kebenaran ke? Setahu saya, tempat ni kepunyaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Tak ada pula saya nampak papan tanda tertulis hak milik Majlis Perbandaran Aleya yang Punya." Huh, ada sahaja jawapannya. Siap dengan sengihan trademarknya, bibirnya hanya sebelah je yang terangkat. Waduh Aleya, dalam kelam malam pun kamu masih boleh melihat senyuman si dia ya.
Huh, dah mula dah. Mentang-mentanglah dia kerja lawyer, ayatnya pun loyar buruk juga. Malas Aleya nak menjawab, kalau lagi dijawab, silap-silap ada yang buat acara berbalas pantun di tepi laut Gurney Drive ni. Sudahlah jalan ni, tempat tumpuan manusia lalu-lalang. Nanti bertambah jam Gurney Drive ni dengan orang berhenti menonton mereka berdua berbalas pantun. Aleya pun tak ada mood nak layan aktiviti kegemaran Idzham malam ni. Dia masih kepenatan dengan kursus siang tadi.
"Leya buat apa kat sini? Maksud Am, ada urusan apa di Penang ni?"
Leya? Am? Wah, sejak bila pula kata ganti nama mereka berdua bertukar jadi Am dan Leya pula ni? Hari tu abang dengan sayang. Hmm…walaupun Idzham tak pernah memanggilnya Leya sebelum ini, tapi entah mengapa hatinya rasa selesa mendengar panggilan itu dari mulut sang jejaka. Tapi jangankan Syed Akasahah, Aleya siap warning lagi, kalau Encik Buaya Jadian itu panggil dia dengan nama Leya lagi sekali, dia akan buat bodoh. Dia tak mahu jawab apa-apa lagi.
"Saya ada kursus 3 hari di sini. Business Writings That Works. Dekat hotel belakang tu je." Lalu tangannya ditunjuk ke arah The Gurney Resort Hotel and Residences yang tersergam indah bermandikan cahaya. Daripada pantai yang terletak hanya di seberang jalan hotel tersebut, dapat dilihat suasana di ruang legarnya begitu happening dengan kelab malam Chillout Club Mambo, Fusion Restaurant dan kafe-kafenya seperti Starbucks, Coffee Bean and Tea Leaf dan Ichiban.
"Aikk, dah bertahun-tahun jadi company secretary pun masih tak tahu nak menulis dengan baik ke?" Idzham kalau bertanya, siap berkerut muka. Konon tanda muka peliklah tu. Kalau ya pun nak menjiwai pertanyaan, janganlah buat muka macam tu. Kurang handsome pula rupa Abang Perasan Bagusnya nanti. Asyik berkerut, nanti muka berkedut. Siapa yang nak dekat dia lagi nanti. Aleya juga yang kena jatuh cinta dengan dia nanti.
"Pembetulan, saya bukannya company secretary, saya hanya seorang assistant company secretary yang juga dikenali sebagai kuli. Lagi satu, saya bukannya tak tahu menulis. Saya tahu. Kalau awak nak suruh saya tulis novel pun boleh tahu. Saya cuma nak tambah skill supaya saya boleh menjadi seorang setiausaha syarikat yang berkaliber."
"He…he…he…kalau setakat nak belajar menulis, Am pun boleh ajar. Bukan setakat untuk Leya menjadi setiausaha yang berkaliber, setiausaha yang menggeleber pun Am boleh tunjuk ajar tahu." Tengok tu, sengeh lagi. Aleya sekeh kepala tu karang baru tahu. Sudahlah tu, sesedap perasa air sirap sahaja dia guna ganti namanya sebagai Am dan nama Aleya sebagai Leya. Macamlah mereka berdua ni berkawan rapat selama hayat ini.
"Awak ni kan, inilah yang buat saya malas nak jawab segala persoalan awak. Ada sahaja jawapan yang awak nak tambah. Mesti masa sekolah dulu awaklah juara dalam kategori pelajar yang paling banyak guna kertas jawapan semasa peperiksaan. Dah jawapan awak semua panjang berjela. Ada sahaja jawapan yang nak ditambah secukup rasa. Hmmm…by the way, awak pula buat apa menyibuk dekat bumi Penang ni?"
Idzham tersengeh sahaja mendengar komen Aleya tentang dirinya. "Am ada meeting dengan client. Client Am tu, companynya terletak di Penang. Jadi Amlah yang kena datang sini untuk berbincang. Mula-mula rasa macam malas sungguh nak kena datang sini. Nasib baik jumpa Leya kat sini. Am pun stay kat The Gurney Hotel tu tau. Samalah kita ya."
