MENYINTAIMU

roses and butterfly photo: Butterfly Roses ButterflyRoses.gif

Thursday, 31 December 2009

~tAhUn bArU 2010 ~

Salam...
kesedihan,kegembiraan dan keterharuan
untuk meninggalkan tahun 2009.
sEmOgA hari-hari mendatang menceriaankan kehidupan kita smua.
AMIN.







Tuesday, 24 November 2009

~KeHuRu-HaRaAn DaLaM KeHiDuPaN aKu..huhuhu~



Assalammualaikum...




tup..tap..tup tap..


pejam..celik..pejam celik..


dah nak abis bulan November dah kan..


cepatnya masa berlalu..




persahabatan..


dah lama xjengok geng KedahOnLine...KOL.,


apa la crita2 yang jadi isu hangat la nie..


rasa cam katak bawah tempurung la pulak.


pepun...korang tetap dalam hati sEpAt_rOnGgEnG






persaudaraan...




Pemergian aruah Pak Ngah diganti dengan kehadiran orang baru iaitu cucu menakan.


Mak sekarang dirumah Kak Shun kat Pendang.Alhamdulillah..tapi aku takut nak talifon


Abang Sulung.Ye la..dia kan tak suka aku bawa mak tinggal dengan Kak Shun.Tapi aku sedikit pun tak terasa andai abang Man marah padaku.




Bagi aku abang sulung aku tu EGO ..dia takut dengan percakapan orang sekeliling kalau tak dapat jaga mak.Sedangkan dia banyak tanggungjawab lain lagi.Mana nak handle anak sulungnya yang sakit dan musim menanam padi sekarang.Aku takut mak nanti sarapan pulul sebelas makan tengahari pukul empat petang.HUHUUuuu..biarlah ...apa yang aku buat nie semata-mata nak ringankan tanggungjawabnya sahaja.Apa guna adikbadik kalau tak saling tolong menolang.Moga-moga abang akan sedar juga niat adiknya yang 'jahat' nie.InsyaAllah.




Untuk Kak Kiah pula..tahniah dengan kehadiran cucu lelaki.Waris kuat anak lelakinya.


Berdosakah aku pada kak kiah kerana ingkar dengan janjiku untuk tidak membawa mak tinggal dengan kak Shun?Rasanya apa yang aku buat itu dah betul.InsyaAllah raya nanti aku nak p rumah dia minta maaf.Aku ada alasan kukuh kenapa aku boleh tinggal mak dengan Kak Shun.Dulu Kak Kiah kata suami kak Shun jaga mak kerana nak harta.Sekarang mereka tak boleh kata lagi sebab aku dah bagi semua harta peninggalan aruah bapa iaitu bendang untuk mereka.Aku bukan nak pisahkan adikbadik tapi dosa kerana abaikan emak nanti semua anak-anak akan tanggung.Beratnya dosa jika setitis air mata ibu menitis kan..kan.




Baik ka aku nie?


aku rasa aku berhak untuk bersuara kerana dah lebih setahun aku lihat macam-macam ragam anak-anak mak yang lain jaga.




Kak Kiah..


dia pun sibuk juga nak jaga cucunya.Aisyah ustazah kat Maktab Mahmud so ari jumaat n sabtu ja cuti.Dan 2 hari tersebut ja Kak Kiah bertandang dan jaga mak.erm...kak kiah lupa agaknya nasihat mak masa kami kecik2 dulu.Anak perempuan kena beratkan sebelah keluarga suami.




Abang Man..


Anak Mak yang sulung.Bertanggungjawab.Tapi sayang dapat bini yang akak 'kemalasan'.


-Nak kena jaga anak kat Hospital


-mandi mak dan makan mak...(dlm koi 8pg-mandi mak dlm koi 2ptg-mkn tghari mak-2.3-3ptg)


-malam p jaga anak kat Hospital..mak tinggal sorang-sorang kat umah.




bab kak ipar malaih campur.nak marah pun bukan budak-budak.kalau kencing mak pun dia mai amik paper pedap saja pastuh tinggal abang balik keja baru buang dan mop lantai.Apa lagi aku cakapkan.erm...sian kat mak.tapi demi maruah abang aku tetap tinggalkan mak dlm jagaannya selama 4 bulan.Mak yang sebelum nie dalam jagaan kak Shun berisi tinggal kulit ngan tulang.Huhuhu..berdosanya aku yang hanya membisu kerana tak mahu huru-harakan hubungan kekeluargaan.






