BaB 7
Aleya –Idzham
Kemesraan Mula Bertaut"Kalau awak tak nak saya bayar balik duit tu, awak nak apa pula sebagai balasan?
" Entah apa-apalah Idzham ni, orang nak bagi duit tak mahu.
Tahulah awak tu kerja lawyer, duit pun dah berkepuk-kepuk.
"Am tak nak duit. Lagipun nilai duit RM1000 yang Am dah spend dulu untuk dapatkan buku tu,
tak akan sama dengan nilai duit RM1000 sekarang.
Aik, takkan lah masa awak amik course ICSA dulu tak belajar subjek Finance, Time Value of Money?
"Ohh, saya lupa pula.
Habis awak nak saya bayar berapa kali ganda untuk jumlah yang awak dah gunakan tu untuk samakan dengan nilai duit masa dulu dan sekarang?
Dua kali ganda? Lima? Atau sepuluh?
Atau awak nak saya kira annuity dan gratuitynya?
" habis semua ilmu finance Aleya keluarkan.
Mata duitan juga Cik Abang Perasan Bagus ni.
"Idzham Iskandar tidak dilahirkan sebagai seorang mata duitan."
'Eh, dia ni pun ada ilmu mind reader ke macam Syed Akashah tu?
Ke semua lelaki dalam dunia ni boleh baca otak wanita?
Tak pernah pula dia tahu selama hayatnya.
Dia orang ni keturunan Professor X si mutant dalam cerita X-Men tu ke?
Boleh baca fikiran orang. Ini dah kira kes bahaya ni.'
"Macam nilah Leya, kita buat system barter.
We go the conventional way. Am halalkan duit buku tu dengan syarat pertukaran,
Am nak kita berbaik. I mean that I want us to be friend, a good friend perhaps.
Am dah penatlah gaduh, bertekak dengan Leya. Before this,
I always hope that one fine day, kita boleh jadi kawan yang baik. Frankly speaking, I like you…"
"Kawan…" Ya Allah, itu rupanya yang dia nak.
Ingatkan apalah balasan yang dia nak minta tadi.
Ingat nak minta belanja makan ikan bakar ke.
Mana nak cari kat Penang ni. Kalau Melaka bolehlah pergi Umbai.
Nak jadi kawan bukannya susah.
Tak pasal-pasal dia dah berdosa, anggap yang bukan-bukan pada Idzham tadi.
Tapi selama ni, bukannya dia yang suka cari gaduh.
Mamat ni yang suka cakap ikut suka kamus dia je.
Macam orang yang dah expired insurance mulut.
Tapi perkataan dia yang terakhir tu, lain macam je bunyinya.
'I like you…' Nasib bukan 'I love you.' Kalau tidak haru jadinya.
Mahunya saat tu juga Aleya pengsan.
"Ya. Kawan. Tak boleh ke? Tak layak ke untuk Am berkawan dengan Leya?"
"Bukan tak boleh. Mestilah boleh. Tak ada mananya saya nak kira layak atau tak.
Mama saya pesan berkawan jangan nak memilih. Tak baik buat perangai macam tu.
Tapi kan, selama ni, bukannya saya yang selalu cari gaduh dengan awak.
Awak yang suka start cari pasal dengan saya dulu tau!"
"He…he…he…dulu tu, Am saja nak test Leya.
Lagipun time tu tengah geram dengan Leya pasal buat-buat macam tak kenal dengan Am langsung.
" Baru Aleya perasan, dia ni gelak pun dengar romantic juga.
Lebih romantikus daripada gelak spesis Buaya Jadian kat ofis tu,
Syed Akashah. Kenapalah kebelakangan ini,
Aleya suka benar membandingkan Abang Perasan Bagusnya degan Syed Akashah.
Entah-entah Aleya yang dah jatuh cinta kat Idzaham dulu.
Oh tidak, tak mahulah dia jatuh cinta dengan mamat ni.
"So, are we friends now?"
"Yup! Kita kawan.Tapi, tak boleh lebih-lebih dari kawan."
"Habis tu, kalau terlebih, macam mana? Hati dan perasaan tu bukannya boleh dipaksa-paksa cik adik.
Kalau Allah nak tukar, Kun Fa Ya Kun. Have you ever heard of it?
Bila-bila je Am boleh jadi ditakdirkan jatuh cinta pada Leya tau.
Even now it could be my dear." Matanya dikenyitkan sebelah pada Aleya.
Aleya hanya tersengih mendengar jawapan Idzham.
Main kenit-kenyit mata pula mamat ni.
Simpang malaikat 44 + 44 x 44 kuasa dua lagi, nak minta dia jatuh hati pada Abang Perasan Bagus tu. Walaupun Aleya dah mengaku Idzham Iskandar sebagai kawan,
tag nama Encik yang telah ditukar kepada Abang Perasan Bagus tu rasanya susah nak ditukar.
Lidahnya dah terbiasa menyebut nama tu.
Tak apalah, kan bagus ada trade name tersendiri. Copyright protected lagi.
Mereka kembali menatap laut di hadapan mata mereka.
"Leya, betulkan Leya tak pernah jadi call girl?
" kedengarn suara Idzham seperti berbisik.
Aleya seraya memandang ke arah Idzham,
"Awak kata nak jadi kawan saya, saya dah terima pun.
Tapi kenapa sebagai kawan, awak masih boleh berprasangka buruk dengan saya?"
"Am bukannya prasangka buruk pada Leya. Am cuma nak kan kepastian sahaja."