Huh, cik abang seorang ni pun duduk kat hotel yang sama dengan Aleya ke? Punyalah banyak hotel kat Pulau Pinang ni, hotel tu juga pilihannya. Yang dia ni pun tiba-tiba mengarut tukar ganti nama diri mereka kenapa? Semenjak kes tukar tayar hari tu, memang Aleya tak pernah terserempak dengan Idzham lagi. Apatah lagi nak berbual di telefon. Jadi, bila pula mereka mula berbaik dan bertukar nama panggilan? Confuse Aleya dibuatnya. Mamat ni demam kepialu agaknya.
"Leya punya course sampai hari apa?" Idzham bertanya, bila Aleya tidak memberi sebarang reaksi pada ceritanya tadi.
"Hari ni baru first day, ada lagi dua hari baru habis."
"Am pun insyaallah ada di Penang sampai Rabu ni juga. Kalau Leya nak tumpang balik KL sama-sama Am boleh juga."
Huh, siap offer balik sama tu. "Tak apalah, semalam saya datang dengan Encik Pilot MAS. Balik pun tentulah saya kena dengan Encik Pilot MAS juga. Kalau tidak apa pula kata dia nanti. Tak manis rasanya. Lagipun saya dah beli tiket flight untuk 2 way journey KL-Penang –KL. Nenek saya pesan, tak baik membazir harta benda company."
Idzham tetap dengan sengihannya bila mendengar Aleya menjawab. Aleya ni mengata orang pandai, dia pun lebih kurang sama sahaja. Kenapalah tak diteruskan kerjaya jadi lawyer selari dengan kursus yang diambil dulu. Idzham pun dah rasa malas nak pujuk Aleya untuk balik dengan dia lagi. Orang dah tak sudi, apa nak buat kan!
Akhirnya mereka hanya diam, menatap pantai dihadapan mata dalam kelam malam. Mendengar deruan ombak yang datang dan pergi. Keadaan persekitaran mereka pun masih lagi riuh dengan orang ramai yang berlegar di sekitar Gurney Drive ini walaupun esok adalah hari bekerja. Suasana Gurney Drive memang sentiasa hidup setiap malam seperti juga di Padang Kota. Lagipun tidak jauh dari situ ada Gurney Drive main hawker centre. Gerai-gerai makan yang menjual makanan tempatan seperti di Padang Kota.
"Leya…"
"Hmm…" Suara keduanya kedengaran begemersik sahaja. Mata keduanya masih asyik dihala menghadap pantai.
"Sejujurnya, sejak bila ya Leya kenal Am?"
"Sejak di UM."
Jawapan ringkas Aleya membuatkan Idzham memalingkan kepalanya ke arah Aleya untuk memastikan apa yang didengranya adalah betul.
"UM?"
"Ya. Di UM. Singkatan daripada Universiti Malaya yang terletak di Bangsar Kuala Lumpur. Kenapa? Bukankah dulu awak senior saya di fakuliti undang-undang." Aleya pelik kenapa Idzham bertanya semula akan jawapan yang diberinya. Pelik sangat ke jawapannya tu?
"Saya tahulah UM tu apa. Tapi masa first time kita jumpa di pejabat Leya dulu, Leya cakap tak pernah jumpa Am hatta dalam mimpi sekali pun? Ingat lagi tak?"
Aleya tergelak kecil mengingatkan pertemuan pertama mereka di pejabat dahulu. "Ha…ha…ha…masa pertama kali kita jumpa di ofis saya dulu, saya tengok awak macam poyo je. Perangai berlagak macam bagus je. Saya tahulah kita ni tak setaraf walaupun sama-sama ambil kursus law dulu. Awak dah jadi berjaya jadi lawyer, sedangkan saya ni hanya assistant company secretary je."
"Lagipun saya ingat lagi, awaklah yang dah selamatkan saya dari kena repeat paper yang tak akan ditwarkan lagi untuk semester berikutnya. Awak yang beri saya pinjam buku rujukan common law yang Dr. Lembik gunakan tu." sambung Aleya.
"Haa…Leya ingat rupanya. Am ingat Leya dah lupakan khidmat jasa bakti Am pada Leya. By the way, Leya ingat lagi gelaran pensyarah tu ya? Leya ni suka benar bagi gelaran kat orang. Dulu kat UM ambil minor subjek menggelarkan orang ya?"
Subjek menggelarkan orang? Biar benar mamat ni? Ada ke Universiti Malaya tawar subjek rupa begitu? Tak senonoh betul.
"Bercakap pasal buku yang Am pinjamkan tu, boleh Leya terangkan kenapa Leya tak pulangkan buku tu pada library selepas guna seperti yang Am suruh? Nyaris Am punya degree nak kena tahan tahu. Kalau kena tahan, tak pasal-pasal Am tak dapat jadi lawyer. Silap-silap kena jual apam balik dekat pasar malam je."
"Ha, apa pula saya tak pulangkan? Saya dah pulangkanlah buku tu. Tak baik tau tuduh orang yang bukan-bukan." Ni, apa kes main tuduh-tuduh orang ni?