Kasihan kat abang kan.Punya tak mahu orang kata dia lepas tanggungjawab jaga mak sebab anak sulung dia paksakan diri pikul tanggungjawab tu sorang-sorang.




Abang Lie + Pak Su dan Aku,


Erm..aku ,abang Lie dan Pak Su..adalah anak mak yang bekerja.Abg Lie dan Pak Su kat Kelantan.Mak tak mahu duduk jauh dari rumah dia.Kami bertiga saja yang sering pendam perasaan bila isu penjagaan mak.Kerana tak mahu biadap dengan kakak dan abang, kami turut tanggung dosa kerana pengabaian dlm membalas jasa mak.






Kak Shun,


dengan 9 orang anak dan tanpa bekerja.Dia selalu menangis minta aku bawakan mak ke rumahnya.Dia selalu ingatkan aku tentang dosa bila mak menitiskan air mata.Huhuhuu..


tak mengapalah kak..nanti satu hari aku akan bawa mak juga ke rumahmu.




Abang It,


Suami kak Shun,menantu yang susah nak dicari kerana dia tahu menghargai kasih sayang.Abang Man dan Kak Kiah selalu menuduh abg it sebagai perampas harta keluarga kerana abang It dapat kerjakan sawah bendang aruah bapa.(sedangkan mereka pun sama juga,buat bendang aruah bapa juga..dimana silapnya nie.)Abang It dah kecik hati dia dah tak kejakan sawah aruah lagi sekarang.




Dari aruah bapa sampai mak dia amik berat.Dia selalu marahkan aku kerana biarkan mak dalam jagaan abg Man.Aku serba salah.Tunggulah.Biarkan anak-anak mak yang lain jaga mak baru aku buat keputusan.




Sekarang...




Aku dah mula bersuara.Mak aku hantar ke rumah abg It.


Aku ,abang Lie dan Pak SU..senang hati kerana mak tidak kesunyiaan lagi.Alhamdulillah.


Raya Haji nie,aku akan pergi ke rumah kak kiah dan abg man.Aku akan terangkan,sekarang abang dan akak dah tak perlu risau kerana harta aruah bapa tak tersentuh pun oleh abg It.Cuma abang It nak minta mak sahaja bukan harta.aku harap aku dapat kembalikan suasana gembira macam dahulu.




Ya Allah.berikanlah aku kekuatan.AMIN.


Saturday, 14 November 2009

PUISI; Cinta Usang (kiriman e mail)


Ku tinggalkan sepi
Di pengkalan senja
Membina jambatan kasih
Dari kayu-kayu yang setia
Ku sandarkan dinding harapan
Dari pelepah merak
Di kamar ini
Terselimut sutera lembut
Membaluti harapan kita
Ku bentang tilam mimpi
Dari kelopak mawar rindu
Biarkan nyayian malam
Mengiringi fajar pagi
Menyingkap cahaya mentari
Esok kasih kita terlena
Membeku bagai salju
Bersama pusara rindu
Terkubur di lahad jiwa
Nukilan rasa.
Shania 13 November 2009
I loooove you Pictures, Images and Photos

Setia Seorang Lelaki


Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30am seorang lelaki berusia 70-an
datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu-jarinya. Aku menyiapkan peralatan
dan memintanya menunggu, sebab semua dokter masih sibuk, mungkin dia baru
dapat dirawat setidaknya 1 jam lagi.Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah, sebentar-sebentar melihat ke jam
tangannya. Aku merasa kasihan. Jadi ketika sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa
lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang
balutan baru. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, sehingga atas persetujuan dokter,
aku putuskan untuk melakukannya sendiri..Sambil merawat lukanya, aku bertanya apakah dia punya janji lain hingga tampak
terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak, dia hendak ke satu tempat untuk makan
tengahari bersama istrinya, seperti yang dilakukannya sehari-hari. Dia menceritakan
bahwa istrinya sudah dirawat di sana sejak beberapa waktu dan istrinya mengidap
penyakit Alzheimer.Lalu kutanya apakah istrinya akan marah kalau dia datang terlambat. Dia menjawab
bahwa istrinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir. Aku sangat
terkejut dan berkata, ?Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun istri pakcik
tidak kenal lagi?? Dia tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata, ?
Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia, kan?Aku terus menahan air mata sampai pakcik itu pergi, aku kagum. Cinta kasih seperti
itulah yang aku mau dalam hidupku?Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima
apa adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang
tidak akan pernah terjadi.Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting: Orang yang paling
berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya
berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.
Hidup ini bukanlah hanya menghadapi badai,
tapi bagaimana tetap menari di tengah hujan.?
p/s
buat suamiku...