"Kan saya dah terangkan tadi. Okay, let me tell you the real story behind all this nonsense.
Sepatutnya saya tak boleh ceritakan pada orang lain, sebab ini melibatkan aib orang.
Tapi oleh kerana saya tak nak awak salah faham pada saya lagi, saya akan ceritakan di sebalik tabir kewujudan al-kisah cerita call-girl, sugar daddy dan seangkatan dengannnya."
"The real person who supported by a sugar daddy is my best friend at the campus.
You know who she is. Selama ini saya tahu, orang banyak tuduh saya yang begitu kerana style saya nampak lebih daring dari dia dan saya ni berasal dari KL, tapi dia pula dari kampung.
Manusia ni, memanglah suka labelkan budak KL macam tu.
Membesar di bandar, dah biasalah hidup bebas, perangai tak bermoral,
perkara-perkara tak elok semua ni, budak KL memanglah dah biasa buat.
Realitinya, nak buat jahat, tak semestinya kena jadi budak KL je.
Salah ke saya di besarkan di KL? Dah ibu bapa saya bekerja dengan KL.
Takkanlah mere ka nak pos saya balik kampung duduk dengan datuk nenek yang dah tua tu."
"Yup, I'm agreeing with that. Budak Batu Pahat,Ulu bendul, Chemor, Kodiang pun boleh jadi jahat.
Yang penting hati dan iman di dada. Biasanya yang datang dari luar KL ni lagilah cepat terpengaruh.
Most of them are having culture shock. "
"Jangan menyampuk boleh tak? Saya tak habis cerita lagilah.
Nak bagi pendapat ke, kritikan ke tunggulah orang habis cerita."
"Elehhh…"
"Mungkin orang pernah nampak saya naik kereta mewah ikut orang entah mana-mana.
Saya mengaku, memang saya pernah naik kereta mewah entah siapa-siapa.
Tapi masa tu, niat saya bukannya nak buat tak senonoh.
Masa tu saya joint my so-called best friend berjumpa dengan salah seorang pelanggan dia.
Pelanggan dia tu pun bawak partner. Konon double date lah tu.
Itulah sekali saya ikut dia. Saya ikut pun untuk tengok apa yang dibuatnya.
Saya sebenarnya cuba nak tarik dia keluar dari dunia dia tu.
Dia pula nak tarik saya untuk joint venture dia buat part time tu."
Ceritanya disambung lagi. "Masa tulah agaknya orang mula mereka cerita tentang saya.
Saya bukannya buat apa pun masa ikut kawan saya tu."
"Ye ke, Leya tak buat apa-apa?
Dah ikut lelaki yang sememangnya tengah mencari mangsa sebagai santapan,
Leya boleh kata tak buat apa-apa?"
"Betul, saya tak buat apa-apa pun.
Memanglah lelaki yang saya ikut tu nak buat aksi 18SX tapi tak jadi bila saya mula bagi ceramah pada dia pasal dosa pahala.
Saya siap ajak dia ikut saya buat kerja amal dekat rumah kebajikan.
Akhirnya, tak sampai sejam bersama, dia hantar saya balik kampus.
Dia boring agaknya dapat perempuan macam saya.
Kawan saya tu bila dia balik, dia marah saya buat kawan pelanggan dia macam tu.
Lagipun seat kereta Ferrari dia tak bestlah. Memanglah pure kulit, tapi licin sangat.
Roof top dia rendah pula tu. Tak selesa. Rasa macam orang katik je bila naik kereta tu."
Idzham tergelak mendengar cerita Aleya.
Berani betul dia buat macam tu.
Dah ikut orang macam tu, boleh pula dia ceramah pada orang tu.
Aleya yang mendengar gelak Idzham rasa seriau je.
Seram sejuk rasanya mendengar tawa yang kedengaran romantis itu.
"Awak jangan gelak macam tu boleh tak?"
"Kenapa pula?" Pandangan mata Idzham tajam merenung Aleya.
"Err…sebab…sebab saya…err…"
"Ni sejak bila pun Leya jadi gagap?
Leya nak cakap, sebabnya Leya takut jatuh cinta dengan Am?"
Mata Aleya bulat merenung Idzham. Memang sah dia ni boleh tahu apa yang Aleya fakir.
Idzham hanya tersengih melihat muka tak puas hati Aleya.
"Habis tu, kenapa pula Leya ambil cuti sampai satu semester dulu?
Pergi haji ke? Setahu Am, orang pergi haji paling lama pun sebulan je."
"Masa tu, saya ada masalah peribadi. I have depression. Susah nak belajar.
Apa-pun tak masuk.
Saya jumpa Timbalan VC dan dengan sokongan daruipada Kaunselor Universiti, cuti saya diluluskan."
"Masalah peribadi? Masalah apa?"
"Ya, masalah peribadi. Telinga awak tu tak pekak lagi.
Masalah peribadi tentulah sesuatu yang peribadi. bukan untuk tatapan umum.
Tak bolehlah saya nak ceritakan pada awak sesuka hati.
Lagipun ini melibatkan maruah saya.
Tengoklah, maybe someday bila saya rasa masanya sesuai,
mungkin saya akan ceritakan. Lagipun kita baru je berkawan kan? "
"Okay, I understand that. Tapi janji ya, suatu hari nanti Leya akan ceritakan pada Am."
"Insyaallah…" Aleya hanya tersenyum. Idzham membalas senyuman Aleya.