"Habis tu, kenapa sebelum konvokesyen Am boleh dapat notis dari pihak perpustakaan minta dipulangkan buku tu? Dah lah tu, perpustakaan tu pula banyak songeh tak nak terima bayaran ganti rugi. Dia orang nak juga Am cari buku yang serupa. Hampir seribu duit Am habis nak cari buku yang serupa macam tu. Itupun nasib ada hamba Allah dari England nak jualkan buku tu." Idzham menarik nafasnya sebelum menyambung ayat yang seterusnya.
"Am cuba cari Leya, tapi time tu Leya pula cuti untuk satu semester. Nak cari kawan rapat Leya yang selalu dengan Leya dalam UM tu pun tak jumpa. Am dapat tahu, dia pula dah berhenti dari kursus undang-undang. Bila Am cuba tanya pelajar lain yang satu batch dengan Leya, macam-macam versi cerita yang Am dengar. Siap ada yang kata Leya ada sugar daddy lagi. Ada tu, katanya Leya ikut sugar daddy Leya ke luar negara, sebab tu ambil cuti satu semester."
Hampir ternganga Aleya mendengar cerita Idzham. Nasib baik tidak ada lalat di tepi pantai tu. Macam mana pula buku tu boleh tidak sampai pada pihak perpustakaan? Siapa pula yang berani sebarkan berita mengarut yang Aleya ni ada sugar daddy. Gila ke apa? Dia masih anak dara tahu tak. Dia tak pernah buat kerja-kerja macam tu. Kalau tak caya cuba teropong guna mikroskop. Tumit kaki Aleya masih merah lagi tahu tak.
"Hishhh…gila apa makhluk yang buat cerita macam tu pasal saya. Saya tak pernah buat kerja terkutuk macam tu tahu tak. Saya masih waras lagi. Saya tahu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim macam mana. Habis tu, awak pun percayalah cerita karut macam tu?"
"Tak adalah percaya. Tapi sangsi juga sikit-sikit masa tu. Cerita budak U buat part time jadi call girl ni memanglah dah biasa dengar. Lagipun Am pun bukan kenal sangat Leya masa tu. Jadi Am tak boleh nak menilai Leya sangat sekadar berdasarkan cerita sahaja. Orang cerita, Am dengar je lah. Tapi Am dapat rasa Leya bukan macam tu. Muka Leya ni innocent je. Tak layak nak buat kerja-kerja macam tu."
"Pasal buku tu, Leya dah pesan pada Arin teman yang awak selalu nampak dengan saya masa di UM dulu, untuk pulangkan. Selepas kelas hari yang awak pinjamkan buku tu dulu, saya demam kena hujan masa balik kuliah. So, saya minta Arin pulangkan bagi pihak saya pada library. Saya takut nak tunggu saya kebah demam, lewat pula saya pulangkan buku tu. Saya dah cakap pada dia, nama peminjam buku tu Idzham Iskandar, nama awak. Bila saya tanya dia few days after that sama ada dia dah pulangkan atau tidak, katanya dia dah pulangkan."
"Saya minta maaf banyak-banyak Idzham sebab menyusahkan awak. Saya main percaya je cakap kawan saya tu, mana saya tahu dia sebenarnya tak pulangkan atau dia mungkin dia tersalah pulang buku tu. Saya pun tak pernah jumpa dia lagi sampai sekarang ni. Masa saya bercuti satu semester dulu, dia pula dah berhenti dari UM. Saya pernah cuba contact dia, tapi tak dapat pun." Aleya betul-betul kesal kerana percaya pada Arin yang dianggap sahabat baiknya semasa di UM.
"Tak apalah Leya, benda dah jadi. Saya pun dah selamat jadi lawyer. Bukannya penjual apam balik." Idzham cuba meredakan hati Aleya yang nampaknya begitu kesal bila mengetahui kisah buku tersebut.
"Nanti, saya ganti balik duit yang awak dah gunakan untuk ganti buku tu ya."
"Tak apa Leya. Dah lama pun cerita tu. Saya pun dah lupakan. Awak tak payah ganti apa-apa pada saya. Lagipun bukan salah awak."
"Tak apa Leya. Dah lama pun cerita tu. Saya pun dah lupakan. Awak tak payah ganti apa-apa pada saya. Lagipun bukan salah awak."
"Saya tak mahu rasa bersalah pada awak."
"Okay, kalau Leya nak ganti sangat, saya tak nak terima duit dari Leya. Saya nak minta benda lain boleh?"
"Okay, kalau Leya nak ganti sangat, saya tak nak terima duit dari Leya. Saya nak minta benda lain boleh?"
"Habis tu, awak nak apa?" Ishhh…Idzham ni jangan dimintanya bukan-bukan sudahlah. Kalau diminta budinya dibalas body macam mana???
No comments:
Post a Comment