smileys loving Pictures, Images and Photos

~Aku Mengejar Bayang~

thinking smiley Pictures, Images and Photos

Ketika melihat gambar kenangan
terimbas kenangan semalam
ketika berjuang meletakkan diri
sama taraf dan kedudukan bersama para pejuang
yang aku belum kecapi.

Bayaran kepada perjuangan ini
tidak tertebus dengan panggilan suara
memanggil dalam minit-minit waktu
bayaran wang belum tertunai
aku asyik mengejar bayang.


Aku lemas dalam tipu daya nafsu
mencari pemuas yang belum tentu
yang dipagari bahan-bahan teknologi
menyelongkar lubuk hati yang haus.

Masihkah ada ubatnya
tubuh ini sudah gersang
mencari cahaya dan kemanisan
jauh menusuk nafas keinsafan
di sebalik diri yang menunduk mencari cahaya.


Terdampar di wilayah asing
diranduk rasa rindu
ditegah oleh kuasa pemutus
terpaksa mematuhi surat pekeliling
itulah bayang yang dipaksa dihadapi.


Suatu ketika itu
hati ini mahu mencabar kuasa itu
akan tetapi hanya hati yang keras
memaksa diri melakukan itu dan ini
duduklah diri mengejar bayang yang belum pasti.

mendalam sungguh cacatan ini...
apa agaknya yang terpendam dihati penulis ini..
(kiriman ini dari forwarding e mail yang saya dpt)

thinking Pictures, Images and Photos

Friday, 16 October 2009

~Kehilangan dalam dairi hidupku~

ASSALAMMUALAIKUM
Sad Pictures, Images and Photos
ARINI..AKU BENAR-BENAR DALAM KESEDIHAN..
~Pak Ngah ~
ZAKARIA MOHD AMIN-meninggal dunia hari ini.
dialah satu-satunya adik kandung mak.
Namun aku bersyukur kerana sempat paksa abang It bawa mak menjengok Pak Ngah semalam.
Walaupun ada sedikit pergaduhan dengan abang sulung kerana dia tak nak abg It mai amik mak kat Kuala Kedah.
Aku heran kerana abang It yang hanya sebagai menantu yang mereka anggap "tak guna dan nak kikis harta tu " adalah orang yang selalu ambik berat tentang keluarga yang dalam kesusahan.
Selama ini aku hanya biarkan mereka berebut2 bergaduh kerana harta.Biarlah.
Tapi sampai konkong mak ..kununnya boleh jaga dengan baik.(tapi malam-malam mak tidur sorang-sorang -kalau mak sihat macam dulu tak mengapalah ,ini mak dah lumpuh sebelah badan)
Aku bagitau yang pak ngah dah tenat dan suruh bawa mai jengok pun bagi alasan tak munasabah..nak meracun rumput la nak tabur baja la.
Astaqfirullahalazim.
Doa aku semalam termakbul juga.aku paksa abang it p amik mak ,kalau abg sulungku marah bagitau saja aku yang suruh ambil.Dan semalam mak tak nak mai umah aku di Penang tak mengapalah..mungkin mak tak nak susahkan anak mak yang menumpang mentua.
Tapi aku suruh abg It bawa balik rumah dia.Apa-apa kemarahan dari abg sulung biaq aku yang bertanggungjawab.Aku tak boleh biarkan mak dengan mereka.Dah aku bagi peluang untuk depa berjasa menjaga mak,rasanya tak sempurna seperti mana yang kak Shun & abang It jaga.
Sampai makan pagi mak pun pukul 10pagi.mandi 2petang.malam mak tdo sorang-sorang.
Bukannya aku nak kutuk dikbadik sendiri..tapi itulah hakikat.meludah kelangit aku juga terpalit tapi terpalit pun aku berbaloi kalau mak duduk dengan kakak ke-2 aku tu.sempurna makan & minum serta kasih sayang .Mak dikelilingi cucu 8orang.
Biarlah kalau kakak sulung ngan abg sulung nak marah kat aku.
Yang penting sudah sampai giliran kami nak balas jasa mak.
Tangisan & Ketawa Pictures, Images and Photos
Sekurang-kurangnya aku dan adik beradik yang lain tak berasa bersalah kerana mak memang nak jengok Pak Ngah yang dah dekat dua minggu dalam ICU di Hospital Seberang Jaya.
Walaupun mak cuma tatap wajah Pak Ngah.
Namun dari ucapannya semalam dia Redha adiknya tu pergi dulu sebelumnya.
Mungkin secara kebetulan,selepas mak ziarah ,
doktor sahkan yang Pak Ngah dalam keadaan tenat.
Dan sebagai orang Islam,
kami adik beradik redha dan bantuan oksigen dihentikan petang tadi (27/10/09)
Jenazah akan dikebumikan esok pagi pukul 11.
Al-Fatihah
Ya ALLAH !
Ampunilah dosa Pak Ngah !
Serta tempatkanlah dia bersama dengan golongan orang-orang yang beriman.
Amin