"Leya, ada berapa adik beradik?"
"Kenapa tiba-tiba tanya pasal adik-beradik pula?"
"Saja. Mana tahu kalau esok-esok ditakdirkan Am jatuh cinta dengan Leya,
kan senang kalau dah kenal ipar duai.
" Aleya menjengilkan matanya mendengarkan kenyataan Idzham .
"Huh, mengada-ngada. Siapa nak jatuh cinta dengan awak.
Mahunya saya kena double up insurance telinga saya kalau kita ditakdirkan bercinta."
"Eleh…double up insurance konon.
We will see then when the love struck in,
what you would do. Silap-silap Leya ajak Am nikah cepat-cepat.
Cepatlah cerita pasal family Leya."
"Perasan! Saya tiga beradik.
Anak yang kedua. Abang long saya dah kahwin ,
duduk Johor Baharu. Bini seorang. Anak pun baru dua orang.
Adik perempuan saya masih belajar. Currently she is at the Canberra University,
Australia. Mama saya bekas guru. Papa saya pula pesara Kerajaan.
Both of them sekarang duduk rumah. Enjoying their time for honeymoon. Awak pula?"
"Me? Apa?" Idzham ni buat-buat tak tahu pula dengan pertanyaan Aleya.
"Jangan nak mengelat. Saya dah ceritakan pasal keluarga saya.
Sekarang giliran awak pula ya cerita."
"Okay, bakal umi Leya pun pesara guru.
Eh, samalah ya umi Am dengan mama mentua Am?"
"Amboi, bila masa pula mama saya jadi mama mentua awak? Mengurat anak dia pun tak pernah."
"Tengah dalam proses nak menguratlah ni. He…he…he..."
"Idzhammm!" Aleya sedikit terjerit.
Mamat ni, dia suruh cerita, asyik main-main je.
"Ye lah, Am sambung ni. Ayah Am dah lama meninggal. Masa Am tingkatan dua. Barah hati."
"I'm sorry to hear that."
"Tak apa. Dah lama dah pun peristiwa tu.
Jadi Leya kenalah kesian dekat Am. Tak boleh nak garang-garang dengan Am,
kena jatuh cinta dengan Am. Sebab Am nikan anak yatim."
"Mulalah tu mengarut. Ada je selingan cerita dia. Adik beradik awak berapa?"
"Adik beradik? Kejap ye, nak kira…" Idzham menggerak-gerakkan jari-jemarinya seperti mengira.
Aleya yang memerhati Idzham mengira dengan menggerakkan jemarinya merasa pelik.
Sampai nak kena kira sebelum beritahu orang.
Biar benar mamat ni, berapa banyak adik beradik dia?
Rasanya dia dah kira lebih daripada sepuluh.
Jari tangannya yang sepuluh itu sudah dibuka dan tutup untuk mengira lebih daripada sekali round.
Nak masuk dua puluh dah Aleya tengok.
Ramai gila adik beradik dia.
"Tak sudah kira lagi ke? Ramai sungguh adik-beradik awak sampai lamanya mengira."
"Dah sudah dah. Terlupa tadi. Adik-beradik Am ada…kejap ya. Berapa tadi Am kira ya?"
"Berapa?" Tanya Aleya tanpa sabar.
Dia ni lembab betul mengira. Betullah orang kata, orang yang kerja lawyer ni tak suka subjek matematik.
Kira adik beradik pun ambil masa.
"Ada….Am seorang jelah. Am anak tunggal.
Umi tak sempat nak proses adik untuk Am, ayah dah meninggal.
Lepas tu dia tak nak kahwin lain, pasal tak mahu Am dapat bapa tiri.
Karang jadi pula bawang goreng - onion ring, sequel kepada cerita bawang putih-bawang merah.
" Kata Idzham, kemudian dia tertawa kerana berjaya mengenakan Aleya.
"Ha! Seorang je ke?
Yang mengira sampai tak cukup jari tu kenapa?
Agaknya kalau boleh pakai jari kaki pun, awak buat.
Nasib baik awak pakai sneakers tu. Buat gempak je.
" Idzham hanya tergelak bila Aleya memarahinya.
"Dahlah, saya nak balik ke hotel. Nak masuk bilik, nak tidur.
Dah beku dah kena angin laut. Esok nak kena bangun awal menghadap seminar pula.
" Aleya mula bangun dari tempat duduknya semenjak tadi.
Dia cuba meluruskan otot-ototnya yang dah mula menegang dalam aksi yang terkawal kerana duduk terlalu lama. Kenalah cover sikit aksi tu.
Idzhamkan ada di sebelahnya.
"Nak masuk dah ke? Kalau sejuk Am boleh tolong panaskan.
" Idzham mengenyit matanya pada Aleya.
"Mulalah tu aksi gatal dia. Banyak cantik, nak tolong panaskan anak dara orang.
Ingat saya 'lampik', tak tahu apa maksud awak tu."
"'Lampik'? Apa binatang tu?"
"Bukan binatang lah. 'Lampik' tu singkatan 'lambat pick up'. Faham?"
"Cikgu bahasa manalah yang ajar Leya perkataan ini?
Marah orang DBP nanti, pandai-pandai Leya cipta perkataan sendiri."
"Malas dah nak layan awak. Saya dah mengantuk. Assalamualaikum. Good night.
" Aleya meleparkan senyumannya manisnya pada Idzham dan terus berlalu pergi.
