ASSALAMMUALAIKUM
ARINI..AKU BENAR-BENAR DALAM KESEDIHAN..
~Pak Ngah ~
ZAKARIA MOHD AMIN-meninggal dunia hari ini.
dialah satu-satunya adik kandung mak.
Namun aku bersyukur kerana sempat paksa abang It bawa mak menjengok Pak Ngah semalam.
Walaupun ada sedikit pergaduhan dengan abang sulung kerana dia tak nak abg It mai amik mak kat Kuala Kedah.
Aku heran kerana abang It yang hanya sebagai menantu yang mereka anggap "tak guna dan nak kikis harta tu " adalah orang yang selalu ambik berat tentang keluarga yang dalam kesusahan.
Selama ini aku hanya biarkan mereka berebut2 bergaduh kerana harta.Biarlah.
Tapi sampai konkong mak ..kununnya boleh jaga dengan baik.(tapi malam-malam mak tidur sorang-sorang -kalau mak sihat macam dulu tak mengapalah ,ini mak dah lumpuh sebelah badan)
Aku bagitau yang pak ngah dah tenat dan suruh bawa mai jengok pun bagi alasan tak munasabah..nak meracun rumput la nak tabur baja la.
Astaqfirullahalazim.
Doa aku semalam termakbul juga.aku paksa abang it p amik mak ,kalau abg sulungku marah bagitau saja aku yang suruh ambil.Dan semalam mak tak nak mai umah aku di Penang tak mengapalah..mungkin mak tak nak susahkan anak mak yang menumpang mentua.
Tapi aku suruh abg It bawa balik rumah dia.Apa-apa kemarahan dari abg sulung biaq aku yang bertanggungjawab.Aku tak boleh biarkan mak dengan mereka.Dah aku bagi peluang untuk depa berjasa menjaga mak,rasanya tak sempurna seperti mana yang kak Shun & abang It jaga.
Sampai makan pagi mak pun pukul 10pagi.mandi 2petang.malam mak tdo sorang-sorang.
Bukannya aku nak kutuk dikbadik sendiri..tapi itulah hakikat.meludah kelangit aku juga terpalit tapi terpalit pun aku berbaloi kalau mak duduk dengan kakak ke-2 aku tu.sempurna makan & minum serta kasih sayang .Mak dikelilingi cucu 8orang.
Biarlah kalau kakak sulung ngan abg sulung nak marah kat aku.
Yang penting sudah sampai giliran kami nak balas jasa mak.
Sekurang-kurangnya aku dan adik beradik yang lain tak berasa bersalah kerana mak memang nak jengok Pak Ngah yang dah dekat dua minggu dalam ICU di Hospital Seberang Jaya.
Walaupun mak cuma tatap wajah Pak Ngah.
Namun dari ucapannya semalam dia Redha adiknya tu pergi dulu sebelumnya.
Mungkin secara kebetulan,selepas mak ziarah ,
doktor sahkan yang Pak Ngah dalam keadaan tenat.
Dan sebagai orang Islam,
kami adik beradik redha dan bantuan oksigen dihentikan petang tadi (27/10/09)
Jenazah akan dikebumikan esok pagi pukul 11.
Al-Fatihah
Ya ALLAH !
Ampunilah dosa Pak Ngah !
Serta tempatkanlah dia bersama dengan golongan orang-orang yang beriman.
Amin
byk2 bsabaq kak...sy pon tgh belajar tuk menerima ketentuan Tuhan dgn redha
ReplyDelete