Thursday, 17 September 2009

~KaBaBoMMMmmm...nak raya dah...~

Salam...

erm..tahun nie rasa sat saja berpuasa..
woho..esok aku cuti..sampai la...27hb...tudia..sakan sungguh beraya...

Sempena Hari Yang Mulia ini..aku...
nak luahkan sikit rahsia nape aku amik cuti dah esok..


dah dekat nak raya dah kan..
minggu nie minggu terakhir bulan Ramadhan
InsyaAllah…

ari ahad 20hb umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri
entah kenapa tahun ini…
hati ini..tidak segembira seperti insan-insan yang lain
mungkin kat tempat kerja kawan-kawan stay lihat aku tersenyum dan gembira..
sebenarnya aku bukan saja menipu diriku tapi juga kawan-kawanku sendiri
berdosakah aku…
teringat kembali nasihat ibu padaku..
" ketawa itu pengubat duka.."
betuikah ibu? Adakah teman-teman di tempat kerja dapat mengubat sedih dihatiku?
ketahuilah setiap senyuman dan gelak tawaku seperti sembilu yang merobek2 hatiku..wahai teman-teman..
namun aku tidak sesekali meluahkan pada kalian…kerana aku tahu adat berkawan ..
aku tidak sanggup senyuman kalian juga akan hilang…
dan aku paling takut andai persahabatan antara kita atas dasar simpati…oh…
aku seperti dahulu…menyimpan setiap luka dihati…dan kuluahkan dalam dairi ..
maafkan aku teman..
aku sebenarnya belum bersedia berkongsi cerita duka dihatiku ini..
demi persahabatan antara kita..

aku rela tersenyum dalam derita…
dan aku doakan moga persahabatan antara kita ,

akan berkekalan tanpa tercela dgn belas kasihan.

pepun..

aku doakan kalian tidak ditimpa musibah seperti aku..


aku suka tengok korang bahagia..

sekurang-kurangnya aku tumpang ceria

dan kerana itu aku semakin tak sanggup..

untuk bermaafan pada ari terakhir kita kerana...

aku sudah pasti air mata ini pasti akan menitis...

bukan..bukan kerana dosa...


tapi aku sedih kerana aku akan tinggalkan..

rasa bhagia bersama kalian..dalam tempoh yang lama

cuti lama woo..jadi aku ..


akan dibayangi dengan masalah keluarga kandungku..

berantakan sesama adik beradik..di hari Mulia...

erm...


pada kengkawan yang nak balik kampung..

servis keta tu..kalau balik ngan bas..

dah bli tiket ka?

erm..kalau dah abiss.....




selamat hari raya Pictures, Images and Photos




Opss...dah..dah...

aku dah sanggup nak teruskan curahan hati ini...

kalian adalah kawan dunia dan akhirat aku..