Lagi dilayan Idzham, lagi lamalah dia bertapa di tepi pantai Gurney Drive tersebut.
"Eh, nantilah dulu Leya…. Leya…"
Aleya yang sudah mula hendak melintas jalan untuk balik ke hotel, tidak mengendahkan Idzham lagi.
Akhirnya Idzham hanya mengeleng melihat Aleya yang berlalu pergi dari situ.
Senyuman manisnya itu…memang sweet. Boleh buat seorang lelaki jatuh cinta pada dirinya.
Jawabnya tak lenalah tidur malamnya mengenangkan senyuman manis Aleya yang mula melekat di hatinya.
Setelah itu, dia mula menggerakkan kakinya melintas jalan juga.
Dia hendak ke Coffee Bean and Tea Leaf untuk medapatkan Espresso.
Dia masih perlu berjaga untuk menyelesaikan beberapa dokumen.
* * * * * * * * * *
Aleya yang baru melangkah ke dalam bilik, segera merebahkan badannya ke atas katil.
Biliknya di The Gurney Resort Hotel and Residences memang terlalu besar berbanding kebanyakan hotel dan bagi dirinya yang hanya bermalam seorang diri di situ.
Sedangkan itulah bilik paling kecil yang di offer hotel buat para penginapnya.
Nasib baik syarikat tempatnya bekerja sanggup menyediakan penginapan untuknya di hotel yang sama walaupun bayaran bilik untuk semalam agak mahal untuk dia seorang sahaja.
Sementelah pihak penganjur pula tidak menyedikan penginapan untuk peserta seminar.
Dia mengimbau kembali perbualannya dengan Idzham di tepi pantai Gurney Drive sebentar tadi.
Macam tak percaya pula yang dia dan Idzham boleh berbual mesra sebegitu memandangkan selama ini mereka asyik berperang mulut. Tidak disangka,
disebalik diri Idzham yang selama ini digelarnya mulut insurance expired,
ada juga sifat humornya... dan gatalnya pun boleh tahan.
Sememangnya tidak di sangka bumi Pulau Pinang akan menjanjikan sesuatu yang membahagiakannnya.
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi SMS pada telefon bimbitnya.
Good night…
Sweet dream my Princess….
Couldn't hardly wait to see the sunshine again tomorrow.
I am starting to miss your smile…
Mesej dari Idzham. Ayat tak menahan tu. Princess?
Miss your smile? Mamat ni memang sah dalam proses nak mengurat Aleya.
'Mama, tolonglah anak dara mama ni…ada orang nak mengurat.
Apa Leya nak buat ni.'Aleya, mama kamu dekat KL nun, mana dia nak dengar.
Mana dia dapat dapat nombor telefon bimbit Aleya ya?
Aleya lainlah. Dia memang simpan nombor telefon Idzham sebab mamat tu peguam untuk syarikatnya.
Tapi dia tak pernah menelefon Idzham direct dari hand phonenya itu.
Aleya membaca semula mesej tadi. Mengada-ngada juga Idzham ni.
Akhirnya dia tersenyum…
Lalu tidurnya malam itu dihiasi mimpi-mimpi indah
BaB 8
Idzham - Aleya
Biarku Sentuh Cinta Mu
Hari ini, hari terakhir Aleya berkrusus di Pulau Pinang.
Tapi dia hanya akan pulang ke Kuala Lumpur pada hari esok.
Penerbangannya bersama Encik Pilot MAS dijadualkan sebelah malam.
Oleh itu, esok dia akan menjalankan misinya untuk menghabiskan waktu siangnya dengan membeli belah sedikit buah tangan untuk keluarga dan kenalannya.
Dia juga teringin untuk memenuhi salah satu golden dreamsnya iaitu menaiki Keretapi Bukit di Bukit Bendera. Dia telah memohon pada pihak hotel untuk extend check out timenya ke jam 6 petang.
Dia telah merangka-rangka dalam kepalanya,
esok dia akan bertolak ke lapangan terbang selepas check out dari hotel
dan menunggu di situ sehing ga waktu berlepas. Nasib baik bendera jepunnya tengah berkibar.
Jadi tidak perlulah dia risau nak mencari tempat solat sebelum menaiki kapal terbang.
Selepas perbualan yang agak mesra buat pertama kalinya
bersama Idzham dalam sejarah hidup Aleya pada malam itu,
tidak ada pula dia terserempak dengan Idzham walaupun mereka tinggal di bawah bumbung hotel yang sama. Lagipun mereka ke Penang dengan agenda masing-masing.
Bukannya nak berkepit berdua, macam pasangan sedang honeymoon.
Namun dalam kesibukan mereka, rupanya Encik Abang Perasan Bagusnya semakin pandai berSMS dengan dia. Bukannya ada perkara penting pun. Sekadar ucapan kosong sahaja,
namun mampu menerbitkan senyuman kecil di bibirnya pabila membaca mesej yang dikirimkan.
'Good morning princess.'
'Wakeup beautiful princess.'
'Having your lunch yet?'
'Dah makan malam?'
'Good nigh &, sweet dream princess.'
Itu sahajalah yang di SMSnya selama dua hari ini.
Membazir kredit betul mamat seorang ni.
Hantar mesej setakat dua tiga patah perkataan je.
Buat kaya Celcom sahaja.
Aleya pula hanya membalas mesej-mesej tersebut pabila dirasakan perlu sahaja.
Memang sahlah Encik Abang Perasan Bagus tu dah 'senget'.