Gurindam memujuk jiwaku sendiri...




hatiku..
berhentilah dari menyesali dan merintih
jangan kau menyalahkan dirimu sendiri..
atas apa yang terjadi..
hatiku..
aku bangga ada hati sepertimu..
ikhlas dalam persaudaraan dan persahabatan..
kau juga ikhlas menyayangi insan yang bernama suami
hatiku..
sudah terlalu banyak yang pernah menyakiti dirimu
namun sifat pemaaf dalam dirimu buat kau tabah menghadapi setiap sembilu..
yang tega menyiksa dan merobek jiwamu
hatiku..ku berdoa untukmu
Ya Allah ! Kau berikanlah sedikit ketenangan pada hatiku
dia terlalu banyak berkorban dalam perjalanan hidupnya dari remaja hingga kini..
tak terhitung jasanya pada keluarga dan rumahtangga..
seandainya dapat dilihat rupa hatiku..
pasti akan tersentuh jiwa..akan mengalirkah air mata..??
apakan daya…hatiku hatiku jua..
menyimpan setiap luka sengsara dan sentiasa ikhlas menerima dan bersyukur dengan dugaanmu Ya Allah !
kerana…
hatiku sentiasa berkata..
kerana setiap ujian mengukuhkan keimanan dijiwa.
kerana dugaan jiwaku dekat dengan Yang Maha Kuasa
kerana itu juga…aku setabah hari ini..
menempuh hari2 mendatang dengan penuh kesyukuran..
Oh hatiku…
maafkanla andai aku tidak berupaya membelamu..
namun apa yang kau alami …aku juga terasa ..kerana kau hatiku yang hakiki…
Alhamdulillah pada yang Maha Kuasa
kerana memberiku hati yang suci..
hati yang penuh dengan kata-kata positif…
dan juga aku bersyukur pada-Mu
kerana memberiku dugaan yang mematangkan fikiran…
semoa hidupku ini penuh ketenangan walaupun aku kesedihan…


ececeyy...

luahkan perasaan la pulak..

erm..nak kembalikan keceriaan..

aku selalu imbau nostalgia masa kecik-kecik dulu..

main meriam buluh, belah kayu api,goreng nyiok kukuq buat kerisik

dan paling best sekali..

ligan ayam nak semelih..

petang raya memang dah ligan dah sebab nak kurung dan semelih pagi raya.




broken hearts Pictures, Images and Photos


nak kembali ke alam nyata..

buat smua umat Islam dan pem'bloger yang tersinggah kat blogs aku nie..


SeLaMaT HaRi RaYa !! yak yak yeyyyyyyy...


ikhlas dari aku dan keluarga tercinta...



Tuesday, 8 September 2009



Salam..


arini dalam kesibukkan yang melampau2..aku relax jap layan e mail yang makin membuak dalam inbox..adess...nak kena delete dah byk sangat.huhuhuhu...


ada satu yang menarik minat aku tentang title satu e mail nie..Hang Tuah.


aku buka ada video klip gambaq Hang Tuah ada kaler lagik...erm..xpaham sebab xleh dengaq perbualan depa.Erm...apa yang menarik sgt nie..pasal Hang Tuah?? Tak bley jadi nie..





Pc aku lak xleh dengaq...earphone lak tinggal dalam locker. ntah cemana tergerak ati ja g kat pc membe soh dia 'play' kan video klip tu.





hahahhaa...adess...ops gelak sampai terlupa arini posa...haduiiiiiila...lawak sungguh..


pada korang layan je la...senang sniri nilaikan lawak ke xlawak.




Even they find you funny Pictures, Images and Photos



http://i82.photobucket.com/player.swf?file=http://vid82.photobucket.com/albums/j259/sepat_ronggeng/hangtuahfailspm.flv

Sunday, 6 September 2009

~Upload pict ke-4 ~

SALAM...UPLOAD GAMBAQ LAGI..
NI PICT MASA KAMI P TEAMBUILDING KAT RASA SAYANG RESORT
BEST SANGAT.
TEAM DARI SINGAPORE, SAN JOSE , INDIA & JAPAN JOINT SEKALI...
APA YANG BEST SEMANGAT "TEAMWORK", BERAMAH MESRA DAN MASA TU XDA ISTILAH BOSS NGAN ORG BAWAH.
DISINI JUGA KAMI DAPAT BELAJAR MENJADI 1 TEAM YANG PENUH DENGAN SEMANGAT DAN KEAZAMAN DALAM MEMBINA 1 DEPARTMENT YANG SELALU DI'ANAK TIRI'KAN OLEH DPRT LAIN...HUHUHU..
Apa yang paling aku suka...dalam team nie ..aku dan zainab saja orang Melayu.
korang tengok la seniri pict yang aku attachkan nie..
rasa kemesraan dan persahabatan dalam team kami..