Agaknya sebab duduk lama sangat dengan dia tepi pantai waktu malam hari tu.
Sedang dia mengemas bagasinya, telefon di biliknya berbunyi.
Siapa pula yang telefon ke biliknya ni?
Bukannya ada orang pun yang dikenalinya di hotel ini yang tahu nombor bilik penginapannya.
Dalam keraguannya itu, telefon di sisi katil diangkat juga.
"Hello…Leya? Is that you? Am here." Ya Allah, Idzham rupanya.
Mana dia tahu nombor biliknya?
Dia amat pasti yang dia tak pernah memberitahu nombor biliknya kepada mamat tu.
"Errr…ya, Leya ni. Mana awak tahu nombor bilik saya ni?"
"Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih."
Eh, orang tanya jawapan, dia pergi bagi peribahasa pula.
Mentadak mentadu betul mamat sorang ni.
"Boleh Am jumpa Leya sekejap?
I'll wait for you at the Starbucks in a half hour time.
See you." Talian terus diputuskan.
Eh, Idzham ni, memang sah mentadak mentadu.
Aleya belum bagi persetujuan, dah letak telefon tu.
Macam mana dia nak tolak permintaan Idzham?
Nak telefon balik, sah-sah dia tak tahu nombor bilik Idzham.
'Hei Aleya, kamukan ada nombor telefon bimbitnya.
' Hati Aleya mula berdetik riang. Namun pabila nombor telefon bimbit Idzham didail,
hanya suara makcik angkat Idzham yang kedengaran mengatakan
'Harap maaf, nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.'
Namun setelah berkali mencuba, Aleya mula putus asa.
Saja lah tu, tutup handphone dia. 'Apa susah Aleya, turun sahajalah.
Dia nak ucap selamat jalan agaknya sebelum balik KL.
Kan hari tu Idzham dah beritahu, kerjanya hanya sampai hari Rabu.
Sama dengan hari kursusnya tamat.
' Lalu dia hanya menyalin track bottomnya kepada seluar jeans
dan mengekalkan T-shirt yang sedang dipakainya.
Rambutnya pula hanya di sepit ringkas sebelum turun ke Starbucks yang terletak di ground floor.
Tidak perlu nak melawa. Lagipun nak jumpa Idzham sahaja.
Bukan nak pergi jumpa bakal mak mentua pun.
Sesampai di Starbucks, dia mencari bayangan Idzham.
Dia mampir ke sisi Idzham yang sedang enak melepak menunggunya sambil menyedut minumannya di salah satu kerusi kafe tersebut.
Terus ditanya tujuan Idzham yang begitu beria-ria nak berjumpa dengannya.
"Ha, apa yang penting sangat awak nak jumpa saya?
Tak boleh jumpa dekat KL dah ke sampai tak menyempat-nyempat ni?
Awak ni tak sakit perut ke bantai telan Frappuccino malam buta macam ni?"
"Duduklah dulu Leya. Banyak lagi kerusi kosong dekat kafe ni.
Ambil nafas dulu. Pergi order air dulu ke. Ini tidak, belum tiga saat Leya sampai sini,
terus shoot Am dengan tiga soalan sekaligus."
Tiba-tiba Aleya rasa segan pula bila ditegur dengan kegolojohan dia bertanya.
Lalu ditariknya kerusi di hadapan Idzham untuk duduk.
"Saya tak nak minum."
"Okaylah, jawapan pertama, Am nak jumpa sebab ada hal nak tanya pada Leya.
Untuk soalan kedua, kalau jumpa kat KL, soalan yang nak ditanya ni dah tak relevan.
Lastly, sedap apa minum Java Chip Frappuccino malam-malam macam ni.
Rasa macam supper dengan biskut cicah kopi ais."
"Fine, I'm already here as your request. Now shoot. I'm all ears."
"Kursus Leya dah habiskan? Esok Leya check-out pukul berapa?
"Yup, finish. Dah expert untuk menulis dah.
Tak payah nak minta tolong Professor Idzham Perasan Bagus tolong ajar.
Kalau minta tolong dia, entah ajaran sesat mana dia tunjuk nanti.
My flight to KL scheduled at 2300 hours. Saya dah minta check out at 6p.m.
Lepas check out saya nak terus pergi airport."
"Elehh….tak nak minta tolong ajar konon.
Nanti-nanti adalah yang nak kena piat telinga dia kalau ada dokumen yang tak lengkap.
" Aleya hanya tergelak kecil dengan kata-kata Idzham
. Kalau dulu, pasti dia akan melenting jika mendengar Idzham berkata begitu dan menuduh mamat tu menyindir dia.
"Sebelum checkout esok ada nak pergi mana-mana ke?"
Aleya memandang Idzham dengan pandanga pelik. "Kenapa tanya?"
"Saja-saja suka nak tanya. Hobi."
"Serius sikit boleh tak?" Aleya mula rasa panas hati dengan Idzham.
Jawapan tak pernah straight to the point. Ada sahaja selingannya.
Sebab itulah agaknya banyak kes tertunggak dekat mahkamah.
Dah lawyer asyik jawab corner sana, corner sini.
"Ya lah Am serius kali ni. Am pun dah habis kerja dekat sini.
Jadi Am nak nak pergi beli apa-apa yang patut sebagai buah tangan. Leya ikut Am ya?"
"Tak apalah, saya dah ada rancangan saya sendiri.
Saya nak pergi Pasar Chowrasta. Ingat nak cari buah pala.
Then saya nak pergi Bukit Bendera."
"Leya nak pergi naik apa? Leya bukannya ada kereta pun nak pergi sana-sini. Ikut Am ya?"
"Tak mahulah. Saya boleh naik public transport. Beca dengan teksi kan banyak."
"Untuk pengetahuan cik adik sayang, beca hanya beroperasi dalam bandar.
Bukit Bendera yang Leya nak pergi tu bukannya dalam bandar.
Kalau nak naik teksi pula mahal tau. Penang ni, dah lah jalannya jam.
Teksi driver kat sini pula tak pakai meter. Karang ada pula yang kena tipu.
Ada baiknya ikut Am, I won't charge you for the fuel and services.
It's absolutely free. Attach with free breakfast and lunch.
Kita pi Pasar Choe… Chow… apa entah yang Leya sebut tu, then kita boleh naik Keretapi Bukit dekat Bukit Bendera. What say you? Wasn't it an interesting package dear?
Cuba tanya mana-mana tourist agent.
Mana ada dia orang provides acara melawat Penang yang lengkap sebegini bersama seorang peguam yang hebat dan sedang mencipta nama di persada perundangan."
Idzham tersenyum penuh makna setelah menyampaikan cadangannya.
"Ceh, masuk bakul angkat sendiri. Nak sebut nama Pasar Chowrasta pun tergagap-gagap.
Awak tahu ke jalan nak pergi sana?"
"Kalau Am tak tahu tak apa, peta ada,
signboard ada, boleh tanya orang…
Kalau sesat pun tak apa, kita masih dalam Malaysia. Takkan sampai Uganda punya."
"Nantilah saya fikirkan dulu. Saya naik dululah."
"Nanti…Ada lagi satu perkara."
Aleya yang baru ingin mengangakat punggung, terpaksa duduk semula.
"Apa lagi Idzham? Saya dah mengantuk ni. Esok nak berjalan pula."
"Leya kata tadi kena check out by 6p.m. right? Aleya hanya mengangguk kecil.
"Aleya nak terus ke airport selepas check out dan tunggu kapal terbang datang?
" Aleya hanya mengangguk lagi mengiakan soalan Idzham.
"Leya, airport Penang ni walaupun kategori international airport,
tapi bukannya macam KLIA. Seronok nak duduk melepak.
All the facilities are modern and comfortable. Semuanya cukup serb-serbi sayang.
Tu airport baru, sedaplah menunggu. Tapi airport Penang ni dah berabad.
Macam mana Leya nak makan, nak sembahyang nanti?
Seorang diri menunggu di sana. Kalau jadi apa-apa. Siapa nak jawab?"
"Kat sana, bukannya tak ada kedai jual makanan. Surau pun ada.
Lagipun saya tak kisah sangat kena tunggu lama-lama."
"Macam nilah, lepas checkout, Leya bawak barang-barang Leya ke bilik Am.
Duduk dulu tunggu situ. Dalam pukul 8.30 malam, Am hantar ke airport.
Bukannya jauh pun. About 20 minutes from this hotel."
"Gila apa! Nak suruh saya tumpang bilik awak? Sia-sia sahaja nanti kena kahwin free dengan awak.
Tak mahulah saya." Rasa macam nak cekik je Encik Abang Perasan Bagus depannya ni.
Suka-suka hati dia je, buat rancangan untuk Aleya. Dahlah tak masuk akal.
"Am faham apa yang Leya fikirkan. Am bukannya nak suruh kita duduk dalam satu bilik.
After check out, you put all your belongings in my room and you can go anywhere you wish to go.
Hotel ni pun banyak facilities yang boleh digunakan sementara menunggu masa.
Bila jam dah 8.30 malam kita gerak ke airport.
Ataupun Leya boleh duduk menanti waktu dalam bilik Am, and I'll go somewhere."
"Tengoklah esok macam mana.
" Setelah beberapa ketika mendiamkan diri,
Aleya terus bangun dan berjalan keluar dari kafe Starbucks tersebut.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Esoknya, seawal jam 7 lebih Aleya telah bertolak keluar dari hotel tersebut untuk misi yang telah dirancang. Sengaja dia keluar awal untuk mengelakkan terserempak dengan Idzham.
Dia malas nak mengikut rancangan Idzham.
Rasa tidak selesa pula kalau nak berdua-duan dengan Idzham merayau sekitar Penang ni.
Dia telah meminta bahagian concierge hotel untuk mendapatkan teksi buatnya.
Tak kisahlah nak kena bayar mahal sekalipun. Bukannya Aleya pakai duit Idzham pun.
Menyibuk je mamat tu.
Destinasi pertamanya pagi itu ialah Penang Botanical Gardens.
Pada mulanya dia hendak ke Bukit Bendera untuk menaiki Keretapi Bukit memandangkan masih terlalu awal pagi untuk dia pergi membeli-belah.
Tetapi pemandu teksi yang dinaikinya tidak mahu menurunkannya di kaki bukit bendera,
sebaliknya telah menurunkan dia di Taman Botanik itu sahaja.
Katanya dia hanya perlu berjalan sedikit sahaja untuk sampai ke Bukit Bendera menggunakan laluan yang disediakan. 'Hampeh' punya pemandu teksi, menyesal dia tak dengar cakap Idzham semalam.
Maka disitulah dia tersadai.
Tiada apa yang menarik kecuali sekumpulan monyet yang berkeliaran di laluan masuk ke taman tersebut. Dapat dilihat juga ada diantara pengunjung di situ yang memberi makanan kepada monyet-monyet tersebut. Aleya terus melangkah melewati sekumpulan monyet tersebut.