~ pict kat depan lobby, bersiap sedia nak p Otel Rasa Sayang~


~Sepatah dua ucapan dari Paul (bigboss-San Jose)~
makan tengahari kat Rasa Sayang.
(ntah kamera sapa ntahla ..
dah amik pict menu ngan pict makanan yang dihidangkan..kui..kui..kui..)



Games Pictures, Images and Photos

~ masa yang di tunggu-tunggu...abis makan possing dulu..
sambil tunggu yang lain2 g salin baju nak main games!~
~sebaik la main games tepi pantai bawah pokok...huhuhu...~
~ceramah dari bigboss Penang-Teoh Tian Jee..~
"ko nape Bee Hoon..orang lain xpakai topi ko lebih2 pulak.."
"aku dan Paul jadi 'org buta'...ahahhaa.."
aku pegang timba dan Paul raba cari bola golf
~sebelah kiri tu Ishikawa-Japan dan kanan tu Tina..Asst.Mgr-Penang "

~ni pulak main baling belon berisi ayaq~
nasib kalau terpecah maka terbasah la..
yang best tu..lepas abis main games...
main baling2 belon tu lak..
attack !!! semua bertempiaran lari..
macam zaman aku budak2 main tuju kasut..
fuhh penat tapi siok...
dah abis main baling belon ..
main baling teloq pulak..haduiii..
gempaq sungguh...
dan penghabisan ...pakat2 lawan attach !!
paling best tu..TJ meh calit2 teloq yang terpecah tu kat haku..
aku apa lagi..dapat je teloq aku attach dia pulak..
haha..time ni la nak kenakan boss pun..~
ni pict Lebbai _Mgr dari India
nama dia Lebbai Naina Mohamed..
skan juga pak Lebbai nie..dia angkat setimba teloq attack org..
woho...mmg happening la aritu..

GAMES last..fuhh..

seronok tapi aku mmg sakit la lepas games nie..

sakit belakang..woo..

ceramah lagi...

hadui la TJ..dah ler tu..

wooo..pengumuman..ada dinner la pulak malam tu...

vavava...makan2 lagi...best2..ilang rasa sakit2 tu

Ni lepas dah salin baju..

pakai baju dinner...woho..

bab paling suka..possing ...

acara yang ditunggu2..dinner buffet...

kat Rasa Sayang Otel...yummy2..

dah la kot...ada keja la pulak..hui..hui..hui..

~up-load pict ke-3 ~

FlowersRosesPinkLine Pictures, Images and Photos




Salam bulan Ramadhan buat semua..,

upload dulu pict bowling tournament la...

ni group kami.. "slamber.com"
-Rimie
-Aisyamoori
-aku
-Zainab
-Amirah
-ida (Rebel)



ni pulak bergambar dengan geng Eng BUMP

_Chu Kun

_Su Ping

_Ling MH ( Material Eng)

-Tina

-K.T.Teoh &

-Bee Fung (my boss)

yang udak pompuan tecik tu kira adik aku la tu...(anak boss)







Rasanya aku semakin sibuk bulan posa nie.
Mana nak jait manik lagi..mana nak pk pasai baju raya ..woho...
tu xcampo lagi ngan xtvt kat
tempat keja lagila xdan..lagi kalut ,
rasanya dengan pengambilan EO baru dalam BUMP dapatla..
aku dan Zainab relax skit..'kot la'...

awat tataw asal sebut ja owang baru nak joint jd partner kami
dada aku dok dak dok dak...Minta2 la yg ter'joint' leh 1 kepala ngan aku dan zainab.
kalau jenih berkira susahla..erm..

dah 13tahun aku keja kilang nie..
naper tataw aku rasa tertekan dan rasa dah xsronok nak bekerja
nak kata pasal keja banyak...dulu lagila banyak
(tapi xla terasa sgt sbb masa tu aku MS1 so xpandai dok ber'chatting & ber'blogger' ..ngeh3)


yang boleh aku terasa sangat tu...
rasa macam di'anak tirikan oleh Philips Penang..bukan apa..
bila ja kami (aku dan Zainab) nak guna equipment ..depa skitnya berkira..
mentang2 la deptment kami under Singapore so philips Penang leh wat de'k ja...