Dia tidak berminat untuk beramah mesra memberi makan kepada monyet-monyet di situ. Lagipun monyetlah diantara haiwan yang dia tidak begitu gemar sejak kecil lagi.
Dalam kelekaannya menikmati pemandangan di situ baru dia perasan bahawasanya ada sekumpulan monyet yang asyik mengikut dia sejak dari pintu masuk tadi.
Aleya mula rasa cuak pabila menyedari situasi yang dialaminya.
'Ishhh…binatang ni kenapa pula mengekor dia.
Bukannya dia ada bawak makanan pun untuk diberi pada monyet-monyet tersebut.
Nak cakap dia pakai warna baju yang monyet allergic tak ada pula.
Setahu dia monyet mana ada anti dengan warna apa-apa.
Sepengatahuan dia, lembu dengan angsa je haiwan yang tak suka warna tertentu.
Itupun warna merah, tapi baju yang dipakainya itu bewarna kuning.'
Dalam kalutnya dia berjalan untuk cuba menjauhi sekumpulan monyet tadi, tiba-tiba dia dapat rasakan ada seseorang yang berjalan rapat dengannya dan terus memeluk pinggangnya.
'Siapa pula ni yang peluk pinggangnya? Takkanlah bapak monyet kot?'
"Jalanlah cepat, jangan pandang kiri kanan."
Suara Idzham! Dia hanya menurut arahan Idzham dan membiarkan pinggangnya dipeluk mamat tu.
Tapi malunya, hanya Allah yang tahu. Mana pernah ada lelaki yang memeluk dia selain ahli keluarganya. Setelah berberapa langkah mereka beriringan,
akhirnya kumpulan monyet tadi tidak kelihatan mengekori dia lagi.
"Dahlah tu, lepaslah pinggang saya ni!" Aleya mula memberontak meminta Idzham melepaskan pelukannya.
Akhirnya Idzham melepaskan pelukannya pada Aleya.
"Sedap-sedap je peluk anak dara orang. Mana belajar ni ha?"
Aleya melepaskan amarahnya untuk mengcover rasa malu kerana dipeluk Idzham tadi.
Idzham merenung tajam pada dia.
"Siapa suruh Leya gerak dulu tadi? Malam tadi Am dah pesankan,
kita pergi sama-sama. I've told you earlier that I'll drive you wherever you want to go."
"Saya tak ada kata setuju pun semalam. Saya dah besar, tahulah saya macam mana nak pergi. Bukannya saya claim duit teksi dari awak pun."
"Oh yeah, dah besar? Tadi yang kena kejar dengan beruk-beruk jantan tadi, apa kes?
Leya tahu tak, beruk jantan tu bukan setakat berselera tengok makanan je?
Binatang tu pun tahu menggatal tau. Beruk-beruk tu memang suka tengok perempuan cantik.
Komposisi DNA beruk hampir sama dengan manusia lebih 95%. Faham?
Tak mustahil dia terangsang tengok perempuan pagi-pagi begini." Idzham yang geram dengan Aleya mula berceramah. Banyak sangat bantahannya.
Bila kena kejar dengan kumpulan beruk jantan tadi tahu pula takut.
Aleya yang rasa dimarah Idzham mula terkulat-kulat.
Rasa macam nak menangis pula dimarah pagi-pagi begitu.
Nasib baik tak ada orang di sekitar mereka. Kalau di dengar orang,
mana Aleya nak letak muka dia. Ada pula yang cap pergaduhan laki-bini pada mereka.
Idzham yang melihat muka Aleya mula tercebik macam nak menangis mula rasa bersalah pula kerana memarahi Aleya sebegitu.
"Sudahlah tu, Am minta maaf. Am cuma geram.
Pagi tadi Am cari Leya di hotel, mereka beritahu Leya dah keluar.
Nasib masa Am lalu depan pintu botanic garden tadi Am nampak Leya turun dari teksi.
Am terfikir juga, tak kan lah awal pagi begini lagi Aleya nak shopping terus.
Lagipun Am memang tahu, kat sini beruk-beruk jantannya gatal sikit. Am risaukan Leya je."
"Terima kasih sebab tolong saya tadi.
" Aleya mula berterima kasih pada Idzham setelah menyedari niat sebenar pemuda itu tadi.
"Tak ada apa-apa yang nak diterima kasih pun. I'm sorry sebab peluk Leya tiba-tiba tadi dan marah Leya tak pasal-pasal.
So, boleh Am teman Leya hari ni?"
"Emmm…okaylah. Saya nak pergi naik Keretapi Bukit tu. dah. Awak ikut saya sekali ya?
Saya takut beruk-beruk tu patah balik kejar saya pula.
Lepas tu, awak teman saya pergi Pasar Chowrasta untuk borong buah pala banyak-banyak ya?
" Aleya cuba berkompromi dengan Idzham. Bila Idzham bertanya dengan lembut padanya pagi ini meminta izin untuk menemaninya, barulah Aleya rasa senang hati.
Ini tidak, malam tadi suka-suka hati dia je paksa Aleya ikut dia.
Manalah dia nak setuju. Sebenarnya bagus juga ada teman mengikut.
Tak adalah dia rasa tercangak-cangak nak kesana-sini.
Bolehlah Idzham jadi bodyguard Aleya.
Idzham hanya tersenyum tanda bersetuju bila dilihat Aleya mula berlembut dengannya.
Ternyata harinya menjadi sungguh seronok selepas itu bertemankan Idzham melawat sekitar kawasan Bukit Bendera tersebut. Mereka menaiki Keretapi Bukit bersama.
Menikmati suasana nyaman di atas kawasan perbukitan tersebut.
Rasa romantik pula bila berdua. Tambah-tambah lagi pabila mereka mengambil gambar berdua di puncak bukit. Idzham pula ada sahaja humornya yang membuatkan Aleya tertawa.
Tak pernah dia sangka yang Idzham ni pandai berjenaka.
Kemudian mereka bertolak ke Pasar Chowrasta yang Aleya nak sangat pergi.
Banyak juga Aleya borong buah pala dan dia juga berjaya dapatkan buku Shakespeare di situ.
Bershopping mengalahkan orang mengandung sulung. Bila ditanya Idzham mengapa Aleya nak sangat pergi Pasar Chowrasta tu, sedangkan dekat Penang ni, merata orang jual buah pala.
Aleya hanya menjawab yang papanya yang recommend dia kesana kerana dekat situ lebih banyak pilihan.
Selepas itu perjalanan mereka diteruskan melawat tempat menarik di sekitar kawasan yang berdekatan sebelum Idzham membawa Aleya untuk makan di Restoran Pulau Pinang Kayu Nasi Kandar yang terkenal di Penang. Sebenarnya dekat Kuala Lumpur pun berlambak restoran ni.
Subang Jaya, Danau Kota, Shah Alam, Mutiara Damansara semua ada.
Tapi Idzham yang mengada-ngada nak makan di sini. Katanya makan dekat Penang lagi umphh! Sekitar jam tiga petang mereka sampai ke hotel semula.
Aleya telah bersetuju dengan cadangan Idzham supaya dia meninggalkan barang-barangnya di bilik Idzham sebelum Idzham menghantarnya ke airport pada sebelah malam.
Oleh kerana dia merasa kepenatan berjalan tadi, dia meminta kebenaran Idzham untuk dia tinggal di bilik Idzham untuk tidur sekejap bagi menghilangkan mengantuknya.
Idzham bersetuju dan katanya dia pun sememangnya bercadang nak keluar untuk berjumpa rakannya di GeorgeTown dan berjanji untuk balik menghantar Aleya ke airport.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Pabila Aleya bangun dari tidurnya, jam menunjukkan hampir angka 7 malam. Idzham ada menghantar mesej pada handphonenya menyuruh dia bersiap dan menyatakan dia akan datang sekitar jam lapan untuk mengambil Aleya. Aleya segera mandi dan bersiap untuk pulang. Setelah bersiap, dilihat jamnya masih ada masa hampir sejam sebelum Idzham datang semula.
Dia melihat sekitar bilik penginapan Idzham. Kelihatan kemas sekali. Segala pakaiannya elok tergantung. Barang-barangnya juga disusun dengan teratur. Hmmm…Encik Abang Perasan Bagusnya ni memang jenis pembersih rasanya melihat gaya kekemasan bilik penginapannnya. Setahu dia kebanyakan lelaki bukan kisah kalau dah namanya duduk hotel. Baju dicampak sesuka hati, dengan toiletries yang berterabur lagi. Harapkan house keeping je lah yang mengemasnya.
Aleya melihat pada Writing Desk di bilik tersebut ada komputer riba Sony Viao. Setahu Aleya, hotel ni ada menyediakan Broadband High Speed Internet. Jadi bolehlah dia menggunakan komputer tersebut melayari Internet sementara menunggu Idzham tiba. Dia mendekati Writing Desk tersebut dan menghidupkan sistem komputer riba itu.
Pabila komputer tersebut terpasang, dia dapat melihat wallpaper desktopnya adalah foto sebuah rumah kampung yang sungguh cantik, ada seorang wanita yang tidak berapa jelas rupanya sedang duduk di bawah pangkin. 'Agaknya ini rumah Idzham di kampung dan wanita tersebut adalah uminya,' gumam hati Aleya. Bestnya rasa kalau dapat rumah kampung sebegitu. Aleya tak pernah merasa duduk kampung sebegitu. Arwah datuk dan neneknya dulu bukannya menetap di rumah kampung. Mereka duduk di kawasan rumah teres di Johor Baharu.
Aleya menggerakkan tetikus untuk membuka Internet Explorer. Sementara menunggu website pilihannya terpapar sepenuhnya, Aleya menggerakkan tetikus untuk membuka fail My Document. Dia nak tengok apa yang disimpan Idzham dalam komputernya. Apa yang dilihatnya dalam fail tersebut ada banyak sub folder yang kemungkinan berkaitan kerja-kerja Idzham. Ada fail syarikatnya, 'affidavit', 'prescibe_form', 'My Music', 'extract-form', 'info', dan 'bla…' 'bla…' Tiba-tiba matanya tertarik pada satu sub folder bertajuk 'My_Princess'.
'Eh, fail apa ni? Macam menarik sahaja.' Entah mengapa Aleya benar-benar berdebar melihat tajuk sub folder tersebut. Rasanya tak baik dia melihat rahsia peribadi Idzham. Tapi hatinya benar-benar berminat untuk melihat isi di dalamnya. Lalu ditekannya tetikus pada sub folder tersebut untuk melihat isi di dalamnya.
Alangkah terkejutnya Aleya pabila melihat isi didalamnya…