aduii..tensen..smiley Pictures, Images and Photos
mana x tensennya ..bila dah booking machine dan tgh syok dok test depa soh brenti sbb philips penang nak guna...woho...kemana ilangnya teamwork aku tataw la..


tapi aku stay leh bersabar ( ha la leh la brehat jap..hik3)
yang xleh sabar tu Eng asik dok tnya dah abis blum...memangla depa paham..
tapi dah jd tbeat aku..xsuka delay2 keja..nt jd menimbun..lagila syusyah...huhuhuhu..



still think positif...dan jgn cepat jadi sensitif...
sebaikla dalam diri aku ada moto nie...
so aku stay happy untuk teruskan keja dalam membantu suami untuk tambahkan pendapatan.

smiley Pictures, Images and Photos

Tuesday, 25 August 2009

~ berjaya siap jahit manik utk baju anak shue~

Alhamdulillah...
terjahit juga manik dalam dok sibuk-sibuk aku...
ilmu jgn di abaikan pesan mak pada aku...
Jahit manik ni kena betul-betul minat dan juga semangat.
aku pulak jenis semangat hangat2 taik ayam je nie...
hahahaa..mula-mula teruja ...pastuh malaih dah la...
ni kira nasib baik gak la abis gak terjahit baju anak Shue...
dok ada lagi 3 lai..adess..mana la xdan nak hapdet blogs...
akak ipar dok mai letak baju dia ja nk jait...alamat la baju raya aku xterjait pulak nt...
so..kawan2 kat kilang pun aku dah rasa biaq aku ajar je depa jait senirik..hahaha..
ilmu jangan kedekut...betui x??
biaq deap rasa pasaipa tukang jait manik ni letak harga tinggi..
maunya x..berpinau biji mata wooo..nak jait tu...
ni gambaq bunga pada depan baju...
letak simple ja manik..sbb budak2 ka atau aku yg malaih tataw la nie??



lagi bunga dan leher baju berjahit manik...
ni pulak tang tgn...erm...
mcm ulaq kena palu tapi sebab manik tu berkilau..
so xla nampak sgt cacat pada jahitan tu...adess...




ok la ..
semoga semangat dan ilmu yang aku pelajari ni jd hobi terbaru dan berfaedah pada aku...
InsyaAllah.

~Appload pict ke-2 ( EHS days )

Haaaaa.... layan je la..

pict ni kami amik dalam auditorium orang lain sibuk dok tengok pameran,
kami sibuk gak.. dok berposing..haahaha..




ni masa tengok perasmian ERT
Kawad kaki dan hadapi kebakaran..
tabik dari bekas X-ERT..aku la tu..uhuk3


bersama member beratoq dekat Lobby ..ada derma darah arini..
malangnya aku xleh pulak..xpa second day aku p lagi check sbb member2 dah derma ..
Alhamdulillah akhirnya berbaloi gak ..boleh derma..Yahoo!!..



xabis2 dengan posing...layanzz









~Huk ala..lama nya xhapdet blogs nie..~



Salam smua...
adess...dah lama xberkesempatan untuk hapdet blogs ..
Alhamdulillah malam ni terluang skit nk jengok blogs yang dah berdebus nie...

fuh..fuh...fuh...aiiiiiisyemmmm..woho..berdebu jugak la blogs nie sbb xdjenguk
sat saja .. kita dah posa ...
SELAMAT BERPUASA PADA SELURUH PELAYAR BLOGERS...
Insya Allah kalau masih berpeluang ..ada skit pict yg bley di appload dalam blogs nie
A'a appload pict anak menakan yang kenuri bulan June 2009 aritu..
baju biru nie masa knuri akt S.Petani



ni purple ..awat tataw load dlm nie jd ghona pink..apa2 jela..
ni kat knuri belah kami (pengantin lelaki )


adess..romantik aih..opss !!...bulan posa ar...hik3


woho...sempoi woo...xpala darah maneh lagik..apa2 je la k..
janji korang bhagia..dan direstui ..moga bhagia hingga ujung nyawa..
AMIN..

aduiii....ganaz gak bini ko nie Ariff...
xpa kalau sakit pun diakan jururawat..so ko biaq je la...

Mak su doakan kalian berdua bhagia ..

(baru ja trima dari dia ..iskh2...la nie dengaq kata dah bunting pelamin dah aih...
woho..tahniah Arif)